Anda di halaman 1dari 6

3.

0 CADANGAN UNTUK MENGURUS BILIK DARJAH DENGAN LEBIH BERKESAN


Dalam Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter. Canter menekankan
tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam
persekitaran dan kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, terdapat
beberapa cara yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah disiplin murid
melalui model disiplin asertif canter ini. Dalam Model Asertif ini, cikgu Sabrina diberikan
cadangan mengenai cara-cara untuk membimbing murid-murid supaya murid-murid dapat
menunjukkan tingkah laku yang diingini. Perhatian yang positif perlu sentiasa diberikan kepada
murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid serta mewujudkan hubungan saling
mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.

Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah cikgu Sabrina berhak untuk
mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula berhak untuk belajar
dalam keadaan yang selamat,tenang dan optimum. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya
cikgu Sabrina bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh
menghalang murid-murid daripada mendapatkan hak mereka atau menghalang tingkah laku
mereka. Model Asertif Disiplin menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang
tidak asertif dan guru yang asertif.

Yang pertama adalah Cikgu Sabrina perlu menetapkan suatu peraturan di dalam bilik
darjah.. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, Cikgu perlu
menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif yang dapat membantu murid untuk memilih
tingkah laku yang sesuai, tepat dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif
dan optimum, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik
darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan yang jelas dan
mudah difahami oleh murid di dalam bilik darjah.
Misalnya, Cikgu Sabrina dan murid-muridnya bersama-sama perlu menetapkan
peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan adalah mengenai murid yang
tidak membawa kerja rumah yang diberikan oleh guru subjek yang berkenaan ke sekolah, akan
dikurangkan masa rehat keluar ke kantin. Contohnya, pelajar sepatutnya berehat pada jam
pukul 9.45 hingga 10.10. pagi. Disebabkan pelajar berkenaan tidak menyiapkan kerja rumah
pelajar tersebut akan keluar berehat pada jam pukul 9.55pagi hingga 10.10pagi. Contoh kedua,
murid yang bernama Faizal telah terlupa membawa buku teks sejarah ke sekolah. Guru harus
menghukumnya berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira pencapaian
akademik murid tersebut adalah cemerlang atau lemah. Maka, cikgu Sabrina harus
menghukum dengan membenarkan dia keluar berehat pada jam pukul 9.55pagi hingga
10.10pagi. Di sini cikgu Sabrina tidak harus berpilih kasih dan berlaku adil keapada semua
murid.
Dengan cara ini, Cikgu Sabrina akan mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi
kesalahan yang sama pada masa yang akan datang. Selain itu, satu kesedaran akan timbul di
kalangan murid pentingnya mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan. Dengan
berlakunya kes Faizal, murid-murid yang lain juga akan mengingatkan sendiri supaya elak
daripada mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh Faizal.
Peneguhan juga merupakan salah satu cara/teknik yang perlu diamalkan oleh cikgu
Sabrina. Model Teori Disiplin Asertif berasaskan kepada peneguhan terhadap tingkah laku yang
diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan di dalam
bilik darjah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, cikgu
