Anda di halaman 1dari 12

1

STANDARD 4

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Aspek 4.1

Penglibatan Murid

Kriteria Kritikal

Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan.


SKOR

DESKRIPSI SKOR





SKOR 6
Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu
dipenuhi.Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaikyang menambah nilai pada usaha
meningkatkan pembelajaranmurid. Contohnya:

Keseluruhan (90-100%) murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid
dengan murid/ murid dengan guru/murid dengan bahan.
atau inisiatif lain yang sesuai.
(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)




SKOR 5
Hampir keseluruhan( 80-89%) murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang
menjurus ke arah pencapaian objektifsepertiperbincangan/memberi respons terhadap soalan
guru/membuat catatan/kerja amali/membuat gerakan fizikal/arahan guru.
Hampir keseluruhan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid
dengan murid/murid dengan guru/murid dengan bahan.
Hampir keseluruhan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu
pembelajaran.

SKOR 4
Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan
yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.



SKOR 3
Kebanyakan(50-69%)murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang menjurus ke
arah pencapaian objektif sepertiperbincangan/memberi respons terhadap soalan
guru/membuat catatan/kerja amali/membuat gerakan fizikal/arahan guru.
Kebanyakan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan
murid/murid dengan guru/murid dengan bahan.
Kebanyakan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu pembelajaran.


SKOR 2
Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai
keseluruhan deskripsi skor 3.



SKOR 1
Sangat sedikit (0-24%)murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang menjurus
ke arah pencapaian objektif sepertiperbincangan/memberi respons terhadap soalan
guru/membuat catatan/kerja amali/membuat gerakan fizikal/arahan guru.
Sangat sedikit murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan
murid/murid dengan guru/murid dengan bahan.
Sangat sedikit murid memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu pembelajaran.

2





























Aspek 4.2
Penguasaan Pembelajaran Murid

Kriteria Kritikal

Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif yang ditetapkan.
SKOR
DESKRIPSI SKOR




SKOR 6
Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu
dipenuhi.Terdapat unsur inovasi/kreativiti/ amalan terbaik yang menambah nilai pada usaha
meningkatkan pembelajaran murid. Contohnya:

Keseluruhanmurid dapat memberi respons dengan tepat terhadap arahan/soalan guru.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)


SKOR 5
Hampir keseluruhanmurid dapat memberi respons dengan tepat terhadap arahan/soalan
guru.
Murid memberi pandangan/idea yang sesuaiatau mengemukakan soalan untuk mendapatkan
maklumattambahanberkaitan tajuk pelajaran.
Hampir keseluruhanmurid dapat mencapai objektif pembelajaran.


SKOR 4
Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan
yang nyata tetapi belum mencapai ke.seluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3
Kebanyakanmurid dapat memberi respons dengan tepat terhadap arahan/soalan guru.
Kebanyakan murid dapat mencapai objektif pembelajaran.


SKOR 2
Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai
keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1
Sangat sedikit murid dapat memberi respons dengan tepat terhadap arahan/soalan guru.
Sangat sedikit murid dapat mencapai objektif pembelajaran.

3




























Aspek 4.3
Hasil Kerja Murid

Kriteria Kritikal

Hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran.
SKOR
DESKRIPSI SKOR





SKOR 6
Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu
dipenuhi.Terdapat unsur inovasi/kreativiti/ amalan terbaik yang menambah nilai pada usaha
meningkatkan pembelajaran murid. Contohnya:

Keseluruhan murid dapat menghasilkan tugasan atau latihan(evidens) dengan kemas,
mematuhi format dan prosedur/menyiapkan semua tugasan atau latihan(evidens) yang
diberikan/melakukan pembetulan bagi tugasan atau latihan(evidens)secara konsisten.
atau inisiatif lain yang sesuai.
(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)




SKOR 5
Hampir keseluruhan murid menghasilkan tugasan atau latihan (evidens)dengan kemas,
mematuhi format dan prosedur.
Hampir keseluruhan murid menyiapkan tugasan atau latihan (evidens) yang diberikan.
Hampir keseluruhan murid berjaya melaksanakan tugasan atau latihan (evidens) dengan

betul.
Hampir keseluruhan murid melakukan pembetulan bagi tugasan atau latihan(evidens)
secara konsisten.

