Anda di halaman 1dari 9

Peranan dan kepentingan teknologi dalam Pengajaran dan pembelajaran

1. Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi


penting kepada topik yang akan disampaikan.
2. Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
3. Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga
boleh menghiburkan pelajar.
4. Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria
melihat, mendengar atau menyentuh.
5. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu
gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan
kehidupan seharian.
6. Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio
akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria
ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
7. Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
8. Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan
penggunaan masa yang minimum.
9. Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan
pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat
mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka
mengalaminya.

Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
1. Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan
untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan pengajaran.
Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih
berkesan.
2. Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang
masa.
3. Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:
sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya
dengan topik pengajaran.
semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting
yang dapat membantu pembelajaran.
selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan,
kesimpulan dan penilaian.
4. Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran,
latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.
5. Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat
perkembangan pelajaran itu sama ada:
- pengenalan topik
- perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
- penutup dan kesimpulan topik pelajaran
- penilaian kefahaman terhadap topik
6. Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang
pembelajaran
7. Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-
nunjuk sahaja.
8. Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar
belajar seterusnya.
9. Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin
kelas.
Ciri-ciri dan jenis teknologi pendidikan yang baik
a). Alat yang dapat menjelaskan idea - idea yang kabur dan menrangkan isi-isi
pelajaran.
Contoh: Penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan
b). Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar.
Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas.
c). Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya.
Contoh: Gunakan plebagai warna pen untk memberi penekanan kepada perkataan-
perkataan dalam topik yang ingin diajar.
d). Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan.
e). Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.












MODEL ADDIE

Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987
Ia sering dijadikan asas kepada model rekabentuk berarahan yang lain.
Ia juga mengandungi lima peringkat seperti yang ditunjukkan :
i. Analysis (Analisis)
ii. Design (Rekabentuk)
iii. Development(Pembangunan)
iv. Implementation (Pelaksanaan)
v. Evaluation(Penilaian )


Analysis (Analisis)
Analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran pembelajaran, analisis pengguna
dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan
semasa proses analisis iaitu :
- Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?
- Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan?
- Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?
- Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?
- Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?

Design (Rekabentuk)
Dokumentasi projek yang mengandungi reka bentuk berarahan, visual dan strategi
rekabentuk.Aplikasi strategi pengarahan bergantung kepada sikap yang dipamerkan
oleh pengguna seperti kognitif, afektif dan psikomotor.
- Membangunkan papan cerita
- Mereka bentuk antara muka
- Membangunkan prototaip
- Menggunakan reka bentuk visual
Development(Pembangunan)
Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi
keperluan yang dipersetujui.Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan
dapat beroperasi dengan berkesan.

Implementation (Pelaksanaan)
Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi
mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya
berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya
kepada pengguna sasaran untuk digunakan.

Evaluation(Penilaian )
Fasa penilaian terbahagi dua iaitu formatif dan sumatif.Penilaian formatif merangkumi
setiap fasa dalam proses ADDIE.Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk
pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi
kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik
penyeliaan dan pengujian.









MODEL ASSURE


A Analyze learner (analisis pelajar)
S State objective (nyatakan objektif)
S Select method, media and materials (pilih kaedah, media & bahan
U Utilize media and materials (gunakan media dan bahan)
R Require learner participation (dorong penglibatan pelajar)
E - Evaluate and revise (nilai dan semak)

A Analyze learner (analisis pelajar)

Memadankan ciri-ciri pelajar dengan isi pengkaedahan,media dan bahan pengajaran
Ciri-ciri umum
- Kenal pasti pelajar anda
Kemahiran/Kompetensi PraSyarat
- Tahu apa yang pelajar anda boleh buat/ketahui /sikap
Cara Pembelajaran
- Bagaimana individu membuat tanggapan, berinteraksi dengan dan memberi
tindakbalas (secara emosi) kepada persekitaran pembelajaran
Terdapat pelbagai cara pelajar memproses maklumat
Urutan Konkrit pengalaman secara hands-on mengikut urutan logikal.
Buku Kerja
Pengajaran Terancang (PI)
Tunjukcara
Pendekatan Makmal berstrutur

