Anda di halaman 1dari 18

PENGAJARAN MIKRO

Rasional
Pengajaran mikro diaplikasikan sepenuhnya dalam menghasilkan guru
permulaan yang berkesan.
Memandangkan betapa penting dan berfaedahnya
pendekatan pengajaran mikro dalam konteks Praktikum, Bahagian Pendidikan
Guru telah menekankan agar diaplikasikan teknik pengajaran mikro ini dalam
kurikulum dimaktab/institut perguruan di Malaysia.

Tujuan
Menghasilkan pelajar meminati profesyen perguruan, dan merangsang
keinginan untuk membaiki diri sendiri.
Membolehkan guru pelatih menguasai kemahiran mengajar dengan
cepat dan menyeronokkan.
Membentuk pelajar membaiki kelemahan praktikum dengan cepat dan
berkesan melalui proses yang boleh memberikan maklumbalas segera
dan meyakinkan serta latihan ulangan pembetulan selanjutnya.
Agar pelajar dapat menghasilkan pengajaran yang lebih menarik dan
berkesan.
Mengurangkan ketegangan yang dialami oleh guru pelatih apabila
menghadapi kelas sebenar semasa praktikum nanti.

Pendahuluan
Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk
membolehkan murid melakukan proses pembelajaran.
seperti

set

induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara,

Aktiviti pembelajaran
variasi rangsangan,

peneguhan, penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap(gesture) dan perlakuan


bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya
akan menentukan keberkesan guru.
Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai
dengan umur dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan
organisasi dan disiplin bilik darjah.
1

Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih melatih diri dengan satu


kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah
dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran
mereka.

Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan perguruan dan

kesedaran terhadap teknik pengajaran.

Pengajaran Mikro
Mengikut Micheel J. Wallace Pengajaran mikro adalah penemuan
pengajaran yang dimudahkan.
situasi

pengajaran

yang

telah

Pengertian itu membawa makna iaitu satu


dikurangkan

skopnya,

iaitu

tugas

guru

dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan.

Pengajaran Mikro diaplikasikan


Tidak banyak penulis tentang pengajaran mikro mengusulkannya sebagai
ganti Praktikum di sekolah, malah kebanyakan daripada mereka berpendapat,
pengajaran mikro sebagai tambahan kepada teknik-teknik latihan perguruan yang
ada,alasan yang diberikan adalah kerana,
1.

Membolehkan pelajar menumpukan perhatian kepada tugasan


mengajar tanpa gangguan masalah pengurusan bilik darjah,
yang biasa terdapat dalam praktikum disekolah.

2.

Pelajar dapat menumpukan perhatian kepada satu kemahiran


mengajar pada satu masa.

3.

Membolehkan pelajar meneliti pengajarannya dengan cara yang


sistematik, dan mendapat maklumbalas dengan segera dan
kemudiannya membuat perubahan untuk membaikinya di mana
yang difikirkan perlu.

4.

Dengan

menekankan

kemahiran-kemahiran

penganalisaan

pengajaran

kepada

komponennya,

pengajaran

mikro

meletakkan asas bagi pendekatan saintifik yang sebenarnya


dalam latihan perguruan.

5.

Pendekatan pengajaran mikro adalah mudahubah dan boleh


digunakan dalam berbagai situasi seperti persediaan untuk
praktikum di sekolah, langkah diagnosis semasa atau selepas
praktikum,

dan

kajian

keatas

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.

Bagaimana Mengendalikan Pengajaran Mikro


Pengajaran mikro sebagai sampingan praktikum di sekolah, langkah
persediaan sebelum praktikum, langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum
atau langkah peneguhan pengajaran mata pelajaran di sekolah.

