Anda di halaman 1dari 4

Assalamu'alaikum warga BTL, atas perintah Datin Shimah Basri, saya yang menurut perintah akan kongsikan tips

ini..

KELAS CIK ILHAM (KATA GANTI DIRI 'KU')

4 January 2013 at 15:14 'Aku' ialah kata ganti diri pertama. 'Ku' pula kata ganti singkat untuk 'aku'. Persoalannya, adakah perkataan 'ku' dijarakkan dari perkataan lain sepertimana perkataan 'aku'?

Jawapannya: A. Perkataan 'ku' MESTI DIRAPATKAN jika diikuti oleh KATA KERJA. Contohnya:

kuberi kutolak kubaca kuserah kucari kucerita kusentuh kumohon kubonceng

kubawa

B. Perkataan 'ku' MESTI DIJARAKKAN jika diikuti oleh BUKAN KATA KERJA. Contohnya: ku agak ku biar ku yakin ku bahagia ku ingin ku lupa ku mahu ku cinta ku rindu ku ikhlas

C. Perkataan 'ku' MESTI DIRAPATKAN jika diikuti oleh KATA SIFAT yang berimbuhan 'i' dan 'kan'. Contohnya: kuingini kuingati kurindui kucintai kuyakini kumahukan kulupakan kuragukan

kusukakan kurasakan

D. Perkataan 'ku' MESTI DIRAPATKAN dengan perkataan sebelumnya jika bermaksud 'kepunyaanku'. Contohnya: hatiku cintaku milikku duniaku harapanku keyakinanku untukku tanggungjawabku perasaanku ibuku

E. Perkataan 'ku' MESTI DIJARAKKAN dengan perkataan sebelumnya jika bukan bermaksud 'kepunyaanku'. Contohnya: biar ku ingin ku langsung ku mungkin ku hingga ku dapat ku

terus ku seketika ku sukar ku boleh ku

NOTA: Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, kata ganti diri 'kau' juga sama prinsipnya seperti 'ku' kerana merupakan kata ganti singkat untuk 'engkau'. Namun, GBK ada house style tersendiri yang membiarkan perkataan 'kau' dijarakkan dengan mana-mana perkataan sama ada sebelum atau selepasnya.

Anda mungkin juga menyukai