Anda di halaman 1dari 4

l

Aktiviti Sains : "Gandakan Tepung Anda!"

Pengenalan

Pelajar agak sukar memahami konsep mikroorganisma kerana


ia sukar dilihat dengan mata kasar. Cubalah aktiviti di bawah
untuk menunjukkan bahawa mikroorganisma merupakan
benda hidup dan melalui proses seperti pernafasan. Ia pasti
menakjubkan pelajar, tanpa mengambil masa yang lama.

Apa yang diperlukan?

1 cawan tepung gandum

Setengah cawan air suam

I sudu besar yis

1 sudu besar gula

Kain lembap

Apa yang perlu dibuat?

1. Buat adunan tepung, air, yis dan gula. Buat satu adunan lagi
tanpa mengggunakan yis. Ini digunakan sebagai kawalan.
Tutup kedua-duanya dengan kain lembap.

2. Biarkan selama 20 minit.

3. Minta pelajar laporkan apa yang diperhatikan.

Apa yang berlaku?

Mikroorganisma adalah hidupan yang sangat kecil.


Kebanyakannya tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan
hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop.
Mikroorganisma terdapat dalam pelbagai betuk dan saiz yang
berbeza. Terdapat pelbagai jenis mikroorganisma; antaranya
ialah bakteria, virus, protozoa dan kulat.

Apabila mikroorganisma bernafas, ia mengambil gas oksigen


dan membebaskan gas karbon dioksida. Gas oksigen
digunakan untuk mengurai makanan di mana tenaga
dibebaskan. Yis merupakan satu contoh mikroorganisma dan ia
adalah sejenis kulat. Yis digunakan secara meluas dalam
pembuatan roti. Semasa pembuatan roti, yis menghasilkan
gelembung-gelembung gas karbon dioksida yang boleh
mengembangkan roti.

Melalui eksperimen ini, pelajar akan dapat perhatikan bahawa


doh adunan bertambah banyak (menaik) dan kelihatan lubanglubang udara pada doh itu. Pernafasan yis menghasilkan gas
karbon dioksida yang menyebabkan terhasilnya lubang-luang
udara yang kelihatan pada doh. Gas ini memenuhi ruang di
dalam doh. Proses ini juga menyebabkan doh itu 'naik' atau
mengembang. Eksperimen ini juga menunjukkan bahawa
mikroorganisma adalah benda hidup yang menjalani proses
hidup seperti pernafasan.

Tahukah anda?

Yis bukan sahaja digunakan di dalam pembuatan roti, tetapi


juga di dalam pembuatan keju, tempe dan tapai. Ia juga
digunakan untuk menghasilkan minuman beralkohol. Di dalam
proses ini, yis menukarkan glukosa kepada etanol, yang
merupakan sejenis alkohol. Contohnya, yis diperam dengan jus
anggur di dalam penghasilan wain.

Cubalah!

Bancuh sedikit yis di dalam air dan masukkannya ke dalam air


berkarbonat. Yis akan menggunakan kandungan gula (dan
fruktosa) di dalam minuman itu. Salah satu dari keluaran
sampingan tindakan yis ini ialah pembebasan gas karbon
dioksida. Ini akan mengembangkan belon yang dimuatkan
pada leher botol minuman berkarbonat itu!
http://norazharishak.blogspot.com/p/author.html

Aktiviti : Perhiasan gantungan


Aktiviti : Tiga keadaan jirim
Aktiviti : Payung penguat bunyi
Aktiviti : Puting beliung di dalam botol
Aktiviti : Hoverkraf Botol Plastik
Aktiviti : Sains Rekacipta
Aktiviti : Buruj Kacang Hijau
Aktiviti : Lagu Rantaian Makananan
Aktiviti : Gandakan Tepung Anda
Aktiviti : Magika Jus Sayuran
Aktiviti : Model Seni Pipe Cleaner
Aktiviti : Simulasi Keperluan Asas Tumbuhan
Aktiviti : Pertandingan Rekacipta Struktur
Aktiviti : Telur tenggelam timbul
Aktiviti : Buku Skrap haiwan terancam dan haiwan pupus
Aktiviti : Ilusi bintang bertukar / Science Activity : Illusion of the changing star
Aktiviti : Buruj Sticky Dot
Aktiviti : Poliklipkertas
Aktiviti : Ilusi tangan berlubang
Aktiviti : 9 paku tergantung seperti di awang-awangan!
Aktiviti : Pepejal + Cecair = Gas!
Aktiviti : Mari bermain Kejar-Padan-Menang dan pelajari tentang haiwan dan struktur
pernafasannya!

Anda mungkin juga menyukai