Anda di halaman 1dari 1

1

Pentaksiran Sains Bidang Sikap Saintifik dan Nilai Murni


Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid.
Sikap dan nilai positif yang dipupuk dalam pembelajaran sains di sekolah meliputi sikap
saintifik dan nilai murni. Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku
mengikut peringkat iaitu menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap
saintifik dan nilai murni, memberi penekanan terhadap sikap dan nilai serta menghayati dan
mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. Sikap saintifik dan nilai murni boleh dinilai oleh
guru dalam kebanyakan alat pentaksiran sains seperti portfolio, pemerhatian, buku nota,
rekod anekdot dan projek.
Pentaksiran sikap saintifik dan nilai murni dapat dijalankan melalui pemerhatian dan
soal selidik. Pemehatian di sekolah dapat dilakukan dengan menggunakan buku catatan
khusus tentang kejadian-kejadian berkaitan dengan murid selama di sekolah. Melalui
penggunaan soal selidik di sekolah, murid diminta memberi pandangan atau tanggapan
tentang suatu masalah, keadaan atau hal berkaitan sikap dan nilai. Daripada pandangan
yang dibuat oleh murid dapat difahami kecenderungan sikap yang dimilikinya.
Walaubagaimanapun, kebolehpercayaan alat pentaksiran mungkin berubah mengikut
keadaan murid-murid. Keadaan yang tidak selesa menyebabkan murid-murid berkelakuan
atau menunjukkan sikap yang tidak seperti yang selalu ditunjukkan. Selain itu, kesihatan
murid juga mempengaruhi kebolehpercayaan pentaksiran. Oleh itu, guru haruslah
memastikan masa yang bersesuaian untuk menilai sikap dan nilai yang ditunjukkan oelh
murid.
3.0 KESIMPULAN
Pentaksiran sains sekolah rendah bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi murid
bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal insan yang
harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid-
murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan
keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang
lain. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan
keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran sains murid. Maklumat yang tepat boleh
membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran sains.

Anda mungkin juga menyukai