Anda di halaman 1dari 12

1

Wacana Hadhari Isnin 14 Julai 2008 , Bilik Mesyuarat Fakulti Sains dan Teknologi , UKM anjuran
Institut Islam Hadhari , UKM
(Kertas Deraf)

Fizik dan Metafizik: Jembatan Yang Dihurai oleh Sufisme
dan Mekanik Kuantum

oleh
Shahidan Radiman
Pusat Pengajian Fizik Gunaan
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Pengenalan

Terdapat 3 tahap ilmu : ilmu melalui intelek diskursif (ilm al aql) yang merangkumi
keseluruhan korpus matematik, sains dan teknologi ; ilmu tentang keadaan ( hal/ahwal)
yang diterima melalui pengalaman (termasuk pengalaman dzauqi) dan ilmu tentang
Rahsia Ketuhanan yang diterima oleh para anbiya (a.s) , awliya (rah.) dan para solihin.
Kosmologi kalam boleh dikatergorikan kepada ilmu al aql. Para batasan ilmu pertama ini
fizik dan metafizik mempunyai antaramuka (barzakh). Pada antaramuka inilah beberapa
masalah fizik seperti apa itu jirim dan jisim ( apa itu spin dan inersia , supertali dan
membrane) , teori-teori gravity dan masalah asas Mekanik Kuantum (peranan
kesedaran), misteri masa (contohnya pencabulan CP dan teorem CPT) , kesebaban dan
lain-lain akan mendapatkan jawapannya dalam metafizik dalam bentuk topos-teoretik
daripada set-teoretik yang lebih sesuai untuk fizik. Dengan membuat perbandingan
dengan apa yang direkodkan dalam pengalaman Susime dan fenomena fizik semasa (
termasuk paradoksnya) , kertas kerja ini cuba memetakan bentuk-bentuk pertalian ini dan
mencadangkan program penyelidikan yang sesuai pada antaramuka fizik-metafizik
ini.Kertaskerja ini mencadangkan satu program bahasa sepunya di antara Fizik dan
Metafizik , dan ini boleh dibuat melalui higher oder logic atau logic intuitionistik . Buat
masa kini , alat yang sesuai adalah Topos. Bukan saja topos sudah mula digunakan dalam
pelbagai bidang khasnya fizik tetapi ia juga sudah dimulakan untuk menerokai bidang
batasan seperti Graviti Kuantum dan masalah lain yang tidak terungkai dengan kaedah
biasa Fizik-Matematik.
Kajian Fizik adalah satu proses mencerap , mentaakul dan menghuraikan sesuatu
fenomena alam fizikal berdasarkan kepada hukum-hukum tabii yang ditemui atau
dipostulatkan. Hukum-hukum ini ditulis dalam bentuk persamaan , ketaksamaan atau
lain-lain pernyataan matematik dan huraian hukum itu didapatkan berdasarkan selesaian
persamaan tersebut . Soal interpretasi hasil selesaian dan wujudnya selesaian yang
banyak sering ditimbulkan sebagai salah satu masalah songsangan yang inheren dalam
sains tabii. Ini menjadi begitu jelas dalam Mekanik Kuantum sehinggakan masalah
interpretasi yang asalnya hanya dikhasnya bagi selesaian persamaan Schrodinger
sekarang ini menjalar kepada masalah pengukuran dan masalah kewujudan pencerap.
2
Metafizik pula adalah kajian tentang alam ghaib , fenomenanya yang dicerap di alam
nyata ( secara langsung atau tidak) dan kaitannya dengan hukum-hukum tabii alam
fizikal. Disebabkan alam ghaib itu lebih luas , lebih tidak diketahui dan sukar diketahui
atau kita katakan bahawa alam fizikal (tabii) ini tertanam (embedded) dalam alam ghaib
ini dalam topologi yang kita masih tidak ketahui , maka sudah pastinya kajian metafizik
menjadi begitu sukar mungkin untuk disaintifikkan.
Bagi umat Islam jelas bahawa alam ghaib ini menjadi sebahagian daripada rukun
keimanan dan oleh itu pandangan alam mereka tidak akan lari daripada perspektif
metafizik betapa hebatnya penyelidikan fizik atau biologinya . Malah disebalik setiap
penemuan baru sains dan disebalik semua penemuan dan pengetahuan baru kita dapati
persoalan yang semakin mendalam timbul - di manakah akhirnya , apakah hukum dan
model yang lebih tepat dan menyeluruh dan Siapakah yang merancang dan membuatnya
sebegitu rupa? Kalau dulu cerita tentang ulamak Melayu ,Tok Kenali boleh berada
dilebih dari satu tempat pada sesuatu masa (1) membuatkan masyarakat merasa begitu
pelik , penemuan baru dalam Mekanik Kuantum (2) membuktikan bahawa satu ion
beryllium boleh berada dalam dua tempat - paket gelombang terpisah sebanyak 80
nanometer sedangkan saiz ion beryllium itu sendiri bersaiz 0.1 nanometer. Ujikaji lain
(dilakukan oleh Alain Aspect di Institut dOptique , Paris pada tahun 1980an) terhadap
apa yang dipanggil sebagai teori lokal objektif menunjukkan bahawa bagi sesuatu
ensembel (kumpulan) zarah , sifat keterikatan (entanglement) zarah-zarah boleh
menyebabkan sifat individu zarah tidak wujud lagi . Apa yang menarik ialah jika hasil ini
dipadankan dengan masalah jasad dan roh, jelas bahawa sebahagian sifat kita ada dalam
roh dan sebahagiannya dalam jasad kita. Kita tidak boleh meletakkan seratus peratus
sesuatu sifat fizikal semata-mata pada jasad. Ini dapat disahkan dalam banyak
pengalaman spiritual mereka yang bernasib baik untuk mengalaminya.

