Anda di halaman 1dari 137

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN, MOTIVASI DAN PENCAPAIAN PELAJAR


SEMESTER SATU DALAM MODUL MATEMATIK KEJURUTERAAN

Azrul Mahfurdz
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Mukah Sarawak
Saifuddin Semail
Jabatan Matematik, Sains & Komputer
Politeknik Sandakan Sabah

ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti hubungan gaya pembelajaran, motivasi
dengan pencapaian pelajar semester 1 dalam Modul Matematik Kejuruteraan. Seramai 297
orang pelajar semester 1 dari beberapa jabatan yang berbeza telah dipilih sebagai sampel.
Instrumen yang digunakan adalah Inventori Pembelajaran Di Sekolah oleh Selmes (1987)
yang telah mengemukakan empat gaya pembelajaran iaitu permukaan, mendalam, terancang
dan gigih usaha. Data pencapaian matematik pelajar pula telah diambil daripada keputusan
peperiksaan akhir semester. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan
menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences15.0). Hasil analisis
deskriptif mendapati bahawa kebanyakkan pelajar mengamalkan keempat-empat gaya
pebelajaran. Bagi faktor motivasi, didapati nilai motivasi dalaman lebih tinggi berbanding
motivasi luaran. Analisis kajian turut menemukan hubungan yang signifikan di antara gaya
pembelajaran dan motivasi. Walaubagaimanapun didapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara gaya pembelajaran dan pencapaian pelajar.

1.0 PENGENALAN
Pembangunan politeknik-politeknik di Malaysia bermula dari aspirasi negara ke arah menjadi
sebuah negara perindustrian dan seterusnya meningkatkan daya saing dalam pasaran ekonomi
dunia. Penubuhan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPTM adalah
bertujuan untuk melatih bakal pekerja separa profesional bagi menampung keperluan sumber
manusia dalam jurusan teknikal, perdagangan dan perkhidmatan. Sumber tenaga kerja terlatih
dalam bidang teknikal adalah suatu keperluan yang penting.
Program yang ditawarkan di politeknik yang merangkumi bidang teknikal, perdagangan dan
perkhidmatan sememangnya memerlukan pelajar mempunyai pengetahuan matematik yang
secukupnya. Pengetahuan asas yang kuat dalam bidang matematik adalah penting dalam
masyarakat kita yang menuju kearah sebuah negara maju yang berteraskan sains dan
teknologi (Angela, 2001).
Pembelajaran matematik dalam kurikulum politeknik haruslah dirancang supaya mencapai
matlamatnya, iaitu untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan minat pelajar
dalam matematik. Pelajar diharapkan akan berupaya menggunakan matematik secara efektif
untuk menyelesaikan masalah serta mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

digunakan dalam subjek-subjek lain dan berfungsi secara produktif dalam kerjaya masa
hadapan mereka.
Pembelajaran matematik seringkali dianggap sebagai sesuatu yang sukar dan membosankan
kerana proses pembelajaran berlangsung dalam struktur bilik darjah tradisional, matematik
lebih menekankan penghafalan formula dan latih tubi, kemahiran menjawab soalan
peperiksaan dan pengajaran yang berpusatkan guru (Koh Lee Ling et al, 2008). Selain dari
itu, menurut Salawati (1998) faktor lain yang menyebabkan kemerosotan pencapaian pelajar
adalah disebabkan oleh pencapaian awal, kemahiran asas, minat, sikap, motivasi dan
kemahiran menyelesaikan masalah. Oleh yang demikian, adalah penting pelbagai cara
digunakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik sehingga ke tahap yang
cemerlang dan salah satu cara tersebut adalah melalui strategi pendekatan pembelajaran
pelajar.

2.0 PENYATAAN MASALAH


Pencapaian pelajar yang rendah dan kelemahan dalam mata pelajaran matematik haruslah
ditangani dan diambil perhatian dengan lebih teliti. Ini adalah kerana, kelemahan di dalam
subjek ini akan menjejaskan pembelajaran pelajar di sesebuah institusi pendidikan. Menurut
Norlia et al (2006), kelemahan dalam mata pelajaran ini boleh mengakibatkan kurangnya
peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mengikuti kursus
tertentu yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran matematik tambahan. Oleh yang
demikian, adalah penting pelbagai cara digunakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar
dalam matematik. Salah satu cara tersebut adalah melalui strategi pendekatan pembelajaran
atau pun gaya pembelajaran pelajar.
Pelbagai kajian telah dijalankan berkaitan gaya pembelajaran pelajar. Antaranya adalah
kajian yang dijalankan oleh Mokhtar Ishak & Rohani Ahmad (2001) untuk menentukan
hubungan pencapaian penyelesaian matematik dengan gaya belajar pelajar. Dalam kajian
berkenaan dapatan menunjukkan gaya belajar mempengaruhi pencapaian penyelesaian
matematik pelajar. Pensyarah seharusnya mengambil berat tentang cara seseorang pelajar itu
belajar. Namun begitu, apa yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung pensyarah kurang memberi penekanan tentang gaya pembelajaran yang sesuai
dan patut digunakan oleh pelajar. Oleh yang demikian, adalah penting seseorang pensyarah
mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar serta membantu mereka supaya mengamalkan gaya
pembelajaran yang dapat meningkatkan pencapaian mereka.
Selain daripada itu, kajian yang dijalankan oleh Norhani Bakri et al (2005) untuk
mengenalpasti punca prestasi pembelajaran yang lemah di kalangan pelajar mendapati
bahawa salah satu punca adalah faktor teknik belajar. Dalam kajian tersebut didapati cara
pembelajaran yang tidak konsisten dan tiada inisiatif untuk berusaha sendiri dengan mencari
bahan rujukan di perpustakaan merupakan faktor yang menjejaskan prestasi pembelajaran.
Oleh kerana gaya pembelajaran turut memainkan peranan penting dalam pencapaian pelajar,
maka satu kajian berkaitan gaya pembelajaran haruslah dibuat untuk melihat sejauh manakah
ia mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik di politeknik.

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

3.0 KERANGKA KOSEPTUAL


Nor Azan et al (2004) telah mengakaji kebolehan kognitif, pengetahuan yang lepas dan gaya
pembelajaran memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Hasil kajian tersebut mendapati
sifat individu seperti gaya pembelajaran boleh memberi kesan kepada hasil pencapaian
pelajar. Sementara itu, hasil kajian yang diperolehi daripada Erica et al (2006) menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan gaya pembelajaran di antara pelajar lelaki dan perempuan.

GAYA PEMBELAJARAN

PERMUKAAN

MENDALAM

TERANCANG

GIGIH USAHA

PENCAPAIAN
MATEMATIK PELAJAR

DORONGAN MOTIVASI

DALAMAN

LUARAN

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian


Satu kerangka konseptual telah dibentuk dan diubah suai daripada model Bryant (1974)
dalam kajian yang telah dibuat oleh Norlia et al (2006). Berdasarkan kerangka koseptual yang
dibentuk (ditunjukkan dalam Rajah 1), gaya pembelajaran dan dorongan motivasi akan
mempengaruhi pencapaian matematik pelajar.

4.0 PERSOALAN KAJIAN


Tujuan kajian adalah untuk melihat hubungan antara gaya pembelajaran dengan dorongan
motivasi pensyarah mempengaruhi pencapaian matematik pelajar. Kajian yang dijalankan ini
juga betujuan untuk melihat perbezaan gaya pembelajaran pelajar sijil dan diploma. Secara
terperinci kajian yang dijalankan adalah untuk menjawab persoalan kajian seperti berikut:
i. Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar dalam mata pelajaran
Matematik?
ii. Apakah motivasi yang mendorong pelajar belajar?
iii. Adakah terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dan motivasi?
iv. Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran mengikut pencapaian?

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

5.0 HIPOTESIS KAJIAN


Berdasarkan tujuan kajian, hipotesis telah dibina untuk melihat hubungan gaya pembelajaran,
dorongan motivasi pensyarah dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik iaitu:
i. Tidak ada perhubungan signifikan antara motivasi dan gaya pembelajaran.
ii. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan gaya pembelajaran mengikut
pencapaian.

6.0 METODOLOGI
6.1 Reka bentuk kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah merupakan kajian tinjauan. Kaedah ini dipilih kerana
limitasi masa yang terhad dan mempertimbangkan dari segi kos dan tenaga. Di samping dapat
mengumpul jawapan responden dengan cepat, ia juga banyak digunakan dalam kajian untuk
menghuraikan sikap, pendapat, kepercayaan, perasaan, kualiti perkhidmatan, produk, tingkah
laku dan sebagainya. Kajian yang dijalankan ini juga hanya melibatkan kelompok yang kecil
sahaja. Oleh demikian, penggunaan kaedah kajian tinjauan ini adalah bersesuaian.
6.2 Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian adalah seramai 1300 orang pelajar semester satu yang mengambil kursus
Matematik Kejuruteraan di Politeknik Mukah Sarawak. Daripada jumlah populasi tersebut
seramai 297 orang telah dipilih sebagai sampel secara rawak dalam kajian. Pemilihan jumlah
sampel ini adalah berdasarkan kepada jadual penentuan saiz sampel yang telah dikemukakan
oleh Krejcie dan Morgan (1970) dalam Chua Yan Piaw (2006).
6.3 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian untuk menjawab persoalan
kajian yang telah dikemukan. Soal selidik yang diguna adalah berdasarkan Inventori
Pembelajaran di sekolah oleh Selmes (1987) dalam Norlia et al (2006) yang mengemukakan
empat gaya pembelajaran iaitu gaya mendalam, gaya permukaan, gaya terancang dan gaya
gigih usaha. Gaya kelima, gaya dorongan telah diubah suai untuk mengukur motivasi luaran
dan dalaman. Soal selidik yang dibina mempunyai enam bahagian. Susunan bahagian
tersebut seperti berikut:
A.
B.
C.

Faktor Demografi
Gaya Mendalam
Gaya Permukaan

D.

Gaya Terancang
E.
Gigih Usaha
F.
Motivasi

6.4 Prosedur kajian


Sebelum soal selidik kajian diedarkan kepada sampel satu kajian rintis terlebih dahulu
dilakukan. Seramai 30 orang telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang dibina. Tujuan
kajian rintis dijalankan adalah untuk memastikan item soalan yang digunakan bersesuaian
dengan kajian, mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Nilai
kebolehpercayaan diukur dengan menggunakan nilai pekali alfa dengan bantuan pakej SPSS
4

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

(Statistical Packages for Social Sciences15.0). Setelah ujian dijalankan didapati nilai
Cronbach Alpha bagi setiap bahagian ialah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Secara
umumnya nilai tersebut agak baik dan membolehkan instrumen ini digunakan dalam kajian.
Jadual 1: Nilai Cronbach Alpha Kebolehpercayaan Item
Jenis Item
Cronbach Alpha
Gaya Permukaan
0.852
Gaya Mendalam
0.829
Gaya Terancang
0.629
Gaya Gigih Usaha
0.864
Motivasi
0.874
6.5 Penganalisaan Data
Soal selidik yang telah dikutip disemak bagi memudahkan data dimasukkan dan dianalisis
menggunakan perisian SPSS. Dalam kajian ini, analisis yang dilakukan melibatkan statistik
diskriptif dan inferensi. Penggunaan statistik diskriptif adalah bertujuan untuk mendapatkan
nilai min, peratusan, kekerapan dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian pertama
dan kedua. Manakala bagi statistik inferensi pula, terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu
Ujian Kolerasi Pearson bagi menjawab persoalan kajian ketiga dan ujian - t sampel bebas
untuk menjawab persoalan kajian keempat.

7.0 DAPATAN KAJIAN


7.1 Gaya Pembelajaran Diamalkan Oleh Pelajar
Persoalan kajian pertama adalah untuk melihat gaya pembelajaran yang diamalkan oleh
pelajar ketika belajar Matematik Kejuruteraan 1. Jadual 2 menunjukkan hasil data yang
diperolehi daripada 297 sampel di mana catatan min terendah adalah gaya terancang dengan
bacaan 3.04. Bagi gaya permukaan dan gaya gigih usaha mempunyai bacaan min yang sama
iaitu sebanyak 3.20. Manakala bagi gaya pembelajaran mendalam pula mencatatkan bacaan
tertinggi sebanyak 3.21.
Jadual 2: Skor Min Dan Sisihan Piawai Mengikut Gaya Pembelajaran
Gaya Pembelajaran
Skor min Sisihan piawai
Gaya Permukaan
3.20
0.38
Gaya Mendalam
3.21
0.40
Gaya Terancang
3.11
0.38
Gaya Gigih Usaha
3.20
0.46
Hasil analisis turut menunjukkan keseluruhannya nilai min bagi empat gaya tersebut tidak
menunjukkan perbezaan yang banyak dan ini menunjukkan bahawa pelajar tidak hanya
menggunakan satu gaya sahaja dalam mempelajari modul Matematik Kejuruteraan 1.
7.2 Gaya Pembelajaran Permukaan
Hasil analisis setiap item, didapati kebanyakan pelajar memerlukan penerangan yang
terperinci oleh pensyarah mereka tentang tugasan yang perlu dibuat. Kenyataan ini dapat
dilihat melalui nilai min yang ditunjukkan, di mana item tersebut menyumbang nilai min
5

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

yang paling tinggi dalam gaya pembelajaran terancang sebanyak 3.58. Selain itu, pelajar juga
dilihat memerlukan penerangan terperinci pensyarah dalam mengambil nota, perkara yang
perlu ditekankan semasa membaca dan penekanan semasa ulang kaji. Bagi catatan min
terendah pula, diperolehi bahawa kebanyakkan pelajar tidak menghafal nota mereka semasa
mengulang kaji iaitu dengan nilai sebanyak 2.52 (lihat Jadual 3).

Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Jadual 3: Min dan Sisihan Piawai Item Soalan Gaya Permukaan


Item Pembelajaran Mendalam
Memerlukan penerangan terperinci tentang kerja yang perlu dibuat
Memerlukan penerangan terperinci apa yang perlu dicatat semasa
mengambil nota
Menumpukan perhatian kepada setiap fakta apabila membaca
Memerlukan penerangan terperinci apa yang perlu dilakukan dalam
pembacaan
Mengingat kembali apa yang ditulis dalam nota
Memerlukan penerangan terperinci apa yang perlu dibuat semasa
mengulang kaji
Membuat nota hanya tentang isi penting yang perlu dipelajari
Menumpukan kepada fakta apabila mengulang kaji
Menghafal semua fakta semasa mengulang kaji
Menghafal semua nota semasa membaca
Menulis nota yang kebanyakkan mengandungi maklumat berfakta sahaja
Menyusun kebanyakkan nota secara sistematik

Min S.P
3.58 0.62
3.33 0.67
3.30 0.59
3.21 0.65
3.30 0.56
3.36 0.63
3.37
3.28
2.86
2.52
2.95
2.95

0.63
0.65
0.77
0.77
0.71
0.71

7.3 Gaya Pembelajaran Mendalam


Berdasarkan Jadual 4, diperolehi nilai bacaan min terendah adalah pelajar tidak mencuba
memasukkan pandangan sendiri ketika mengambil nota dengan bacaan 2.94. Secara
keseluruhannya catatan menunjukkan bahawa, gaya pembelajaran dalaman yang diamalkan
oleh pelajar dalam modul Matematik Kejuruteraan 1 ini hanya berada pada paras sederhana
sahaja.
Jadual 4: Min dan Sisihan Piawai Item Soalan Gaya Mendalam
Item Pembelajaran Mendalam
Bil.
1.
Berbincang dengan pelajar lain tentang topik semasa mengulang kaji
2.
Meringkaskan bahan penting semasa membuat nota
Mengenalpasti maksud yang tersirat semasa membaca sesuatu isi
3.
pelajaran
4.
Merumuskan kaedah yang digunakan semasa menyelesaikan masalah
5.
Meringkaskan isi pelajaran semasa mengulang kaji
6.
Cuba menghubungkan pelbagai aspek semasa mengulang kaji
7.
Cuba mengambil kira pelbagai aspek berhubung semasa menjawab soalan
Cuba mentafsirkan pertalian antara pelbagai aspek yang ditemui semasa
8.
membaca
9.
Cuba bertanya kepada diri sendiri beberapa soalan daripada pembacaan
10. Cuba mencantumkan nota pelajaran daripada pelbagai sumber
11. Cuba memberi pendapat sendiri apabila berpeluang
12. Cuba memasukkan pandangan sendiri semasa mengambil nota

Min S.P
3.34 0.62
3.46 0.55
3.30 0.63
3.38
3.32
3.20
3.18

0.55
0.58
0.61
0.58

3.09 0.63
3.13
3.10
3.11
2.94

0.73
0.72
0.64
0.72

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

7.4 Gaya Pembelajaran Terancang


Jadual 5 menunjukkan item soalan yang dikemukakan dalam gaya pembelajaran terancang.
Daripada analisis didapati, secara keseluruhannya nilai min yang diperolehi dalam gaya
pembelajaran ini adalah merupakan catatan min terendah berbanding gaya pembelajaran lain.
Antara item yang diperhatikan rendah dalam gaya pembelajaran terancang adalah seperti
pelajar tidak membaca, mengulang kaji dan membuat nota dengan cepat. Walaupun terdapat
beberapa item yang mendapat nilai min yang rendah. Ini tidak memberi maksud pelajar tidak
merancang pembelajaran mereka kerana masih terdapat item-item lain yang berada pada
paras sederhana.
Jadual 5: Min dan Sisihan Piawai Item Soalan Gaya Terancang
Item Pembelajaran Terancang
Bil.
1.
Merangka jawapan terlebih dahulu sebelum menjawab soalan ujian
2.
Memperuntukkan masa yang mencukupi untuk membuat nota sendiri
3.
Membaca nota sepantas mungkin
Memperuntukkan masa yang mencukupi untuk membuat nota yang
4.
diperlukan
5.
Mencuba membuat nota secepat mungkin
6.
Mencuba membuat ulangkaji secepat mungkin
Memperuntukkan masa yang mencukupi untuk membuat rujukan
7.
tambahan dengan sempurna
8.
Memperuntukkan masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran
Memperuntukkan masa untuk mengulangkaji pelajaran dengan gaya
9.
sendiri
10. Merancang supaya ulang kaji pelajaran dapat dilaksanakan dengan teliti
11. Merancang kerja-kerja pelajaran dengan cukup sempurna

Min S.P
3.14 0.77
3.20 0.63
2.58 0.85
3.22 0.60
2.70 0.81
2.67 0.78
3.29 0.61
3.37 0.59
3.38 0.55
3.37 0.60
3.31 0.66

7.5 Gaya Pembelajaran Gigih Usaha


Secara keseluruhannya min bagi gaya pembelajaran gigih usaha hanya berada pada paras
sederhana sahaja. Didapati item untuk pelajar mencari kelemahan apabila prestasi
pembelajaran menurun adalah merupakan nilai min tertinggi iaitu sebanyak 3.49. Data kajian
turut menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar banyak bergantung kepada pensyarah dan
tidak berdikari kerana sentiasa menunggu arahan darpada pensyarah untuk membaca dan
mengulang kaji pelajaran (lihat Jadual 6).
Jadual 6: Min dan Sisihan Piawai Item Soalan Gaya Gigih Usaha
Item Pembelajaran Gigih usaha
Bil.
1.
Mencari punca kelemahan apabila prestasi menurun
Menggunakan beberapa buku lain untuk membuat tugasan selain nota
2.
yang diberikan pensyarah
3.
Menyiapkan sesuatu tugasan secepat mungkin
4.
Membuat nota sendiri apabila ada kesempatan
5.
Berusaha menyelesaikan masalah matematik walaupun ia sukar
6.
Membaca apa yang perlu tanpa menunggu arahan pensyarah
7.
Mengulang kaji semua topik tanpa menunggu arahan pensyarah
8.
Menyiapkan tugasan lebih awal dari masa yang ditetapkan oleh pensyarah
9.
Membuat latihan yang banyak secara sendiri

Min S.P
3.49 0.61
3.27 0.68
3.09
3.19
3.31
3.07
3.04
3.19
3.10

0.72
0.63
0.61
0.75
0.72
0.67
0.75
7

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

10.
11.
12.

Jadual 6: Min dan Sisihan Piawai Item Soalan Gaya Gigih Usaha (Samb.)
Mengulangi latihan yang telah di buat beberapa kali untuk menambah 3.31 0.67
kefahaman
Menggunakan beberapa buah buku lain selain nota pensyarah sebagai 3.16 0.74
rujukan
Berjumpa dengan pensyarah untuk bertanya masalah matematik yang 3.24 0.78
sukar untuk diselesaikan sendiri.

7.6 Motivasi
Analisis yang dilakukan dalam kajian ini juga ingin melihat faktor motivasi di kalangan
pelajar. Hasil daripada analisis didapati,nilai min motivasi dalaman lebih tinggi berbanding
motivasi luaran seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.
Jadual 7: Min dan Sisihan Piawai Dorongan Motivasi
Min S.P
Bil. Dorongan Motivasi
1.
Motivasi dalaman
3.45 0.51
2.
Motivasi Luaran
3.03 0.61

Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Jadual 8: Min dan Sisihan Piawai Item Soalan Motivasi


Item Dorongan Motivasi
Dalaman
Merasa gelisah apabila ketinggalan dalam pelajaran
Ingin mempunyai markah yang tinggi daripada pelajar lain
Merasa malu apabila tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam
pelajaran
Ingin melakukan tugasan yang lebih baik daripada pelajar lain
Merasa gelisah apabila ketinggalan dalam kerja-kerja akademik
Luaran
Ingin Pensyarah tahu dia adalah pelajar terbaik
Ingin pensyarah tahu dia adalah pelajar yang boleh diharap
Merasa seronok bersaing dengan pelajar lain dalam kerja-kerja akademik
dan tugasan
Ingin tunjuk kepada pensyarah bahawa dia telah mencuba sedaya upaya
Merasa bimbang apabila pensyarah mengkritik tugasannya

Min

S.P

3.41 0.73
3.56 0.63
3.33 0.70
3.52 0.60
3.42 0.69
2.68 0.90
2.87 0.90
3.36 0.68
3.24 0.78
3.04 0.88

Daripada analisis setiap item soalan pula, diperolehi bahawa kebanyakkan pelajar bersikap
ingin bersaing di antara satu sama lain seperti ditunjukkan dalam item motivasi dalaman.
Pelajar dilihat inginkan markah yang lebih tinggi berbanding pelajar lain dan ingin
melakukan tugasan lebih baik daripada pelajar lain mempunyai nilai min yang tinggi. Perkara
yang sama turut diperoleh dalam item soalan motivasi luaran, di mana pelajar merasa seronok
bersaing dengan pelajar lain dalam kerja-kerja akademik juga mencatatkan nilai min
tertinggi. Namun begitu, bagi dorongan motivasi luaran terdapat juga item yang rendah iaitu
ingin pensyarah mereka tahu mereka adalah pelajar terbaik dan ingin pensyarah tahu mereka
adalah pelajar yang boleh diharap dengan catatan min masing-masing adalah 2.68 dan 2.87
(lihat Jadual 8).

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

7.7 Hubungan Gaya Pembelajaran dan Motivasi


Hasil analisis kolerasi mendapati terdapat kolerasi yang sederhana kuat antara gaya
pembelajaran terancang dan motivasi dalaman ( r = 0.51). Bagi pemboleh ubah yang lain
didapati semuanya berada pada paras yang lemah sahaja. Kolerasi antara gaya pembelajaran
dan motivasi dapat dilihat dalam Jadual 9 di bawah. Semua kolerasi tersebut signifikan pada
aras p < 0.01.
Jadual 9: Pekali Pearson Motivasi Dengan Gaya Pembelajaran
Motivasi
Gaya
Dalaman Luaran
Pembelajaran
1.
Gaya Permukaan
0.46**
0.38**
2.
Gaya Mendalam
0.43**
0.33**
3.
Gaya Terancang
0.51**
0.45**
4.
Gaya Gigih Usaha
0.34**
0.32**
** signifikan pada aras 0.01
7.8 Perbezaan Gaya Pembelajaran Mengikut Pencapaian
Hasil ujian t yang ditunjukkan dalam Jadual 10 mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan gaya pembelajaran permukaan, dalaman, terancang dan gigih usaha mengikut
pencapaian pelajar. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar yang lulus dan gagal
mengamalkan gaya pembelajaran yang sama. Oleh demikian, gaya pembelajaran pelajar tidak
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Modul Matematik Kejuruteraan 1.
Jadual 10: Ujian - t Gaya Pembelajaran Mengikut Pencapaian Pelajar
Gaya
Min
t
p
Frekuensi Pencapaian, n
Pembelajaran
0.549
0.583
Lulus
249
3.22
Permukaan
Gagal
48
3.19
-0.010 0.992
Lulus
249
3.21
Dalaman
Gagal
48
3.21
Lulus
249
3.17
1.122
0.263
Terancang
Gagal
48
3.10
Lulus
249
3.21
0.132
0.895
Gigih Usaha
Gagal
48
3.20
Nota: Signifikan pada aras p = 0.05

8.0 PERBINCANGAN
Hasil kajian yang telah dilaksanakan mendapati bahawa keempat-empat gaya pembelajaran
yang diamalkan oleh pelajar tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Secara
keseluruhannya pelajar tidak hanya menggunakan satu gaya pembelajaran sahaja dalam
mempelajari modul Matematik Kejuruteraan. Dapatan kajian yang diperolehi ini, disokong
oleh kajian lepas yang telah dilakukan oleh Norlia et al (2006) yang turut mendapat
keputusan yang sama. Bagi analisa item gaya pembelajaran, didapati kebanyakkan pelajar
terlalu bergantung kepada apa yang disampaikan oleh pensyarah semata-mata, pelajar tiada
9

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

inisiatif untuk mencari bahan tambahan. Pelajar dilihat memerlukan penerangan terperinci
apa yang perlu dilakukan semasa membaca, membuat tugasan dan mengulang kaji. Sikap
seperti ini sudah tentulah akan merugikan pelajar itu sendiri, untuk mendapat keputusan yang
cemerlang pelajar seharusnya berdikari dan berusaha gigih dalam mengusai pembelajaran
dengan mencari nota-nota tambahan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pensyarah.
Selain itu, pensyarah juga harus sedar bahawa kaedah pengajaran matematik haruslah
mengambil kira peralihan pelajar dari pembelajaran di sekolah ke peringkat IPT. Sebagai
tambahan pelajar perlu didedahkan kepada bagaimana untuk membangunkan gaya
pembelajaran sendiri oleh pelajar (Yudariah & Roselainy, 2001).
Bagi analisis kolerasi yang telah dibuat untuk melihat hubungan antara gaya pembelajaran
dan motivasi, keputusan menunjukkan bahawa hanya gaya pembelajaran terancang dan
motivasi dalaman sahaja menunjukkan hubungan sederhana kuat. Bagi gaya lain keputusan
yang diperolehi hanya menunjukkan hubungan berada pada paras lemah sahaja. Motivasi
merupakan suatu perkara yang penting kepada pelajar terutama sekali kepada pelajar baru
yang memasuki IPT. Peralihan kepada persekitaran pembelajaran yang baru kadang kala akan
menjadikan pelajar tertekan dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa.
Menurut Norhani Bakri et al (2005), prestasi pembelajaran adakalanya dipengaruhi oleh
faktor pergaulan, minat serta motivasi pelajar. Cara pembelajaran di peringkat IPT yang
memerlukan perbincangan dan kerja kumpulan menimbulkan masalah bagi mereka yang
telah biasa belajar bersendirian dan tidak suka bergaul. Oleh demikian, amat perlu pelajarpelajar ini diberikan motivasi dan didedahkan dengan gaya pembelajaran yang sesuai di IPT.
Pendekatan seperti ini boleh dilakukan dengan menganjurkan program-program seperti
motivasi, klinik dan bengkel.
Bagi analisis yang dibuat untuk melihat adakah wujud perbezaan gaya pembelajaran bagi
pelajar lulus dan gagal, keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan gaya
pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar. Secara keseluruhan dalam kajian ini, bolehlah
dinyatakan di sini bahawa gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar tidak
mempengaruhi pencapaian mereka dalam modul Matematik Kejuruteraan 1.

9.0 KESIMPULAN
Secara umumnya kajian yang dijalankan ini hanya melihat faktor gaya pembelajaran dan
motivasi sahaja dalam mempengaruhi pencapaian pelajar. Walaupun hasil dapatan
menunjukkan keputusan yang sebaliknya, sebagai seorang pensyarah adalah menjadi suatu
yang penting untuk mengetahui gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajarnya, ini
adalah kerana setiap pelajar sudah tentunya mengamalkan cara belajar yang berlainan di
antara satu sama lain. Melalui maklumat ini sudah tentulah pensyarah akan lebih bersedia dan
dapat merancang aktiviti penganjaran dengan lebih baik dan sesuai untuk pelajar-pelajarnya.
Secara kesimpulannya, kajian ini telah dapat mengenalpasti gaya belajar dan tahap motivasi
pelajar yang diamalkan oleh pelajar dalam mempelajari Kursus Matematik Kejuruteraan 1.
Walaubagaimanapun, pengkaji tidak dapat mengenalpasti punca yang menyebabkan pelajar
gagal dalam modul ini. Oleh demikian satu kaji lanjutan perlu dilakukan bagi melihat puncapunca tersebut. Antara punca lain yang boleh boleh dikaji adalah seperti pencapaian awal,
sikap, latar belakang akademik, kualiti pensyarah dan kaedah pengajaran.

10

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

10.0 RUJUKAN
Angela Anthonysamy. 2001. Perkembangan pemikiran matematik pada peringkat awal
kanak-kanak: Satu pendekatan konstruktivsme. Prosiding seminar penyelidikan
pendidikan sains & matematik Sarawak 2001.
Bamidele A. Adesunloge, Oluranti Aladesanmi, Marshaleen henriques dan Chinedu Ivonye.
2008. The preferred learning among residents and faculty members of an internal
medicine residency program. Journal of the national medical association. Vol 100, No
2.
Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan statistik penyelidikan buku 1 kaedah penyelidikan. Kuala
Lumpur : McGraw Hill (Malaysia).
Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan statistik penyelidikan buku 2 asas statistik penyelidikan.
Kuala Lumpur : McGraw Hill (Malaysia).
Erica A. Wehrwein, Heidi L. Lujan dan Stephen E. Dicarlo. 2007. Gender differences in
learning style preferences among undergraduate physiology students. Advances in
physiologi education. 31 : 153 -157.
Julie E. Sharp. 2001. Teaching teamwork communication with Kolb learning style theory.
ASEE/IEEE Frontiers in education conference proceedings.
Koh Lee Ling, Choy Sau Kam, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan. 2008.
Kesan pembelajaran koperatif terhadap sikap dan pencapaian matematik bagi muridmurid sekolah rendah di sekitar Bandar Kuching. Jurnal penyelidikan IPBL Jilid 8
Mokhtar Ishak dan Rohani Ahmad. 2001. Hubungan pencapaian penyelesaian masalah
matematik dengan gaya belajar dan faktor-faktor bekaiatan di kalangan pelajar sekolah
menengah rendah. Prosiding seminar penyelidikan pendidikan sains dan matematik
Sarawak 2001.
Norasmah Othman dan Siti Rashidah Othman. 2006. Gaya pembelajaran Kolb dalam
matapelajaran Biologi. Jurnal Teknologi 40(E) 45 - 58.
Nor Azan Hj Mat Zin, Halimah Badioze Zaman dan Shahrul Azman Mohd Noah. 2004.
Individual instruction : Learning styles and mathematics ability diagnostic tool.
Procceding series, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Norhani Bakri, Noor Zainab Abd. Razak, Hamidah AB. Rahman dan Aminah Ahamad
Khalid. 2005. Punca prestasi pembelajaran yang lemah di kalangan pelajar Fakulti
Pengurusan dan Pembangunan Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Jurnal Teknologi 43(E), 29 44.
Norlia Abd Aziz, T. Subahan M, Meerah, Lilia halim dan Kamisah Osman. 2006. Hubungan
antara motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian matematik tambahan pelajar
tingkatan 4. Jurnal Pendidikan 31 123-141.
Saemah rahman dan John Arul Phillip. 2006. Hubungan antara kesadaran metakognasi,
motivasi dan pencapaian akademik pelajar universiti. Jurnal Pendidikan 31 21-39.
Sheri Clark, Elaine Seat dan Fred Weber. 2000. The performance of engineering students on
the group embedded figures test. ASEE/IEEE Frontiers in education conference
proceedings.
Salawati Hamid. 1998. Hubungan minat, sikap, motivasi dan kemahiran asas dengan
pencapaian pelajar dalam matematik. Latihan Ilmiah, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Yudariah Mohd. Yusof dan Roselainy Abdul Rahman. 2001. Mathematics education at
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) : Learning from experience. Jurnal teknologi
34(E), 9-24.

11

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

PENYELARASAN KOD KUMPULAN PELAJAR JABATAN (KKPJ)


DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

Samsudin Mohd Saleh


Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Kuching Sarawak
Ho Yoong Chow
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Kuching Sarawak

ABSTRAK
Penggunaan sistem pengkodan untuk kumpulan pelajar jabatan yang berbeza-beza oleh setiap
jabatan akademik seringkali menyebabkan kesulitan sistem pengrekodan dan pemahaman
umum. Satu set Kod Kumpulan Pelajar Jabatan (KKPJ) diperkenalkan berdasarkan kepada
semester pengajian, kelayakan akademik dan kes khas yang dihadapi sepanjang pengajian.
Kumpulan kod pertama merupakan kod seksyen pelajar yang berkelayakan Sijil Pelajar
Malaysia (SPM) atau setaraf. Kumpulan kod kedua merupakan kod sekyen bagi pelajar
berkelayakan akademik yang lebih tinggi daripada SPM atau setaraf. Kumpulan kod ketiga
merupakan kod yang diberi kepada kumpulan pelajar yang terlibat dalam kes-kes khas dan
akan menyebabkan perlanjutan pengajian di politeknik.

1.0 PENGENALAN
Politeknik Kuching Sarawak merupakan satu instititusi pendidikan yang menawarkan
pelbagai program pengajian melalui enam jabatan akademik setiap semester pengajian.
Walaupun setiap program mempunyai kod singkatan yang telah ditetapkan oleh pihak
Jabatan Pengajian Politeknik, namun pelajar-pelajar harus dikumpulkan ke dalam kumpulan
yang berasingan mengikut semester pengajian masing-masing. Justeru itu, pelbagai jenis
sistem pengkodan kumpulan pelajar di setiap jabatan telah diwujudkan.
Sistem pengkodan ini digunakan untuk pelbagai tujuan di peringkat politeknik. Sistem
pengkodan yang berbeza-beza bukan sahaja menyusahkan sistem pengrekodan, malah
menyebabkan kesulitan dari segi pemahaman umum.
Walau bagaimanapun, penyelarasan sistem pengkodan harus mempertimbangkan pelbagai
jenis kes yang mungkin dihadapi oleh kumpulan pelajar seperti tangguh latihan industri,
tangguh pengajian, gantung pengajian, penilaian khas dan sebagainya yang akan
menyebabkan kumpulan pelajar tersebut tidak dapat menamatkan pengajian di politeknik
dalam tempoh maksimum yang ditetapkan, ataupun kelayakan akademik yang berlainan yang
membolehkan pelajar tamat pengajian lebih awal daripada pelajar semasa seperti program
integasi.

12

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

1.1 Objektif Penyelarasan


i. Kod Kumpulan Pelajar Jabatan (KKPJ) baru dicadangkan untuk penyelarasan
penggunaan sistem pengkodan kumpulan pelajar di setiap jabatan akademik yang
mempunyai pelajar sendiri.
ii. KKPJ ini mencadangkan sistem pengkodan yang melibatkan kumpulan pelajar
yang kemasukan dengan kelayakan akademik Sijil Pelajar Malaysia (SPM/SPMV)
dan selain SPM/SPMV. Selain itu, kod ini juga mencadangkan pengumpulan
pelajar mengikut kes khas sepanjang pengajian di Politeknik Kuching Sarawak.

2.0 CADANGAN KOD


Kod yang dicadangkan menggunakan format yang mudah dibaca, mengandungi pemisah dan
ringkas. Dalam setiap kod yang dicadangkan, abjad yang digunakan adalah berhuruf besar.
Kandungan yang diperlukan untuk dikodkan adalah mengikut urutan berikut: Singkatan
Program diikut semester semasa, Kumpulan Pelajar (atau Kod Kelayakan Akademik Khas)Kod Kes Khas (jika ada). Kod tambahan mungkin diperlukan oleh jabatan-jabatan tertentu,
dan harus ditambahkan selepas kod kes khas. Format penulisan minimun dan format lanjutan
adalah seperti berikut:
Minimum: DDDxY, untuk Program Diploma, dan SSSxY untuk Program Sijil.
Lanjutan: DDDxY-KKz
(Catatan: Huruf x dan z perlu digantikan dengan nilai angka yang berkaitan).
2.1 Bidang yang Diperlukan
Singkatan Program (DDD / SSS): Kod Kumpulan Pelajar Jabatan untuk program diploma
atau sijil diikuti dengan tempoh pengajian (semester) semasa.
Huruf x selepas singkatan program merujuk kepada tempoh pengajian semasa pelajar.
Seksyen (Y): kumpulan pelajar, samada mengikut urutan abjab A hingga F, atau Program
Khas, iaitu Program Integrasi yang diberi kod P (masukan ke tahap 5), Q (masukan ke
tahap 3), atau R (masukan ke tahap 2); Program Secara Sambilan diberi kod S, dan
Program-program lain diberi kod L.
2.2 Bidang Tambahan
Kod Kes Khas (KK): kes yang menyebabkan lanjutan semester pengajian di politeknik.
Mempunyai dua aksara sahaja, diikuti dengan satu nilai angka yang menunjukkan bilangan
kali kes tersebut berlaku.
Huruf z selepas Kod Kes Khas merujuk kepada bilangan kali kes tersebut berlaku untuk
kumpulan pelajar tersebut.

13

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

2.3 Senarai Kod yang Digunakan


Jadual 1 menunjukkan kod seksyen kumpulan pelajar. Jadual 2 menunjukkan kod kelayakan
akademik khas. Jadual 3 menunjukkan kod kes khas.

BIL.
1.

KOD
A, B, C,
D, E, F

BIL.
1.

KOD
P, Q, R

2.

3.

BIL.
1.

KOD
GP

2.

ML

3.

PK

BIL.
4.

KOD
TD

5.

TL

6.

TP

Jadual 1: Kod Seksyen untuk Kumpulan Pelajar


HURAIAN
Kumpulan Pelajar: Kumpulan pelajar dalam setiap program
mengikut sesi pengambilan.

CONTOH
DDD1A

Jadual 2: Kod Kelayakan Akademik Khas


HURAIAN
CONTOH
Lulusan Sijil Politeknik (Integrasi): Pelajar dengan
DDD1P
kelayakan sijil Politeknik dan mengikut Program Integrasi; DDD1Q
P (Integrasi Tahap Semester 5), Q (Integrasi Tahap DDD1R
Semester 3), and R (Integrasi Tahap Semester 2).
Lulusan Lain: Pelajar dengan lulusan selain Sijil Politeknik
SSS1L
seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), dan sijil Kolej
Komuniti (telah melalui Program Foundation)
Program Secara Sambilan: Pelajar yang mengambil
DDD1S
Program Secara Sambilan di Politeknik Malaysia.
Jadual 3: Kod Kes Khas
HURAIAN
Gantung Pengajian: Pelajar dikenakan tindakan tatatertibgantung pengajian. Diambilkira sebagai satu semester
pengajian.
Mengulang Latihan industri: Mengulangi latihan industri,
maksimum sekali sahaja Diambilkira sebagai satu
semester pengajian.
Penilaian Khas: Pelajar semester akhir yang gagal satu
kursus sahaja dan diberi penilaian khas. Diambilkira
sebagai satu semester pengajian

Jadual 3: Kod Kes Khas (Samb.)


HURAIAN
Tidak Daftar Pengajian: Pelajar yang tidak daftar semula
di Politeknik dan tidak dapat dikesan. Menunggu tindakan
pihak berkenaan.
Tangguh Latihan Industri: Pelajar menangguh latihan
industri disebabkan jumlah kredit lulus tidak mencukupi.
Diambilkira sebagai satu semester pengajian
Tangguh Pengajian: Pelajar memperoleh kebenaran
menangguh pengajian. Tidak diambilkira sebagai satu
semester pengajian.

CONTOH
DDD2AGP1
DDD5AML1
DDD7APK1

CONTOH
DDD2ATD1
DDD4ATL1
DDD2ATP1

14

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

2.3.1 Bidang yang diperlukan: Singkatan Program


Satu sistem penomboran ditambahkan selepas setiap singkatan program yang digunakan
untuk mengenalpasti tempoh pengajian (semester) yang telah dilalui oleh kumpulan tersebut
di politeknik.
Setiap semester, sistem penomboran tersebut akan diubahsuai untuk menunjukkan bilangan
semester yang telah diikuti oleh kumpulan tersebut. Namun, nombor ini tidak semestinya
sama dengan tahap semester kursus yang diambil oleh kumpulan pelajar tersebut khasnya
apabila sesuatu kes khas wujud.
Namun, diingatkan bahawa semester pengajian kumpulan pelajar tidak semestinya sama
dengan tempoh pengajian. Semester pengajian semasa yang merujuk kepada struktur program
hanya ada empat (4) semester untuk program Sijil dan enam (6) semester untuk untuk
program Diploma.
Sebagai contoh, untuk pelajar Program Integrasi tahap 5 yang baru mendaftar, iaitu tempoh
pengajian yang pertama, KKPJ yang diberi adalah DDD1P, tetapi semester pengajian adalah
Semester Lima. Contoh kes tangguh latihan industri untuk pelajar program sijil pula, KKPJ
adalah SSS3A-TL1, tempoh pengajian tiga, tetapi masih semester Dua. Ketetapan ini
bertujuan untuk perbandingan statistik peperiksaan yang tepat.
2.3.2 Bidang yang diperlukan: Kod Kumpulan Pelajar
Setiap singkatan program harus diikuti dengan kod kumpulan pelajar (A~F) untuk pelajar
masukan SPM/V atau setaraf untuk membezakan kumpulan seksyen pelajar.
2.3.3 Bidang yang Diperlukan: Kod Kelayakan Akademik Khas
Kod Kelayakan Akademik Khas dibezakan mengikut jenis program yang diikuti. Kod
Program Integrasi ditunjukkan dengan P untuk tahap 5, Q untuk tahap 3 dan R untuk tahap 2;
Kod Program Secara Sambilan dengan kod S dan kod Program Lain-lain dengan kod L,
ditambahkan selepas nombor semester semasa yang menggantikan kod seksyen.
Sekiranya jabatan memutuskan untuk mewujudkan lebih daripada satu seksyen kumpulan
pelajar yang berkelayakan akademik khas, sebagai contoh dua seksyen pelajar Program
Integrasi tahap 5 (contoh: DDD1P), maka kumpulan pelajar tersebut dibezakan dengan
penambahan kod A sehingga F selepas kod Kelayakan Akademik Khas, iaitu
DDD1PA dan DDD1PB.
2.3.4 Bidang Tambahan: Kod Kes Khas
Seksyen terakhir untuk Kod Kumpulan Pelajar Jabatan adalah Kod Kes Khas yang harus
diikuti dengan satu nilai angka untuk menunjukkan bilangan kali kes tersebut berlaku.
Satu kumpulan pelajar mungkin terlibat dalam pelbagai kes khas dan lebih daripada sekali.
Sebagai contoh DDD9A-GP2-TL1 menunjukkan kumpulan pelajar ini telah dikenakan
tindakan tatatertib dan digantung pengajian sebanyak dua semester, kemudian menangguh
Latihan Industri. Urutan kod kes khas adalah berdasarkan kepada urutan berlaku kes tersebut
dan bukan mengikut urutan abjad. Kes yang berulang pula tidak perlu dikodkan semula
15

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

kerana telah dinyatakan dalam nilai angka selepas setiap kod kes khas. (Sila rujuk Lampiran
Contoh Penggunaan: Kes 9)
Tiada kod untuk kes perlanjutan semester pengajian bagi kumpulan pelajar yang tidak lulus
semua kursus yang diperlukan dalam tempoh yang dirancangkan. Kes tersebut dikenalpasti
dengan sistem penomboran semester pengajian selepas singkatan program.
2.4 Pemisah (Separator)
Setiap kod harus dipisahkan dengan satu sempang (hyphen), untuk tujuan mengelakkan
kesilapan penulisan dan pembacaan.

3.0 RUMUSAN
Dengan penyelerasan KKPJ di peringkat politeknik, sistem pengrekodan yang teratur dapat
dilaksanakan dan justeru itu memudahkan pencarian dan rujukan pada masa hadapan. Selain
itu, KKPJ yang jelas dan teratur dapat mengelakkan daripada penggunaan kod yang
bercanggahan dengan kod lain yang digunapakai di peringkat politeknik yang sebenarnya
merujuk kepada perkara yang berlainan. Sebagai contoh, KKPJ ini dirujuk semasa
penyediaan kod Jadual Waktu Program Politeknik Kuching Sarawak untuk menentukan
bilangan seksyen kursus yang harus disediakan pada sesi pengajian berikutnya, tetapi tidak
menggunakan kod yang sama untuk seksyen jadual waktu yang jelas sekali merujuk kepada
perkara yang

16

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

LAMPIRAN: Contoh Penggunaan


Kes 1: Penangguhan Latihan Industri
1
2
JAN 09
JUL 09

5
6
7
JAN 11
JUL 11
JAN 12
SEM4
SEM1
SEM2
SEM3
SEM5
SEM6
SEM3/4 TL
( LI)
DDD1A
DDD2A
DDD3A
DDD4A-TL1
DDD5A-TL1
DDD6A-TL1
DDD7A-TL1
Nota: Pelajar dikehendaki menangguh latihan industri disebabkan jumlah jam kredit lulus yang tidak mencukupi, dan perlu menduduki semula
kursus yang gagal Namum, kes sebegini lazimnya membenarkan pelajar mengambil kursus yang berSEM lebih tinggi sekiranya jam kredit yang
didaftarkan tidak melebihi had yang ditetapkan.
Kes 2: Penangguhan Sesi Pengajian
1
2
JAN 09
JUL 09
SEM1

SEM2

3
JAN 10

4
JUL 10

JAN 10

3
JUL 10

TP

SEM3

DDD1A
DDD2A
DDD3A-TP1
Nota: Sesi Jan 10 tidak diambilkira dalam jumlah tempoh pengajian.

4
JAN 11
SEM4
( LI)
DDD4A-TP1

5
JUL 11

6
JAN 12

SEM5

SEM6

DDD5A-TP1

DDD6A-TP1

Kes 3: Penilaian Khas Untuk Pelajar Semester Akhir


1
2
3
4
5
6
7
JAN 09
JUL 09
JAN 10
JUL 10
JAN 11
JUL 11
JAN 12
SEM1
SEM2
SEM3
SEM4 ( LI)
SEM5
SEM6
SEM5 PK
DDD1A
DDD2A
DDD3A
DDD4A
DDD5A
DDD6A
DDD7A-PK1
Nota: Sekiranya pelajar semester akhir yang gagal satu kursus sahaja, pelajar tersebut hanya perlu menduduki semula penilaian-penilaian untuk
kursus yang gagal sahaja dalam tempoh yang ditetapkan.

17

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Kes 4: Melanjut Semester Pengajian


1
2
3
4
5
6
7
JAN 09
JUL 09
JAN 10
JUL 10
JAN 11
JUL 11
JAN 12
SEM1
SEM2
SEM3
LI SEM4 ( LI)
SEM5
SEM6
SEM6 LS
DDD1A
DDD2A
DDD3A
DDD4A
DDD5A
DDD6A
DDD7A
Nota: Kumpulan pelajar yang tidak dapat menamatkan pengajian dalam jumlah tempoh pengajian biasa dan perlu lanjut pengajian lagi. Namun
tiada kod diperlukan kerana difahamkan pelajar yang tidak terlibat dalam kes khas lain adalah lanjut semester (LS).
Kes 5: Program Integrasi (Masukan keSEM 2, Kod R)
1
2
3
4
5
JAN 09
JUL 09
JAN 10
JUL 10
JAN 11
SEM2
SEM3
SEM5
SEM6
SEM6 LS
DDD1R
DDD2R
DDD3R
DDD4R
DDD5R
Nota: Kod Kumpulan Pelajar Jabatan tidak menunjukkan SEM kursus yang diambil, dan tiada latihan industri.

6
JUL 11
SEM6 PK
DDD6R-PK1

Kes 6: Program Secara Sambilan


1
2
3
4
5
6
7
JAN 09
JUL 09
JAN 10
JUL 10
JAN 11
JUL 11
JAN 12
PK
DDD1S
DDD2S
DDD3S
DDD4S
DDD5S
DDD6S
DDD7S-PK1
Nota: Berdasarkan kepada turutan semester. Tidak dapat menentukan SEM kursus yang diambil disebabkan ketidakseragaman kombinasi kursus
yang ditawarkan oleh setiap jabatan setiap semester. Tiada latihan industri.
Kes 7: Latihan industri Dua Kali
1
2
3
4
JAN 09
JUL 09
JAN 10
JUL 10
SEM1
SEM2
SEM3
SEM4 ( LI)
DDD1A
DDD2A
DDD3A
DDD4A
Nota: Gagal latihan industri pada sei Jul 10 dan mengulanginya pada sesi Jan 11.

5
JAN 11
SEM4 (ML)
DDD5A-ML1

6
JUL 11
SEM5
DDD6A-ML1

7
JAN 12
SEM6
DDD7A-ML1

18

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Kes 8: Tindakan Tatatertib (Digantung Dua Sesi Pengajian)


1
2
3
4
5
6
7
8
JAN 09
JUL 09
JAN 10
JUL 10
JAN 11
JUL 11
JAN 12
JUL 12
SEM1
SEM2
SEM3
SEM4 ( LI)
SEM5
SEM6
GP
GP (2)
DDD1A
DDD2A
DDD3A-GP1
DDD4A-GP2
DDD5A-GP2
DDD6A-GP2
DDD7A-GP2
DDD8A-GP2
Nota: Pelajar dikenakan tindakan tataterbib pada sesi Jan 10, maka keputusan penilaian dimansuhkan pada sesi tersebut. Kemudian digantung
pengajian
pada
sesi
seterusnya,
Jul
10.
Menyambung
pengajian
pada
sesi
Jan 11.
Kes 9: Kes Berulang (Tangguh Pengajian dan Tangguh Latihan Industri)
1
2
3
4
5
6
7
JAN 09
JUL 09
JAN 10
JUL 10
JAN 11
JUL 11
JAN 12
JUL 12
JAN 13
SEM1
SEM2
SEM3
SEM4 ( LI)
SEM5
SEM6
TP
SEM3/4 TL
TP (2)
DDD4ADDD5A-TP1DDD6ADDD7ADDD1A
DDD2A
DDD3A-TP1
TP1-TL1
TL1
TP2-TL1
TP2-TL1
Nota: Pelajar diluluskan untuk tangguh pengajian pada sesi Jan 10. Kemudian tangguh latihan industri disebabakan jam kredit lulus tidak
mencukupi untuk menjalankan latihan industri pada sesi Jan 10. Pelajar mendapat kelulusan untuk tangguh pengajian lagi pada sesi Jan 12.
Menyambung pengajian pada sesi Jul 12.
Kes 10: Pelbagai Kes
1
2
JAN 09
JUL 09

JAN 10

3
JUL 10

4
JAN 11

5
JUL 11

6
7
8
9
JAN 12
JUL 12
JAN 13
JUL 13
SEM4
SEM6 LS
SEM1
SEM2
SEM3
SEM5
SEM6
TP
SEM3/4 TL SEM4 ( LI)
(ML)
(MAX)
DDD6ADDD7ADDD8ADDD9ADDD2ADDD3ADDD4ADDD5ADDD1A
TP1-TL1TP1-TL1TP1-TL1TP1-TL1TP1
TP1
TP1-TL1
TP1-TL1
ML1
ML1
ML1
ML1
Nota: Sekiranya sistem mengambilkira sesi Jul 09 sebagai satu sesi pengajian, kumpulan pelajar tersebut mungkin telah digagal dan
diberhentikan pada sesi Jan13. Maka hanya sembilan semester pengajian diambilkira tetapi melibatkan 10 sesi pengajian.

19

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Catatan:
1. Setiap jadual di atas mempunyai 4 barisan data. Barisan teratas mewakil Tempoh Pengajian (Semester). Barisan kedua atas mewakil Sesi
Pengajian Semasa, Barisan ketiga mewakili norma tahap semeser kursus yang seharusnya diikuti, dan Barisan keempat mewakili Kod
Kumpulan Pelajar Jabatan.
2. KKPJ yang dicondongkan tulisannya (Itallic) pada Barisan ketiga menunjukkan kes khas yang ditekankan dalam contoh kes tersebut.
3. KKPJ yang dicondongkan tulisannya (Itallic) pada Barisan keempat menunjukkan kumpulan pelajar tersebut sedang menjalani latihan
industri dan tidak tersenarai dalam Lembaran Markah Jabatan tersebut pada sesi pengajian semasa.

20

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM KLINIK MATEMATIK


MELALUI SIKAP PELAJAR DAN PENCAPAIAN MATEMATIK

Marhana Abdul Latif


Lenny Kolina Majalis
Mohd Syahizan Shahabani
Jeffery Abat Maramat
Jabatan Matematik, Sains & Komputer
Politeknik Kuching Sarawak
Nur Yahzelina Hanafi
Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
Politeknik Kuching Sarawak

ABSTRAK
Kertas ini adalah suatu perancangan untuk meninjau keberkesanan Program Klinik
Matematik terhadap sikap pelajar dan pencapaian Matematik apabila pensyarah menjalankan
program Klinik Matematik dalam membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
matematik. Rekabentuk kajian ini berdasarkan kuasi eksperimen dengan menggunakan ujian
pra-ujian pos kepada pelajar yang terlibat dengan program ini. Peserta kajian terdiri daripada
35 orang pelajar dari Program SKE1/ S6 iaitu pelajar yang gagal Kursus Matematik 1 (B
1001) samada kali pertama atau kali kedua. Ujian sikap dalam bentuk soal selidik dan ujian
pencapaian matematik digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan data dan dapatan data
dianalisis secara kuantitatif. Dapatan kajian akan digunakan untuk menunjukkan tahap
keberkesanan program Klinik Matematik dalam meningkatkan pencapaian matematik di
Politeknik Kuching Sarawak.

1.0 PENGENALAN
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuching Sarawak adalah jabatan yang
dipertanggungjawabkan ke atas Kursus Matematik, Sains Juruteknik dan Aplikasi komputer
di Politeknik Kuching, Sarawak (Poliku) . Kursus Matematik, Sains dan Komputer
merupakan kursus asas yang diwajibkan ke atas semua pelajar kejuruteraan Semester 1, 2 3,
4, 5 dan Semester Akhir. Terdapat 5 kursus Matematik yang dipertanggungjawabkan kepada
JMSK yang di ajar kepada pelajar mengikut semester iaitu B 1001, B 2001 dan B3001, B
1009 dan B 2009, 1 kursus Sains iaitu B 1004 (Semester 1) dan 1 kursus Komputer iaitu B
1003 (Semester 1)
Statistik Peperiksaan Akhir menunjukkan bahawa Matematik adalah antara kursus yang
menyumbang kepada kegagalan pelajar. Selain dari itu, modul teknikal yang berkait dengan
Matematik juga merupakan faktor kepada kegagalan ini.
Kelemahan pelajar terhadap kursus Matematik memang sering dibincangkan oleh pelbagai
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung termasuk di Politeknik KPTM.
Permasalahan tentang kelemahan pelajar dalam kursus ini sentiasa dibincangkan dalam
mesyuarat Ketua-ketua Jabatan pada setiap semester. Beberapa cadangan yang dibuat dalam
21

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

mesyuarat tersebut telah pun dilaksanakan di setiap politeknik bagi mengurangkan dan
mengatasi masalah kelemahan Matematik.
Program Klinik Matematik adalah program yang dirancang dan dilaksanakan dengan
mengenalpasti pelajar lemah matematik (tumpuan kepada kursus matematik 1- B 1001) di
mana pelajar ini akan diwajibkan menghadiri kelas rawatan atau pemulihan. Klinik yang
dijalankan kepada 35 pelajar SKE1/ S6 pada setiap Jumaat petang menekankan kefahaman
pelajar kepada konsep matematik dan meningkatkan pengetahuan mereka yang
sememangnya lemah dalam matematik. Kajian ini akan mengukur kesan pelaksanaan
program ini terhadap sikap pelajar serta peningkatan pencapaian mereka dalam matematik.
1.1 Latar Belakang Masalah
Kursus Matematik merupakan kursus yang memerlukan pelajar berfikir secara kreatif dan
berimaginasi tinggi serta minat. Masalah memahami sesuatu konsep adalah berkait rapat
dengan istilah tidak faham, tidak hafal dan tidak ingat kerana apabila konsep itu dapat
dikuasai maka ia boleh menghafal dan menyimpannya dalam minda sebagai ingatan
(Sulaiman Masri, 1998). Hal ini berlaku disebabkan sesetengah istilah Matematik sukar
disebut (Silberman, 1979) menyebabkan pelajar sukar untuk mengingat dan menghafal.
Selain daripada konsep, proses matematik juga memainkan peranan yang penting kerana
menurut kajian Abu Hasaan Kassim (1998) menunjukkan bahawa ciri-ciri asas matematik
termasuk nombor, simbol, formula dan persamaan . Walaubagaimanapun, pelajar yang tidak
dapat membuat perkaitan di antara matematik dan aplikasi kejuruteraan akan menghadapi
masalah dalam penyelesaian masalah. Menurut Selvaratnam dan Fraser (1982), penyelesaian
masalah adalah satu keadaan di mana seseorang itu mempunyai satu arah yang hendak
dicapai tetapi jalan penyelesaiannya menghadapi jalan buntu. Kemahiran dalam penyelesaian
masalah telah menjadi objektif asas dalam pengajaran Matematik.
Proses pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa inggeris juga menjadi faktor
yang menyumbang kepada kegagalan kursus matematik. Sikap pelajar yang sememangnya
mempunyai asas yang lemah dalam matematik akan bertambah buruk dengan tidak
menyiapkan tugasan atau latihan serta peratus kehadiran ke kelas yang semakin merosot.
Di atas kesedaran bahawa pemahaman konsep dalam kursus matematik adalah penting dan
akan digunakan dalam aplikasi modul kejuruteraan telah mendorong pengkaji untuk
melaksanakan Program Klinik Matematik serta melihat keberkesanannya terhadap sikap dan
pencapaian pelajar.
1.2 Pernyataan Masalah
Kajian ini bertujuan untuk mengukur sejauhmanakah keberkesanan Program Klinik
Matematik melalui sikap dan pencapaian pelajar terhadap kursus matematik. Program Klinik
matematik ini menumpu kepada pelajar lemah dari setiap kelas di mana mereka diwajibkan
menghadiri sesi pembelajaran tambahan . Penerangan tentang konsep matematik serta
latihtubi di harap dapat membantu pelajar memahami kursus matematik. Antara kelemahan
dalam asas matematik yang dikenalpasti adalah;
i. kelemahan dalam pengetahuan asas pelajar.
ii. kelemahan dalam menulis formula matematik.
22

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

iii. kelemahan dalam menulis persamaan matematik.


iv. kesukaran dalam memahami konsep matematik.
v. kesukaran dalam memahami pengistilahan matematik yang digunakan dalam sesi
pengajaran.
vi. kekeliruan penggunaan simbol.
vii. masalah pengetahuan dalam pengoperasian matematik yang terhad.
Dengan pelaksanaan klinik matematik ini, diharapkan pelajar dapat mendisiplinkan diri
menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan serta meningkatkan minat mereka terhadap kursus
matematik.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau keberkesanan pelaksanaan Program Klinik Matematik
melalui sikap pelajar dan pencapaian matematik.
2.1 Persoalan Kajian
Apakah kesan Program Klinik Matematik terhadap:
i. Sikap pelajar terhadap pembelajaran matematik
ii. Pencapaian pelajar dalam matematik
2.3 Kepentingan Kajian
Perbincangan kajian berpotensi untuk menjadikan kursus matematik sebagai kursus yang
diminati atau disenangi oleh semua pelajar politeknik melalui usaha:
i. meningkatkan minat pelajar terhadap kursus matematik
ii. melengkapkan pengetahuan dan pemahaman pelajar dalam matematik dan dapat
diaplikasi dalam kursus kejuruteraan
iii. meningkatkan prestasi pencapaian kursus matematik dalam Peperiksaan Akhir
Semester

3.0 REKABENTUK KAJIAN


Kajian dibuat menggunakan kaedah ujian pra-pasca dan soal selidik di mana hasil dapatan
dijangka dapat mengukur keberkesanan program klinik matematik. Ujian pra-pasca diberikan
kepada 35 pelajar yang mengikuti program ini manakala soal selidik juga diberikan kepada
pelajar yang sama untuk melihat sikap mereka terhadap kursus matematik. Data yang
diperolehi akan dianalisis secara kuantitatif statistik dan diskriptif yang menjurus kepada
huraian peratus dan min . Kajian ini dijangka akan membantu dalam menambahbaik proses
pengajaran dan pembelajaran matematik di Politeknik Kuching Sarawak.

23

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

3.1 Pensampelan
Populasi kajian terdiri dari pelajar Politeknik Kuching Sarawak yang mengambil kursus
matematik. Sampel yang dipilih adalah terdiri daripada pelajar yang pernah gagal kursus
matematik dan mengulang kursus samada kali pertama atau kedua.
3.2 Instrumentasi Kajian
Instrumen kajian yang digunakan ialah:
i. Soal selidik:
Soal selidik diberi kepada 35 sampel terdiri dari pelajar SKE1/ S6 untuk melihat
reaksi dan tingkah laku pelajar secara tidak langsung mengenai sikap mereka terhdap
kursus matematik.
ii. Ujian Penilaian:
Dua (2) set soalan diedarkan sebagai ujian penilaian iaitu ujian sebelum pelaksanaan
program dan selepas pelaksanaan program klinik matematik bagi mengukur
keberkesanan program tersebut.
Penyemakan jawapan dan markah ujian penilaian dianalisis untuk melihat perubahan dalam
pencapaian dan mengenalpasti kesilapan pelajar.

24

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

LAMPIRAN

SOAL SELIDIK SIKAP PELAJAR TERHADAP MATEMATIK DAN PROGRAM


KLINIK MATEMATIK
BAHAGIAN A (DEMOGRAFI RESPONDEN)
(SILA TANDAKAN )
1 JANTINA

* LELAKI
PEREMPUAN

2 UMUR

* 18 20 TAHUN
> 20 TAHUN

3 MENGAMBIL MODUL B 1001

* KALI PERTAMA
KALI KEDUA
KALI KETIGA

4 KEPUTUSAN SPM

* MATEMATIK
MODEN
MATEMATIK
TAMBAHAN

5 JABATAN

NYATAKAN

6 KURSUS

NYATAKAN

BAHAGIAN B (PERSEPSI TERHADAP MATEMATIK)


SKALA LIKERT
1
2
3
4
-

SANGAT TIDAK SETUJU


TIDAK SETUJU
SETUJU
SANGAT SETUJU

BIL
PENYATAAN
1
Saya sangat berminat belajar matematik
2

Matematik adalah kursus yang sangat sukar

Saya meluangkan masa yang banyak dalam


mempelajari dan membuat latihan matematik

Saya sentiasa mengulangkaji dan merujuk sumber-

25

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

sumber lain dalam meningkatkan pengetahuan


matematik saya
5

Kurikulum Matematik di politeknik berbeza


samasekali dengan apa yang telah saya pelajari di
sekolah dahulu

Kaedah pembelajaran matematik di politeknik


berbeza dengan kaedah yang telah saya pelajari
dahulu

Saya tidak suka dengan kaedah pengajaran oleh


pensyarah di politeknik
Saya dapati pensyarah matematik tidak
berpengalaman dalam bidang tersebut

Biasanya saya faham semasa pembelajaran di dalam


kelas tetapi saya tidak dapat menjawab setiap soalan
yang diberi

10

Saya berminat untuk mengikuti klinik matematik

11

Klinik matematik membantu meningkatkan


pengetahuan saya dalam matematik

12

Saya bersedia mengikuti apa-apa program berkaitan


matematik

13

Saya pasti program klinik matematik memberi


manafaat kepada pelajar lemah seperti saya

CADANGAN SAYA DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN MATEMATIK DI


POLITEKNIK :

Terima kasih atas kerjasama anda menjawab soalan dengan jujur.

26

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

MEMBUDAYAKAN PERISIAN SUMBER TERBUKA DI KALANGAN


PENSYARAH POLITEKNIK

Zakir Hussain Ibrahim


Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
Politeknik Mukah Sarawak

ABSTRAK
Salah satu isu yang sering diperkatakan kesekian lamanya adalah penggunaan perisian tulen.
Perisian tulen pada asasnya memerlukan kos untuk memperolehinya. Sebagai alternatif
kepada kos yang perlu ditanggung oleh pengguna komputer terutamanya para akademik dan
ilmuwan maka penggunaan perisian sumber terbuka adalah sebagai alternatif. Penulisan ini
cuba sedikit sebanyak untuk mencadangkan kepada golongan ini tentang pilihan yang boleh
mereka guna pakai.

1.0 PENGENALAN
Setelah dua tahun kita berada dalam skim DH yang menitik beratkan kriteria kecemerlangan
di mana salah satunya adalah menghasilkan penulisan. Masih ramai yang belum nampak hala
tuju skim DH itu sendiri atau dapat merealisasikan kriteria kecemerlangan. Ada yang
bergerak ke arah itu namun kekangan demi kekangan perlu dihadapi. Ada yang tengah
berusaha untuk menulis sesuatu atau membuat kajian namun terlampau banyak persoalan
hingga wujudnya kebuntuan.
Kenapa wujudnya fenomena sedemikian? Kenapa kita sering diganggu-gugat oleh pemikiranpemikiran yang tampak membelenggukan kita hingga menjadikan kita, warga politeknik,
tidak mampu untuk bersaing dengan masyarakat-masyarakat ilmuwan dalam institusi
pengajian tinggi yang lain?
Persoalan-persoalan inilah cuba dirungkai penulisan ini untuk memberi kesedaran
terutamanya dikalangan warga politeknik yang ingin melakukan kajian mahupun membuat
penulisan. Perlu ada kesedaran bahawa penggunaan perisian-perisian komputer perlu kepada
keikhlasan dan rasa penuh tanggungjawab. Hakikatnya tiada siapa yang nampak perilaku kita
dan kebiasaannya pihak berwajib tidak akan memeriksa komputer individu.

2.0 PERSPEKTIF ISLAM


Sebagai insan yang mempunyai yang mempunyai pegangan tauhid perlu kepada satu
pendekatan yang serius terhadap penggunaan perisian sumber terbuka. Ini adalah kerana
salah satu tututan dalam Islam ialah berusaha untuk mencari rezeki yang halal. Dalam Surah
an-Nahl ayat 114 Allah SWT mewahyukan:
Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah
kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah,
jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
27

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Ini diperkukuhkan lagi dalam Surah al-Baqarah ayat 188 yang menegaskan:
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu
dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah)
kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta
manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
Manakala Rasulullah saw bersabda: "Penjual dan pembeli sama-sama bebas menentukan jual
beli selagi keduanya belum berpisah; jika keduanya berterus terang dan jujur, maka jual-beli
mereka diberkati Allah; tetapi jika keduanya saling mendustai dan tidak berterus terang,
maka berkat dalam jual beli mereka itu akan hilang.''1
Maka persoalan selanjutnya yang timbul, apakah dengan menggunakan perisian yang
sumbernya adalah pasti daripada bukan yang haq menyumbang kearah kepayahan dalam
membudayakan ilmu dalam institusi seperti politeknik? Apakah fenomena ini yang
menyebabkan perilaku-perilaku masyarakat politeknik seperti di atas? Sekiranya inilah punca
sesuatu itu berlaku maka adakah pilihan atau alternatif yang boleh kita gunakan bagi
memastikan kita dapat memenuhi kriteria kecemerlangan?

3.0 KOS IMPLIKASI


Salah satu pilihan yang ada adalah berhijrah daripada Microsoft Windows kepada sistem
yang memberi anda kebebasan kepada anda untuk mengguna tanpa batasan-batasan seperti
pembayaran ke atas lesen-lesen penggunaan. Untuk makluman pembaca, walaupun Windows
memberi lesen mengguna-pakai perisian sama ada sistem pengoperasian (OS) mahupun
perisian-perisian Windows lain, pengguna tidak ada hak ke atas perisian tersebut. Dengan
kata lain, hak ke atas OS masih lagi hakmilik Windows dan bukan hakmilik pengguna.
Sekiranya kita mempunyai lebih daripada satu komputer di rumah, kita tidak boleh
memasang OS yang ada walaupun cakera padat OS tersebut ada pada kita. Ini kerana,
kebiasaannya satu CD bermakna satu lesen.
Maka bayangkan kos yang terpaksa ditanggung oleh pengguna untuk setiap lesen bagi setiap
perisian. Contohnya:
Perkara

Anggaran Harga (RM)

Sistem Pengoperasian Proprietary 500


Perisian Antivirus

150

Perisian Office Suite Edisi Pelajar 400


Jumlah Kos

1050

Walaupun pada masa kini kos untuk komputer peribadi atau komputer riba atau komputer
netbook adalah murah tetapi apabila kita buat anggaran sedemikian, dapat kita lihat bahawa
kos ini tidak mengizinkan untuk penjawat awam memiliki perisian tulen. Maka jalan mudah
yang di ambil adalah untuk membeli perisian cetakrompak. Dari segi etika, ia adalah menjadi

Hadis Riwayat An-Nasa'iy dalam sunannya, Jilid 4. Hadis nombor 4310

28

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

satu kesalahan. Dari segi perundangan, ia juga merupakan satu kesalahan, seperti yang
termaktub dalam Akta Cakera Optikal Tahun 20002.

4.0 MEMECAH KEBUNTUAN...LINUX ADALAH SUSAH


Seringkali apabila ditanya kepada pengguna komputer kenapa tidak menggunakan linux
sebagai pengganti kepada OS Windows, alasan yang dikemukakan adalah Linux adalah
susah.... Dan kebanyakan orang akan berhenti setakat itu tanpa memberi maklum balas
tentang apa yang susah mengenai linux. Adakah linux itu susah dari segi installation? Adakah
linux memerlukan kita hafal arahan-arahan tertentu untuk memastikan linux dapat online?
Adakah linux memerlukan seorang genius untuk faham bagaimana memasang linux dalam
komputer? Tidak ada penerangan secara terperinci mengenai mengapa kebanyakan pengguna
menganggap linux itu susah. Hanya berdasarkan prasangkan dan prejudis dari mulut ke
mulut.
Langkah awal yang boleh diambil oleh pihak politeknik untuk mempergiatkan dan
mempertingkatkan penggunaan perisian sumber terbuka, adalah dengan mengadakan dan
menganjurkan kursus-kursus mengenai perisian sumber terbuka. Ini boleh dilakukan dengan
kerjasama pihak Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit
atau MAMPU secara am. Ataupun terus berhubung dengan pihak Malaysian Public Sector
Open Source Software secara khusus. Pihak ini terlibat secara langsung dengan usaha-usaha
Kerajaan Malaysia untuk mengurangkan kos penggunaan perisian yang memerlukan kepada
pembayaran penggunaan seperti lesen penggunaan.
Pihak MAMPU mempunyai objektif berikut3:
i. Mengurangkan jumlah kos pemilikan.
ii. Meningkatkan kebebasan memilih penggunaan perisian
iii. Meningkatkan kebolehgunaan di antara sistem
iv. Meningkatkan pertumbuhan industri ICT
v. Meningkatkan pertumbuhan industri OSS
vi. Meningkatkan pertumbuhan komuniti pengguna dan pemaju/pembina OSS
vii. Mengurangkan jurang digital
Dengan usaha sama ini maka, kesedaran dan pengetahuan para akademik di politeknik akan
bertambah. Sejajar dengan itu, maka golongan-golongan ini akan dapat melihat bahawa
terdapat banyak kelebihan dalam penggunaan perisian sumber terbuka.
Dalam kriteria kecemerlangan pensyarah politeknik diminta untuk menjalankan penulisan
dan kajian. Maka apakah perisian yang boleh digunapakai sebagai alternatif kepada perisian
berbayar yang tentu sekali tidak mampu dibeli oleh individu-individu penjawat awam?
Terdapat banyak perisian-perisian sebagai galang ganti perisian-perisian yang berbayar.
Contohnya perisian SPSS, perisian ini adalah popular dikalangan pengkaji. Perisian ini
adalah mahal harganya untuk satu lesen penggunaan. Bayangkan kos yang dapat dijimatkan
dengan mengguna perisian seperti PSPP untuk menggantikan SPSS.

