Anda di halaman 1dari 4

TRANSKRIP TEMUBUAL DENGAN RESPONDEN

Cikgu : Ok Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum wbt.


Responden : wsalam wbt cikgu Safwan.
Cikgu : Terima kasih sebab aaa beberapa minggu ni kamu meluangkan masa
dengan cikgu waktu matematik untuk belajar satu teknik baru. Teknik
apa?
Responden Y : Cerita Pinjam Tolak Tambah.
Cikgu : Teknik apa Az***?
Responden A : Cerita
Cikgu : Cerita apa?
Responden A : Pinjam Tolak Tambah.
Cikgu : Tolak Tambah. Ok, kalau pendek dia?
Responden : Ce Pi To Ta
Cikgu : Ok, teknik Cepitota. Ok, ini mungkin sesi terakhir kita, khamis ni kamu
ikut balik kelas matematik dengan cikgu Ku Azif. Belajar balik dengan
dia. Tajuk apa la ni?
Responden Y : Aaaa. Perpuluhan.
Cikgu : Perpuluhan.
Responden Y : Darab perpuluhan.
Cikgu : Darab perpuluhan. Ok. Sebelum tu cikgu nak tanya yang kita buat
Banyak-banyak ni apa dia?
Responden : Haaa.. Cerita pinjam
Cikgu : Memang la cerita pinjam.. tapi untuk apa? operasi apa ni?
Responden : Aaaa. Tolak.
Cikgu : Operasi tolak. Ok, cikgu nak tanya, senang tak teknik yang baru ni
banding dengan teknik yang lama?
Responden : Baru senang skit.
Responden Y : Sebab kalau yang lama, kalau yang lama menyusahkan otak.
Cikgu : Menyusahkan otak?
Responden Y : Humm, otak payah nak pekiaq. Kalau yang baru senang sikit nak
pikiaq. Best.
Cikgu : Knapa pulak senang?
Responden Y : Sebab mula-mula kita pakai 10, pinjam kat sebelah kalau tak cukup
duit, lepas tu tolak dulu, pastu tambah nombor pulak.
Cikgu : Maksudnya, Yu*** kata ni, maksudnya kita boleh pakai jari. Kalau 14
jari kita tak cukup kan. So, senang la nak tolak pakai jari ja.
Responden Y : Haaa. Macam tu.
Cikgu : Betul?
Responden Y : Betul.
Cikgu : kalau Dan*** pulak? Macam mana? Senang tak?
Responden D : (angguk n gelak)
Cikgu : Jangan la gelak. Senang ka susah?
Responden D : Senang.
Cikgu : Kenapa?
Responden D : Boleh cerita ngan pakai tangan.
Cikgu : Lagi?
Responden D : (senyap)
Cikgu : Sama macam Yu*** alasan dia. Boleh pakai jari. Banyak lagi kelebihan
teknik ini. Mudah. Sebab apa. Kita awal-awal tu, kita cerita kita boleh
tengok. Betul tak? Cerita macam mana?
Responden : Cerita pinjam tolak tambah.
Cikgu : Memang la. Cerita apa tu, yang kita buat awal-awal tu. Ada duit, tak
ada duit.
Responden : Ooooo.
Cikgu : Nak kena pinjam ka tak ka.
Responden : Haah..
Cikgu : Senang sikit kita nak tau nak kena pinjam ka dak sebab kita ada cerita
awal-awal tu. Betul tak?
Responden : Betul.
Cikgu : Dan***, seronok ke tak belajaq teknik baru ni?
Responden A : Syiok la.
Cikgu : Kenapa?
Responden A : Senang dapat jawapan.
Cikgu : Haaa.. kalau Azl***? Macam mana? Senang ka susah teknik yang baru
ni?
Responden A : Senang.
Cikgu : Senang. Kenapa senang?
Responden A : Boleh kira ngan jari. Aaaaa.
Cikgu : Faham la, faham la cikgu ajar.
Responden A : (Angguk kepala)
Responden D : Dia buat gedik.
Cikgu : Haish. Tak baik kata orang bualan posa ni. Puasa ka dak ni?
Responden Y : Dak aaa.
Cikgu : Syok tak yang baru ni?
Responden A : (Angguk kepala)
Cikgu : Kenapa?
Responden A : (senyap)
Cikgu : ni Dan*** la ni, kan Azl*** dah merajuk. Haa tak pa.Kalau Lia**
pulak macam mana? Lia** awal-awal dulu kan tak dak?
Kan tak mai.
Responden L : Senang.
Cikgu : Senang. Kenapa senang?
Liana : (Senyap)
Cikgu : Haaa. Sama ja alasan dengan semua orang yaa.
Liana : Haaa. Sama.
Cikgu : Sama? Apa alasan yang sama tu? Cuba terangkan.
Liana : Boleh kira dengan jari.

Anda mungkin juga menyukai