Mekanik Kuantum dan Permasalahannya

Menurut Einstein , Mekanik Kuantum mencabul realisme lokal dan determinisme dan
oleh itu katanya , Mekanik Kuantum gagal sebagai satu teori yang sempurna sedangkan
Bohr menganggap bahawa Mekanik Kuantum sempurna walaupun tidak memenuhi
kriteria tadi. Perbezaan ni akhirnya kita lihat sebagai pandangan Einstein yang ontic
berbanding pandangan Bohr yang epistemik , tetapi juga dari segi falsafahnya , bagi
Einstein bermazhab Realisme sedangkan Bohr mengikuti mazhab Positivisme. Tahun
1964 merupakan tahun penentu dengan pembuktian Teorem John Bell yang menyanggah
pendapat Einstein dan memenangkan Niels Bohr. Malah menurut John Bell(dlm
Bernstein( )) : ...for me it is a pity that Einstein idea doesnt work, The reasonable thing
just doesnt work. Oleh itu , pandangan positivisme Bohr semakin diikuti ramai dan
kenyataannya bahawa Nothing exists until it is measured menjadi terkenal . Niels Bohr
seterusnya menguatkan interpretasinya dalam Mekanik Kuantum dengan mencadangkan
Prinsip Komplimentariti yang menyatakan bahawa jirim dan tenaga boleh menunjukkan
sifat gelombang atau sifat zarah , tetapi tidak boleh kedua-dua sifat dalam sesuatu masa
(i.e secara serentak). Kajian terkini menunjukkan terdapat banyak persamaan di antara
pandangan Bohr tentang alam tabii ini dengan pandangan Immanuel Kant . Menurut Ross
(2007) : Einstein always objected to quantum mechanics because his metaphysical
realism recoiled from the idea that observation would create a different kind of reality
3
than what existed independently. Reality existed in a different way while under
observation that it did in itself. Ini adalah seperti apa yang disebutkan oleh Immanuel
Kant sebagai things-in-itself. Pada pandangan Barat Kant merupakan ahli falsafah
pertama yang mengkaji bagaimana pemerhati mengenakan syarat kepada sifat objek yang
diperhatikan, sedangkan ahli falsafah Islam seperti Mulla Sadra dan lain-lain telah
mengkaji perkara lebih awal lagi. Salah satu lagi kesan pelik di antara pemerhati
(pencerap) dengan yang diperhatikan (yang dicerap) ialah kesan kuantum Zeno , di
mana zarah meson atau radioaktif yang sedanag mereput (decay) akan terbantut proses
pereputannya jika dilihat atau dicerap.
Malah , beberapa proses pencerapan telah diambil sebagai menggambarkan proses
dalam sesuatu falsafah . Contohnya , Malin (4) menggunakan falsafah Whitehead
untuk menerangkan hasil pengukuran terhadap electron sebagai begini :
Quantum entities , such as electrons exists as fields of potentialities. Once a measurement
takes place , the potential becomes actual. That is the collapse ; that is, the probability
distribution has collapsed to a single location. Menurut Mc Henry (6) Malin shows
how this process is atemporal because nothing is actually contributed to the physical
world until the collapse occurs . The quantum entity is created in the measurement
process once the potential becomes actual Prior to its actuality , there is no entity to speak
of, but once the process is complete , an event in physical space and time occur. Ini
bersesuaian dengan apa yang ditulis oleh Heisenber, salah seorang peneroka awal
Mekanik Kuantum ( dlm Physics and Philosophy (8)):

The transition from the possible to the actual takes place during the act of
observation.

Menurut McHenry lagi It is well known that Whitehead formulated his event ontology
and later his atomistic process metaphysics with the quantum theory in mind.
Disebabkan kekalutan dalam memahami proses dan asas Mekanik Kuantum itu
sendiri , pelabagai interpretasi dan falsafah timbul dalam bidang ini. Kita lihat sepintas
lalu falsafah kuantum seperti dihuraikan di bawah:

Ahli Falsafah Falsafah
George Berkeley (1685-
1753)
Idealisme tidak ada yang wujud melainkan minda dan
persepsi. Di golongkan sebagai idealisme radikal.
Locke , Hume , Hegel Idealisme yang kurang radikal

Kedua-dua bentuk idealisme ini tidak menolong
mengembangkan Sains !
Immanuel Kant Semi-idealisme
Things-in-Itself Noumena sesuatu objek atau benda itu
tak bakal diketahui sepenuhnya

Sesuai dengan Interpretasi Copenhagen bagi Mekanik
Kuantum ( Bohr dan lain-lain)- positivisme
B. Espagnat Realiti Terhijab ( Veiled reality) reality yang tak bakal
diketahui berbanding dengan reality empirikal
4
Einstein , Rosen , dan
lain-lain
Realisme lokal kita boleh mengetahui Realiti Terhijab jika
teori Mekanik Kuantum itu sempurna.
Bohm , Hiley Mekanik Bohm satu interpretasi yang mencabul Teorem
Von Neumann . Sama dengan Mekanik Kuantum yang lazim
Cuma masalahnya tidak boleh mengambilkira teori kerelatifan
Omnes, Griffith , Hartle Interpretasi sejarah tekal ( consistent history interpretation)
Satu interpretasi yang canggih sebab tidak perlu membuat
pengukuran ! Masih dalam kajian yang intens


Mekanik Kuantum dan Kesebaban

Menurut Smolin (9) These days many of us working on quantum gravity believe that
causality itself is fundamental and is meaningful even at the level where the notion of
space has disappeared. Healey (10) menyatakan bahawa The 20th Century logical
positivist declared that all metaphysical assertions meaningless because they were
unverifiable. Their attitude , if not their doctrines have attracted adherents among
physicists from heisenber to Hawking. But the positivists view of meaning did not hold
up to philosophers critical scrutiny and metaphysics has emerged once again as a
flourishing area of philosophical investigation.Even after the demise of logical
positivism, empiricismremains an influential school of thought ..the most notable being
Van Frassen. He maintains that the goal of science is empirical adequacy But if
observation is so important to science , is it not scientifically irresponsible to form beliefs
about things that are NOT observable? .

Persoalan yang ditimbulkan oleh Healey merupakan persoalan yang telah pun menjadi
perdebatan yang hebat di antara Al-Ghazali dengan Ibn Rushd , dan pertentang dalam
penulisan para ahli kalam ( al Juwayni , Ashaari , al Maturidi , al Baqillani dan lain-lain)
dengan ahli falsafah masyaiyun ( Ibn Sina dan lain-lain). Contohnya bagi Ibn Rushd
(lihat ( ) if God creates a knowledge in us , that knowledge is properly designated as
knowledge only if it corresponds to a real nature , sedang bagi al-Ghazali the habit of
knowing brought about by experience is not knowledge of what is necessary ; only a
knowledge produced by God is certain . Seterusnya Majid Fakry ( 11) menyatakan Ibn
Rushd assumes that the supernatural which for al-Ghazali is fundamental- is a subject
which cannot be understood nor even rationally discussed. For al Ghazali , scientific
discourse is partial , because it cannot establish whether a given natural cause will be
suprseeded by supernatural intervention. Thus , al Ghazalis goal in Tahafut al Falasifah
is to show that philosophy must be subsumed within an intellectual enterprise which
includes revealation (wahyu) and further , that revealation must be regarded as the most
superior kind of knowledge.
Oleh itu , terhadap usaha yang murni dari cendekiawan islam diseluruh dunia untuk
membangunkan apa yang dipanggil Islamic Science atau Tauhidic Science dengan
membangunkan semula pendapat dan doktrin yang dicadangkan oleh al-Ghazali dalam
banyak penulisannya sebelum ini. Kesebabab ( causality) menjadi tunjang utama al-
Ghazali menentang konsep falsafah Ibn Rushd dan ahli falsafah masyaiyun seperti yang
dihurai dalam Bab 17 Tahafut al-Falasafah. Menurut al-Ghazali (lihat Majid Fakry ( ))
5
natural causes are only contingently causes , their effects only proceed if the True Agent
(God) who gave them their causes wishes it. So, created causes are inherently contingent
and provisional , relying on Gods continued will for their efficacy and very existence.
This is al-Ghazalis Occasionalisme. Bertentangan dengan itu pula menurut (Majid
Fakhry ) Ibn Rushd view is that if any form of occasionalisme is accepted , there is no
possibility for human knowledge. Kenyataan Ibn Rushd tentang occasionalisme
(kesempenaan ) ini sekarang terbukti salah/meleset apabila hasil penemuan Mekanik
Kuantum menunjukkan bahawa occasionalisme ini berlaku yang menunjukkan sifat
(attribute) kezarahan atau kegelombangan sesuatu zarah itu terpisah dari jirim tersebut
dan hanya muncul apabila dilakukan sesuatu pengukuran/pencerapan terhadap jirim itu.
Berdasarkan kepada fenomena tabii yang berlaku berserta kesebabannya maka
kita lihat dua pandangan Kalam yang berbeza telah muncul , satu yang boleh dipadankan
dengan pandangan Fizik Klasik moden iaitu pandangan al-Maturidi yang menyatakan
secara am bahawa Tuhan menjadikan alam semesta beserta dengan hukum-hukumnya
yang tetap dan setiap yang ada di dalam alam semesta akan mempunyai sifat-sifat yang
telah ditetapkan dan oleh itu alam tabii adalah deterministic. Pandangan yang kedua
adalah pandangan Abu Hasan Asshaari yang menyatakan bahawa alam semesta itu
sendiri tidak mempunyai kewujudannya yang berterusan (perpetual existence) . Seperti
yang dihurai oleh Majid Fakhry pandangan Asshaari ini Universe does not have a
perpetual, established existence and reality. Nor do things have essential qualities of
themselves. God creates the universe anew every moment and direct it continuously by
ordering each thing to do what it must do. Kita lihat bahawa pandangan asShaari ini
lebih mirip kepada pandangan pada tahap Kuantum, di mana alam serba serbi chaotic
dan tidak deterministik ( dari pandangan manusia) malah jirim sendiri bersifat dualistik.
Dalam kajian termodinamik moden telah ditemui bahawa arah anak panah
kesebaban (causal arrow of time) bukanlah sesuatu yang semesta (universal) samada
secara klasik mahupun kuantum. Namun semua teori interaksi ( ada 4 interaksi asas iaitu
Elektromagnet , Kuat, Lemah dan Graviti) mestilah mengikuti Teori Medan Kuantum
yang wajib invarian CPT ( C-konjugasi cas , P Pairit dan T songsangan masa). Dengan
penemuan pencabulan CP dalam beberapa system zarah meson (khasnya K-meson atau
kaon dan B-meson) , pencabulan T adalah sesuatu yang mungkin dan oleh itu mungkin
pembuktian bahawa kesebaban ( causality) iaitu sesuatu fenomena fizikal mesti
mempunyai sebab (cause) untuk terjadi boleh acapkali berlaku tidak lagi diikuti atau
hukum sebab-musabab itu tidak diikuti lagi (sekurang-kurangnya dalam dunia
mikroskopik meson! Atau dalam erti lain , Tuhan berbuat apa yang Dia suka). Mungkin
itulah yang pernah diutarakan oleh Sadr alDin Shirazi (Mulla Sadra) yang pernah menulis
dalam kitabnya al Mazahir al Ilahiyyah fi asrar al Ulum Kamaliyyah sebagai berikut (
lihat Ibrahim Kalin ( )) : there is nothing in Existence except the Essence, Attributes
and Doings (Actions) of God which are reflections of His Names and manifestations
(mazahir) of His Attributes). Dalam erti lain, semua yang berlaku ini perbuatanNya dan
Dialah juga yang menentukannya.