SKOR 4
Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan
yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.



SKOR 3
Kebanyakan murid menghasilkan tugasan atau latihan(evidens) dengan kemas, mematuhi
format dan prosedur.
Kebanyakan murid menyiapkan tugasan atau latihan(evidens)yang diberikan.
Kebanyakan murid berjaya melaksanakan tugasan atau latihan(evidens)dengan betul.

Kebanyakan murid melakukan pembetulan bagi tugasan atau latihan(evidens)secara

konsisten.

SKOR 2
Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai
keseluruhan deskripsi skor 3.


SKOR 1
Sangat sedikit murid menghasilkan tugasan atau latihan(evidens)dengan kemas, mematuhi
format dan prosedur.
Sangat sedikit murid menyiapkan tugasan atau latihan(evidens)yang diberikan.
Sangat sedikit murid melakukan pembetulan bagi tugasan atau latihan(evidens).

4









Aspek 4.4
Perancangan dan Persediaan Guru

Kriteria Kritikal

Perancangan dan persediaan yang rapi meningkatkan keberkesanan pengajaran.
SKOR
DESKRIPSI SKOR





SKOR 6
Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu
dipenuhi.Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang menambah nilai pada usaha
meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Rancangan Pelajaran Harian (RPH) disediakan memenuhikeperluan SPI yang berkuat
kuasadan mempunyai kelebihan seperti langkah-langkah pengajaran yang terperinci, sumber
pendidikan yang sesuai, unsur Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang jelas, dan bahan
penilaian mengikut kebolehan murid.
atau inisiatif lain yang sesuai.
(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)






SKOR 5
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang disediakan meliputi sepanjang tahun
persekolahan berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran(HSP)/Dokumen Standard
Kurikulum (DSK)terkini dan sesuai dengan takwim persekolahan.
RPH disediakan berdasarkan RPT.
Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan
keupayaan murid.
Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran.
Peraturan Penskoran PBS disediakan dengan tepat (jika berkenaan).
Guru menyediakan sumber pendidikan yang sesuai sebelum PdP bermula.
Refleksi dicatat bagi setiap pelajaran dengan merujuk objektif pelajaran.

SKOR 4
Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan
yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.




SKOR 3
RPT yang disediakan meliputi sepanjang tahun persekolahan berdasarkan sukatan dan
HSP/DSKterkini.
RPH disediakan berdasarkan RPT.
Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan.
Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran.
Guru menyediakan sumber pendidikan yang sesuai sebelum PdP bermula.
Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran.

SKOR 2
Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai
keseluruhan deskripsi skor 3.
SKOR 1
RPT atau RPH atau kedua-duanya tidak disediakan.
5







Aspek 4.5
Kaedah Penyampaian

Kriteria Kritikal

Kaedah penyampaian yang sesuai meningkatkan pencapaian objektif pelajaran.
SKOR
DESKRIPSI SKOR




SKOR 6
Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu
dipenuhi.Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang menambah nilai pada usaha
meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Aktiviti PdP memberi peluang murid berfikir aras tinggi dengan menggunakan soalan aras
tinggi/peta pemikiran/ peta minda.
atau inisiatif lain yang sesuai.
(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)





SKOR 5
Guru mewujudkan kesediaan belajar dalam kalangan murid.
Kaedah pengajaran sesuai dengan keperluan dan keupayaan murid.

Guru mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran asas (berasaskan pengetahuan dan

pengalaman sedia ada murid, mudah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak).
Aktiviti PdP yang dilaksanakanmenarik dan menjurus kepada pencapaian objektif.
Aktiviti pemulihan/pengayaan/pengukuhandilaksanakan dengan berkesan.