2
3

Act 606 Optical Discs Act 2000 [Reprint - 2001]


http://www.oscc.org.my/content/view/33/52/ dilayari pada 24 November, 2009

29

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Antara perisian-perisian yang boleh digunapakai di peringkat politeknik adalah perisianperisian seperti berikut:
i. OpenOffice: Digunakan untuk mengganti perisian berbayar seperti Microsoft
Office.
ii. GNU PSPP: Perisian yang dapat digunakan untuk mengganti SPSS.
iii. VYM: Perisian untuk membuat peta minda (mindmap) yang dapat membantu
dalam penulisan
4.1 OpenOffice
Perisian OpenOffice (Rajah 1) adalah perisian Office seperti juga Microsoft Office. Ia
mempunyai perisian sebanding dengan Microsoft Office. Antaranya adalah:
i. Writer Words
ii. Calc Excel
iii. Impress Powerpoint
Dari segi fungsi dan penggunaan adalah hampir serupa di antara kedua-dua perisian.

Rajah 1: Paparan OpenOffice


4.2 GNU PSPP
Perisian GNU PSPP (Rajah 2) adalah pengganti kepada SPSS. Walaupun SPSS adalah satu
perisian yang cukup mantap sekiranya pensyarah atau warga akademik politeknik ingin
menjalankan kajian namun GNU PSPP adalah juga merupkan satu perisian yang mampu
menyaingi SPSS. Cuma mungkin pada perisian GNU PSPP ada beberapa fungsi yang
mungkin tidak disediakan.
4.3 VYM
VYM (Rajah 3) adalah kependekan untuk View Your Mind. Perisian ini boleh kita gunakan
untuk brainstorming dan membuat peta minda (mindmap). Dengan ini kita dapat
membuahkan ide-ide yang boleh digunapakai dan dilihat sebagai permulaan kepada
penghasilan sesuatu penulisan.
30

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Rajah 2: Paparan Utama GNU PSPP

Rajah 3: Paparan Kerja VYM

5.0 PENUTUP
Terdapat banyak perisian yang boleh digunapakai oleh pensyarah-pensyarah serta ahli-ahli
akademik peringkat politeknik untuk digunapakai secara percuma tanpa kekangan kos yang
mahal akibat pelesenan. Dengan mengubah dan memilih untuk menggunapakai perisianperisian sumber terbuka. Namun begitu, perlu difahami bahawa perisian sumber terbuka
bukan bermakna tiada syarat-syarat dan terma-terma dalam pelesenan. Masih wujud
kekangan-kekangan pelesenan. Cumanya pelesenan di dalam sumber terbuka adalah
kebebasan untuk memiliki perisian tersebut untuk disebar dan dikongsi bersama penggunapengguna lain. Bahkan digalakkan pengguna untuk menambahbaik perisian yang digunapakai
dengan beberapa syarat yang termaktub dalam GNU4 dan GPL5.
Penggunaan perisian dari sumber yang sahih dari segi cara perolehan adalah penting.
Bersandarkan sumber yang sahih, maka barakah dari hasil usaha dan titik peluh itu akan
4
5

https://help.ubuntu.com/8.04/about-ubuntu/C/about-gnu.html dilayari pada 25 November, 2009


http://www.gnu.org/licenses/gpl.html dilayari pada 25 November, 2009

31

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

datang. Tamsilan yang boleh dibuat dibuat adalah seperti dua orang petani yang
mengusahakan dua bidang tanah yang sama keluasannya dengan cangkul yang sama
dimensinya. Cuma perbezaannya adalah seorang petani menggunakan cangkul yang
diperolehi dengan cara halal dan seorang petani lagi memperolehi cangkul dari hasil curian.
Maka titik peluh tulang empat kerat petani pertama akan membawa barakah dalam rezeki
yang dibawa pulang untuk anak dan isterinya.

Kosakata
Sistem Pengoperasian Suatu perisian untuk memastikan komputer dapat digunapakai.
Antara sistem pengoperasian yang popular di pasaran adalah Windows. Sistem
pengoperasian yang lain adalah seperti MacOS, Unix dan Linux serta beberapa sistem
pengoperasian yang lain. Kependekan untuk sistem pengoperasian adalah OS yang
membawa makna Operating System.
Cakera padat Dalam Bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Compact Disc. Kependekan untuk
media ini adalah CD. CD dalam dunia pengkomputeran bukannya untuk perisianperisian sahaja, malah CD digunapakai sebagai media storan sekunder. Hasil daripada
teknologi CD, kini terdapat pelbagai storan optikal lain seperti DVD, HD DVD dan
Blueray Disc.
Perisian sumber terbuka Lebih dikenali sebagai Open Source Software (OSS).
Kebiasaannya perisian ini digunapakai bersama dengan OS Linux. Open Source
Initiative (OSI)6 adalah satu pertubuhan yang cuba untuk mengetengahkan penggunaan
perisian sumber terbuka dikalangan pengguna komputer.
Online Istilah yang sering digunapakai dewasa ini untuk menggambarkan sesuatu keadaan.
Slanga yang digunapakai apabila pengguna ada pada talian adalah on9. Maksudnya
secara kasar adalah berada atas talian atau mempunyai sambungan terus ke internet.
SPSS Perisian statistik kependekan bagi Statistical Package for Social Scientist.
PSPP Perisian sumber terbuka alternatif kepada SPSS. Makna-makna PSPP7 adalah Perfect
Statistics Professionally Presented, Probabilities Sometimes Prevent Problems dan
People Should Prefer PSPP.

6
7

http://www.opensource.org/ dilayari pada 25 November, 2009


http://www.gnu.org/software/pspp/faq.html dilayari pada 1 Disember, 2009

32

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN BERPUSATKAN


PELAJAR DI POLITEKNIK KPTM (ZON SELATAN)

Ridzman Husin @ Ibrahim


Mahdzir Jamiaan
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Mukah Sarawak

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk meninjau pelaksanaan pengajaran
berpusatkan pelajar di politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) zon
selatan. Sampel kajian dipilih secara rawak melibatkan 235 orang pensyarah yang
dikategorikan kepada dua bidang pengkhususan iaitu bidang kejuruteraan dan bidang bukan
kejuruteraan daripada tiga buah politeknik zon selatan iaitu Politeknik Johor Bahru,
Politeknik Merlimau dan Politeknik Port Dickson. Data-data dikumpul menggunakan
instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan program SPSS versi 11.5. Dapatan kajian
menunjukkan para pensyarah politeknik zon selatan mengimplementasikan pengajaran
berpusatkan pelajar tetapi menggunakan kaedah tertentu sahaja. Tiga daripada lima kaedah
yang diskopkan dalam kajian ini sering dilaksanakan dalam pengajaran berpusatkan pelajar di
politeknik zon selatan iaitu kaedah amali, kaedah projek dan kaedah interaktif. Manakala
pelaksanaan bagi kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL) dan kaedah lawatan pula
tidak begitu popular di kalangan pensyarah-pensyarah di politeknik zon selatan. Selain itu,
dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pelaksanaan
kaedah pengajaran berpusatkan pelajar antara pensyarah-pensyarah dari bidang kejuruteraan
dan bidang bukan kejuruteraan di politeknik zon selatan. Didapati juga pelaksanaan kaedah
pengajaran berpusatkan pelajar yang diimplementasikan oleh pensyarah adalah berbeza di
sekurang-kurangnya dua buah politeknik zon selatan kecuali di antara Politeknik Johor Bahru
dengan Politeknik Port Dickson sahaja yang tidak begitu berbeza pelaksanaannya. Dari segi
kekangan dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar pula, kekangan yang paling
utama adalah dari aspek pentaksiran di mana penilaian di politeknik masih banyak
menggunakan ujian kertas pensel selain daripada tugasan sampingan yang membebankan.
Keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar
di politeknik KPTM khususnya politeknik zon selatan sering diimplementasikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan matlamat KPTM.

1.0 PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha untuk memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang serta
dapat menyumbang kepada kesejahteraan individu, masyarakat dan negara selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan matlamat
pendidikan negara menjadi realiti. Salah satunya ialah dari segi pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran yang diguna pakai oleh para pendidik untuk membantu meningkatkan
penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar. Pendekatan pengajaran yang
dimaksudkan adalah pengajaran berpusatkan pelajar.

33

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Pengajaran berpusatkan pelajar adalah merupakan suasana pengajaran dan pembelajaran di


mana pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar bukan setakat mendengar
penerangan guru tetapi juga membuat pelbagai aktiviti seperti perbincangan, penyelesaian
masalah dan lain-lain. Interaksi dua hala yang wujud di antara pelajar dengan pelajar serta
pelajar dengan guru mewujudkan suasana mesra dan menyediakan keadaan konduktif bagi
proses pembelajaran. Pengajaran yang dilaksanakan ini juga mengambil kira kesesuaian
dengan kebolehan pelajar, minat pelajar dan penglibatan pelajar yang aktif (Esah, 2004).
Kember (1997) telah menggambarkan bahawa terdapat dua strategi yang umum dalam
pengajaran iaitu berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar. Beliau juga menyatakan bahawa
ilmu pengetahuan itu dibina oleh pelajar sendiri manakala pensyarah pula adalah seorang
fasilitator dalam pembelajaran dan bukan setakat seorang penyampai maklumat sahaja. Ini
jelas menunjukkan bahawa beliau lebih menjurus kepada strategi pengajaran berpusat pelajar.
Mok Soon Sang (2004) telah menyenaraikan sebanyak 10 ciri-ciri pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan pelajar yang membezakannya dengan strategi berpusatkan
pensyarah. Ciri-ciri tersebut ialah:
i. Pelajar memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, sedangkan pensyarah berperanan sebagai pemimpin yang
membimbing pelajar menjalani aktiviti pembelajaran.
ii. Komunikasi dan interaksi di antara pensyarah dan pelajar adalah secara 2 hala.
Pensyarah menggunakan kaedah menyoal untuk membimbing pelajar supaya
berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan mereka.
iii. Ciri kepimpinan pensyarah bersifat demokratik. Pelajar-pelajar sentiasa
digalakkan memberi pendapat mereka. Pensyarah banyak menggunakan kaedah
perbincangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
iv. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif
pembelajaran pelajar.
v. Perkembangan pelajar adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek,
rohani, sosial dan jasmani.
vi. Ujian formatif adalah ditekankan dan keputusan ujian kerapkali digunakan untuk
mengkaji kelemahan-kelemahan pelajar.
vii. Penyampaian pensyarah ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya
pelajar-pelajar memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya
membuat kesimpulan.
viii. Peluang interaksi di antara pelajar adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang
positif seperti tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak ansur jelas dapat
dipupuk.
ix. Mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Perbezaan pelajar dari segi
kebolehan dan minat diberikan perhatian.
x. Pelajar-pelajar menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Menurut kenyataan Mohamed Rashid (2006) yang dipetik dalam teks ucapannya di
Konvokesyen Politeknik Ungku Omar 2006 yang lalu, objektif kedua dalam Pelan Strategi
2005 - 2010 mereka telah menggariskan bahawa kaedah pengajaran berpusatkan pelajar perlu

34

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

diimplementasikan di sesebuah politeknik bagi menyediakan persekitaran dan sumber


pembelajaran yang berkualiti.
Sebaliknya, hasil daripada kajian Noorhidayah (2005) mendapati bahawa strategi pengajaran
berpusatkan guru lebih kerap diamalkan dan dilaksanakan oleh pensyarah-pensyarah di
politeknik. Pengajaran sebegini tidak menggalakkan pelajar-pelajar belajar secara aktif
(Rashidi dan Abdul Razak, 1995) dan kadangkala tidak dapat menolong kita mencapai
objektif pemikiran kritikal mahupun kreatif atau penguasaan sesuatu kemahiran psikomotor
kognitif (Mok Soon Sang, 2004).
Berdasarkan kepada tinjauan yang telah dijalankan di Politeknik Kulim menunjukkan bahawa
sebilangan besar pensyarah masih mengamalkan kaedah chalk and talk dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemudahan pengajaran yang disediakan tidak begitu
sesuai untuk pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar di samping bilangan pelajar untuk
setiap kelas adalah terlalu ramai dan menyukarkan proses pengajaran.

3.0 KERANGKA TEORI KAJIAN


Berdasarkan kerangka konsep kajian pada Rajah 1, tinjauan dibuat terhadap pelaksanaan
pengajaran berpusatkan pelajar di politeknik di mana ianya melihat kepada aspek kaedah
pengajaran. Lima kaedah pengajaran sahaja difokuskan untuk kajian ini iaitu kaedah amali,
interaktif, pembelajaran berasaskan masalah (PBL), projek dan lawatan. Pensyarah politeknik
dipilih dari dua bidang yang berbeza iaitu bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan di tiga
buah politeknik zon selatan iaitu Politeknik Johor Bahru, Politeknik Merlimau dan Politeknik
Port Dickson.
Penyelidik juga menentukan sama ada terdapat perbezaan pelaksanaan pengajaran
berpusatkan pelajar antara pensyarah-pensyarah di tiga buah politeknik zon selatan serta
antara pensyarah-pensyarah kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Selain itu, penyelidik juga
mengkaji kekangan yang dihadapi pensyarah dalam mengimplementasikan pengajaran
berpusatkan pelajar ini di mana dapat menyediakan maklumat kepada pihak politeknik
terutama dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, penyelidik
dapat membuat suatu kesimpulan dan cadangan berkaitan pelaksanaan pengajaran
berpusatkan pelajar di politeknik zon selatan khususnya.
4.0 METODOLOGI
4.1 Sampel Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah persampelan secara rawak. Ini kerana
populasi kajian adalah besar selain dapat memudahkan penyelidik memilih sampel yang
diperlukan. Kaedah pensampelan secara rawak merupakan cara terbaik untuk mendapatkan
satu sampel yang mewakili populasi (Sulaiman, 1994). Melalui kaedah persampelan ini,
setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Selain itu, kaedah persampelan
ini juga sesuai digunakan untuk mengkaji populasi yang mempunyai ciri-ciri seragam.
Sampel yang dipilih adalah melibatkan pensyarah-pensyarah dari jabatan-jabatan yang
berbeza di tiga buah politeknik zon selatan seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.

35

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Bidang Pengkhususan
Pensyarah Politeknik
Kejuruteraan
PELAKSANAAN
PENGAJARAN
BERPUSATKAN
PELAJAR
Kaedah Pengajaran :
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Amali
Interaktif
PBL
Projek
Lawatan

P
e
r
b
e
z
a
a
n

Bukan
Kejuruteraan

Politeknik Zon Selatan


Politeknik
Johor Bahru
Politeknik
Merlimau
Politeknik Port
Dickson

Kekangan

Kesimpulan & Cadangan


Pelaksanaan Pengajaran Berpusatkan Pelajar
di Politeknik KPTM Zon Selatan

Rajah 1: Kerangka Konsep Kajian


Populasi merupakan keseluruhan fenomena yang ingin dikaji (Syed Arabi Idid, 2002). Dalam
kajian ini, populasi kajian adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah di politeknik zon
selatan. Jumlah populasi kajian adalah seperti dalam Jadual 2.

Bil.

1.

2.

Jadual 1: Pemilihan Sampel Kajian


Politeknik
Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Johor Bahru
Rekabentuk & Komunikasi Visual
Hospitaliti & Fesyen
Matematik, Sains & Komputer
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Awam
Politeknik Merlimau
Perdagangan
Hospitaliti
Matematik, Sains & Komputer

Sampel
15
15
40
20
5
15
15
22
15
15
6

36

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Bil.

3.

Bil.
1.
2.
3.
4.

Jadual 1: Pemilihan Sampel Kajian (Samb.)


Politeknik
Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Port Dickson
Kejuruteraan Awam
Perdagangan
Matematik, Sains & Komputer
Jumlah

Jadual 2: Populasi Kajian


Politeknik
Politeknik Johor Bahru, Johor
Politeknik Kota, Melaka
Politeknik Merlimau, Melaka
Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
Jumlah

Sampel
15
15
22
30
6
271

Jumlah Pensyarah
328
83
235
271
917

4.2 Instrumentasi
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian bagi
mendapatkan data-data kajian. Penyelidik menggunakan ukuran kebolehpercayaan AlphaCronbach untuk menguji kebolehpercayaan item-item soal selidik. Nilai kebolehpercayaan
atau Alpha-Cronbach adalah ukuran yang digunakan bagi mengukur darjah konsistensi dalam
instrumen kajian (Gliem dan Gliem, 2003).
Merujuk kepada Jadual 3, jelas menunjukkan kesemua item soal selidik ini mempunyai nilai
koefisien kebolehpercayaan (Alpha-Cronbach) melebihi 0.6. Ini menunjukkan
kebolehpercayaan item yang dibina di dalam borang soal selidik ini mempunyai
kebolehpercayaan yang baik.
Jadual 3: Hasil Ujian Kebolehpercayaan Item Soal Selidik
Jumlah
Jumlah
Bil.
Fokus Item
Item
Sampel
1.
Kaedah Amali
6
10
2.
Kaedah Interaktif
6
10
3.
Kaedah PBL
6
10
4.
Kaedah Projek
6
10
5.
Kaedah Lawatan
6
10
Kaedah Pengajaran Berpusatkan Pelajar
30
10
6.
(Keseluruhan)
Kekangan Dalam Pelaksanaan Pengajaran
7.
10
10
Berpusatkan Pelajar
Keseluruhan
40
10

(Alpha Cronbach)
0.8296
0.6777
0.9361
0.6403
0.6606
0.8659
0.9328
0.9003

4.3 Penganalisisan Data


Data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis secara kuantitatif. Demografi responden
dikaji dalam bentuk penjadualan taburan frekuensi dan peratus. Skor min telah digunakan
bagi mengetahui sama ada pembelajaran berpusatkan pelajar diimplementasikan oleh
37

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

pensyarah. Ujian T Sampel Bebas (Independent Sample T-Test) pula digunakan bagi
mengetahui sama ada terdapat perbezaan pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar
antara pensyarah-pensyarah daripada bidang kejuruteraan dengan bidang bukan kejuruteraan.
Bagi mengetahui perbezaan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar yang
diimplementasikan di tiga buah politeknik tersebut, analisis Varians Satu Faktor (One Way
ANOVA) digunakan. Skor min pula digunakan bagi mengetahui kekangan-kekangan yang
dihadapi oleh pensyarah dalam usaha melaksanakan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar
di politeknik zon selatan. Di dalam kajian ini, kesemua penganalisisan data adalah
menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS).

5.0 DAPATAN KAJIAN


5.1 Pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar
Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian, jumlah skor min keseluruhan bagi pelaksanaan
pengajaran berpusatkan pelajar adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu 3.95. Julat skor
min adalah dalam lingkungan 3.61 hingga 4.22 manakala julat sisihan piawai pula berada
dalam lingkungan 0.692 hingga 1.210. Kaedah amali menunjukkan skor min yang paling
tinggi iaitu 4.22 manakala kaedah lawatan pula menunjukkan skor min yang paling rendah
iaitu 3.61. Ini jelas menunjukkan bahawa hanya 3 kaedah sahaja yang biasanya dilaksanakan
dalam pengajaran berpusatkan pelajar di politeknik zon selatan iaitu kaedah amali, kaedah
projek dan kaedah interaktif. Selain itu, tidak ramai pensyarah-pensyarah di politeknik zon
selatan yang mengimplementasikan kaedah PBLdan kaedah lawatan. Namun begitu, secara
keseluruhannya, pengajaran berpusatkan pelajar telah diimplementasikankan di politeknik
zon selatan tetapi dengan menggunakan kaedah tertentu sahaja. Hasil dapatan kajian telah
diringkaskan dalam bentuk jadual seperti dalam Jadual 4.
Jadual 4: Pelaksanaan Pengajaran Berpusatkan Pelajar
Skor
Sisihan
Bil.
Item
Min
Piawai
1.
Kaedah Amali
4.22
0.760
2.
Kaedah Interaktif
4.01
0.735
3.
Kaedah PBL
3.76
0.973
4.
Kaedah Projek
4.13
0.692
5.
Kaedah Lawatan
3.61
1.210
Keseluruhan
(Pelaksanaan Pengajaran Berpusatkan
3.95
0.669
Pelajar)

Tafsiran
Min
Tinggi
Tinggi
Sederhana
Tinggi
Sederhana
Tinggi

5.1.1 Kaedah amali


Pengajaran secara amali adalah pengajaran yang dilaksanakan secara praktikal dengan
menggunakan kemahiran sendiri bagi mengesahkan suatu konsep dan teori yang telah
dipelajari serta dapat membentuk sikap dan pemikiran kreatif. Hasil analisis bagi item-item
untuk pelaksanaan kaedah pengajaran secara amali ditunjukkan dalam Jadual 5.

38

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Jadual 5: Kaedah Amali


No.
Skor
Item
Item
Min
B6 Melaksanakan P&P di bilik khas
4.09
B7 Menyediakan peralatan yang sesuai
4.17
Memberikan penerangan mengenai
B8
4.32
langkah-langkah penting
B9 Membuat demonstrasi (tunjuk cara)
4.23
B10 Menggalakkan pelajar bertanya
4.34
B11 Meminta pelajar menulis laporan amali
4.18
Keseluruhan (Kaedah Amali)
4.22

Sisihan
Piawai
0.924
0.915

Tafsiran
Min
Tinggi
Tinggi

0.819

Tinggi

0.853
0.824
1.015
0.760

Tinggi
Tinggi
Tinggi
Tinggi

5.1.2 Kaedah interaktif


Pengajaran secara interaktif adalah pengajaran yang dilaksanakan melalui aktiviti perbualan,
soal jawab, pertukaran pendapat / idea dan perkongsian maklumat antara pensyarah dan
pelajar di mana memerlukan penglibatan aktif pelajar. Hasil analisis bagi item-item untuk
pelaksanaan kaedah pengajaran secara interaktif ditunjukkan dalam Jadual 6.

No.
Item
B12
B13
B14
B15
B16
B17

Jadual 6: Kaedah Interaktif


Skor
Item
Min
Membentuk kumpulan kecil di dalam
3.96
kelas
Mengadakan aktiviti perbualan
3.96
(pertukaran pendapat)
Memberikan topik yang sesuai untuk
3.91
perbincangan (sumbang saran)
Menggalakan pelajar mengeluarkan
4.11
pendapat (idea) secara bebas
Mengawasi aktiviti sebagai pemerhati
4.13
(fasilitator)
Membuat penilaian melalui
3.96
penglibatan aktif pelajar
Keseluruhan (Kaedah Interaktif)
4.01

Sisihan
Piawai

Tafsiran
Min

0.949

Tinggi

0.786

Tinggi

0.911

Tinggi

0.832

Tinggi

0.787

Tinggi

0.946

Tinggi

0.735

Tinggi

Merujuk kepada Jadual 5.3, skor min keseluruhan bagi pelaksanaan kaedah pengajaran secara
interaktif adalah tinggi iaitu 4.01 (s = 0.735). Julat skor min bagi setiap item berada dalam
lingkungan 3.91 hingga 4.13. Kesemua item berada pada tahap tafsiran min yang tinggi.
Purata
yang
diperolehi
menunjukkan
secara
keseluruhannya
responden
mengimplementasikan kaedah pengajaran secara interaktif di politeknik. Sisihan piawai bagi
setiap item adalah kurang daripada 1.000. Ini menunjukkan bahawa serakan taburan skor bagi
kesemua item tidak begitu jauh dari nilai skor min dalam taburannya.
5.1.3 Kaedah PBL
Pengajaran secara PBL adalah pengajaran yang dilaksanakan melibatkan penyelesaian
masalah melalui penjanaan idea menggunakan pemikiran analitis dan kritis secara
berkumpulan mengikut prosedur-prosedur PBL. Hasil analisis bagi item-item untuk
39

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

pelaksanaan
Jadual 7.

No.
Item
B18
B19
B20
B21
B22
B23

kaedah

pengajaran

secara

PBL

Jadual 7: Kaedah PBL


Skor
Item
Min
Meminta pelajar membentuk
3.74
kumpulan
Memberikan penerangan mengenai
3.69
prosedur melaksanakan PBL
Memberikan aplikasi permasalahan
3.77
berkaitan pelajaran
Menggalakkan pelajar menjana idea
3.80
secara berkumpulan
Meminta pelajar memberi maklum
3.83
balas tugasan kerja kumpulan
Menilai pelajar melalui hasil setiap
3.75
prosedur PBL
Keseluruhan (Kaedah PBL)
3.76

ditunjukkan

dalam

Sisihan
Piawai

Tafsiran
Min

1.019

Sederhana

1.059

Sederhana

0.964

Sederhana

1.040

Tinggi

1.042

Tinggi

1.081

Sederhana

0.973

Sederhana

Jadual 7 menunjukkan bahawa skor min keseluruhan bagi bagi pelaksanaan kaedah
pengajaran secara PBL adalah sederhana iaitu 3.76 (s = 0.973). Kesemua item menunjukkan
skor min kurang daripada 4.00 di mana julat skor min bagi setiap item berada dalam
lingkungan 3.69 hingga 3.83. Purata yang diperolehi menunjukkan bahawa responden jarang
melaksanakan kaedah pengajaran secara PBL.
5.1.4 Kaedah Projek
Pengajaran secara projek adalah pengajaran yang dilaksanakan dengan cara pelajar
mengalami dan membuat sendiri di mana mereka dapat menonjolkan segala pengetahuan dan
kemahiran masing-masing. Hasil analisis bagi item-item untuk pelaksanaan kaedah
pengajaran secara projek ditunjukkan dalam Jadual 8.
Berdasarkan kepada Jadual 8, jumlah skor min keseluruhan bagi pelaksanaan kaedah
pengajaran secara projek adalah tinggi iaitu 4.13 (s = 0.692). Julat skor min bagi item pula
berada dalam lingkungan 3.88 hingga 4.27. Walaupun item B24 mencatat skor min terendah,
namun ia masih berada pada tahap tafsiran min yang tinggi. Item B28 mencatat skor tertinggi
iaitu 4.27. Hasil daripada soal selidik ini membuktikan bahawa kaedah pengajaran secara
projek memang dilaksanakan di politeknik.
Jadual 8: Kaedah Projek
No.
Skor
Item
Item
Min
B24 Memberikan tajuk untuk pilihan pelajar
3.88
Meminta pelajar mendapatkan tajuk
B25
4.06
yang sesuai
Meminta pelajar menyediakan
B26
4.11
proposal ringkas

Sisihan
Piawai
0.914

Tafsiran
Min
Tinggi

0.892

Tinggi

0.870

Tinggi

40

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

No.
Item
B27
B28
B29

Jadual 8: Kaedah Projek (Samb.)


Skor
Item
Min
Menyelia perjalanan projek secara
4.24
berterusan
Menilai hasil projek melalui
4.27
pembentangan
Menilai hasil projek melalui laporan
4.25
projek
Keseluruhan (Kaedah Projek)
4.13

Sisihan
Piawai

Tafsiran
Min

0.743

Tinggi

0.791

Tinggi

0.761

Tinggi

0.692

Tinggi

5.1.5 Kaedah Lawatan


Pengajaran secara lawatan adalah pengajaran yang dilaksanakan dengan memberi
pendedahan dan pengalaman kepada pelajar di mana mereka dapat melihat sendiri keadaan
sebenar mengenai perkara yang telah dipelajari. Hasil analisis bagi item-item untuk
pelaksanaan kaedah pengajaran secara projek ditunjukkan dalam Jadual 9.
Jadual 9: Kaedah Lawatan
No.
Skor
Item
Item
Min
Meminta pelajar menguruskan
B30
3.56
prosedur lawatan
Membimbing pelajar menguruskan
B31
3.59
prosedur lawatan
B32 Mengawasi perjalanan lawatan
3.63
Menggalakkan pelajar bertanya
B33
3.68
semasa lawatan
Meminta pelajar menceritakan
B34
3.62
pengalaman daripada lawatan
Menilai pelajar melalui laporan hasil
B35
3.61
lawatan
Keseluruhan (Kaedah Lawatan)
3.61

Sisihan
Piawai

Tafsiran
Min

1.247

Sederhana

1.235

Sederhana

1.242

Sederhana

1.266

Sederhana

1.277

Sederhana

1.260

Sederhana

1.210

Sederhana

Jadual 9 menunjukkan bahawa skor min keseluruhan bagi pelaksanaan kaedah pengajaran
secara lawatan adalah 3.61 (s = 1.210) di mana ia berada pada tahap tafsiran min sederhana.
Ini bermaksud bahawa kaedah pengajaran secara lawatan tidak begitu dilaksanakan dalam
proses P&P di politeknik.
5.2 Kekangan dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar
Jadual 10 menunjukkan bahawa skor min keseluruhan bagi kekangan dalam pelaksanaan
pengajaran berpusatkan pelajar adalah berada pada tafsiran min yang sederhana iaitu 3.36 (s
= 0.730). Julat skor min bagi setiap item pula berada dalam lingkungan 2.93 hingga 3.78.
Terdapat dua item yang menunjukkan skor min kurang daripada 2.00 iaitu item B42
mengenai penilaian dan item B43 mengenai tugasan sampingan. Ini menunjukkan bahawa
penilaian yang dijalankan di politeknik banyak menggunakan ujian kertas pensel.
Selain itu, tugasan sampingan yang membebankan menjadi alasan kebanyakan pensyarahpensyarah di politeknik kurang melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar. Kadar
41

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

keseluruhan purata min yang sederhana menunjukkan bahawa responden sememangnya


menghadapi pelbagai kekangan dalam melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.
Jadual 10: Kekangan Dalam Pelaksanaan Pengajaran Berpusatkan Pelajar
No.
Skor Sisihan Tafsiran
Item
Item
Min
Piawai
Min
B36 Kemudahan P&P mencukupi
3.13
1.135
Sederhana
B37 Kemudahan P&P berfungsi dengan baik
3.29
1.007
Sederhana
Susun atur di dalam kelas bersesuaian
B38
3.38
0.979
Sederhana
untuk P&P
Bilangan pelajar dalam satu kelas tidak
B39
3.29
1.180
Sederhana
terlalu ramai
Masa untuk pelaksanaan pengajaran
B40
3.45
0.984
Sederhana
berpusatkan pelajar mencukupi
Isi pelajaran bersesuaian untuk
B41
3.60
0.922
Sederhana
pengajaran berpusatkan pelajar
Penilaian Berterusan (PB) kurang
B42
2.93
1.167
Sederhana
menggunakan ujian bertulis
Tugasan sampingan tidak mengganggu
B43
2.98
1.441
Sederhana
pelaksanaan P&P
Pelajar memberikan perhatian dengan
B44
3.78
0.811
Sederhana
baik di dalam P&P
Pelajar terlibat secara aktif di dalam
B45
3.75
0.978
Sederhana
P&P
Keseluruhan (Kekangan)
3.36
0.730 Sederhana

6.0 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN


Bagi tujuan memudahkan proses perbincangan, penyelidik menggambarkan dapatan
persoalan kajian secara keseluruhan seperti ditunjukkan dalam Jadual 11.
Jadual 11: Dapatan Persoalan Kajian
Perkara
Pelaksanaan Pengajaran
Berpusatkan Pelajar di
Politeknik Zon Selatan

Pelaksanaan Kaedah Pengajaran


Berpusatkan Pelajar di
Politeknik Zon Selatan

Dapatan Kajian
Pensyarah-pensyarah
di
politeknik
zon
selatan
mengimplementasikan pengajaran berpusatkan pelajar
tetapi menggunakan kaedah tertentu.
Pensyarah sering menggunakan kaedah pengajaran secara
amali dalam proses P&P di politeknik zon selatan.
Kaedah pengajaran secara interaktif kerap dilaksanakan di
dalam proses P&P di politeknik zon selatan.
Kaedah pengajaran secara PBL kurang dilaksanakan dan
kurang popular di kalangan pensyarah-pensyarah
politeknik zon selatan.
Ramai pensyarah di politeknik zon selatan melaksanakan
kaedah pengajaran secara projek.
Tidak ramai pensyarah di politeknik zon selatan
melaksanakan kaedah pengajaran secara lawatan.

42

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Jadual 11: Dapatan Persoalan Kajian (Samb.)


Perkara
Dapatan Kajian
Perbezaan Pelaksanaan Kaedah
Pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar yang
Pengajaran Berpusatkan Pelajar
diimplementasikan oleh pensyarah
dari
bidang
Antara Pensyarah-Pensyarah
kejuruteraan adalah berbeza dengan pensyarah dari bidang
Mengikut Bidang Pengkhususan
bukan kejuruteraan.
di Politeknik Zon Selatan
Perbezaan Pelaksanaan Kaedah
Pengajaran Berpusatkan Pelajar
Antara Pensyarah-Pensyarah di
Tiga Buah Politeknik Zon
Selatan

Kekangan Dalam Pelaksanaan


Pengajaran Berpusatkan Pelajar
di Politeknik Zon Selatan

Pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar yang


diimplementasikan oleh pensyarah-pensyarah di antara
politeknik zon selatan adalah berbeza.
Kecuali pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan
pelajar yang diimplementasikan oleh pensyarah-pensyarah
di Politeknik Johor Bahru tidak ada begitu berbeza dengan
pelaksanaannya di Politeknik Port Dickson.
Penilaian Berterusan (PB) banyak menggunakan ujian
bertulis
Tugasan sampingan mengganggu pelaksanaan P&P
Kemudahan P&P kurang mencukupi
Kemudahan P&P tidak berfungsi dengan baik
Bilangan pelajar dalam satu kelas terlalu ramai
Susun atur di dalam kelas kurang bersesuaian untuk P&P
Masa untuk pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar
tidak mencukupi
Isi pelajaran kurang bersesuaian untuk pengajaran
berpusatkan pelajar
Pelajar terlibat secara aktif di dalam P&P
Pelajar memberikan perhatian dengan baik di dalam P&P

Kajian ini dilaksanakan berpandukan kepada persoalan dan objektif kajian. Secara
keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa:
i. Pensyarah-pensyarah di politeknik zon selatan telah melaksanakan pengajaran
berpusatkan pelajar bagi menggantikan kaedah pengajaran secara chalk and talk
seterusnya mencapai objektif ketiga Pelan 2006 - 2010 KPTM.
ii. Kaedah yang paling kerap diimplementasikan adalah kaedah amali, diikuti dengan
kaedah projek dan kaedah interaktif.
iii. Kaedah PBL dan kaedah lawatan kurang dilaksanakan dan kurang popular di
kalangan pensyarah-pensyarah politeknik zon selatan kerana tidak ramai
pensyarah yang mengimplementasikannya dalam P&P.
iv. Pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar yang diimplementasikan oleh
pensyarah dari bidang kejuruteraan adalah berbeza dengan pensyarah dari bidang
bukan kejuruteraan.
v. Pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar yang diimplementasikan oleh
pensyarah-pensyarah di antara politeknik zon selatan adalah berbeza kecuali
pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar yang diimplementasikan oleh
pensyarah-pensyarah di Politeknik Johor Bahru tidak mempunyai perbezaan yang
ketara dengan pelaksanaannya di Politeknik Port Dickson.