6
Timbulnya Metafizik dalam Fizik

Para pengkaji teori kuantum diBarat , antaranya ....... pernah menulis ..There is a limit
called holism of quantum theory which should explain the Big Bang (why , how, what is
before etc) but everyone is trying to understand what this holism is all about ( good try
by David Bohm who wrote Wholeness and Implicate Order ) . Hadith Qudis ada
menyebutkan : Aku (Tuhan) adalah Perbendaharaan Rahsia dan Aku ingin untuk
diketahui. Oleh itu Aku ciptakan makhluk agar Aku diketahui Oleh itu , menurut Nasr (
12) All of Gods creation is a manifestation of His Infinite creative power and desire for
slef-revealation . Every creature in its form (surah) and essence (makna) manifests God to
Himself , regardless of whether it is aware or unaware of itself being a locus of Divine
manifestation. .The spiritual significance of all Islamic cosmology is to provide
knowledge of the cosmos so as to transform the cosmic reality from opacity to
transparency ( zulumati ilannur ), from aveil to means of unveiling the Divine Reality
which the cosmoc veils and unveils by its vry nature. The goal is to reveal Unity ( al-
Tauhid) as reflected in the world of multiplicity. Kepelbagaian ini merupakan
penjelmaan dari sifat-sifat ciptaan yang mengambil sebahagian dari sifat-sifat Tuhan
dalam bentuk hiraki kejisiman ( dari skala kosmologi kepada skala Planck) dan hiraki
kewujudan ( dari yang fizik kea lam ghaib dan seterusnya ghaibul ghaib) seperti yang
dibincang oleh Sdar al Din Shirazi dalam kitab al Asfar.
Ibn Arabi telah membawa konsep Ketuhanan yang berakar umbi dalam
penciptaan makhluk dengan lebih mendalam dan lebih berani lagi. Katanya (lihat
Hirsteinstein ( )) there is ultimately but One Being, One reality , all else consisting of
reflections of the Divine Names and Qualities upon the mirror of non-existence. . For
Ibn Rabi , the cosmos and the self are two realities within which the Real Self -disclosure
may be witnessed. Everything in the cosmos is created by His Word so that everything is
the messenger of God. The cosmos , all of it , is a book inscribed ( al-Quran 52:2) since it
is an orderly arrangements , parts of which have been joined to other parts.
Menurut para ahli Sufi , bahan binaan alam-i-khalq ( alam ciptaan =alam fizik)
adalah jirim sedang bahan binaan alam-i-amr ( alam ruh =alam kesedaran) adalah latifah.
Daripada sembilan latifah itu , lima ada dalam diri manusia yang disebut sebagai hati
(qalb) , sir , ruh , khafi dan akhfa. Setiap latifah ini akan mengalami kefanakannya sendiri
untuk mendapatkan ilmu tentang ketuhanan bagi mengenali Yang Haqq . Bagi al-Ghazali
dan Ashaari Gods Essence are not dependent but His Attributes are dependent and
superadded to the Essence. Dalam al Maqasid al Falasifa , al Ghazali menyatakan
duabelas huraian mengenai Tuhan Wajibul Wujud dan beliau menggunakan dua jenis
sillogisme ( kategori dan konjunktif) bagi menentang fahaman-fahaman menyeleweng
ahli falsafah .
Timbulnya metafizik dalam Fizik bermula dengan persoalan dan paradoks dalam
Mekanik Kuantum ) termasuk persoalan asas (foundational problems) sehingga
diperlukan falsafah sebagai prinsip pnerokaan ( guiding principle). Contohnya , apabila
John Bell menerbitkan Teorem bell nya pada tahun 1964 , David Bohm , salah seorang
peneroka Interpretasi Bohm-Hiley (Bohmian Mechanics) dalam Mekanik Kuantum
meninterpretasi teorem tersebut kepada 3 perkara ( lihat ..: (i) everything in the
Universe is a kind of total rapport, so whatever happens is related to everything else (non-
local) (ii) there is some kind of information that can travel faster than the speed of light
7
dan (iii) it may mean that our concept of space and time have to be modified in someway
that we dont understand them. Sehingga kini ketiga-tiga pandangan tersebut sedang
dikaji dan dibuktikan. Dalam hal (i) , Geoffrey Chew telah mencadangkan konsep
bootstrap dalam teori hadron yang menyatakan zarah-zarah asas terkait dengan yang
lain ( sekarang ini kita tahu ini adalah satu sifat asymptotic freedom dalam teori
Kromodinamik Kuantum ) . Ibn Arabi , contohnya dalam Fusus al Hikam ada
menyebutkan Every particle of the world is from the whole of the world. That is , every
single particle is capable of receiving into itself all the realities of all the other single
particles of the world . Adakah Ibn Arabi bersetuju dengan kenyataan Bohm ke(ii)?
