Anda di halaman 1dari 4

MINGGU 13

PERMAINAN KATEGORI SASARAN


Bentuk permainan ini melibatkan sasaran ditentukan dan pelancar digunakan untuk
mengena sasaran setepatmungkin untuk mendapat mata. Contoh permainan tersebut ialah golf,
memanah , tenpin bowling.Dalam model TGFU terdapat tiga pendekatan,iaitu kumpulan
bilangan besar, kumpulan bilangan sikit danmenentuan matlamat permainan.( Webb,Pearson
dan Forest 2006 .Sebagai seorang guru pendidikan jasmani ,mereka perlu mempunyai
pemahaman yang mendalam tentang keempat-empat kategori tersebut dalam sukan aktiviti
yang dirancangkan ,guru tersebut mampu menganalisis kebolehanmereka.Tambahan pula,guru
perlu memahami penggunaan teknik masing-masing yang terdapat dalam keempat-empat
kategori tersebut. Kelebihan TGFU ialah guru boleh mengintergrasikan keempat-empat
kategori antara

satusama lain.Pendekatan

TGFU

yang

digunakan

adalah

pendekatan

teknik.Murid diajarkan teknik melakukan sesuatu, dengankata lain,mengajar murid konsep


bermain dan taktik. TGFU sangat inovatif,pendekatan ini benar-benar sangatcerdas sebagai
sebuah pedagogi.Dalam model TGFU terdapat 6 peringkat permainan yang melibatkan
kemahiran pelajar dalam kemahiran membuatkeputusan secara kritis berdasarkan kepekaan
terhadap taktik yang digunakan dan mendapat keseronokan dalam permainan. Disamping
dapat meningkatkan kemahiran sosialmotor,kognitif-refleksi and afektif.

KATEGORI SASARAN (TARGET)


Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata.
Contoh: bowling, memanah dan golf.

(1) KATEGORI SASARAN (TARGET)


NAMA PERMAINAN : BALUNG
BILANGAN PEMAIN : 3 orang pemain pada satu masa
ALATAN : 3 skital besar, 15 gelung rotan,
CARA DAN PERATURAN PERMAINAN:
1.

Ketiga-tiga pemain mesti berada di garisan yang ditetapkan ( sila rujuk rajah)

2.

Setiap pemain dibekalkan 5 gelung rotan.

3.

Pemain mestilah melontarkan kesemua gelung rotan ke dalam skital yang diletakkan.

4.

Pemain yang dapat memasukkan kelima-lima gelung rotan ke dalam skital dan paling cepat
menyudahkan kesemuanya akan dikira sebagai pemenang.

5.

Permainan ini akan dimainkan secara berulang-ulang dengan 3 orang peserta yang
seterusnya.

CARA PEMARKAHAN:

Setiap gelung yang dapat dimasukkan ke dalam skital akan diberi markah 10 mata.

Jika gelung tersasar daripada skital peserta tidak akan mendapat sebarang markah.

Pemain yang mendapat mata tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang.

CONTOH GAMBAR RAJAH : 1

(1) KATEGORI

SASARAN (TARGET)

NAMA PERMAINAN: X-BALING


BILANGAN PEMAIN : Tiada had
ALATAN: pundi kacang, bakul besar, bakul sederhana besar dan bakul kecil
CARA DAN PERATURAN PERMAINAN :
1.

Setiap pemain mesti berada di garisan yang ditetapkan.

2.

Setiap pemain dibekalkan 6 pundi kacang setiap orang.

3.

Pemain dikehendaki membaling 2 pundi kacang pertama ke dalam bakul besar, dan
seterusnya membaling 2 pundi kacang berikut ke dalam bakul bersaiz sederhana
besar, dan akhir sekali, dikehendaki membaling 2 pundi kacang berikut ke dalam
bakul kecil.

4.

Setelah pemain tersebut menghabiskan balingan keenam-enam pundi kacang,


pemain seterusnya pula akan bermain.

CARA PEMARKAHAN :

Setiap balingan pundi kacang yang memasuki bakul besar akan mendapat mata
sebanyak 5 mata.

Setiap balingan pundi kacang yang dapat memasuki bakul bersaiz sederhana besar
akan mendapat 7 mata.

Setiap balingan pundi kacang yang memasuki bakul kecil akan mendapat 10 mata.

Setiap balingan yang tidak memasuki bakul tidak akan mendapat apa-apa mata.

Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah markah yang terkumpul paling tertinggi
setelah keenam balingan Berjaya dimasukkan ke dalam bakul yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai