Anda di halaman 1dari 16

Ana Ahtaj ila al-ilmi...Aku perlu ilmu...Ask Why!

Catatan seorang pengembara ilmu, pecinta ilmu, pejuang ilmu, dan dengan ilmu ku kembali kepadaNya. MOTO: Hidup untuk Berfikir, Berfikir untuk Hidup!
THURSDAY, FEBRUARY 27, 2014
AL-MADAD DARI SISI PANDANG TASAWWUF
Oleh: Hauriyah Bin Qadah (Pengkaji di Markaz Imam Junaid, Persatuan Ulama Muhammadiyyah,
Wujdah-Morocco)
Banyak kekeliruan dan bahaya terjadi kepada orang awam yang jahil tentang istilah ahli sufi apabila
mereka cuba untuk merungkai dan memahami kalimah-kalimah tersebut. kejahilan mereka
berkenaan hal tersebut menyebabkan mereka susah untuk memahami kalam sufi dengan
pemahaman yang mendalam, dan terkadang mereka melihat kata-kata tersebut bertentangan
dengan nas-nas syariat dan hukum agama. Ketahuilah, sesungguhnya bagi setiap bidang ilmu itu ada
istilah khas yang tidak dapat difahami melainkan bagi ahlinya.
Lafaz-lafaz yang digunakan oleh para sufi dalam percakapan mereka ini adalah suatu bentuk isyarat,
kinayah dan majaz. Ia banyak terdapat di dalam bahasa Arab dan bukanlah perkara yang asing (dan
sudah menjadi satu kewajipan untuk kita menguasai bahasa Arab bagi memahami perkara yang
sedang dibincangkan ini). Bahkan kita dapat lihat dengan jelas di dalam Al-Quran juga terdapat kalam
majazi, seperti firman Allah :

[ 1]
[ 2]
[ 3]
dan ayat-ayat lain..

Sebahagian istilah tasawwuf digunakan sebagai kata pinjaman dan ibarat atau ungkapan bagi
menggambarkan idrak mereka yang tidak dapat diterjemah dengan bahasa biasa. Oleh itu, orang
yang ingin memahaminya hendaklah mendampingi mereka sehingga jelas baginya ungkapan mereka
serta dia dapat mengerti isyarat dan istilah mereka. Seterusnya, dia akan menyedari bahawa ahli-ahli
sufi ini tidak pernah keluar dari panduan kitab dan sunnah, serta tidak terpesong dari jalan syariat
yang mulia, mereka itulah golongan yang arif akan perihal syariat ini, yang berdiri di atas hakikatnya,
dan yang menjaga akan legasinya.
Berkata sebahagian para arifin: Kami adalah suatu kaum yang diharamkan kitab-kitab kami dari
diteliti oleh orang-orang yang bukan ahli dalam jalan kami.[4] Ini kerana tujuan pembukuan ilmuilmu ini adalah untuk menyampaikannya kepada ahlinya. Maka orang yang bukan ahlinya, tatkala

menelaah kitab-kitab ini, mereka tidak memahami isi kandungannya, kemudian mereka menentang
dan memusuhinya, kerana manusia itu memusuhi perkara yang dia tidak ketahui. Oleh hal yang
demikian, berkata Sayyid Ali ibn Wafa rahimahullah: Sesungguhnya orang yang membukukan ilmu
makrifah dan asrar tidaklah dia membukukannya bagi sekalian manusia, bahkan jika dia mendapati
orang yang menelaah kitab tersebut bukan dari ahlinya, sudah pasti dia menegah orang itu dari
perkara tersebut.[5]