43

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

vi. Kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar


adalah dari aspek penilaian, Penilaian Berterusan (PB) di mana banyak
menggunakan ujian bertulis.
vii. Kemudahan P&P di politeknik kurang mencukupi dan ianya tidak berfungsi
dengan baik.
viii. Bilangan pelajar dalam satu kelas terlalu ramai dan susun atur di dalam
kelasnya kurang bersesuaian untuk P&P berpusatkan pelajar ini.
ix. Pensyarah menyifatkan bahawa tugasan sampingan amat membebankan dan
menganggu pelaksanaan P&P berpusatkan pelajar ini.
Kajian ini telah berjaya menjawab persoalan-persoalan kajian dan seterusnya mencapai
objektif dan matlamat kajian iaitu untuk meninjau sejauh mana pelaksanaan pengajaran
berpusatkan pelajar di kalangan pensyarah-pensyarah di politeknik pada masa kini khususnya
politeknik zon selatan. Kaedah pengajaran ini dilihat dapat menyediakan persekitaran dan
sumber pembelajaran yang berkualiti seperti mana dikehendaki oleh pihak Kementerian
Pengajian Tinggi sebagai mana telah mereka sasarkan dalam Pelan Strategi 2006 - 2010.
Secara keseluruhannya, penyelidik dapat mengenal pasti kaedah yang diimplementasikan
dalam pengajaran berpusatkan pelajar di politeknik zon selatan khususnya termasuk
kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Seterusnya, cadangan telah dikemukakan
kepada pihak-pihak yang berkepentingan iaitu pihak KPTM, pihak pentadbiran politeknik
dan pensyarah-pensyarah politeknik untuk sebarang tindakan yang sepatutnya.
6.1 Cadangan Kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Data dan maklumat kajian ini amat penting dalam memberi input kepada pihak Kementerian
Pengajian Tinggi sebagai maklum balas bagi mencapai matlamat Pelan Strategi 2005 - 2010.
Oleh yang demikian, pihak KPTM dapat menilai sejauh mana pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di politeknik. Secara keseluruhannya, KPTM juga memperoleh gambaran
terhadap tahap pendidikan yang dilaksanakan di politeknik. Berikut adalah cadangan
penyelidik kepada pihak KPTM:
i. Pihak KPTM dicadangkan agar mewujudkan satu badan khas yang mana
bertanggungjawab menilai pelaksanaan pengajaran yang diimplementasikan oleh
seseorang pensyarah.
ii. Pihak KPTM perlu mengadakan seminar, kolokium, ceramah atau sebagainya di
peringkat kebangsaan berkaitan pengajaran berpusatkan pelajar dan terbuka
kepada semua pensyarah di seluruh politeknik di Malaysia.
6.2 Cadangan Kepada Pentadbiran Politeknik
Dapatan kajian ini boleh digunakan untuk penambahbaikan kaedah pengajaran yang lebih
berkesan bukan sahaja di politeknik zon selatan sahaja tetapi boleh diguna pakai oleh seluruh
politeknik di Malaysia.
i. Dalam usaha menjadikan politeknik sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
bertaraf dunia, kualiti pengetahuan dan kemahiran guru-guru perlu
dipertingkatkan. Salah satu komponen kemahiran yang menjadi aset penting yang
mesti dimiliki ialah kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran
sedemikian dapat membantu usaha meningkatkan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran akademik. Oleh itu, setiap pensyarah perlu menguasai bidang
44

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

pedagogi. Justeru pihak politeknik perlu memastikan agar semua pensyarah


mengikuti kursus, bengkel, seminar atau kolokium yang berkaitan pengajaran dan
pembelajaran sekurang-kurangnya sekali setahun.
ii. Pihak politeknik hanya memberikan tumpuan kepada ujian kertas pensel sahaja
sebagai instrumen dominan untuk menilai pelajar. Instrumen selain kertas pensel
dianggap tidak releven. Justeru penyelidik mencadangkan supaya pentaksiran di
politeknik harus dipelbagaikan. Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
boleh diberikan skor atau markah perlu dijadikan instrumen pengujian, contohnya
cerapan, ujian kepantasan dan berkumpulan, pemerhatian, senarai semak, ujian
pencapaian, ujian prestasi, ujian situasi, pentaksiran hasil kerja, nota buku log,
rakaman pita audio dan diari pelajar. Ini akan menjurus kepada pengajaran
berpusatkan pelajar.
iii. Pihak pentadbiran politeknik perlu sentiasa memantau masalah-masalah yang
dihadapi oleh para pensyarah sama ada dari segi kemudahan pengajaran dan
pembelajaran atau pun sebagainya.
6.3 Cadangan Kepada Pensyarah Politeknik
Pensyarah-pensyarah politeknik adalah merupakan golongan yang paling penting dalam
mengimplementasikan pengajaran berpusatkan pelajar. Mereka juga adalah merupakan
responden kepada kajian ini. Maka, para pensyarah politeknik dicadangkan seperti mana
berikut:
i. Pensyarah dicadangkan agar mempraktikkan dan mempelbagaikan kaedah dan
teknik pengajaran terutama pengajaran berpusatkan pelajar.
ii. Pensyarah dicadangkan agar menyertai kursus, seminar, kolokium atau yang
berkaitan dengan pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar yang dianjurkan
oleh mana-mana agensi.
iii. Pensyarah harus diberi motivasi agar prihatin dengan misi dan visi politeknik bagi
menyediakan pelajar dengan kemahiran-kemahiran tertentu dalam menyediakan
tenaga kerja separa profesional dalam bidang teknikal, perdagangan dan
hospitaliti.

7.0 RUJUKAN
Esah Sulaiman (2004). Pengenalan Pedagogi. Skudai : UTM.
Kember, D. (1997). A Reconceptualisation Of The Research Into University Academics
Conceptions Of Teaching. Learning and Instruction. 7 (3). 255-275.
Mohamed Rashid Navi Bax (2006). Perutusan Dari Dr. Mohamed Rashid b. Navi Bax,
Pengarah Bahagian Pengurusan Politeknik Malaysia. dalam Nor Ainon Zakaria,
Hafidzah Ahmad Abbas & Amrul Fazli Mohamad. Buletin Konvokesyen Politeknik
Ungku Omar (PUO) Ipoh : PUO. 2.
Mok Soon Sang (2004). Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
3rd. ed. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Noorhidayah Abdul Kassim (2005). Amalan Penggunaan Pendekatan Pengajaran Oleh
Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam Di Politeknik. KUiTTHO : Tesis Sarjana
Pendidikan.
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah : Kaedah &
Strategi. Kajang: Masa Enterprise.
45

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Sulaiman Ngah Razali (1997). Pedagogi : Teori dan Praktik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

46

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

POLYTECHNIC KUCHING STUDENTS FOUNDATION IN MATHEMATICS:


THE CASE OF LOGARITHMS

Jeffery Abat Maramat


Mathematics, Science and Computer Department
Polytehnic Kuching, Sarawak

ABSTRACT
The paper presents the findings of one hundred Polytechnic Kuching (POLIKU) students
understanding when working with logarithms. A specially designed test sheet, with questions
classified according to cognitive level, will be used. The data will be analyzed in detail to
examine the kinds of understanding students have about the topic. Results indicate students
disposition towards a procedural approach and reliance on rules, rather than on the meaning
of concepts.

1.0 INTRODUCTION
Logarithms were invented by John Napier (1550-1617), Baron of Merchiston, in Scotland
nearly 400 years ago. Nowadays, information technologies such as calculators and computers
have taken over this computational role. Yet logarithms remain a great tool for calculation in
mathematics and science. To date, logarithms still be found in polytechnic mathematics
curricula.
Understanding the concept of a logarithm builds on the relationship between the additive and
multiplicative structure of numbers. The importance of logarithms lies in converting an
addition/subtraction into a multiplication/division of two logarithms numbers; that is, the
computational power of logarithms relies on the relationship between multiplication/division
and addition/subtraction.
One of major obstacles to students in Mathematics Engineering 1 (B1001) is to comprehend
with indices and logarithms. Their understanding of the fundamental concept of logarithms
still remains in doubt. Thus, this study was conducted with the aim of examining the
students level of understanding of indices and logarithms.
The paper begins with a description of the methods and results and follows with a discussion
of the implications of the findings are presented as a way of helping lectures make use of this
research in a meaningful way.

2.0 OBJECTIVES
This study addresses the understanding of logarithms and common difficulties which students
encounter as they study this topic. The study focuses on the two main objectives: (1) To
provide an account of students' understandings and misunderstandings of the concept of
logarithms. (2)To investigate the possible sources of the difficulties that affects students
understanding, and explores how it is possible to overcome or at least to reduce these
47

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

difficulties. The results indicate students disposition towards a procedural approach and
reliance on rules, rather than on the meaning of concepts. The paper concludes with
pedagogical considerations.

3.0 METHOD
Participants in this research were one hundred students enrolled in the Mathematics
Engineering 1 (B1001) course. Data collection relied on one main source: A Test Instrument.
The test was examined to the participants upon completion of their study of the unit on
logarithms.
3.1 Test Instrument
A test paper, named Test of Students Understanding of Logarithms, consisting of 7
questions. The items were designed to explore students learning difficulties and errors in
logarithms. Since an objective of this study was to investigate the possible sources of the
difficulties that affects students understanding, different level of questions are produced as
shown in table 1 based on a modified version of Blooms Taxonomy (Bloom et al., 1956):
Knowledge or Computation, Understanding and Application.
Table 1: Test Instrument

3.2 Participants
The test instrument was given to one hundred Polytechnic students under test conditions on
July 2008. The study sample comprised 30 students from diploma course and 70 from
certificate courses. More students from certificate courses were selected because of their poor
SPM mathematics result compared to diploma students.
Analysis Process

48

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Originally, four categories were classified to analyze each of answer: correct answer, not
complete and no answer and incorrect answer. The not complete category, which was
created originally to account for solutions that were incomplete but could possibly lead to a
correct answer if done fully, had to be combined with the wrong answer category due to a
low occurrence of such responses in each item. The no answer category accounted for test
items that were left completely blank. Finally, there were three categories available to track
the objectives. In conclusion, the frequency of response for each category in a test item was
computed.

4.0 FINDINGS
This part analyzed the overall result obtained by students for each questions in the various
levels: Basic, Proficient and Advanced. Discussion for each level of question was made to
comprehend their performance.
Overall Level of Understanding of Logarithms
As can be seen from the table 2, the success rate for Basic test items was about 95%, but
when the items became progressively more difficult, the percentages dipped to a level of
about 65% for Proficient items and to a low of about 20% for Application items. Most of the
students did understand the fundamental knowledge of logarithms. However, when the
questions were extent to higher level of understanding, the rate exponentially decreased.
4.1 Basic Items
In this level, 95% of them had grasped the fundamental knowledge of logarithms including
changing the form of logarithm to index form and vice versa. Another 5% possibly came
from students who are unable to differentiate between base, number and index.
Table 2: Overall Performance
Number of
Maximum Number
Correct
of Correct Responses
Responses

Percentage of
Correct
Responses

Level

Number of
Question

Basic

300

270

90%

Proficien
t

300

195

65%

Applicat
ion

100

20

20%

However, a minor decrease was shown when solving question 3 with poor success rate. It
rather surprising that this item turned out to be difficult especially it was thought to be
straightforward x = 12 with 3x = 36 being presumably a familiar algebra equation problem.
10% of their answers were categorized as wrong answer which giving response of
than the expected 12. Another 10% were giving no response.

x=

3
36

49

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Table 3: Participants responses: BASIC

4.2 Proficient Items


The overall success rate in this category was roughly 65%, suggesting that the participants
had demonstrated a reasonable understanding of the underlying concepts of logarithms
beyond simply recalling the definition or the direct application of logarithmic laws.
Table 4: Participants responses: PROFICIENT

For instance, it was encouraging to find participants doing rather well in a fairly searching
question that asked for the value of x for questions 1 and 2. Averages of 63% students were
capable to solve the problems using logarithm laws and find value of x as 2 (Question 1) and
x as 0 (Question 1). The difficulty in this item lies on the interpretation the participants made
of x, which is a logarithm of another logarithm.
On the other hand, there were a few items in which the participants found far from being
routine and straightforward. An example is question 2, which asked the participants to
evaluate value of 3 x = 0 where most them giving response x = 1 . It does appear that many
participants encountered some difficulty in relating 3 x = 0 and x = 0 .
4.3 Application Items
The overall performance in this level was approximately 20%. A significant number of the
participants did appear to have some difficulty with the question, with bulk of them were
unable to answer the question.

50

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Table 5: Participants responses: APPLICATION

What makes this question interesting is that it was a combination of knowledge of logarithm
laws, algebra equation problem-solving, and common logarithm. This question required well
understanding in logarithms laws as in step 1 to 2 and algebra equation as in step 4 as well. It
required the participants to evaluate value of x by base 10 logarithm as shown in step 6 to
step 9.

( 2+ x )

7 12
7x

49 7 7 7 x
42 7

=0

________________Step 1

= 12

________________Step 2

= 12
12
=
x
7
42
2
=
x
7
7
2
= lg
x lg 7
7
0.8451x
= 0.5441
0.5441
=
x
0.8451
x
= 0.644

________________Step 3
________________Step 4
________________Step 5
________________Step 6
________________Step 7
________________Step 8
________________Step 9

Another 60% participants were also able to achieve step 3, but a serious mistake was spotted
when their workings were observed closely. Their workings were found to carry the
following
mistake
when
move
to
step 4:
12
=
x
7
42
7
=
7x
2
x
x
Here, 42 7 = 12 was wrongly apparently to be equivalent to, 12 7 = 42 which simplifies
7
to 2 .
This part offered only the participants level of understanding of logarithms by analyzing
their performance in the test. The analysis does confirm that students can often perform the
mechanical computations with logarithms but there is not always a high level of
understanding behind these calculations.

51

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

5.0 DISCUSSION
The pedagogical ideas that I have unraveled from this study go far beyond the concept of
logarithms. I found that some students have very weak algebra skills, while others do not
understand indices. The lack of prerequisite knowledge undermines their learning process
before it begins. But these questions were not a part of this study. However, several other
sources directly related to the context of this study were identified. They provoked immediate
difficulties in students' understanding of logarithms. I believe these relevant sources were
identified in every test question.
It was always important for the lectures to be consistent with the terminology used in the
mathematics class. If the word "indices" is dominant in the teacher's vocabulary, the meaning
of this word should be made clear to the students. Shifting from "indices" to "power" creates
confusion for students, as a word "power" has dual meaning in mathematics. One of them is
an indices "; another is an indices exponential expression". It becomes an obstacle when
students change the logarithmic form into the exponential form and vise-versa. It leads
students to the simple manipulation of three terms: indices, base, and power.
New notations are often difficult for students, and they should therefore be firmly established
at the start. In the case of the log a b notation, students often perceive log a as a variable,
rather than an operator because of its resemblance to algebraic notations with which they are
familiar. Thus, it is important for teachers to explain and emphasise to students that log a in
the term log a b is actually an instruction (or an operator) for finding the index required on
the base a to give the value b, and that log a b , when treated as a whole, is simply the index to
be found.
This study provides a system consists of Basic, Proficient and Application level which were
used to model the students understanding of logarithms. The results present a description of
students difficulties with logarithms, and also suggest possible explanations of the sources of
these difficulties. As such, this study lays a foundation for future research on this topic. It
presents students difficulties as they can be attributed to the conceptual obstacle. Among the
few implications for teaching practice that were developed in this study, the focus here is on
the initial introduction of the concept. Further research will investigate the feasibility and the
benefits of this approach.

6.0 CONCLUSION
This study explored the polytechnic students level of understanding of logarithms. The
conclusion drawn from this study is that most students were unable to understand the
concept, as they lack the prerequisite knowledge required to understand logs as numbers and
therefore do not develop an operational meaning of logarithms. One of the main
accomplishments of this research was the common difficulties in the students' understanding
of this phenomenon were discovered. Possible sources of these difficulties were analyzed and
some suggestions to deal with these difficulties were proposed.

52

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

7.0 REFERENCES
Bloom, B. S., Engelhart, M. D., Hill, W. H., Furst, E. J. & Krathwohl, D. R. (1956).
Taxonomy of educational objectives: Cognitive domain. New York: Longman.
Wikipedia (2009). The free encyclopedia. http://en.wikipedia.org

53

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

KESEDIAAN PROFESIONALISME PENSYARAH NOVIS DI POLITEKNIK


MALAYSIA

Mohd Syafaril Jamaluddin


Zamry Ahmad Mokhtar
Jabatan Kejuruteraan Awam
Politeknik Mukah Sarawak
Sapon Ibrahim
Fakulti Pendidikan Teknik & Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

ABSTRAK
Perkembangan pendidikan begitu pesat, mencabar dan canggih, memerlukan perhatian yang
serius dalam kalangan pendidik. Maka tugas sebagai seorang tenaga pengajar di Politeknik
Malaysia kini juga kian mencabar. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk menilai
kesediaan profesionalisme pensyarah novis di Politeknik Malaysia dari pelbagai aspek dalam
memperlengkapkan diri sebelum melalui proses pengesahan jawatan sebagai pensyarah
sebenar. Pemilihan sampel di lima buah Politeknik Malaysia yang dipilih adalah dalam
kalangan pensyarah novis yang telah berkhidmat tiga tahun dan ke bawah. Instrumen kajian
yang telah digunakan ialah borang soal selidik bagi mengukur tahap kesediaan
profesionalisme pensyarah novis. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package
for the Social Sciences for Windows (SPSS) versi 11.5 bagi mendapatkan data skor min dan
peratusan. Kaedah peratusan digunakan untuk menganalisis data bagi latar belakang
responden, manakala purata skor min digunakan untuk menganalisis data bagi aspek-aspek
kesediaan profesionalisme pensyarah novis di samping strategi pengajaran dan pembelajaran
serta sistem sokongan di politeknik. Analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa hampir
keseluruhan responden mempunyai tahap kesediaan yang tinggi sebagai seorang pensyarah
novis di politeknik. Beberapa aspek masih dalam tahap sederhana dan ini dicadangkan
bahawa pensyarah novis perlu mempertingkatkan aspek maklumat tentang sukatan pelajaran
dan penilaian serta pengujian untuk memiliki kesediaan profesionalisme yang tinggi sebagai
pensyarah.

1.0 PENDAHULUAN
Ahli-ahli pendidik sangat mengutamakan kualiti dalam pendidikan. Isu kualiti dalam
pendidikan kini lebih banyak dibincangkan dalam forum dan seminar. Perkembangan
pendidikan begitu pesat, mencabar dan canggih, memerlukan perhatian yang serius dalam
kalangan pendidik. Pelaksanaan reformasi pendidikan menuntut pensyarah terutama
pensyarah novis berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran
mengajar yang terkini demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang
profesion perguruan yang kian mencabar. Selain daripada bidang pengajaran yang menjadi
tunggak dan inti profession perguruan, bidang pengurusan juga perlu dititikberatkan yang
mana sekarang ini sudah menjadi satu keperluan kepada tenaga pengajar (Mohd Rais, 1991).
Selain mengajar, tenaga pengajar juga terlibat dengan pelbagai aktiviti serta tugas lain dan ini
akan menyebabkan tanggung jawab mereka semakin bertambah (Mohd Noor Affendy, 2004).
54

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Lazimnya, pensyarah baru atau novis selalu dianggap telah memiliki pengetahuan, kemahiran
dan nilai di samping strategi pengurusan, pengajaran dan pembelajaran dalam memikul
tanggung jawab sebagai seorang pensyarah yang cekap. Walau bagaimanapun, kekurangan
pengalaman menjadi tekanan kepada pensyarah novis (Moron,1990). Mereka masih baru dan
mentah (Williams, 2001) serta mudah tersinggung, tidak begitu pasti dengan tahap
kemampuan mereka (Johnston dan Ryan, 1980) dan masih bersifat introspektif iaitu bersifat
penilikan diri atau penelitian fikiran sendiri (Pajak dan Blase, 1982).
Empat perkara utama yang perlu dititikberatkan dan yang menjadi isu mengenai pensyarah
novis ialah hubungan, persediaan akademik, persekitaran kerja seperti masalah mendapatkan
sokongan (Murphy, 2005 dan Mariani et al. 2006) dan ciri-ciri personaliti (Syuhada Choo
Abdullah, 2001 dan Melo Patricia, 2003). Seseorang pensyarah novis itu perlu menanamkan
diingatannya bahawa usaha untuk melaksanakan sesuatu program adalah untuk mengubah
dan meningkatkan profesionalisme mereka sebagai seseorang pensyarah novis yang kurang
berpengalaman. Usaha ini tidak akan tercapai melainkan pensyarah novis ini mempunyai
semangat yang kental dan mantap untuk meningkatkan kualiti, akauntabiliti dan
profesionalisme seorang pensyarah (Nor Shahima Othman, 2006). Untuk memenuhi kriteria
sebagai seorang pensyarah yang profesional pelbagai cabaran perlu dihadapi sebelum dan
dalam waktu berkhidmat. Latihan perguruan yang setara dan mutu latihan ditentukan oleh
satu badan penilai yang berautoriti dan berpengalaman dalam profesion perguruan (Wan
Mohd Rashid, 2004). Latihan mengajar yang dijalankan merupakan satu bentuk kurikulum
yang berstruktur digubal secara kolektif oleh pakar-pakar pendidikan (Finch dan Crunkilton,
1992). Mohd Noor Affendy (2004), menyatakan bahawa kebanyakan tenaga pengajar
memerlukan program latihan dalam aspek pengetahuan iaitu dengan meningkatkan
pengetahuan kandungan dan pengetahuan am serta kemahiran mengurus seperti kemahiran
mengawal kelas dan emosi serta kemahiran komunikasi. Apple (2001) menyatakan bahawa,
komponen pengetahuan juga boleh dikonsepkan sebagai kepercayaan seseorang tentang
pengetahuan fakta serta objek. Menurut Parkay (1998) pula, dalam menghadapi zaman
moden yang mencabar, para pensyarah novis dikehendaki mempunyai berbagai-bagai
kebolehan dan keistimewaan. Mereka mestilah menjadi orang yang tahu dan yakin terhadap
pengetahuan dan sentiasa ingin belajar. Selain itu juga, pensyarah novis perlu menyedari
hakikat bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan
adalah bersifat futuristik, maka untuk itu, mereka hendaklah mempunyai kemampuan dalam
menyediakan generasi muda bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang mencakupi usaha
ke arah pembentukan masyarakat industri, ekonomi global, kebanjiran teknologi dan
limpahan maklumat sejagat (Abdullah Ahmad Badawi, 2005).
Dalam bidang teknikal pensyarah novis bukan sahaja perlu memiliki keterampilan pengajaran
dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas tetapi juga di makmal dan bengkel. Setiap pensyarah
novis memiliki ciri personaliti, minat dan kebolehan yang berbeza. Selain itu, para pensyarah
novis seharusnya menyedari tentang tugas dan juga tanggung jawab yang telah diserahkan
kepada mereka sebagai seorang pendidik yang akan mencorakkan masa depan anak bangsa.
Di samping itu, terdapat pandangan negatif sebahagian staf politeknik terhadap pensyarah
novis yang dikatakan tidak mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap atau nilai yang
diperlukan dalam memenuhi keperluan untuk menjadi seorang pensyarah di Politeknik
Malaysia (Nor Haziah Hussin, 2003). Pastinya mereka perlu memperlengkapkan diri dengan
pelbagai teknik dan kemahiran mengajar untuk memastikan tanggung jawab tersebut dapat
dilaksanakan dengan sempurna dan lebih bermakna. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk
melihat kesediaan profesionalisme pensyarah novis di Politeknik Malaysia dari pelbagai

55

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

aspek dalam memperlengkapkan diri sebelum melalui proses pengesahan jawatan sebagai
pensyarah sebenar.

2.0 KERANGKA TEORI KAJIAN


Kerangka teori kajian yang dibina adalah berasaskan kepada hasil-hasil kajian yang telah
dijalankan. Kerangka teori kajian ini diadaptasi dan diubahsuai dari Veenman (1984) dan
Heck & Walcott (1997) mengikut keperluan kajian yang dibuat (lihat Rajah 1). Untuk tujuan
kajian ini, teori tersebut telah diubahsuai dan dibina semula dengan menggantikan masalah
kepada kesediaan profesionalisme pensyarah novis di Politeknik Malaysia. Pada peringkat
awal menjalankan tugas, pensyarah novis akan mengalami kejutan realiti (Venmann 1984).
Pensyarah novis akan menghadapi pelbagai kesediaan, di samping strategi pengajaran dan
pembelajaran serta sistem sokongan yang dihadapi dalam tempoh awal perkhidmatan. Setelah
kesediaan profesionalisme pensyarah novis di kenal pasti, maka dapat dibuat sesuatu
cadangan bagi mempertingkatkan tahap kesediaan profesionalisme pensyarah-pensyarah
novis di Politeknik Malaysia.

3.0 METODOLOGI
3.1 Sampel Kajian
Seramai 207 orang responden yang terdiri daripada para pensyarah novis di lima buah
politeknik iaitu Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah (PTSB), Politeknik
Sultan Azlan Shah Tanjung Malim, Perak (PSAS), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,
Dungun, Terengganu (PSMZA), Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) dan Politeknik Port
Dickson, Negeri Sembilan (PPD) telah berjaya menjawab soal selidik dengan lengkap.
Responden adalah terdiri daripada 55 (26.6%) pensyarah lelaki dan 152 (73.4%) pensyarah
perempuan dan daripada keseluruhan responden 39.6% (n=82) berumur 20 hingga 25 tahun,
50.7% (n=105) berumur 26 hingga 30 tahun dan 9.7% (n=20) berumur 31 hingga 35 tahun.
Manakala bilangan reponden dari segi tempoh perkhidmatan pula, 55.6% (n=115) berkhidmat
di antara 0-1 tahun, 21.3% (n=44) berkhidmat di antara 1-2 tahun dan 2-3 tahun serta 1.9%
(n=4) yang berkhidmat di antara 3-4 tahun.

3.2 Instrumentasi
Pengkaji telah memilih untuk menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Ini
kerana penggunaan borang soal selidik dapat membantu pengumpulan data secara terus
daripada subjek dan mendapatkan pandangan responden terhadap objektif kajian (Mohd
Najib, 1999) serta memudahkan proses penganalisisan data (Manson dan Bramble, 1997).
Borang soal selidik yang digunakan terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu Bahagian
A, B, C dan D yang perlu dijawab oleh pensyarah novis. Pengkaji telah merujuk penulisan
Norasmah Othman et al. (2006) dan telah membuat pengubahsuaian untuk disesuaikan
dengan kesediaan profesionalisme yang dihadapi oleh pensyarah novis di politeknik.
Instrumen ini mempunyai 158 item yang terdiri daripada latar belakang demografi di
kalangan pensyarah novis dan kesediaan pensyarah novis dalam memulakan perkhidmatan di
Politeknik Malaysia. Petunjuk yang menjadi fokus utama kajian ialah merangkumi aspekaspek kesediaan profesionalisme pensyarah novis seperti kemahiran, pengetahuan, nilai dan
sebagainya.
56

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

PENSYARAH NOVIS DI
POLITEKNIK MALAYSIA
Demografi:
Politeknik
Jantina
Umur
Taraf Perkahwinan
Kelulusan Akademik & Ikhtisas
Pengkhususan mata pelajaran yang
diajar
Tempoh bertugas sebagai pensyarah
Terlatih
Kategori kelas yang diajar
Bantuan/Sokongan yang diterima

Kesediaan Profesionalisme
Strategi Pengajaran & Pembelajaran
Sistem Sokongan

PENINGKATAN KESEDIAAN
PROFESIONALISME PENSYARAH NOVIS
Rajah 1: Kerangka Teori Kajian

3.3 Penganalisaan Data


Data-data yang diperolehi dari borang soal selidik dimasuk dan direkodkan di dalam perisian
Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 11.5. Setelah itu, data ini dianalisis
secara deskriptif yang melibatkan skor min. Hasil analisis yang diperolehi ini,
dipersembahkan dalam bentuk jadual yang bersesuaian. Pengkaji juga menggunakan ujian
Independent t-test (Ujian-T Sampel Bebas) untuk melihat perbezaan antara aspek kesediaan
profesionalisme pensyarah novis di Politeknik Malaysia mengikut perbezaan jantina. Selain
itu, ujian ANOVA sehala digunakan untuk melihat perbezaan secara statistik antara
kesediaan profesionalisme pensyarah novis di Politeknik Malaysia mengikut perbezaan dari
segi Kelulusan Akademik Tertinggi.

57

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

4.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN


4.1 Aspek Kesediaan Profesionalisme Pensyarah Novis di Politeknik
Terdapat 10 aspek Kesediaan Profesionalisme Pensyarah Novis yang dianalisis untuk
menjawab persoalan kajian yang pertama. Daripada hasil kajian ini, purata skor min
keseluruhan aspek kesediaan profesionalisme pensyarah novis adalah seperti yang
ditunjukkan di Jadual 1.
Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pensyarah novis memang mempunyai kesediaan
profesionalisme dalam menjalankan tugas sebagai seorang tenaga pengajar di Politeknik.
Profesionalisme adalah sesuatu yang berkaitan dengan bidang profesion seperti pendidikan
(Mok Soon Sang, 2000) dan dalam konteks kajian ini, ciri-ciri profesionalisme merujuk
kepada tahap kesediaan seseorang pensyarah baru dari aspek pengajaran dan pembelajaran,
personaliti diri, penguasaan ilmu dalam sesuatu bidang dan keyakinan untuk menjadi seorang
pensyarah.
Jadual 1: Purata skor min keseluruhan aspek kesediaan profesionalisme pensyarah novis
Bil
Aspek Kesediaan
PurataSkor Min
1
Maklumat Tentang Sukatan Pelajaran
3.66
2
Sumber/Resos
3.87
3
Persediaan Prapengajaran
3.74
4
Pengajaran di Kelas/Makmal
3.73
5
Pengurusan dan Pengawalan Kelas
3.83
6
Pengujian dan Penilaian
3.62
7
Hubungan Interpersonal
4.22
8
Kokurikulum
3.76
9
Polisi Politeknik, Pengurusan dan
3.78
10
Lain-lain kesediaan
3.88
Purata Keseluruhan
3.81

4.2 Kesediaan Profesionalisme Pensyarah Novis dari Segi Perbezaan Jantina


Hasil dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan kesediaan profesionalisme pensyarah
novis dari segi perbezaan jantina seperti Jadual 2. Selain menggunakan analisis skor min,
pengkaji juga menggunakan ujian Independent t-test (Ujian-T Sampel Bebas).
Jadual 2 : Kesediaan profesionalisme pensyarah novis dari segi perbezaan jantina
Skor Min
Nilai P
Min
Aspek Kesediaan Jantina
(L)
t
df
(2 hujung) Perbezaan
(P)
Maklumat Tentang Sukatan
3.80
0.19
1.65
205
0.101
3.61
0.19
Pelajaran
3.83
-0.06
Sumber/Resos
-0.51 205
0.610
3.89
-0.06
3.68
-0.08
Persediaan Prapengajaran
-0.82 205
0.409
3.76
-0.08

58

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Jadual 2 : Kesediaan profesionalisme pensyarah novis dari segi perbezaan jantina (Samb.)
Skor Min
Nilai P
Min
Aspek Kesediaan Jantina
(L)
t
df
(2 hujung) Perbezaan
(P)
3.72
-0.02
Pengajaran di Kelas/Makmal
-0.18 205
0.860
3.74
-0.02
Pengurusan dan Pengawalan
3.85
0.03
0.31
205
0.759
3.82
0.03
Kelas
3.59
-0.04
Pengujian dan Penilaian
-0.34 205
0.737
3.63
-0.04
4.09
-0.17
Hubungan Interpersonal
-1.65 205
0.102
4.26
-0.17
3.80
0.05
Kokurikulum
0.46
205
0.649
3.75
0.05
Polisi Politeknik, Pengurusan
3.70
-0.10
-1.07 205
0.288
3.81
-0.10
dan Perkhidmatan
3.87
-0.02
Lain-lain kesediaan
-0.18 205
0.854
3.89
-0.02
3.79
Purata Keseluruhan
3.82
* N (lelaki = 55; perempuan = 152); p = 0.05

4.3

Kesediaan Profesionalisme Pensyarah Novis dari Segi Perbezaan Kelulusan


Akademik Tertinggi

Jadual 3 menunjukkan skor min dan hasil ujian ANOVA sehala untuk kesediaan
profesionalisme pensyarah novis dari segi perbezaan kelulusan akademik tertinggi. Analisis
ujian ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara semua
aspek kesediaan profesionalisme pensyarah novis dari segi kelulusan Akademik Tertinggi, di
mana semua aspek kesediaan profesionalisme menunjukkan nilai signifikan lebih daripada
0.05. Manakala hasil keputusan purata skor min keseluruhan bagi pensyarah novis lulusan
Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana ialah 3.98, 3.78 dan 3.81 masing-masing.
Jadual 3: Kesediaan profesionalisme pensyarah novis menurut perbezaan kelulusan
akademik tertinggi
ASPEK KESEDIAAN KELULUSAN AKADEMIK TERTINGGI Skor Min Nilai P
Maklumat Tentang Sukatan Pelajaran
Diploma
3.80
0.484
Ijazah Sarjana Muda
3.73
Ijazah Sarjana
3.63
Ijazah Kedoktoran
0
Sumber/Resos
Diploma
3.79
0.506
Ijazah Sarjana Muda
3.80
Ijazah Sarjana
3.91
Ijazah Kedoktoran
0
Persediaan Prapengajaran
Diploma
3.97
0.971
Ijazah Sarjana Muda
3.72
Ijazah Sarjana
3.73
Ijazah Kedoktoran
0

59

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Jadual 3: Kesediaan profesionalisme pensyarah novis menurut perbezaan kelulusan


akademik tertinggi (Samb.)
ASPEK KESEDIAAN KELULUSAN AKADEMIK TERTINGGI Skor Min Nilai P
0.952
Pengajaran di Kelas/Makmal
Diploma
3.93
Ijazah Sarjana Muda
3.70
Ijazah Sarjana
3.74
Ijazah Kedoktoran
0
Pengurusan dan Pengawalan Kelas
Diploma
4.13
0.715
Ijazah Sarjana Muda
3.76
Ijazah Sarjana
3.84
Ijazah Kedoktoran
0
Pengujian dan Penilaian
Diploma
3.85
0.885
Ijazah Sarjana Muda
3.59
Ijazah Sarjana
3.61
Ijazah Kedoktoran
0
Hubungan Interpersonal
Diploma
4.20
0.830
Ijazah Sarjana Muda
4.19
Ijazah Sarjana
4.23
Ijazah Kedoktoran
0
Kokurikulum
Diploma
3.94
0.935
Ijazah Sarjana Muda
3.72
Ijazah Sarjana
3.76
Ijazah Kedoktoran
0
Polisi
Politeknik,
Pengurusan
dan Diploma
4.04
0.928
Perkhidmatan
Ijazah Sarjana Muda
3.72
Ijazah Sarjana
3.79
Ijazah Kedoktoran
0
0.893
Lain-lain kesediaan
Diploma
4.13
Ijazah Sarjana Muda
3.89
Ijazah Sarjana
3.86
Ijazah Kedoktoran
0
Purata Keseluruhan
Diploma
3.98
Ijazah Sarjana Muda
3.78
Ijazah Sarjana
3.81
Ijazah Kedoktoran
0
* N (Diploma = 11; Ijazah Sarjana Muda = 60; Ijazah Sarjana = 136; Ijazah Kedoktoran = 0);
p = 0.05

4.4 Strategi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Novis


Hasil keputusan menunjukkan kesediaan profesionalisme pensyarah novis berdasarkan
strategi proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan menunjukkan yang kesediaan
profesionalisme pensyarah novis berkaitan dengan strategi proses pengajaran dan
pembelajaran berada pada tahap tinggi kesediaannya, di mana purata keseluruhan skor min
sebanyak 3.85 (N=22).

60

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

4.5 Sistem Sokongan di Politeknik


Hasil dapatan kajian menunjukkan kesediaan profesionalisme pensyarah novis berdasarkan
sistem sokongan di politeknik berada pada tahap tinggi kesediaannya, di mana purata
keseluruhan skor min sebanyak 3.75 (N=22)

5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, hasil keputusan yang diperolehi adalah positif dan amat
memberangsangkan. Semua aspek kesediaan profesionalisme pensyarah novis yang dikaji
menunjukkan nilai skor min pada tahap yang tinggi, di mana pensyarah novis bersedia untuk
menjadi seorang pensyarah novis yang baik dan cemerlang di politeknik. Walaupun begitu,
aspek kesediaan dalam mendapatkan maklumat tentang sukatan pelajaran berada dalam tahap
sederhana. Dapatan ini sejajar dengan Ornstein (1995) yang menyatakan bahawa selain
pengetahuan pedagogi, pensyarah atau guru itu perlu juga tahu dan mempunyai maklumat
tentang ilmu yang hendak diajar. Keperluan ini juga disokong oleh Clarke dan Cutler (1990)
yang berpendapat pensyarah perlu mengambil masa untuk berfikir dan menyusun bahan
pengajaran dengan sistematik bagi memudahkan perbincangan dan menyemak kefahaman
pelajarnya.
Tahap kesediaan pensyarah novis perempuan lebih tinggi berbanding dengan tahap kesediaan
pensyarah novis lelaki. Keputusan ini disokong dengan kajian yang dibuat oleh Norasmah
Othman et al. (2006) yang menyatakan bahawa pensyarah novis perempuan lebih memiliki
tahap kesediaan yang tinggi sebagai seorang pensyarah. Purata skor min dalam strategi proses
pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap tinggi. Hasil keputusan tersebut menyangkal
dapatan kajian Siti Hawa Othman et al. (2006) dan Norasmah et al. (2006) yang menyatakan
bahawa golongan pensyarah novis memerlukan banyak kemahiran mengajar, terutama sekali
dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu mereka mengajar
dengan baik.
Tahap kesediaan profesionalisme pensyarah novis berkaitan dengan sistem sokongan di
politeknik adalah berada dalam tahap yang tinggi. Hasil keputusan ini bertentangan dengan
tafsiran yang dibuat oleh Mariani et al. (2006) yang menyatakan pensyarah novis menghadapi
masalah mendapatkan sistem sokongan di politeknik yang mungkin berpunca daripada
kelemahan kemudahan infrastruktur yang sedia ada di tempat kerja, kurangnya kerjasama
daripada staf atau pensyarah berpengalaman dan kurangnya sokongan Ketua Unit, Ketua
Jabatan atau Pengarah.
Pada kesimpulannya, pensyarah novis perlu dibantu dan diberi tunjuk ajar bagaimana untuk
membiasakan diri berkhidmat buat pertama kalinya di politeknik. Diharapkan dengan minat
yang mendalam pada profesion perguruan yang wujud pada pensyarah novis, mereka perlu
memiliki tahap kesediaan profesionalisme yang tinggi dalam meneruskan cita-cita dalam
mendidik anak bangsa.

6.0 RUJUKAN
Abdullah Ahmad Badawi (2005). Belanjawan 2006 Bela Rakyat Berpendapatan Rendah.
[On-line].
Dicapai
pada
22
Febuari
2007
di
61

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/PMMain.nsf/0/436316245d1dcae748256efa0
02ed673?OpenDocument
Apple, M.W. (2001). Educating The Right Way. New York: RoutledgeFalmer, Taylor and
Francis Group.pp : 35 53.
Clark, D. C. dan Cutler B. R. (1990). Teaching An Introduction, Florida Harcourt Barce
Jovannovich.
Finch, C.R. dan Crunkilton, J.R. (1992). Curriculum Development in Vocational and
Technical Education. Massachusettes: Allyn and Bacon. Pp : 7, 12.
Heck, R. H. & Wolcott, L. P. (1997). Beginning Teachers: A Statewide Study of Factors
Explaining Successful Completion of the Probationary Period. Educational Policy,
11 (1): 111-133
Johnston, J. M., and Ryan, K. (1980). Research on The Beginning Teacher: Implications
For Teacher Education. Columbus: Ohio State University.
Manson, E.J. dan Bramble, W. .J. (1997). Research In Education. Kerper Boulevard, USA:
Brown and Benchmark Publications.
Mariani Md Noor dan Siti Rafiah Abd. Hamid (2006). Sistem Sokongan Mengatasi Masalah
Guru Novis. dlm. Kesediaan Profesionalisme Guru Novis: Cadangan Model
Latihan. Institut Pengajian Tinggi Awam, Bahagian Pendidikan Guru, Jawatankuasa
Penyelarasan Pendidikan Guru, Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru. Edisi
Pertama. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Melo P. (2003). The Novice Teachers Experience: Ethical Conflicts In Teaching. W.-M.
Roth Connections. 3. 175-189.
Mohd Najib Abdul Ghaffar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai Johor.
Mohd Noor Affendy Mohd Ali (2004). Keperluan Latihan Tenaga Pengajar Politeknik Bagi
Meningkatkan Kualiti Pendidikan Teknik Vokasional. Kolej Universiti Teknologi
Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Mohd Rais Abdul Karim (1991). Pengurusan Tenaga dan Sumber dalam Meningkatkan
Produktiviti Guru. Jurnal Pengurusan Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia. 1(2). Jun 1991. 10-18.
Mok Soon Sang (2000). Pendidikan di Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala
Lumpur: pp248.
Moron, S. W. (1990). Schools and the Beginning Teachers. Phi Delta Kappan, 11 (70):
210-213
Murphy, J. C. (2005). The Strunggles Ang Triumphs Of A Novice Teacher. Kappa Delta Pi
Record. 41(4). Hlm.180-184.
Norasmah Othman, Zamri Mahamod, Suhaida abdul kadir, Abdul Rasid Jamian, Mohammed
Sani Ibrahim dan Bhasah Abu Bakar (2006). Masalah Profesionalisme Guru Novis.
dlm. Kesediaan Profesionalisme Guru Novis: Cadangan Model Latihan. Institut
Pengajian Tinggi Awam, Bahagian Pendidikan Guru, Jawatankuasa Penyelarasan
Pendidikan Guru, Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru. Edisi Pertama.
Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia
Nor Shahima Othman (2006). Kajian Penilaian Terhadap Pensyarah Novis Lepasan Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Tesis Sarjana Pendidikan
Taknik dan Vokasional. Fakulti Pendidikan Teknikal, KUiTTHO Batu Pahat.
Nor Haziah Hussin (2003). Kajian Tahap Profesionalisme Keguruan Lepasan Sarjana
Pendidikan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Tesis Sarjana
Pendidikan Taknik dan Vokasional. Fakulti Pendidikan Teknikal, KUiTTHO Batu
Pahat.
Ornstein A. C. (Ed) (1995). Theory into Practice, US: Allyn & Bacon.
62

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Pajak, E. B. dan Blase, J. J. (1982). Teaching The Loss Of Innocence And The
Psychological Development Of A Professional Self. Educational Horizons. 61 (6).
Hlm. 65-72.
Parkay, F. W. (1998). Becoming a Teacher. Massachusettes: Allyn and Bacon.
Siti Hawa Othman, Mazlen Arepin, Norasmah Othman, Zamri Mahamod & Bhasah Abu
Bakar (2006). Strategi Guru Novis Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. dlm.
Kesediaan Profesionalisme Guru Novis: Cadangan Model Latihan. Institut
Pengajian Tinggi Awam, Bahagian Pendidikan Guru, Jawatankuasa Penyelarasan
Pendidikan Guru, Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru. Edisi Pertama.
Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syuhada Choo Abdullah (2001). Aktiviti Kokurikulum Latih Pelajar Berani Bersaing
Veenman, S. (1984). Perceived Problem of Beginning Teachers. Review of Education
Research, 54 (2): 143-178.
Wan Mohd Rashid Wan Ahmad (2004). Teacher Recognition And Professionalism. Batu
Pahat: Penerbit KUiTTHO.
William, D. D. (2001). Prepairing Teachers As Inquires Through A University-Public
School Partnership: Responding To The Face Of The Other.

63

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

MENINGKATKAN KESEDIAAN PELAJAR UNTUK LATIHAN AMALI LOGIK


DIGIT DI POLITEKNIK MUKAH, SARAWAK

Sudiman Suhaili
Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
Politeknik Mukah Sarawak

ABSTRAK
Aktiviti makmal merupakan satu kemestian dalam kursus logik digit di politeknik. Ia melatih
pelajar menguasai kemahiran saintifik, khususnya melalui aktiviti amali atau eksperimen.
Jotter book adalah pendekatan untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti ini. Sekaligus
akan menjayakan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar (student centered) iaitu pemerolehan
pengetahuan dan kemahiran adalah melalui penglibatan pelajar secara aktif.

1.0 PENGENALAN
Aktiviti makmal merupakan satu kemestian dalam kursus logik digit di politeknik. Kaedah
makmal adalah kaedah yang melatih pelajar menguasai kemahiran saintifik, khususnya
melalui aktiviti amali atau eksperimen. Seperti mata-mata pelajaran sains yang lain,
pengajaran dan pembelajaran bagi logik digit mengutamakan pendekatan inkuiri-penemuan,
sama ada secara induktif ataupun secara deduktif.
Melalui latihan amali, saya dapat mengaplikasikan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar
(student centered) iaitu pemerolehan pengetahuan dan kemahiran adalah melalui penglibatan
pelajar secara aktif. Sebanyak sepuluh aktiviti amali dijalankan sepanjang semester. Markah
penuh untuk aktiviti amali adalah dua puluh lima persen daripada keseluruhan markah
Penilaian Berterusan.
Pada semester Julai 2009, saya mengajar tiga buah kelas bagi kursus logik digit untuk pelajar
yang mengikuti program Diploma Teknologi Maklumat di Politeknik Mukah. Setiap pelajar
diperuntukkan sebuah manual amali atau Laboratory Manual Book yang mengandungi
sepuluh tajuk amali dengan pernyataan teori dan langkah-langkah kerja untuk setiap amali.
Amali dijalankan secara berkumpulan yang terdiri daripada dua hingga tiga orang pelajar.
Saya akan membimbing pelajar dan menunjukkan demontrasi untuk mendapatkan data yang
diperlukan berdasarkan panduan yang diberikan. Pelajar kemudiannya diberi masa seminggu
untuk menyiapkan laporan amali.
Masalah utama bagi sebahagian besar pelajar saya ialah kurangnya persediaan sebelum dan
semasa menjalankan aktiviti amali. Hal ini dapat dibuktikan dengan ramai pelajar tidak dapat
melaksanakan amali dengan baik. Ini mengakibatkan laporan amali yang dihantar kurang
bermutu dan menjejaskan markah mereka.

64

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

2.0 REFLEKSI MASALAH


Daripada tinjauan saya, pelajar tidak mengambil berat tentang latihan amali. Sebahagian
besar pelajar tidak membuat persediaan untuk aktiviti amali dan hanya membaca manual
ketika latihan amali hendak dimulakan. Pelajar tidak merasakan penting untuk mengulangkaji
atau mengingati kembali kemahiran yang diperlukan kerana telah disediakan langkahlangkah kerja yang perlu diikuti.
Pelajar tidak membaca dengan teliti dan memahami langkah-langkah kerja amali. Pelajar
beranggapan bahawa latihan amali tidak memerlukan mereka berfikir dan hanya perlu
melakukan amali mengikut demonstrasi yang ditunjukkan oleh pensyarah. Akibatnya pelajar
tidak dapat menyesuaikan keadaan dan menyelesaikan masalah yang baharu sekiranya
berlaku situasi yang tidak sama seperti dalam demonstrasi.
Pelajar mengambil mudah cara merekod data yang diperolehi semasa amali. Sebilangan besar
pelajar mencatatkan data di atas kertas contengan. Kemungkinan data tersebut akan hilang
apabila diperlukan untuk menghasilkan laporan.
Pelajar menghadapi masalah untuk menyediakan laporan amali dan sering berlaku mereka
menyalin daripada rakan-rakan lain. Selain itu, penilaian laporan amali pelajar gagal
mengaitkan data amali yang diperolehi dengan teori.

3.0 FOKUS KAJIAN


Daripada refleksi masalah, didapati bahawa pelajar menghadapi masalah-masalah berikut
semasa menjalankan latihan amali:
tidak membuat persiapan sebelum amali dijalankan;
tidak membaca dan memahami langkah-langkah kerja amali;
tidak mahir mengenalpasti intergrated circuit yang diperlukan untuk amali;
tidak mahir membina litar logik dan mengendalikan digital trainer semasa
amali;
v. tidak merekod data yang diperolehi semasa amali dengan baik;
vi. tidak dapat menghasilkan laporan amali yang baik.

i.
ii.
iii.
iv.

Bagi mengatasi masalah ini saya akan menggunakan pendekatan penyediaan jotter book.
Pelajar perlu dirangsang untuk membuat persediaan, berdisiplin dan berminat untuk
menjalankan latihan amali. Pelajar juga akan didedahkan dengan cara penulisan laporan yang
baik dan merekod data dengan berkesan.

4.0 PERSOALAN KAJIAN


i. Adakah para pelajar telah membuat persediaan yang secukupnya setiap kali
sebelum memasuki makmal dan memulakan amali dengan cara menyediakan
jotter book?
ii. Adakah keberkesanan latihan amali akan bertambah apabila menggunakan jotter
book?

65

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

5.0 OBJEKTIF KAJIAN


5.1 Objektif Am
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pencapaian dalam kursus F1030
Logik Digit di Politeknik Mukah.

5.2 Objektif Khusus


Objektif khusus yang diharapkan dapat dicapai di akhir kajian ini adalah:
i. Pelajar menyediakan jotter book dan membuat persiapan sebelum menjalankan
latihan amali.
ii. Pelajar dapat melaksanakan latihan amali dengan berkesan.
iii. Pelajar dapat menghasilkan laporan amali yang baik.
iv. Meningkatkan pencapaian dalam latihan amali untuk kursus F1030 Logik Digit di
Politeknik Mukah.

6.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini ialah 40 orang pelajar kumpulan DNS1A daripada
program Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) di Politeknik Mukah. Kumpulan sasaran
ini terdiri daripada pelajar yang mempunyai latar belakang pencapaian akademik, jantina dan
rekod disiplin yang berbeza.

7.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN


7.1 Tinjauan Awal
Senarai tarikh-tarikh latihan amali diedarkan kepada pelajar. Setiap pelajar diminta untuk
membuat persedian dengan membaca dan memahami manual amali sebelum memasuki
makmal. Didapati semua pelajar membawa manual amali dan kertas-kertas catatan ke dalam
makmal.
Pada peringkat permulaan ini pelajar tidak diwajibkan untuk menyediakan jotter book.
Walau bagaimanapun, pelajar diminta menyediakan draf laporan sebelum sesi amali tamat.
Draf laporan ini mengandungi data daripada pemerhatian amali, jawapan kepada soalansoalan aplikasi dan kesimpulan daripada latihan amali pada hari tersebut.
Di antara langkah-langkah yang telah diambil untuk mengutip data kajian adalah:
i. Semasa sesi amali dijalankan, draf laporan pelajar telah dikutip secara mengejut.
Pemerhatian secara berstruktur dijalankan untuk melihat keberkesanan latihan
amali pada hari tersebut.
ii. Temubual dijalankan kepada dua kumpulan pelajar. Kumpulan pertama adalah
pelajar-pelajar yang dapat menyediakan draf laporan dengan baik. Kumpulan
kedua pula adalah pelajar-pelajar yang tidak dapat menyediakan draf laporan

66

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

dengan baik selepas sesi amali berakhir. Hasil temubual penting untuk mengetahui
persediaan yang digunapakai oleh pelajar sebelum memulakan amali.

7.2 Tindakan yang Dicadangkan


Melalui tinjaun awal yang telah dilakukan, satu program yang dikenali sebagai Jotter book
dan Amali Berpisah Tiada telah dilaksanakan. Cara perlaksanaan adalah seperti berikut:
i. Menyediakan format kandungan jotter book yang berkesan dan menerangkan
format penulisan tersebut kepada pelajar.
ii. Tidak membenarkan pelajar masuk ke dalam makmal selagi mereka tidak
menyediakan jotter book yang betul.
iii. Pensyarah menyemak jotter bookyang disediakan oleh pelajar berdasarkan
format penulisan pada setiap kali sebelum amali dijalankan dan selepas selesai
amali dijalankan. Semakan dalam bentuk pemerhatian dijalankan dari meja ke
meja.
iv. Pensyarah menggalakkan pelajar hanya menggunakan jotter book sebagai
rujukan ketika menjalankan amali.
v. Pensyarah akan menilai hasil kerja pelajar dan mereka yang menyediakan jotter
book mengikut format yang betul dan berkesan akan diberi markah bonus serta
akan mendapat peluang untuk membentangkannya di dalam kelas amali tersebut.
vi. Pelajar yang telah dipilih membuat pembentangan, dan berjaya membentangkan
latar belakang amali yang bakal dijalankan pada hari itu dengan baik akan diberi
keistimewaan, iaitu pelajar tersebut tidak perlu membuat semula bahagian
pengenalan dan kaedah kajian di dalam laporan amali yang harus dihantar.
vii. Jotter book yang telah dilengkapkan dihantar sebagai laporan amali. Pelajar
dikehendaki menghantar laporan amali dalam tempoh masa seminggu selepas
latihan amali tersebut.

8.0 KESIMPULAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencari alternatif bagaimana hendak meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelanjaran amali modul Logik Digit. Kajian ini juga
bermatlamat untuk mencari kaedah bagi memastikan semua pelajar menghantar laporan amali
tepat pada masa yang ditetapkan.
Setelah membuat pertimbangan, jotter book telah dipilih sebagai instrumen kajian. Kaedah
pemerhatian, soal-selidik dan temubual akan diaplikasikan bermula dari tinjauan masalah
sehinggalah ke dapatan hasil kajian. Daripada hasil tinjauan masalah yang telah dilakukan,
pelajar-pelajar program Diploma Teknologi Maklumat dari Politeknik Mukah telah dipilih
sebagai kumpulan sasaran dan kajian ini dijalankan di dalam semester satu, bermakna kajian
tindakan ini dijalankan ketika pelajar melaksanakan amali litar logik Logik Digit.
Setelah kajian ini selesai, kesimpulan perlu menjawab persoalan Adakah keberkesanan
amali litar logik dapat dipertingkatkan melalui penggunaan jotter book, sekiranya pensyarah
komited dan disiplin mengikuti program tersebut.

67

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

LAMPIRAN

TINJAUAN AWAL
PEMERHATIAN KEBERKESANAN AMALI
BERDASARKAN DRAF LAPORAN AMALI PELAJAR
(% Pelajar)
Bil.

Masalah

1.

Pelajar membuat draf laporan/jotter di dalam


makmal semasa sesi amali dijalankan.

2.

3.
4.
5.

Pelajar menyediakan jadual untuk


memasukkan data/pemerhatian di dalam draf
laporan/jotter.
Pelajar menggunakan draf laporan/jotter
sepenuhnya ketika menjalankan amali tanpa
merujuk manual.
Format dan kandungan draf laporan/jotter
memuaskan.
Pelajar menghantar laporan amali yang baik.

Sebelum
Tindakan

Selepas Tindakan
(Penyediaan jotter
diwajibkan)

12.5%
17.5%

5%
15%
25%

68

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

TINJAUAN AWAL
SOALAN TEMUBUAL
Bil.

Soalan

1.

Apakah persediaan yang anda lakukan sebelum memasuki makmal.

2.

Adakah anda menyediakan draf laporan sebelum memasuki makmal?

3.

Apakah masalah yang anda hadapi semasa hendak menyediakan draf laporan?

4.
5.
6.
7.

Adakah anda merasakan cara persediaan yang anda amalkan sekarang membantu
anda semasa menjalankan amali?
Mengapa anda tidak mencatat data/pemerhatian di dalam draf laporan yang telah
disediakan?
Tahukah anda apakah kepentingan membaca dan memahami langkah-langkah
kerja amali sebelum memasuki makmal?
Tahukah anda apakah kepentingan menyediakan draf laporan sebelum memasuki
makmal?

69

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

FORMAT ISI KANDUNGAN JOTTER BOOK

1. Tajuk
2. Teori
3. Objektif
4. Bahan/peralatan/rajah bagi peralatan untuk amali/eksperimen yang tertentu contoh:
diagram logik sambungan litar.
5. Prosedur
prosedur yang dibuat mesti mudah difahami dalam bentuk gambarajah atau
carta alir.
6. Pemerhatian/Jadual pengumpulan data.
7. Tutorial/Pengolahan data (bagi eksperimen tertentu yang melibatkan pengiraan).
8. Segala maklumat tambahan berkaitan dengan eksperimen yang dijalankan.

70

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN DAN LATIHAN


STAF: PERSEPSI STAF AKADEMIK

Clara Ong Guat Leng


Pejabat Pengarah
Politeknik Kuching Sarawak
Jemien Ental
Mahathir Mohamad Kamin
Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan
Politeknik Kuching Sarawak
Alan Ling Ying Leh
Jabatan Matematik, Sains & Komputer
Politeknik Kuching Sarawak

ABSTRAK
Pada masa kini, Malaysia yakin kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal
insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Justeru, JPPKK
mengamanahkan Bahagian Latihan dan Kerjaya (BLK) bagi merancang, merangka dan
melaksanakan Program Peningkatan Profesionalisme untuk Pegawai Pendidikan Pengajian
Tinggi (PPPT) di semua peringkat meliputi pembangunan sikap (attitude), kemahiran (skills)
dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian. Sehubungan itu, Agenda Pembangunan
Modal Insan JPPKK dihasilkan sebagai satu inisiatif latihan, pendidikan dan pembangunan
modal insan bagi memantapkan kebolehan, keupayaan dan komitmen tenaga kerja
profesional JPPKK sehingga mencapai aras yang cemerlang. Walau bagaimanapun, aspek
keberkesanan perlu dititikberatkan agar segala perancangan dan pelaksanaan agenda dapat
mencapai sasaran. Oleh itu, satu kajian telah dibuat di Politeknik Kuching Sarawak (PKS)
bagi menilai keberkesanan program-program latihan tersebut, khusus untuk mendapatkan
persepsi PPPT di PKS terhadap kursus yang telah dihadiri. Sebanyak 384 borang soal selidik
telah diedarkan, dengan 318 orang telah memberi respon. Daripada keputusan kajian, didapati
kebanyakan pegawai bersetuju bahawa mereka telah memperoleh pengetahuan baru dan
berlaku juga peningkatan pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Mereka juga berpendapat
bahawa segala yang diperoleh dapat diaplikasikan semasa menjalankan tugas harian. Dapatan
juga menyatakan bahawa latihan/kursus yang dihadiri pada keseluruhannya efektif. Melalui
kajian ini juga, PPPT PKS bersetuju bahawa Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP) yang
dilaksanakan di kampus lebih berkesan dari segi transfer of training dan cost effective
berbanding dengan program latihan/kursus lain. Walau bagaimanapun, kekuatan dan
kelemahan setiap program tersebut telah dibincang dan di sini, dikemukakan cadangan
langkah-langkah pengukuhan untuk meningkatkan kejayaan program pada masa hadapan.

1.0 PENDAHULUAN
Perkembangan pesat dalam aspek teknologi maklumat dan komunikasi, ekonomi yang
dinamik dan persaingan yang hebat di dunia masa kini menuntut Negara kita mengorak
langkah untuk mempastikan pembangunan modal insan dan budaya prestasi tinggi menjadi
71

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

agenda utama dalam perancangan pembangunannya. Sehubungan dengan itu, bagi memenuhi
aspirasi menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan telah merangka
pelbagai inisiatif bertujuan melahirkan modal insan sektor awam yang berpengetahuan dan
berkemahiran serta mengamalkan budaya prestasi tinggi. Usaha ini seterusnya dizahirkan
sebagai fokus utama dalam Misi Nasional 2006 2020, Pendekatan Islam Hadhari,
Rancangan Malaysia Kesembilan, Rancangan Malaysia Kesembilan, Pelan Induk K-Ekonomi
dan Pelan Induk Perindustrian Ketiga 2006-2020 (Agenda Pembangunan Modal Insan,
Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti)
Seterusnya untuk mempastikan peningkatan profesionalisme dan kemahiran tenaga kerja di
kalangan penjawat awam, selain memupuk budaya kerja yang cemerlang dan berinovasi,
kerajaan telah merangka Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. Melalui dasar ini,
setiap anggota perkhidmatan awam di semua peringkat adalah dikehendaki mengikuti kursus
sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam setahun. Keadaan ini mengkehendaki setiap jabatan
kerajaan perlu merancang dan melaksanakan program latihan yang merangkumi berbagaibagai peringkat. Peringkat tersebut dimulai dengan Peringkat Pra-Penempatan untuk
dikususkan untuk anggota perkhidmatan awam yang baru dilantik. Peringkat Asas pula
adalah untuk anggota yang telah berkhidmat dari awal perlantikan hingga tempoh tiga tahun.
Bagi Peringkat Pertengahan adalah melibatkan tempoh anggota yang telah berkhidmat antara
tiga hingga sepuluh tahun. Peringkat Lanjutan adalah untuk anggota yang telah berkhidmat
lebih daripada sepuluh tahun dan Peringkat Peralihan untuk anggota yang akan meninggalkan
perkhidmatan dalam tempoh dua tahun sebelum bersara (Pekeliling Perkhidmatan Awam
Bilangan 6 Tahun 2005 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005, JPA).

2.0 PERANAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI


(JPPKK)
JPPKK berperanan mempastikan usaha menyediakan tenaga kerja separa professional yang
berpengetahuan, berkemahiran dan berinovasi untuk keperluan negara dapat dipenuhi. Usaha
ini memerlukan perancangan yang teliti agar peranan yang dimainkan oleh Politeknik dan
Kolej Komuniti adalah selari dengan aspirasi nasional. Sehubungan dengan itu, bagi
mempastikan peranan ini dapat dilakukan dengan berkesan, JPPKK telah mengorak langkah
dengan memantapkan keupayaan semua Politeknik dan Kolej Komuniti ke arah pencapaian
cemerlang melalui Pelan Strategik 2005-2010 dan Agenda Pembangunan Modal Insan 20082015. Kedua-dua pelan ini memberikan penekanan kepada konsep pembelajaran berterusan
dan peningkatan profesionalisme berterusan sebagai keutamaannya sejajar dengan fungsinya
sebagai sebuah learning organization.
Sesebuah learning organization adalah sebuah organisasi yang mempunyai ciri-ciri di mana
wujudnya program peningkatan profesionalisme yang terancang dan berterusan dalam
organsasi tersebut. JPPKK sebagai sebuah learning organization telah menubuhkan Bahagian
Latihan dan Kerjaya (BLK) yang berfungsi merancang dan melaksanakan pelbagai program
latihan untuk semua staf Politeknik dan Kolej Komuniti bagi memenuhi keperluan Dasar
Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.

72

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

3.0 PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


Berdasarkan kepada Model Program Pembangunan Modal Insan Multikompetensi (rujuk
Rajah 1) yang menunjukkan tahap kompetensi yang diperlukan dan tiga petatuju
pembangunan profesionalisme (Kamaruddin, 2009), BLK telah merancang dan melaksanakan
beberapa program latihan setiap tahun bagi semua warga Politeknik untuk melahirkan
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang kompeten, berilmu pengetahuan dan
berprestasi tinggi (rujuk Jadual 1).

4.0 KEBERKESANAN SESUATU PROGRAM LATIHAN


Sesuatu program latihan dianggap berkesan apabila berlakunya perubahan tingkahlaku
seseorang peserta di tempat kerja setelah mengikuti latihan tersebut. Pencapaian cemerlang
seseorang peserta semasa kursus tidak menjamin tahap pencapaian yang sama selepas beliau
kembali ke tempat kerja. Menurut Theories of Behaviourism, pembelajaran sebenarnya satu
perhubungan di antara rangsangan (stimulus) dan gerakbalas (reaction), di mana pengulangan
(repetition) sesuatu tindakan boleh memperkukuhkan lagi proses pembelajaran. Tindakan
pengukuhan seperti memberi galakan, pujian, penghargaan yang positif dapat mendorong
peserta untuk belajar. Pengulangan sesuatu tindakan adalah aktiviti yang sangat sesuai untuk
memperkembangkan kemahiran seseorang (Ibrahim, 2001).
Dalam perancangan dan pelaksanaan program latihan, aspek utama yang perlu
dipertimbangkan adalah keberkesanan sesuatu program. Sekiranya seseorang peserta kursus
dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam tugas harian di tempat kerja, maka
boleh dikatakan transfer of training telah berlaku. Transfer of training akan menyebabkan
perubahan tingkahlaku seseorang akibat peningkatan tahap pengetahuan dan kemahiran. Jadi,
sesuatu program latihan boleh dikatakan berkesan apabila berlakunya transfer of training di
kalangan peserta kursus selepas tamat kursus/latihan (Ibrahim, 2001).

5.0 PELAKSANAAN DAN KEBERKESANAN PROGRAM PENINGKATAN


PROFESIONALISME DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)
Program-Program Peningkatan Profesionalisme yang dilaksanakan di Politeknik Kuching
Sarawak adalah terdiri daripada :
i. program-program daripada Bahagian Latihan dan Kerjaya, JPPKK seperti dalam
Jadual 1
ii. program-program yang dirancang oleh Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan
(ULPL) di bawah Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP).
Jadual 2 menunjukkan status perlaksanaan program BLK di PKS untuk tahun 2009. Menurut
Pegawai Latihan di ULPL, setakat ini, sejumlah RM 364,620.00 telah diperuntukkan untuk
melaksanakan semua program yang dirancang oleh BLK. Jadual 3 menunjukkan status
pelaksanaan program Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, PKS. Jumlah peruntukan untuk
Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP) adalah sejumlah RM 20,000. Untuk tujuan
perbincangan tentang keberkesanan program tersebut, hanya kursus-kursus yang
dilaksanakan pada tahun 2009 dirujuk. Pegawai merujuk kepada PPPT (DH 29 hingga
DH 54).
73

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Satu kajian mengenai keberkesanan kursus yang dilaksanakan dari 1 Januari hingga 27
Oktober 2009 telah dijalankan pada 16 hingga 27 Oktober 2009 dengan menggunakan borang
soal selidik. Sebanyak 384 borang telah diedarkan kepada semua pegawai. Data kajian
dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 16.0. Keputusan kajian tersebut adalah seperti
dalam Jadual 4.

5.1 Program Penajaan Pasca Ijazah (Skim Hadiah Latihan Persekutuan), Penajaan
Ijazah Pertama (Cuti Belajar Separuh Gaji) Dan Pengajian Tanpa Penajaan
(Pendidikan Jarak Jauh)
Daripada Jadual 2, bilangan pegawai yang melanjutkan pelajaran adalah sangat kurang iaitu
tiga orang sahaja untuk ketiga-tiga program tersebut. Data Unit Latihan Dan Pendidikan
Lanjutan tahun 2008 menunjukkan bahawa bilangan yang terlibat juga seramai tiga orang (1Pendidikan Jarak Jauh, 1-Sarjana, 1- phd). Jadi, tiada pertambahan dalam bilangan pegawai
yang terlibat dalam program ini. Maklumat ini menunjukkan bahawa walaupun banyak
peluang diberi kepada pegawai untuk meningkatkan lagi ilmu akademik, namun budaya
pembelajaran berterusan dan usaha peningkatan ilmu akademik boleh dianggap masih kurang
di kalangan mereka (Jumlah PPPT Gred 29 hingga Gred 54 di PKS ialah 389). Banyak usaha
perlulah dicurahkan untuk mendorong pegawai supaya mengikuti kursus yang sesuai untuk
meningkatkan lagi ilmu akademik atau mencapai tahap kelayakan akademik yang lebih
tinggi.

5.2 Kursus Kepimpinan Instruksional Dan Pembangunan Andragogi (KIPA)


Sasaran peserta kursus ini adalah pensyarah baru yang dilantik ke Skim Perkhidmatan
Pendidikan Pengajian Tinggi di mana Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI)
tidak lagi diambil sebagai satu pra-syarat lantikan tetap. Sebelum tahun 2008, adalah wajib
untuk pensyarah menjalani latihan pendidikan untuk pengesahan dalam jawatan tetap. Walau
bagaimanapun, pendedahan kepada aspek pedagogi masih perlu diberi memandangkan tugas
utama pensyarah adalah mengajar dan mereka terlibat secara langsung dalam proses
pengajaran-pembelajaran di bilik kuliah. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki
mereka menjadi kurang bermakna sekiranya mereka gagal menyampaikannya kepada pelajar
(Shareeha, 2009).
Sebelas daripada dua belas orang pegawai (91.7%) bersetuju bahawa program KIPA telah
meningkatkan pengetahuan dan mereka boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
yang diperolehi dalam tugas harian, iaitu transfer of training telah berlaku (rujuk Jadual 4).
Walaupun secara individu, program KIPA boleh meningkatkan profesionalisme pensyarah
dalam pendidikan dan dianggap sebagai berkesan, bilangan pensyarah baru yang belum
mengikuti kursus itu masih ramai. Menurut seorang Pegawai Latihan, seramai 126 orang
masih menunggu tawaran menghadiri kursus. Daripada 126 orang, seramai 25 telah
menunggu selama hampir setahun dan masih belum ditawarkan kursus. Keadaan ini amat
merunsingkan kerana ia akan menjejaskan proses pengajaran - pembelajaran dan tahap
motivasi pelajar serta keyakinan pelajar terhadap pensyarah sekiranya pensyarah masih
menggunakan pendekatan yang lebih berpusatkan pensyarah.

5.3 Kursus Persegaran (Refresher)


Skim Perkhidmatan Pengajian Tinggi membolehkan seseorang pegawai yang mendapat
kenaikan pangkat untuk memilih laluan kerjaya, iaitu sama ada memikul tugas pengurusan
74

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

atau menjadi seorang pensyarah secara columnrise. Program ini dilaksanakan khas untuk
mereka yang telah lama menjadi seorang pengurus dan dikehendaki memikul tugas baru
sebagai seorang pensyarah selepas kenaikan pangkat. Tujuan kursus adalah untuk
memantapkan lagi kebolehan dan kemahiran pedagogi serta meningkatkan profesionalisme
pegawai tersebut sebagai seorang pendidik (Shareeha, 2009). Terdapat dua orang pensyarah
dalam kategori ini di PKS tetapi selepas bertugas selama 5 bulan, mereka masih belum diberi
Kursus Persegaran. Berdasarkan kajian tersebut, pelaksanaan kursus ini didapati agak
perlahan. Oleh itu, pegawai tersebut masih kurang cekap dalam melaksanakan semula tugas
sebagai seorang pensyarah selepas sekian lama terlibat dalam bidang pengurusan.

5.4 Latihan Pengurusan Dan Kepimpinan Organisasi (LDK)


Program ini bertujuan untuk menyediakan latihan kepimpinan kepada Pengarah dan
Timbalan Pengarah baru ke arah merealisasikan hasrat JPPKK untuk menghasilkan
kepimpinan institusi yang unggul dan berketrampilan dalam pengurusan (Shareeha, 2009).
Menurut seorang Pegawai Latihan, setakat ini, Pengarah dan Timbalan Pengarah baru di PKS
belum mengikuti latihan tersebut.

5.5 Program Peningkatan Kemahiran (PPK)


Program ini menyediakan latihan kemahiran kepada PPPT Gred DH 29 hingga DH 44 untuk
meningkatkan lagi mutu kemahiran pegawai dan keyakinan diri dalam penyampaian ilmu
pengetahuan kepada pelajar. Kandungan kursus dirangka untuk memperkayakan kompetensi
seseorang dalam bidang yang berkaitan sama ada reskilling atau upskilling. Diharap selepas
tamat kursus, pensyarah dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
yang diperolehi di institusi demi memantapkan lagi proses pengajaran- pembelajaran
(Setiawan, 2009).
Data dari ULPL menunjukkan seramai 78 orang pegawai telah menghadiri PPK pada tahun
2009. Daripada 78 orang ini, seramai 62 telah memberi maklumbalas melalui borang soal
selidik. 95.2% bersetuju bahawa program ini telah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
mereka. 87.1% mengatakan bahawa pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi boleh
diaplikasikan dalam tugas harian dan 85.5 % bersetuju bahawa PPK adalah berkesan dan
memberi impak kepada mereka (rujuk Jadual 4). Pada keseluruhannya, PPK boleh dianggap
sebagai berkesan, cuma pelaksanaannya perlu dikaji semula untuk memastikan bahawa
pelaksanaan program ini adalah cost effective memandangkan seramai 374 PPPT Gred 29
hingga Gred 44 di PKS wajib menghadiri kursus ini di Semenanjung Malaysia atas sebab
PPK telah dijadikan sebagai salah satu kriteria kecemerlangan bagi Skim Perkhidmatan
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi.

