Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI KENDIRI

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya
menyiapkan tugasan kerja kursus projek PJM 3106 Anatomi dan Fisiologi dengan
jayanya tanpa mengalami kesulitan yang dapat meruntuhkan semangat dan usaha
saya. Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada pihak yang terlibat secara
langsung mahupun secara tidak langsung dalam bersama sama menyiapkan
tugasan kerja kursus ini.
Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya perolehi hasil daripada
kerja kursus ini. Pengetahuan ini sangat bermakna dan penting untuk kegunaan saya
pada masa hadapan. Dengan pelaksanaan kerja kursus projek ini saya dapat
mengenali dan memahami dengan lebih jelas mengenai sistem dan fungsi tubuh
badan saya yang saya belum ketahui sebelum ini. Anatomi dan fisiologi mengajar
saya untuk lebih mengambil berat perihal penjagaan kesihatan dan tubuh badan
saya.
Selain itu, saya baru mengatahui bahawa di dalam badan kita terdapat 206
tulang bagi orang dewasa dan setiap jenis tulang mempunyai fungsi dan sifatnya
yang tertentu. Kesemua tuluang tersebut memberi sokongan dan pergerakkan
terhadap badan saya. Banyak lagi fakta yang berguna yang mampu saya praktik
dan amalkan dalam kehidupan seharian saya dalam menjaga kesihatan dan tubuh
badan saya daripada penyakit berbahaya.
Melalui kerja kursus ini juga saya dapat mempelajari cara mebuat CD interaktif
di mana memerlukan perisian komputer. Banyak ilmu mengenai komputer yang baru
saya temui dan berguna untuk saya pada masa hadapan. Selain itu, saya juga
mampu untuk mencipta CD interaktif sendiri pada masa hadapan sebagai alat bahan
bantu mengajar. Hal ini, dapat merangsang dan membantu saya dapat membantu
saya dalam membina kefahaman yang lebih tinggi.
Akhir kalam jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa yang
menolong saya dan ahli kumpulan secara langsung dan tidak langsung. Banyak
pengalaman dan input input yang berguna yang saya perolehi. Saya harap saya
dapat menggunakan ilmu dan input tersebut pada masa hadapan. Sekian terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai