Anda di halaman 1dari 28

Perkara yang dilarang dalam Ihram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Larangan semasa Ihram secara umumnya bolehlah dibahagikan kepada 5 kategori:

Pakaian

Wangian

Kecantikan

Alam sekitar

Hubungan kelamin
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Pakaian

2 Wangian

3 Kecantikan

4 Alam sekitar

5 Hubungan kelamin

6 Rujukan

Pakaian[sunting | sunting sumber]


1. Muslim lelaki yang sedang berihram adalah sama sekali dilarang untuk
memakai pakaian yang berjahit, bertenun, bercantum, bersarung dan sebagainya. Misalnya:
seluar, baju, kemeja, stokin, kasut, sepatu berjahit yang boleh menutup badan-badan jari kaki
dan tumit belakang kaki, tuala berjahit tepi mahupun kain pelikat dan seumpama dengannya
yang berkaitan.
Namun berikut lelaki Muslim yang sedang berihram dibenarkan/diharuskan untuk mengenakan
pakaian berikut sewaktu berihram tanpa dikenakan dam:

Memakai kain pelikat berjahit tepi atau selimut berjahit tepi dengan cara tidak disarungkan
ke badan(sekadar dibuat lapik tikar ataupun selimut ringan sahaja adalah dibenarkan)
(sebaiknya kain pelikat atau selimut itu diceraikan dan dilepaskan dari jahitan ataupun
cantumannya).

Memakai tali pinggang, cincin, jam tangan, beg galas, gelang pengenalan Haji dan Gelang
Pengenalan Pesakit serta Gelang Logam Kesihatan (sekiranya diperlukan untuk tujuan
meditasi dan perubatan sahaja).

Memakai sepatu yang boleh menampakkan jari-jari kaki yang terbebas dan mempunyai tali
pengikat diatas urat keting yang boleh menampakkan tumit belakang (misalnya memakai
selipar Jepun, selipar Hawaii dan seumpama dengannya).

Menutup kaki dengan kain Ihram.

Menyemat pin kain pada kain ihram di sebelah bawah sahaja bagi mengelakkan ia mudah
tertanggal jika dirempuh orang (kebenarannya hanya boleh diletakkan di aras pinggang
sahaja pada bilangan pin yang munasabah).

Bercawat (berseluar dalam) dengan kain ihram yang tidak berjahit ataupun bercantum.

Memakai lampin pakai buang kerana ingin membuang hajat tidak berdosa dan tidak
dikenakan dam jika tidak menyusahkan orang lain dan membelakangi peraturan ihram.

Nota: Jika seseorang lelaki Muslim yang berihram membuat sebaliknya dari perkara diatas
secara tidak sengaja ataupun terlupa, maka dia tidak dikira berdosa dan tidak
dikenakan Dam tetapi ia perlulah menanggalkan pakaian tersebut secepat mungkin. Tetapi jika
membuatnya dengan maksud yang jahat maka berdosa serta dikenakan Dam (Takhyir dan
Taqdir). Tidak berdosa bagi yang melakukan perbuatan-perbuatan yang melanggari hukum
berpakaian dalam Ihram jika disebabkan oleh keperluan terdesak serta menjaga keselamatan
dan kesihatan seperti:

Memakai sarung lutut untuk melegakan sakit lutut yang tidak melekap dan melekat namun
dikenakan Dam. Namun jika sarung lutut itu melekap secara melekat maka ia tidak
dikenakan Dam kerana sarung lutut jenis itu tidak dijahit.

Memakai kasut pada kaki sihat demi mengimbangi badan dan perjalanan adalah dibenarkan
tetapi akan dikenakan Dam.

2. Lelaki Muslim yang sedang berihram adalah dilarang untuk menutup kepala dengan cara
meletakkan apa-apa kain atau penutup diatas rambut dan kulit kepala. Seperti: songkok, kopiah,
serban, selendang, malah kain Ihram sekalipun. Jika dilakukan juga tanpa ada keperluan yang
mustahak maka ia berdosa dan dikenakan Dam (Takhyir dan Taqdir). Tetapi diharuskan
melakukan keperluan berikut dalam Ihram tanpa dikenakan Dam:

Menggunakan payung

Berteduh di bawah pokok

Berteduh di bawah khemah

Menutup muka, larangan ini hanya dikenakan kepada wanita Muslim yang dalam keadaan
berihram serta dalam solat. Jika ia dilakukan dengan sengaja maka dikira berdosa dan perlu
dikenakan Dam (Takhyir dan Taqdir). Jika tidak sengaja maka perlu menanggalkannya dengan
kadar segara tanpa dikenakan Dam dan tidak berdosa. Menutup muka hanya boleh dilakukan
oleh wanita sekiranya dia:

Ingin menutup fitnah dan ingin mengawal situasi dan kondisi syahwat bagi lelaki yang
terpandang bagi mengelakkan terjatuhnya fitnah yang keterlaluan akibat kecantikan
wajahnya.

Ingin menutup rongga-rongga mulut, telinga, kulit, mata dan hidung sekiranya diserangi
dengan debu akibat ribut debu yang keterlaluan dan kemasukan anasir luar yang merbahaya
yang dicurigai mampu mendatangkan kemudaratan pada wajah sekiranya tidak ditutup
seperti serangga dan bahan kimia yang merbahaya.

Wanita dan lelaki yang sedang berihram adalah dilarang untuk memakai sarung tangan tanpa
ada keperluan khusus yang terdesak seperti penyakit pada tangan dan lain-lain yang dianggap
keperluan penting.
Namun wanita dan lelaki yang berihram adalah dibenarkan untuk memasukkan tangan ke dalam
beg plastik atau kantung kain. Boleh juga melindungi tangan disebalik tudung, skarf dan kain
Ihram.

Wangian[sunting | sunting sumber]


1.Bagi setiap Jemaah Haji atau Umrah yang Muslim (lelaki dan wanita) serta yang mengenakan
pemakaian Ihram, mereka dilarang sama sekali bagi mereka untuk memakai wangi-wangian
sama ada di badan, rambut, janggut dan sebagainya serta makanan, minuman atau
menghidunya ke dalam hidung. Namun:
Seseorang yang berada dalam Ihram adalah dibenarkan untuk menggunakan ubat gigi, sabun
mandi, syampu rambut, pencuci muka dan minyak angin, minyak urut walaupun ia berbau wangi.
Hal ini kerana penggunaannya adalah untuk niat menjaga kebersihan dan kesihatan. Bukannya
untuk berwangi-wangian. Tetapi perlu diingatkan penggunaan bahan tersebut janganlah
disengajakan untuk dilebih-lebihkan kerana jika ia bertujuan sengaja untuk merancakkan bauan
wangi di badan, maka perbuatan itu telah dikira berdosa serta perlu menyempurnakan Dam
(Takhyir dan Taqdir). Begitu juga dalam penggunaan bahan minuman dan makanan yang
berperisa dan berbau-bauan.
Jika seseorang itu dalam keadaan berihram, lantas secara tidak sengaja dia telah menyembur
wangian (minyak attar dan minyak wangi) ke atas dirinya ataupun orang lain yang telah
menyembur wangian atas tubuhnya secara sengaja ataupun tidak sengaja. Maka perlulah orang
itu menghilangkan kesan wangian atas badannya dengan kadar segera. Jika tidak
menghilangkannya dengan segera sedangkan sudah mengetahui, maka perbuatan itu telah
dikira berdosa serta perlu menyempurnakan Dam (Takhyir dan Taqdir).
Seseorang yang sedang mengucup/mencium Hajar Aswad, perlulah berhati-hati ketika
mengucupnya supaya ia tidak cedera kerana dirempuh oleh orang ramai serta ia juga perlu
berhati-hati agar wangian dari batu Hajar Aswad itu tidak melekat pada mulut dan wajahnya. Hal
ini kerana Hajar Aswad sering diletakkan wangian kepadanya. Seseorang apabila sudah
melekatnya wangian Hajar Aswad padanya secara tidak sengaja maka perlulah ia segera
menghilangkannya. Jika tidak, maka perbuatan itu telah dikira berdosa serta perlu
menyempurnakan Dam (Takhyir dan Taqdir).

