Anda di halaman 1dari 41

SESI 1 :

Falsafah, Matlamat dan


Objektif PAKK

PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK

Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak:


Apa itu Awal Kanak-Kanak?
Satu jangka masa yang amat penting dalam
proses pembesaran semua kanak-kanak.
Pada peringkat ini kanak-kanak mula melangkah
dari alam keluarga ke dunia sosial.

Kanak-kanak mula memantapkan diri mereka


dengan agak mudah dan berjaya sebagai ahli
dalam kumpulan rakan sebaya mereka.
Pada masa ini juga mereka mula berdepan
dengan cabaran dan pengalaman baru.

Apa itu Awal Kanak-Kanak?


Di akhir jangka masa ini kanak-kanak
dapat membentuk konsep diri mereka
sebagai insan sosial.
Pemikiran dan penggunaan bahasa oleh
kanak-kanak dapat merumus keupayaan
dan harga diri mereka.
Kanak-kanak juga terlibat dalam
pengajaran awal kanak-kanak dan mula
mempunyai tanggung jawab tertentu.

PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

PUSAT ASUHAN

PRASEKOLAH

Jenis Pendidikan Awal Kanak-kanak di


Malaysia

Tadika

Prasekolah

Taska

Tabika

Taski

Pasti

Perkembangan Pendidikan
Prasekolah

PENDAHULUAN
Di ASEAN - pendidikan prasekolah
bermula selepas peperangan Dunia
Kedua.
Pada tahun 1900an, prasekolah
ditubuhkan di Filipina, Singapura dan
Thailand sahaja.
Di Malaysia, perkembangan pendidikan
prasekolah bermula pada tahun 1940-an.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH


DI MALAYSIA
SEBELUM MERDEKA

Tahun 1940-an telah dimulakan oleh


missionari Kristian dan pendidikan
pengaruh British.
Yurannya adalah sangat tinggi dan
anak-anak orang berada sahaja
belajar di prasekolah itu.
Guru terdiri daripada bekas guru
sekolah rendah yang tidak ada latihan
prasekolah.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
PRASEKOLAH DI MALAYSIA
SELEPAS MERDEKA
Tahun 1969-Yayasan Asia telah menyumbangkan
wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia
bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada
projek Head Start di Amerika Syarikat.
Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor
iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg.
Sentosa.
Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak
yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina
dan India.

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH LUAR


NEGARA - HEADSTART
Di Amerika Syarikat prasekolah pertama
didirikan pada 1850 tetapi tumpuan diberi
kepada kanak-kanak dari golongan berada.
Kanak-kanak miskin terbiar dan tidak mendapat
pendidikan awal kanak-kanak.
Program Headstart telah dirancang dan
dikelolakan untuk membantu kanak-kanak yang
datang dari kawasan mundur dan keluarga
miskin. Mereka ditempat kan di satu kawasan
dan diberi kemudahan pembelajaran.

CIRI-CIRI PROGRAM HEADSTART


Penglibatan Ibu bapa
- Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan
pembelajaran, perancangan program dan
pengurusan prasekolah.
Kesihatan
- Program Headstart menyediakan program
kesihatan yang meliputi perubatan, pergigian,
kesihatan mental dan perkhidmatan makanan
bagi kanak-kanak prasekolah.

CIRI-CIRI PROGRAM HEADSTART


Pemakanan
- Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak
cara-cara untuk menjaga kesihatan diri dan pentingnya
memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga
gigi sendiri.
Pendidikan
- Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai
pengalaman individu untuk memupuk perkembangan
sosial, intelek, fizikal dan emosi.

Perkhidmatan Sosial
- Program ini membantu keluarga berusaha secara diri
sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

CIRI-CIRI PROGRAM HEADSTART


Ketidakupayaan
- Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada
pengambilan kanak-kanak adalah kanak-kanak
kurang upaya atau keperluan khas
Kesihatan Mental
- Ahli professional kesihatan mental
bekerjasama dengan pihak prasekolah dan
ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran
masalah khas kanak-kanak.

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI
MALAYSIA
Terdapat dua jenis program :
i) Tadika Taman Didikan Kanak-kanak
(4 - 6 tahun), didaftar dengan Kem.
Pelajaran Malaysia
ii) Tabika Taman Bimbingan Kanak-kanak
(bawah 4 tahun), didaftar dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI
MALAYSIA
Penubuhan prasekolah di Malaysia mula
sebagai pusat jagaan atau asuhan kanakkanak
Khususnya di tempat perlombongan dan
ladang (dianjurkan oleh mubalighmubaligh)
Tumpuan pada kebajikan dan kesihatan
kanak-kanak.

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI
MALAYSIA
Peranan prasekolah berubah lebih
menekankan pendidikan.
Institusi prasekolah persendirian bercambah
dengan pesat selari dgn. perkembangan bandar
(Sufean Hussien,1993).
Pendidikan prasekolah lebih untuk golongan
berada.
Pengajar tidak mendapat latihan profesional.
Kurikulum bersifat tradisional (3M).

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI
MALAYSIA
Wujudnya ketidakseimbangan dalam
perkembangan pendidikan prasekolah di bandar
dan luar bandar (Asiah, 2001)
Laporan Keciciran Tahun 1973 menunjukkan
terdapat hubungan yang positif antara kanakkanak prasekolah dengan kejayaan di peringkat
sekolah rendah.
Kajian ini menunjukkan 90% kanak-kanak yang
menduduki kelas ekspres di sekolah rendah
mendapat pendidikan prasekolah.

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI
MALAYSIA
Tahun 1969 dianggap tahun bermulanya
perkembangan pendidikan awal knk-knk di
Malaysia (Asiah, 2001).
Agensi Pendidikan Awal Kanak-kanak di
Malaysia : Agensi kerajaan dan separa
kerajaan, Organisasi sukarela dan
Persendirian.

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI
MALAYSIA
Agensi Kerajaan dan Separa Kerajaan :

FELDA
FELCRA
RISDA
KEMAS
Jabatan Rukun Tetangga
Jabatan Perpaduan Negara
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI
MALAYSIA
Prasekolah KEMAS
Lebih tertumpu di kawasan luar bandar
dan pinggir bandar.
Sejak 1970-an di bawah tanggungan
Kementerian Pembangunan Negara dan
Luar Bandar
Penubuhan prasekolah mendapat
sokongan yang kuat daripada masyarakat.

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI
MALAYSIA
Organisasi Sukarela
memainkan peranan penting
Contoh- contoh organisasi :
- Persatuan Polis
- Persatuan Pergerakan Islam Malaysia
(PERKIM)
- Persatuan Gereja Malaysia
- Persatuan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI)
- Persatuan Kebajikan Angkatan Tentera

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI
MALAYSIA
Prasekolah Persendirian/Swasta
dimiliki seorang individu atau persatuan
tertentu
mungkin melibatkan rakan-rakan kongsi
berpusat di premis persendirian
perlu berdaftar dengan Kementerian
Pelajaran

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI
MALAYSIA
Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
Mula memberi sumbangan dan memainkan
peranan yg. penting mulai 1972.
Melalui Pusat Perkembangan Kurikulum Kem.
Pelajaran telah menghasilkan A guide for Preschool Education dan A Guide for Nurseries
Pada masa itu Kem. Pelajaran hanya memberi
bantuan dan tidak terlibat dengan operasi
prasekolah

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI
MALAYSIA
Isu- isu Pendidikan Prasekolah
Setiap agensi mempunyai matlamat,
tanggapan, orientasi, keutamaan dan
kemampuan yang berbeza-beza khasnya
dalam penggunaan bahasa pengantar,
kurikulum, latihan ikhtisas, kelayakan
akademik cikgu, gaji guru, penempatan murid
dan kemudahan kemudahan asas.
Objektif ditentukan oleh agensi yang
mengendalikan prasekolah tersebut.
Latihan guru dan pendekatan pengajaran juga
ditentukan oleh agensi masing-masing

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI
MALAYSIA

Isu- isu Pendidikan Prasekolah


Segala perbelanjaan spt. gaji guru dibiayai
oleh Kerajaan manakala wang untuk alatan P
& P prasekolah diambil drp. yuran prasekolah
yang berbeza dari sekolah ke sekolah
Lokasi prasekolah amat berbeza antara
bandar dgn. luar bandar
Prasekolah bandar lebih memberi penekanan
akademik manakala prasekolah di luar bandar
lebih mengutamakan perkembangan sosial
dan komuniti (Saad 1979, Asiah 2001)

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI
MALAYSIA
Ekoran isu yang dinyatakan :
18 Disember 1991 - Mesyuarat Jemaah Menteri
- KPM melaksanakan program prasekolah

27 Januari 1992

- Mesyuarat antara Kementerian


- Projek Pendidikan Prasekolah di 1070
sekolah (1,131 kelas) dan tiada peluasan.
(Prasekolah Annex)

Akta Pendidikan 1996 - Pendidikan Prasekolah dalam Sistem


Pendidikan Kebangsaan.
6 Jun 2001

- Mesyuarat Jemaah Menteri


- Peluasan program Prasekolah KPM

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI
MALAYSIA
Bilangan Kelas Peluasan Prasekolah 2002-2007 :
TAHUN
BIL. KELAS
2001
1131 (Sedia ada)
2002
100
2003
1500
2004
1500
2005
1500
2006
1500
2007
1600

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI
MALAYSIA
Kriteria Pemilihan Sekolah :
Lokasi pedalaman/luar bandar/pinggir
bandar/bandar
% murid Tahun Satu yang tidak ke prasekolah
Tiada operator tadika lain
Mengambilkira pendaftaran murid Tahun Satu
bagi tahun berikutnya (>15 murid)
Kemudahan ubah suai bilik darjah
Permintaan masyarakat setempat

2 FALSAFAH DAN MATLAMAT


PRASEKOLAH

Falsafah dan Matlamat Prasekolah


FALSAFAH DAN
MATLAMAT PRASEKOLAH

FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

MATLAMAT
PENDIDIKAN
PRASEKOLAH

MATLAMAT
PENDIDIKAN
PRASEKOLAH

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

MATLAMAT PENDIDIKAN
PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan
potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun
secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti
yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah
untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan
membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanakkanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia
ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan
tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
* Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010
(KSPK)

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
menyediakan peluang kepada kanak-kanak
berumur empat (4) hingga enam (6) tahun
untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani,
emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti
berikut:
1. Membina kecergasan badan.
2. Mempunyai tubuh badan yang sihat.
3. Mempraktikkan amalan kesihatan yang
baik.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH


4. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga
keselamatan diri.
5. Menguasai kemahiran motor halus dan
asas motor kasar.
6. Mempunyai kematangan emosi.
7. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati
diri.
8. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
9. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
10.Boleh bekerja secara bersendirian dan juga
bekerja secara berkumpulan.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH


11. Menghormati perasaan serta hak orang lain
dan seterusnya membentuk perhubungan
yang positif dengan orang dewasa serta
rakan sebaya.
12. Mengamalkan nilai murni.
13. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam
kehidupan seharian untuk murid beragama
Islam.
14. Berkomunikasi menggunakan Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa
pengantar dalam konteks kehidupan harian.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH


15. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran
proses sains asas.
16. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam
menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan
masalah.
17. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif
dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan
seharian.
18. Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
19. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

MENGAPA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


PENTING? (Laporan oleh Sir Christopher Ball, 1994)
Asas dan persediaan untuk kehidupan akan datang.
Kanak-kanak berkembang dengan cara dan kadar yang
berbeza-beza dari segi intelek, rohani, emosi, sosial,
moral dan jasmani.

Semua kanak-kanak mempunyai kebolehan yang boleh


dikenal pasti dan dipertingkatkan.
Kanak-kanak belajar daripada apa yang berlaku pada

mereka dan di sekitar mereka. Mereka tidak


memisahkan pembelajaran mereka, subjek atau
disiplin diri.

MENGAPA PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK PENTING?
Kanakkanak belajar dengan berkesan melalui
tindakan/melakukannya sendiri.
Kanak-kanak belajar dengan berkesaan

apabila mereka terlibat secara aktif dan


berminat.
Kanak yang mempunyai keyakinan kendiri
mempunyai asas headstart untuk belajar.

MENGAPA PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK PENTING?
Kanak-kanak perlu masa dan ruang untuk
menghasilkan kerja yang berkualiti.
Apa yang kanak-kanak tahu adalah titik
permulaan kepada pembelajarannya.
Bermain dan berbual adalah cara utama kanakkanak belajar tentang diri mereka, orang lain
dan dunia luar.
Kanak-kanak yang digalakkan berfikir
mempunyai kebolehan untuk bertindak sendiri.
Hubungan dengan kanak-kanak lain dan orang
dewasa penting untuk perkembangan diri.

Anda mungkin juga menyukai