Anda di halaman 1dari 17

2.

0 ISLAM DAN ASAS SYARIAH

KONSEP ILMU

Terdapat banyak ayat al-Quran berkaitan. Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu itu kepada
manusia, khasnya untuk membina akal dan individu ke arah yang baik, sempurna dan
mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Islam amat menuntut umatnya mencari dan
mempelajari ilmu, sama ada ilmu fardhu ain atau ilmu fardu kifayah. Ilmu merupakan asas
yang penting kepada seseorang dalam menjalani kehidupan dan melaksanakan apa yang
diperintah oleh Allah s.w.t. Seseorang yang berilmu dapat melaksanakan apa yang
diperintahkan dengan sempurna seterusnya orang dapat mendekatkan diri kepada Allah dan
bertaqwa dengan hakikat sebenarnya.

2.1.1 Pengertian Ilmu

Perkataan ilmu sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran dapat diberikan dengan berbagai
maksud dan makna.

Pengertian Bahasa
Ilmu menurut pengertian bahasa membawa erti berikut:

 Al-Ru’yah: iaitu lihat dan perhati. Contohnya sebagaimana firman


Allah Surah Muhammad 47:31.
 Al-‘Ilm Bi al-Syai’: iaitu mengetahui tentang sesuatu. Sebagaimana
firman Allah Surah al-‘Ala 87:7.
 Al-Izn iaitu kebenaran dan keizinan. Sebagaimana firman Allah Surah
Hud 11:14.

Pengertian Istilah
Pengertian ilmu menurut istilah ialah mendapat sesuatu atau pengetahuan tentang sesuatu
yang belum diketahui melalui cara pembelajaran.

Pembahagian Ilmu

Dalam konteks lain, ilmu itu pula dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

1. Ilmu Fardu Ain.


2. Ilmu Fardu Kifayah.

Ilmu Fardu Ain


Ilmu fardu Ain ialah sesuatu ilmu yang menjadi tanggungjawab setiap individu untuk
mempelajari dan mendalaminya. Sekiranya individu itu tidak mempelajarinya maka ia dikira
belum melaksanakan tanggungjawabnya dan berdosa. Dalam keadaan lain, ilmu yang

1
berkaitan dengan fardhu Ain ini wajib mempelajarinya dan wajib melaksanakannya.
Contohnya: Mempelajari Al-Quran, sembahyang dan ibadat lain.

Ilmu Fardu Kifayah


Ilmu fardu kifayah ialah sesuatu ilmu yang menjadi tanggungjawab sekumpulan tertentu
sahaja yang mewakili orang Islam yang lain atau untuk
mewakili masyarakat. Ilmu tersebut kiranya sudah ada segolongan yang
mempelajarinya, maka orang Islam yang lain bebas daripada tanggungjawab, dan kiranya
tiada seorang pun yang mempelajarinya, maka semua ahli masyarakat berdosa. Contohnya:
Ilmu kedoktoran, sains dan mempelajari ilmu tafsir dengan mendalam

Sementara itu Al Ghazali di dalam Kitabnya Ihya Ulumudin mengklasifikasikan Ilmu dalam
dua kelompok yaitu 1). Ilmu Fardu a’in, dan 2). Ilmu Fardu Kifayah, kemudian beliau
menyatakan pengertian Ilmu-ilmu tersebut sebagai berikut :
“Ilmu fardu a’in . Ilmu tentang cara amal perbuatan yang wajib, Maka orang yang
mengetahui ilmu yang wajib dan waktu wajibnya, berartilah dia sudah mengetahui ilmu
fardu a’in “ (1979 : 82)
“Ilmu fardu kifayah. Ialah tiap-tiap ilmu yang tidak dapat dikesampingkan dalam
menegakan urusan duniawi “ (1979 : 84)
Lebih jauh Al Ghazali menjelaskan bahwa yang termasuk ilmu fardu a’in ialah ilmu agama
dengan segala cabangnya, seperti yang tercakup dalam rukun Islam, sementara itu yang
termasuk dalam ilmu (yang menuntutnya) fardhu kifayah antara lain ilmu kedokteran, ilmu
berhitung untuk jual beli, ilmu pertanian, ilmu politik, bahkan ilmu menjahit, yang pada
dasarnya ilmu-ilmu yang dapat membantu dan penting bagi usaha untuk menegakan urusan
dunia.