Aktiviti PdP memupuk nilai dalam kalangan murid.

Guru menyampaikan pelajaran dengan luwes mengikut situasi.

Masa pelajaran digunakan secara optimum.


SKOR 4
Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan
yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.




SKOR 3
Guru mewujudkan kesediaan belajar dalam kalangan murid.
Kaedah pengajaran sesuai dengan keperluan murid.
Guru mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran asas (berasaskan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada murid, mudah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak).
Aktiviti PdP yang dilaksanakan menarik.
Aktiviti pemulihan/pengayaan/pengukuhandilaksanakan.
Masa pelajaran digunakan secara optimum.

SKOR 2
Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai
keseluruhan deskripsi skor 3.


SKOR 1
Guru kurang mewujudkan kesediaan belajar dalam kalangan murid.
Kaedah pengajaran kurang sesuai dengan keperluan murid.
Aktiviti PdP yang dilaksanakan tidak menarik.
Masa pelajaran tidak digunakan secara optimum.
6






















Aspek 4.6
Kemahiran Komunikasi

Kriteria Kritikal

Komunikasi berkesan memudahkan pemahaman dan menggalakkan pembelajaran murid.
SKOR
DESKRIPSI SKOR




SKOR 6
Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu
dipenuhi.Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang menambah nilai pada usaha
meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Komunikasi guru (lisan dan bukan lisan) yang berkesan dapat menarik minat murid
untukmenumpukan perhatian sepenuhnya dalam PdP.
atau inisiatif lain yang sesuai.
(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)


SKOR 5
Guru berkomunikasi dengan bahasa yang betul, mudah difahami, sebutan yang jelas, tepat
dan nada suara yang sesuai.
Guru berkemahiran mendengar dan memberi respons kepada soalan murid secara lisan atau
bukan lisan dengan berkesan.
Guru memotivasikan murid dengan memberi pujian atau galakan.


SKOR 4
Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan
yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.


SKOR 3
Guru berkomunikasi dengan bahasa yang betul dan sebutan yang jelas.
Guru berkemahiran mendengar dan memberi respons kepada soalan murid secara lisan atau

bukan lisan.
Guru memotivasikan murid dengan memberi pujian atau galakan.


SKOR 2
Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai
keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1
Guru kurang kemahiran mendengar dan memberi respons kepada soalan murid secara lisan
atau bukan lisan.
Guru tidak memotivasikan murid dengan memberi pujian atau galakan.

7






















Aspek 4.7
Penggunaan Sumber Pendidikan

Kriteria Kritikal
Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan membantu mengukuhkan pembelajaran
murid.
SKOR
DESKRIPSI SKOR




SKOR 6
Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu
dipenuhi.Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang menambah nilai pada usaha
meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Guru memilih/menyediakan sumber pendidikan dan memanfaatkan sumber yang ada di
persekitaran bagi mengukuhkan pembelajaran murid.
atau inisiatif lain yang sesuai.
(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)



SKOR 5
Guru menggunakan sumber pendidikan yang sesuaidengan tajuk/objektif pelajaran dan
tahap keupayaan murid.
Guru menggunakan sumber pendidikan untuk mewujudkan suasana yang menarik bagi
meningkatkan minat murid dalam pembelajaran.
Guru memberi penekanan kepada cara penggunaan yang betul dan aspek keselamatan
dalam penggunaan sumber pendidikan (jika berkaitan).

SKOR 4
Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan
yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3
Guru menggunakan sumber pendidikan yang sesuaidengan tajuk/objektif pelajaran.
Guru memberi penekanan kepada cara penggunaan yang betul dan aspek keselamatan

dalam penggunaan sumber pendidikan (jika berkaitan).

