Azim dan keluarganya pergi ke Dataran Merdeka. Mereka
membawa Jalur Gemilang. Mereka menyaksikan perarakan Hari Kemerdekaan. Orang ramai telah berkumpul di Dataran Merdeka sejak awal pagi. Ayah, lihat bangunan-bangunan itu. Orang ramai memasang Jalur Gemilang. Saya bersemangat sekali apabila melihat Jalur Gemilang berkibar, kata Azim. Azim, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memberikan sokongan untuk meraikan Hari Kemerdekaan negara kita. Oleh sebab itu, ayah membawa kamu dan adik-adik kamu melihat perarakan Hari Kemerdekaan pada setiap tahun. Ayah mahu kamu semua menjadi rakyat Malaysia yang cinta akan negara, jawab ayah Azim. Azim mendengar kata-kata ayahnya dengan teliti. Dia selalu meminta ayahnya bercerita tentang sejarah kemerdekaan negara. Mereka sekeluarga melawat ke tempat bersejarah juga. Azim, ingat pesanan ayah. Kita perlu bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia. Malaysia bumi bertuah kerana sentiasa aman dan damai, terang ayah Azim lagi. Baca petikan teks dengan teliti. Azim dan keluarganya pergi ke Dataran Merdeka. Mereka membawa Jalur Gemilang. Mereka menyaksikan perarakan Hari Kemerdekaan. Orang ramai telah berkumpul di Dataran Merdeka sejak awal pagi. Ayah, lihat bangunan-bangunan itu. Orang ramai memasang Jalur Gemilang. Saya bersemangat sekali apabila melihat Jalur Gemilang berkibar, kata Azim. Azim, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memberikan sokongan untuk meraikan Hari Kemerdekaan negara kita. Oleh sebab itu, ayah membawa kamu dan adik-adik kamu melihat perarakan Hari Kemerdekaan pada setiap tahun. Ayah mahu kamu semua menjadi rakyat Malaysia yang cinta akan negara, jawab ayah Azim. Azim mendengar kata-kata ayahnya dengan teliti. Dia selalu meminta ayahnya bercerita tentang sejarah kemerdekaan negara. Mereka sekeluarga melawat ke tempat bersejarah juga. Azim, ingat pesanan ayah. Kita perlu bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia. Malaysia bumi bertuah kerana sentiasa aman dan damai, terang ayah Azim lagi.