Anda di halaman 1dari 18

TEMA

FLORA DAN FAUNA

TAJUK

MELAWAT KE TAMAN BUNGA

SET INDUKSI
Guru memaparkan klip video lagu ramarama.
Murid-murid mendengar lagu dengan teliti
sambil memerhatikan klip video.

LANGKAH 1
Guru memaparkan teks Melawat ke
Taman Bunga
Murid diminta untuk membaca teks
dengan sebutan dan intonasi yang betul.

MELAWAT KE TAMAN BUNGA


Pada cuti sekolah yang lalu, murid Tahun Dua
Sekolah Kebangsaan Laneh, Kuala Kangsar, Perak
telah mengadakan lawatan ke Taman Botani di Putrajaya.
Di sana mereka berpeluang mengunjungi taman bunga
yang terdapat di Taman Botani tersebut.
Terdapat pelbagai jenis bunga yang dapat
dilihat oleh para pelajar di taman bunga tersebut.
Antaranya bunga raya, bunga matahari, bunga mawar
dan bunga teratai. Para pelajar juga berpeluang untuk
mendapatkan pelbagai maklumat lanjut berkenaan
bunga-bunga tersebut.

LANGKAH 2
Guru memaparkan soalan pemahaman
berserta pilihan jawapan.
Murid menjawab soalan berdasarkan
petikan yang telah dibaca.

Ke manakah murid Sekolah Kebangsaan


Laneh mengadakan lawatan ?

Taman Negara

Taman Botani

Taman Titiwangsa

Semua bunga di bawah terdapat di


Taman Botani kecuali

bunga matahari

bunga teratai

bunga tulip

LANGKAH 3
Guru mengeluarkan empat perkataan dari
petikan.
Murid-murid membina ayat tunggal
berdasarkan perkataan yang diberi oleh
guru.

lawatan

_________________________________
_________________________________

taman

_________________________________
_________________________________

bunga

_________________________________
_________________________________

maklumat

_________________________________
_________________________________

PENUTUP
Guru memasang lagu buai laju-laju.
Murid-murid menyanyi bersama iringan
lagu tadi.

lagu

Sekian, terima kasih

Jawapan anda kurang tepat


Cuba lagi

Tahniah
Anda berjaya menjawab dengan
tepat

Jawapan anda kurang tepat.


Cuba lagi.

Tahniah.
Anda berjaya menjawab dengan
tepat.

Anda mungkin juga menyukai