Malah kenyataan (i) merupakan Prinsip Mach yang sudah terbukti sekarang (secara teori
dan ujikaji) bahawa inersia semua jirim mendapat sumbangan dari semua jisim di seluruh
alam semesta!
Salah satu Interpretasi Mekanik Kuantum yang mempunyai nilai metafiziknya
tersendiri adalah interpretasi Everett-Wheeler. Interpretasi inimenyatakan bahawa semua
jalan laluan kepada sesuatu peristiwa kuantum wujud , tetapi apabila sesuatu pengukuran
dibuat iaitu satu penentuan peristiwa sudah dilakukan , maka hanya jalan laluan ( alam
selari) yang menghasilkan peristiwa yang diukur itu yang masih kekal dan alam-alam
selari yang lain menghilang ( terpadam , dalam alam mithal?) . Menurut David Deutsch
salah seorang pendokong interpretasi alam selari ini , The real world is the multiverse
and it does contain many universes. The point that theorists tend to miss is that the
multiplicity of reality is not or even primarily a consequence of quantum theory. Rather,
it is quite simply an observed fact. . Jadi , alam-alam selari ini bukanlah disebabkan oleh
pandangan teori kuantum tetapi sesuatu yang boleh dicerap dan berlaku secara
semulajadi.


Metafizik dan Sufisme

Menurut Chockiewiez ( ) , Ibn Arabi menulis dalam kitabnya Futuhat al Makiyyah the
first thing that God created is the Intellect ( as in hadiths qudsi). It is therefore the first
genera. Creation ends in the human species and so the circle is complete and man is
joined to the Intellect as the end of a circle in joined to its beginning. Between the two
ends of the circle is all the genera which God created in the world, between the First
Intelect which is the Pen and Man , who is the last existence . God gave men the gnosis
of Himself that He gave them and made them witness of His creatures and manifestations
what He made them witness. Menurut seorang ahli Sufi tersohor , Najamudin Kubra (
dalam kitab Fawatih al Jamal ) ..the accomplished traveler is one who crosses the
different universe (visible world, hidden world, hidden of the hidden worlds) and ties
together in himself the form to the meaning and then to its reality . Visionary
concentration (kashf) is the faculty which leads to the Divine existence beyond the
created beings .
Ibn Arabi dalam Futuhat al Makiyyah (terjemahan ..( ) ) ada menyebutkan
bahawa the world is Gods shadow the shadow is at once God and something other-
than-God. Everything we perceive is the Divine Being in the external hexeities of the
possible. Dalam nada yang hamper sama , Mahmud Shabistari (1250-1320 ) dalam
kitab (the walled Garden of Truth) seorang ahli Sufi Parsi menyebutkan You
8
fancy the world is permanent of itself and endures because of its own nature, but really it
is array of light from the Truth and within it the Truth is concealed. Dalam nada yang
sama juga Jalaludin Rumi ( dalam Diwan ) menulis The Earth has the external shape of
dust , but inside are the luminous Attributes of God. Fakhrudin Iraqi dalam Haqaiq..
menulis Truth being the First Entification , and reality being the Muhammadan reality
which is the entification of All the Divine Names and Attributes. The world is all of
creation and because there is no existence without Existence, the world is naught other
than Existences reflection in entities whose existence is contingent on His Existence.
Bagi falsafah Barat metafizik pertama yang dikaitkan dengan teori fizik atau teori
alam tabii ialah Monisme oleh Parmenides yang lahir berdasarkan postulat Ionian yang
mengatakan semua jirim berasal dari satu jirim asas tunggal. Ini mempunyai kesepadanan
dengan konsep Teori kesatuan gedang (Grand Unified Theory) yang diyakini oleh ramai
ahli fizik moden . Buat masa kini dipercayai bahawa semua jirim alam semesta terdiri
dari lepton dan quark (dalam tiga famili ). J isim jisim jirim ini terzahir melalui
Mekanisme Higgs (melalui interaksi dengan boson Higgs ( juga di panggil Zarah Tuhan )
yang masih belum ditemui).Tetapi ramai ahli fizik percaya leton dan quark sendiri terdiri
daripada supertali dan supermembran yang merupakan getaran-getaran tenaga dalam
dimensi/matra yang lebih tinggi. C.H Kaiser ( ) telah membuktikan bahawa Mekanik
Kuantum itu neutral secara metafizik jika kita mengambil sikap positivis. Tetapi jelas
bahawa sikap realisme yang lebih sesuai dengan pandangan Islam- dan oleh itu Mekanik
Kuantum tidak neutral secara metafizik !

