Anda di halaman 1dari 11

Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)

JSU menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan


panduan untuk mendapatkan satu sample item dan soalan.


JSU penting kerana ujian yang dibina dapat dilakukan secara terancang dan
rapi . Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan
pentingnya tajuk atau objektif pelajaran.JSU juga penting dalam menstabilkan
taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. Jsu juga dapat menjamin
kesalahan dan kebolehpercayaan ujian. Jsu dibina membolehkan ujian yang
sama dibina oleh orang lain.
Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan tajuk dan
objektif pelajaran.





Penentuan Aras kognitif Taksonomi Bloom

Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian



Jadual Spesifikasi Ujian

Mata Pelajaran
Tahun
Bilangan Soalan Objektif
Bilangan Soalan Esei
Jumlah soalan

Bahasa Malaysia
Empat
10
2 12

KANDUNGAN ARAS

PENG. KEF APL ANA SIN. PEN JUMLAH
SOALAN
PERATUS
Antonim

1
S. 1

1 8%
Puisi
(Syair dan
Pantun)
1
S.10

1
S. 9

2 16%
Ayat yang
sama maksud

1
S. 8

1 8%
Pantun
1
S. 6


1 8%
KESALAHAN
AYAT

1
S. 7

1 8%
Peri bahasa
1
S. 5

1 8%
PETIKAN 1
S. 2
2
S. 3

1
S. 4

3 24%
Esei
(Penulisan)

1
S. 11

1 10%
Syair
(Penulisan)

1
S. 12
1 10%
JUMLAH 3 2 2 1 3 1 12


PERATUS(%) 24% 16% 16% 8% 26% 10%
100%




10 soalan objektif dan 2 soalan esei atau struktur (aras sintesis dan
penilaian)
Soalan 1
Baca dan jawab soalan.

Tanggal 31 Ogos

Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari yang behagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warganegara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka, merdeka!
Tiga satu bulan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Pencipta: Ahmad C.B.



Soalan Aras Pengetahuan

1. Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan?
A. 30 Ogos 1957
B. 31 Ogos 1957
C. 31 Ogos 1963
D. 31 Julai 1957






Soalan 2

Soalan Aras Pengetahuan
1. Kita mesti sentiasa berwaspada semasa melintas jalan
raya. Apakah maksud perkataan berwaspada?

A. Cuai
B. Berhati-hati
C. Lalai
D. Berlengah-lengah


Soalan 3 dan 4
Baca petikan berikut, kemudian jawab soalan.


Puan Aina seorang guru y ang saya kagumi.
Beliau bukan sahaja seorang guru yang bertanggungjawab,
malah juga seorang ibu yang penyayang. Ilmunya sangat
luas sehingga kami menggelarnya Perpustakaan
Bergerak.
Puan Aina dilahirkan pada tahun 1965. Kerjaya
sebagai guru memang menjadi citacita beliau sejak kecil
lagi. Maka, tidak hairanlah jika beliau sangat sayang
akan tugasnya sebagai pendidik ini.
Selain mengajar, Puan Aina juga terlibat dalam
dunia penulisan. Beliau menulis cerpen, novel dan
puisi. Semua karya beliau telah diterbitkan dan pernah
memenangi beberapa anugerah. Tulisan beliau sering
menjadi rujukan kami.

Soalan 3
Soalan Aras Kefahaman

1. Mengapakah Puan Aina digelar Perpustakaan Bergerak
oleh murid-muridnya?

A. Beliau gemar membaca.
B. Beliau mempunyai sebuah perpustakaan.
C. Beliau sentiasa pergi ke perpustakaan.
D. Beliau mempunyai ilmu pengetahuan yang sungguh luas.

Soalan 4
Soalan Aras Sintesis

2. Berapakah umur Puan Aina?
A. 56 tahun B.
19 tahun C. 45
tahun
D. 47 tahun


Soalan 5
Soalan Aras Kefahaman

3. Pilih peribahasa yang sesuai bagi pernyataan di bawah.

Apabila Puan Fatimah mrninggal dunia akibat
kemalangan jalan raya tahun lepas, keluarganya
menjadi kucar-kacir dan saling berbalah.

A. Lembu punya susu, sapi punya nama
B. Bagaikan anak ayam kehilangan ibu
C. Menlentur aur biarlah dari rebungnya
D. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Soalan 6
Soalan Aras Sintesis

4. Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya
menjadi pantun yang lengkap.

I. Anak kecil bermain di tepian,
II. Kasih ibu bermati-matian,
III. Sanggup berkorban jiwa dan raga,
IV. Tempat si rusa berkejaran juga;


A. I, II, III, IV B.
I, IV, II, III C.
II, III, I, IV
D. III, IV, I, II




Soalan 7
Soalan Aras Aplikasi

5. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan
betul.
I. Air matanya sudah kering mengenangkan nasib
dirinya.
II. Semalam, keluarga kami makan hanya berlaukkan ikan
kering.
III. Air di empangan itu hampir kering akibat kemarau.
IV. Gorngkan keropok ini hingga kering.