2.1.2 Sumber-sumber ilmu


Sumber ilmu yang diiktiraf dalam Islam
1. Al-Quran
Al-Quran berasal daripada perkataan arab “qara’a” yang bererti membaca.
Menurut Istilah al-Quran bermaksud kalam Allah SWT yang diturunkan kepada
kepada nabi Muhammad SAW yang termaktub di dalam mashaf, dipindah kepada kita
secara mutawatir yang diibadatkan bacaanya, dengan lafaz dan makna dari Allah
SWT dalam Bahasa Arab.

Al-Quran merupakan sumber ilmu yang pertama dan wajib diterima secara qarti’e
oleh setiap umat Islam. Sumber ilmu Islam berasaskan kepada al-Quran mempunyai
kemutlakan autoriti yang tidak boleh disangkal dan kebenarannya tidak diragui.
Rasulullah SAW telah mengarahkan para sahabat baginda menghafal dan menulis
wahyu daripadanya. Kemudian wujud jawatankuasa yang mengesahkan kebenaran
serta ketepatan ayat-ayat Allah SWT tersebut. Tindakan Khalifah Uthman bin Affan
mewujudkan satu naskhah yang standard merupakan suatu ijtihad bijak yang
menjamin kemurnian dan keesahan al-Quran

2. Al-Sunnah

2
Pengertian al-Sunnah dari segi bahasa ialah membuka jalan samada yang baik atau
buruk. Takrif al-Sunnah menurut istilah ialah perkara yang datang daripada
Rasulullah SAW yang merangkumi perkataan, perbuatan dan pengakuannya.

Al-Sunnah merupakan sumber ilmu yang kedua selepas al-Quran. Berperanan sebagai
penjelas, penghurai, penguat kepada al-Quran. Keesahan al-Sunnah memang
terpelihara lantaran wujudnya pelbagai ilmu yang dapat membuktikan tahap
kebenarannya. Justeru, lahirlah hadis sahih, hassan, dhaif dan maudhuk.

Kategori Al-Sunnah
Bil. Kategori Al-Sunnah Keterangan
1 Sunnah Qawliyyah Perkataan dan pengucapan Rasulullah SAW
(perkataan) merangkumi segala suruhan, tegahan dan
penerangan.

Contoh:
Terjemahan hadis:
“Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan
niat, dan setiap orang mendapat (pahala)
berdasarkan apa yang dia niatkan”.

2 Sunnah Fi’liyyah Segala perbuatan, tingkahlaku dan geraklaku


(perbuatan) Rasulullah SAW.

Contoh:
Sembahyang 5 waktu, Nabi melakukan
sembahyang dengan cara yang betul dan
sempurna, dan bersabda kepada sahabat:

Terjemahan hadis:
“Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu
melihat aku sembahyang”.

3 Sunnah Taqririyyah Sesuatu yang diperakui oleh Rasulullah SAW


(Pengakuan) dengan mendiamkan diri tanpa membantah atau
bersetuju dan melahirkan rasa senang baginda
terhadap sebahagian perbuatan dan perkataan para
sahabat.

Contoh:
Pada suatu ketika Rasulullah SAW bersama
Khalid al-walid dihidangkan dengan daging dhab
yang dipanggang. Khalid makan, tetapi
Rasulullah SAW tidak memakannya dan tidak
menegah Khalid. Hal itu menunjukkan dhab
boleh dimakan bersumberkan hadis taqririyyah.

