Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Individu (Mohamad Shazwan Bin Sulaiman) Alhamdulillah.

Perkataan pertama yang lahir daripada mulut seorang penuntut untuk melahirkan kesyukuran terhadap Ilahi setelah berjaya menyiapkan tugasan bagi subjek Anatomi ini. Tanpa izin-Nya, saya tidak dapat mencari maklumat serta menyiapkan tugasan yang diberi. Saya juga bersyukur kerana diberi rakan sekumpulan yang sentiasa memberi kerjasama sewaktu menjalankan tugasan ini. Di dalam tugasan Anatomi ini, saya diminta untuk menyiapkan satu tugasan yang meminta untuk membuat peta minda berkenaan tulang, otot dan sendi secara individu. Tugasan lain adalah secara kumpulan. Saya dan rakan sekumpulan saya iaitu Nellson Joumin bersepakat untuk memilih permainan Badminton untuk kami menganalisis pergerakanpergerakan dari permainan Badminton yang terlibat dengan tulang, sendi dan otot. Sepanjang saya melakukan tugasan ini, pelbagai pengalaman yang telah saya lalui sama ada pengalaman baik atau pengalaman buruk semasa melaksanakan tugasan. Lebihlebih lagi sewaktu mencari maklumat yang berkaitan. Saya lebih banyak menggunakan laman sesawang untuk mencari maklumat, namun saya masih selalu pergi ke Perpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai subjek ini lebih-lebih lagi subjek ini telah ditekankan dalam silibus sekolah menengah iaitu dalam subjek Biologi. Saya juga merujuk buku teks di Perpustakaan sebagai rujukan untuk menghasilkan peta minda. Walaubagaimanapun , saya lebih banyak menggunakan laman sesawang untuk menambahkan ilmu, pengetahuan dan kemahiran untuk membantu dalam menyelesaikan tugasan dan untuk kepentingan diri sendiri pada masa hadapan. Saya juga mengambil pendekatan dengan bertanya rakan-rakan sekelas berkenaan tugasan yang diberikan. Namun begitu, sepanjang saya melakukan tugasan ini saya mendapat pelbagai masalah terutamanya dari segi aspek ketidakpastian mengenai tugasan, aspek pengurusan masa dan mencari maklumat dan bahan rujukan. Pertamanya ,masalah yang dihadapi oleh saya ialah tidak faham apa yang dikehendaki oleh soalan tugasan. Mujurlah dengan bantuan rakan-rakan dapat mengurangkan sedikit beban yang dialami oleh saya sepanjang melakukan tugasan ini. Seterusnya, dari segi aspek pengurusan masa, masalah datang apabila saya menerima pelbagai tugasan yang memerlukan tugasan tersebut dihantar terlebih dahulu memaksa saya menolak tugasan ini ke belakang untuk saya siapkan kemudian. Namun begitu, tugasan ini tetap saya lakukan walaupun mempunyai tugasan lain yang bertimbun. Manakala dari aspek

bahan rujukan, saya mengalami masalah dalam mencari maklumat mengenai bahagian tulang, sendi, dan otot mana yang terlibat dalam permainan badminton ini. Setelah menjalankan tugasan ini, saya telah memperoleh pelbagai ilmu kendiri yang baru terutamanya berkenaan Anatomi lebih-lebih lagi berkenaan tulang, otot dan sendi. Bukan itu sahaja, saya juga memperoleh ilmu yang mendalam mengenai penglibatan bahagian badan tersebut dalam permainan badminton. Daripada tugasan ini, saya dapat mengetahui bahawa besar peranan yang dimainkan oleh setiap anggota badan kita untuk menjalankan tugasan harian kita. Daripada tugasan ini, saya dan rakan sekumpulan saya telah mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama sewaktu menjalani tugasan ini bersama. Selain itu,saya dapat

memupuk sifat sabar dan cekal semasa mencari nota-nota yang berkaitan dengan tajuk ini.Saya juga dapat memupuk sifat sabar ketika melakukan kerja berkumpulan ini. Akhir sekali, setiap iktibar dan pengajaran yang diperolehi dapat saya aplikasikan
dalam pengajaran saya di sekolah pada masa akan datang. InsyaAllah.

Anda mungkin juga menyukai