Anda di halaman 1dari 4

A.

Samad Said

Hai MELAYU
Hai Melayu
Rumahmu semua dibina Indonesia,
Ekonomi pula dikuasai cina,
Golongan professional semuanya india,
Warung makan pun, mamak dan siam
yang berkuasa
Warga bangla pula menjadi jaga,
Orang Nepal yang menabur baja,
Orang Pakistan usung karpet jaja
merata,
Lalu melayu ada apa?
Harapkan ustaz, saling menyesat
Harapkan hiburan, lagi best filem barat
Harapkan Bahasa, banyak telah
bertukar kesat
Harapkan tulisan , jawi pun mereka
hambat
Harapkan tanah, banyak digadai
kepada koperat
Hai melayu!

Masih mendabik menjadi tuan?


Sibuk mahu menjadi tuan
Rupanya kerja kelas bawahan
Ditipu mentas orang atasan
Konon pejuangan ini untuk kalian
Kerja sikit, sembang kencang
Siapa tegur, dituduh lancing
Duduk warung, gigit kacang
Hai Melayu
Konon kau pantang dicabar
Konon kau tangkas menyambar
Tapi Cuma indah khabar
Rentakmu makin lama makin hambar
Kau melayu aku pun melayu
Aku menulis bukan cemburu
Aku mahu engkau tahu
Kenapa melayu tak macam dulu.
Hai melayu
Jari mu hebat bertutur di facebook alam
maya
Bila berdepan ekonomi semasa
Kau tidak berdaya
Kau Cuma tahu bergaya

Hai melayu
Kau melaung-laung di jalan raya
Bagi tahu kepada dunia ini bumi
Aku yang punya
Pada hakikat ia digadai kepada sepet
kaya
Hai melayu
Kerana hendak bergaya kau gadai
pusaka
Bila dah kaya kau jadi puaka
Ini tandanya kau sudah derhaka
Hai melayu
Sedarlah bangsa kubuka lah minda mu
Bersatulah bangsa ku
Kerana Malaya bukan lagi milik mu
Aku pun melayu
Engkau pun melayu
Bodoh sombong harus ditepis
Riak, bongkak dan hasad dengki
Sesame bangsa harus guris
Bersatulah melayu kerana agama

Bangsa, moyang-moyang yang


Telah berjasa
Kerana ini mungkin peluang terakhir
Bangsaku untuk Negara, berjasa
Dan berkuasa.
Pedih

Anda mungkin juga menyukai