3. Sumber-sumber lain

3
Sumber lain berdasarkan kajian dan orientasi yang benar diterima asalkan tidak
bercanggah dengan prinsip Islam. Sumber tambahan ini perlulah selaras dan tidak
bertentangan dengan isi kandungan al-quran dan al-sunnah.

i. Ilham
Ilham disebut juga sebagai intuisi, iaitu ilmu yang berasal daripada penghayatan
secara langsung. Ilham adalah petunjuk daripada Allah SWT yang terbit dalam hati.
Dalam konteks sumber ilmu, tidak terhad kepada para rasul sahaja. Manusia lain turut
mendapat ilmu melalui ilham atau intuisi tanpa mengira tempat mahupun masa. Ilham
yang baik datangnya daripada Allah SWT manakala ilham yang tidak baik datangnya
daripada bisikan syaitan atau manusia lain

ii. Naluri
Ilmu naluri merupakan ilmu yang didapati melalui warisan genetic. Misalnya, seekor
anak itik atau anak penyu akan terus tahu berenang setelah menetas daripada telurnya,
sekalipun tidak diajar cara untuk berenang.
Begutu juga dengan manusia, secara semulajadi telah dikurniakan ilmu bahawa lapar
perlu makanan dan dahaga perlu kepada minuman dan sebagainya.

iii. Kepintaran akal


Allah SWT telah mengurniakan akal kepada manusia. Akal merupakan kelebihan
serta keistimewaan manusia berbanding makhluk-makhluk lain. Akal memberikan
ruang kepintaran kepada manusia, dan kepintaran tersebut adalah berbeza antara
individu dengan individu lain.

iv. Pancaindera
Merupakan salah satu sumber ilmu yang amat penting bagi manusi. Ilmu boleh
diperolehi melalui pengalaman, pengamatan, pembacaan, penglihatan dan lain-lain
peranan pancaindera

2.2.1 ASAS-ASAS SYARIAH

2.2 Menerangkan aplikasi asas syariah


2.2.1 Mengenal pasti asas-asas syariah berkaitan syarat dan hukum:

a. IBADAH

Pengenalan

Firman Allah SWT ;

4
Maksudnya:
“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-Zariyat:56)

Ibadat dalam Islam meliputi seluruh aktiviti hidup manusia, samada perbuatan, perkataan,
tingkahlaku, cara berfikir, semuanya ibadah asalkan tidak bercanggah dengan Islam dan
disertakan dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Melaksanakan perintah Allah
SWT, berbudi pekerti mulia, berjihad di jalan Allah, menegakkan kebenaran, menentang
kemungkaran, semuanya adalah ibadah. Oleh itu, Ibadat kepada Allah tidak terbatas kepada
mengerjakan solat, puasa, membaca al-Quran, berzikir, berdoa malah lebih luas daripada
fahaman tersebut.
Amalan-amalan kemasyarakatan berfaedah yang diakui oleh Allah SWT sebagai berkhidmat
kepada agama dalam rangka dan tujuan untuk meninggikan kalimah Allah adalah ibadat dan
diberi pahala oleh Allah SWT.
Ibadah dalam Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang berbeza sama sekali daripada
konsep ibadah di dalam agama dan kepercayaan yang lain. Antara ciri-ciri tersebut ialah tidak
ada sebarang perantaraan di antara Allah dan manusia, dan ibadat dalam Islam tidak terikat
dengan sesuatu tempat atau masa yang tertentu. Ibadat ini merangkumi segala kegiatan
manusia dari segi rohani dan jasmani. Tiap-tiap seorang muslim boleh mencampurkan urusan
dunia dan akhirat, inilah kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak terdapat di dalam
agama-agama lain.
Pintu untuk membuat ibadah adalah terbuka di semua penjuru. Semua aktiviti manusia
sehingga makan dan minum pun boleh menjadi ibadah jika ia berniat untuk mengumpulkan
tenaga bagi memperjuangkan perkara-perkara yang baik seperti yang disuruh oleh Islam.

PENGERTIAN
Perkataan ibadah dari segi bahasa bererti patuh, taat, tunduk, menyembah dan perhambakan
diri kepada sesuatu.
Ibadat dari segi Istilah ialah tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada
segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh para Rasul, samada ia
berbentuk suruhan atau larangan.

PEMBAHAGIAN IBADAH
Ibadah terbahagi kepada tiga:
i. Ibadah Asas

Ibadah asas ialah ibadah yang merupakan fardhu ain yang merangkumi soal-soal
akidah seperti dalam rukun iman. Ia juga merupakan amalan wajib yang perlu
ditunaikan oleg setiap orang muslim seperti yang terkandung dalam rukun Islam. Ini
bermakna bahawa sebelum kita melaksanakan ibadat yang lain, kedua-dua ibadat
yang asas ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

5
ii. Ibadah Fardhu Kifayah

Bidang ibadat ini menitikberatkan kepada amalan-amalan social dalam masyarakat


Islam yang merupakan nadi atau urat saraf yang menghubungkan antara satu sama
lain. Ia meliputi menyelenggarakan mayat untuk dikuburkan, menegakkan jihad
dalam semua bidang, menegakkan sekolah dan institusi pengajian tinggi (dalam
semua bidang yang diperlukan), mewujudkan ekonomi Islam, mewujudkan
pentadbiran Islam dan melaksanakan kebajikan am.

iii. Ibadah Umum

Ibadah umum ialahsegala kegiatan manusia yang tunduk kepada hokum-hukum dan
nilai-nilai agama Islam. Segala aktiviti dan amalan manusia dan tugas-tugasnya
sehari-hari tergolong dalam istilah ibadah jika ia dilaksana dengan ikhlas dan jujur.
Ibadah umum boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

 Peribadi dan akhlak yang tinggi yang boleh mendatangkan pahala seperti
bercakap benar, amanah, jujur, merendah diri, tidak mementingka diri sendiri
atau menganggap diri lebih tinggi dan mulia daripada orang lain, menunaikan
janji dan tidak mengkhianati orang lain.

 Ibadah umum dalam bentuk mengatur cara kehidupan seharian daripada


pengurusan keperluan peribadi sehinggalah kepada cara membina Negara,
perhubungan antara bangsa, cara melaksanakan hokum dalam masa perang
dan damai. Semuanya ada peraturan-peraturan akhlak yang mulia daripada
perspektif Islam yang boleh membuat amalan-amalan kita itu menjadi ibadah.

SYARAT-SYARAT AMALAN JADI IBADAH


Ibadat-ibadat khusus mempunyai syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu untuk diiktiraf sah
dan diredhai Allah SWT. Begitu juga dengan amalan-amalan yang dikerjakan akan diakui
sebagai ibadah, jika ia memenuhi syarat-syarat berikut :

 Niat yang baik kerana Allah SWT

Semua amalan itu dikerjakan dengan niat yang baik dan diredhai Allah SWT. Tidak
wajar amalan dilakukan kerana niat yang lain dari Allah SWT seperti riak, takbur,
menunjuk-nunjuk, sombong diri, ujub dan sebagainya. Pastikan kerja yang dilakukan
sama ada fardu ain atau fardu kifayah niatnya adalah kerana Allah SWT. 

 Amalan yang dilakukan mestilah diakui syarak

Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam, iaitu sesuai dengan hukum-
hukum syariat dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut.

6
 Perkara yang dilakukan menepati syariat

Ketika membuat kerja-kerja hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat dan


batasnya, tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau
merampas hak orang.

 Ibadah asas tidak diabaikan

Dalam mengerjakan amalan-amalan dunia itu, tidak lalai dan tidak cuai dari
menjalankan kewajipan ibadah yang khusus seperti solat, haji, puasa dan sebagainya.

 Amalan itu dilakukan dengan penuh ketekunan

Begitu juga untuk memastikan amalan tersebut menjadi ibadah, ia perlu dilakukan
dengan bersungguh-sungguh dan tekun.

b. MUAMALAT

Pengenalan

Muamalat dari segi bahasa (jamak dari muamalah) yang bermaksud peraturan jual
beli manakala dari segi istilah muamalat merupakan sebarang bentuk peraturan perhubungan
dan persetujuan bersama antara manusia untuk menyelesaikan keperluan harian mereka, sama
ada urusan kekeluargaan atau urusan–urusan yang berkaitan dengan ekonomi, perundangan,
pendidikan, politik, kebudayaan, kenegaraan, sosial dan sebagainya.

Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, di laut atau di dasar adalah
milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah
s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dianugerahkan kepadanya. Mereka yang
memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan
bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.
Firman Allah S.W.T :

َ ْ‫هُ َو الَّ ِذي َج َع َل لَ ُك ُم اأْل َر‬


‫ض َذلُواًل فَا ْم ُشوا فِي َمنَا ِكبِهَا َو ُكلُوا ِم ْن ِر ْزقِ ِه ۖ َوإِلَ ْي ِه النُّ ُشو ُر‬

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah
di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t
dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka
hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)
(Surah Al-Mulk Ayat 15)

Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat
bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut
seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan

7
tanggungjawabnya terhadap agama. Dalam mencari harta kekayaan,umat Islam dikehendaki
menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah
bersama.

Perkara Berhubung Muamalat

Murabahah Jualan penambahan untung


Wadiah simpanan
Bai’ussalam Penangguhan penyerahan barang
Al-Ijarah Upah
Ar-Rahnu Pajak gadai
Al-Wakalah Berwakil
Al-Mudharabah Perkongsian untung

Islam telah menggariskan beberapa peraturan yang harus dipatuhi oleh manusia bagi
memastikan aktiviti-aktiviti di atas dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan
Allah s.w.t.serta dapat menghindarkan berlakunya perkara-perkara yang boleh mendatangkan
kekecohan, penipuan, penindasan dan sebagainya.

.
Prinsip-Prinsip Asas Muamalat

1. Mencari harta kekayaan dengan cara yang baik dan diredhai oleh Allah s..w.t

2. Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia dalam menjalankan urusan ekonomi dengan


pihak yang lain seperti amanah, adil, jujur, tidak menipu dan lain-lain.

3. Menjalankan sesuatu kegiatan ekonomi yang dapat memberi faedah kepada seluruh


manusia.

4. Semua kegiatan yang dijalankan hendaklah berteraskan


keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan syariat Islam. Keimanan kepada Allah
merupakan benteng untuk menghalang seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang
tidak diingini.

5. Semua kegiatan yang dijalankan bertujuan menjalinkan hubungan baik sesama manusia.
Kebaikan-kebaikan yang dilakukan semasa menjalankan kegiatan ekonomi secara tidak
langsung akan memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama Islam dan yang
bukan Islam.

Peranan Muamalat

8
1. Mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang dijalankan
berlandaskan syariat Islam akan melahirkan masyarakat yang aman dan jauh daripada
sebarang penipuan,pemerasan,ketidakadilan,memonopoli harta dan sebagainya,inilah
matlamat muamalat dalam Islam demi kesejahteraan umat manusia.

2. Menghindarkan berlakunya sebarang penindasan sesama manusia. Islam menegah


umatnya melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik yang akan menyusahkan pihak
yang ditindas.

3. Memastikan supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih daripada sebarang


perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t,kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang
keji seperti riba, rasuah, menipu dan sebagainya yang dilarang oleh Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Sabda Rasulullah s.a.w “Sesiapa yang
mengumpulkan harta daripada punca haram kemudian dia sedekahkan harta itu,dia tidak
akan mendapat pahala,bahkan dosa yang akan menimpanya” (Riwayat Ibnu
Khuzaimah,Ibnu Hibban dan Al-Halim)

4. Melahirkan manusia yang berakhlak mulia dalam menjalankan suatu amanat Allah s.w.t.

5. Memudahkan manusia untuk merasai kurniaan Allah s.w.t dengan cara yang


betul dan diredhainya. Sekiranya tiada peraturan bermuamalat,manusia akan melakukan apa
saja untuk memperoleh harta yang banyak,mereka juga akan mengunakan harta mengikut
nafsu tanpa memikirkan kepentingan orang lain.