Jika seseorang itu memakai wagian pada kain Ihram sebelum dia berniat Ihram, serta wangian
itu masih wujud pada pakaian Ihramnya walaupun sesudah dia berniat Ihram maka disini
terdapat 2 pendapat yang boleh diikuti:
1. Menurut pendapat Al-Asah, maka perbuatan itu tidak berdosa tetapi dikenakan Dam.
2. Menurut pendapat Muqabil Asah, maka perbuatan itu tidak berdosa dan tidak dikenakan
Dam, kerana pada kebiasaannya pakaian dipakai dan kemudian ditanggalkan. Dan
perkara ini merupakan suatu kebiasaan.
Wangian yang dipakai pada badan (sebelum berniat Ihram) dan kemudian ia cair kerana akibat
tindakan perpeluhan. Lalu melekat pada kain Ihram, maka oleh yang demikian, kain Ihram itu
boleh dipakai semula walaupun telah ditanggal dan masih berbau harum dan wangi. Perbuatan
itu tidak berdosa dan tidak dikenakan Dam.
Kiswah atau Kelambu Kaabah turut dilumurkan minyak wangi, maka perlulah berhati-hati ketika
menghampirinya supaya ia tidak cedera kerana dirempuh oleh orang ramai serta ia juga perlu
berhati-hati agar wangian dari Kiswah itu tidak melekat pada mulut dan wajahnya serta tubuh
badan. Hal ini Kiswah sering diletakkan wangian kepadanya. Seseorang apabila sudah
melekatnya wangian Kiswah padanya secara tidak sengaja maka perlulah ia segera
menghilangkannya. Jika tidak, maka perbuatan itu telah dikira berdosa serta perlu
menyempurnakan Dam (Takhyir dan Taqdir).
Memakai losyen pelindung sinaran matahari UV adalah dibenarkan kerana ia bertujuan untuk
perubatan dan kesihatan.

Kecantikan[sunting | sunting sumber]


Setiap umat Islam (lelaki dan perempuan) yang menunaikan Haji dan Umrah di Baitullah serta di
dalam keadaan Ihram adalah dilarang sama sekali menanggalkan, mencabut dam mengetip
rambut dan kuku dengan sengaja. Sekiranya dia tetap melakukan larangan demikian maka
perbuatan itu telah dikira berdosa serta perlu menyempurnakan Dam (Takhyir dan Taqdir). Jika
dia tidak sengaja dan memohon keampunan dari Allah SWT secara langsung maka perbuatan
itu tidak berdosa tetapi dikenakan Dam (Takhyir dan Taqdir).
Sekiranya dia bersyampu atau atau berkait dengannya (seperti berwuduk) lantas rambutnya
gugur sedangkan dia tidak menghendaki akan perkara tersebut terjadi (rambut gugur) atau
mungkin rambutnya dari jenis gen yang cepat gugur, maka dia tidak berdosa tetapi dikenakan
Dam.
Tetapi, jika kuku atau rambut, bulu tubuh itu jatuh atau tercabut dengan sendiri sedangkan dia
tidak menghendakinya untuk terjatuh maka perbuatan itu tidak berdosa dan tidak
dikenakan Dam.
Wanita Muslim yang memakai serkup dan tudung sepanjang waktu Ihram dan dia mendapati
terdapatnya rambut didalam serkupnya (apabila dibuka) maka dia tidak berdosa dan tidak
dikenakan Dam kerana perkara itu terjadi bukan atas kehendaknya.

Sekiranya dia (jemaah yang dalam Ihram itu) adalah orang yang dalam keadaan mudah untuk
rambutnya gugur akibat penyakit ataupun gen keturunannya, maka adalah diperlukan untuk
orang itu memendekkan rambutnya sebelum dia berniat Ihram.
Sekiranya dia ada dikesan berpenyakit oleh pakar perubatan atau amat berkeperluan untuk
bercukur sewaktu dia berIhram dan diminta serta dikehendakinya untuk mencukur rambut atau
membotakkan rambut pada waktu itu juga dan tidak boleh dilewatkan sesudah dia bertahallul,
maka di perlu melakukan perkara tersebut seperti yang diarahkan demi menjaga kesihatan dan
keselamatan dirinya. Maka dari itu, dia dan penyuruh pelaksanaan itu tidak berdosa tetapi
jemaah yang berihram itu diperlukan untuknya membayar Dam (Takhyir dan Taqdir).
Jika jemaah yang sedang dalam Ihram itu mendapati terpatnya kulit mati kerak kulit dan
sebagainya diatas bulu/rambutnya dan dia menghilangkannya, maka dia tidak berdosa dan tidak
dikenakan Dam kerana bulu tersebut mengikut kulit.
Jemaah yang dalam Ihram juga boleh untuk mencabut kukunya jika dia mendapati kukunya itu
menyebabkan kemudharatan padanya seperti kuku terbelah atau cengkam dan ia tidak
dikenakan Dam. Harus baginya untuk mencabut kulit bibir, tangan, kaki yang mengelupas ketika
dia berihram. Dan dia tidak dikenakan Dam. Jika dipotong anak jari yang masih ada kukunya,
maka dia tidak berdosa dan tidak dikenakan Dam kerana kuku tersebut mengikut jarinya.
Nota: Jemaah yang sedang berIhram juga adalah diminta untuk menjauhi perbuatan (seperti
bersyampu, menggaru kepala, bersikat dan sebagainya) yang boleh menyebabkan rambut, bulu
atau kukunya untuk tertanggal ketika dia masih belum lagi boleh bertahallul, hal ini adalah untuk
kebaikan dan kemudahan mereka jua.

Alam sekitar[sunting | sunting sumber]


1. Adalah dilarang bagi setiap jemaah Haji dan Umrah ketika dalam Ihramnya laki-laki dan
perempuan untuk mencabut, memotong, mematah dan mengerat dahan pokok dan pohon yang
ditanam hidup dan tumbuh di Tanah Haram. Larangan ini adalah turut tidak boleh dilakukan oleh
mana-mana orang yang hadir di Tanah Haram (al-Haramain:Makkah,Madinah, Masyair
Haram: Arafah, Muzdalifah dan Mina, Al Haram Al Sharif: Baitul Maqdis). Hal ini kerana, pokok
yang hidup subur di Tanah Haram adalah Pohon-pohon yang diberkati.
2. Adalah dilarang bagi setiap jemaah Haji dan Umrah ketika dalam Ihramnya laki-laki dan
perempuan untuk memburu, menembak, membunuh, mengorbankan, menangkap, mengurung,
membinasakan dan mengasari setiap haiwan darat yang boleh atau dilarang untuk dimakan.
Larangan ini melibatkan setiap jenis haiwan darat, burung dan serangga selain
daripada haiwan laut.
Jika seseorang itu memijak atau terbunuh haiwan/serangga kecil seperti semut hitam
kecil, belalang dan sebagainya dengan tidak sengaja maka dia tidak dikira berdosa akan tetapi ia
amat perlu membayar Dam mengikut nilai serangga yang terhapus.

Seseorang itu dibenarkan untuk membunuh haiwan dan serangga yang boleh menyebabkan dia
mungkin akan mengalami kemudharatan dan terancam kemaslihatannya dan jemaah lain jika
terus dibiarkannya ketika dalam Ihram seperti nyamuk, ular, kala jengking dan labah-labah. Dan
dia tidak dikenakan Dam. Namun sebaiknya dia hanya perlu menghalau serangga atau haiwan
itu terlebih dahulu sekiranya ada kemampuan bagi dirinya kerana itu adalah lebih baik.

Hubungan kelamin[sunting | sunting sumber]


1. Melakukan mukaddimah kepada persetubuhan
Setiap jemaah (lelaki dan wanita) Haji atau Umrah yang dalam Ihram adalah dilarang untuk
melakukan mukaddimah (Permulaan/Pendahuluan) kepada persetubuhan sama ada dalam
bentuk perkataan, perbuataan, layanan isyarat tubuh atau sebagainya.
Namun demikian, adalah tidak dikenakan Dam bagi mereka yang dalam Ihram yang keluar air
Mani akibat melihat wanita dan dilamun khayal seks.
Suami isteri atau mahram@muhrim dibolehkan untuk memegang tangan (bukan anggota sulit)
ketika dalam Ihram dengan syarat mereka perlulah dalam keadaan dimana disebut Masyaqqah
iaitu: Keperluan dengan Tanpa Rasa Syahwat (ingin melakukan seks).
Suami isteri atau mahram adalah dibolehkan untuk berpelukan dengan tujuan keperluan
terdesak (bukan ingin melakukan seks) serta tujuan keselamatan seperti kesakitan dll ketika
dalam Ihram dengan syarat mereka perlulah dalam keadaan dimana disebut Masyaqqahiaitu:
Keperluan dengan Tanpa Rasa Syahwat (ingin melakukan seks).
2. Melakukan persetubuhan
Perbuatan persetubuhan (seks) adalah suatu yang dilarang keras dan mampu untuk
merosakkan ibadah Haji seseorang khususnya ketika jemaah itu ternyata dalam keadaan
berIhram sebelum Tahallul Awwal. Keadaan larangan ini adalah berada pada kedudukan di
mana:

Sengaja bersama (dengan rela hati) melakukan persetubuhan (seks) tanpa dipaksa

Tahu hukum melakukan seks ketika berIhram adalah Haram

Sudah Mumaiyiz (tahu membezakan perbuatan baik dan buruk yakni bermula sekitar umur 7
atau 9 tahun dan keatas)

Apabila telah ternyata suami dan isteri melakukan perbuatan diatas, maka wajib bagi mereka
untuk meneruskan baki ibadah-ibadah haji yang belum terlaksana untuk dilaksanakan
sesempurna yang mungkin sehingga selesai, dan seterusnya segera mengqadakkan
(mengantikan kembali) Haji(pada kali kedua) tersebut walaupun ianya adalah sekadar Haji Sunat
(secara umumnya ibadah Haji yang dilakukan untuk kali kedua dan seterusnya, adalah Haji yang
dalam kategori Sunat sahaja) kecuali jika ada keuzuran diantara keduanya. Hanya suami yang
dikenakan Dam (Tertib dan Taadil). Kedua-dua (suami dan isteri) perlu memohon keampunan
dari Allah SWT jua hendaknya.