Persamaan Bahasa di antara Fizik dan Sufisme

Sebagai permulaan untuk melihat kesepadanan dalam perkara yang dibincangkan dalam
Sufisme dan Mekanik Kuantum , kita lihat kepada beberapa konsep yang selari ( saya
pasti banyak lagi yang boleh dicari kesepadanannya) antaranya :

Bahasa Sufi Bahasa Fizik/Mekanik Kuantum
Alam mithal Dunia selari ( parallel universe, Everett-
Wheeler)
Haqaiq Realiti Terhijab (veiled reality , Van
Frassen dll)
Dunia fana =bayangan Fungsi gelombang alam semesta ( yang
runtuh apabila dicerap) persamaan De
witt-Wheeler , sekarang ini menjadi
persamaan Bojowald
Pencerap dan Yang dicerap adalah serupa Kesedaran memberi kesan dalam
pencerapan ( Penrose, Homeroff dll)
Kebaqaan Pencipta boleh diterokai (
melalui fana baqa billah) iaitu lillah
billah - fillah
Pada skala asas , masa atau waktu tidak
wujud (Rovelli dll)
Realiti Yang Sebenar (Haqiqah) Things-in-Itself (Realisme)
Alam kabir-Alam saghir Skala Kosmologi (10
35
m) - Skala Planck (
10
-35
m)
Al Wahdah fil Kasrah dan al kasrah fil Unity in diversity contohnya hukum-
9
wahdah hukum kesemestaan (universality) dan
invarian skala seperti fraktal dan
penormalan semula (renormalisation)
Jawhar-Arad J irim- gelombang dan lain-lain dualiti
dalam fizik
Wujub (necessity) dan Imkan (possibility) Probability ( dlm fungsi gelombang) dan
potentiality ( sebelum fungsi gelombang
diukur)
Tajalli/ taayun/fayd Phenomena/noumena/ keruntuhan fungsi
gelombang
Simetri Kiri-Kanan Pariti helicity-chirality

Semua ini memerlukan satu bahasa yang boleh digunasama iaitu dicadangkan melalui
formulasi Topos.

Program Penyelidikan Antaramuka Fizik-Metafizik

Huston Smith (dalam The ambiguity of Matter ( )) menyebutkan : Among the worlds
component Matter is that which is sensible, multiple and subject to time. Spirit by
contrast has none of these traits. It does not impact our senses. It is single and ultimately
beyond numerical considerations altogether. And while it is present in time, it is itself
timeless.

Realiti yang terhijab (Veiled reality) yang banyak diperkatakan oleh ahli fizik kuantum
boleh diketahui melalui hikmah (makrifah , gnosis) seperti yang dapat dicapai oleh para
ahli Sufi seperti yang dihuraikan oleh Abdul Qadir J ilani dalam Al Ghunya li Talibi Tariq
al-Haqq) bahawa orang arifin itu belajar melalui pengalaman langsung dari Tuhan(direct
experience from God) dan merupakan orang yang kuat ibadatnya (atqiya) dan tinggi
ketaqwaanya ( mengamalkan wariin). Imam al-Ghazali juga menghuraikan bagaimana
untuk mencapai ilmu rahsia ini dalam salah satu risalahnya bertajuk jami al haqaiq bi
Tajrid al alaiq (lihat Che Zarina , 2004).Dalam hal ini , elok kita lihat pembahagian
teori ilmu seperti yang pernah dihurai oleh cendekiawan Islam:

Teori Perwakilan (Representational
Theory)
Ibn Sina, Al-Farabi dan ahli falsafah
Masyaiyun (Peripathetics)
Teori Perhubungan ( Relational Theory) Fakhrudin al Razi dan ahli Kalam
terkemudian
Ilmu Huduri (Knowledge by Presence) Suhrawardi Maqtul ( dalam kitab Hikmah
Ishraqi)
Kesatuan diantara Yang Mengetahui
dengan Yang Diketahui syuhud ayni)
Sadr al Din Shirazi dalam kitabnya Hikmah
Mutaaliyah)

Fana dan fana Baqa billah

Semua ahli Sufi
Wihdatul wujud Ibn Arabi (dalam kitabnya Futuhat al
Makiyyah) , (di alam Melayu) Hamzah
Fansuri, Shamsuddin Sumatrai dan A. Rauf
10
Singkel , (di Khorasan) Daud Qaysari ,
Abdul Razak Kashani dan Abdul Rahman
Jami.
Wihdatus Syuhud Shah Waliyullah Dehlawi
Mekanik Kuantum:

Bootstrap model
Holisme

Alam-alam selari (Parallel Universe):
pencerap dan objek yang dicerap dalam
system yang sama oleh itu secara
objektif teori ini adalah selanjar dan
berkesebabab (causal) sedangkan secara
subjektif tak selanjar dan probabilistic.

