Anda di halaman 1dari 2

Sumber tenaga bukan konvensional merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

Dewasa ini, tenaga konvensional yang terdapat di negara membangun semakin berkurangan dan kian habis. Hal ini amat membimbangkan penduduk negara-negara membangun. Mesra alam dan tidak kehabisan Salah satu kebaikan tenaga alternatif ini adalah mesra alam. Hal ini adalah kerana kadar pencemaran yang berlaku adalah rendah berbanding dengan pengunaan sumber tenaga yang lain. Selain daripada dapat menjana tenagadengan lebih efektif sifat tenaga alternatif yang mesra alam ini mendorong banyak negara untuk memproses tenaga alternatif sebagai sumber tenaga utama negaramereka.Malaysia umpamanya merupakan sebuah negara sedang membangun yang banyak bergantung kepada tenaga hidro elektrik sebagai sumber tenaga utamanegara. Malaysia membangunkan tenaga hidro ini atas banyak sebab antaranyatenaga hidro ini tidak mencemarkan alam sekitar. Kita hanya menggunakan aliranair untuk menjana tenaga elektrik tanpa membabitkan elemen-elemen yang bolehmencetuskan pencemaran. Tenaga hidro elektrik juga tidak akan kehabisankerana Malaysia merupakan kawasan tadahan hujan yang baik.Begitu juga dengan tenaga geoterma yang banyak diproses di negarasedang membangun yang berada dalam lingkaran api pasifik yang tidak mencemarkan alam dan bersifat mesra alam. Hal ini adalah kerana, tenaga inidiperoses hasil daripada stim atau keupayaan tenaga yang berada dalam perut bumi dan kemudiannya dijana untuk menghasilkan tenaga elektrik tanpamelibatkan unsur pencemaran dan tenaga ini juga tidak akan kehabisan. Jalan keluar daripada masalah krisis tenaga dunia Tenaga alternatif merupakan salah satu jalan keluar daripada masalahkrisis tenaga dunia. Hal ini adalah kerana, dengan menjana tenaga alternatif negara yang sedang membangun tidak akan mengalami masalah kekurangan bahan api asli lagi untuk menjana tenaga elektrik. Hal ini adalah kerana, duniasekarang sedang mengalami masalah krisis tenaga dunia ekoran daripada bahan bakar utama iaitu petroleum dunia semakin berkurangan dan bagi negara-negarayang bergantung sepenuhnya dengan bahan bakar berkenaan terpaksa mencari bahan bakar lain untuk menjana tenaga elektrik di negara mereka.Peluang untuk menjana tenaga alternatif dalam kalangan negara yangsedang membangun dalah tinggi berbanding dengan negara maju. Tetapi ekorandaripada teknologi dan kepakaran yang terhad negara sedang membangunterpaksa melepaskan peluang ini terbiar begitu saja. Namun kini, pelbagai pihak telah tampil untuk membuat penyelidikan dan inovasi dalam bidang tenagaalternatif ini kerana memandangkan negara yang sedang membangun inimempunyai pelbagai khazanah mengenai tenaga keterbaharuan bagi menanganimasalah krisis tenaga yang sedang melanda dunia sekarang ini. Contohnya pihak kerajaan Malaysia sedang menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan tenagadaripada hampas kelapa sawit dan sektor pertanian yang lain daripada terbiar begitu saja. Kesimpulan Tenaga alternatif ataupun tenaga keterbaharuan ini merupakan jalan terbaik untuk menangani masalah krisis tenaga dunia. Sememangnya negara-negara yang sedang membangun ini perlu untuk bergiat cergas danmempunyai inovasi yang tinggi dalam bidang teknologi bagi menjana tenaga alternatif sebagai tenaga untama bagi negara mereka.Oleh itu,semua pihak perlu mencari jalan untuk memanfaatkan lagi penggunaan sumber tenaga bukan konvensional dengan sebaikbaiknya.

Anda mungkin juga menyukai