6. Mengalakkan manusia supaya rajin bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi


keluarga,masyarakat dan negara.

7. Melahirkan masyarakat yang saling bekerjasama, tolong –menolong dan bantu-


membantu untuk kebaikan dan kebajikan bersama.

8. Memastikan semua harta kekayaan yang disediakan oleh Allah s.w.t tidak hanya di
monopoli oleh golongan tertentu sahaja. Semua manusia berhak mendapat dan memiliki
harta mengikut keupayaan masing-masing asalkan dengan cara yang betul dan diredhai Allah
s.w.t

Larangan Dalam Muamalat

1. Melakukan riba iaitu sebarang tambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan
ke atas hutang akibat penangguhan tempoh

2. Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.

3. Rasuah iaitu pemberian yang dibuat bertujuan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara
yang salah atau bukan dengan cara yang sebenar.

4. Mengurangi sukatan dan timbangan bertujuan untuk menipu.

9
5. Membeli barangan yang dicuri, diragut atau dirampas tanpa hak.

6. Melakukan kezaliman, penindasan, mungkir janji, pembohongan dan tidak amanah


ketika berurusan.

Kesan Muamalat

Antara kesan-kesan yang timbul sekiranya muamalat yang dijalankan tidak mengikut syariat
Islam termasuklah :

1. Membawa kepada pergaduhan dan permusuhan


2. Melahirkan sebuah masyarakat yang tidak aman.
3. Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri sendiri.
4. Mendapat harta dengan cara yang tidak halal.
5. Menggunakan harta pada perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah dan membazir.
6. Melahirkan manusia yang bersifat tamak, kedekut, haloba dan sanggup menindas orang
lain demi kepentingan diri sendiri.

HUKUM JENAYAH ISLAM


 
 Pengertian Jenayah.
       Jenayah mengikut hukum syara’ ialah tiap-tiap perbuatan yang haram kerana merbahaya
terhadap agama,jiwa,akal,kehormatan dan harta benda atau melakukan sesuatu perkara
yangditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya.
 2. Falsafah Jenayah.
Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara
bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.
  
HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM

 Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada ;


(a) Hukum Hudud
(b) Hukum Qisas
(c) Hukum Ta’zir 

A. HUKUM HUDUD

 1. Pengertian Hudud

  Hudud dari sudut bahasa bererti menahan atau mencegah manakala dari sudut istilah pula
hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As
Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak
boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. 

10
 
Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 229;

َ‫ِت ْلكَ ُحدُو ُد هَّللا ِ فَاَل تَ ْعتَدُوهَا َو َمنْ يَتَ َع َّد ُحدُو َد هَّللا ِ فَأُولَئِ َك ُه ُم الظَّالِ ُمون‬

Maksudnya:
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya,
dan
sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang
zalim”
 
 2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya

1. Zina

Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi
penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

2. Qazaf (menuduh zina)

 Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.


Hukuman : sebat 80 kali

3. Minum arak

       Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali

4. Mencuri
   
Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan

5. Merompak

Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan
ancaman.
Hukuman :  sekiranya membunuh hendaklah dibunuh sekiranya hanya merompak sahaja
hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri
dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.sekiranya hanya
menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

6. Riddah (murtad)

     Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari atau 3 kali )

11
Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud
tanpa sebarang pengurangan atau pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara atau
wang.  

B. HUKUM QISAS

1. Pengertian Qisas

Qisas dari segi perundangan Islam,bererti suatu hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah
s.w.t yang wajib dilaksanakan bagi menunaikan hak manusia.Ini bererti yang membunuh
hendaklah dibunuh balas dan yang mencederakan hendaklah dicederakan balas.

Qisas dari sudut bahasa bermaksud memotong, manakala dari sudut syarak bererti hukuman
yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW kerana
kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu.
 
2. Jenis jenayah Qisas

   Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja


dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.