Formulasi Von-Neumann-Dirac : pencerap
diluar system yang dicerap . Ini
menghasilak dua hukum dinamik iaitu (i)
teori deterministik , selanjar dan linear
apabila sistem tidak diukur /dicerap , tetapi
(ii) rawak , selanjar dan tak linear apabila
diukur/cerap.


Geoffrey Chew
David Bohm ( dlm bukunya Wholeness
and Implicate Order)
Everett , Wheeler dan Deutsch






Von Neumann , P.A.M Dirac dan
pendukong Interpretasi Copenhagen seperti
Bohr , Heisenberg , dll

Ilmu sebagai perwakilan ( ilm al-irtisami) boleh dilihat sebagai ilmu dalam bentuk
hubungan di antara subjek yang mengetahui dan objek yang diwakili dalam pelantal
kewujudan mental ( mirrored in the mental plane of existence). Ilmu sebagai hubungan
atau perkaitan (idafah) hubungan di antara subjek dan objek yang mana onjek dan
subjek adalah masing-masing bebas (independent) secara ontologi dan epistemologi yang
membawa kepada ilmu yang tidak mempunyai kandungan existential dan presential.
Ilmu dalam teori ini adalah sifat orang yang mengetahui ( Knowledge is the property of
the knower) dan merupakan epistemolog kepada banyak falsafah bidang. moden. Ilmu
huduri (presential knowledge) pula meninggalkan aspek ilmu sebagai perwakilan dan
meletakkan ilmu dalam sebutan wujud dan mod-mod kewujudan ( anha al-wujud).
Mulla Sadra pula mencadangkan ilmu sebagai kesatuan di antara yang mengetahui
dengan yang diketahui (ittihad al aqil wal maqul) dan oleh itu ilmu adalah dalam bentuk
mod-mod kewujudan (nahw al wujud). Mulla Sadra juga mengubah konsep epistemologi
kepada asalat al-wujud (primacy of beings) dan meletakkan pandangan metafizik yang
minimum sebagai syuhud ayni. Pandangan Mulla Sadra ini merupakan pandangan
beberapa ahli fizik kuantum moden yang ingin mengambilkira pencerap (observer)
setaraf dengan objek yang dicerap dalam proses pengukuran Mekanik Kuantum ini
termasuk percubaan Hameroff dan Penrose untuk memasukkan kesedaran
(consciousness) dalam proses pengukuran , serta postulat lain yang mengambilkira kesan
kesedaran terhadap pengukuran ini. Menurut Ibn Arabi ( bab 19 Futuhat al -Makiyyah)
The highest rank in knowledge is the knowledge of Allah. The highest o the path to
knowledge of Allah is the knowledge of tajalliyyat. Below , it is the knowledge of
11
intellectual examination (nadhar). There is no divine knowledge below examination.
These are creeds for the general people, not knowledge. Menurut Claude Addas ( ) : That
knowledge of Allah as stated by Ibn Arabi came to be known as Wihdatul Wujud which
he described variously e.g (i) the sigh of Compassion flow through the things of the
world like the waters of a river and is unceasingly renewed and (ii) His creation springs ,
not from nothingness , from something other than Himself ( from a NOT-Him) but from
His fundamental Being, from the potencies and virtualities latent in His own unrevealed
being. Pandangan yang sama diutarakan oleh Ibn Athaillah dalam Al-Hikam ( lihat
Syarah Ibn Ajibah ( )) yang mengatakan bahawa The world is essentially the
manifestation of God to Himself.
Berdasarkan kepada apa yang telah dibincangkan di atas kami mencadangkan
agar pendekatan yang harus diambil untuk memacu bidang Fizik kearah yang lebih
cemerlang dalam pengetahuan dengan menerapkan aspek Metafizik dan Falsafah ialah
dengan melakukan perubahan paradigma yang bersifat topos-teoretik.