Wajib diketahui bahawa kalam ahli sufi yang melarang pembacaan kitab-kitab mereka oleh orang
awam bukanlah bertujuan menutup dan menyembunyikan ilmu, tetapi kerana ditakuti tersalah
faham dan terjadi tafsiran yang menyalahi hakikat kata-kata itu. Maka sudah tentu orang awam itu
akan mengingkari dan menyanggah kalam tersebut, inilah halnya orang yang jahil terhadap sesuatu
ilmu. Larangan ini juga bertepatan dengan tuntutan agama agar mukmin yang ingin berbicara
menyampaikan apa yang bersesuaian dengan tahap ilmu, kefahaman dan persediaan pendengarnya.
Oleh sebab inilah Imam Al-Bukhari menyusun suatu bab khas di dalam kitab sohih beliau bertajuk:
[ 6]

Antara mustholah tasawwuf yang mempunyai takwilan atau tafsiran yang benar dan bertepatan
dengan syariat adalah kalimahal-madad )(. Ia sering terdengar di bibir para sufi, sering digunakan
di dalam doa dan seruan mereka kepada Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam.
Penentang para sufi berhujah dengan mengatakan bahawa kalimah ini bererti memohon pertolongan
kepada selain Allah, dan tidaklah dibolehkan memohon bantuan serta meminta pertolongan
melainkan kepada Allah. Sepertimana yang disabdakan oleh baginda Nabi :
[ 7]

Allah juga telah menerangkan di dalam Al-Quran bahawasanya segala bantuan adalah dari-Nya:
[ 8]

Sekumpulan manusia benar-benar tidak mengetahui bahawa pembesar-pembesar sufi itu, merekalah
ahli tauhid yang sejati, yang memimpin tangan-tangan muridin agar dapat mengecapi kemanisan
iman, dan kemurnian yakin.

Pertama sekali, untuk memahami kalimah madad, kita perlulah menelitinya dari sudut bahasa asal
perkataan ini, iaitu bahasa arab. Makna kalimah madad berbeza berdasarkan niat orang yang
menyebutnya. Tertulis di dalam lisanul Arab:
:[ 9]

Juga dinyatakan kata-kata Sibawayh di dalam kitab tersebut:


" : : :
: . : : ..
. : . : .
...[ 10]

Dan perkara penting yang kita dapat fahami daripada takrif madad itu tadi, sesungguhnya madad
yang bererti bantuan/pertolangan, berbeza maknanya apabila ia di sandarkan kepada Allah dan
apabila disandarkan kepada makhluk (bantuan Allah/bantuan makhluk). Maka kalimat madad yang
bermakna pertolongan dan bantuan ini, merupakan suatu perkara yang dianjurkan oleh syariat untuk
dilakukan dalam kehidupan kita, firman Allah Taala:
[ 11]

Oleh itu, orang yang memohon bantuan dari orang lain tidaklah sama seperti permohonannya
kepada Allah, kerana permohonan kepada makhluk itu dengan erti memohon bantuan dan kekuatan
yang Allah kurniakan kepada orang tersebut.

Bagi menghilangkan kesamaran berkenaan kalimah madad, individu mukmin mestilah melihat
sesuatu perkara di hadapannya dengan pandangan zahir dan pandangan hati.

Pandangan hati yang mengakui keesaan Allah meyakini bahawa Allah adalah tuhan yang berkuasa
mutlak atas segala-galanya, yang terjadi sesuatu kejadian kerana kehendakNya, dan tidak sama sekali
mensyirikkanNya dengan Nabi atau wali atau selainnya.

Pandangan zahir yang Allah kurniakan pula digunakan untuk meneliti sebab-sebab yang Allah
jadikan ia sebagai satu sunnah yang mempunyai hikmah di dalam kehidupan.

Sesungguhnya, Allah Taala telah menetapkan tugas-tugas dan pekerjaan yang bersifat zahiriyyah dan
batiniyyah/ruhiyyah bagi sebilangan manusia yang terpilih di atas muka bumi ini. Dia juga telah
mengurniakan bantuan dan kekuatan nurani kepada golongan ini yang terdiri daripada para rasul,
anbiya dan awliya. Allah Taala telah membukakan bagi mereka rahsia-rahsia sehingga mereka teguh
berdiri untuk membantu agamaNya, mengibarkankan panji-panjinya, dan mampu memberi bantuan
kepada sesiapa yang mereka kehendaki dengan izin Allah.