A. I dan III sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. I, II dan III sahaja


Soalan 8
Soalan Aras Aplikasi


6. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Orang ramai mengunjungi gerai-gerai yang ada semasa Pameran Pertanian
Peringkat Daerah Sabak
Bernam.


A. Pameran Pertanian Peringkat Daerah Sabak Bernam menempatkan beberapa
buah gerai di mana orang ramai boleh mengunjunginya.

B. Pameran Pertanian Peringkat Daerah Sabak Bernam diadakan semalam di
mana ramai orang mengunjungi gerai-gerai yang ada di sana.

C. Gerai-gerai ditempatkan di Pameran Pertanian Peringkat Daerah Sabak
Bernam agar orang ramai mudah untuk mengunjunginya.

D. Gerai-gerai yang ada semasa Pemeran Pertanian Peringkat Daerah Sabak
Bernam telah dikunjungi oleh orang ramai.




Soalan 9 dan 10
Baca sayair dan pantun berikut, kemudian jawab soalan.
Syair Nikmat Kemerdekaan

Wahai sekalian rakyat budiman
Pesanan ini jadikan pedoman,
Perpaduan rakyat itulah pedoman,
Perpaduan rakyat itulah idaman

Rakyat sejahtera Negara pun aman.
Negara yang makmur aman sentosa,
Hasil perjuangan pemimpin berjasa,
Generasi wawasan hargai jasa,
Nikmat merdeka dijaga sentiasa.

Generasi wawasan cuba usahakan,
Fikir sumbangan yang dapat diberikan,
Nilai patriotisme jika diamalkan,
Nikmat kemerdekaan dapat dikekalkan.
Hafiza Mohd Thani

Pantun Salam Merdeka
Bunga cempaka bunga kacukan,
Jadi dandanan harum baunya;
Salam merdeka Tuanku bawakan,
Rela bersatu janji rakyatnya.

Poko gajus diselangi nangka,
Nangka dipetik dibuat pengat;
Bulan Ogos Negara merdeka,
Rakyat menanti penuh semangat.

Tembaga kilat kelihatannya indah,
Emas ditempa mahal harganya;
Negara berdaulat merdekalahsudah,
Stadium Merdeka tempat isytiharnya.
Zulkifli Abu Bakar

Soalan 9

Soalan Aras Analisis

7. Yang manakah di antara yang berikut bukan ciri-ciri
persamaan sayair dan pantun di atas,

A. Tanda baca pada akhir baris adalah sama
B. Bilangan baris dalam satu rangkap adalah sama
C. Setiap baris mempunyai bilangan suku kata yang sama
D. Bunyi hujung baris bagi ayair dan pantun adalah sama



Soalan 10

Soalan Pengetahuan

8. Apakah maksud patriotismedalam syair di atas ?

A. bertanggungjawab
B. menaruh penghargaan
C. bersama-sama atau dengan cara saling membantu
D. perasaan cinta yang amat kuat terhadap tanah air














Soalan Esei
Soalan 11

Soalan Aras Sintesis


Penduduk kampung mula berasa bimbang.
Rumah mereka sudah dinaiki air hingga ke paras tangga.
Hujan telah turun selama empat hari berturut-turut.
Setelah air surut, mereka pun pulang ke rumah.
Mereka berharap banjir tidak akan berlaku lagi.
Rumah mereka dipenuhi oleh lumpur dan sampah sarap.
Penduduk kampung mula mengemaskan barang-barang.
Air sumgai sudah melimpahi tebing.
Mereka terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat.
Mereka bekerjasama untuk membersihkan rumah mereka.




9. Baca dan susun semula ayat-ayat di atas. Nomborkan
ayat-ayat mengikut urutan yang betul berpandukan
gambar bersiri di atas supaya membentuk sebuah
karangan.
Tulis karangan itu semula.













Soalan Aras Penilaian
Soalan 12

12. Baca syair berikut, kemudian jawab soalan.


Siang Mentari
Alam semesta bersinar ceria,
Mentari muncul pancarkan cahaya,
Berkicau burung bernada ria, Semua
insan hidup bahagia.

Cahaya mentari terangi bumi,
Untuk tumbuhan subur ditanami,
Dibubuh baja tanaman disirami, Kian
menghijau makin bersemi.

Mentari anugerah yang Maha Esa,
Semua mahkluk hidup selesa,
Hadiah oleh yang maha kuasa,
Diucapkan syukur nikmat terasa.

Apabila siang berganti malam,
Mentari pergi berkirim salam,
Alam semesta menjadi kelam, Segala-
gala nampak berbalam.

a. Pada pendapat kamu, apakah perkara yang menarik dalam
syair di atas?

b. Berikan ulasan kamu.

Anda mungkin juga menyukai