5.6 Career Path Competency Matrix (CPCM)


Program CPCM bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan soft skill
kepada PPPT Gred DH 41 hingga DH 54. CPCM juga telah dijadikan sebagai salah satu
kriteria kecemerlangan bagi kenaikan pangkat. Kursus tersebut adalah lebih bersifat generik,
iaitu berfokuskan kepada peningkatan softskill dan profesionalisme kerjaya PPPT mengikut
gred masing-masing (Aliza, 2009).
Seramai 22 orang pegawai telah menghadiri CPCM pada tahun 2009 dan 19 orang daripada
mereka telah memberi respon terhadap kajian keberkesanan kursus. 94.7% mengatakan
75

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

bahawa CPCM telah meningkatkan pengetahuan atau kemahiran mereka, 84.2% boleh
menggunakan ilmu pengetahuan mereka dalam tugas harian dan 78.9% berpendapat bahawa
CPCM adalah efektif dan memberi impak kepada mereka. Pada keseluruhannya, CPCM
boleh dikatakan berkesan dari segi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seseorang
pegawai mengikut objektif setiap modul yang dilaksanakan. Tetapi, sekiranya dibandingkan
dengan PPK, dari persepsi pegawai, CPCM kurang berkesan dan tidak memberi impak yang
besar kepada mereka. Dari segi transfer of training, pengetahuan yang diperolehi oleh
pegawai dalam CPCM adalah kurang diaplikasikan. Ini mungkin disebabkan peningkatan
dalam soft skill adalah tidak begitu ketara serta pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi
tidak boleh digunakan dalam masa yang singkat tetapi hanya berguna pada masa depan iaitu,
bukan mengikut keperluan semasa pegawai.

5.7 Coaching And Mentoring


Untuk melahirkan barisan kepimpinan yang mempunyai bakat kepimpinan yang menyerlah
dan bersedia memikul tanggungjawab yang lebih berat, BLK telah memperkenalkan program
Coaching and Mentoring untuk PPPT Gred DH 43 hingga DH 54. Kursus ini bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada pegawai tentang prinsip-prinsip yang berkaitan dengan
coaching, iaitu satu proses interaktif di antara pengurus dan penyelia dalam usaha
menyelesaikan masalah staf bawahan atau membangunkan mereka, dan mentoring, di mana
pegawai yang berpengalaman dan berkemahiran perlu memberi khidmat nasihat dan
bimbingan kepada individu lain demi mempertingkatkan keyakinan diri individu yang
dibimbing (Roslina, 2009).
Merujuk kepada Jadual 4, kedua-dua responden mengatakan bahawa kursus Coaching and
Mentoring adalah sangat berfaedah kepada mereka, iaitu kursus itu telah meningkatkan
pengetahuan mereka dalam bidang tersebut dan mereka telah banyak mengaplikasikan
pengetahuan yang diperolehi dalam tugas harian di mana mereka perlu bersemuka dengan
staf dan pelajar setiap hari. Berdasarkan maklumbalas dan persepsi positif terhadap kursus
ini, maka adalah wajar untuk BLK meneruskan pelaksanaannya pada tahun yang akan datang.

5.8 Sangkutan Industri Pensyarah (SIP)


Ekoran dari maklumbalas yang didapati daripada pihak industri bahawa staf Politeknik secara
amnya kurang pendedahan dan pengalaman industri untuk meningkatkan kualiti pengajaran
mereka khasnya dalam bidang teknikal, BLK telah merangka Program SIP untuk memberi
peluang kepada mereka yang ingin mendapat pengalaman di industri dalam bidang
bersesuaian dengan keperluan kursus di Politeknik. Pendedahan dari segi perkembangan
teknologi, budaya kerja dan amalan industri di sektor swasta adalah amat penting bagi
seseorang pegawai yang bertanggungjawab atas pembangunan modal insan negara yang
berkualiti. Program ini dianggap sebagai kursus pendek selama 3 bulan di industri (Hanizah,
2009).
Mengikut rekod ULPL, tiada pegawai yang mengikuti Program Sangkutan Industri Pensyarah
pada tahun 2009. Hanizah (2009) melaporkan bahawa bilangan pensyarah dari PKS yang
terlibat dalam SIP yang paling ramai adalah pada tahun 2007. Bilangan pensyarah yang
terlibat dalam program ini adalah tidak menggalakkan. Menurut seorang Pegawai Latihan,
antara faktor yang mungkin menjadi penghalang kepada penglibatan pensyarah dalam SIP
adalah bidang yang dipohon kurang sesuai, budaya kecemerlangan belum mantap, masalah

76

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

keluarga, pegawai tidak biasa dengan budaya kerja di swasta dan tidak diberi pelepasan oleh
Pengarah disebabkan kekurangan staf.

5.9 English Enhancement Program (EEP)


Pada asalnya, EEP dilaksanakan untuk mewujudkan satu avenue untuk pegawai
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan pada masa yang sama bertujuan untuk
meningkatkan keyakinan diri pada pegawai untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Mulai
Julai 2008, kurikulum di Politeknik perlu disampaikan dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar
semester 1 (Christopher, 2009).
Peruntukan sejumlah RM 20,000 untuk EEP baru diterima dan pihak ULPL, PKS sedang
berusaha untuk melaksanakannya. Jadi, keberkesanan program ini tidak boleh dibincangkan
di sini. Walau bagaimanapun, program ini adalah sangat penting kerana pegawai yang fasih
dalam Bahasa Inggeris boleh mendorong pelajar berkomunikasi juga dalam Bahasa Inggeris
dan secara tidak langsung, meningkatkan kebolehpasaran pelajar kerana Bahasa Inggeris
adalah bahasa yang digunakan di industri.

5.10 Kolaborasi Antarabangsa


Menurut Hanizah (2009), JPPKK telah menjalinkan hubungan rapat dengan beberapa
industri, contohnya, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB ), ICIMB (M) Sdn. Bhd (Perbankan dan
Perakaunan), MDEC (Multimedia Development Corporation) dan Siemens Malaysia Sdn
Bhd. Tujuan utama kolaborasi ini adalah untuk menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan
bagi teknologi terkini di dalam negara dan di luar negara. Dalam program tersebut, pegawai
dan pelajar Politeknik akan dilatih oleh pihak industri dalam bidang yang tertentu. Program
ini adalah sangat berfaedah bukan sahaja untuk pegawai dan pelajar, tetapi juga untuk
Politeknik sebagai sebuah institusi yang terlibat dalam pembangunan modal insan. Dengan
cara ini, barulah Politeknik boleh memastikan kursus-kursus yang ditawarkan adalah sentiasa
relevan kepada industri demi mempertingkatkan kebolehpasaran pelajar dan
memperkukuhkan status politeknik sebagai sebuah pusat kecemerlangan. Mengikut data
ULPL, setakat ini, tiada staf dari PKS yang terlibat dalam program ini.

5.11 Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP)


Dengan peruntukan sejumlah RM 20,000 yang diberi oleh BLK, ULPL, PKS
bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program latihan mengikut keperluan
staf. Menurut seorang Pegawai Latihan, seramai 382 orang pegawai telah menghadiri kursus
yang berkaitan dengan pengajaran-pembelajaran (Jadual 3). Jadual 5 menunjukkan keputusan
kajian untuk KUDAP. Bilangan responden adalah seramai 263 orang. Didapati bahawa
99.5% mengatakan bahawa KUDAP yang berkaitan dengan pengajaran-pembelajaran telah
meningkatkan pengetahuan mereka, 94.0% boleh menggunakan pengetahuan yang diperolehi
dalam tugas harian iaitu transfer of training telah berlaku dan 92.5% bersetuju kursus yang
dilaksanakan adalah efektif dan memberi kesan yang besar kepada mereka.
Sekiranya peratusan responden yang memberi jawapan yang positif dalam setiap item dalam
kajian untuk ketiga-tiga kursus iaitu, PPK, CPCM dan KUDAP dibandingkan, didapati
bahawa peratusan itu adalah paling tinggi bagi KUDAP. Ini bermaksud persepsi staf PKS
terhadap keberkesanan kursus yang dirancang dan dilaksanakan di bawah KUDAP adalah
77

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

lebih efektif dari segi peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan transfer of training. Di
samping itu, kursus-kursus tersebut diadakan di kampus PKS dan oleh sebab itu, lebih ramai
orang boleh mengikutinya. Jadi, dari segi cost effective, KUDAP dianggap sangat berkesan.

6.0 LANGKAH-LANGKAH PENGUKUHAN UNTUK MENINGKATKAN


KEJAYAAN PROGRAM
6.1 Menubuhkan Pusat Latihan dan menyediakan latihan di institusi
Memandangkan seramai 126 orang pensyarah di PKS masih belum ditawarkan kursus KIPA
dan terdapat kekangan kewangan, dicadangkan bahawa latihan ini diadakan di Kuching.
Maka, perlaksanaan program boleh dipercepatkan dan menampung semua staf baru kerana
perbelanjaan untuk setiap orang telah banyak berkurangan. Sekiranya, pensyarah baru boleh
dibimbing lebih awal, maka profesionalisme pensyarah boleh dipertingkatkan lagi demi
memantapkan kualiti proses pengajaran-pembelajaran. Untuk PPK, oleh kerana bilangan
pegawai (DH 29 hingga DH 44) yang wajib hadir PPK adalah sangat ramai dan pada masa
sekarang, terdapat kekangan kewangan, maka dicadangkan bahawa PPK juga dibuat di
kampus PKS. Untuk menjayakan perlaksanaannya, dicadangkan sebuah Pusat Latihan
ditubuhkan di kampus, dengan bantuan kewangan daripada JPPKK untuk menyediakan
latihan kemahiran teknikal kepada staf PKS. Dengan cara ini, latihan simulasi boleh diadakan
selain daripada On-The-Job Training yang boleh dilakukan di bengkel. Langkah ini adalah
untuk memastikan bahawa Transfer of Training berlaku secara positif dan berkesan pada
setiap individu kerana terdapat persamaan di antara apa yang dipelajari dengan keadaan
sebenar di bengkel.

6.2 Menyediakan jurulatih-jurulatih di institusi dan mengurangkan kebergantungan


kepada pembekal latihan luar
Bagi program KIPA, masalah kekangan pelaksanaan yang dihadapi oleh Institut Aminuddin
Baki seperti masalah menampung bilangan pensyarah yang ramai, boleh diatasi dengan
menyediakan jurulatih-jurulatih sendiri melalui Program Training of Trainer (TOT) yang
telah dirancangkan oleh BLK untuk tahun 2011 hingga 2015. Untuk itu, adalah baik
sekiranya setiap institusi mempunyai jurulatih sendiri supaya program KIPA dan PPK boleh
dilaksanakan dengan cepat memandangkan bilangan peserta wajib hadir adalah terlalu ramai.
Bayaran Insentif perlu diberi kepada jurulatih sekiranya latihan itu berlaku di luar waktu
pejabat. Untuk menjadikan PPK lebih cost effective, seorang Pegawai Latihan mencadangkan
bahawa PKS boleh menggunakan kepakaran yang sedia ada di kampus atau menjemput
kepakaran daripada politeknik lain sebagai jurulatih. Selain daripada itu, beliau juga
mencadangkan bahawa pihak JPPKK mengeluarkan sijil kehadiran dan mengiktirafkan sijil
tersebut untuk tujuan kenaikan pangkat. Pada masa sekarang, banyak peruntukan digunakan
untuk menjemput orang luar dari syarikat kerana sijil yang dikeluarkan oleh mereka diberi
keutamaan. Pihak industri yang telah menjalin kolaborasi dengan JPPKK dan Politeknik
boleh dijemput untuk memberi latihan atau sebagai penceramah.

6.3 Memperbaiki hubungan antara pihak jurulatih dengan peserta kursus untuk
memantapkan Transfer of Training
Kebanyakan kursus yang diadakan melibatkan syarikat pembekal latihan. Walaupun
kandungan kursus diberi kepada mereka, kelemahan mereka dalam penyampaian kursus
78

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

adalah disebabkan mereka kurang faham atau tidak tahu latar belakang peserta dan institusi.
Berdasarkan kepada Theory of Humanistic, seseorang jurulatih sepatutnya membaiki
hubungan mereka dengan peserta kursus. Dia dikehendaki bertindak sebagai seorang
fasilitator dan pembimbing, iaitu dia perlu memahami latar belakang dan budaya kerja
peserta serta masalah yang dihadapi oleh mereka. Apa yang berlaku sekarang adalah ramai
jurulatih dari syarikat tidak mengaitkan kandungan kursus dengan keadaan peserta dan
institusi. Mereka tidak mendorong peserta kursus untuk menghayati apa yang dipelajari dan
bagaimana mengaplikasikan pengetahuan baru di tempat kerja. Oleh itu, peserta kursus
merasa bahawa mereka hanya mendengar syarahan sahaja semasa kursus. Jadi, adalah
menjadi peranan urusetia untuk memastikan jurulatih yang dijemput boleh membantu
pegawai Politeknik meningkatkan lagi tahap profesionalisme dan kualiti kepimpinan mereka.

6.4 Menganjur kursus yang mana kemahiran/pengetahuan yang diajar boleh


diaplikasikan di tempat kerja
Perlaksanaan program peningkatan profesionalisme untuk pegawai PKS melibatkan satu
perbelanjaan yang sangat tinggi disebabkan faktor geografi dan logistik. Oleh itu, beberapa
orang responden berpendapat bahawa kursus-kursus yang ditawarkan mestilah sesuatu yang
berguna kepada pegawai. Untuk menjamin keberkesanan program latihan, satu analisis
keperluan bagi setiap individu perlu dibuat secara terperinci supaya kursus yang dianjurkan
adalah sesuai dan diminati pegawai. Mereka juga mengatakan bahawa kursus berkaitan
dengan kemahiran pedagogi dan technology updates seharusnya diberi keutamaan. Masa
yang mencukupi perlu diperuntukkan untuk sesi praktikal. Kursus yang berperingkat perlu
diperkenalkan untuk meningkatkan kemahiran pegawai secara berterusan. Kursus
pertauliahan contohnya certified chargeman juga sangat sesuai untuk melengkapkan pegawai
dengan kemahiran yang tertentu. Jadi, dicadangkan analisis keperluan pegawai dan organisasi
perlu dibuat dengan terperinci supaya apa yang dipelajari dalam kursus boleh diaplikasikan di
tempat kerja.

6.5 Mengkaji semula proses pendaftaran kursus dan pemilihan peserta kursus
Dicadangkan cara permohonan untuk kursus tersebut dikaji semula kerana pada masa
sekarang, pegawai wajib memohon bagi kursus PPK dan CPCM secara online tetapi didapati
tidak terpilih untuk mengikuti kursus pada tahun yang sama. Menurut seorang pensyarah DH
41, keadaan ini boleh mengurangkan motivasi pegawai kerana beliau tidak diberitahu bila dia
boleh mengikuti kursus, menyebabkan dia berada dalam keadaan kekeliruan. Jadi, sekiranya
seorang pegawai telah memohon, adalah baiknya pegawai diberitahu bila dia boleh mengikuti
kursus walaupun kursus ini diadakan pada tahun berikut. Beberapa orang responden
mengatakan bahawa apabila mereka memilih kursus secara online, kandungan kursus secara
terperinci tidak ditunjukkan, menyebabkan si pemohon itu tidak boleh menilai sama ada
kursus tersebut sesuai untuk mereka atau tidak.

6.6 Mengadakan program latihan semasa cuti semester


Program latihan haruslah diadakan semasa cuti semester khasnya bagi pensyarah untuk
mengelakkan gangguan dalam proses pengajaran-pembelajaran. Didapati bahawa pada masa
sekarang, banyak kursus diadakan semasa perkuliahan dijalankan dan kadang-kala
sekumpulan pensyarah perlu meninggalkan kelas untuk menghadiri kursus. Keadaan ini
boleh menjejaskan perlaksanaan pengajaran- pembelajaran dan seterusnya mengurangkan
motivasi pelajar dan keyakinan mereka terhadap Politeknik.
79

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

7.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kepada persepsi pegawai terhadap keberkesanan program latihan yang telah
dilaksanakan, pada keseluruhannya, perlaksanaan program peningkatan profesionalisme yang
berterusan di PKS dikira berkesan walaupun tahap keberkesanan untuk setiap program adalah
berlainan. Secara amnya, kebanyakan pegawai mengatakan bahawa melalui program latihan
itu, pengetahuan dan kemahiran mereka telah meningkat dan ilmu baru yang diperolehi boleh
digunakan semasa mereka melaksanakan tugas harian. Kandungan kursus menjadi lebih
bermakna sekiranya selepas disampaikan, transfer of training berlaku dengan jayanya.
Komitmen tinggi daripada pemimpin institusi dan pegawai sendiri serta sikap pegawai dalam
menjayakan program latihan merupakan faktor yang sangat penting dalam usaha
mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran secara berterusan di institusi.
Kegigihan pihak Politeknik Kuching Sarawak dalam usaha membangunkan tenaga kerja
boleh menjamin pencapaian status sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan pada masa yang
akan datang.

8.0 RUJUKAN
Agenda Pembangunan Modal Insan, Peningkatan Profesionalisme Berterusan, Jabatan
Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, 2007
Aliza Bt. Md Atan (2009), Career Path Competency Matrix (CPCM), Majlis Dialog
Pembangunan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian pada 1113 Mac 2009 di Hotel Renaissance, Melaka
Christopher Suresh Martin (2009), English Enhancement Programme, Majlis Dialog
Pembangunan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian pada 1113 Mac 2009 di Hotel Renaissance, Melaka
Hanizah Bt. Anaittulah (2009), Program Sangkutan Industri, Majlis Dialog Pembangunan
Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian pada 11-13 Mac 2009
di Hotel Renaissance, Melaka.
Ibrahim Bin Mamat (2001), Effective Design and Successful Management of Training,
Eastview Publications Sdn. Bhd.
Kamaruddin Bin Hamzah (2009), Kertas Pembentangan, Majlis Dialog Pembangunan
Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian pada 11-13 Mac 2009
di Hotel Renaissance, Melaka.
Perintah Am, Bab A hingga Bab G, Edisi 2009, MDC Publishers Sdn. Bhd.
Setiawan Bin Hardono (2009), Program Peningkatan Kemahiran, Majlis Dialog
Pembangunan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian pada 1113 Mac 2009 di Hotel Renaissance, Melaka.
Shareaha Binti Din (2009), Latihan Kepimpinan Instruksional dan Pembangunan Andragogi,
Majlis Dialog Pembangunan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Pengajian Tinggi pada 11-13 Mac 2009 di Hotel Renaissance, Melaka.

80

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

LAMPIRAN

Keupayaan dan Kemahiran


Minimum

Mengukuhkan keupayaan yang


selaras dengan cabaran-cabaran
semasa dengan memfokus kepada
daya kepimpinan, integriti dan
jaringan kerja

Meningkatkan kemahiran sedia


ada dan membentuk kemahiran
baharu dalam aspek kepakaran,
profesionalisme dan kepimpinan

Pembinaan keupayaan
melaksanakan tugas dengan
cepat dan menepati piawaian
umum organisasi

Pemahaman matlamat,
fungsi dan budaya organisasi

Orientasi budaya kerja


perkhidmatan awam dan
penerapan nilai-nilai positif

Komponen
Kompetensi

Budaya
Prestasi Tinggi

Gred
Jawatan

Gred
JUSA
PENGEMBANGAN
KEPIMPINAN
DAN
PENGURUSAN

Gred
53/54

PENGUKUHAN
KOMUNIKASI
ICT
KOMPETENSI
KHUSUS
KETRAMPILAN
DIRI

PENDIDIKAN
PROFESIONALISME
KOMPETENSI
UMUM

PEMBANGUNAN

Gred
51/52

Gred
47/48

Gred
43/44

PENERAPAN

PENDEDAHAN

Gred 29
hingga
Gred 42

ARAS
ORGANISASI

Rajah 1: Model Program Pembangunan Modal Insan Multikompetensi


Catatan:
Rajah di atas adalah diekstrak daripada Buku Agenda Pembangunan Modal Insan,
Peningkatan Profesionalisme Berterusan, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti

81

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Jadual 1: Program Latihan BLK yang dilaksanakan pada tahun 2009

PETATUJU

PROGRAM-PROGRAM

Penajaan Pasca Ijazah:


Skim Hadiah Latihan Persekutuan (Sepenuh masa/secara
1
sambilan)
Penajaan Ijazah Pertama:
Pembangunan
Cuti Belajar Separuh Gaji
Profesionalisme Melalui
Pengajian Tanpa Penajaan:
Peningkatan Ilmu
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) (menyambung pengajian secara
Akademik
sambilan tanpa kemudahan elaun melainkan cuti tanpa rekod
untuk menghadiri peperiksaan)
Kursus Kepimpinan Instruksional dan Pembangunan Andragogi
(KIPA) bagi PPPT baru. Ia merupakan Latihan Ikhtisas
Pengajaran dan Pembelajaran jangka pendek selama 3 minggu.
Kursus Persegaran (refresher) untuk mereka yang kembali
mengajar selepas urusan naik pangkat dan berpindah kategori.
Latihan Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi (LPK) untuk
memberi ilmu dan kemahiran memimpin organisasi bagi
2
Pengarah dan Timbalan Pengarah baru (naik pangkat).
Program Peningkatan Kemahiran (PPK) adalah kursus teknikal
Pembangunan
yang wajib dihadiri oleh setiap PPPT Gred DH 29 hingga DH 44
Profesionalisme Seiring
bagi kategori I dan II.
Kriteria kecemerlangan
Career Path Competency Matrix (CPCM) yang berunsur generik
dan pembangunan diri yang wajib dihadiri oleh setiap PPPT bagi
semua kategori.
Coaching dan Mentoring adalah kursus pendedahan kepada PPPT
gred DH 43 dan ke atas untuk membolehkan mereka
mengamalkannya dalam hubungan bersama pegawai-pegawai
bawahan.
Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) selama tiga bulan.
English Enhancement Program (EEP) yang berfokuskan kepada
3
Language Camp dan Parliamentary Debate.
Kolaborasi Antarabangsa khasnya perpindahan ilmu dan teknologi
Peningkatan
terkini
daripada negara luar. Menggalakkan lawatan
Kemahiran/Kepakaran
penandaarasan dan kerjasama dua hala dalam negara dan
antarabangsa.
Catatan: Maklumat tersebut diringkaskan daripada Majlis Dialog Pembangunan
Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Tinggi pada 11-13 Mac 2009
di Hotel Renaissance, Melaka

82

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Jadual 2: Status perlaksanaan program BLK di PKS untuk tahun 2009


BILANGAN STAF
JUMLAH
PETATUJU
PROGRAM
YANG TELAH
PERUNTUKAN
HADIR
(RM)
Penajaan Pasca Ijazah: Skim
Hadiah Latihan Persekutuan
Sarjana-2
(cuti bergaji penuh)
1
Penajaan Ijazah Pertama: Cuti
0
Belajar Separuh Gaji
Pengajian Tanpa Penajaan:
1
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
Kursus Kepimpinan
Instruksional dan
12
32,000.00
Pembangunan Andragogi
(KIPA)
Kursus Persegaran (refresher)
2

Latihan Pengurusan dan


Kepimpinan Organisasi
(LPK)
Program Peningkatan
Kemahiran (PPK)
Career Path Competency
Matrix (CPCM)
Coaching dan Mentoring

Sangkutan Industri Pensyarah


(SIP)
English Enhancement
Program (EEP)
Kolaborasi Antarabangsa
khasnya perpindahan ilmu
dan teknologi terkini

JUMLAH

0
5,000.00
0
78

176,420.00

22

120,000.00

11,200.00

20,000

364,620.00

Jadual 3: Status perlaksanaan program Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan di PKS untuk
tahun 2009
BILANGAN
JUMLAH
PROGRAM
PESERTA PERUNTUKAN
(RM)
KURSUS
Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP):
382
Kursus yang berkaitan dengan pengajaran &
20,000
pembelajaran
215
Kursus yang tidak berkaitan dengan
pengajaran & pembelajaran
Sumber: Unit latihan Dan Pendidikan Lanjutan Politeknik Kuching Sarawak

83

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Jenis Kursus

Kursus
Kepimpinan
Instruksional
dan
Pembangunan
Andragogi
(KIPA)
Program
Peningkatan
Kemahiran
(PPK)
Career Path
Competency
Matrix
(CPCM)

Coaching and
Mentoring

Jadual 4: Keputusan Kajian untuk program latihan BLK


Pengetahuan
yang diperolehi
dapat
Meningkatkan
Responden
digunakan
pengetahuan
dalam
menjalankan
tugas harian
Kadar
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Bil.
respon
(%)
(%)
(%)
(%)
(%)

Kursus efektif
dan memberi
kesan/impak

Ya
(%)

Tidak
(%)

12
(*Jum
=12)

100

91.7

8.3

91.7

8.3

91.7

8.3

62
(*Jum
=78)

79.5

95.2

4.8

87.1

12.9

85.5

14.5

19
(*Jum
=22)

86.4

94.7

5.3

84.2

15.8

78.9

21.1

2
(*Jum
=3)

66.7

100

100

100

84

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Jenis kursus

Jadual 5: Keputusan Kajian untuk KUDAP


Pengetahuan
yang
diperolehi
Meningkatkan
dapat
Responden
pengetahuan
digunakan
dalam
menjalankan
tugas harian
Kadar
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Bilangan respon
(%)
(%)
(%)
(%)
(%)

Kursus Dalam
Perkhidmatan
(KUDAP)Kursus yang
263
68.8
99.5
0.5
berkaitan
(*Jum=382)
dengan
PengajaranPembelajaran
* Merujuk kepada jumlah pegawai yang telah hadir kursus

94.0

6.0

Kursus
efektif dan
memberi
kesan/impak

Ya
(%)

Tidak
(%)

92.5

7.5

85

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

KEMAMPUAN MATEMATIK DAN HUBUNGANNYA DENGAN SIKAP

Mohd Zahri Jaafar


Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Mukah Sarawak
Mariati Masduki
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer
Politeknik Mukah Sarawak

ABSTRAK
Kemampuan matematik amat memainkan peranan dalam pengajian tinggi terutamanya dalam
bidang teknikal. Di politeknik masalah timbul apabila institusi terbabit berdepan dengan
kelemahan pelajar dalam kursus matematik. Pensyarah dikatakan menghadapi kemurungan
suasana dalam pengajaran dan pembelajaran, kekurangan kehadiran dan kemorosotan prestasi
pelajar dalam kursus-kursus yang melibatkan kemahiran matematik. Kajian ini cuba
meninjau kesan sikap terhadap pencapaian matematik pelajar yang melibatkan seramai 123
sampel pelajar di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Mukah Sarawak. Menggunakan
korelasi Spearman Rho, dapatan menunjukkan pelajar yang positif sikapnya terhadap
matematik memberi kesan yang baik dalam pencapaian matematik.

1.0 PENGENALAN
Pencapaian akademik pelajar sangat mempengaruhi reputasi sesebuah institusi pengajian.
Dalam pada itu, matematik adalah suatu matapelajaran yang biasanya menjadi indikator
terhadap pencapaian pelajar dalam beberapa matapelajaran lain. Di politeknik terutamanya
dalam bidang teknikal, kelemahan dalam kursus matematik dianggap akan menurunkan
prestasi akademik pelajar dalam beberapa kursus yang memerlukan analisis secara pengiraan.
Politeknik Mukah Sarawak (PMU) khususnya Jabatan Kejuruteraan Mekanikal amat
menekankan keperluan kemahiran matematik dalam kebanyakan kursus yang disediakan.
Kemahiran matematik mula diterapkan kepada pelajar semester satu bagi program diploma
dan sijil dalam kursus Matematik Kejuruteraan 1 (B1001). Namun kebimbangan timbul
apabila prestasi akademik pelajar dalam kursus ini tidak menunjukkan pencapaian yang
memberangsangkan sejak kemasukan awal pelajar ke jabatan tersebut.
Berdasarkan Rajah 1, dapat diperhatikan bahawa pada sesi Julai 2007 pelajar Sijil
Kejuruteraan Mekanikal (SKM) berhadapan dengan masalah dalam kursus Metematik
Kejuruteraan 1 (B1001) berbanding kursus lain. Daripada 87 orang pelajar, 31% daripadanya
gagal dalam kursus tersebut. Secara relatifnya, walaupun terdapat peningkatan pencapaian
dalam kursus Metematik Kejuruteraan 1 (B1001) di antara sesi Julai 2007 dan Januari 2008,
kecemerlangan dalam kursus ini masih berada pada tahap yang membimbangkan (lihat
Rajah 2 dan Rajah 3).

86

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

120
100

100

100

97.7 92.77 100 95.4 100

98.85

100
Peratus (%)

80.46
80

A1001
A1002
A1003
B1001
B1003

68.97

60

B1004

40

E1063

20

J1001
J1002
J1003

R1001
KURSUS

Rajah 1: Pencapaian kursus bagi program SKM sesi Julai 2007 (Sumber: Unit Peperiksaan
PMU)
70
60

Bil. Pelajar

50

4
30

40
30
20

10

17

4
9
0
A

B1004
B1003

40

1
A-

11
1
B+

B1001

15

11
5

5
6

2
7

B-

C+

12

31

0
D

3
0
6

6
0
10

7
1
8

D-

E+

1
0
3
E-

0
F

Gred

Rajah 2: Analisis gred kursus matematik kejuruteraan program SKM semester satu sesi Julai
2007 (Sumber: Unit Peperiksaan PMU)
Pelbagai aspek boleh mempengaruhi masalah berkenaan. Ming Chang Wu dan Greenan
(2003) mendapati, kelemahan dalam matematik untuk bidang vokasional dan teknologi
adalah berpunca daripada sikap negatif yang wujud dalam diri pelajar terhadap matapelajaran
tersebut. Sikap negatif timbul daripada kekecewaan mereka sejak di alam persekolahan lagi.
Mereka dikatakan gagal untuk mengasimilasi matematik sebagai sesuatu yang kontekstual
dalam kehidupan seharian. Akhirnya minat dan motivasi untuk mempelajari matematik selalu
menurun sehingga wujud stigma dalam diri bahawa saya tidak bagus dalam matematik.
Sikap boleh didefinisikan sebagai kecenderungan untuk merespon secara positif atau secara
negatif terhadap sesuatu idea, perseorangan, objek atau situasi tertentu (Ciccarelli & Meyer,
2006). Sikap dipengaruhi oleh perkembangan seseorang melalui pengalaman-pengalaman
merentasi kehidupannya samada di tempat tinggal, alam persekolahan, tempat kerja dan

87

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

sebagainya. Pembentukannya boleh dipelajari dengan meneliti reaksi emosional orang lain
dan seterusnya akan diterjemahkan dalam bentuk tingkahlaku.

25
20

6
0

15
Bil. Pelajar
10
5

0
3

15

0
3

B1004

B1003
B1001

15

8
7

6
2

A- B+

B- C+

0
D

0
0
D- E+

5
0
E

01

2
01

E-

Gred

Rajah 3: Analisis gred kursus matematik kejuruteraan program SKM semester satu sesi
Januari 2008 (Sumber: Unit Peperiksaan PMU)
Menurut Morris dan Maisto (2005), sikap secara relatifnya adalah suatu persepaduan yang
stabil antara kepercayaan, perasaan dan tingkahlaku yang cenderung terhadap sesuatu
perkara (ms. 571). Komponen kepercayaan merujuk kepada kandungan fakta, pandangan
dan pengetahuan yang dimiliki individu sementara komponen perasaan merujuk kepada
emosi-emosi seperti suka, cinta, benci terhadap sesuatu perkara. Manakala komponen
tingkahlaku merujuk kepada kecenderungan seseorang untuk bertindak dengan cara tertentu
terhadap sesuatu perkara samada untuk mendekatinya mahupun mengelaknya.
Perkaitan antara sikap dan gender telah lama dibuktikan. Kajian menunjukkan bahawa sikap
terhadap matematik antara lelaki dan perempuan adalah berbeza. Harnisch et. al (1986) telah
melakukan kajian berimpak tinggi melibatkan pelajar di sepuluh buah negara dan mendapati
lelaki lebih bersikap positif memandangkan mereka memiliki keupayaan visualisasi ruang
yang tinggi yang diperlukan dalam kemahiran matematik. Baru-baru ini Meelissen dan
Luyten (2008) menyokong dapatan tersebut dan mendapati pencapaian pelajar perempuan
dalam matematik lebih lemah berbanding pelajar lelaki. Mereka menemui pelajar perempuan
memiliki keyakinan diri yang lemah apabila mempelajari matematik.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), apabila pelajar meletakkan diri mereka
sebagai seorang yang lemah dalam matematik, para pensyarah berhadapan dengan suasana
pembelajaran yang suram, ketidakhadiran kelas yang tinggi dan penurunan prestasi pelajar.
Berdasarkan kepentingan kursus matematik di politeknik dan kemunculan masalah-masalah
tersebut, dengan tujuan menggalakkan peningkatan pencapaian pelajar kami percaya
pemeriksaan terhadap sikap pelajar mampu menyumbang pengetahuan dan pemahaman ke

88

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

arah membantu proses P&P bagi kursus matematik di dalam politeknik. Justeru beberapa
persoalan kajian dibangunkan bagi membantu menemukan objektif kajian ini iaitu:
i. Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar dalam kursus B1001 menurut
perbezaan peringkat pengajian?
ii. Adakah gender mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus B1001?
iii. Adakah gender mempengaruhi sikap pelajar terhadap kursus B1001?
iv. Adakah terdapat perbezaan sikap terhadap kursus B1001 menurut perbezaan
peringkat pengajian?
v. Sejauh manakah sikap mempengaruhi pencapaian pelajar dalam B1001?

3.0 METODOLOGI KAJIAN


3.1 Kaedah Kajian
Bagi menentukan sikap pelajar terhadap kursus Matematik Kejuruteraan 1 (B1001), kaedah
tinjauan digunakan. Data diperolehi secara kuantitatif melalui soal selidik penilaian kendiri
yang diberikan kepada sampel.
Keputusan akhir kursus B1001 responden yang terlibat dalam kajian ini telah diperolehi
daripada Unit Peperiksaan Politeknik Mukah Sarawak dan digunakan sebagai indikator
pencapaian pelajar. Keputusan kursus ini telah diterjemahkan dalam bentuk pentaksiran
dengan julat ordinal daripada kategori A (cemerlang) hingga kategori E (gagal). Keputusan
ini juga diselaraskan bersama-sama instrumen kajian. Melalui pelarasan ini, tiada responden
yang menjawab instrumen melebihi daripada sekali.

3.2 Sampel
Polpulasi adalah terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Mukah
Sarawak semester satu sesi Julai 2008 iaitu seramai 214 orang. Sebanyak 156 soal selidik
dikendalikan pada penghujung semester dan 123 orang responden telah melengkapkan soal
selidik tersebut. Bilangan ini mewakili 78.8% daripada bilangan soal selidik yang telah
diedarkan.
Dengan menggunakan kaedah pensampelan secara rawak berkelompok, sebahagian besar
responden yang terlibat dalam kajian ini adalah lelaki (n = 110, 89.4%) manakala 10.6%
adalah perempuan (n = 13). Sementara bilangan sampel mengikut peringkat pengajian
kelihatan seimbang dengan 50.4% melaporkan pelajar peringkat sijil (n = 62) dan 49.6%
adalah pelajar diploma (n = 61).

3.3 Instrumentasi
Soal selidik penilaian kendiri telah digunakan sebagai instrumen bagi mengenalpasti sikap
responden dan telah dikonstruk dengan mengambil kira komponen-komponen sikap itu
sendiri kepercayaan, perasaan dan tingkahlaku. Soal selidik berskala Likert ini berjulat
antara 1 (sangat tidak setuju) hingga 5 (sangat setuju) telah dibangunkan untuk mengenal
pasti sikap pelajar terhadap kursus Matematik Kejuruteraan 1.