Maka kita dapati para mukmin itu, mereka mengambil kira sebab-sebab terjadinya sesuatu, tetapi
mereka tidak bergantung harap kepada sebab-musabab tersebut, dan tidak pula berkeyakinan
terjadinya sesuatu semata-mata kerana ada sebab. Kerana jika seseorang yang melihat kepada
sebab, dan dia berkeyakinan bahawa sebab itulah yang memberi kesan dengan sendirinya, bukan
kerana kehendak Allah, maka dia telah mensyirikkan Allah dengan perkara tersebut. Dan jikalau dia
melihat kepada Yang menjadikan sebab (Allah), tetapi pada masa yang sama dia tidak menghiraukan
sebab, maka dia telah menyalahi sunnatullah kerana Allah Taala telah menjadikan sebab bagi setiap
sesuatu. Oleh itu, mukmin yang sempurna kefahamannya, pasti akan memanfaatkan kedua-dua
pandangan (pandangan hati dan pandangan zahir) yang dikurniakan kepadanya. Di sini disertakan
beberapa contoh bagi menerangkan perkara ini:

Allah Taala ialah tuhan yang esa yang menjadikan manusia dengan kehendak dan kekuasaanNya.
Namun Dia juga telah menjadikan sebab tabie bagi penciptaan manusia iaitu pertemuan suami isteri,
terhasilnya janin, dan kelahiran. Inilah sebab-sebab tabie yang berlaku mengikut sunnatullah.
Demikian juga Dia telah menjadikan mati mempunyai sebab iaitu malaikat maut. Apabila kita melihat
kepada Yang menjadikan sebab, maka kita katakan: Allah yang mematikan setiap yang bernyawa.
Firman Allah: [ 12]
Dan apabila kita mengatakan: si fulan telah dicabut nyawanya oleh malaikat tidaklah bererti kita
mensyirikkan Allah, kerana pada ketika ini, kita memandang kepada sebab. Firman Allah:
[ 13]

Begitu juga halnya bagi istianah (minta pertolongan). Tatkala kita memandang kepada Yang
menjadikan sebab maka kita katakan: [ 14]. Dan apabila kita melihat kepada sebab
maka kita katakan: [ 15]. Kerana Allah sentiasa membantu hambaNya selama
hamba itu membantu saudaranya. Mafhum hadis:
[ 16]

Oleh itu, tatkala seorang mukmin mengatakan kepada saudaranya: bantulah aku untuk mengangkat
barangan ini, tidaklah dia terjerumus ke lembah syirik, dan tidak juga bererti meminta pertolongan
kepada selain Allah. Ini kerana orang yang beriman memandang dengan kedua-dua matanya, mata
hati yang memandang Allah, tuhan yang menjadikan sebab, dan mata zahir yang memandang sebab
sesuatu kejadian. Maka setiap orang yang mendakwa mukmin yang meminta pertolongan itu tadi
kafir, merekalah golongan yang sesat lagi menyesatkan.

Memohon bantuan atau madad adalah perkara yang makruf di dalam Islam, Al-Imam Hujjatul Islam
Abu Hamid Al-Ghazali telah berkata: Sesungguhnya jika dimasukkan sekumpulan mukmin ke dalam
neraka, maka Allah Taala dengan keagungan dan kerahmatanNya, Dia akan menerima bantuan
syafaat terhadap mukmin itu, sama ada syafaat tersebut dari para nabi, siddiqin, ulama atau solihin.