Perinsip asas

pengendalian pengajaran mikro ialah;


1. Pelajar mengajar satu pelajaran yang pendek antara 5 hingga 10
minit sahaja.
2. Mengajar pelajaran itu kepada satu kumpulan murid atau
rakannya antara 4 hingga 6 orang sahaja.
3. Apabila pelajaran itu tamat, murid atau rakannya keluar, dan ia
membincangkan pengajarannya itu dengan penyelianya.
4. Selepas membuat perubahan di mana yang diperlukan ke atas
pendekatannya yang lalu, ia mengajar pelajaran itu kepada satu
set murid atau rakannya yang lain.
Di maktab/Institut perguruan, pengajaran mikro boleh dikendalikan dengan cara
model yang dihasilkan di Universiti Stamfort;
1. Pelajar berbincang dengan penyelianya mengenai perkaraperkara yang terlibat dalam kemahiran pengajaran mikro yang
ia akan aplikasikan. Kemudia dia akan menyediakan satu epesod
untuk pengajaran itu - Peringkat taklimat.
2. Pelajar mengajar pelajaran mikronya kepada sekumpulan kecil
murid atau rakannya seramai 4 hingga 6 orang.

Pelajar itu

diajar selama 5 hingga 10 minit, bila tamat , murid atau rakannya


akan meninggalkan bilik pengajaran mikro

- peringkat

mengajar.
3. Pelajar dan penyelianya menganalisa pengajaran mikro , pelajar
diberi peluang mengeluarkan pendapat, perbincangan kritis,
penyelia

sebagai

pembimbing,

membolehkan pelajar menyedari


pengajarannya.
menyediakan

penggalak

dan

penggerak

kelebihan dan kelemahan

Kemudian pelajar diberi masa untuk


epesod

pengajarannya

dengan

perubahan-perubahan yang difikirkan perlu

membuat

- peringkat kritis.

4. Pelajar akan mengajar sekali lagi kemahiran pengajaran


mikronya, tetapi kali ini kepada satu set murid atau rakannya
yang lain - peringkat ulangan pengajaran.
Perkara yang penting dalam pengajaran mikro
1. Pelajar yang telah menguasai kemahiran pengajaran tidak perlu ulang
latihan pengajarannya.
2. Pelajar yang belum menguasai kemahiran pengajarannya perlu
mengulangi pengajarn mikronya.
3. Jika penggunaan perakam video panduan penilaian

dan penaksiran

tidak perlu digunakan.


4. Pengajaran mikro boleh dibuat di maktab/intitut dengan murid-murid
sekolah dibawa ke maktab/institut, atau dijalankan di sekolah dengan
pelajar dan penyelianya pergi ke sekolah.
5. Maklumbalas yang segera dan tepat membolehkan pelajar mengubah
perlakuannya.
6. Perkembangan kemahiran pengajaran mikro tidak boleh dibuat
berasingan dengan isi pelajaran.
7. Perakam vedeo mempunyai kelebihan, mengandungi unsur komunikasi
lisan dan bukan lisan.

8. Walaupun panduan penilaian dan penaksiran tidak perlu jika


penggunaan perakam video, tetapi ia boleh digunakan bersama kerana ia
dapat

menambahkan

keberkesanan

latihan

dari

segi

panduan

pemerhatian dan maklumbalas yang bertulis.


Kemahiran Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh
pelajar dalam profesyen perguruannya.

Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-

kemahiran yang digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik


darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah
yang

tertentu,

boleh

dilihat,

ditakrifkan,

ditunjukkan

perkaitan

dengan

pembelajaran murid.
Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya
dari segi kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal,
membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan
berkesan.
Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid
dalam bidang pengajaran dan pengajaran seperti kemahiran:

Set induksi

Tunjuk cara

Variasi rangsangan

Peneguhan

Penyoalan

Mengilustrasi dengan menggunakan contoh

Penerangan

Aprisiasi

Penutup

KEMAHIRAN SET INDUKSI


Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau memulakan
sesuatu pelajaran atau satu unit tertentu sesuatu pelajaran. Pada setiap epesod
pengajaran, guru hendaklah menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan
dibuat.

Guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta

menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar.

Memandu

muridnya kearah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan


pengalaman lalu/sedia ada.
i.

Menarik perhatian
Guru boleh menggunakan suara, gerakgeri dan pandangan
mata untuk menarik perhatian murid kearah pelajaran yang
diajar.

Ia juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar

atau alat bantu mengajar dan pelbagai intraksi yang lain.


ii.