Perubahan Paradigma dari Set-Teoretik ke Topos-Teoretik

Perubahan paradigma ini perlu untuk Fizik menerima Metafizik dan Falsafah sebagai
sebahagian daripada kaedah penerokaannya dan bukan semata-mata menggunakan
Matematik , sehingga pernah disanggah oleh Eugene Wigner (1960) dalam
kertaskerjanya tajuk The Unreasonable Effectiveness of Mathematics. Sebelum kita
bincang cadangan ini lebih jauh disini saya huraikan secara ringkas apa itu topos. Topos
boleh dianggap sebagai satu semesta set-set berubah , sebagai ruang topologi itlak dan
sebagai semesta semantic bagi logic intuisme tahap tinggi (higher order intuitionistic
logic). Pada tahun 1970an Lawvere dan Tierney menemui bahawa logic tahap tinggi ini
boleh diterjemahkan sebagai suatu kategori seperti Sh(X) atau pengitlakannya iaitu Topos
Gronthendieck yang merangkum kedua-dua topos spatial Sh(X) dan model Kripke.
Topos Grothendieck mempunyai ko-had yang terindeks-set sembarangan termasuk satu
set penjana. Oleh itu ia boleh digunakan sebagai satu semesta semantic daripada logic
ketakterhinggaan (infinitary logic). Mengapa kita perlu melewati set-teoretik yang
dibangunkan Zermela-Godel-bernay ala program Boubaki itu? Pertama ialah hipotesis
kontinum yang bebas dari aksiom teori set ; keduanya , penutupan nombor bagi medan
teratur sentiasa wujud dalam topos gronthendieck dan telah pun dilaksanakan
penggunaannya dalam beberapa masalah matematik seperti kalkulus pengubahan , teori
pembuktian , teori model dan beberapa algebra. Dalam bidang Fizik Kuantum , program
topos telah pun dilaksanakan dengan giat oleh Isham dan rakan-rakan di Imperial College
, UK mulai hujung 1990an. Kedudukan pergerakan dari set-teoretik ke topos teoretik:


Teori Set ------ Kategori / Etale ------ Topos

Diharapkan , berdasarkan kepada sifat Topos yang boleh mengambilkira logic
intuitionistik ( program yang dimulakan oleh Brouwer) dan logic tahap tinggi , program
menyatupadukan semantic/bahasa Mekanik Kuantum dan Sufisme boleh dilaksanakan.
Saya terjumpa satu percubaan oleh Tony Smith dalam Internet (http://tony5m17h.net/)
yang cuba menstrukturkan idea Sufi Ibn Arabi dalam bahasa Clifford Algebra dan teori
12
kumpulan E8 yang dikaitkan dengan teori supertali (E8 xE8) dalam Fizik , tetapi
kesepadanan itu masih tidak tekal

Kesimpulan

Fizik dan teori fizik yang lebih baik yang dapat menembusi ke alam metafizik adalah
sasaran fizik moden yang baru. Fizik moden yang baru ini didasari oleh ilmu wahyu (
sains tauhid) dan pengalaman sebenar penyelidik , bukan setakat imaginasi . Keindahan
teori-teori fizik ini bukan bergantung kepada pengkajinya saja tetapi sebenarnya kepada
Keindahan Alam Fizik yang dicipta oleh Allah s.w.t. Maka teori yang indah datangnya
dari fenomena yang indah. Hadith menyatakan Allah itu indah dan Dia suka kepada
yang indah maka diciptakanlah alam semesta ini untuk manusia . Salah satu keindahan
teori fizik ialah melalui bahasa matematik yang bersifat simbol dan pengiraan . Dari dulu
sehingga kini , ahli fizik bergantung kepada matematik untuk mencipta teori yang lebih
baru , lebih betul atau lebih tepat dengan menggunakan kaedah matematik yang lebih
canggih. Kertas kerja ini juga mencadangkan demikian dan diakhiri dengan satu rangkai
kata ahli falsafah terkini Betrand Russell :

Mathematics, rightly viewed, possesses not only truth, but supreme beauty, beauty cold
and austere, like that of sculpture, without appeal to any part of our weaker nature,
without the gorgeous trappings of painting or music, yet sublimely pure, and capable of a
stern perfection such as only the greatest art can show. The true spirit of delight, the
exaltation, the sense of being more than Man, which is the touchstone of the highest
excellence, is to be found in mathematics as surely as in poetry.
Kita, ahli sains akan terus menerokai ilmu fizik (dan metafizik) dengan matematik
sedangkan ahli Sufisme terus menerokai ilmu mereka dengan puisi ( nazam).

Rujukan

1. Abdullah Saleh Al-Qari , 1985. Tok Kenali Dalam Kenangan , Hisbi Pub.(K.Lumpur)
2. C.Monroe et al , 1996. Experimental observation of the Schrodingers Cat states,
Science 272 , 1131-1135.
3. Shimon Malin, 2000. Nature Loves to hide: Quantum Physics and the Nature of
reality , a Western Perspective. Oxford Univ Press, N.Y
4. L. McHenry,2002. Whitehead , Quantum mechanics and Local realism ,Process
Studies 31 (1), 164-170.
5. L.Smolin ,2006. The trouble with Physics , The rise of string theory and the fall of a
science and what comes next, Houghton Mifflin Co.
6. J.Bernstein, 1991 .Quantum profiles , Princeton Univ. Press ,USA
7. K.L Ross
8. Che Zarina , 2004. Al Afkar Bil5 , 45-66.
9. E.Wigner "The Unreasonable Effectiveness of Mathematics in the Natural Sciences,"
in Communications in Pure and Applied Mathematics, vol. 13, No. I (February 1960).
New York: John Wiley & Sons, Inc. Copyright 1960 by John Wiley & Sons, Inc

Anda mungkin juga menyukai