SKOR 2
Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai
keseluruhan deskripsi skor 3.
SKOR 1
Guru tidak menggunakan sumber pendidikanyang sesuai.
8




























Aspek 4.8
Pentaksiran

Kriteria Kritikal

Pentaksiran yang berterusan meningkatkan keberkesanan PdP.
SKOR
DESKRIPSI SKOR





SKOR 6
Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu
dipenuhi.Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang menambah nilai pada usaha
meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Guru berjaya memilih kaedah/instrumen pentaksiran yang sesuai dan menggunakannya
secara berkesan untuk meningkatkan pembelajaran murid.
atau inisiatif lain yang sesuai.
(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)





SKOR 5
Guru menggunakan lebih daripada satu kaedah/instrumen untuk membuat pentaksiran
formatif semasa PdP untuk mengukur dan mengesan kemajuan murid.
Guru menggunakan Peraturan Penskoran PBS untuk memastikan ketepatan pentaksiran
murid (jika berkenaan).
Guru memberi pelbagaitugasan atau latihan yang mencukupi berdasarkan ketetapan
kurikulum/deskriptor PBS.
Guru menggunakan maklum balas pentaksiran formatif untuk tindakan pembetulan dan
penambahbaikan segera dalam PdP.
Hasil kerja murid disemak secara konstruktif dan konsisten.


SKOR 4
Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan
yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.



SKOR 3
Guru membuat pentaksiran formatif semasa PdP untuk mengukur dan mengesan kemajuan
murid.
Guru memberi pelbagai tugasan atau latihan.
Guru menggunakan maklum balas pentaksiran formatif untuk tindakan pembetulan dalam

PdP.
Hasil kerja murid disemak secara konsisten.


SKOR 2
Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai
keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1
Guru tidak membuat pentaksiran formatif semasa PdP.
Hasil kerja murid tidak disemak.

9





Aspek 4.9
Teknik Penyoalan

Kriteria Kritikal

Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan pemahaman murid.
SKOR
DESKRIPSI SKOR




SKOR 6
Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu
dipenuhi.Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang menambah nilai pada usaha
meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Guru berjaya memilih teknik penyoalan yang sesuaidan menggunakannya secara terancang
untuk meningkatkan pemahaman murid.
atau inisiatif lain yang sesuai.
(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)



SKOR 5
Guru mengemukakan soalan yang bertepatan dengan dokumen yang berkaitan dengan
PBS, tahap penguasaan murid danmeliputi pelbagai aras kognitif.
Guru mengemukakan soalan yang mudah difahami,bertumpu, bercapah dan disebarkan ke
seluruh kelas.
Guru memberi masa yang mencukupi kepada murid untuk memikirkan jawapan/respons.
Guru memberi respons yang sesuai dan positif terhadap jawapan murid.

Guru berjaya meningkatkan minat hampir keseluruhan murid untuk terlibat dalam PdP.


SKOR 4
Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan
yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3
Guru mengemukakan soalan yang mudah difahami dan disebarkan ke seluruh kelas.
Guru memberi respons yang sesuai terhadap jawapan murid.

Guru berjaya meningkatkan minat kebanyakan murid untuk terlibat dalam PdP.


SKOR 2
Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai
keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1
Guru mengemukakan soalan yang sukar difahami dan tidak disebarkan ke seluruh kelas.
Guru tidak memberi respons terhadap jawapan murid.

10

































Aspek 4.10
Penguasaan Isi Kandungan

Kriteria Kritikal
Penguasaan isi kandungan yang mendalam membolehkan pelajaran disampaikan dengan
yakin, jelas dan tepat.
SKOR
DESKRIPSI SKOR




SKOR 6
Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu
dipenuhi.Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang menambah nilai pada usaha
meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Guru mempunyai pengetahuan yang terkini, merentasi kurikulum dan melangkaui keperluan
dalam HSP/DSKserta berkemahiran memeringkatkan isi pelajaran mengikut potensi murid.
atau inisiatif lain yang sesuai.
(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)


SKOR 5
Guru berjaya menyampaikan isi pelajaran sesuai dengan objektif pelajaran.
Guru berjaya menjelaskan konsep/fakta atau memberi jawapan dengan yakin, jelas dan
tepat.
Guru menghuraikan isi pelajaran dengan mengaitkan situasi semasa atau pengalaman
murid.