Namun, jika berlakunaya lagi bersetubuhan (yang bersambungan dengannya) selepas


persetubuhan yang merosakkan Haji pada kali pertama, maka suami dikenakan Dam (Takhyir
dan Taqdir) pula. Jika berlaku persetubuhan selepas Tahallul Awwal tetapi sebelum Tahallul
Thani, ibadah Hajinya tidak batal, tetapi suami dikenakan Dam (Takhyir dan Taqdir) pula.
Suami dan isteri adalah dibolehkan untuk bersetubuh selepas (kedua-dua jenis Tahallul
Awwal dan Tahallul Thani) telah dilangsaikan dengan sempurna.Namun lebih afdhal(lebih baik
dan digalakkan) untuk menangguh perbuatan tersebut sehingga selesai segala rukun dan aktiviti
Haji dilaksanakan.
3. Larangan berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin
Semua perbuatan berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin adalah dilarang sama
sekali ketika jemaah itu dalam keadaan BerIhram. Bahkan, aktiviti pra-perkahwinan dan pasca
perkahwinan seperti merisik, meminang dan bernikah adalah tidak sah. Akad nikah juga
dikira Haram. Namun, orang yang terlibat tidak dikenakan Dam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


SOAL JAWAB HAJI
PENGERTIAN
Soalan : Apakah perbezaan di antara haji dan umrah?
Jawapan :
a. Haji mesti di buat pada masa yang tertentu iaitu mulai daripada 1 Syawal hingga sejurus sebelum
terbit fajar 10 Zulhijjah, manakala umrah boleh dibuat di sebarang masa.
b. Haji memerlukan wuquf di Arafat pada hari 9 Zulhijjah sedang umrah tidak ada wuquf.
c. Dalam amalan haji termauk bermalam di Muzdalifah dan di Mina juga melontar jamrah, manakala
amalan umrah tidak ada semua itu
HUKUM DAN SYARAT
Soalan
2.1 Siapakah yang diwajibkan mengerjakan haji dan umrah?
Jawapan
Orang yang wajib mengerjakan haji dan umrah ialah orang mukallaf yang berkemampuan iaitu ada
perbelanjaan untuk dirinya dan orang yang ditanggungnya sama ada yang pergi bersamanya atau
yang ditinggalkan, sihat badan, ada kenderaan, aman perjalanan dan tiudak untuk masa. Orang
perempuan perlu ada mahram atau pergi dalam kumpulan ramai wanita. Yang bersuami perlu
keizinan suami. Orang yang berhutang yang perlu dibayar pada masa ia hendak pergi perlu
membayar hutangnya. Kalau hutangnya bertangguh perlu ada penjamin atau mendapat izin dari yang
punya hutang
Soalan
2.2 Apakah hukum bagi seorang wanita menunaikan fardu haji dengan tidak diiringi oleh mahramnya
sebaliknya hanya ditemani oleh sekumpulan wanita kenalannya?

Jawapan :
Tidak wajib seseorang wanita itu pergi haji melainkan dengan mahram atau dengan sekumpulan
wanita sekurang-kurangnya 3 orang selain dari dirinya sendiri; ini pada haji yang fardu. Pada haji
sunat atau haji badal tidak diharuskan melainkan dengan mahram atau suami menurut pendapat
yang muktamad. Tetapi bagi haji fardu seseorang wanita boleh (bukan wajib) pergi jika ia yakin akan
keselamatan dirinya walaupun seorang diri.
Soalan:
2.3 Apakah hukum bagi seorang wanita yang pakar dalam bidang kebajikan atau rawatan perubatan
diambil bertugas untuk merawat para jemaah di Tanah Suci dan pemergiannya tidak diiringi oleh
mahramnya?
Jawapan
Harus, jika ia yakin selamat pergi dan balik tanpa sebarang fitnah atau gangguan pada diri, harta
atau maruahnya
Soalan
2.4 Bolehkah seorang wanita yang sedang dalam iddah meneruskan rancangan menunaikan fardu
haji?
Jawapan
Jika ia sudah berihram ia boleh meneruskannya. Kalau belum berihram ia mesti memegang iddah dan
pulang jika boleh. Kalau tidak, ia boleh melakukan apa yang lebih selamat dan lebih mudah untuknya.
Adapun wanita yang hanya baharu berdaftar dan sudah membayar wang kepada agensi haji
kemudian suaminya meninggal dunia maka wanita itu tidak haruskan belayar kerana memegang
iddah adalah wajib dengan nas Al-Quran. Dalam masa iddah wanita itu tidak harus keluar dari rumah
melainkan kerana darurat yang mendesak seperti mencari nafkah dan sebagainya. Ibadat haji
walaupun wajib tetapi saat kewajipannya belum tiba pada masa itu dan ia boleh dilambatkan, sedang
memegang iddah adalah wajib dari saat kematian suaminya. Andainya wanita itu hanya hendak
mengerjakan haji yang kedua atau ketiga maka tidak ada alasan langsung untuk pergi. Dalam keduadua hal sama ada haji wajib atau haji yang kedua atau ketiga kalau wanita itu pergi maka hukumnya
adalah haram walaupun ada orang mengatakan walaupun perginya haram tetapi hajinya sah juga,
maka perkataan yang semacam ini hanya menggalakkan wanita itu pergi pada hal syarak
melarangnya pergi. Dan menurut adab dan peraturan haji pemergian seseorang hendaknya suci dari
sebarang dosa agar ia mendapat haji yang mabrur. Dari itu pihak wanita yang kematian suami perlu
memerhatikan masalah ini dan janganlah pergi dalam masa iddah. Pihak agensi-agensi haji atau
sesiapa yang bekerja menguruskan haji mestilah mengambil langkah-langkah persediaan untuk
menghadapi masalah orang yang mesti menarik diri dan memulangkan wang yang sudah dibayarnya
dengan cara yang tidak merugikan mana-mana pihak dan tidak melanggar hukum-hukum syarak.
Soalan
2.5 Adakah berhak seorang suami melarang isterinya menunaikan hajinya?
Jawapan
Ya. Menurut mazhab Syafie suami berhak melarang kerana syarak mewajibkan isteri patuh kepada
suami. Pemergian isteri ke Makkah tanpa suami boleh menimbulkan kesulitan kepada suami.
Sekiranya suami melarang tanpa alasan yang diharuskan oleh syarak maka dialah yang menanggung
dosanya.
Soalan
2.6 Apakah hukum haji kanak kanak yang belum baligh dan adakah dapat pahala melakukannya?

Jawapan
Kanak kanak yang belum baligh sah hajinya. Tetapi hajinya belum menggugurkan fardunya. Setelah
ia baligh kelak dan cukup syarat-syarat hajinya, wajib ia menunaikannya. Pahala hajinya dituliskan
untuk kanak-kanak itu, manakala warisnya pula mendapat pahala membantu dalam perkara
kebajikan
Soalan
2.7 Bagaimana cara bapa atau wali berniat untuk melakukan kerja-kerja haji bagi kanak-kanak yang
belum mumaiiz?
Jawapan
Kanak-kanak yang belum mumaiyiz hendaklah diihramkan oleh walinya dengan niat:"Aku ihramkan kanak-kanak ini/namanya dengan haji/umrah kerana Allah taala."
Kemudian kanak-kanak ini hendaklah dibawa ke tempat-tempat yang perlu dikunjungi oleh jemaah.
Dalam perkara seperti tawaf, sai dan melontar misalnya, wali hendaklah membuat untuk dirinya
dahulu kemudian baru boleh dibuat untuk anaknya
BADAL HAJI
Soalan
Apakah hukum menghajikan orang yang telah meninggal dunia?
Jawapan
Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan
harta maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya. Kalau ia tidak ada harta peninggalan
tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik. Ini pada haji pertama.
Adapun jika si mati sudah pernah mengerjakannya, semasa hidupnya maka tidaklah sah dihajikan lagi
kecuali jika dia ada bernazar atau dia berwasiat supaya dihajikan.
Soalan
Adakah wajib dihajikan orang yang telah meninggal dunia dari harta peninggalannya sedangkan
semasa hayatnya beliau belum lagi menyempurnakannya walaupun kemampuannya telah
mencukupi?
Jawapan
Ya, wajib di hajikan daripada harta peninggalannya kerana kewajipan itu tertakluk kepada harta dan
menjadi tanggungjawab waris mengeluarkan bahagian hajinya.
Soalan
Apakah wajib ke atas si waris untuk menghajikan orang yang meninggal dunia yang tidak
meninggalkan sebarang harta pusaka?
Jawapan
Tidak wajib.