89

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Item-item seperti Kursus Matematik Kejuruteraan 1 bukan kursus yang menarik (perasaan),
Saya tidak mahu mempelajari Kursus Matematik Kejuruteraan 1 lebih dari apa yang wajib
diketahui (tingkahlaku) dan Kursus Matematik Kejuruteraan 1 adalah tidak penting dalam
kehidupan seharian (kepercayaan) adalah antara item-item yang sengaja diterbalikkan dari
segi ayatnya bagi meningkatkan kebolehpercayaan instrumen. Kebolehpercayaan instrumen
dengan menggunakan kaedah konsistensi dalaman menunjukkan nilai alpha Cronbach
berjulat antara 0.60 hingga 0.72 bagi ketiga-tiga komponen sikap.
Sementara bagi tujuan untuk menentukan kemampuan matematik responden, keputusan akhir
semester sesi Julai 2008 kursus B1001 telah digunakan sebagai data untuk pencapaian
pelajar.

3.4 Analisis
Statistik deskriptif telah dimanipulasi untuk menerangkan taburan pencapaian pelajar dan
sikap pelajar dalam kursus B1001. Manakala dua jenis ujian parametrik (ujian-T dan Anova)
dan dua jenis ujian bukan parametrik (ujian Khi-Kuasa Dua dan kolerasi Spearmans Rho)
digunakan dalam kajian ini berdasarkan syarat kenormalan taburan data dan skala
pengukuran data. Bagi menganalisis data, SPSS versi 12.0 telah dikendalikan.

4.0 DAPATAN
4.1 Pencapaian Kursus B1001
Daripada total sampel (n = 123) sebanyak 68% responden dianggap lulus dalam ujian yang
diberikan dengan 21% responden adalah dalam kategori cemerlang. Rajah 4 menghuraikan
pencapaian kursus B1001 dengan lebih terperinci.
E- E
1% 7%

A
21%

E+
5%

C
19%
A11%

B+
10%

C+
10%
B
7%

E-

E+

C+

B-

B+

A-

B9%

Rajah 4: Pencapaian dalam kursus B1001


Hasil daripada ujian Khi Kuasa Dua untuk sampel kajian menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan pencapaian kursus B1001 yang signifikan antara pelajar sijil dan diploma ( =
49.160, df = 9, p < 0.01). Berdasarkan nilai rasidual piawai, didapati pelajar sijil cenderung
90

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

untuk mendapat keputusan yang rendah (E, E+, C dan C+) sementara pelajar diploma dilihat
lebih ramai mendapat keputusan yang cemerlang (A dan A-). Kajian ini juga mendapati
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar mengikut gender
( = 14.627, df = 9, p > 0.05).

4.2 Sikap terhadap Matematik Kejuruteraan 1


Dalam kajian ini, nilai min bagi sikap pelajar terhadap B1001 yang dicatatkan dalam
kumpulan yang mengandungi 123 orang pelajar ini adalah sederhana tinggi (M = 3.91
0.60). Komponen kepercayaan dilihat sebagai penyumbang terbesar kepada sikap pelajar
yang positif dengan min, M = 4.17 0.57. Dua lagi komponen sikap iaitu perasaan dan
tingkahlaku masing-masing mencatatkan min, M = 3.81 0.74 dan M = 3.76 0.60.
Ujian-T menunjukkan tiada perbezaan dalam sikap yang signifikan antara pelajar lelaki dan
perempuan (t = -0.368, df = 121, p > 0.05). Sebaliknya ujian yang sama juga membuktikan
bahawa terdapat perbezaan sikap yang signifikan secara statistik di antara pelajar sijil dan
pelajar diploma (t = -2.449, df = 121, p < 0.05). Perbezaan min telah menunjukkan pelajar
diploma mempunyai sikap yang lebih positif berbanding pelajar sijil.
Bagi melihat hubungan di antara sikap dan pencapaian pelajar dalam B1001, ujian korelasi
bagi pekali Spearmans rho menunjukkan terdapat bukti-bukti kukuh untuk membuat
kesimpulan bahawa terdapat hubungan linear yang positif antara dua perkara tersebut. Bagi
sampel kajian ini (n = 123) kekuatan kolerasi adalah sederhana, r = 0.541, p < 0.01.

5.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN


Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau bagaimana sikap terhadap kursus Matematik
Kejuruteraan 1 mempengaruhi pencapaian pelajar. Secara kolektif, pelajar memiliki sikap
yang agak positif untuk mempelajari matematik. Ini seolah-olah menterjemahkan bahawa
kebanyakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal memiliki minat, pandangan dan
kesediaan terhadap matematik. Perkara ini berpotensi untuk dimanipulasi oleh pensyarah dan
pelajar sendiri bagi menjadikannya sebagai stimulasi dalam proses P&P.
Tambahan pula kajian ini telah membuktikan sikap pelajar mempengaruhi pencapaian
mereka dalam matematik. Dengan kata lain ketinggian sikap pelajar dalam mempelajari
matematik boleh menjamin prestasi mereka. Persoalan yang timbul adalah bagaimana untuk
membantu meningkatkan sikap pelajar yang lemah? Dalam kajian ini, perkara ini merujuk
kepada pelajar peringkat sijil. Berdasarkan korelasi yang wujud dalam sikap dengan
pencapaian pelajar, pelajar sijil didapati lebih lemah pencapaiannya lantaran sikap mereka
yang negatif terhadap matematik.
Menurut Morris dan Maisto (2005), sesetengah individu mempunyai kecenderungan untuk
mengatasi sikapnya sendiri dengan maksud untuk berkelakuan yang sepatutnya dalam sesuatu
situasi. Individu yang memiliki pemantauan kendiri yang tinggi boleh bertindak dengan baik
menurut ekspektasi orang lain. Pensyarah boleh melaksanakan peneguhan kepada pelajar
bagi mengubah sikap mereka seperti dendaan dan pujian. Kekerapan latih tubi, kuiz, tugasan
dan seumpamanya juga boleh membantu.

91

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Peniruan personaliti dengan menjadikan pensyarah sebagai idola atau model juga membantu
perkembangan sikap disamping galakan daripada ibu bapa dan rakan-rakan. Kedua-dua ini
berpotensi untuk memupuk sikap yang positif dalam kalangan pelajar. Pensyarah wajar
membentuk peribadi dan ruang P&P yang ceria dan kondusif dalam usaha menarik minat
pelajar dalam P&P. Morris dan Maisto (2005) mendakwa, pelajar yang minat kepada
pensyarahnya boleh menerima sikap pensyarah tersebut terhadap subjek yang tidak disukai
oleh pelajar berkenaan, walaupun ia bertentangan dengan sikapnya sendiri (ms.572).
Pelajar juga harus dikelompokkan dalam kumpulan yang memiliki kerjasama dan persaingan
yang baik di antara ahli kumpulannya. Ini mungkin dapat membantu pelajar yang bersikap
negatif menentang sikapnya sendiri dalam suasana persaingan. Namun perhatian harus
diberikan kerana strategi kolaborasi antara pelajar boleh mengundang plagiatrisme ketika
membuat tugasan.
Sementara itu kajian ini tidak konsisten dengan dapatan kajian-kajian lepas. Pelajar dilihat
lebih homogen dalam pencapaian dan sikap terhadap matematik menurut perbezaan gender.
Ini menjelaskan keupayaan pelajar perempuan adalah setara dengan pelajar lelaki dalam
matematik walaupun pelajar lelaki dilihat lebih dominan dalam kajian ini. Menurut Steel dan
Ambady (2006), perubahan sikap antara lelaki dan perempuan terhadap sesebuah bidang
akademik adalah tidak ketara. Berkemungkinan pemilihan bidang akademik tidak
dipengaruhi oleh gender walaupun secara tradisionalnya bidang mekanikal lebih stereotaip
kepada golongan lelaki.
Walaubagaimanapun waspada harus diambil apabila membincangkan dapatan kajian ini.
Sikap tidak boleh dijadikan sebagai indikator utama untuk meramal pencapaian matematik
pelajar (Papanastasiou, 2000). Dari perspektif praktikal, data kami tidak menyediakan amaun
pengaruh sikap terhadap pencapaian matematik. Tambahan pula korelasi antara sikap dan
pencapaian matematik menunjukkan pada tahap sederhana. Ini menunjukkan masih terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi kemampuan matematik pelajar.
Justeru kajian lanjutan wajar dilaksanakan untuk menemukan pengaruh pencapaian
matematik dan seterusnya membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar dengan cara
mengatasi masalah-masalah P&P yang dihadapi oleh pensyarah dan pelajar. Adalah menarik
sekiranya faktor kecerdasan minda, pengaruh ibubapa, gaya pembelajaran dan sosio-ekomoni
pelajar dilihat secara bersama dalam implikasi terhadap pencapaian matematik pelajar.

6.0 RUJUKAN
Ciccarelli, S., K., & Meyer, G., E. (2006). Psycology. Pearson: New Jersey.
Harnisch, D., L., Steinkamp, M., W., Shiow-Ling Tsai, & Walberg, H., J. (1986). CrossNational Differences In Mathematics Attitude And Achievement Among SeventeenYear-Olds. International Journal Development, 6(4), 233-244.
Meelissen, M., & Luyten, H. (2008). The Dutch gender gap in mathematics: Small for
achievement, substantial for beliefs and attitudes. Studies in Educational Evaluation,
34, 8293.
Ming Chang Wu & Greenan, J., P. (2003). The Effects of a Generalizable Mathematics Skills
Instructional Intervention on the Mathematics Achievement of Learners in Secondary
CTE Programs. Journal of Industrial Teacher Education, 40(2). Dicapai pada 20
November 2008 dalam http://scholar.lib.vt.edu/ejournals/JITE/v40n2/wu.html.
92

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Morris, C., G., & Maisto., A., A. (2005). Psycology: An Introduction. Pearson: New Jersey.
Papanastasiou, P. (2000). Effects on attitudes and beliefs on mathematic achievement. Studies
in educational evaluation, 26, 27-42.

93

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN DI KALANGAN PENSYARAHPENSYARAH DI TIGA BUAH JABATAN KEJURUTERAAN POLITEKNIK
MUKAH SARAWAK

Mahdzir Jamiaan
Syeira Azniel Abdul Ghapar
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Mukah Sarawak

ABSTRAK
E-pembelajaran merupakan konsep yang mengintegrasikan teknologi maklumat dan
komunikasi sebagai medium penyampaian maklumat dan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pensyarah merupakan salah satu komponen yang terlibat secara langsung
dalam perlaksanaan sistem pembelajaran di institusi pengajian amnya dan politeknik
khususnya. Sehubugan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti cabaran-cabaran
dan kekangan yang wujud dalam kalangan pensyarah politeknik khususnya di Politeknik
Mukah Sarawak (PMU). Hubungan antara pengetahuan tentang e-pembelajaran dengan
kekerapan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran turut dikaji.
Responden terdiri daripada pensyarah-pensyarah di Jabatan Kejuruteraan PMU. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa cabaran utama dalam penggunaan sistem e-pembelajaran adalah
proses penyediaan bahan yang memerlukan kemahiran menggunakan ICT oleh setiap
pensyarah. Di samping itu, kurangnya kursus kemahiran e-pembelajaran yang berkala
menjadi antara penyumbang kepada cabaran kepada responden bagi menggunakan sistem epembelajaran secara optimum.

1.0 PENDAHULUAN
Revolusi pendidikan yang bertunjangkan teknologi maklumat sebagai pemangkin kepada
penguasaan ilmu pengetahuan telah wujud pada abad ke-21. Ledakan teknologi maklumat
menjadi faktor pendorong kepada perkembangan persejagatan yang akan menjadikan dunia
semakin terbuka dan tiada sempadan. Dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan
semasa dalam abad ke-21, institusi pendidikan perlu memainkan peranan dalam memberikan
cabaran pendidikan kepada pelajar-pelajarnya. Cabaran ini diperlukan agar pelajar-pelajar
sentiasa bersedia dengan arus perkembangan semasa. Menurut Aggarwal (2000), pendidikan
pada abad ke-21 memerlukan :
i. Kebebasan dan tiada kekangan dari aspek masa dan tempat untuk menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
ii. Pendidikan yang dijalankan adalah berorentasikan teknologi untuk mencapat
matlamat.
iii. Pendidikan berpusatkan pelajar. Manakala pensyarah hanya berperanan sebagai
pembimbing.
iv. Pihak yang terlibat di dalam sistem ini mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai
bahasa dan kemahiran.

94

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini, berlaku beberapa perubahan dan
inovasi dalam sektor pendidikan. Paradigma pembelajaran yang sedia wujud akibat inovasiinovasi ini telah mengorak langkah bagi institusi-institusi utama untuk melihat kembali
proses mengaksesan maklumat dan penyampaiannya di sekolah, kolej, maktab dan universiti.
Institusi pendidikan bukan lagi merupakan pengedar tunggal pengetahuan dan proses
pembelajaran tidak lagi dibatas oleh ruang dan masa. Persekitaran e-pembelajaran yang
sedemikian adalah berlandaskan kepada penggunaan internet.
Selaras dengan perkembangan ini juga, maka persekitaran sistem e-pembelajaran lebih
menjurus kepada penyampaian latihan dan pendidikan melalui internet. Perkembangan ini
akan membolehkan sesebuah organisasi seperti institusi pengajian tinggi menggunakan
kesempatan sepenuhnya menggunakan kemudahan sedia ada seperti teknologi desktop atau
komputer peribadi, komputer riba dan rangkaian komputer. E-pembelajaran ini boleh sampai
secara terus kepada komputer pelajar apabila dan di mana diperlukan. Dalam era internet,
penggunaannya semakin tersebar dan kini sebahagian besar golongan pendidik menggunakan
internet untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat. Ditambah pula dengan teknologi
tanpa wayar (wireless technology), internet pada masa kini bukan sahaja dapat diakses di
mana-mana, bahkan ia juga boleh dilayari pada bila-bila masa. Sifat teknologi tanpa wayar
yang mobility atau mudah atur menyebabkan ia sangat sesuai dijadikan sebagai platform
permudah cara dan menyokong sistem e-pembelajaran (Sabitha, 2005).
Sistem e-pembelajaran merupakan salah satu cabang di dalam revolusi pendidikan pada abad
ke-21. Sistem yang berasaskan teknologi maklumat ini merupakan satu asset penting dalam
memenuhi keperluan pensyarah dan pelajar bagi mencorak dan menjana minda selaras
dengan perkembangan dunia tanpa sempadan kini.
Terdapat pelbagai idea pemikiran dan usaha yang dilakukan untuk meningkatkan mutu
pendidikan di negara ini. Salah satu usaha yang dilakukan untuk meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah melalui pembelajaran elektronik (epembelajaran). Untuk melahirkan pelajar-pelajar universiti yang berkualiti dan
berketerampilan, kaedah P&P yang pelbagai haruslah diterapkan. Sistem e-pembelajaran
merupakan salah satu cara pembelajaran terkini dengan pelbagai kelebihan seperti mudah dan
cepat mendapatkan maklumat, fleksibel, dan sesuai dalam semua keadaan.
Bagi melahirkan generasi yang bersedia dalam menerajui alaf baru, negara memerlukan
perubahan dan pembaharuan dari aspek pendidikan yang bercorak konvensional kea rah
pendidikan yang menggunakan alat P&P yang lebih canggih dan interaktif. Menurut Wan
Mohd Zahid (1993), reformasi pendidikan perlu diwujudkan untuk memastikan pendidikan
negara tidak terkebelakang daripada ledakan teknologi maklumat yang sentiasa berkembang.
Pendapat ini turut disokong dengan pendapat yang diutarakan oleh Marguerita (2002), yang
menyatakan bahawa pendidikan akan tetap berubah dan ia tidak akan mengambil kira apa
yang akan berlaku dan bagaimana ia akan berlaku. Perubahan sistem pendidikan ini
merupakan usaha bersama supaya ia seiring dengan perkembangan teknologi pada hari ini.
Perkhidmatan berasaskan elektronik atau maya kini dilihat pesat membangun dari semasa ke
semasa. Perkhidmatan ini meliputi bidang pendidikan, bidang korporat, bidang perniagaan
dan sebagainya. Skop perkhidmatan berasaskan elektronik ini dilihat amat meluas dengan
beberapa cabaran masa depan yang harus ditangani bersama. Menurut Gunasekaran, et, al
(2002), cabaran-cabaran yang harus ditangani adalah;

95

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

i. Setiap negara harus menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyatnya.


ii. Ahli perniagaan harus melatih para pekerjanya.
iii. Institusi pendidikan harus menyediakan satu kerangka program yang lebih
inovatif
Oleh yang demikian, pensyarah seharusnya bijak menggunakan peluang yang sedia ada pada
masa kini kerana kemahiran, teknik-teknik pengajaran dan pengetahuan yang cukup akan
menjadikan proses P&P menggunakan sistem e-pembelajaran menjadi lebih menarik. Bagi
merealisasikan matlamat ini, pensyarah terlebih dahulu haruslah dibekalkan dengan ilmu
serta kemahiran yang cukup. Proses menyediakan pensyarah yang terlatih di dalam
penggunaan e-pembelajaran ini pastinya terdapat kekangan dan halangan yang harus diatasi
bagi meningkatkan mutu P&P.

1.1 Pernyataan Masalah


Walaupun perkembangan penggunaan teknologi pendidikan di Malaysia selama lebih kurang
sepuluh tahun ini boleh dikatakan agak pantas, namun terdapat beberapa isu dan masalah
yang perlu difikirkan bersama. Pelbagai usaha akan digunakan bagi meningkatkan
penggunaan sistem e-pembelajaran di kalangan pensyarah.
Menurut Norasikin et,al (2006), bagi individu yang tidak didedahkan dengan teknologi epembelajaran, mereka mungkin merasa takut untuk mempelajarinya. Pendedahan yang
meluas dalam bentuk latihan harus diberikan supaya pensyarah dapat menggunakan sistem
tersebut dalam tugas mereka. Manakala kursus-kursus kemahiran lanjutan hanya
dilaksanakan mengikut permintaan dari jabatan atau unit-unit di Politeknik Mukah Sarawak
(PMU). Oleh itu, kursus berkaitan e-pembelajaran haruslah diadakan dengan lebih kerap dan
berkala bagi memastikan pensyarah-pensyarah mahir dan sentiasa didedahkan dengan
persekitaran e-pembelajaran bagi meningkatkan lagi tahap penggunaannya.
Pembelajaran elektronik merupakan satu usaha pembaharuan dalam proses P&P bagi
menggantikan kaedah konvensional. Walaubagaimanapun, kesediaan untuk menggantikan
kaedah konvensional haruslah dikaji dengan teliti. Menurut Morgan (2001), cabaran yang
harus difikirkan bersama adalah bagaimana untuk mengaplikasikan penggunaan epembelajaran secara optimum di kalangan keadaan dan situasi yang bersesuaian di samping
mengekalkan pembelajaran secara konvensional. Namun begitu, terdapat cabaran-cabaran
dan halangan yang harus dikenal pasti bagi memastikan ia dapat diaplikasikan dengan baik.
Cabaran dan halangan kepada pensyarah-pensyarah dikaji sebagai satu usaha
mengoptimumkan penggunaan sistem e-pembelajaran semasa proses P&P.
Pensyarah merupakan salah satu komponen yang terlibat di dalam proses penggunaan sistem
e-pembelajaran. Menurut Wai Ching Poon (2004), sikap atau karektor pensyarah merupakan
salah satu elemen yang menyumbang kepada keberkesanan sistem e-pembelajaran.
Sehubungan dengan itu, kajian yang akan dijalankan adalah untuk mengenal pasti cabaran
dan halangan di dalam penggunaan sistem e-pembelajaran di kalangan pensyarah.
Kajian yang akan dijalankan adalah untuk mengenalpasti halangan dan kekangan dalam
penggunaan sistem e-pembelajaran di kalangan pensyarah-pensyarah bagi tiga buah Jabatan
Kejuruteraan Politeknik Mukah Sarawak serta mengenalpasti langkah-langkah yang boleh
digunakan bagi mengatasi halangan dan kekangan penggunaan sistem e-pembelajaran semasa
proses P&P dijalankan.
96

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

1.2 Matlamat Kajian


Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kekangan dan halangan serta langkah-langkah yang
boleh digunakan bagi mengatasi masalah penggunaan e-pembelajaran di kalangan pensyarahpensyarah Jabatan Kejuruteraan PMU. Fokus kajian tertumpu kepada dua aspek kerangka
utama iaitu kekangan yang wujud dalam penggunaan e-pembelajaran dan langkah-langkah
yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah tersebut. Kajian akan dijalankan di kalangan
pensyarah-pensyarah di tiga buah Jabatan Kejuruteraan PMU. Fokus kajian tertumpu kepada
kumpulan pensyarah baru dan pensyarah lama bagi mengkaji signifikan secara statistik
terhadap amalan penggunaan e-pembelajaran dalam proses P&P. Perincian objektif kajian
adalah:
i.

ii.

mengenalpasti cabaran dan kekangan yang wujud dalam penggunaan sistem epembelajaran di kalangan pensyarah-pensyarah di tiga buah Jabatan Kejuruteraan
Politeknik Mukah Sarawak (PMU).
mengenalpasti langkah-langkah yang boleh digunakan bagi mengatasi cabaran dan
kekangan dalam penggunaan sistem e-pembelajaran di kalangan pensyarahpensyarah di tiga buah Jabatan Kejuruteraan Politeknik Mukah Sarawak (PMU).

1.3 Kepentingan
Kajian yang akan dijalankan adalah untun mengenalpasti kekangan-kekangan dalam
penggunaan e-pembelajaran di kalangan pensyarah di tiga buah Jabatan Kejuruteraan
Politeknik Mukah Sarawak yang menyebabkan penggunaannya kurang mendapat sambutan
untuk dijadikan sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran atas talian. Kepentingan kajian ini dilihat daripada aspek pihak pentadbiran dan
pensyarah itu sendiri.
Cadangan langkah-langkah bagi mengatasi kekangan terhadap penggunaan sistem epembelajaran di kalangan pensyarah ini diharap dapat menjadikan penggunaan sistem epembelajaran yang lebih efektif dan interaktif selain memaksimumkan penggunaannya. Di
samping itu, pensyarah yang terlibat dapat mengetahui tahap kompentensi mereka dan
kompetensi yang diperlukan untuk menjadi pensyarah yang berkualiti. Di samping itu,
instrument yang dibina juga boleh digunakan untuk membuat penilaian kendiri dan
memotivasikan diri terhadap tahap kompetensi terkini yang mereka miliki.
Dari sudut pihak pentadbiran, dapatan kajian ini boleh digunakan untuk mengukur tahap
keberkesanan penggunaan pembelajaran elektronik di PMU seiring dengan perubahan semasa
yang menjadikan pembelajaran elektronik sebagai komponen teras proses P&P. Kajian ini
diharapkan membantu pihak pentadbiran PMU terutama untuk merangka silibus pembelajran
yang lebih berkesan bagi meningkatkan penggunaan e-pembelajaran di kalangan pensyarahpensyarah PMU.

2.0 SISTEM E-PEMBELAJARAN.


Sistem e-pembelajaran merupakan pembelajaran berasaskan internet. Ia berfungsi untuk
menyediakan pembelajaran melalui komputer. Konsep e-pembelajaran adalah untuk
membuat perubahan ke atas cara mengajar dan belajar. Umum diketahui, sistem e-

97

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

pembelajaran merupakan satu kaedah terkini dalam proses P&P yang terdiri daripada lima
komponen utama.
Menurut Wai Ching Poon (2004), lima komponen atau faktor utama yang saling berkait rapat
di antara satu dengan yang lain yang menjadikan sistem e-pembelajaran lebih berkesan
adalah :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

tingkah laku pelajar,


karektor atau sikap pensyarah,
aplikasi teknologi yang bersikap interaktif,
teknologi atau sistem, dan
institusi.

Menurut Alexander (2001), pengajar atau pensyarah memainkan peranan dalam mengukur
tahap keberkesanan pembelajaran elektronik. Pensyarah harus merancang dan memikirkan
strategi yang paling berkesan untuk meningkatkan tahap kesedaran pelajar tentang
kepentingan pembelajaran elektronik ini. Di samping itu, mereka harus merancang aktiviti
yang berkesan agar matlamat dan objektif P&P tercapai.
Roffe (2002) menyatakan bahawa, komponen-komponen pembelajaran elektronik ini boleh
dihasilkan dalam pelbagai format iaitu satu komuniti pelajar, pakar-pakar di dalam
pembelajaran elektronik dan kaedah penyampaian bahan pengajaran yang digunakan. Oleh
itu, dapat dikatakan bahawa e-pembelajaran mewakili satu cara manusia berkomunikasi dan
belajar secara atas talian sebagai kunci untuk proses pembelajaran yang semakin kompetatif
dalam era ICT kini.
Penilaian terhadap tahap penggunaan pembelajaran elektronik merupakan satu isu yang perlu
dibincangkan bersama. Menurut Shirley (2001) terdapat beberapa persoalan yang perlu
dibincangkan iaitu:
i.

ii.
iii.

Seandainya pembelajaran elektronik tidak dikira sebagai penilaian terhadap


sesuatu matapelajaran, pelajar tidak akan menggunakan bahan tersebut dan
tidak akan melibatkan diri di dalam proses pembelajaran elektronik,
Pelajar turut tidak akan melibatkan diri sekiranya bahan yang disediakan tidak
dikemaskini dan diperbaharui dari semasa ke semasa, dan,
Faktor halangan dalaman iaitu kesedaran diri di kalangan pengguna-pengguna
baru yang tidak berpengalaman.

Menurut Heather (2002), huruf e yang diguna pakai untuk e-pembelajaran bukanlah
merujuk kepada elektronik ataupun elektrik tetapi ianya merujuk kepada entropy, yang boleh
didefinisikan sebagai:
i.

Kemampuan sistem yang digunakan untuk berubah secara spontan. Semasa


proses P&P berlaku, pensyarah atau pelajar yang mengikuti kelas (secara online) mudah untuk melayari laman web yang lain untuk mendapatkan bahan
atau maklumat yang berkaitan dengan apa yang dipelajarinya tanpa perlu
membawa peralatan pembelajaran yang digunakan di tempat lain. Secara
amnya, mereka mudah untuk berubah dari satu laman web ke laman web yang
lain tanpa perlu membayar kos pengangkutan yang maksimum.

98

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

ii.

Penilaian secara rawak dan tidak terikat dengan tertib untuk menggunakan
sistem. Bermaksud, sesiapa sahaja yang mengikuti kelas secara on-line bebas
untuk mengikuti kelas berkenaan di mana sahaja asalkan tempat yang ingin
digunakan itu dilengkapi dengan kemudahan internet.

Ramai pelajar percaya bahawa kaedah pembelajaran yang terbaik berlaku apabila wujudnya
interaksi secara langsung pelajar dengan pensyarah di dalam dewan kuliah. Perkara ini
melibatkan aktiviti kedua-dua pihak iaitu pengajar dengan pelajar itu sendiri. Walau
bagaimanapun, persepsi ini haruslah diubah agar kita tidak ketinggalan dengan arus
perkembangan teknologi yang melanda bidang pendidikan khususnya. Perubahan daripada
kaedah konvensional kepada kaedah baru harus bermula dengan segera. Walau
bagaimanapun, menurut Morgan (2001), interaksi di dalam bilik darjah iaitu interaksi dua
hala juga penting kerana ia merupakan satu elemen yang berharga dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Terdapat waktu di mana penting untuk mengumpulkan para
pelajar di dalam satu kelompok yang sama supaya mereka dapat kenal dan saling bertukartukar pandangan antara satu sama lain. Dengan ini, pembelajaran secara holistik dapat
dipraktikkan dengan berkesan di mana mereka dapat belajar secara terus atau secara
langsung.
Peningkatan dalam penggunaan komputer dan kemahiran ICT boleh menjadi pemangkin
kepada pembentukan persekitaran pembelajaran elektronik atau e-pembelajaran.
Perkembangan yang pesat dan integrasi kepada keperluan tenaga kerja mahir terutamanya di
dalam bidang ICT adalah disebabkan oleh kemajuan di dalam bidang pendidikan. Usaha
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Pendidikan akan menjadi
reality dengan usaha menjadikan sistem e-pembelajaran sebagai sebahagian daripada elemen
kecemerlangan tersebut.

2.1 Kaedah Pembelajaran Menggunakan Sistem e-Pembelajaran


Secara umumnya, kaedah penyampaian (delivery system) menggunakan sistem epembelajaran dapat dibahagikan kepada dua kaedah iaitu komunikasi satu hala dan
komunikasi dua hala (Tafiardi, 2005). Komunikasi atau interaksi antara guru dan murid
memang sebaiknya melalui sistem dua hala. Dalam teknologi e-pembelajaran, ia juga boleh
diklasifikasikan sebagai kominikasi dua arah dengan pentafsiran yang berbeza iaitu:
i.
ii.

Dilaksanakan secara langsung iaitu pensyarah memberi penerangan secara


langsung kepada pelajar mendengarnya secara atas talian.
Dilaksanakan secara tidak langsung seperti menggunakan platform atas talian
seperti sistem Blackboard, Yahoo Group dan sebagainya.

Menurut Tafiardi lagi, terdapat beberapa karekteristik bagi sistem e-pembelajaran iaitu:
i.

ii.
iii.

Menggunakan teknologi atas talian. Pensyarah dengan pelajar, pelajar dengan


pelajar atau pensyarah dengan pensyarah dapat berkomunikasi dengan mudah
tanpa dibatasi halangan atau kekangan.
Memanfaatkan teknologi komputer (multimedia dan rangkaian komputer).
Menggunakan bahan-bahan atau material yang bersifat kendiri (self-learning
material) yang boleh diakses oleh pensyarah dan pelajar pada bila-bila masa.

99

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

iv.

Memanfaatkan sistem e-pembelajaran untuk membangunkan kurikulum,


prestasi kemajuan pelajar serta perkara-perkara yang berkaitan dengan
pengurusan pendidikan.

Sistem e-pembelajaran sememangnya berkait rapat dengan internet. Penggunaan sistem epembelajaran yang optimum dapat mempengaruhi tugas pensyarah dalam proses P&P. pada
zaman dahulu, proses pembelajaran didominasi oleh guru atau pensyarah atau dikenali
sebagai pembelajaran berasaskan guru, kini proses P&P banyak didominasi oleh peranan
guru dan buku (the era of teacher and book) dan pada masa akan datang, proses P&P akan
didoninasi oleh peranan guru, buku dan teknologi (the era of teacher, book and technology).
Selaras dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan, pensyarah seharusnya
menyiapkan diri dengan segala kemahiran ICT agar dapat bersaing seiring dengan
perkembangan teknologi.

2.2 Kebaikan dan Kelemahan Sistem e-Pembelajaran


Penggunaan sistem e-pembelajaran yang efektif dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang menggalakkan pelajar lebih berinovatif dan kreatif. Selain daripada penyediaan bahanbahan nota dan latihan melalui, pensyarah turut dapat menggalakkan pelajar mencari ilmu,
melibatkan diri dalam perbincangan akademik serta menyumbang ilmu dalam dunia siber.
Kaedah ini akan menghasilkan bukan sahaja pelajar yang akan menjadi pekerja berilmu dan
cerdik ICT tetapi juga berdikari dan berani menghadapi sebarang cabaran dalam dunia era
informasi komunikasi kini. Sesi pembelajaran yang tidak mengenal sempadan ini merupakan
pembelajaran yang boleh mendedahkan seseorang kepada lebih banyak pengetahuan. Ia turut
menggalakkan persaingan dalam membentuk individu yang berintelektual tinggi.
Menurut Broadbent (2003), terdapat tujuh kebaikan e-pembelajaran kepada pensyarah.
Berikut disenaraikan kebaikan yang diperolehi kepada pensyarah iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Sistem e-pembelajaran membolehkan pensyarah membangunkan bahan-bahan


menggunakan sumber World Wide Web.
Membenarkan pensyarah untuk menghubungkan maklumat dalam bentuk
yang lebih menarik berbanding dengan berasaskan teks sahaja.
Memudahkan pensyarah untuk mendapatkan maklumat pada bila-bila masa
dan tempat.
Membenarkan pensyarah mempakej maklumat-maklumat yang penting untuk
membolehkan pelajar mendapatkannya.
Menyimpan rekod bagi perbincangan dan membernarkan rujukan semula
melalui penggunaan aliran perbincangan pada papan bulletin.
Menghasilkan lebih banyak kepuasan bagi pelajar melalui kualiti pencapaian
pelajar.
Mengurangkan kos perjalanan dan penginapan yang berkaitan dengan progam
latihan.

Walau bagaimanapun, penggunaan sistem e-pembelajaran tidak terlepas daripada pelbagai


kekurangan dan kelemahan. Antara kekurangannya ialah:
i.

Kurangnya interaksi antara pensyarah dengan pelajar. Kurang interaksi boleh


menyebabkan penyerapan nilai positif yang kurang dalam proses P&P.

100

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Kecenderungan mengabaikan aspek akademik dan sosial sebaliknya


cenderung ke arah aspek perniagaan.
Proses P&P cenderung kepada latihan bukannya pendidikan.
Pelajar yang tidak bermotivasi tinggi cenderung gagal.
Kemudahan infrastruktur internet yang tidak meluas.
Kurangnya tenaga pakar dalam bidang ICT.

2.3 Kesediaan Pensyarah Dalam e-Pembelajaran


Tenaga akademik yang sibuk dengan beban tugas dalam bidang masing-masing sukar
mencari masa untuk mendalami teknolog e-pembelajaran yang sentiasa berubah dengan
pantas. Tambahan pula pengubahsuaian dan rekabentuk semula kandungan silibus yang
diajar untuk disesuakan dengan kaedah baru memerlukan masa, usaha dan komitmen yang
banyak daripada pensyarah. Kaedah pembelajaran secara elektronik biasanya memerlukan
penggunaan teknologi multimedia dan ini memaksa pensyarah menstruktur dan mereka
bentuk semula silibus supaya aspek visual, audio, video dan animasi berkesinambungan dan
dapat menarik perhatian serta kefahaman peljar mengikuti kuliah. Kebanyakan pensyarah
telah selesa dengan kaedah pengajaran yang sedia ada sukar untuk menerima perubahan dan
mempelajari kemahiran penyampaian pengetahuan dalam bentuk yang baru. Faktor ini
berkemungkinan disebabkan oleh teknologi baru tersebut yang asing kepada mereka (Rosmah
et.al,2001).
Kesediaan pensyarah untuk menggunakan sistem e-pembelajaran sebagai sebahagian
daripada proses P&P juga harus disulami dengan kursus dan latihan yang diberikan oleh
institusi. Menurut Norasikin et.al (2006), salah satu objektif latihan ialah mengubah sikap
individu terhadap sesuatu yang dianggap baru. Dalam konteks ini, sistem e-pembelajaran
akan dianggap sebagai sesuatu perkara yang baru. Dengan latihan dan kursus yang diberikan,
secara tidak langsung penggunaan sistem e-pembelajaran akan dianggap sebagai sesuatu
perkara yang baru. Dengan latihan dan kursus yang diberikan, secara tidak langsung
penggunaan sistem e-pembelajaran dapat ditingkatkan hasil latihan yang diberikan.
Pendedahan yang diberikan secara meluas dalam bentuk latihan dan kursus kemahiran dapat
membiasakan pensyarah dengan sistem e-pembelajaran yang disediakan oleh pihak institusi.

