Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM CERAMAH BIG FASA 3

Yang berusaha _____________________________________, Encik Encik Awang


Damit@ Md. Yussof Bin Mattaim selaku penceramah jemputan. Saudara Mohamad
Hafify Hafidz bin Mohd Rus Zaharuddin, Pengerusi Program, Para pensyarah
seterusnya rakan guru pelatih yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan salam
sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, kita hampir selesai menjalani Program
Ceramah Bina Insan Guru Fasa 3. Kini kita berada di penghujung program, iaitu Majlis
Penutupan Program.

Majlis penutupan ini dimulakan dengan bacaan doa. Dengan sukacitanya dijemput
............................................................................... bagi mengetuai bacaan doa.

Terima kasih diucapkan kepada saudara. Atas bacaan doa sebentar
tadi.

Para pensyarah dan rakan guru pelatih,
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Program, iaitu
... Dengan hormatnya dijemput.
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Kini, kita berada di kemuncak majlis, iaitu ucapan penutupan
oleh... Majlis dengan sukacitanya menjemput
dan mempersilakan . menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan majlis Penutupan Program Ceramah BIG Fasa 3. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada . atas
kesudian menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Penutupan
Program Ceramah BIG Fasa 3.

Hadirin,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati.
dengan hormatnya majlis mempersilakan . mengiringi
bagi menyampaikan cenderamata kepada penceramah
jemputan. Dengan hormat dan sukacitanya dipersilakan.
Kalau berenang sudah tiba di tepian
Kalau mendaki sudah sampai ke puncak
Kalau menurun sudah sampai ke lembah
Kalau majlis sudah sampai di penghujungnya

Dengan ini tamatlah sudah majlis Penutupan Program Ceramah Bina Insan Guru Fasa
3 Tahun 2009.


Sebelum berakhir kami mohon kemaafan,
kiranya ada tersilap bicara
kiranya ada tersalah kata
kiranya ada nama yang tersalah sebut
kiranya ada wajah tersalah pandang
segalanya harap dimaafkan.

Wabillah hi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan terima kasih.

# Dijemput kepada para jemputan dan rakan pelatih untuk menjamu hidangan yang
telah disediakan di..

Anda mungkin juga menyukai