Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : Gadis Penumbuk Padi

Tahun : 1959
Alat/media : Arang dan pastel di atas kertas

Karya Hossein Enas yang bertajuk Gadis Penumbuk Padi di atas memberi gambaran
wanita atau gadis yang sedang melakukan kerja tradisi masyarakat melayu di
kampung.Gambaran wanita bekerja yang dihasilkan menunjukkan kekuatan dan jatidiri yang ada
pada seorang isteri atau anak gadis dalam membantu mencari nafkah bagi menyara keluarga
dalam masyarakat setempat.
Lukisan ini juga pada saya,menggambarkan sikap berdikari yang dimiliki oleh anak gadis
melayu yang menjadi kekuatan kepada satu-satu keluarga dalam menyara kehidupan. Pakaian
yang dipakai pula memberi gambaran tekstil masyarakat setempat yang dihasilkan daripada
pengalaman seniman itu sendiri.Ia juga menggambarkan aturan kehidupan masyarakat dan
bangsa melayu.
Di dalam lukisan ini,pelukis menggunakan arang dan pastel sebagai alat utama dalam
menghasilkan nukilannya.lukisan ini dihasilkan diatas sekeping kertas lukisan.Warna tanah yang
dipilih memberi kesan yang baik terhadap hasil karya tersebut. Karya yang dihasilkan oleh
Hossein Enas ini menjelaskan kepada kita bahawa beliau seorang yang begitu kreatif mengolah
garisan dan berjaya menampakkan suatu suasana tradisi yang dapat kita gambarkan akan budaya
disebalik lukisan tersebut.Palitan warna yang bersesuaian dengan gelap terang garisan
menampakkan kejituan hasil karya beliau.
Dari segi bentuk pula saya berpendapat bahawa karya ini berbentuk ilusi.Ini kerana hasil
karya ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pelukis berada dalam masyarakat melayu
yang mengamalkan tradisi tertentu sesuatu bangsa.Dari segi jalinan pula,dalam karya ini lebih
menjurus kepada jalinan tampak pada catan yang dihasilkan. Gubahan warna yang dihasilkan
dalam karya ini begitu menarik sekali. Penggunaan ton warna yang bersesuaian dapat
menghasilkan kawasan yang terang dan gelap dengan baik sekali dan begitu neutral dan
semulajadi.
Dalam karya yang dihasilkan ini unsur harmoni jelas dapat dilihat pada penggunaan
warna yang dihasilkan.Pelukis pandai memainkan warna agar kelihatan bersahaja dan santai.
Dari segi penegasan pelukis membuat penegasan dari segi warna dimana terdapat warna yang
agak terang dan ada sudut tertentu pelukis menggunakan warna yang agak gelap untuk
menimbulkan suatu suasana kontra dan dapat menjadikan karya yang dihasilkan lebih menarik.

Anda mungkin juga menyukai