Anda di halaman 1dari 5

Riba dalam Al-Quran.

Terdapat 4 peringkat pengharaman riba


Peringkat Pertama Surah al-Rum 30:39 yg diturunkan di Mekah. Ayat ini menonjolkan tentang kebahagian tuan punya harta yang cuba mengembangkan hartanya seperti pemberian yang mengharapkan balasan. Dalam ayat ini terdapat 3 perkataan riba; i. Tambahan ii. Penyuburan iii. Berganda-ganda
a)

b) Peringkat Kedua. Surah al-Nisa 4:161 diturunkan selepas hijrah Rasullah S.A.W ke Madinah dalam suasana Org2 Islam mula bergaul dengan org2 Yahudi dan membuat urusniaga dengan mereka. Pengamal riba akan ditempatkan bersama2 dgn golongan yang memakan harta orang lain secara tidak sah dan dijanjikan seksa yang pedih di dunia dan akhirat. Pengharaman melalui ayat ini dibuat secara sindiran dan kiasan.

c) Peringkat Ketiga Surah al-Imran 3: 130-131 merupakan ayat pertama secara nas mengatakan dengan terang pengharaman riba. Pengharaman melalui ayat ini merupakan pengharaman sebahagian atau permulaan pengharaman riba. Ini kerana, hanya mengharamkan satu jenis yang dikenali dengan riba keji (alRiba al-Fahisy) yang menjadikan hutang berlipat ganda. Menurut Abu Hanifah, ayat ini merupakan ayat yang ditakuti dalam AlQuran kerana Allah S.W.T telah menjanjikan neraka.

d) Peringkat Keempat.
Surah al-Baqarah 2: 275-281, ayat ini diturunkan selepas panji2 Islam bertapak diseluruh Semenanjung Arab. Turunnya ayat ini Allah mengharamkan Riba secara keseleruhannya sama ada riba jahiliah yang berlipat ganda ataupun tidak.

Anda mungkin juga menyukai