3. Hukuman terhadap kesalahan Qisas

  Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama
sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum
bunuh.
Firman Allah SWT dalam surah al Maidah ayat 45 yang bermaksud,

“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas
dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan
telinga
dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas
(seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia
penebus
dosa baginya”

C. HUKUM DIYAT

Diat menurut istilah perundangan Islam bererti denda yang telah ditetapkan oleh syara’
sebagai menggantikan qisas yang tidak dilaksanakan.

Diyat terbahagi dua:

12
1. Diyat Berat

Dikenakan ke atas pembunuhan yang dilakukan dengan sengaja atau seolah-olahnya sengaja.
Apabila sabit pembunuhan secara sengaja, maka hukumnya adalah qisas iaitu nyawa dibalas
nyawa, jika sekiranya diberi kemaafan oleh ahli keluarga yang terbunuh maka hendaklah
ditukarkan dengan diyat.

Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan  unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.
Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh
mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Bagi
jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qisas atau diyat. Diyat hanya
boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qisas bunuh dikenakan.

2. Diyat ringan

Dikenakan keatas pembunuhan yang berlaku secara tersalah yang tidak sengaja. Pembunuhan
ini tidak boleh dikenakan qisas tetapi dikenakan diyat ringan.

Kadar denda diyat ringan

1. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh
ditangguhkan sehingga 3 tahun.

2. Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang
terdiri daripada:

 a) 20ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)


                   b) 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
                   c) 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
                   d) 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
                   e) 20 ekor Bintu Mukhad (unta betina berumur 2 tahun)

Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah
Diyat sahaja. Qisas tidak dikenakan.

       * Diyat perempuan 1/2 drp diyat lelaki


       * Diyat hamba 1/2 drp diyat merdeka

Diyat jenayah mencederakan anggota

1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal seperti terputusnya lidah, hilang akal,
menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.

2. 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka
diyatnya 100 ekor unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan 
telinga.

13
3. 33 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dalam bahagian otak)

4. 33 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)

5. 25 ekor unta untuk anggota yang 4  bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap

satu kelopak mewakili 25 unta.

6. 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah atau mematahkan
tulang)

7. 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan
mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).

8. 10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri.
Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.

9. 5 ekor unta untuk luka Mudhihah atau Muwadhdhohah (luka yang menampakkan
tulang)

D. HUKUM TA’ZIR

1. Pengertian ta’zir.

Ta’zir dari sudut bahasa bererti menolak atau menghalang, manakala dari sudut istilah
ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau
orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di
dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan
jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan
keseksaan itu.

2. Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir,

(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan
hukuman hudud atau qisas.

(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.

(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti


mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

 
3. Hukuman bagi kesalahan ta’zir.

(a) Nasihat

              Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak
mengulangi lagi pada masa akan datang.

14
(b) Teguran

                Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan
atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan
akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.

(c) Ancaman

               Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab
takut dikenakan hukuman.

(d) Pemulauan

               Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya
ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat
dengan orang lain dalam masyarakat.

(e) Perisytiharan umum

             Membuat pengisytiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah supaya


penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.

(f) Denda dan merampas harta

               Iaitu hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang
dimiliki oieh penjenayah.

(g) Penjara

               Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan


realiti smasa.

     (h) Sebat


              
Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang
tertentu mengikut reaiiti semasa.

      (i) Bunuh

                Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga
kemaslahatan umum masyarakat.

      (j) Buang daerah

  Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan


dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.
 

15
Matlamat Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir

Hukuman hudud,qisas,diyat dan takzir bertujuan untuk:

i. Melindungi masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia


berlaku.

ii. Memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat


daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang
memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada
melakukan jenayah.

iii. Membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.


 
 Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan
dalam masyarakat

i. Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan


saksama. Misalnya orang yang membunuh  dihukum bunuh balas. Ini
menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.

ii. Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan
orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan
masyarakat aman dan sejahtera.

iii. Hukuman jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah


dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah
bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan
berkurangan dalam masyarakat.
 
 
 

16
17

Anda mungkin juga menyukai