Sabrina hendaklah memberikan peneguhan seperti penghargaan, pujian atau ganjaran.
Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, cikgu Sabrina perlu mengenakan peneguhan
negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat
dengan mematuhi peraturan.
Sebagai contoh, dalam kelas tahun dua Surya, bukannya semua murid akan duduk
diam dan membuat kerja yang diberikan. Malahan terdapat murid yang akan menganggu rakan
yang berada di sebelah atau bising dalam kelas dan sering tidak menghantar/membuat kerja
rumah yang diberikan oleh guru. Oleh itu, cikgu Sabrina haruslah memberi peneguhan seperti
pujian, ganjaran atau hadiah dalam kelas kepada murid-murid yang menyiapkan dan
menghantar kerja rumah dalam masa yang ditetapkan. Dengan cara ini, murid-murid tersebut
akan terus mengamalkan dan mengikuti tingkah laku yang baik tersebut pada masa yang akan
datang. Pada masa yang sama, peneguhan tersebut juga diberikan oleh cikgu Sabrina kepada
murid-murid yang lain dalam kelas terutamanya mereka yang tidak membawa buku teks, bising
dalam kelas atau menganggu rakan yang duduk di sebelah. Dalam masa yang singkat,
sesetengah murid yang tidak menghantar atau menyiapkan kerja rumah, menganggu rakan
sebelah, membuat bising dalam kelas akan berubah sikap seperti kurang berbising, kurang
menganggu kawan, menghantar kerja rumah pada masa yang tepat, atau menyiapkan kerja
rumah supaya mendapat pujian atau hadiah yang telah diberikan oleh guru.
Pada masa yang sama, cikgu Sabrina haruslah mengenakan peneguhan negatif
terhadap mereka yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah. Oleh itu, cikgu
Sabrina memberi amaran yang terakhir kepada murid yang tidak menghantar dan menyiapkan
kerja rumah pada masa yang ditetapkan dan berjanji akan menghantar mereka berjumpa
dengan pengetua sekolah. Sekiranya masih terdapat segelintir murid yang enggan mengubah
sikapnya untuk menyiapkan dan menghantar kerja rumah yang diberi, cikgu Sabrina perlu
bertindak tegas dengan menghantar mereka berjumpa dengan pengetua sekolah. Dengan ini,
murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan menghantar dan
menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan dan tidak bising di dalam bilik darjah.
Menurut Canter, pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah
adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Cikgu Sabrina harus mengamalkan
pendekatan asertif dan mengetahui apa yang diingin oleh daripada murid-muridnya. Murid-
murid akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid yang
diingini, perasaan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan
mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Sebagai guru yang asertif cikgu
Sabrina perlu membantu muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa
kejayaan, mencapai matlamat dan tingkah laku yang mengembirakan dan ke arah cemerlang.
Cikgu Sabrina perlu menyatakan dengan jelas kemahuan beliau terhadap tingkah laku murid
dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid.
Sebagai contoh, rutin dan perturan bilik darjah perlu ditetapkan dengan jelas dan diterangkan
kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Cikgu Sabrina harus
memberitahu murid-murid sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut.
Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar
peraturan. Penjelasan tersebut haruslah cikgu Sabrina terangkan secara perbincangan dengan
murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman. Murid-murid juga akan sedar dan jelas sebab
peraturan itu diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi.

