Anda di halaman 1dari 4

DACUM

DEVELOPING A CURICULLUM (DACUM)

Suatu pendekatan inovatif terhadap analisis sesuatu pekerjaan dan juga


kaedah yang berkesan dalam menentukan tugas dan tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan oleh seseorang individu (pekerja).

Pendekatan DACUM dan analisis tugas yang dikemukakan oleh Finch &
Crunkilton (1999) dalam mengukuhkan kandungan kurikulum. Seterusnya,
bincangkan

potensi

pendekatan

dacum

dan

analisis

tugas

dalam

mengukuhkan kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di


tempat anda bertugas.

DACUM (Developing A Curriculum) merupakan helaian profil kemahiran yang


menyediakan rancangan kurikulum dan instrumen penilaian bagi program
latihan kemahiran. Pendekatan ini pada awalnya dikembangkan oleh para
ahli kurikulum di Kanada. Aplikasi pendekatan DACUM boleh menentukan
kandungan kurikulum dan menjadi panduan bagi proses menentukan
kandungan kurikulum secara sistematik.

Hasil dari pendekatan DACUM adalah suatu Jadual yang menghuraikan


secara ringkas tugas-tugas pekerjaan (outline job duties), kemampuan yang
diperlukan, cara melakukan kerja, alat yang diperlukan, peralatan, persediaan,
bahan dan trenda masa depan berkaitan pekerjaan tertentu yand terdapat di
industri. Jadual analisis dikembangkan melalui suatu proses bersama- sama
pakar khusus di dalam sesuatu pekerjaan, instruktur dan fasilitator yang akan
memandu menyusun jadual tersebut. Jadual ini akan menjelaskan suatu
kurikulum bagi suatu bidang latihan.

Dalam DACUM perlu ada elemen yang berikut:

Hanya pekerja mahir yang layak mendefinasi dan menggambarkan


bidang pekerjaan mereka daripada orang lain.

Setiap kerja boleh digambarkan dalam bentuk tugasan (task) yang telah
dilaksanakan oleh pekerja dengan jayanya.

Setiap task mempunyai kaitan lansung dengan pengetahuan dan sikap


yang mesti ada pada pekerja untuk melaksanakan tugasan tersebut
dengan betul.

Analisis DACUM biasanya digunakan sebagai asas utk :

Mereka bentuk kurikulum

Kaunseling dan pengambilan pelajar

Keperluan terhadap keperluan pelajar

Penilaian terhadap prestasi pekerjaan

Merekabentuk ujian ketrampilan

Penerangan sesuatu pekerjaan

4 komponen asas yang digunakan dalam model Dacum ialah:

Suatu profil yang mengenalpasti sesuatu tugas ketrampilan bagi keseluruhan


pekerjaan

Kemahiran dan

tingkahlaku yang terlibat untuk sesuatu tugas dan

ketrampilan dikenalpasti

Kemahiran dan tingkahlaku menjadi matlamat pelatih/pelajar

Skala pengklasan dikaitkan dengan profil untuk tujuan penilaian pelbagai


peringkat ketrampilan

Dacum beroperasi berdasarkan 3 dasar iaitu:

Pekerja mahir adalah paling sesuai menjelaskan tentang pekerjaan mereka


sendiri

Sebarang pekerjaan boleh dijelaskan dengan berkesan dan mencukupi


dalam bentuk tanggungjawab oleh pekerja yang berjaya melaksanakan tugas
tersebut dengan baik

Kesemua tugas mempunyai implikasi terhadap pengetahuan dan sikap yang


perlu ada pada pekerja untuk melaksanakan tugas dengan baik dan
sempurna

Prosedur menghasilkan kurikulum melalui pendekatan Dacum:


1. ANALISIS KEPERLUAN

Kenalpasti masalah

Kenalpasti kumpulan sasaran

Menentukan objektif / analisis kepada keperluan latihan (tugas pekerjaan/


kemahiran yang perlu ada

2. PEMILIHAN AHLI PANEL

Pengerusi

Penyelaras kurikulum (pakar kurikulum)

Memilih 2 orang ahli panel dalam bidang kursus yang akan dijalankan

3. SESI SUMBANGSARAN

Panel menyenaraikan tingkahlaku, sikap, pengetahuan dan kemahiran dan


juga kelengkapan yang diperlukan

Pengerusi/Pemudahcara membimbing ahli-ahli panel terutamannya tentang


pendekatan dacum

4. Menghasilkan profil kerja

Hasilkan profil pekerjaan

Bincangkan setiap item (tajuk dan skop pekerjaan,tanggungjawab secara


umum/kemahiran sesuatu tugas Laksanakan setiap langkah kerja dalam
carta

5. Penilaian sesuatu profil

Perbincangan semula untuk memperbaiki dan memperbetulkan yang perlu

6. PROFIL PEKERJAAN YANG LENGKAP BAGI SESUATU KURSUS

Anda mungkin juga menyukai