Anda di halaman 1dari 21

Bab 3: Fonetik Bab 3: FONETIK

Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat: Menerangkan konsep-konsep asas fonetik; Menjelaskan trankripsi fonetik; Menghuraikan jenis-jenis bunyi; dan Memberi penerangan tentang perwakilan bunyi.

RINGKASAN BAB Pengenalan Konsep-konsep penting Transkripsi fonetik Jenis-jenis bunyi Perwakilan bunyi Penutup Rumusan Latihan Rujukan

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5

Fonetik ialah kajian saintifik tentang bunyi bahasa dan rumus yang melibatkan pengeluarannya. Ilmu bahasa ini berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Bab 3: Fonetik Bidang fonologi sebenarnya merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menuturkan peraturan bentuk bunyi yang tertentu. Sehubungan dengan itu, fonologi dapat dipecahkan kepada dua bahagian, seperti di dalam Rajah 3.1.

Bidang Fonologi

Fonetik

Fonemik

Rajah 3.1:Pecahan bidang fonologi

Jadual 3.1: Definisi Ilmu Fonetik Definisi Sumber

Menyatakan fonetik ialah ilmu bahasa (linguisitik) Kamus Dewan (2005 : 354) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Memberikan definisi fonetik sebagai the study of International Encylopedia the physical characteristics of human speech Linguistics (1992 : 194) sounds. of

Fonetik ditafsirkan the body of speech souds of The World Book of Dictionary any one language and their relation to one (Barnhart Barnhart, 1981 : 51) another. Mejelaskan bahawa fonetik ialah ilmu yang Kamus Linguistik (Harimurti menyelidik penghasilan, penyampaian dan Kridalaksana,1984 : 54) penerimaan bunyi bahasa. Menyatakan ilmu fonetik ialah ilmu yang mengkaji Marsona (1986 : 1) bunyi-bunyi bahasa tanpa meneliti fungsi bunyi itu mempunyai perbezaan makna dalam sesuatu bahasa. Menjelaskan ilmu fonetik sebagai ilmu yang Abdullah Hassan (1993 : 1) mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya.

Bab 3: Fonetik

Fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan fonetik artikulatori, fonetik akustik, dan fonetik auditori.
Cara bunyi dihasilkan oleh alat-alat yang menghasilkan bunyi (fonetik articulator)

Sifat bunyi (fonetik akustik)

KAJIAN FONETIK

Pendengaran, iaitu pentafsiran bunyi yang didengar (fonetik auditori)

Rajah 3.2: Kajian tentang fonetik a) Fonetik Artikulasi Fonetik artikulasi ialah bidang fonetik yang mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan. Proses penghasilan sesuatu bunyi akan melibatkan organ-organ seperti paru-paru, larings, rongga mulut, hidung dan bibir. Maksudnya, fonetik artikulasi ialah bidang yang mengkaji penghasilan bunyi bahasa bermula dari tekanan udara dalam paru-paru sehinggalah udara melepasi dua bibir. Sumbangan bidang kajian ini adalah menerangkan cara menyebut atau membunyikan sesuatu huruf dengan tepat. b) Fonetik Akustik Fonetik akustik adalah ilmu yang mengkaji ciri-ciri fizikal bunyi dan gelombang-gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh penutur. Antara aspek penting kajian ini adalah berkaitan dengan nada, ton, kenyaringan dan tempoh masa seseorang penutur. Kesemua gelombang bunyi bahasa dapat diukur dan dianalisis melalui alat seperti spektrogram yang menghasilkan graf gelombang bunyi. Sumbangan bidang ini adalah untuk membantu penutur menuturkan bahasa dengan nada dan intonasi yng betul.

c) Fonetik Auditori Fonetik Auditori adalah bidang ilmu yang mengkaji berkenaan dengan pendengaran dan juga proses-proses tertentu yang wujud semasa telinga kita mendengar bunyi bahasa. Kajian pendengaran turut meliputi semua alat atau organ pendengaran luaran dan dalaman telinga. Ia melibatkan proses memungut rangsangan, menyalurkan rangsangan ke otak, dan seterusnya menganalisis. Tujuan utama bidang ini adalah untuk rawatan dan pemulihan khususnya dalam masalah pendengaran bahasa.

Bab 3: Fonetik
3.1 Konsep-konsep Penting

Fonologi ialah sistem bunyi sesebuah bahasa.

Fonemik ialah bidang yang mengkaji bunyibunyi sesuatu bahasa.

Organ Artikulasi ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa dan cara menghasilkan bunyi tersebut.

a) Fonologi Fonologi ialah kajian tentang pola bunyi bahasa, iaitu kajian tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Fonologi merupakan subbidang linguistik yang mengkaji struktur dan permulaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Bunyi yang bermakna itu ialah bunyi bahasa. Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Bunyi siulan , batuk, dengkuran dan berdeham bukan bunyi yang bermakna. Salah satu faktor utama yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang sangat mudah untuk dipelajari kerana sistem fonologinya yang amat mudah. Hal ini kerana hampir setiap huruf Rumi mewakili satu sebutan fonem. Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu. b) Fonemik Fonemik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Cabang fonologi menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa secara sinkronik, khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan, berbanding dengan fonologi diakronik atau sejarah. Hasil daripada analisis itu, maka timbul fonem dan ditulis dengan menggunakan kurungan / /. Matlamat akhir dalam kajian fonemik adalah untuk membentuk sistem ejaan berdasarkan fonem-fonem yang ada dalam sesuatu bahasa .

Bab 3: Fonetik Contoh : Fonem Fonem Fonem ng X ny dieja sebagai dieja sebagai dieja sebagai ng kh ny

Alat Artikulasi Organ dalam sistem penghasilan bunyi dikenali sebagai organ artikulasi (sila lihat Rajah 3.1.3).

Organ artikulasi

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

Rajah 3.1.3 menjelaskan bahawa terdapat 20 organ artikulasi yang mewujudkan bunyi bahasa.

Bab 3: Fonetik

Alat artikulasi ialah bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh alat sebutan seperti berikut: Bibir (atas & bawah) Gigi (atas & bawah) Gusi Lelangit (keras & lembut) Anak tekak Lidah (hujung, hadapan, tengah) Rongga (tekak, mulut, hidung) Paru-paru Peti suara dan pita suara Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: Pengeluar (artikulator): Alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya. Daerah pengeluar (artikulasi): Merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai oleh artikulator. Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.

FUNGSI ALAT PERTUTURAN

Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.

Bab 3: Fonetik Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

Bab 3: Fonetik

Transkripsi Fonetik Transkripsi fonetik merupakan satu proses yang memberi lambang kepada bunyi-bunyi bahasa. Rakaman bunyi-bunyi disegmenkan atau dipotong-potong kepada unit-unit kecil. Selepas deskripsi bunyi dibuat, bunyi-bunyi tadi diklasifikasikan kepada dua golongan besar, iaitu vokal dan konsonan. Bunyi-bunyi yang diberi lambang dan bukan sebaliknya. Organ-organ seperti bibir, gigi, gusi, lelangit, anak tekak, lidah, rongga tekak, rongga mulut, rongga hidung, paru-paru, peti suara dan pita suara ialah organ-organ penting yang menghasilkan aliran udara dalam penghasilan bunyi.

Transkripsi Fonetik Transkripsi fonetik merupakan satu cara yang digunakan untuk merakamkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan lambang-lambang fonetik yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Transkripsi fonetik juga sering digunakan oleh pengkaji dialek, pengkaji bahasa secara komparatif dan historis khususnya sewaktu mereka meneliti perkembangan , perubahan dan perbezaan antara bunyi-bunyi bahasa.Lambang fonetik ditulis dalam kurungan [ ]. Transkripsi Fonemik Transkripsi fonemik merupakan satu caratranskripsi lebih menumpukan transkripsi dalam bentuk tulisan. Lambang fonetik ditulis dalam kurungan / / atau [ ]. Matlamat akhir fonemik ialah untuk membentuk sistem ejaan berdasarkan fonem-fonem yang ada dalam sesuatu bahasa itu misalnya, dalam bahasa Melayu; Fonem Fonem Fonem dieja sebagai ng dieja sebagai kh dieja sebagai ny

Bab 3: Fonetik

Sebagai rumusannya, transkripsi fonetik ialah transkripsi yang berasaskan lisan atau pertuturan. Bunyi-bunyi yang berlainan mestilah ditunjukkan oleh lambang-lambang yang berlainan.Apabila sesuatu lambang terdapat dalam beberapa bahasa, maka satu lambang yang sama digunakan untuk melambangkan bunyi itu.Misalnya bunyi [e] terdapat dalam bahasa Melayu, Jawa dan Inggeris, maka lambang itu akan digunakan oleh ketiga-tiga bahasa tadi apabila mentranskripkan bunyi tersebut dalam perkataan. Contoh: Bahasa Melayu [beli] Bahasa Jawa [gedi] Bahasa Inggeris [beg] Jenis-jenis Bunyi Bunyi-bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara yang keluar dari paru-paru melalui tenggorok, pita suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan apabila udara tersekat atau terhalang pada alat artikulasi ini. Pita suara ialah dua membran elastik yang terletak dalam peti suara . membran itu adalah seperti pita yang melekat pada dinding peti suara dan terentang dari depan ke belakang. Apabila pita suara kendur dan renggang udara lalu tanpa halangan. Ruang yang renggang itu dipanggil glotis. Apabila pita suara kendur dan renggang glotis terbuka. Keadaan ini terjadi pada waktu bernafas dan menghasilkan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita suara tegang dan rapat, glottis tertutup. Udara tidak dapat keluar, tetapi boleh menghasilkan bunyi letupan glotis /?/. Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak berapa tegang sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi yang terhasil ini dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita suara berfungsi dan menentukan bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara. Selepas udara melalui pita suara, udara bergerak ke rongga tekak. Dari rongga tekak udara boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga hidung (nasal). Manakala lelangit manusia terbahagi kepada dua. Di sebelah depan dinamakan lelangit keras dan di bahagian belakang, dikenali sebagai lelangit lembut. Bahagian hujung lelangit lembut dinamakan sebagai anak tekak. Lelangit lembut dan anak tekak boleh digerakgerakkan. Apabila bunyi /a/ dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan hingga kena pada belakang tekak dan dengan itu menutup rongga hidung. Bunyi /a/ dikeluarkan melalui rongga oral. Oleh itu a

Bab 3: Fonetik ialah bunyi oral. Bunyi nasal pula ialah bunyi yang dikeluarkan melalui rongga hidung. Lelangit lembut pada waktu itu diturunkan dan rongga oral ditutup dengan beberapa cara, antaranya dengan merapatkan dua bibir. Vokal Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

Carta Vokal Bahasa Melayu PENGHASILAN BUNYI VOKAL i. Vokal Depan Sempit (i)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat. Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari ii. Vokal Depan Separuh Sempit (e)

Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i). Contoh: kole, tauge, bendi, elok

Bab 3: Fonetik iii. Vokal Depan Separuh Luas

Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e). Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek iv. Vokal Depan Luas ( a)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e). Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat v. Vokal Belakang Sempit (u)

Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang vi. Vokal Separuh Sempit ( o )

Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan. Contoh: obor, solo, polo, toko, orang vii. Vokal Belakang Separuh Luas

Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu. viii. Vokal Tengah

Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Contoh: enam, empat, kenduri, gerai

Bab 3: Fonetik Vokal Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan (disengaukan). Vokal ialah bunyi bersuara. Untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral tanpa sekatan. Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah, dan vokal belakang dan vokal dinasalkan. Vokal

(a) (b) (c) (d)

Vokal hadapan Vokal tengah Vokal belakang Vokal dinasalkan

a. Vokal Hadapan Waktu menyebut bunyi akhir dalam kata geli, hadapan lidah dinaikkan tinggi dalam mulut. Antara hadapan lidah dengan lelangit keras itu terdapat saluran sempit untuk udara keluar. Huruf akhir pada perkataan geli, dilambangkan [i]. Lambang ini [i] ialah lambang fonetik. Bunyi [e] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih luas kerana hadapan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [i]. Bunyi [a] ialah bunyi vokal hadapan luas. Saluran udara menjadi luas kerana depan lidah juga diturunkan ketika menyebut bunyi [a]. b. Vokal Tengah Ada satu vokal tengah, iaitu [ ] dalam bahasa Melayu. Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan tengah lidah dekat dengan lelangit. Bibir dihamparkan. Sungguhpun begitu ada dua vokal kata pinjaman dan dalam bahasa baku sebagai kelainan bagi [e], iaitu [3] dan [o]. c. Vokal Belakang Vokal [u] ialah vokal belakang. Untuk menghasilkan bunyi [u] ini, bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Vokal [o] juga ialah vocal belakang , tetapi kedudukan belakang lidah lebih rendah daripada kedudukan lidah ketika menghasilkan bunyi [u]. d. Vokal Dinasalkan Vokal-vokal yang dinasalkan ialah vokal yang dikeluarkan melalui rongga oral dan nasal. Pada masa ini lelangit lembut diturunkan. Vokal ini dikenali sebagai vokal yang dinasalkan (nasalisasi) yang ditandakan dengan [- ] atas lambang vokal. Contoh [nyanyi]. Semasa kata

Bab 3: Fonetik ini dituturkan, udara tidak seratus peratus keluar melalui rongga mulut tetapi apabila [n] disebutkan ada aliran udara yang melalui rongga hidung lalu terjadilah sengauan. Tanda [ - ] diwujudkan pada vokal yang seterusnya, iaitu [nyanyi]. Diftong 1) Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata, yang disebut secara berterusan dan luncuran tanpa ada sekatan penggalan/ segmen. 2) Dalam penghasilannya, terdapat ciri geluncuran tetapi ada satu puncak. 3) Ada tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu. a. (ai): b. (au): c. (oi): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai lampau, silau, garau, surau, pukau amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

Pergerakan lidah untuk membunyikan diftong Yang pertama ialah diftong [ai]. Pada masa ini, bahagian depan lidah mula-mulanya berada pada kedudukan untuk vokal[a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal[i] tetapi tidak setinggi ketika membunyikan [i]. Contoh:[pakai] Yang kedua pula ialah diftong [au]. Pada masa ini depan lidah berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u];bibir yang mula-mula dihmparkan, kemudian dibundarkan pula. Contoh:[pulau].

Bab 3: Fonetik Diftong yang ketiga ialah diftong [oi]. Semasa dihasilkan lidah berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-mula bundar tetepi kemudian berkeadaan hampar.Contoh: [amboi] Konsonan 1) Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang menerima sekatan, sempitan dan geseran ketika dikeluarkan sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. 2) Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.

Dwibibir Bibir-gigi Sengauan Letupan / Hentian Letusan (f [f]) (v [v]) m [m] p [p] b [b]

Gusi n [n] t [t] d [d]

LelangitLelangit gusi ny []

Velar ng [] k [k] g []

Uvular

Glotis

(q [q]) -

k []

c [t] j [d] s [s] (z [z]) (sy []) (kh [x]) (gh []) h [h] -

Geseran

Malaran tak geser Sisian Getaran l [l] r [r]

y [j]

w [w]

Carta Konsonan Bahasa Melayu Baku a) Konsonan letupan 1. Ada sembilan konsonan yang dikeluarkn dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan cepat. 2. Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil letupan. 3. Konsonan [p] dan [b]: Jika lelanggit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan. Kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. 4. Jika dengan cepat dibuka mulut,keluarlah bunyi [p].

Bab 3: Fonetik 5. Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara tidak bergetar. 6. Jika pita suara bergetar,bunyi itu ialah letupan dua bibir bersama [b] 7. Konsonan [t] dan [d]:Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir, tetapi juga dengan mengenakan hujung lidah pada gusi , lelangitlembut dinaikkan dan udara tertahan. 8. Jika proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak bersuara. 9. Jika pita suara digetarkan, maka akan terbit bunyi letupan gusi bersuara [d]. 10. Konsonan [k] dan [g]:Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan lelangit lembut bersuara [g]. 11. Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara. 12. Di samping itu, lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. 13. Untuk menghasilkan bunyi [g] caranya sama seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara. 14. Konsonan [c] dan [j] : Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. 15. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara ke rongga hidung. 16. Pada masa ini pita suara direnggangkan, arus udara yang melalui rongga mulut tidak menggeterkan pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan. 17. Untuk menghasilkan konsonan [j] proses yang sama dilakukan tetapi pita suara bergetar. 18. Hentian[?]:Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. 19. Pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar dari paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara udara menyebabakan pita suar tidak bergetar dan hentian glotis akan dihasilkan.

b) Konsonan Letusan 1. Konsonan [c] dan [j]: Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara ke rongga hidung 3. Pada masa ini pita suara direnggangka, srus udara yang melalui rongga mulut tidak menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan. 4. Untuk menghasilkan konsonan [j] proses yang sama dilakukan tetapi pita suara bergetar.

Bab 3: Fonetik c) Konsonan Geseran 1. [s] Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untik membuat sempitan pada arus udara. 2. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. 3. Pita suara direnggangkan. Arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi[s], bunyi geseran gusi tak bersuara. 4. [h]-Apabila udara keluar pita suara yang renggang dan rongga mulut berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan bunyi geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan. d) Konsonan Getaran 1. [r]-Apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu dinaikkan. 2. Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r]. e) Konsonan sisian 1. [l]- hujung lidah dinaikkan ke gusu dan menyekat udara. 2. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. 3. Udara keluar melalui tepi-tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sisian gusi bersuara [l].

f) Konsonan sengauan (nasal) 1. Ada empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu. 2. [m]-dua bibir dirapatkan.. Bunyi yang dihasilkan sengauan dua bibir bersuara [m]. 3. [n] hujung lidah dinaikkan ke gusi. Bunyi yang dihasilkan sengauan gusi bersuara [n]. 4. n] tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan bunyi sengauan lelangit keras bersuara [n]. 5. []-belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sengauan lelangit lembut bersuara [n]. g) Separuh Vokal 1. Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap, tetapi bergerak dan membuat luncuran. 2. Ada dua jenis separuh vokal iaitu [w] dan [j]. 3. [w]-lidah mula-mula membunyikan [u], kemudian bergerak kepada vokal lain.Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara.

Bab 3: Fonetik 4. [j]- lidah membunyikan [i], kemudian bergerak kepada vokal lain.Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit keras bersuara. h) Konsonan Pinjaman 1. Banyak konsonan dalam kata pinjaman digantikan dengan konsonan seperti bunyi dari bahasa Arab dalam bunyi [th]menjadi [s]; [gh] menjadi [g]; [dh] menjadi [d], dan [dz] menjadi [z]. 2. Bunyi bunyi itu ialah bunyi-bunyi geseran. 3. [f] ialah bunyi geseran bibir gusi tidak bersuara. 4. [v] ialah bunyi geseran bibir gusi bersuara. 5. [z] ialah bunyi geseran gusi bersuara. 6. [s] ialah geseran gusi lelangit keras.

Perwakilan Bunyi - Prosodi dan Suprasegmental Bahasa Melayu

Prosodi ialah ciri fonologi yang melampaui satu penggalan dalam pertuturan kontinum atau berterusan. Unsur-unsur bahasa ialah unsur-unsur segmental, kerana tiap-tiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan. Kita menuturkan segmen-segmen dengan berbagai-bagai tingkat tekanan dan nada. Kadang-kadang kita berhenti sebentar sehingga terdapat kumpulan kata. Kata-kata itu diucapkan sama ada sama rata atau mendatar sahaja. Ada empat lagi unsur bahasa yang perlu diperhatikan, iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek. Unsur-unsur ini dinamakan sebagai suprasegmental.

Tekanan Nada Jeda Panjang-pendek Intonasi

// 1, 2, 3, 4

# [:] Tona

Tekanan Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah //. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu , misalnya /buda?/. Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna.

Bab 3: Fonetik Nada Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan. Nada ditandai oleh nombor - nombor 1 rendah, 2 biasa, 3 tinggi, dan 4 tinggi sekali. Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik apabila ada tekanan dan turun hingga 1. Contoh: Saya hendak balik. Dalam bahasa Melayu, nada juga tidak fonemik. Hal ini bermaksud bahawa nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem.

Jeda Jeda atau disebut juga sebagai persendian ialah unsur hentian yang memisahkan antara unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang digunakan untuk jeda ialah #. Unsur ini boleh membezakan makna. Contoh: [#saya makan nasi ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan nasi # ema?].

Panjang- Pendek Panjang - pendek ialah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan. Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan sebagai mora. Lambang [:] bererti panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [::] menunjukkan dua mora daan lambang [.] adalah setengah mora. Bagi bahasa Melayu unsur ini tidak membezakan makna.