Guru asertif tidak membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Oleh itu,
cikgu Sabrina hendaklah mengenal pasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-
murid dan pada masa yang sama mengambil berat dan berlaku adil terhadap semua murid.
Sehubungan itu, ckigu Sabrina perlu memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya,
Angkat tangan dan tunggu giliran anda dengan senyap, cikgu akan panggil awak atau
tumpukan perhatian semasa cikgu mengajar di hadapan. Cikgu Sabrina haruslah mempunyai
sifat-sifat guru asertif iaitu konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid. Hal ini dapat
membantu cikgu Sabrina untuk membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan kondusif,
optimum yang boleh menyokong perkembangan pembelajaran murid.
Menurut Canter, pengiktirafan perlu digunakan selalu bagi meningkatkan konsep
kendiri dan keyakinan diri murid. Pengiktirafan di sini merujuk kepada perhatian khusus yang
diberikan oleh guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dengan cara ini,
guru dilihat sebagai penggalak kepada tingkah laku yang diingini dan boleh membina
persekitaran pembelajaran yang positif. Cara pengiktirafan yang boleh digunakan oleh cikgu
Sabrina adalah dengan memberikan galakan, menghargai tingkah laku murid, memberikan
komen positif dan memaklumkan tingkah laku murid yang baik kepada ibu bapa.
Cikgu Sabrina boleh mengenakan akibat atau tindakan pembetulan ke atas murid-
murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa dalam suasana
persekitaran pembelajaran yang kondusif seperti yang dinyatakan oleh Canter. Maksud
tindakan pembetulan di sini adalah bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau
psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa
dan takut di kalangan murid. Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat
memberikan keadilan kepada semua murid dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan
pembetulan hendak dikenakan kepada murid, cikgu Sabrina perlu memberitahu kepada murid
bahawa tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah
ditetapkan, maka tindakan pembetulan itu perlu dilaksanakan oleh cikgu Sabrina.
Canter menyatakan bahawa guru akan gagal menyediakan suasana pembelajaran
yang kondusif kepada murid-murid sekiranya mereka tidak mengambil tindakan terhadap
tingkah laku yang mengganggu pembelajaran tersebut. Apabila salah laku berlaku hal ini perlu
ditangani dengan tenang dan pantas. Sehubungan itu, Cikgu Sabrina harus membuat membuat
hierarki disiplin mengikut keutamaan berserta tindakan pembetulan/akibat yang akan dikenakan
seperi yang dinasihatkan oleh Canter. Setiap tindakan pembertulan/akibat dalam hierarki akan
menjadi semakin serius daripada sebelumnya.
Cikgu Sabrina perlu merancang dan melaksanakan pelan-pelan pengurusan disiplin
bagi menjelaskan peraturan-peraturam yang dilaksanakan. Cikgu Sabrina boleh
menggunakan langkah-langkah bagi menerangkan pelan-pelan pengurusan disiplin kepada
murid-murid. Pertamanya, Cikgu Sabrina harus menerangkan kepada murid-murid mengapa
peraturan-peraturan tersebut diperlukan, mengapa ia perlu dipatuhi oleh murid dan apa yang
mereka akan peroleh sekiranya mematuhi peraturan tersebut . Hal ini bertujuan memberikan
pemahaman kepada murid-murid mengenai kehendak guru terhadap murid-murid. Seterusnya,
Cikgu Sabrina perlulah menerangkan kepada murid-murid tentang cara melaksanakan
peraturan yang telah dibuat supaya murid-murid lebih faham dan jelas akan tanggungjawab
yang perlu dibuat berdasarkan peraturan tersebut. Cikgu Sabrina perlu menyemak dan
memastikan kefahaman murid terhadap peraturan yang telah diterangkan. harus menerangkan
ganjaran yang akan diperoleh oleh murid-murid jika mereka mengikut peraturan dan denda
yang akan diperoleh oleh murid sekiranya mereka melanggar peraturan bilik darjah.
Seterusnya, Cikgu Sabrina perlu menyemak semula kefahaman murid sama ada murid lebih
memahami atau sebaliknya dan tindakan susulan perlu dilakukan sekiranya murid masih tidak
memahami.

Kesimpulannya, terdapat beberapa cara yang boleh diaplikasikan oleh Cikgu Sabrina
dalam pengurusan disiplin para murid iaitu, menetapkan peraturan kelas, peneguhan,
pendekatan asertif, tindakan susulan dan tindakan pembetulan. Sekiranya cara-cara ini
diaplikasikan dengan baik dan mendapat sokongan daripada ibu bapa, masalah disiplin dalam
bilik darjah dapat dikurangkan dan diselesaikan. Pengurusan bilik darjah yang baik tidak akan
berlaku tanpa perancangan. Setiap aktiviti pengajaran akan berlaku dengan lancar sekiranya
bilik darjah mempunyai aktiviti pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkah laku yang tidak
menyenangkan. Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang
memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi
memperoleh kesan yang maksimum. Harus diingat bahawa guru perlu mendapat maklumat
secukupnya tentang bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum menjejakkan
buat pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan. Semua pihak perlu bekerjasama dalam
menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi yang lebih
berguna pada masa hadapan juga, langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan.
Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-sama
kitaberganding bahu untuk menangani masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai