Anda di halaman 1dari 10

TIPOGRAFI

Tipografi adalah perpaduan antara seni dan teknik mengatur tulisan, agar
maksud serta erti tulisan dapat tersampaikan dengan baik secara visual kepada
pembaca.
Ilmu tipografi digunakan pada banyak bidang diantaranya

Rekabentuk grafik
Rekabentuk web
Percetakan,
Majalah
Rekabentuk produk dll.

Terdapat pelbagai peringkat penghasilan tanda grafik yang meliputi


jangka masa yang sangat panjang, antaranya

PIKTOGRAF
IDEOGRAF
PETROGLIFIK
HIEROGLIFIK
PHONOGRAF
TULISAN CINA

PIKTOGRAF

Piktogram atau Piktograf adalah suatu ideogram yang menyampaikan


suatu makna melalui penampakan gambar yang menyerupai atau meniru
keadaan fisik objek yang sebenarnya.
Contoh suatu piktograf meliputi gambar-gambar kuno dan lukisan
prasejarah yang ditemukan dalam dinding gua.
Piktograf juga digunakan dalam menulis dan system grafis.
Manusia pertama yang mengenal tulisan tidak menggunakan huruf,katakata dan tanda baca dalam tulisan mereka.
Ribuan tahun yang lalu,mereka menulis dengan membuat gambar yang saat
ini disebut piktograf.
Para pakar mengatakan piktograf tersebut digunakan untuk menyampaikan
informasi kepada orang lain.

Lukisan yang ditemui di Sedona back country,berumur sekitar 3100 BC pada zaman Mesopotamia

Piktograf telah digunakan untuk menghasilkan lukisan dan angka yang


dihasilkan secara lebih berhati-hati pada setiap lajur.
Selepas melalui beberapa evolusi dalam beberapa tahun hingga
terhasilnya system lakaran grid dalam bentuk susunan menegak dan melintang.
Sekitar 2800 BC tulisan piktograf telah ditukar menjadi simbol yang diukir
dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah serta telah dipermudahkan dan
senang untuk difahami.
Orang Sumeria telah mengadaptasikan tulisan piktograf kepada symbol
yang lebih abstrak yang juga dikenali sebagai tulisan kuneiform iaitu
tulisan berbaji.
Kuneiform dihasilkan dengan menggunakan rumput buluh dan kayu
ataspermukaan tanah liat

Lukisan yang telah diadaptasikan daripada piktograf.

IDEOGRAF

Ideograf adalah tulisan berimej atau simbol grafik yang mewakili bentuk
idea yang abstrak bagi mempermudahkan cara komunikasi harian
mereka.
Penulis zaman pra-sejarah lagi mula mencipta tulisan yang dapat difahami
dengan mudah.
Simbol gambar mula dihasilkan sebagai gambaran tentang bunyi sesuatu sebutan.
Sebagai contohnya simbol matahari yang membawa makna siang atau cahaya

Rajah 3 Simbol-simbol Ideograf

Nombor Roman yang kita gunakan pada masa kini merangkumi ideograf iaitu I,II dan III
yang bermaksud jari tangan dan V bermaksud tangan terbuka

PHONOGRAF

Sekitar 1600 SM Orang Phonesia telah mencipta Phonograf atau


Phonogram.
Phonograf adalah gambar atau simbol piktograf mewakili perkataan dan
huruf konsonan untuk menghuraikan sesuatu bunyi sebutan.
Simbol mereka lembu (ox) dipanggil aleph,telah digunakan untuk
mewakili bunyi "A" dan beth, simbol mereka untuk rumah (house),mewakili
bunyi "B".
Di samping bunyi, Phonogram juga boleh mewakili perkataan

Simbol Phonograf aleph

TULISAN CINA

Menurut lagenda, tulisan Cina telah direka oleh Cangjie (c. 2650 SM),
seorang bangsawan yang telah berkhidmat dengan Maharaja Huangdi.

Pada suatu hari, Cangjie sedang memburu di Gunung Yangxu (kini


Shanxi), dan terserempak dengan seekor penyu dan amat kagum
dengan urat saraf yang terdapat di penyu tersebut.

Dia mendapat ilham bahawa bentuk urat saraf itu mengandungi makna
tersembunyi yang lojik dan disebabkan itu telah mempelajari mengenai
haiwan-haiwan di dunia, susunan bentuk bumi dan tumbuhan dan
bintang-bintang di langit.

Daripada ini semua, dia berjaya menghasilkan sebuah sistem tulisan


simbolik yang dipanggil zi () -- aksara Cina.

Lagenda juga mengatakan bahawa pada hari tulisan Cina diciptakan,


orang ramai telah mendengar makhluk jahat meraung dan hasil
tanaman gugur ke tanah seperti hujan, menandakan kelahiran sebuah
tamadun, untuk baik dan jahatnya.

Sejarah mencatatkan bahawa Bahasa Cina adalah bahasa yang kekal


dituturkan serta digunakan sehingga hari ini.
Tulisan Cina dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan
kaedah liushu (six principles of writing):

xiang xing (lambang bergambar)

zh'shi (lambang petunjuk)


huiyi (lambang petunjuk fikiran)
xing sheng (gabungan bentuk-bunyi)
zhuanzhu (mutual semantic transfer)
jiajie (loan character)

ABJAD GREEK

Pada tahun1000 BC orang Greek telah mencipta huruf-huruf yang


diadaptasikan daripada huruf yang dicipta oleh orang Phonesia atau Semitik
Utara.
Mereka menukarnya kepada 5 huruf vokal iaitu bunyi sesuatu huruf digabung
dengan huruf konsonan untuk menghasilkan satu perkataan.
Pada zaman ini juga senarai abjad(alphabet) disingkatkan menjadi sebanyak 22
abjad dan 5 vokal telah dicipta iaitua,e,i,o,u.
Huruf-huruf greek telah mempengaruhi ketamadunan di seluruh dunia seperti huruf
o Etruscan
o Latin
o Cyrillic.
Huruf Greek dianggap sebagai huruf yang pertama dicipta dengan
sempurna. Buktinya perkataan alphabet berasal dari perkataan Greek
alpha dan beta.

Greek Alphabet

Abjad Greek yng diukir pada batu

ABJAD ROMAN

Pada tahun 700 SM dan 800 SM dengan pendudukan orang Greek di Itali
sistem Alphabet yang sedia dicipta oleh orang Greek telah diubahsuai
kepada abjad Latinatau Abjad Roman.

Ia terdiri daripada 23 huruf


termasuk A,B,C,D,E,F,G,H,I,K,L,M,N,O,P,Q,R,S,T,V,X,Y dan Z.

Kemudiannya huruf J,U dan W ditambah dalam senarai abjad tersebut.

Orang Roman mencipta abjad bagi tujuan

mencatat peristiwa penting

merekodkan maklumat tenang kehidupan seharian mereka.

Tulisan Roman dilukis dalam garisan tebal dan nipis pada asalnya telah dilukis
dengan menggabungkangarisan lurus dan melengkung.

Abjad Roman menjadi satu turutan bentuk geometric lurus yang diubah suai
daripada bentuk segitiga dan bulat

Abjad Roman

10

Anda mungkin juga menyukai