Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh Kelas Masa Tajuk Sub Tajuk Objektif

: 18 Febuari 2014 : 1 Khadijah : 1.25 2.35 (70 minit) : Pengenalan Kepada Sains : Penggunaan Alat Pengukuran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: a) Menganggar luas bentuk yang sekata dan tidak sekata menggunakan kertas graf secara bertulis dengan betul.

BBM KBKK Nilai

: Daun, kadbod, daun, kertas graf. : Menjana idea, menganalisis : Bekerjasama, Bersyukur

Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengetahui tentang alat-alat pengukuran dalam pembelajaran yang lepas

Langkah/ Aktiviti Set Induksi ( 5 minit)

Isi Pelajaran Pengenalan Pengiraan luas segiempat, L = Panjang x Lebar Unit S.I bagi luas ialah meter persegi (m2)

Aktiviti Guru 1. Guru mengingatkan murid apa yang mereka pelajari pada minggu lepas. 2. Guru menyoal murid secara lisan. a) Apakah data yang kamu perolehi pada minggu lepas? b) Daripada data tersebut, bolehkan kamu mengira luas bagi meja makmal? c) Bagaimana kamu dapat mengira luas tersebut? c) Apakah unit bagi luas tersebut? 3. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran yang akan diajar.

Aktiviti Pelajar 1. Murid mengingat pembelajaran minggu lepas. 2. Murid menjawab (Jangkaan jawapan) a) Panjang dan lebar meja makmal, pintu b) Boleh c) Panjang x Lebar = Luas

Catatan BBM: Buku Skil Proses Kaedah: Sumbangsaran

KBKK: Menjana idea

3.Murid menumpukan perhatian.

Perkembangan Langkah 1 ( 20 minit ) Luas objek berbentuk sekata boleh dikur menggunakan rumus matematik Luas objek tidak sekata boleh dianggarkan dengan menggunakan kertas graf.

1. Guru menimbulkan persoalan. a)Apakah bentuk-bentuk yang merupakan objek berbentuk sekata? b)Apakah rumus untuk mengira luas segiempat, segitiga? c)Apakah pula bentuk-bentuk objek tidak sekata? d)Bolehkan luas objek tidak sekata diukur? e)Bagaimana pula dengan luas objek tidak sekata ? 2. Guru memaparkan slaid dan menerangkan persoalan-persoalan yang telah diutarakan.

1. Murid menjawab soalan (Jangkaan jawapan) a) Segiempat sama dan segiempat tepat, segitiga. b) panjang x lebar, x lebar x tinggi c) daun, bulan d)Boleh e)

BBM: Slaid powerpoint Kaedah: Sumbangsaran Penerangan KBKK: Memerhati

2.Murid menumpukan perhatian.

Nilai: Bekerjasama Jujur

Langkah 2 (30 minit)

Luas objek yang sekata dapat dihitung dengan menggunakan formula matematik Contoh: Segiempat sama/tepat Luas = panjangxlebar

1.Guru mengarahkan murid melakukan aktiviti secara berpasangan. Aktiviti 1. Murid dikehendaki mengukur luas sekeping kadbod menggunakan pembaris. Aktiviti 2

1. Murid mengikut arahan guru.

BBM: Pembaris, kertas graf, sehelai daun, kadbod, lembaran 1 Kaedah: Melakukan ekperimen KBKK: Meneroka Merancang Menganalisis Melapor

Luas objek yang tidak sekata dapat dianggarkan dengan menggunakan kertas graf. 1 petak = 1 cm2 (sentimeter persegi)

Murid dikehendaki mengukur luas segitiga dengan dengan menggunakan kertas graf. Aktiviti 3 Murid dikehendaki mengukur luas sehelai daun dengan dengan menggunakan kertas graf. 2.Guru membimbing murid sepanjang aktiviti dijalankan. 3. Guru meminta murid menulis hasil dapatan dalam lembaran yang disediakan. 4. Guru meminta murid diminta membentangkan hasil dapatan mereka dan membincangkan jawapan yang diberikan. 2. Murid menjalankan aktiviti seperti yang telah diarahkan oleh guru. 3. Murid mengikut arahan guru.

Nilai: Bekerjasama Jujur

4. Murid membentangkan hasil dapatan mereka. 1. Murid menjawab soalan lembaran kerja secara bertulis.. 2. Murid membentangkan jawapan dan murid menyemak masing-masing BBM: Buku Skil Proses Kaedah: Sumbangsaran

Langkah 3 ( 12 minit)

Aktiviti Penaksiran

1. Guru meminta pelajar menjawab soalan aktiviti 1.9 dalam buku Skil Proses. 3. Guru membincangkan jawapan yang diberikan murid.

Penutup ( 3 minit)

Rumusan pengajaran pembelajaran hari ini

1.Guru memberi rumusan pengajaran hari ini 2. Guru membimbing murid menyatakan nilai pengajaran yang didapati.

1. Murid menumpukan perhatian. 2. Murid menyatakan mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh tuhan.

Kaedah: Penerangan Nilai: Bersyukur

Refleksi

Anda mungkin juga menyukai