Anda di halaman 1dari 4

Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah & Teknik (Bahagian 1)

Edward M. Anthony, merumuskan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran berhubung


rapat dengan pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Ia merujuk kepada satu perancangan
yang berkesan dalam menentukan pendekatan serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik
mengajar secara logikal dan sistematik untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum.
Bagi seseorang yang baru mengorak langkah dalam arena pengajaran malah ramai guru yang
berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar
dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut
adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi
perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk
membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru.
Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi
guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu
dapat diamalkan dalam bilik darjah.
Secara literalnya, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat memberi makna yang
secara keseluruhannya dapat memberi pengertian yang berbeza antara pendekatan, strategi,
kaedah dan teknik. Menurut Kamus Dewan, strategi membawa maksud rancangan yang teratur
untuk mencapai matlamat atau kejayaan manakala pendekatan diberikan tafsiran cara atau
langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti
penyelesaian masalah.

STRATEGI PENGAJARAN
Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan
gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan
pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan
strategi pengajaran.
Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus
mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan.
Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita
menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif
atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita
gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita
gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap
yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang
berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita
perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulankumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri
daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa

memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk
memenuhi keperluan semua kumpulan.
Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang
tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang
sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai
kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta
menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan
dalam pengajarannya.
Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling
baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk
strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya
sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih
penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

Kaedah dan Teknik Pemusatan Guru


i. Penerangan
ii. Demonstrasi
iii. Syarahan
iv. Pengajaran Berkumpulan/Berpasukan
v. Pengajaran Mikro
vi. Bercerita
vii. Keseluruhan Kelas
Kaedah dan Teknik Pemusatan Murid
i. Projek
ii. Inkuiri-penemuan
iii. Perbincangan
iv. Penyoalan
v. Penyelesaian Masalah
vi. Simulasi
vii. Main Peranan

viii. Sumbangsaran
ix. Kumpulan
x. Pembelajaran Melalui Pengalaman
Kaedah dan Teknik Pemusatan Bahan
i. Audio-visual
ii. Penggunaan Komputer
iii. Penggunaan Bahan Cetak
iv. Pengajaran-pembelajaran Kesepaduan
v. Modul
vi. Penggunaan Buku Teks dan Buku Rujukan

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA


Dalam pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan pengajaran iaitu :
Pendekatan Deduktif
Pendekatan Induktif
Pendekatan Elektif
Pendekatan Komunikatif
1.Pendekatan Deduktif
Pendekatan pengajaran ini mengutamakan penguasaan undang-undang ataupun peraturan
bahasa daripada penggunaan bahasa . Guru guru yang menggunakan pendekatan ini
biasanya memulakan pengajaran bahasa mereka dengan huraian undang-undang bahasa yang
hendak diajar sebelum memberi contoh-contoh penggunaannya. Contohnya ,apabila seseorang
guru mengajar ayat tunggal , guru akan memberi takrif ayat tersebut sebelum menunjukkkan
contoh-contoh penggunaanya .

2.Pendekatan Induktif
Pendekatan ini pula mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undang-undang
atau peraturan bahasa.Pengajaran dimulakan dengan memberi contoh penggunaan unsurunsur bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undang-undang bagi unsur tersebut.
Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan pengajarannya

dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.Kemudian berpandukan contoh-contoh yang


dibuat , guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.

3.Pendekatan Eklektif
Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas untuk menghasilkkan satu
strategi pengajaran. Misalnya, guru memulakan pengajaran dengan memberi contoh-contoh
yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajar, ini ditambah dengan contoh-contoh
murid-murid. Murid-murid dipandu untuk sampai kepada undang-undang bahasa. Murid-murid
kemudiannya didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama
. Sebaliknya guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang
yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian memberi contoh-contoh.Contohcontoh lain didapati oleh murid untuk menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang itu
digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir sama.

4.Pendekatan Komunikatif
Pendekatan ini mengutamakan kecekaapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa mestilah
merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sIstem tatabahasa serta kecekapan
berkomunikasi, kecekapan yang pertama membolehkan seseorang murid menguasai struktur
bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Kecekapan yang kedua
membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang
dihadapinya. Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang tepat
dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru . Pendekatan induktif dan
deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid- murid akan melibatkan diri dalam aktiviti
berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang
dilatih. Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru.

Anda mungkin juga menyukai