Rawak Konkrik menjurus kepada pendekatan cuba jaya (TNE).
Permainan
Simulasi
Projek pembelajaran kendiri
Kaedah penemuan
Urutan Abstrak -pelajar mampu mendekod maklumat verbal & simbolik
dengan mudah.
Persembahan Verbal (reading presentation)
Mendengar persembahan
Rawak Abstrak tangapan makna (pemahaman) dari persembahan perantara
(manusia) dan respons pada nada dan cara penyampai.
Perbincangan kumpulan
Kuliah dengan sesi soal jawab
Video
Televisyen

S State objective (nyatakan objektif)
Penyataan apa yang akan dicapai bukan bagaimana ianya dicapai
Audience (Kumpulan Sasar)
- Pembelajaran berlaku apabila pelajar aktif (memproses idea secara mental) atau
(membuat latihan kemahiran secara fizikal )
Behavior (Perlakuan)
-katakerja yang menghuraikan kebolehan baru yang akan oleh kumpulan diperolehi
sasar selepas pengajaran
Conditions (Syarat)
-persembahan yang perlu di beri perhatian oleh pelajar
Degree (Tahap)
-piawai persembahan (yg boleh diterima) yang akan dinilai

S Select method, media and materials (pilih kaedah, media & bahan

Pemilihan Kaedah
-sesuatu sesi pengajaran kemungkinan mengambil kira dua atau lebih kaedah untuk
melayani tujuan yang berlainan dalam perkembangan pelajaran.
Pemilihan Media
- bentuk fizikal sesuatu mesej di sampaikan /ditunjukkan
- Imej tampak, teks, suara, muzik, dsb.
Pemilihan Bahan
-sedia ada
-ubah suai yang sedia ada
-mereka bentuk yang baru
U Utilize media and materials (gunakan media dan bahan)
Pelajar dan guru guna media dan bahan yang telah dipilih
Pratonton Bahan
- Sentiasa pratonton bahan pengajaran sebelum menggunakannya
- Bahan seharusnya sesuai dengan kumpulan sasar dan objektif pengajaran.
Sediakan Bahan
- Kumpulkan kesemua mp m peralatan yang anda dan pelajar perlukan
-tentukan urutannya.
Sediakan Persekitaran
-susun kemudahan yang membolehkan pelajar menggunakan bahan dan media

Sediakan Pelajar Anda
-berikan gambaran kasar keseluruhan isi pengajaran ATAU
-beritahu bagaimana pelajara berkait dengan topik yang sedang dipelajari
- Berikan penyataan yang bermotivasi yang menghasil keperluan mengetahui melalui
pemberitahuan bagaimana pelajar boleh memanfaatkan dari pelajaran ini.
Sediakan Pengalaman Pembelajaran
-tumpuan kepada kelas

R Require learner participation (dorong penglibatan pelajar)
Penglibatan aktif dalam proses pembelajaran memperkukuh pembelajaran
Perspektif Behavioris
-pemb elajaran adalah satu proses mencuba pelbagai perlakuan dan mengekalkan
yang membawa kepada hasil yang diingini.
Pespektif Kognitivis
-pelajar membina skema mental apabila otak mereka terlibat secara aktif dalam
mengingati / mengaplikasi konsept atau prinsip baru.
PerspektifKonstruktivis
-pembelajaran adalah satu proses yg aktif dimana pengetahuan dibina berasaskan
pengalaman.
Pespektif Psikologi Sosial
-komunikasi interpersonal adalah asas sosial kepada pemerolehan pengetahuan

E - Evaluate and revise (nilai dan semak)
Mengenalpasti dan memperbaiki masalah pembelajaran/pengajaran dan galangan yang
boleh menganggu pencapaian pelajar
Penilaian pencapaian pelajar
-Adakah pelajar belajar apa yg mereka perlu belajar?
Penilaian Kaedah dan Media
-Adakah kaedah dan bahan yang digunakan berkesan?
Ubahsuai
-Apakah perubahan yang perlu dilakukan pada pelajaran?

Anda mungkin juga menyukai