Bahkan setiap hamba yang mempunyai kedudukan di sisiNya, dan baik hubungan dengan tuhannya,
boleh memberikan syafaat kepada ahli keluarga, kaum kerabat, teman serta orang yang dikenalinya.
Oleh itu, jadikanlah dirimu sebagai orang yang bersungguh-sungguh mencari syafaat di sisi
mereka.[17]

Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim telah berkata: Sesungguhnya memohon doa atau syafaat dari orang
yang masih hidup atau roh orang yang telah meninggal dunia adalah suatu permintaan yang bersifat
ubudiyyah kepada Allah. Dan ia dibolehkan di dalam Islam. Meminta pertolongan daripada orang
yang masih hidup bererti memohon doa, nasihat dan petunjuk, serta mengambil berkat darinya.
Manakala memohon bantuan dari orang yang telah mati pula bererti meminta pertolongan dari
ruhnya yang hidup di alam barzakh, yang boleh mendengar kata-kata manusia yang masih hidup,
yang dikurniakan kepadanya keistimewaan dan diberikan apa yang diingininya.[18]

Maka makna madad (mohon bantuan) dengan yang telah wafat ialah bertawasul dan memohon
syafaat agar ditunaikan hajat dengan keberkatan darjatnya di sisi Allah, serta memohon dikurniakan
pertolongan dari Allah. Firman Allah:
[ 19]

Dan tawasul pula bukanlah bererti bertawasul dengan zat seseorang yang terbentuk dari ketulanketulan daging dan darah, akan tetapi ia bermaksud bertawasul dengan amal kebaikan orang
tersebut. Dan amal kebaikan seseorang itu senantiasa bersama ruhnya dan menjadi bekalannya sama
ada ruh itu masih di badan atau telah menetap di alam barzakh.[20]

Maka tidaklah hanya dengan lafaz al-madad itu sahaja boleh menjadi tiket untuk mengkafirkan
seseorang yang telah melafazkan dua kalimah syahadah. Kerana masalah keimanan seseorang bukan
hanya dilihat dari luaran, bahkan wajib juga diteliti pada niat dan itiqadnya.

Dan perihal niat dan itiqad tidak boleh sama sekali dihakimi dengan sangkaan atau zhon. Firman
Allah :
[ 21]

Inilah prinsip ahli-ahli sufi berkenaan masalah keimanan. Ia adalah intisari dari hadis Nabi Shollallahu
Alaihi Wasallam tatkala Nabi mengingkari perbuatan Ibn Abi Syaibah yang telah membunuh seorang
lelaki di dalam peperangan setelah dia mengucap kalimah syahadah, ini kerana pada sangkaannya
(radhiyallahu anhu) lelaki tersebut mengucap kerana takut dibunuh.

: .. : :
[ 22]

Firman Allah Taala yang menceritakan kata-kata malaikat Jibril kepada Maryam:
[ 23]

Di dalam ayat tersebut malaikat Jibril menisbahkan pemberian anak tersebut kepada dirinya
sedangkan hakikatnya yang memberi pemberian tersebut adalah Allah. Firman Allah:
[ 24]

Di dalam tafsir At-Thobari diterangkan bahawa Allah, Jibril, para mukmin yang soleh serta para
malaikat adalah pembantu (yang membantu) Rasulullah bagi menghadapi orang-orang yang
menyakiti dan ingin berbuat jahat terhadap baginda.[25]Ayat ini adalah nas yang sorih yang
membolehkan memohon pertolongan dari Jibril, para malaikat, ulama dan para mukmin yang soleh.
Selain itu, terdapat juga hadis yang menyokong kenyataan ini:

" : - -
" [ 26]
" : :
".[ 27]

Inilah dalil-dalil yang menetapkan bahawa memohon bantuan (madad) dari Allah melalui
perantaraan hamba-hambaNya yang soleh serta wali-waliNya yang muttaqin adalah perkara yang
dibolehkan lagi disyariatkan. Dan kesemua ini bergantung kepada niat dan itiqad seseorang.
Wallahualam.