SKOR 4
Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan
yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.


SKOR 3
Guru menyampaikan isi pelajaran sesuai dengan objektif pelajaran.
Guru dapat menjelaskan konsep/fakta.

Guru menghuraikanisi pelajaran.


SKOR 2
Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai
keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1
Guru tidak berjaya menyampaikan isi pelajaran sesuai dengan objektif pelajaran.
Guru tidak dapat menjelaskan konsep/fakta.

Guru tidak menghuraikan isi pelajaran.

11



























Aspek 4.11
Pengurusan Kelas (Bilik Darjah/ Makmal/ Bengkel/Padang)

Kriteria Kritikal
Pengurusan kelas yang cekap mewujudkan suasana yang kondusif untuk meningkatkan
keberkesanan PdP.
SKOR
DESKRIPSI SKOR




SKOR 6
Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu
dipenuhi.Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang menambah nilai pada usaha
meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Hasil kerja murid yang berkualiti atau sumber pendidikan yang sesuai dipamerkan di sudut
mata pelajaran, dikemas kini, relevan dengan konsep yang dipelajari dan dimanfaatkan.
atau inisiatif lain yang sesuai.
(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)




SKOR 5
Guru memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif untuk proses PdP.
Guru berjaya mengawal tingkah laku murid dengan menegaskan pematuhan peraturan
kelas serta memastikan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran.
Guru menegur salah laku murid (jika berlaku) dengan serta merta tanpa menjejaskan
maruah mereka.
Susun atur kedudukan murid sesuai dengan aktiviti yang dilaksanakan dan ruang kelas
digunakan secara optimum untuk tujuan pembelajaran.

SKOR 4
Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan
yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.


SKOR 3
Guru memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif untuk proses PdP.
Guru mengawal tingkah laku murid dan memastikan murid memberi tumpuan terhadap
pelajaran.
Guru menegur salah laku murid (jika berlaku).

SKOR 2
Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai
keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1
Guru tidak memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif untuk proses PdP.
Guru gagal mengawal tingkah laku murid.

12















Aspek 4.12
Amalan Profesionalisme Keguruan

Kriteria Kritikal
Pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif mewujudkan keyakinan dan
kepercayaan murid terhadap guru.
SKOR
DESKRIPSI SKOR





SKOR 6
Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu
dipenuhi.Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang menambah nilai pada usaha
meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Kesungguhan guru untuk memastikan murid menguasai pelajaran sangat menyerlah dan
memperlihatkan perlakuan yang mencerminkan etika keguruan yang tinggi untuk dicontohi
oleh guru-guru lain.
atau inisiatif lain yang sesuai.
(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)




SKOR 5
Guru bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam menyampaikan pelajaran.
Guru prihatin terhadap pendidikan murid dan bersikap adil serta bertimbang rasa terhadap

pelbagai kumpulan kebolehan murid dalam kelasnya.
Guru menepati masa.
Guru bersikap mesra, sabar dan mudah didekati.

Guru memperlihatkan perwatakan positif dan mengamalkan nilai murni yang boleh dicontohi

murid.

SKOR 4
Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan
yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3
Guru bersungguh-sungguh dalam menyampaikan pelajaran.
Guru prihatin terhadap pendidikan murid .

Guru menepati masa.


SKOR 2
Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai
keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1
Guru tidak bersungguh-sungguh dalam menyampaikan pelajaran.
Guru tidak prihatin terhadap pendidikan murid.

Guru tidak menepati masa.

Anda mungkin juga menyukai