Menimbulkan pergerakan
Guru boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan
kemesraan dan menunjukkan semangat serta kesungguhan
perkara yang diajarnya.

Guru boleh juga menggerakkan

muridnya dengan merangsang naluri ingin tahu atau menarik


minat murid dengan bercerita atau memulakan aktiviti.
iii.

Struktur
Guru menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada
muridnya,
beberapa

seperti Tengah hari ini kita akan melihat


keping

gambar

dan

kemudian

kita

akan

bincangkannya. Selepas perbincangan itu kamu akan menulis


ceritanya.

Guru

menolong

muridnya

dengan

mencandangkan beberapa cara menulis cerita itu.


iv.

Membuat perkaitan
Guru boleh membuat perbandingan dan perbezaan, seperti
membandingkan papan tanda berlampu yang terdapat di
Semenanjung Malaysia dengan yang terdapat di Sabah atau

Sarawak.

Guru merujuk kepada situasi semasa untuk

menarik perhatian.
Set induksi yang berkesan ialah,
1.

Set insuksi hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur,


kebolehan dan minat.

2.

Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif


pelajaran.

3.

Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada


murid, belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan
diketuhui.

KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN


Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk
mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian.

Latihan dalam kemahiran ini

dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid
kepada pelajaran yang diajarnya.
i.

Pergerakan
Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah
di sepenjang bahagian hadapan atau di antara barisanbarisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia
dan

menumpukan

perhatian

kepada

pelajaran.

Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang


resah akan mengganggu tumpuan murid kepada
pelajaran.
ii.

Gerakgeri semulajadi guru (gesture)


Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang
semulajadi

untuk

dituturkan

dapat

menguatkan
menarik

perkataan
perhatian

yang
murid.

Sebaliknya pergerakan tubuh badan semulajadi yang

tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau


mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu
akan menghalang tumpuan kepada pelajaran.
iii.

Mengubah nada pertuturan


Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan
dapat mengekal minat murid terhadap pelajaran.
Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat
menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara
yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga
menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran.

iv.

Penglibatan murid secara lisan


Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada
murid untuk melahirkan pendapat

menggalakkan

murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran.


Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid.
v.

Penggunaan Pancaindera
Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan
pancaindera seperti penggunaan gambar atau model,
dapat menambah tarikan dan minat murid kepada
pelajaran,

juga

menambah

kesan

penyampaian

maklumat kepada muridnya.


vi.

Aktiviti Fizikal
Guru yang memberi peluang kepada murid membuat
aktivi yang pelbagai akan menyeronokkan murid
semasa mereka belajar.

Variasi Rangsangan yang berkesan ialah:i.

Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahanperubahan dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan
dengan isi pelajaran.

ii.

Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin


agar tidak mengganggu perjalanan pelajaran.

iii.

Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak


menggunakan bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar.

iv.

Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi


rangsangan kepada tindak balas murid.

KEMAHIRAN PENEGUHAN
Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid
dalam beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan
senyuman, angguk kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik,
menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis
syabas dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan.
seperti ini akan membawa kepada perulangan
seterusnya akan membina sikap yang positif .

Peneguhan

perlakuan yang

baik dan

Peneguhan ini boleh diberikan

kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas. Bidang utama dalam peneguhan
ialah;i.

Peneguhan lisan
Guru

boleh

menggalakkan

menggunakan perkataan seperti

murid

belajar

dengan

baik, ia, betul, itu

jawapan yang tepat, bijak, pandai, bagus, kerja kamu


sempurna, itu adalah cadangan yang baik, dan lain-lain
peneguahn yang positif.
ii.

Peneguhan gerakgeri
Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan
perasaan pada mukanya seperti senyuman, ketawa yang
menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh badan
sebagai isyarat persetujuan, seperti menganggukkkan kepala,
mengangkat tangan, angkat bahu, menepuk tangan dan
sebagainya.

iii.

Peneguhan dampingan

Guru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya


dengan mendekatinya, berdiri di sebelahnya dan duduk di sisi
muridnya.
iv.

Peneguhan sentuhan
Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu
atau belakang muridnya (sama jantina).

v.

Peneguhan aktiviti
Guru melakukan aktiviti yang boleh menyukakan muridnya
kerana murid menghasilkan kerja yang baik.

iv.

Peneguhan ganjaran
Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi
dalam buku kerja murid kerana telah menghasilkan kerja
yang baik.

Bagi murid sekolah kebangsaan guru boleh

memberi hadiah seperti pensil, gula-gula dan sebagainya


untuk menggalakkan murid maju dalam pelajaranya.
Peneguhan yang berkesan ialah:1.

Kemesraan dan semangat


Kemesraan, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru
terhadap perlakuan dan pencapaian murid adalah aspek penting
dalam kemahiran peneguhan.

2.

Mempelbagaikan penggunaan peneguhan


Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan, peneguhan perkataan
atau gerak-geri yang selalu diulang akan hilang maknanya.

3.

Peneguhan positif
Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian
untuk jawapan yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada
peneguhan negatif seperti

itu salah atau jawapan kamu tidak

tepat.
4.

Kefahaman murid tentang peneguhan

10

Peneguhan yang berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan


antara peneguhan dengan perlakuan dan pencapaian mereka.
Guru hendaklah memikirkan faktor umur, jantina dan kumpulan
sosial murid.
KEMAHIRAN PENYOALAN
Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding
dengan kemahiran yang lain.

Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat

yang sewajarnya oleh guru semasa ia mengajar. Ada bukti yang menunjukkkan
kemahiran ini tidak digunakan dengan sepenuhnya dan soalan-soalan yang ditanya
adalah dari jenis soalan aras rendah yang tidak memerlukan poemikiran yang
kritis dan membina aras kognatif aras tinggi. Penggunaan kemahiran penyoalan
dapat meningkat tahap pencapaian murid

dan dapat mewujudkan suasana

pembelajaran sosial yang berkesan.


Penyoalan yang mudah atau asas
i.

Pembentukan soalan

guru hendaklah membuat soalan bentuk

pendek, padat dan menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh


murid.
ii. Fokus

Guru hendaklah menyoal soalan yang umum supaya dapat

melibatkan ramai murid , hendaklah difokuskan kepada satu tugasan


sahaja,

sementara maklumat yang diperlukan mula mendapat idea, guru

bolehlah menyoal soalan yang lebih khusus.


iii. Arah

Guru mengemukan soalan kepada semua murid dalam

kelas, selepas berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada murid tertentu
dengan memanggil nama murid itu, atau menunjuk dengan tangan atau
menganggukkkan kepala kearah murid yang hendak disoal.
iv. Penyebaran

Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara

rawak supaya dapat menyoal semua kumpulan dalam kelasnya.

11

v.

Pemberitahuan

Guru hendaklah membuat tanda dalam

soalannya yang boleh menunjujkkan skop atau jenis jawapan yang ia


perlukan.

Tanda itu mungkin juga boleh membawa kepada jawapan

kepada soalan itu.


Penyoalan yang kompleks
A)

i.

Mempelbagaikan peringkat soalan

Guru menyoal soalan yang

berbeza aras kesukarannya, dan meminta aras pemikiran yang berbeza.


ii.

Ingat semula

Penyoalan yang memerlukan murid mengingat

semula maklumat-maklumat yang mereka telah pelajari, kemudian guru


bolehlah menyoal soalan yang lebih kompleks.
iii.

Kefahaman

Soalan

yang

menguji

kefahaman

murid

mengenai sesuatu perkara.


iv.

Aplikasi-

Soalan yang memberi peluang kepada murid agar

dapat menggunakan pengetahuan yang lalu.


v.

Analisis

memeriksa

bukti-bukti

Guru menyoal murid yang membolehkan murid


dan

kemudian

membuat

rumusan

yang

membolehkan mereka mengurus dan melahirkan pemikiran mereka.


vi.

Sintisis

Guru melibatkan seorang murid atau beberapa

orang murid dalam aktiviti kreatif mengenai sesuatu situasi atau kejadian
yang memerlukan penyatuan beberapa idea.
vii. Penilaian

Guru menyoal murid soalan yang memerlukan

mereka membuat anggapan mengenai idea-idea atau nilai-nilai, dan


kemudiannya memberi sebab-sebab untuk menyokong anggapan itu.

