Anda di halaman 1dari 4

Sekolah Kebangsaan St.

Theresa Padungan,
Jalan Tan Sri Datuk William Tan, 93450,
Kuching, Sarawak.















KERTAS KERJA
PERTANDINGAN SUDOKU UNTUK
MURID-MURID TAHUN 5


1

1.0 PENDAHULUAN
Sejajar dengan misi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Melestarikan Sistem
Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi
Aspirasi Negara, guru pelatih Ting Meng Yuan mengambil inisiatif melaksanakan
pertandingan Sudoku. Permainan ini dapat melakar cara baharu bagi mewujudkan
rasa minat terhadap mata pelajaran Matematik dalam kalangan murid. Bukan
sekadar sebagai permainan Matematik, Sudoku membantu meningkatkan dan
mengembangkan pemikiran logikal, pemikiran rasional, dan kemahiran menghafal.
Pemain berpeluang berfikir secara kritis, mengaplikasikan kemahiran penaakulan
secara deduktif serta membuat generalisasi. Yakni, permainan ini harus didedahkan
sejak awal lagi kerana kemahiran-kemahiran yang dinyatakan adalah sebagai asas
untuk semua mata pelajaran dan seterusnya dalam aktiviti kehidupan harian,
malahan sebagai satu komitmen untuk merealisasikan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.

2.0 MATLAMAT
Matlamat pertandingan Sudoku untuk menyemai minat murid terhadap mata
pelajaran Matematik serta memperkembangkan pelbagai kemahiran sebagai
landasan untuk mengaplikasikan kemahiran-kemahiran dalam semua mata
pelajaran dan kehidupan.

3.0 OBJEKTIF
Diadakan pertandingan Sudoku, antara objektif yang ingin dicapai melalui
pertandingan ini adalah;
1. Memupuk minat dalam mata pelajaran Matematik.
2. Meningkatkan daya pemikiran logikal, pemikiran rasional, dan kemahiran
menghafal.
3. Membangunkan kemahiran analitik dan instituting.
4. Memupuk kamahiran penaakulan dedutif dan generalisasi.
5. Menggalakkan penggunaan kedua-dua otak kiri dan kanan.
6. Menyemai nilai kesabaran, memberi tumpuan, dan keyakinan.

2


4.0 TEMA
Play SUDOKU!

5.0 BUTIR-BUTIR PERTANDINGAN
Tarikh 11 Julai 2014 (Jumaat) 15 Julai 2014 (Selasa) 18 Julai 2014 (Jumaat)
Tempoh 0800 0900
(Relax mode)
0800 0900
(Relax mode)
0800 0900
(Time mode)
Tempat 5C Bilik ICT Bilik ICT
Peringkat Mudah Sederhana Sukar
Peserta 20 orang 10 orang 5 orang

6.0 BILANGAN PESERTA
20 orang Tahun 5 Cemerlang

Senarai nama penuh peserta pertandingan berserta kelas telah dilampirkan bersama.
(Lampiran A)

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Jenis Bahan Kuantiti Harga Seunit Jumlah Kos
1. Fotostat (80 keping) 40 RM 0.04 RM 1.60
2. Hadiah
Pertama: RM 10.00
Kedua: RM 6.00
Ketiga: RM 3.00
Saguhati: 4 RM 1.50

RM 25.00
JUMLAH RM 26.60

8.0 PENUTUP
Pertandingan Sudoku dianjurkan bagi memupuk minat terhadap mata pelajaran
Matematik di samping menggalakkan proses pemikiran logikal dalam kalangan
murid-murid Tahun 5. Pertandingan ini sesuai dan mudah dimainkan oleh semua

3

murid memandangkan ia adalah permainan mencari kedudukan nombor. Dengan
terlaksananya pertandingan ini, diharapkan dapat membantu murid yang kurang
berminat dalam Matematik serta mata pelajaran lain kerana ia tidak memerlukan
kemahiran linguistik dan kecerdasan tetapi mampu membina kemahiran ini secara
lansung. Saya berharap agar mendapat sokongan daripada pihak tuan agar dapat
memudahkan lagi perjalanan pertandingan ini.


Sekian, terima kasih.


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Saya yang menjalankan tugas, Diluluskan oleh,

........................................ ........................................
(CIK TING MENG YUAN) (EN. JOSE PETER AMEN)
Guru pelatih, Guru Besar,
IPG Kampus Batu Lintang, SK St. Theresa Padungan,
Kuching. Kuching.

Anda mungkin juga menyukai