Soalan
Apakah pahala yang dapat diperolehi jika mengerjakan haji bagi orang yang meninggal dunia?
Jawapan
Orang yang mengerjakannya dapat pahala membantu dalam perkara kebajikan. Orang yang mati itu
pula gugur kewajipan
Soalan
Bolehkah seorang yang tua atau uzur kerana sakit dan tidak ada harapan sembuh mewakilkan

kepada orang lain untuk mengerjakan haji bagi dirinya?


Jawapan
Ya. Boleh mewakilkan orang lain jika ia tidak ada harapan lagi untuk mengerjakan hajinya sendiri.
Orang ini termasuk dalam erti kata "makdhub".
Soalan
Bolehkah seorang wanita mengerjakan haji untuk seorang lelaki yang meninggal dunia?
Jawapan
Boleh.
Soalan
Bolehkah seseorang mengerjakan haji untuk orang yang meninggalkan dunia lebih dari seorang?
Jawapan
Setiap orang hanya boleh mengerjakan haji untuk seorang di dalam satu-satu tahun itu.
Soalan
Bolehkah seorang mengerjakan umrah untuk orang lain sesudah dia mengerjakan haji dan umrah
wajibnya?
Jawapan
Ya. Boleh.
KEMAMPUAN
Soalan
Apakah istilah berkemampuan dalam ibadat haji?
Jawapan
Kemampuan ialah:
a. Ada perbelanjaan bagi diri sendiri, tanggungan yang dibawa dan orang yang tinggal yang wajib
ditanggung nafkahnya.
b. Sihat badan
c. Aman perjalanan dan ada kenderaan.
d. Tidak suntuk masa untuk pergi setelah ada kemampuan pada tahun itu.
Soalan
Adakah hukumnya salah, apabila seseorang mengerjakan haji dari perbelanjaan yang dikeluarkan
oleh orang lain?
Jawapan
Tidak salah. Tetapi tidak wajib ia menerimanya kerana takut menanggung budi.
Soalan
Bolehkah seseorang berhutang untuk menunaikan fardhu haji?
Jawapan
Tidak wajib haji selagi belum ada kemampuan. Dengan ini tidak perlu berhutang. Kalau dia berhutang
juga sedang dia tidak ada cagaran untuk membayarnya maka ia berdosa kerana menyusahkan dirinya
dengan perkara yang belum diwajibkan.
Soalan
Adakah dibolehkan seorang mengerjakan haji sedangkan dia belum melunaskan semua hutangnya
yang dibayar setiap bulan dari potongan gajinya?

Jawapan
Ya, dia boleh mengerjakan haji kerana ia ada mempunyai cagaran untuk membayar hutangnya.
Malah jika dia ada wang simpanan yang memang tidak digunakannya untuk membayar hutang,
wajiblah ia mengerjakan haji apabila sampai masanya sebagaimana ia wajib menzakatkan wang itu
melainkan kalau digunakannya wang itu semua untuk membayar hutangnya itu.
RUKUN WAJIB HAJI
Soalan
Terangkan mengenai rukun dan wajib haji?
Jawapan
Rukun haji 6 perkara
a. Niat
b. Wuquf
c. Tawaf Haji
d. Saie
e. Bercukur
f. Tertib
Wajib Haji 8 Perkara:
a. Berniat dari miqat
b. Bermalam di Muzdalifah
c. Melontar jamrah aqabah di Mina pada 10 Zulhijjah
d. Bermalam di Mina - sekurang-kurang 2 malam, malam 11, 12, 13 Zulhijjah.
e. Melontar 3 jamrah sekurang kurangnya dua hari pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
f. Meninggalkan larangan ihram
g. Tawaf wada (selamat tinggal)
Soalan
Bagaimana cara mengerjakan haji dan umrah?
Jawapan
Ada 3 macam cara:
a. Cara tamattuk iaitu mendahulukan umrah sebelum haji dalam bulan-bulan haji.
b. Cara ifrad iaitu mendahulukan haji sebelum umrah di dalam bulan-bulan haji.
c. Cara qiran iaitu dibuat haji dan umrah sekali gus
Soalan
Apakah perbezaan cara-cara tersebut di atas:Jawapan
Haji Tamattuk
Apabila seseorang itu sampai di Miqat/Jeddah dia terus berniat mengerjakan umrah sahaja, lalu dia
masuk ke Makkah membuat tawaf umrah, bersai dan bercukur. Dengan ini dia keluar dari ihram. Ia
boleh melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram kecuali memburu binatang di tanah
haram atau mencabut pokoknya kerana larangan ini tetap ada dalam tanah haram pada bila-bila
masa. Apabila sampai 8/9 Zulhijjah barulah dia berihram untuk haji pula dari tempat tinggalnya di
Makkah dan meneruskan amalan hajinya. Orang ini dikenakan dam.

Haji Ifrad
Apabila seseorang itu sampai ke Miqat/Jeddah ia terus berniat haji dan dia masuk ke Makkah
membuat tawaf Qudum (selamat datang) hukumnya sunat dan dia boleh membuat sai haji jika ia
mahu dan tetap dalam ihram hingga selesai amalan haji. Kemudian barulah dia boleh membuat
umrah.
Haji Qiran
Apabila seseorang itu sampai ke Miqat/Jeddah ia berniat haji dan umrah sekali gus. Dia meneruskan
amalan haji sahaja. Umrahnya termasuk sekali. Orang ini juga dikenakan dam.
Soalan
Manakah yang lebih afdal dikerjakan di antara haji tamattuk, ifrad dan qiran?
Jawapan
Yang lebih afdal haji ifrad. Tetapi di sana ada satu pendapat bahawa orang yang datang dari jauh
dan lama pula duduk di Makkah haji tamattuk lebih afdal kerana lebih mudah, terutama orang yang
tidak biasa dengan cuaca Makkah

Soalan
Seorang yang mengerjakan umrah dalam bulan-bulan haji kemudian ia keluar ke Madinah dan
bermiqat haji di Bir Ali, adakah haji cara begini dikatakan haji ifrad atau tamattuk dan adakah wajib
membayar dam?
Jawapan
Haji ini dinamakan haji tamattuk tetapi ia tidak di kenakan dam. Yang dikenakan dam itu kalau ia
telah meninggalkan miqat haji tetapi sekarang ia telah keluar dan bermiqat dari miqat haji.
Soalan
Seorang yang telah berniat mngerjakan umrah tetapi kedatangan haidnya tidak membolehkan dia
menyempurnakan umrah hingga ke hari Arafah. Bolehkah dia menukar niatnya ke haji ifrad dan
adakah wajib dia membayar dam?
Jawapan
Selagi dia belum tawaf umrah dia boleh memasukkan niat haji ke dalam umrahya menjadi haji qiran
dan dia dikenakan dam. Kalau sudah mula tawaf tidaklah boleh ia menukar niatnya.
Soalan
Apakah boleh mengerjakan haji ifrad atau qiran bagi jemaah yang datang dari daerah Asia Tenggara
dengan tidak membawa kambing korban?
Jawapan
Tidak wajib membawa kambing (hadyun) bagi haji ifrad atau qiran menurut mazhab Syafii hanya
sunat muakkadah sahaja. Itu pun bukanlah mesti daripada negerinya lebih-lebih lagi seperti kita yang
jauh ini keadaan tidak membenarkan. Ia hanya dibawa daripada miqat
MIQAT DAN BERIHRAM
Soalan
Apakah perbezaan di antara miqat makani dan zamani?

Jawapan
Miqat makani ialah tempat kita menunaikan niat. Miqat zamani pula ialah masa kita memulakan niat.
Miqat makani bagi haji untuk orang yang datang dari jauh ialah 5 tempat menurut jurusan daerah
masing-masing. Tempat-tempat itu tersebut dalam hadis Nabi saw. Miqat ini juga menjadi miqat
umrah mereka. Orang yang tinggal di Makkah atau kawasan sekitarannya miqat hajinya ialah tempat
tinggalnya. Adapun miqat umrahnya ialah tanah halal yang terdekat seperti Taneim atau yang jauh
seperti Jaranah. Tidak ada miqat zamani bagi amalan umrah. Miqat zamani bagi haji ialah: mula
daripada 1 Syawal hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah.
Soalan
Apakah ertinya ihram?
Jawapan
Erti Ihram ialah mengharamkan atas dirinya segaola yang diihramkan semasa ihram. Tetapi ianya
tidak berlaku melainkan setelah berniat. Oleh kerana itu ihram juga diertikan niat. Orang yang sudah
berniat walaupun tidak memakai ihram atau dia membuat perkara yang terlarang hajinya adalah sah
tetapi ia berdosa dan dikenkan dam. Kecuali jika ia bersetubuh sebelum tahallul awal maka batal
hajinya.
Soalan
Adakah wanita yang didatangi haid dibolehkan mandi sunat dan berniat ihram?
Jawapan
Ya, boleh dan sunat ia mandi kerana ihram dan mandi-mandi haji yang lainnya.
Soalan
Adakah boleh berniat ihram dengan tidak memakai ihram?
Jawapan
Boleh. Tetapi berdosa dan dikenakan dam
Soalan
Apakah hukum bagi seseorang yang tidak menjatuhkan niat di miqat?
Jawapan
Hukumnya haram. Kerana setiap orang yang menuju ke Makkah dengan tujuan haji atau umrah,
mesti berihram dengan niat dan dikenakan dam jika melanggar miqat.
Soalan
Apakah hukum bagi seorang yang berniat ihram haji atau umrah setelah melewati miqat?
Jawapan
Niatnya sah tetapi dikenakan dam jika ia telah melewati kesuluruhan miqat.
Soalan
Bolehkah seorang yang telah berniat ihram haji, menukar niat untuk mengerjakan umrah?
Jawapan
Tidak boleh.