Tamat.

*Sebuah terjemahan dan olahan dari kajian ilmiah Markaz Imam Junaid, Rabithah Muhammadiyyah
lilulama, Maghribi.
*Ayat Al-Quran dalam artikel ini menggunakan riwayat Warsy An Nafi
*Rujuk artikel asal: http://www.aljounaid.ma/article.aspx?c=5877

* Diterjemahkan oleh Zainul Abidin (Pelajar Sarjana Muda University Qadhi Iyadl, Marakesh,
)Maghribi

[1] ?9 :
[2] >8 :
[3] 288 :
2:8: 28009- [4] 90 :
[5] Rujukan yang sama. Al-Yawaqit Al-Jawahir.
[6] :</2
[7] 8;2< :
[8] 80 :
: 800? 8 :[9] :>>/9
[10] Rujukan yang sama.
[11] 8 :
[12] :8 :
[13] 22 :
[14] 8;2< :
[15] 8 :
[16] :
??<8
: 2:8; :800:-[17] 80;/;
: ;2:8< 800;-[18]
88: :
[19] 82 :
[20] 88: :
[21] 28 :

" : " [22] ?< :


[23] 2? :
[24] : :
: ][25
2:90 2800?-28?/8<
: [26] 2
2:888002- 29>/20 2=20: :
. [27] :>? :


: .


...
...

: ]2[. .
: ]8[. . : ]9[. .
...


.
" : " ]:[.



" : "];[.



" : "]<[.
: []
.

" : " ]=[.
: ]>[.

.

[] :
[] " : :
" ]?[. " : : :
: .. : : .
: . : . :
. ]20[."...


:
]22[
.
[] " : :

.

"]28[.


.


. :


: ]29[. :
: ]2:[.
" : " ]2;[. :
" ]2<[. "]2=[. :

.
" :

"]2>[.
. .

"]2?[.

. ]80[.


.
]82[...

" "
: : .. :
"]88[.

: ]89[.
: ]8:[.
...
:

]8;[.
]8<[.

- - " :
"]8=[.

: " :
" ]8>[. .

...

]2[.?9 : ]8[.>8 : ]9[.288 : 2:8: 28009- ]:[.90 : ];[. ]<[.:</2 ]=[.8;2< : ]>[.80 : : 800? 8 :]?[.:>>/9 - :]20[.

]22[.8 : 2:8< :800;- ]28[.9:2: ]29[.:8 : ]2:[.22 : ]2;[.8;2< : ]2<[.8 : ]2=[ :??<.8
: 2:8; :800:-]2>[.80;/; : ;2:8< 800;-]2?[ .88: :
]80[.82 : ]82[.88: : " : " ]88[.?< : ]89[.28 : ]8:[.2? : ]8;[.: : : [<]8 2:90 2800?-.28?/8<
: ]8=[ 22:888002- 29>/20 .2=20: :
. ]8>[.:>? :Posted by akitiano at 4:21 PM
Labels: Morocco, Sufi, Takwil, Tawassul
No comments:
Post a Comment
Newer PostOlder PostHome
)Subscribe to: Post Comments (Atom
!!KUMPULAN HASIL BAHTSUL MASAIL FBMPP PARE...SEGERA DAPATKAN

Telah terbit hasil-hasil FBMPP se Eks Kawedanan Pare dari mulai 2001-2009...Sila hubungi pemilik
blog kalau anda ingin memiliki. Mengandung hasil-hasil permasalahan yang menarik dan
kontemporer!! Jangan lewatkan
THE YELLOW RIBBON

Marilah memperjuangkan kedaulatan sultan


OTTOMAN EMPIRE

In Ottoman, I Admire
SOLIDARISTAS PALESTINA

Mari Kita Bangkitkan Palestina


BLOG ARCHIVE
2014 (7)
March (2)
February (2)
AL-MADAD DARI SISI PANDANG TASAWWUF
Cetakan Terbaik Rihlah Ibn Batutah
January (3)
2013 (20)
2012 (23)
2011 (28)
2010 (25)
2009 (35)
2008 (9)
2007 (13)
LINK KU
Link Abim
Link Akhienaim
Link almukminun
Link Alraufi
Link Anak Alam

Link Aswaja Indonesia


Link Bahru al-Shoffa
Link Blog Rajamukhlis
Link Counter Salafi Wahabi
Link Dar al-Murtadza
Link Darul Mustafa
Link Dedepermana
Link Dr. Omar Abd Allah Kamil
Link epondok
Link Forum Sufi Hadramaut
Link Gagasan Ulama Aswaja
Link Halaqah
Link Ibnunafis
Link ICOP Rukyat
Link Jabatan Mufti Brunei
Link Jom Faham
Link Kolej Islam Darul Rudzuan
Link Kubu Buku
Link Lamppost
Link Living Islam
Link Madrasah al-Hidayah
Link Majalah Misykat
Link Majlis Ulama Indonesia
Link Markaz Abi Hasan Asy'ari
Link Markaz Abi Hasan Asy'ari
Link Masud UK
Link Mbakdloh

Link Mullah LBM


Link Naqshabandi
Link NU
Link PCINU Maroko
Link PMMM
Link Pondok Buntet
Link Pondok Lirboyo
Link Pondok Ploso
Link Pondok Raudladul Ulum Kencong - My Pondok
Link Pondok Sidogiri
Link Pusat Rujukan Persuratan Melayu
Link Qarawiyyin Syariah Agadir
Link Qarawiyyin Syariah Fes
Link Qarawiyyin Usuludin
Link Simply Islam
Link Stain Kediri
Link Sufi Web
Link Suhaib Webb
Link Surat Kabar Utusan
Link Syaikh Ali Jum'ah
Link Syamsu al-Syumus al-Haqqani
Link Tontonfilem
Link Univeristy Hassan Tsani Ain Chouk Casablanca
Link Ust. Nik
Link Ust. Rahdian Jakim
Link Ust. Yusri
Link Ustaz Aizam Jakim

Link Ustaz Raja Mukhlis


Link Wadod Manuscript
Link Wahbah al-Zuhayli
Link Web Syaikh al-Syinqithi
Link Yayasan Haqqani Indonesia
Link Zamihan
Link Zaytuna
ABOUT ME

akitiano
Seorang pelajar/santri full time yang berkomitmen untuk mencari ilmu walau sudah sampai liang
lahad. Ingin memiliki gelar apapun yang pastinya gelar yang layak dan membuat aku lebih tawaddhu'.
Suka dengan pendidikan pesantren (tradisional/ta'lim atiq) bukan modern, walaupun aku terpaksa
kuliah modern. Mendapatkan pendidikan diniyah dari Ibtida' sampai lulus di Madrasah Nidhomiyah;
Pondok Pesantren Raudlatul Ulum, Kencong-Kepung-Kediri-Jawa Timur-Indonesia dan lulusan alJamiah al-Islamiyah al-Hukumiyah Kediri dengan title Sarjana Hukum Islam (S.HI.). Sekarang
melanjutkan study di Jami' Qarawiyyin, Fes-Morocco dan di University Hasan Tsani, Ain Chouk
Casablanca. Anti memodernisasi pesantren traditional ( ) seperti G-P. Memperjuangkan
karya ulama salaf walaupun berfikiran modern seperti Dr. Wahbah al-Zuhayli. Suka dengan sufism
hanya saja belum mampu mengamalkannya. Hobby nonton film-film yang membawa pendidikan
kepada kita terutama sejarah. Memiliki beberapa karya tulis dan akan segera diedit untuk
dipublikasikan. Amin.
View my complete profile
FOLLOWERS
QUOTATION OF THE DAY
Picture Window template. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai