Anda di halaman 1dari 2

Mengira Waktu Tempatan

Garis longitud digunakan untuk mengira waktu. Waktu tempatan


dikira dengan merujuk kepada waktu di Greenwich yang terletak di
Meridian Pangkal ( 0 ). Oleh kerana bumi berputar dari barat ke
timur, maka tempat di sebelah timur akan menerima cahaya matahari
lebih dahulu daripada barat. Ini bererti waktu di timur mendahului
waktu di sebelah barat.

Formula
Satu putaran bumi (360) mengambil masa 24 jam.
Oleh itu dalam masa 1 jam bumi berputar melalui 360/24 = 15 garis
longitud.
Dalam 1 garis longitud pula bumi mengambil masa 60/15 = 4 minit.

Jika waktu tempatan di Meridian Pangkal ialah 1 pagi pada 20


Oktober, apakah waktu tempatan di:
Bombay ( 73T )
Buenos Aires ( 58B)

Waktu di Bombay ( 73T )

Langkah-langkah
Cari perbezaan garis longitud 73- 0 = 73
Cari perbezaan masa 73 15 = 4 jam 52 minit
Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay
= 1.00 pagi + 4 jam 52 minit
= 5.52 pagi

Waktu di Buenos Aires ( 58B ) Langkah-langkah


Cari perbezaan garis longitud 58 - 0 = 58
Cari perbezaan masa 58 15 = 3 jam 52 minit
Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires
= 1.00 pagi 3 jam 52 minit
= 9.08 minit malam

Waktu Piawai

-Waktu piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya waktu


yang berlainan di sesuatu kawasan yang kecil. Biasanya setiap negara
mempunyai satu sistem waktu piawai. Di Malaysia waktu piawai
yang digunakan di seluruh negara adalah mengikut kedudukan garis
bujur yang melalui Kuala Lumpur. Seluruh dunia dibahagikan kepada
24 zon waktu piawai dengan setiap zon waktu meliputi 15 garis
longitud.

-Garisan Tarikh Antarabangsa GTA) ialah garis bujur 180 B/


180T.Garisan ini menjadi pemisah tarikh antara zon waktu barat dan
zon waktu timur.
Hari baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180
mengalami keadaan tengah malam.Bagi mengelakkan kedudukan
Kepulauan Fiji, Tonga, Aleutian dan New Zealand, GTA dilukis
secara bengkang-bengkok.

-Terdapat selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah GTA.


Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke
kawasan di benua Amerika Selatan, dia akan untung sehari.
Sebaliknya, apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua
Amerika Selatan ke kawasan di benua Australia, dia akan rugi
sehari.

Anda mungkin juga menyukai