Anda di halaman 1dari 3

Filem yang berjudul Im Not Stupid Too ini merupakan sebuah filem Singapura yang diterbitkan pada tahun

2006. Film ini mengisahkan tentang dua orang saudara kandung yang bernama Tom dan Jerry. Tom berusia 15 tahun dan Jerry berusia 8 tahun. Mereka tinggal bersama ibu bapa, neneknya dan seorang pembantu (Yati). Ibu bapa Tom dan Jerry sangat sibuk dengan pekerjaan mereka sehingga mereka tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Hal ini menyebabkan mereka jarang berkomunikasi dengan ibu bapa mereka. Biasanya, mereka berkomunikasi dengan menggunakan kertas ataupun nota ringkas yang ditampal pada peti sejuk. Namun demikian, komunikasi sedemikian sebenarnya membuatkan hubungan keluarga mereka semakin renggang.

Pada suatu hari, Jerry telah terpilih untuk memegang watak utama untuk mengadakan satu persembahan drama. Mereka menghadiri latihan bersama gurunya, Mrs Leow. Pada saat Jerry dan teman-temannya sedang berlatih, ada beberapa di antara teman Jerry yang bersikap teruk. Jerry dan salah satu teman perempuannya yang bernama Xiao Xi sedang berdiri berhadapan antara satu sama lain apabila teman-temannya yang nakal itu sengaja menolak Jerry dari belakang dan tidak sengaja mencium bibir Xiao Xi. Keesokan harinya tingkah laku temannya pun semakin menjadi-jadi, mereka malah menakut-nakutkan Jerry bahawa disebabkan perbuatan Jerry pada tempoh hari, akan membuatkan Xiao Xi hamil. Jerry menjadi panik dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kemudian Jerry terlihat ibunya yang sedang makan nanas untuk mengelakkan kehamilan, lantas Jerry pun membelikan Xiao Xi nanas dengan bilangan yang sangat banyak untuk dimakannya supaya tidak hamil. Akhirnya Xiao Xi menghidap sakit perut dan telah dibawa ke hospital untuk bertemu doktor..

Disebabkan gaya hidup ayah Jerry yang sangat sibuk, Jerry sanggup menyimpan wang sebanyak USD 50 untuk menyewa ayahnya supaya dapat hadir ke konsertnya. Namun disebabkan usahanya tidak membuahkan hasil, dia hampir bertindak mencuri wang di kantin supaya dapat menarik perhatian ayahnya agar datang ke konsert yang bakal dipersembahkannya.

Di samping itu, kakak kepada Tom harus dihukum di depan semua rakanrakannya kerana menyembunyikan video pornografi yang dimiliki temannya iaitu Cheng Cai. Akhirnya Cheng Cai pun harus dibuang dari sekolah kerana sudah terlalu banyak kes yang dilakukan di sekolahnya.

Selepas itu, Tom telah melibatkan diri untuk menyertai suatu geng. Dimana geng itu geng yang kurang baik. Mereka suka melakukan pencurian dan suatu hari Tom pun tertangkap bersama Cheng Cai, mereka ditahan kerana kesalahan mencuri. Polis meminta tebusan sebanyak 2000 $ Singapura, sebagai wang rasuah. Kalau tidak, mereka berdua akan dimasukkan ke dalam penjara.

Tom berusaha untuk mengumpulkan wang tebusan tersebut. Tom melihat simpanan wang yang dikumpulkan oleh Jerry. Akhirnya Tom berusaha untuk meminjam wang daripada kakaknya.

Wang yang dikumpul oleh Jerry dan Tom ternyata masih belum cukup. Disebabkan keadaan memaksa, Jerry dan Cheng Cai mencuri kalung seorang nenek tua. Tetapi mereka berdua sedar, perbuatan mencuri itu tidak baik. Akhirnya mereka memutuskan untuk mengembalikan kalung tersebut kepada nenek tua itu. Tetapi mereka tetap dianggap pencuri dalam mata masyarakat. Sebagai balasan , mereka pun dipukul oleh orang ramai. Ayah Cheng Cai terserempak dengan kejadian

anaknya yang sedang dipukul orang ramai. Ayahnya pun segera membantu Cheng Cai. Tetapi ayahnya terjatuh dari tangga dan dibawa ke rumah sakit untuk rawatan segera. Akhirnya ayah Cheng Cai pun meninggal dan Cheng Cai telah berjaya menjadi seorang petinju yang handal dan mengharumkan nama negaranya sendiri (Singapura).

Tom pun berasa senang hati kerana kedua orang tuanya dan kakaknya menghadiri pertunjukan konsertnya. Keluarga mereka akhirnya menjadi sebuah keluarga yang bahagia dan harmonis. Nilai yang dapat kita ambil dari cerita ini adalah bagaimana seharusnya kita di dalam keluarga itu harus saling mengasihi, mengambil berat antara satu sama lain, membantu, harus boleh membahagikan

waktu untuk keluarga , dan tidak hanya fokus kepada pekerjaan semata-mata. Anakanak memerlukan perhatian dari orang tuanya. Apatah lagi disaat-saat mereka sedang mencari identiti dirinya seperi Tom dan Jerry. Mereka memerlukan bimbingan dan nasihat daripada kedua orang tuanya, supaya mereka tidak terjerumus ke dalam pergaulan sosial yang negatif.

Anda mungkin juga menyukai