Anda di halaman 1dari 1

BINA INSAN GURU FASA V/2014 1 LAPORAN BIRO MAKANAN & PERALATAN LAPORAN BIRO MAKANAN DAN PERALATAN

BINA INSAN GURU FASA V/ 2014 Pada 16 Februari 2014 yang lalu, seramai 17 orang guru pelatih PISMP Pendidikan Prasekolah IPG Kampus Perlis telah mengadakan program Bina Insan Guru Penanda Aras Sekolah Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Seri Negeri, Langkawi, Kedah. Lawatan kali ini melihat proses-proses dalam perkhidmatan bagi mencapai status sekolah cemerlang di sekolah tersebut. AJK Makanan dan peralatan yang dianggotai seramai dua orang iaitu Syazwani Bt Zakaria dan Siti Noratul Shima Bt Raside telah menjalankan tugas seminggu sebelum hari program dengan melakukan penempahan makanan untuk sarapan sebelum bertolak ke sekolah yang dijadikan lokasi penanda aras serta memohon peralatan yang diperlukan oleh setiap AJK. Setelah perbincangan bersama ajk makanan dan rakan sekelas yang lain, kami memutuskan memilih kantin sekolah berkenaan sebagai pembekal yang bertanggungjawab menyediakan makanan seharian kami sepanjang program terbabit. Beberapa sesi perbincangan antara pihak guru pelatih dan juga pengusaha kantin telah dijalankan yang melibatkan penyediaan menu, harga dan juga pembayaran makanan. Pada hari program tersebut, kami telah disediakan makanan tengah hari dengan menu yang lazat dan berkhasiat. Kami berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak sekolah dan pihak kantin. Sebagai AJK Peralatan untuk BIG Fasa 5, kami telah berbincang dengan setiap AJK tentang barang yang diperlukan semasa menjalankan penanda aras di sekolah tersebut. Secara kebetulan, tidak banyak peralatan yang diperlukan kecuali kertas A4 dan juga air mineral. AJK kami telah mengisi borang pemohonan untuk memohong barang-barang tersebut daripada setor unit dan kesemua barang tersebut telah diluluskan 2 hari sebelum BIG Penanda Aras berlangsung. Kesimpulannya, sebagai AJK Makanan & Peralatan, kami telah menimba banyak pengalaman dalam mengendalikan makanan serta peralatan pada program BIG bagi semester ini. Semuanya menjadi panduan kami dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru dalam menerima pelbagai jenis tugasan bagi menguruskan organisasi kelak. Yang menjalankan tugas, (SYAZWANI BINTI ZAKARIA) AJK Makanan,BIG Fasa 5, PISMP Prasekolah Semester 5, IPG Kampus Perlis. BINA INSAN GURU FASA V/2014 | PENDIDIKAN PRASEKOLAH SEMESTER 5 1 19 Februari 2014

Anda mungkin juga menyukai