Soalan
Adakah dalil yang menguatkan kelebihan bermiqat di Jaranah untuk berihram umrah?
Jawapan
Dalilnya ialah kerana Nabi saw bermiqat umrah dari situ pada tahun pembukaan Makkah.
Soalan
Apakah yang harus dilakukan jika seorang wanita yang berniat ihram haji tetapi tidak dapat
menyempurnakan kesemua rukun-rukunnya kerana kedatangan haid hingga tiba tarikh kepulangan
ke tanah airnya?
Jawapan
Ia boleh keluar meninggalkan Makkah hingga ia sampai ke tempat yang tidak mungkin ia kembali ke
Makkah semua, di sana ia bertahallul kalau belum bertahallul setelah ia membayar dam kerana
terhalang, dan ia wajib membuat rukun yang tertinggal itu pada bila-bila masa dengan ihram.
Soalan
Bagaimanakah yang harus dilakukan dan apakah hukumnya bagi jemaah yang telah berihram untuk
mengerjakan haji atau umrah tetapi tidak dapat meneruskan niatnya untuk mengerjakan amalanamalan tersebut dan terpaksa membatalkan ihramnya itu atas sebab-sebab tertentu seperti sakit
terlantar, coma, hilang fikiran dan tidak dapat bergerak atau kerana keselamatan yang tidak terjamin
di Tanah Suci atau di perjalanan menuju ke Tanah Suci ekoran dari peperangan atau keadaan huruhara?
Jawapan
Jemaah haji yang tidak dapat meneruskan amalan haji atau umrahnya setelah mereka berihram yakni
berniat, maka mereka boleh bertahallul dengan salah satu daripada dua cara berikut:
a. Mereka hendaklah membayar dam kerana terhalang dari meneruskan amalan iaitu menyembelih
seekor kambing di tempat hendaklah dinilaikan harga kambing dan dibelikan makanan untuk
disedekahkan kepada fakir miskin. Kalau tidak mampu hendaklah mereka berpuasa menurut bilangan
cupak yang dapat dibeli dengan harga seekor kambing, secupak puasanya sehari, kalau terdapat
setengah cupak, puasanya juga sehari. Setelah membayar dam hendaklah mereka bertahallul dengan
bercukur.
b. Mereka boleh terus bertahallul jika ada zuru yang menghalang tanpa membayar dam jika mereka
telah berniat ihram dengan bersyarat iaitu kalau ada halangan, mereka akan bertahallul. Contoh
niatnya: Aku niat haji/umrah dan aku berihram dengannya dengan syarat aku bertahallul jika ada
uzur yang yang datang menghalang - atau lafaz lain yang seumpamanya. Maka apabila datang uzur
mereka terus bertahallul.
Dalam kedua-dua keadaan mereka belum lagi sempurna mengerjakan haji. Jadi yang belum
menunaikan haji wajib masih belum gugur kewajipannya dan mesti menunaikan hajinya di lain tahun.
Soalan
Adakah qaul yang membolehkan seseorang itu menggantungkan niat ihramnya?
Jawapan
Ya, ada qaul dalam perkara ini. Caranya ia hanya berniat ihram. Kemudian setelah masuk ke Makkah
baharulah ia menentukan dengan niat haji atau umrah.
Soalan

Bilakah niat ihram untuk mengerjakan umrah bertukar menjadi haji?


Jawapan
Apabila seseorang itu memasukkan niat haji ke dalam umrahnya sebelum ia mula tawaf umrah,
jadilah hajinya haji qiran dan dikenakan dam.
MASALAH LARANGAN IHRAM
Soalan
Adakah seseorang itu dikatakan telah melanggar larangan semasa berihram jika dia melakukan
perkara-perkara berikut:Menyapu minyak angin (yang wangi baunya)?
Jawapan
Kalau ia bertujuan mendapatkan bau wanginya ia dikenakan dam dan haram. Tetapi kalau
merupakan ubat yang perlu digunakan tidak ada ubat lain yang tidak wangi, boleh digunakan dan
dibayar dam.
Mengucup Hajar Aswad (Hajar Aswad dibubuh minyak atar)?
Jawapan
Jika diketahui bahawa Hajar itu ada wangi-wangian haram ia mengucupnya kalau dikucupnya
dikenakan dam. Kalau ia tidak mengetahuinya lalu tersentuh tidak berdosa dan tidak dikenakan dam.
Memakai sabun wangi ketika mandi dan membasuh?
Jawapan
Kena dam dan haram.
Menggunakan ubat gigi?
Jawapan
Jika ubat gigi wangi kena dam dan haram.
Memakai tali pinggang yang hujungnya dimasukkan ke dalam sangkutannya
Jawapan
Tidak haram dan tidak kena dam
Memakai jam tangan yang talinya bercantum?
Jawapan
Tidak haram dan tidak kena dam.
Memakai rantai cermin mata?
Jawapan
Tidak haram dan tidak kena dam.
Memakai krim atau lotion di bibir atau tapak kaki yang kering dan berpecah-pecah untuk
mengurangkan rasa perit-pedih?
Jawapan
Jika tidak wangi tidak haram dan tidak kena dam.
Soalan

Melakukan mandi sunat ihram dan menggunakan pakaian ihramnya di Madinah tetapi terlupa untuk
berniat di miqat. Adakah sah hajinya itu?
Jawapan
Ya, sah hajinya tetapi ia kena dam kalau belum berniat hingga terlepas keseluruhan miqat.
Soalan
Bolehkah memakai ihram bagi lelaki dengan disimpul atau disemat dengan pin?
Jawapan
Tidak boleh dan kena dam kecuali pada bahagian bawah pada kain yang separas pinggang boleh
digunakan tali pinggang atau sebagainya.
Soalan
Apakah hukum seorang doktor semasa dalam ihram terpaksa memakai sarung tangan plastik kerana
tugas merawat pesakit. Adakah berdosa dan dikenakan dam?
Jawapan
Tidak berdosa jika perlu dan tidak dikenakan dam.
Soalan
Apakah hukum seorang jemaah haji wanita yang diserang panas (heat stroke) terpaksa ditanggalkan
tudung kepalanya untuk dimandikan dengan air batu?
Jawapan
Harus dan tidak kena dam.

Soalan
Bolehkah semasa berihram menghisap rokok atau paip yang tembakaunya berbau wangi?
Jawapan
Hukumnya haram dan dikenakan dam.
Soalan
Apakah hukum bagi jemaah Haji semasa berihram mencabut atau membinasakan pokok-pokok atau
membunuh binatang?
Jawapan
Mencabut pokok di tanah haram adalah terlarang bagi orang yang ihram atau tidak berihram dan
dikenakan dam. Membunuh binatang, tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Yang dikenakan dam
atas orang yang berihram ialah memburu binatang darat yang halal di makan sama ada di Makkah
atau luarnya. Kalau tidak berihram terlarang juga dalam tanah haram.
Soalan
Adakah benar melakukan sekali umrah dari Jaranah sama dengan tujuh kali umrah dari Taneim?
Jawapan
Tidak ada keterangan yang jelas mengenai perkara yang tersebut itu. Yang tersebut dalam at-Tuhfah
karya Ibnu Hajar bahawa al-Azraei menghikayatkan daripada al-Jundi bahawa tiga ratus orang nabi
pernah berihram dari Jaranah. Wallahu aalam.
TAWAF DAN SAIE