Intonasi Intonasi ialah corak turun naik ayat dan perubahan nada suara yang telah berlaku dalam ayat . Tiap-tiap ayat disifatkan sebagai satu kumpulan tona dan tiap-tiap ayat biasanya mempunyai satu kumpulan tona. Biasanya dalam satu kumpulan tona terdapat satu suku kata yang menonjol, tinggi bunyinya dan jelas kedengaran serta suku kata ini menunjukkan perubahan dalam turun naik ayat tersebut. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu adalah berbeza-beza. Misalnya dalam ayat berita menurun pada akhir ayat manakala dalam ayat tanya intonasinya meninggi pada akhir ayat.

PENUTUP Tajuk ini membincangkan bunyi 18ocal bahasa Melayu. Seterusnya membincangkan jenisjenis bunyi 18ocal, diftong dan konsonan, serta rajah yang bersesuaian. Di dalam bab ini turut dibincangkan juga tajuk suprasegmentel bahasa Melayu, iaitu berkaitan tekanan, nada, jeda, dan intonasi. Akhirnya, dijelaskan juga konsep transkripsi fonetik dengan disertakan contoh yang sesuai.

Bab 3: Fonetik

RUMUSAN Topik ini telah menghuraikan secara ringkas mengenai linguistik, cabang-cabang linguistik dan hubungan linguistik dengan bidang lain yang bersangkutan dengan bunyi. Bidang fonetik dan fonologi serta peranan yang dimainkan oleh kedua-dua kajian ini juga ditegaskan dan kaitannya dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya ditekankan juga definisi bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa supaya peminat bahasa dan pelajar bahasa mengetahui perbezaan di antara kedua-duanya. Ilmu fonologi adalah ilmu yang berkaitan dengan cara-cara pengguna bahasa Melayu menuturkan atau melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna dalam bahasa. Fonologi dapat dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu fonetik dan fonemik. Organ artikulasi ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa dan cara menghasilkan bunyi tersebut. Anda juga telah diperkenalkan kepada fonem vokal dan konsonan bahasa Melayu serta cara penghasilannya melalui organ artikulasi. Seterusnya, anda juga diperkenalkan kepada konsonan separuh vokal dan konsonan pinjaman. Akhirnya, anda diperkenalkan kepada fonem suprasegmental. LATIHAN

Dalam tatatingkat unit bahasa yang terlengkap dan tertinggi, terdiri daripada deretan kata atau ayat, bentuk lisan atau tulisan dikenali sebagai A. Klausa B . Morfem C. Fonem D. Wacana

Cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa secara sinkroni, khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan, berbanding dengan fonologi diakronik atau sejarah. Pernyataan di atas merujuk bidang A. Fonetik B. Fonemik C. Morfologi D. Semantik

Yang berikut merupakan kata bunyi diftong pada suku kata awal kata, kecuali A. Aurat B. Aising C. Amboi D. Aikido

Bab 3: Fonetik

Untuk menghasilkan bunyi ini, bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Vokal yang dimaksudkan ialah .... A. vokal [a] B. vokal [e] C. vokal [o] D. vokal [u]

Bunyi vokal dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Nyatakan jenis-jenis vokal dan contoh perkataan dalam bahasa Melayu. (1) (2) (3) (4) (5) (6)

Sila lukis gambar rajah organ artikulasi dan namakan bahagian-bahagiannya.

RUJUKAN

Abdullah Hassan, 1987. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Asmah Hj Omar. 1977. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Catford. J. C. 1977. Fundamental Problems in Phonetics. Edinburgh: Edinburgh University Press. Catford. J. C. 1988. A Practical Introduction to Phonetics. Oxford: Oxford University Press. Clark, J dan Yallop, C. 1990. An Introduction to Phonetics and Blckwell. Malmberg, B. 1963. Phonetics. New York: Denver. Phonology. Oxford:

Bab 3: Fonetik

Norhashimah Jalaludin. 1998. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Hashimah Jalaludin, 2000. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Paitoon M. Chaiyanara, 2000. Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Singapura: Wespac Consult Centre. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. 1982. Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantra. Roach.P., 2002. Phonetics. Oxford: Oxford University Press.

Anda mungkin juga menyukai