12

B)

i.

Penyungkilan

Guru menyoal murid soalan yang membolehkan

murid memikirkan jawapan yang lebih baik daripada jawapan yang


sebelumnya.
ii. Soalan penjelasan

Guru meminta jawapan yang lebih jelas

Guru

dan padat.
iii. Soalan Penyokongan

bertanyakan

sebab

mengapa

jawapan tertentu itu diberikan oleh muridnya.


iv. Soalan Persetujuan

Guru menanya muridnya adakah mereka

setuju atau tidak dengan jawapan yang telah diberikan sebentar tadi.
v.

Soalan Contoh

Guru mengarahkan muridnya memberi

contoh-contoh yang menunjukkan maksud jawapan yang lalu.


Kemahiran penyoalan dalan Pengajaran mikro
i.

Sebagai peraturan am, soalan dikemukakan kepada seluruh kelas


dengan peruntukan masa diberi kepada murid untuk berfikir.

ii.

Guru hendaklah sesuaikan soalan dengan umur dan kebolehan yang


berbeza dalam kumpulan kelas itu.

iii.

Guru

perlu merancang soalan utama sebelum pengajaran itu

dimulakan.
iv.

Guru hendaklah berhati-hati mengemukakan soalan dan

teliti

jawapan murid.

KEMAHIRAN MENGILUSTRASI DENGAN CONTOH


Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang
abstrak. Guru meminta contoh daripada murid dan menyemak idea dan konsep

13

itu telah difahami atau tidak.

Contoh yang baik dalam kemahiran ini ialah

contoh yang biasa kepada murid.

Dengan mengaitkan contoh dan idea atau

konsep, guru telah mengajar daripada perkara yang diketahui kepada perkara
yang akan diketahui.

Dengan menggunakan contoh dalam kehidupan seharian,

guru boleh menarik perhatian dan menimbulkan minat terhadap pelajarannya.


Pendekatan induktif dan deduktif dalam penggunaan contoh-contoh
Dua jenis pendekatan boleh digunakan dalam latihan kemahiran ini, iaitu
pendekatan induktif : contoh diikuti dengan peraturan, dan pendekatan deduktif:
peraturan diikuti dengan contoh, soalan digunakan untuk mendapatkan contoh;i.

Contoh mudah

guru

mudah, dinyatakan dengan jelas

menggunakan

contoh

dan boleh dikaitkan dengan

pengetahuan yang lalu.


ii.

Contoh yang berkait dengan peraturan atau konsep

menggunakan contoh di mana peraturan atau konsep boleh


digunakan.
iii.

Contoh ingin tahu

menggunakan contoh yang boleh

membangkitkan naluri ingin tahu dan minat murid.


iv.

Media yang sesuai

menggunakan media yang sesuai

dengan kebolehan , umur dan pelajaran yang diajar.


v.

Pendekatan

memilih

pendekatan

yang

sesuai

dengan peringkat umur dan kebolehan murid dan pelajaran yang diajar.
vi.

Penglibatan murid

murid dilibatkan secara lisan,

seperti menjawab atau menyoal, atau bukan lisan, seperti menulis di


papan hitam atau menunjukcara dengan menggunakan contoh atau
model.

14

KEMAHIRAN PENERANGAN
Penerangan ialah satu proses memberi kefahaman kepada orang lain,
dan kemahirannya ialah menentukan yang penerangan itu difahami.
Kemahiran memberi penerangan dengan tepat dan berkesan salah satu
kemahiran yang mesti ada pada guru.

Oleh itu ada banyak peringkat

dan bentuk kefahaman, juga banyak peringkat penerangan,


a.

Pentarifan

b.

Penerangan -

menjelaskan sesuatu isu


menerangkan proses, struktur dan
langkah-langkah.

c.

Sebab

pemberian alasan

Penerangan berstruktur
(a)

Penggunaan keutamaan - guru nyatakan dengan jelas, tepat dan


padat fakta utama yang terlibat.

(b) Penggunaan contoh

perkara yang dititik beratkan ialah

mudah, berkait, penggunaan media yang sesuai dan menimbulkan


minat.
(c)

Penyimpulan

guru menyatakan perkara utama dalam

penerangannya.

Dr. G.A. Brown,

Penerangan ringkas sangat

penting untuk penerangan yang berkesan.

Penerangan Penyampaian
(a)

Penggunaan penyampaian yang jelas

guru

menerangkan sesuatu aspek pada satu masa, dan memfokuskan


semula dengan menggunakan ringkasan atau ilastrasi.

Ia

hendaklah menggunakan bahasa yang sesuai dan berhenti sejenak


sebelum sesuatu aspek penting diterangkan.
(b) Penggunaan penekanan variasi rangsangan

guru

hendaklah menggunakan peringkat, nada dan intonasi suara yang

15

boleh menyampaikan kepentingan yang berkaitan dengan sesuatu.


Gerak geri dan pergerakan hendaklah digunakan dengan
sewajarnya.
(c)

Penggunaan penekanan petunjuk dan perkaitan dan keutamaan menggunakan perkataan atau rangkai kata yang boleh membawa
kepada sesuatu yang penting dalam penerangannya - contoh:

(d)

Petunjuk

Tiga bidang utama.

Perkaitan

Ini membawa kepada

Keutamaan

Dengan ini.

Jauhkan kekaburan
yang jelas.

ini ada kaitan dengan penerangan

Elakkan menggunakan perkataan .. dan lain-

lain, . dan sebagainya.. dan yang sama sepertinya.


(e)

Sekuens
atau

guru boleh menggunakn pendekatan induktif

deduktif,

pelbagai

rangsangan

dan

kaitan

untuk

menunjukkkan penerangan ke arah yang betul.


(f)

Maklumat balas

penerangan

guru

janganlah

panjang

lebar, beri peluang murid menjelaskan kefahaman, sikap dan


minat dan memberi peluang mendapat maklum balas. Guru
hendaklah mengawal penyampaian, kelancaran, bahasa dan
bilangan contoh yang digunakan.

KEMAHIRAN PENUTUP
Kaitkan penutup dengan minat, pengalaman dan reaksi murid;i.

Menegaskan semula perkara-perkara penting.

ii.

Penilaian, peneguhan

pembelajaran murid (Melibatkan

kognetif).
iii.

Kaitan pelajaran dengan kehidupan sosial.

iv.

Cadangan aktiviti

i.Menegaskan semula
Menegaskan perkara utama, fakta penting, ingat semula dan kaji

16

Semula ( boleh melibatkan murid )


(a)

Menegaskan semula melalui ringkasan

teguran

akhir, ringkasan perkara penting dan mengaitkan semula


aktiviti yang telah dijalankan.
(b) Menegaskan semula sebagai satu aspek kemahiran variasi
Rangsangan -

Guru merumus isi pelajaran hasil

maklumat murid.
ii. Penilaian
Penilaian dalam aktiviti mengesan pencapaian objektif pembelajaran,
adakah murid telah memahami isi pelajaran hari ini,

rumusan

kognetif.
iii.

Kaitan kehidupan sosial


Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian murid.

iv.

Cadangan aktiviti
(a) kaitkan dengan kognitif

membuat latihan,membuat projek

baru dan menjalankan kajian.


(b)

Perkaitan sosial

menimbulkan perasaan kejayaan dengan

peneguhan dan menyatakan peringkat kejayaan murid,


menggalakkan murid mencuba kejayaan yang lebih tinggi.
(c) galakan motivasi

kemesraan dan semangat untuk

mengekalkan minat.

Penutup yang berkesan ialah;1. Penutup hendaklah bermakna dari segi umur, kebolehan dan minat
murid.
2. Penutup hendaklah berkait dengan isi dan objektif pelajaran.

17

3. Membina perkaitan perkara yang diketahui dan perkara yang dialami.


4. Mengaitkan aspek penting sesuatu topik yang dibicarakan.
5. Mengukur pembelajaran murid.
6. Mencadangkan aktiviti berkaitan.

18

Anda mungkin juga menyukai