Soalan
Berapakah jenis tawaf?
Jawapan
a. Tawaf ada enam jenis.
b. Tawaf Haji
c. Tawaf Umrah
d. Tawaf Qudum
e.Tawaf Sunnat
f. Tawaf Nazar
g. Tawaf Wada
Soalan
Bagaimana mengerjakan tawaf dan di mana tawaf bermula dan berakhir?
Jawapan
Caranya:
Apabila seseorang itu masuk ke Masjid al-Haram pada mulanya hendaklah ia menuju ke Hajar Aswad
lalu mengucupnya dan sujud atasnya. Kemudian ia berdiri mengadap Baitullah sedang keseluruhan
Al-Hajar Al-Aswad di kanannya lalu berniat. Kemudian dia pun mula berjalan dengan mengirikan
Baitullah. Dan yang lebih afdal jika keadaan mengizinkan ia bergerak ke kanan Hajar Aswad
mengadap Baitullah hingga melalui keseluruhan Al-Hajar Al-Aswad kemudian ia mengirikan Baitullah
dan memulakan perjalanan tawafnya.
Soalan
Bagaimana cara mengatasi masalah bagi seorang yang tidak dapat menghafal atau membaca
bacaan-bacaan yang ikhaskan semasa mengerjakan tawaf dan sai?
Jawapan
Bacaan di dalam tawaf dan sai semuanya sunat. Malah semua bacaan di dalam haji dan umrah
adalah sunat. Tidak mengapa dibacanya apa sahaja doa yang diketahui atau membaca surah-surah
pendek dari Al-Quran semasa tawaf, sai dan wukuf.
Soalan
Adakah batal air sembahyang apabila penyentuhan berlaku di antara lelaki dan perempuan semasa
bertawaf?
Jawapan
Hukum yang muktamadnya adalah batal jika penyentuhan kulit berlaku antara lelaki dan perempuan
yang bukan mahram dan sudah mencapai umur yang diingini. Tetapi di dalam mazhab Syafii kita ada
pendapat bahawa yang disentuh tidak batal. Pendapat ini boleh dipakai dalam keadaan darurat.
Menurut pendapat Hanafi pula yang muktamad tidak batal melainkan dengan syahwat - pendapat ini
boleh ditaklid dengan syarat kita berwuduk menurut mazhab Hanafi dengan menyapu sekurangkurangnya suku kepala.
Soalan
Apakah hukum seoran yang mengerjakan haji ifrad tetapi tidak melakukan tawaf qudum?
Jawapan
Haji ifradnya sah kerana tawaf qudum adalah sunat.

Soalan
Bolehkah seorang melakukan tawaf haji atau umrah tanpa niat untuk bertawaf?
Jawapan
Boleh. Kerana niat ihram haji dan umrah mencakup semua amalan haji dan umrah
Soalan
Adakah sempurna satu pusingan tawaf seorang yang terjatuh semasa melakukannya dan beberapa
kali terlepas dari mengirikan bahunya ke Kaabah kerana ditolak?
Jawapan
Kalau ia yakin bahawa bahu kirinya telah terpesong dari Kaabah semasa ditolak atau terjatuh itu dan
ada bahagian tembok Kaabah itu yang tidak sempurna dikelilingi maka hendaklah ia berundur ke
belakang untuk menyempurnakan perjalanan tawafnya, jika tidak munkin, hendaklah ia menambah
bilangan untuk menyempurnakan tujuh pusingan yang sempurna.
Soalan
Adakah sah tawaf seorang yang bercakap-cakap atau memberi isyarat kepada orang lain semasa
melakukan tawaf?
Jawapan
Sah tawafnya. Tetapi perbuatannya itu makruh melainkan jika perlu atau bercakap sesuatu yang
baik. Sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud: Bertawaf di Baitullah itu adalah salat
(sembahyang), hanya Allah menghalalkan bercakap semasa tawaf, maka sesiapa yang perlu
bercakap, bercakaplah dengan sesuatu yang baik.
Soalan
Apakah yang harus dilakukan oleh perempuan yan datang haidnya sebelum tawaf ifadhah. Bolehkah
mereka meninggalkan tawaf itu dan terus pulang tanpa tawaf ifadhah?
Jawapan
Tawaf ifadhah dalah rukun haji yang mesti dikerjakan. Orang yang belum mengerjakan tawaf ifadhah
walaupun dia telah bertahallul awal namun ada lagi perkara yang haram atasnya selagi ia belum
tawaf iaitu akad nikah dan bersatu suami/isteri dan hajinya atau umrahnya belum lagi sempurna.
Andainya seseorang wanita yang datang dari jauh itu tidak dapat bertawaf ifadhah kerana ia
kedatangan haid misalnya atau nifasnya belum selesai dan dia terpaksa pulang bersama jemaah
yang, maka hukumnya seperti berikut:
a. Kalau dia telah membuat syarat semasa berniat ihram andainya ia uzur ia akan bertahallul, dia
boleh bertahallul, dia boleh bertahallul dengan bergunting dan pulang tetapi hajinya belum
sempurna. Ia kena haji lagi pada bila-bila masa.
b. Kalau dia tidak membuat syarat maka caranya hendaklah ia keluar hingga sampai ke kawasan
sejauh dua marhalah dan menyembelih seekor kambing di situ dan bertahallul dengan bergunting.
Kewajipan bertawaf ini masih ada atasnya dan wajib melakukan pada bila-bila masa dengan
berihram.
c. Dia bertaklid dengan Mazhab Hanafi/Hambali yang tidak mensyaratkan suci ketika bertawaf. Lalu
dia bertawaf dan sah hajinya tetapi ia berdosa kerana masuk masjid dalam keadaan haid dan
dikenakan dam seekor unta. Ini diharuskan kalau sukar baginya menunggu hingga suci.
Soalan

Bolehkah seorang menjatuhkan niat mengerjakan tawaf di antara Rukun Yamani dan Rukun Hajar
Aswad?
Jawapan
Ya, boleh.
Soalan
Apakah hukum meninggalkan kota Makkah selepas hari Tasyrik untuk menginap sementara di Jeddah
buat beberapa hari sebelum mengerjakan Tawaf Ifadhah?
Jawapan
Hukumnya adalah harus. Tetapi yang afdalnya dibuat Tawaf Ifadhah itu pada hari kesepuluh Zulhijjah
setelah melontar Jamrah Aqabah. Ataupun sebaik-baik selesai melontar hari Tasyrik.
Soalan
Bolehkah seseorang yang hendak pergi ke Jeddah atau Medinah kerana sesuatu urusan dan akan
kembali semula ke Makkah tanpa mengerjakan tawaf wada?
Jawapan
Wajib mengerjakan tawaf wada. Kecuali orang yang memang berulang alik kerana kerjanya seperti
pemandu teksi misalnya.
Soalan
Adakah dikenakan dam bagi seseorang yang meninggalkan tawaf wada kerana uzur atau darurat?
Jawapan
Tidak dikenakan dam.
Soalan
Adakah tawaf wada boleh diganti dengan ibadat lain?
Jawapan
Digantikan dengan dam. Jika ditinggalkan tanpa uzur hukumnya berdosa.
Soalan
Apakah hukum meninggalkan tawaf wada dengan sengaja dan apakah damnya? Adakah dam kerana
tidak bertawaf Wada boleh digantikan dengan puasa?
Jawapan
Hukumnya berdosa. Damnya ialah menyembelih seekor kambing di tanah haram. Jika tidak mampu
maka hendaklah puasa 10 hari - 3 hari di Makkah dan 7 hari apabila kembali ke negeri sendiri.

Soalan
Bagaimana mengerjakan sai dan di mana sai bermula dan berakhir?
Jawapan
Mengerjakan sai ialah dengan berjalan cepat dan memendekkan langkah. Apabila sampai di kawasan
yang bertanda hijau pada tiang-tiang di tepi Masaa itu sunat pula berlari-lari anak bagi kaum lelaki
sahaja. Sai bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.
Soalan

Adakah sah sai seorang tanpa wuduk?


