Anda di halaman 1dari 6

UJIAN SEGAK

Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah


Malaysia ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.
Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang
optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan
lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan
dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai
mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat
diukur.
SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005.
Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan
tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan
berpusat. Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid.
Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat
memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.
MATLAMAT

Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk
meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

OBJEKTIF

Murid dapat :
1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal
2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu.
4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui
perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik.
5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

PROSEDUR

Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan
dalam buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat
umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan.
Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma.

Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan
Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih
murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama
rakan atau keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara
berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut

1. Naik Turun Bangku ( 3 minit )

2. Tekan Tubi ( 1 minit )

3. Ringkuk Tubi Separa (1 minit )

4. Jangkauan Melunjur

Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat
sebelum melakukan ujian ini.

Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan
kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac
dan Ogos Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada
hari yang lain pada bulan yang sama.



































Ringkuk Tubi Separa
Jangkauan Melunjur
Tekan Tubi
Jangkauan Melunjur
Naik Turun Bangku












.

Anda mungkin juga menyukai