Jawapan
Sah sainya.
Soalan
Adakah sai sunat boleh dikerjakan seperti tawaf sunat?
Jawapan
Tidak ada sai sunat.
Soalan
Adakah sah sai seseorang yang tidak memijakkan kakinya ke batu asalnya?
Jawapan
Sah hajinya asalkan dia menghabiskan jalannya hingga ke kaki bukit dan afdal ia naik sedikti.
Soalan
Adakah dikenakan dam bagi seorang yang bertahallul di Safa kerana salah kira?
Jawapan
Jika sai nya sudah cukup bilangannya sahlah tahallulnya. Jika belum, ia wajib menyempurnakan sai
nya dan dia dikenakan dam kerana membuang rambut sebelum masanya
WUKUF
Soalan
Apakah yang dikatakan wukuf di Padang Arafah?
Jawapan
Wukuf ertinya berhenti atau berdiri. Tetapi maksudnya ialah menghadirkan diri di padang Arafah
pada masa antara zohor hari 9 Zulhijjah hingga sejurus ebelum fajar 10 Zulhijjah. Cukup wukuf walau
sekejap atau llu sahaja dengan syarat orangnya sedar - sempurna akal. Di mana-mana sahaja dari
bumi Arafah itu boleh jadi tempat wukuf, asal sahaja ianya dalam kawasan bumi Arafah. Dan tidak
pula disyaratkan orangnya itu mesti memijak bumi Arafah. Andainya ia hanya berada di dalam kereta
atau bas dan tidak turun menjejakkan kakinya di bumi itu juga sah wukufnya. Hanya yang ada
khilafnya pada udara Arafah - menurut pendapat yang lebih kuat bahawa udara Arafah itu dikira
Arafah seperti udara yang bertentang Kaabah dikira Kaabah. Andainya seseorang itu tidak dapat
wukuf tidaklah sah hajinya dan hendaklah menruskan amalannya dan bertahallul dengan amalan
umrah serta wajib membayar dam. Ia juga wajib mengqada haji pada tahun hadapannya.
Soalan
Sebutkan syarat-syarat berwukuf di Arafah?
Jawapan
Berwukuf di kawasan bumi Arafah. Orang yang berwukuf sudah berniat haji. Masa wukuf mulai dari
waktu Zohor 9 Zulhijjah hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah. Orang yang berwukuf hendaklah
sempurna akal.
Soalan
Apakah sah haji seorang seandainya dia tidak melakukan perkara-perkara wajib haji?
Jawapan

Hajinya sah tetapi ia dikenakan dam atas setiap wajib yang ditinggalkannya.
Soalan
Seandainya seorang jemaah meninggal dunia semasa berwukuf di Arafah, wajiblah warisnya
menghajikannya sekali lagi?
Jawapan
Ya. Wajib menghajikannya - kerana rukun-rukunnye belum selesai. Itupun jika ada harta
peninggalannya.
TAHALUL
Soalan
Apakah erti Tahallul?
Jawapan
Tahallul ialah keluar dari ihram dengan berukur atau bergunting setelah sampai masanya.
Tahallul awal : ialah bercukur lebih awal di Mina sebik baik sahaja sampai dari Muzdalifah pada 10
Zulhijjah setelah melontar jamrah.
Tahallul thani : ialah selesai wuquf, kembali ke Makkah bertawaf dan bersai haji.
Soalan
Apakah perbezaan tahallul umrah dan tahallul haji?
Jawapan
Tidak ada perbezaan. Cuma tahallul haji dua macam awal dan thani.
Soalan
Adakah seorang itu boleh menggunting/mencukurkan orang lain sebelum ia menggunting/mencukur
diri sendir?
Jawapan
Boleh. Kerana yang dilarang mencukur diri sendiri atau orang lain ialah sebelum masa yang
diharuskan bertahallul.
Soalan
Bolehkah seorang yang mengerjakan haji tamattuk itu bertahallul sebelum melakukan penyembelihan
dam?
Jawapan
Boleh. Kalau damnya berupa penyembelihan kambing, afdal disembelih pada pagi Hari Raya Haji.
Tetapi kalau damnya berpuasa iaitu 3 hari pada masa haji elok dibuat pada 3 hari sebelum Arafah
dengan syarat setelah dia berihram haji iaitu pada hari keenam, ketujuh dan kelapan bulan Zulhijjah.
Soalan
Bolehkah seorang wanita yang sedang dalam haid bertahallul?
Jawapan
Boleh

Soalan
Sesudah melontar Jamrah Aqabah, seoran membuka ihramnya sebelum bertahallul. Adakah dia
dikenakan dam dan apakah bentuk damnya?
Jawapan
Jika ia memakai pakaian yang berjahit sebelum bercukur ia dikenakan dam. Damnya ialah
menyembelih seekor kambing atau memberi makan 6 orang fakir miskin setiap orang setengah
gantang atau puasa tiga hari. Boleh dipilih salah satu daripadanya.
BERMALAM DI MUZDALIFAH DAN MINA
Soalan
Apakah perbezan di antara bermalam di Muzdalifah dan di Mina?
Jawapan
Bermalam di Muzdalifah cukup dengan sekejap masa selepas tengah malam manakala bermalam di
Mina mesti dengan masa yang terbanyak dari bahagian malam.

Soalan
Adakah dikenakan dam jemaah haji yang tidak bermalam di Muzdalifah kerana dibawa oleh pemandu
bas langsung ke Mina sebelum lewat tengah malam?
Jawapan
Tidak dikenakan dam kalau ia tidak mengetahuinya atau terpaksa berangkat sama.
Soalan
Bolehkah seorang yang uzur kerana sakit dibenarkan tidak bermalam di Muzdalifah dan adakah dia
berdosa dan dikenakan dam?
Jawapan
Dibenarkan, tidak berdosa, dan tidak dikenakan dam.
Soalan
Apakah hukumnya bagi jemaah haji yang tidak dapat bermalam di Muzdalifah hingga terbit fajar 10
Zulhijjah kerana bas lewat tiba?
Jawapan
Gugur bermalam di Muzdalifah dan tidak dikenakan dam.
Soalan
Apakah mengutip anak-anak batu hanya boleh dibuat di Muzdalifah? Apa hukumnya jika mengutip di
tepi-tepi jalan di Mina?
Jawapan
Sunat mengutip anak-anak batu di Muzdalifah kerana Nabi saw menyuruh sepupunya al-fadhi bin
Abbas mengutipnya untuk baginda pada waktu Subuh di situ. Tetapi ia boleh dikutip dimana-mana
sahaja di tanah haram; hanya makruh dikutip batu yang sudah digunakan untuk melontar atau
tempat yang najis.

Soalan
Apakah hukum bermalam di Muzdalifah sehingga terbit fajar dalam keadaan sekitaran yang sempit
dan penuh sesak hingga menyulitkan?
Jawapan
Hukumnya adalah sunat dengan syarat tidak menyukarkan.
MELONTAR JAMRAH
Soalan
Bilakah masa bagi melontar jamrah Aqabah pada hari Nahar?
Jawapan
Sebaik sampai dari Muzdalifah selepas tengah malam 10 Zulhijjah.
Soalan
Adakah sah melontar tiga jamrah pada hari Tasyrik tanpa melontar jamrah Aqabah pada hari Nahar?
Jawapan
Tidak sah melontarnya. Kerana wajib tertib pada melontar pada hari-hari tersebut.
Soalan
Adakah sah melontar tiga jamrah pada hari Tasyrik tanpa melontar jamrah di Hari Tasyrik sebelum
tergelincir matahari?
Jawapan
Tidak sah untuk melontar hari itu. Tetapi sah untuk hari semalam yang telah berlalu.
Soalan
Sesudah melontar jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah dan kembali ke Makkah untuk bersembahyang
Subuh di Makkah, boleh atau tidak masuk ke Mina pada 10 Zulhijjah selepas waktu Isyak?
Jawapan
Boleh. Asal sahaja bermalamnya melebihi dari separuh malam.
Soalan
Adakah sah melontar Jamrah Aqabah di sebelah belakang? Apakah yang harus dilakukan jika ini
terjadi? Adakah dikenakan dam kerana ia bercukur selepas melontar?
Jawapan
Tidak sah. Ia dikenakan dam kerana bercukur sebelum masanya. Kalau masa melontar masih ada ia
wajib melontar semula. Jika sudah selesai masanya iaitu keseluruhan hari Tasyrik dia dikenakan dam
pula kerana tidak melontar.
Soalan
Bolehkah seorang melontar jamrah untuk dirinya dan orang lain dengan sekali jalan?
Jawapan
Tidak boleh. Ia mesti menyelesaikan semua lontaran bagi dirinya pada tiga-tiga jamrah
NAFAR AWAL/SANI
Soalan
13.1 Apakah yang dikatakan nafar awal dan nafar thani?

Jawapan
Nafar awal ialah beredar meninggalkan Mina lebih awal iaitu bermalam hanya dua malam dan
melontar hanya dua hari iaitu 11 dan 12 Zulhijjah.
Nafar thani ialah bermalam 3 malam dan melontar 3 hari.

Soalan
13.2 Apakah syarat-syarat nafar awal?
Jawapan
Syarat nafar awal ialah setelah bermalam dua malam, malam 11 dan 12 dan melontar dua hari 11
dan 12 Zulhijjah serta berangkat keluar dari Mina sebelum Maghrib hari 12 Zulhijjah dan tidak
kembali.
Soalan
13.3 Bolehkah seorang yang telah berniat nafar awal, pulang semula ke Mina pada hari 13 Zulhijjah
atas sebab-sebab tertentu?
Jawapan
Boleh
DAM
Soalan
Apakah erti Dam?
Jawapan
Asal makna dam ialah darah. Kemudian dipakai sebagai nama binatang ternakan yang disembelih
kerana menebus kesalahan atau menutupi kekurangan dalam masa mengerjakan haji atau umrah.
Kemudian digunakan perkataan ini untuk sebarang denda ganti penyembelihan.
Soalan
Mengapa orang yang melakukan haji tamattuk dikenakan dam?
Jawapan
Kerana ia telah tidak berihram dari miqat haji dalam musim haji. Kecuali penduduk Makkah dan
sekitarnya tidak dikenakan dam.
Soalan
Berapa dam yang harus dibayar jika seorang itu mengerjakan haji tamattuk dengan berniat di
Jeddah?
Jawapan
Satu dam sahaja - Menurut qaul yang mengatakan Jeddah itu sebagai miqat. Kalau menurut qaul
yang mengatakan Jeddah tidak dikira miqat kena dua dam. Satu dam kerana berihram umrah setelah
melalui miqat, satu dam lagi kerana meninggalkan miqat haji. Untuk lebih ihtiat (lebih berjaga-jaga)
pendapat yang kedua lebih kuat.
Soalan
Apakah syarat-syarat binatang yang hendak dijadikan dam?
Jawapan

Binatangnya mesti sudah sampai umur boleh dibuat korban dan tidak ada sebarang penyakit serta
cukup sifatnya.
Soalan
Adakah berdosa jika seorang itu melakukan perkara-perkara yang diharamkan semasa berihram
walaupun setelah membayar dam?
Jawapan
Jika dilakukannya kerana terlupa, terpaksa atau kerana sesuatu keuzuran yang diterima oleh syarak
ia tidak berdosa.
Soalan
Bolehkah seorang itu melewatkan pembayaran dam? Bagaimana pula jika bayaran dam seseorang itu
dibayar di luar tanah haram?
Jawapan
Yang afdalnya dibayar pada waktunya. Ada masanya pula seseorang tidak boleh bertahallul
melainkan setelah membayar dam. Semua dam mesti dibayar di tanah haram kecuali dam kerana
terkepong atau terhalang dari meneruskan haji atau umrahnya - dikeluarkan ditempat mana ia
terhalang.
Soalan
Bolehkah seorang itu memakan daging damnya sendiri?
Jawapan
Tidak boleh. Semuanya mesti disedekahkan. Kalau sudah diterima oleh orang yang berhak kemudian
orang ini menjamunya adalah harus.
Soalan
Bolehkah seorang itu mewakili orang lain untuk membayar damnya?
Jawapan
Boleh
Soalan
Adakah sah dam seorang yang dibuat dengan tidak berijab kabul?
Jawapan
Perwakilan mesti ada ijabnya dengan lafaz. Kalau ia menyembelih sendiri cukup dengan niat. Wakil
wajib berniat atas nama orang yang mewakilkan.
Soalan
Adakah sah dam yang dibayar melalui Bank Islam yang terdapat di Arab Saudi?
Jawapan
Ya. Sah dengan syarat pihak bank itu bertindak sebagai wakil untuk menyembelih dam itu.
Soalan
Adakah dikenakan dam jika seorang yang uzur itu tidak dapat melakukan tawaf wada?
Jawapan

Tidak dikenakan dam kerana uzur


Soalan
Adakah dikenakan dam bagi seorang yang ternampak rambut di lantai biliknya sedangkan ia tidak
pasti rambut siapakah itu?
Jawapan
Tidak wajib dam.
Soalan
Seorang yang terlupa yang dia dalam ihram telah mencabut rambutnya, adakah dikenakan dam
keatasnya?
Jawapan
Ya. Dikenakan dam.
SOLAT JAMAK/QASAR
Soalan
Hasilkah sembahyang sunat ihram yang dilakukan di rumah ketika hendak berangkat, sedangkan niat
ihramnya dilakukan kira-kira lapan jam kemudian?
Jawapan
Ya. Hasil pahala sembahyang sunat ihram itu - tetapi kurang afdal.
Soalan
Haruskah bersembahyang jamak dan qasar ketika wukuf di Arafah?
Jawapan
Tidak harus qasar. Hanya sunat jamak takdim Zohor dengan Asar di Arafah dan Maghrib dengan
Isyak - jamak takhir di Muzdalifah.
Soalan
Hasilkah sembahyang sunat ihram yang dilakukan di waktu tahrim?
Jawapan
Tidak hasil dan tidak diharuskan kecuali jika dibuat dalam tanah haram Makkah.
Soalan
Seorang bersembahyang berjemaah di tempat tinggalnya mengikut imam di Masjid Al-Haram.
Hasilkah jemaahnya? Adakah dia memperolehi fadhilat 100,000 kali ganda?
Jawapan
Jawabnya tidak hasil jemaahnya melainkan kalau dia menghadap pintu yang terbuka terus
menghadap ke arah Masjid Al-Haram. Tetapi kalau ia hanya menghadap tingkap atau tembok di
rumah atau di bilik hotelnya tidak sah berjemaahnya. Adapun bersembahyang sendiri atau berjemaah
di rumah dalam kawasan tanah haram Makkah masih diharapkan dapat fadhilat 100,000 kali salat.
Soalan
Mana lebih afdal, sembahyang sunat tahiyatul masjid atau tawaf ketika kita masuk ke dalam Masjidil
Haram?
Jawapan
Yang afdalnya ialah tawaf. Andainya ia tidak bertawaf bolehlah ia bersembahyang tahiyyatul masjid.
Soalan

Adakah sembahyang sunat di Jabal Rahmah itu dituntut?


Jawapan
Tidak dituntut, kerana tidak ada keterangan bahawa ada sembahyang yang khusus di situ.
Soalan
Empat puluh sembahyang di Masjid Nabawi yang di antara fadhilatnya terlepas dari api neraka.
Adakah sembahyang itu sembahyang fardu atau sunat?
Jawapan
Sembahyangnya ialah sembahyang fardu empat puluh waktu - kira kira berada selama 8 hari di
Madinah.
Soalan
Bagaimana cara mengerjakan sembahyang menghormati waktu?
Jawapan
Caranya dengan membuat apa yang boleh dibuat daripada syarat dan rukunnya. Yang tidak dapat
dibuat itu dimaafkan. Jika kurang syaratnya dikenakan Qadha.
Soalan
Terangkan cara yang sebaik-baiknya mengerjakan sembahyang semasa berada di Masyair pada hari
Tarwiah, Arafah, Nahar dan Tasyrik?
Jawapan
Pada hari Tarwiah adalah afdal bersalat lima waktu di Mina iaitu mulai dari Zohor hari 8 Zulhijjah
seterusnya Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Kemudian barulah beredar ke Arafah untuk sembahyang
Zohor dan Asar sebelum masuk ke kawasan bumi Arafah 9 Zulhijjah di Arafah. Maghrib dan Isyaknya
di takhirkan untuk dibuat di Muzdalifah. Subuh dibuat awal waktu di Muzdalifah pada hari Nahar
dibuat di Mina seperti biasa.
Soalan
Apakah hukum jika sembahyang yang dilakukan di Masyair dengan tidak berjemaah beramai-ramai?
Jawapan
Tidak mengapa. Cuma kurang afdal.
Soalan
Adakah digalakkan jemaah haji wanita bershalat Jumaat di Masjiil Haram dan Nabawi pada masa
yang sesak di musim haji terutama pada Jumaat terakhir sebelum Hari Arafah?
Jawapan
Tidak digalakkan.
ZIARAH MADINAH
Soalan
Apakah hukumnya seorang jemaah haji yang tidak berziarah ke Madinah?
Jawapan
Makruh dan rugi kerana tidak menziarah tanah haram yang kedua itu - kecuali jika ada halangan atau
keuzuran yang tidak dapat dielakkan.
Soalan
Bagaimana pula mereka yang mengerjakan umrah di luar musim haji tidak berziarah ke Madinah?
Jawapan

Sama sahaja hukumnya seperti yang telah disebutkan.


UMUM
Soalan
Haruskah air zamzam digunakan untuk:
i) Mandi?
Jawapan
Harus.
ii) Membasuh?
Jawapan
Harus
iii) Beristinjak?
Jawapan
Makruh - jika ada air yang lain - keuali al-Imam al-Muhib al-Tabari menyatakan haram - tetapi
istinjaknya sah.
iv) Membersihkan najis?
Jawapan
Makruh - kecuali al-Tabari mengatakan haram.
Soalan
Adakah rosak air zamzam yang dimasak atau dicampur air batu?
Jawapan
Tidak rosak.
Soalan
Adakah Masa sebahagian dari Masjidil Haram?
Jawapan
Bukan dari Masjid.
Soalan
Manakah yang lebih afdal dikerjakan dahulu ketika masuk waktu salat samada bersalat atau
menguruskan jenazah?
Jawapan
Bersalat dahulu. Kecuali jika jenazah itu sudah agak lama perlu diuruskan segera.
Soalan
Bolehkah selama di Makkah (dalam Safar) diperbolehkan tayamum walaupun ada air, berdasarkan
surah Al-Maidah ayat 6?
Jawapan
Tidak boleh. Kerana berdasarkan ayat 6 Surah Al-Maidah itu juga tayammum diharuskan kerana
ketiadaan air. Kecuali kalau terlalu sejuk yang tidak tertanggung pada adat atau sakit tidak boleh
menggunakan air boleh bertayammum walaupun ada air.

Anda mungkin juga menyukai