2.4 Kekangan Dalam Penggunaan Sistem e-Pembelajaran


Keinginan untuk melakukan perubahan cara mengajar daripada kaedah konvensional kepada
penggunaan e-pembelajaran di kalangan pensyarah dilihat menjadi faktor kepada
perlaksanaan penggunaan e-pembelajaran yang optimum. Sikap untuk melakukan perubahan
dilihat sangat sukar dilaksanakan memandangkan bebanan tugas dan kekangan masa
pensyarah dengan komitmen dan tugas-tugas lain selain daripada proses P&P. Menurut kajian
yang dilakukan di University of Tartu pada tahun 2005, seorang pensyarah seharusnya
memperuntukkan sekurang-kurangnya sembilam jam seminggu untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Manakala bagi setiap jam kuliah, masa bagi membuat persediaan mengajar
adalah sekurang-kurangnya tiga jam. Walau bagaimanapun, terdapat tugas-tugas sampingan
yang mengganggu tugas pensyarah untuk proses pengajaran dan pembelajaran seperti
khidmat masyarakat, tugas-tugas pentadbiran, penyelidikan dan tugas penyeliaan pelajar.
Menurut Beverly (2000), perubahan daripada menggunakan kaedah konvensional iaitu
pengajaran secara bersemuka (face to face) kepada kaedah terkini iaitu pengajaran berasaskan
web atau e-pembelajaran memerlukan komitmen yang tinggi atau cabaran yang besar kepada
101

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

pensyarah. Pendapat ini disokong oleh Rosmah et al. (2001), dengan menyatakan bahawa
kebanyakan tenaga pengajar lebih selesa dengan kaedah pengajaran yang sedia ada dan sukar
untuk menerima perubahan dan mempelajari kemahiran penyampaian pengetahuan dalam
bentuk baru. Ini berkemungkinan disebabkan oleh teknologi baru tersebut adalah asing
kepada mereka.
Tambah menyukarkan lagi keadaan, proses pengubahsuaian dan rekabentuk semula
kandungan silibus dan matapelajaran yang diajar untuk disesuaikan dengan kaedah baru
memerlukan masa, usaha dan komitmen yang banyak daripada pensyarah. Kaedah epembelajaran biasanya memerlukan penggunaan teknologi multimedia dan ini memaksa
pensyarah mereka bentuk dan menstruktur semula silibus atau mata pelajaran yang diajar
supaya aspek visual dan animasi dapat menarik perhatian serta kefahaman pelajar.
Di samping itu, pensyarah juga dilihat kurang diberi latihan dan kursus pendedahan tentang
penggunaan sistem e-pembelajaran bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan teknologi yang pesat memerlukan institusi akademik membuat persediaan dari
segi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran berkaitan dengan perlaksanaan sistem epembelajaran. Tambahan pula, literasi mengenai tele-pendidikan yang menggunakan internet
sangat penting untuk diketahui oleh pensyarah di sesebuah institusi. Memandangkan
pensyarah merupakan komponen terpenting dalam mengaplikasikan sistem e-pembelajaran di
sesebuah institusi, maka wajarlah pensyarah diberi latihan dan pendedahan yang cukup
berkaitan dengan sistem e-pembelajaran.

3.0 RUMUSAN
Penggunaan sistem e-pembelajaran pada masa kini mula berkembang dengan pesat seiring
dengan kemajuan negara. Penggunaannya yang semakin optimum di universiti dan institusi
pengajian tinggi dilihat banyak memberi implikasi positif dalam proses P&P. terpulang
kepada individu itu sendiri dalam menyediakan diri daripada pelbagai aspek bagi memastikan
mereka tidak jauh ketinggalan dengan arus kemajuan dan perkembangan teknologi dalam
bidang pendidikan khususnya. Kesediaan pensyarah untuk menyediakan diri dalam
menggunakan sistem e-pembelajaran dalam proses P&P amatlah diharapkan bagi
memastikan perlaksanaan e-pembelajaran berkesan dan mencapai objektifnya.

4.0 RUJUKAN
A Gunasekaran, Ronald D. Mcneil, Dennis Shaul (2002). : E-Learning: Research and
Applications.Journal of Industrial and Commercial Training, Vol.34.2.
Ahmad Faizal Mohamad (2005). Penggunaan Sistem embelajaran Blackboard dalam
Pengajaran Di Kalangan Pensyarah KUITTHO. Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn: Tesis Sarjana
Annil Aggarwal (2000). Web Based Learning And Teaching Technologies:
Opportunities. London: Idea Group Publishing
Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamaluddin Haji Harun dan Zaidatun Tasir, (2000).
Teknologi Pendidikan: Siri Modul Pembelajaran, Skudai, Johor : Universiti Teknologi
Malaysia.
Beverly Abey (2000). Instructional and Cognitive Impacts Of Web-Based Educational.
London Idea Group Publishing.
102

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Broadbent, B (2003), Championing E-Learning.Dilayari pada 23 August 2006 di World


Wide Web :http://www.e-learninghub.com/articles/learning management system.html
Drs Tafiardi (2005). Meningkatkan Mutu Pendidikan Melalui E-Learning. Universitas
Negeri Jakarta, Jurnal Pendidikan Penabur, No.4 / Th IV.
Gareth Morgan (2001). Thirteen Must ask Questions About e-Learning Products and
Services. Journal of Learning Organization. Vol 8(5). 203-210
Heather Shea-Shultz dan Forgarty (2002). Online Learning Today: Strategies that work.
San Francisco : Bernet-Koehler Publisher, Inc.
Ian Roffe (2002). E-Learning Engagement, Enhancement, and Execution. Journal of
Quality Assurannce in Education. Vol 10 (1). 40-50
Marguerita Mcvay Lynch (2002). The Online Educator: A Guide To Creating The Vitual
Classroom. London and New York: Routledge Falmer.
Mohd Najib Abdul Ghaffar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor
Nik Azis Nik Pa (1999). Potensi Intelek (Edisi 2). Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norizah Taib, Zanariah Mahyun (2002). E-Pembelajaran Dalam Pendidikan Teknikal: Satu
Tinjauan. Jurnal Pendidikan Guru.
Norasikin Fabil, Haslina Hassan, Masitoh Hashim, Ramlah Mailok, Zawawi Ismail, Chia Sen
Chun (2006). Latihan Information Communication Technology (ICT): Sumbangan
dalam Peningkatan Profesionalisme Perguruan. Dilayari pada 28 Januari 2007 di
World Wide Web: http://www.malaysia.net/people/rkho/pdf/morasikinUPSI.pdf
Ranjit Kaur, Siok Chua Lay (2002). Tinjauan Penggunaan Internet Di Kalangan Guru
Pelatih Institusi Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) Ke Arah Pembelajaran Elektronik.
Dilayari pada 13 Januari 2007 di World Wide
Web:http://www.malaysia.net/people/rkho/pdf/ranjit/PDF
Rohana Yusuf (2003). Penyelidikan Sains Sosial. (1st Ed.). Pahang:PTS Publications &
Distributor Sdn Bhd.
Rosmah bt. Mat Isa, Rashidah bt. Arshad, Nor Liza bt. Abdullah, Rohayu bt. Abdul Ghani,
(2001). E-Pembelajaran: Isu dan Cabaran Pelaksanaan Di Malaysia. Selangor,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sabitha Marican (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Prentice Hall.
Shirley Alexander (2001). E-Learning developments and experiences. Journal of Education
and Training, Vol. 43(4/5). 240-248.
Smyth, J. (1987). Educating teachers changing the nature pedagogical knowledge. London
: The Falmer Press.
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1993). Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian . Kuala
Lumpur: Nurin Interprise.
Wai Ching Poon, Kevin Lock-Teng Low, David Gun-Fie Yong (2004). A Study of Web
Based Learning (WBL) Environment in Malaysia. Journal of Educational
Management, Vol.18(6). 347-385.

103

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

BAGAIMANA MENARIK MINAT PELAJAR CEMERLANG MENJADI


PEMBIMBING RAKAN TUTOR BAGI KURSUS PERAKAUNAN AWALAN

Mohd Shah Yunus


Mobil Sahran
Muhammad Nazri Abd Halim
Sharifah Hajiah Wan Man
Jabatan Perdagangan
Politeknik Kuching Sarawak

ABSTRAK
Kertas ini adalah suatu perancangan bertujuan melihat kaedah untuk menarik minat pelajar
cemerlang kursus perakaunan awalan bagi menyertai program rakan tutor anjuran Jabatan
Perdagangan di Polteknik Kuching Sarawak. Kajian ini akan menjadikan pelajar cemerlang
sebagai focus group untuk mengkaji tentang minat mereka menjadi pembimbing dalam
program rakan tutor.

1.0 PENGENALAN.
Perakaunan awalan adalah merupakan satu kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar di
Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak. Ia juga merupakan salah satu kursus teras
dalam sukatan kursus Diploma Akauntansi, Diploma Pengajian Perniagaan, Sijil Pengajian
Perniagaan dan Sijil Penyimpanan Kira. Kursus Perakaunan Awalan wajib diambil pada
semester satu dan mengikut laporan peperiksaan setiap semester ia merupakan salah satu
kursus yang mencatatkan peratusan kegagalan paling tinggi di Jabatan Perdagangan. Masalah
ini berlaku disebabkan kebanyakan pelajar lepasan sekolah yang mendaftar di politeknik
tidak mempunyai asas dalam perakaunan awalan. Kursus perakaunan adalah merupakan
subjek yang penting seperti yang telah ditegaskan oleh Suhaida Abdul Kadir et al. (2006), di
mana pendidikan perakaunan seharusnya diberi tumpuan dan galakan terhadap pelajar supaya
cemerlang dalam aspek perakaunan kerana ia banyak memberi sumbangan kepada
pembangunan ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran perakaunan dianggap
sebagai satu mata pelajaran yang sukar dan hanya pelajar pandai sahaja yang dapat
mengikutinya.
Berikutan daripada ini, Jabatan Perdagangan dengan kerjasama Unit Kaunseling Politeknik
Kuching Sarawak telah memperkenalkan Program Rakan Tutor pada Julai 2006. Tujuan
program ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar untuk memahami dan
mengulangkaji kursus perakaunan awalan. Program ini dijalankan oleh pembimbing yang
secara sukarela menjadi rakan tutor kepada pelajar yang mengambil kursus berkenaan.

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Setelah hampir empat tahun perlaksanaannya, Program Rakan Tutor masih belum berkesan
meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir bagi kursus perakaunan awalan.
Ini kerana kursus yang ditawarkan di IPT sering dikaitkan dengan bebanan kerja yang berat,
104

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

masa pertemuan yang panjang, bahan kursus yang banyak dan kurang pilihan terhadap
kursus. Selain itu, keadaan semulajadi bidang ini yang terlalu teknikal dan mementingkan
format serta prosedur boleh menyebabkan pelajar yang baru mengenal perakaunan berasa
terancam (Rohaila Yusof et al., 2007). Walaubagaimanapun, pelbagai usaha telah dilakukan
bagi memastikan semua pelajar dapat menguasai subjek perakaunan. Antaranya ialah dengan
menubuhkan Program Rakan Tutor. Tetapi malangnya program tersebut tidak berjalan lancar
seperti yang telah dirancang. Antara beberapa sebab yang dapat dikenalpasti adalah pelajar
kurang berminat untuk menjadi peserta dan juga menjadi pembimbing kursus atau rakan tutor
dalam program tersebut. Bilangan penyertaan pelajar menjadi semakin berkurangan pada
setiap semester dan pada sesi Julai 2009, program ini langsung tidak mendapat sambutan
daripada pelajar.

3.0 PERSOALAN KAJIAN


i. Mengapa pelajar cemerlang tidak berminat untuk menjadi pembimbing atau rakan
tutor?
ii. Bagaimanakah untuk menarik minat pelajar cemerlang untuk menjadi
pembimbing rakan tutor?

4.0 KAJIAN LEPAS


Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman. Pengalaman
seseorang hasil daripada pengolahan pemikiran ke atas rangsangan-rangsangan yang diterima
melalui pancainderanya Atan Long (1980) di dalam Yusifa Mohd Yusof (2005). Dengan itu
ia bersesuaian bagaimana pelajar dapat menerima sesuatu pembelajaran tersebut seperti yang
di nyatakan oleh Keefe (1991), iaitu teori-teori pembelajaran ini memperlihatkan bahawa
pembelajaran adalah bersifat kognitif, afektif dan tingkahlaku psikologi yang relatif stabil
sebagai petunjuk bagaimana pelajar melihat, berinteraksi dan bertindak balas kepada suasana
pembelajaran.
Persepsi negatif pelajar terhadap subjek perakaunan telah menyebabkan kegagalan yang besar
dalam subjek tersebut. Keadaan ini telah dibukti oleh Knechel et al. (1994) di dalam Rohaila
Yusof et al. (2007), pelajar dari bidang pengurusan perniagaan mendapati kursus pengantar
perakaunan sebagai kursus yang tidak disenangi dan terpaksa diharungi sebagai kursus wajib.
Kebosanan terhadap proses membaca urusniaga berulang kali, kebosanan terhadap gaya
pengajaran pensyarah dan kekecewaan kerana gagal melihat kepentingan ilmu perakaunan
bagi pelajar bukan pengkhususan perakaunan ditambah pula dengan kursus perakaunan ini
sebagai kursus yang banyak melibatkan format bernombor adalah penyebab utama mengapa
pelajar tidak berminat dengan pendidikan perakaunan dan gagal di dalam peperikasaan.
Selain itu, starategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama digunakan di dalam
pendidikan perakaunan sehinggalah ke hari ini terdiri daripada pengajaran secara kuliah, latih
tubi dan demonstrasi penyelesaian masalah oleh guru serta hanya berpusatkan guru sematamata sangat membosankan dan tidak menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran
tersebut (Beegle & Coffee, 1991; Emore & Cress, 1989 di dalam Suhaida Abd kadir et al.
(2006).

105

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Kelas bimbingan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pencapaian pelajar
dan sesuatu mata pelajaran. Seperti hasil kajian yang diperolehi dari
www.kmpk.matrik.edu.my, menunjukkan bahawa pencapaian pelajar telah menunjukkan
peningkatan yang sangat ketara. Perubahan ini dapat dilihat apabila para pelajar menjadi
lebih bersemangat untuk belajar, lebih berkeyakinan dan mampu menyelesaikan masalah
tindak balas kimia dengan betul. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kelas bimbingan
kimia dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam mekanisma tindak balas kimia.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian yang akan dilaksanakan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada pelajar
cemerlang mengenai maklumbalas mereka terhadap Program Rakan Tutor. Kajian ini juga
bertujuan untuk mencari bentuk ganjaran atau kemudahan yang diberikan kepada pelajar
cemerlang dan samada ia dapat menarik minat mereka untuk menjadi pembimbing atau rakan
tutor tersebut.
Antara objektif kajian ini adalah:
i. Mengenal pasti punca pelajar cemerlang tidak mahu terlibat dengan Program
Rakan Tutor.
ii. Mengenal pasti kaedah untuk menarik minat pelajar cemerlang agar menyertai
Program Rakan Tutor.
iii. Menambah baik aktiviti program rakan tutor yang sedia ada.

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN


6.1 Kepada pembimbing atau rakan tutor.
i. Memberikan kesedaran kepada pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang
untuk berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar yang mengambil kursus perakaunan
awalan.
ii. Memupuk semangat saling bantu-membantu sesama rakan dan membantu rakanrakan untuk memahami dengan lebih lanjut tentang apa yang telah mereka pelajari
sewaktu kuliah.

6.2 Kepada pihak jabatan


i. Memberikan maklumat kepada Unit Kaunseling dan pihak jabatan tentang bertapa
pentingnya peranan pembimbing atau rakan tutor dalam menjayakan program
rakan tutor.
ii. Memberikan cadangan kepada pihak jabatan agar memberikan sedikit ganjaran
untuk menghargai jasa yang dimainkan oleh pembimbing atau rakan tutor.
iii. Memberikan maklumat atau cara untuk menarik minat pelajar terhadap program
rakan tutor.

106

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

6.4 Kepada Politeknik


i. Memberikan gambaran tentang pentingnya langkah-langkah dan cara untuk
meningkatkan lagi keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
ii. Agar Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) mengambil
kira tentang perlunya diadakan kursus, bengkel dan latihan dalaman secara
intensif untuk guru-guru pemulihan bagi menyediakan kemahiran dan
pengetahuan dalam menyedia, mengendalikan serta menggunakan bahan bantu
mengajar dalam setiap aktiviti pembacaan dalam kelas pemulihan.

7.0 METODOLOGI KAJIAN


7.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini adalah kajian tindakan yang bertujuan menarik minat pelajar cemerlang untuk
menjadi menjadi pembimbing atau rakan tutor. Selain itu ia bertujuan untuk melaporkan
sebarang makluman yang diperolehi daripada soal selidik yang ditujukan kepada 82 orang
pelajar senior yang cemerlang dalam kursus perakaunan di Jabatan Perdagangan, Politeknik
Kuching Sarawak.
Sebarang maklumbalas daripada pelajar cemerlang mengenai program ini sangat penting
dalam meneruskan program rakan tutor ini.

7.2 Peserta
Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam
kursus Perakaunan Awalan. Mereka dipilih berdasarkan kepada keputusan peperiksaan
mereka bagi kursus Perakaunan Awalan yang pernah diduduki oleh mereka. Rekod atau data
pelajar berkenaan diambil daripada Unit Peperiksaan, Politeknik Kuching Sarawak.

7.3 Instrumen Kajian


Instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu melalui ceramah motivasi dan borang soal
selidik. Ceramah motivasi sangat berkesan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya
menjadi pembimbing atau rakan tutor serta menarik minat mereka untuk menyertai program
tersebut. Borang soal selidik adalah lebih sesuai digunakan untuk mendapatkan data yang
lebih tepat, di samping itu juga pelajar dapat menjawab soalan dalam keadaan yang tenang
tanpa adanya unsur-unsur tekanan. Ianya juga sesuai digunakan kerana ia ia membolehkan
pelajar berfikir sejenak sebelum menjawab soalan.

7.4 Analisis Data


Semua borang soal selidik akan diproses menggunakan sistem komputer SPSS dan akan
dianalisa dalam bentuk jadual dan peratusan. Hasil dapatan akan dibincangkan dan akan
dikemukakan kepada jabatan beserta dengan cadangan-cadangan yang difikirkan sesuai.

107

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

8.0 RUMUSAN
Berdasarkan dapatan daripada ke tiga-tiga objektif di atas rumusan akan dibuat setelah datadata yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah-kaedah yang disebutkan diatas. Apa
yang perlu dibincangkan di dalam kajian ini adalah usaha-usaha untuk menambahbaik
program rakan tutor ini setelah mengenalpasti punca-punca keengganan pelajar cemerlang
untuk terlibat sama di dalam program ini. Segala cadangan akan diambilkira dan diajukan
kepada pihak atasan bagi memastikan program ini terus berjalan dengan lancar di masa-masa
akan datang.

9.0 RUJUKAN
Laman web http://www.sabah.edu.my
Norhani Bakri, Noor Zainab Abd. Razak, Hamidah Ab. Rahman (K) & Aminah Hj Ahmad
Khalid, Punca Prestasi Pembelajaran Yang Lemah Di Kalangan Pelajar Fakulti
Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia, Jurnal Teknologi, 43(E) Dis. 2005:
2944 Universiti Teknologi Malaysia Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
Rohaila Yusof, Faridah Karim & Norasmah Othman, Kesan Strategi Pembelajaran
Pengalaman Terhadap Pembangunan Kompetensi: Perspektif Pendidikan Perakaunan,
Jurnal Teknologi, 46(E) Jun 2007: 1.26 Universiti Teknologi Malaysia
Suhaida Abdul Kadir, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Noran Fauziah Yaakub, Habibah Elias
Rohani, Ahmad Tarmizi, Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 37, Kesan
Strategi Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi Pelajar Dalampendidikan
Perakaunan, Universiti Putra Malaysia.
Unit Peperiksaan, Politeknik Kuching Sarawak
Yufiza Mohd Yusof, (2005) Gaya Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan Pencapaian
Pelajar Perakaunan Kolej Matrikulasi Perak.

108

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

SECOND LANGUAGE WRITING ANXIETY

Catherine Nguoi Chui Lam


General Studies Department
Mukah Polytechnic of Sarawak

ABSTRACT
More often than not, people overlook the impact of inherent apprehension of the writers in
approaching a writing task due to the complex nature of the writing process. However, the
abundance of studies on writing recently has suggested writing anxiety as one of the
influential affective filters in the writing process. Thus, in view of the heavy emphasis of
writing element in English modules, this study has been initiated, with the aim to explore the
construct from three different aspects, i.e the level of writing anxiety, factors leading to
writing anxiety as well as the difficulties faced by students when approaching a writing task
in the hope that the findings from this study would help the students to overcome their fears
in writing and ultimately promote language learning in the formal educational setting.

1.0 BACKGROUND OF THE STUDY


Second language acquisition has been widely explored in the last few decades, resulting in a
difficulty to tease out a definite factor contributing to the difficulties in learning the target
language. A shift of the recent research focus from educators to learners however unearthed
the significance of affective variables in the learning process. Out of which, anxiety had been
identified as one of the promising factors which would impede the process of language
learning and thus impact on the academic achievement.
Academic writing has long posed a threat to the learners in the academic field. Nonetheless,
writing is increasingly gaining its prominence especially at the tertiary level of education due
to the social needs that it is expected to satisfy. Therefore, in view of the growing importance
of technical writing in polytechnic, educators could not afford even the slightest means of
negligence on this matter. The accumulated evidence on writing anxiety has eventually
stimulated my interest to do a study on this topic.
Putting aside the command of the language, writing is in reality a very complex process due
to the nature of the productive skills involved. Writing could be described as an attempt to
translate ones thoughts into words as the output. A piece of writing is thus more often than
not, the end-result of ones cognition and as a less rewarding activity; writing is heavily
dependent on learners factors. Therefore, the significance of affective filters cannot be
overlooked in exploring the writing process.
A review on the literature thus discovered that a lot of research has been conducted on
writing anxiety, one of the affective variables identified to have an impact on the writing
process (Daly, Vangelisti, & Witte, 1988, as in Daisey, 2009). As such, this study is
interested to explore how this particular affective variable would affect the writing process of
the learners so as to come out with any possible solution to rectify the situation. Thus, it is

109

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

deemed that this study would have a potential implication on the English teaching and
learning process in the future.

1.1 Research Questions


i. What is the level of writing anxiety of the target group?
ii. What are the difficulties faced by the target group when they are doing the writing
tasks?
iii. What are the factors generating the writing anxiety of the target group?

1.2 Definition of terms


The terms related to this study are defined as follows:

i. Second language learning


In the context of this study, second language learning refers to the learning of
English, whereby this language is predominantly described as the second language
in this society though in reality, English is not necessarily the second language of
the community. As for the target group of this study, English is never their second
language either. This multilingual community has English as their third or even
the fourth language.

ii. Writing anxiety


Writing anxiety is defined as a fear of the writing process that outweighs the
projected gain from the ability to write (Thompson, 1980, p.121, as in Kurt &
Atay, 2007). In other words, it is a construct that characterizes if a person will
undertake or shun writing (Daly, Vangelisti, & Witte, 1988, as in Daisey, 2009).
Writing anxiety is thus considered as an influential affective filter which would
forbid a person from approaching the writing task if it amounts to a certain level.
The level of writing anxiety would thus determine whether a person would
ultimately undertake the writing task or avoid themselves from being involved in
the process. The latter normally has a discouraged experience when it comes to
writing task which ultimately leads him to despise writing. Writing anxiety and
writing apprehension may be used interchangeably because there is no clear-cut
differentiation in their definitions.

2.0 LITERATURE REVIEW


2.1 Second Language Learning
Second language learning is affected by a number of interrelated factors, such as the nature of
linguistic input, learners factors and situational factors. A good understanding of the learners
would thus help the educators to tailor the linguistic input according to the needs of the
learners so as to enhance the effectiveness of a learning process. In exploring the learners
factors in relation to second language learning, learners age, aptitude, motivation,
personality, cognitive styles as well as the affective variables come into the existence. These
factors would ultimately determine the extent to which a learner can excel in the second
110

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

language learning. Since the focus of this study is on affective variables, this topic would be
further discussed in the next paragraph.

2.1.1 Affective variables


According to Krashen and Terrell (1987), second language acquisition is affected by affective
filters, i.e writers emotional state and attitudes towards the writing task (as in Richards &
Rodgers, 2001). Three main affective variables have been identified, namely learners
motivation, their self confidence and anxiety. Learners with a low affective filter tend to
excel in second language acquisition while those with a high affective filter appear to be
lagging behind of the former group. Thus, in order to help the learners with a high affective
filter as to acquire the target language successfully, learning activities should be designed in a
way that could reduce the level of their affective filter.

2.2 Language anxiety


Second language learning and language anxiety have long been researched by the researchers
in the field (MacIntyre, & Gardner, 1991, as in Kondo, 2006). Several studies conducted by
MacIntyre and Gardner (1991) revealed a high correlation between the two variables (as in
Kondo, 2006), suggesting language anxiety as one of the predictors of ones success in the
language learning. However, Kondos findings on the relationship between language anxiety
and proficiency suggested a new angle to the phenomenon whereby speaking anxiety has
been revealed as a poor indicator of the proficiency. That is, speakers with high proficiency
level do not necessarily suffer from an insignificant level of speaking anxiety. Thus,
educators should not overlook the impact of language anxiety on students with high language
proficiency as well.
According to MacIntyre, & Gardner (1991), there are generally two types of anxiety, namely
trait anxiety and situation-specific anxiety. Trait anxiety refers to the establishment of
anxious feeling in any situation whereby the latter would only be experienced at a given
context, i.e at a particular time and situation. Communication apprehension, test of anxiety
and fear of negative evaluation are three categories summing up the concept of language
anxiety (Horwitz, et al., 1986, as in Kondo, 2006).

2.2.1 Factors generating writing anxiety


A review on the studies done on writing anxiety discovered that some of the findings
contradict one another, with a variety of factors claimed to be the main factors leading to
writing anxiety. Generally, these factors could be divided into three main categories, i.e
learners-related factors, instructor-related factors and task-related factors.
Learners-related factors differ across individuals, due to the fact that as a unique entity on its
own right, each individual approaches writing task in a different way and would thus has a
different writing experience. The findings from the study conducted by Nor Shidrah Mat
Daud, Nuraihan Mat Daud & Noor Lide Abu Kassim (2003) revealed that low level of
language proficiency is a crucial factor affecting the writing process. It further claimed that
poor performance was the cause for writing anxiety and not vice-versa. In other words,
writing anxiety is stemmed from the low level of learners language proficiency. Thus, it is
suggested that learners with low level of language proficiency would be very much affected

111

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

by writing anxiety in the writing process as compared to those who excel in the language
study.
On the other hand, Madigan, Linton, and Johnston (1996) suggested that writers negative
self-talk as partly responsible for writing anxiety rather than his or her writing ability (as in
Daisey, 2009). Contradictorily, writers language proficiency is not considered as an
influential factor in this context. To conclude, regardless of the language proficiency, writers
with high language proficiency level would also be affected by writing anxiety in the process
of writing if they have a relatively low level of self-confidence.
Besides, learners past writing experiences has also been identified as one of the main factors
generating anxiety among the learners with high level of writing anxiety (Atay & Kurt,
2006). On the other hand, Clark (2003) suggested that students negative perception towards
writing and their lack of confidence in writing as potential factors leading to learner anxiety
in writing.
Instructor-related factor has also been identified as one of the main factors contributing to
learners writing anxiety. For example, a result-oriented instructor who puts a heavy
emphasis on the evaluation and grades of the writing task would end up increasing the level
of writing anxiety of the learners indirectly. (ibid).
Task-related factors, such as time limit, physical setting, and the writing topic itself are also
suggested to be the potential factors leading to writing anxiety (ibid). Findings from the study
conducted by Atay & Kurt (2006) revealed that learners with low level of writing anxiety
tend to be affected primarily by task-related factors, i.e time limit and exams as compared to
those with high level of writing anxiety. The latter would be mostly affected by learnersrelated factors and instructors-related factors.

2.2.2 Ways to overcome writing anxiety


Daisey (2009) conducted a study to explore ways to reduce the writing apprehension faced by
Secondary Preservice Teachers across different subject areas. The introduction of how-to
book in order to serve the purpose has been proven a success when the book has effectively
sparked off the interest lying deep inside the writers and enhanced learners retention on the
knowledge imparted.
The study further validated the claim that activities promoting learners autonomy would
enhance the learning process. When the learners are given more freedom and decisionmaking power, as in practicing their own choice and creativity in the writing tasks, their
writing anxiety can be substantially decreased. This information is tremendously helpful for
the educators to design writing task in the future.
Three methods of writing a how-to book are suggested by Daisey (2009). First, the task
involved must tell the readers how not to do something, in a humorous way. Since the focus
here is not on the content, the learners worry to deliver wrong message is thus relinquished.
The second method involves assigning roles to the readers whereby the writers have the total
control over a particular role in a writing task and thus are expected to lead the readers into
taking up a role. The third method exploits gap-filling activities to generate as many talks as
possible among the learners so that they have more ideas to craft a piece of writing which in
return, building up their confidence in translating their thoughts into words on the paper.
112

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

3.0 METHODOLOGY
3.1 Research Design
An action research is chosen as the research design of this study because the idea to initiate
this study is sparked off by the events evolving around the researcher. This study is designed
as such to solve the problem that the researcher encountered as an English Lecturer at a
polytechnic whereby the challenges to teach the group of Integrasi students were readily lied
ahead this semester. The problem is further intensified by the heavy emphasis of curriculum
on writing element in the specific module. Thus, this study aims to look into the problem and
most importantly, it is hoped that this study would result in any practical outcome as to solve
the problem identified.

3.2 Participants
A total of 69 students will participate in this study. They were all fifth semester Diploma
students taking engineering courses, i.e Civil Engineering and Electrical Engineering in
Mukah Polytechnic. This group of students is currently holding Certificate qualification and
they wish to extend their studies in order to get a Diploma. As compared to other fifth
semester Diploma students, this group of students is far lagging behind in terms of their
performance in the target language.
They belong to the age group of 20-25, with at least 10 years of formal English learning
experience in schools before they further their studies at tertiary level of institution. None of
them is an English native speaker and most of them dont learn English as their second
language. English only comes into their list as the third or fourth language. None of them has
English as their home language and English-speaking instances are generally scarce among
them.
Fifth semester students are chosen as the target group of the study in view of the significant
emphasis of the writing element in the module taken by these students this semester, i.e
A4003 English for Technical Purposes 4. Objectives outlined in the syllabus are formulated
around writing and presenting information in graphs and charts as well as the four types of
technical reports, i.e Incident Report, Investigative Report, Progress Report and Field Report.
Thus, this study intends to explore the difficulties that the students face when it comes to
writing in the target language and the potential factors leading to the problem in the hope that
a list of activities could be devised based on the needs of the target group.

3.3 Research Instrument


Two instruments would be used to collect data in this study, i.e the structured type of
questionnaire adapted from Second Language Writing Anxiety Inventory (SLWAI) (Cheng,
2004, as in Atay & Kurt, 2006) and an open-ended questionnaire.
Second Language Writing Anxiety Inventory (SLWAI) is chosen because of the suitability of
the questionnaire for the target group in this study since it is developed with reference to the
L2 writing anxiety. Taking into account the English proficiency level of the target group, an
English/BM bilingual questionnaire would be used so as to increase the validity of the study.
The questions in the questionnaire are carefully translated into BM so as not to misrepresent
the meanings intended by the developer.
113

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

3.4 Data collection procedures


Data from this study would be collected through Second Language Writing Anxiety
Inventory (SLWAI) questionnaire and the data would then be validated by means of
triangulation through an open-ended questionnaire, which is devised to provide a deeper
insight into the research topic explored. A questionnaire consisting 22 structured items and a
set of open-ended questions would be distributed to the target group. The open-ended
questions were adapted from Atay and Kurt (2006). To be specific, the respondents were
asked to (1) describe the difficulties they faced when attending to writing task (2) specify the
situation and people causing the anxiety in their setting (3) explain how they overcome the
anxiety, if there is any.

3.5 Data Analysis


Quantitative and qualitative strategies are employed in analyzing the data collected from this
study. The first part of the data analysis would focus on finding out the level of writing
anxiety of the target group (first objective of this study). Information gathered from SLWAI
questionnaire is analyzed by summing the ratings of the respondents. Responses from
negative statements would then be reversed so that the score depicts the actual level of the
writing anxiety of the target group. The score correlates with the level of writing anxiety
whereby a higher score denotes a higher level of writing anxiety and vice-versa. The second
part of the data analysis would focus on answering the second and the third objectives of this
study, i.e identifying the difficulties and factors leading to writing anxiety of the target group.
Data collected from the open-ended questionnaire would be analyzed by means of pattern
coding (Miles & Huberman, 1994, as in Atay & Kurt, 2006) and tabulated for the purpose of
analysis.

4.0 SUMMARY
This study is conducted to look into the writing behaviour of the students, specifically their
writing anxiety. Specific objectives are formulated to explore how does this particular
affective variable affect students writing behaviour. Second Language Writing Anxiety
Inventory (SLWAI) questionnaire and an open-ended questionnaire adopted from Cheng,
2004 (as in Atay & Kurt, 2006) are used to collect data in this study. The respondents of this
study consist of 127 polytechnic undergraduates who are currently taking Certificate Courses
in PMU. The findings of this study would offer insights into factors contributing to writing
anxiety and for practical significance, the results of this study are deemed helpful for the
educator to effectively tailor the teaching materials and design the learning activities
according to the needs of the students so as to help them to overcome their fears in writing.
Thus, the findings of this study would shed some light on ways to reduce the level of writing
anxiety of the students as low level of writing anxiety is, more often than not, a catalyst to
enhance the language teaching and learning in the formal educational setting. To conclude,
this study is deemed to have highly significant implications on language teaching and
learning in general. Further research could be carried out to look into how the teaching
materials and learning activities can be designed as such to reduce the level of writing anxiety
of the students and to provide a more comprehensive wrap-up of the present topic.

114

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

5.0 REFERENCES
Atay, D., & Kurt, G. (2006). Asian EFL Journal: Prospective teachers and L2 writing anxiety.
8
(4).
Retrieved
August
26,
2009
from
http://www.asian-efljournal.com/Dec_06_da&gk.php
Clark, D. C. (2003). Explorations into writing anxiety: helping students their fears and focus
on
learning.
Retrieved
August
25,
2009
from
http://zircon.mcli.dist.maricopa.edu/mlx/warehouse/01401-01500/01411/clark_rpt.pdf
Daisey, P. (2009). The Benefit of Authoring How-to Books to Reduce the Writing of
Secondary Preservice
Teachers. Retrieved August 28, 2009 from
http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000019b/8
0/44/8e/97.pdf
Kondo, Y. (2006). A study on relationship between language anxiety and proficiency: In a
case of Japanese learners of English. Retrieved August 27, 2009 from
http://www.paaljapan.org/resources/proceedings/PAAL10/pdfs/kondo.pdf
Kurt, G., & Atay, D. (2007). The effects of peer feedback on the writing anxiety of
prospective Turkish teachers of EFL. Journal of Theory and Practice in Education,
3(1).
Retrieved
August
25,
2009
from
http://eku.comu.edu.tr/index/3/1/gkurt_datay.pdf
Nor Shidrah Mat Daud, Nuraihan Mat Daud, & Noor Lide Abu Kassim (2003). Second
language writing anxiety: cause or effect. Retrieved August 26, 2009 from
http://www.melta.org.my/Doc/second_lang_writing_anxiety.pdf
Richards, J.C., & Rodgers, T. S. (2001). Approaches and methods in language teaching:
CUP.

115

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

PENCAPAIAN SPM DAN PERSEPSI ARAS KESUKARAN TOPIK


TERHADAP PENCAPAIAN P1105 PERAKAUNAN AWALAN
DI JABATAN PERDAGANGAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
SESI JULAI 2009

Mohd Shah Yunus


Ermizam Edni
Muhammad Nazri Abdul Halim
Arfieen Mokhtar
Jabatan Perdagangan
Politeknik Kuching Sarawak
Jong Lai Fook
Unit Peperiksaan
Politeknik Kuching Sarawak

ABSTRAK
Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang akan dilakukan terhadap pelajar-pelajar Semester
I, sesi Julai 2009 bagi mengetahui pencapaian mereka dalam P1105 Perakaunan Awalan
berbanding dengan pencapaian mereka dalam Prinsip Akaun semasa Sijil Pelajaran Malaysia.
Lanjutan, tahap kesukaran P1105 Perakaunan Awalan, jenis jurusan dan jantina. Lanjutan
daripada itu juga kajian ini juga cuba mendapatkan persepsi tahap kesukaran bagi kesepuluh
topik dalam P1105 Perakaunan Awalan berdasarkan jenis jurusan dan jantina. Kajian akan
dijalankan terhadap semua pelajar semester satu sesi Julai 2009.

1.0 PENGENALAN
Perakaunan Awalan adalah merupakan satu kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar di
Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak. P1105 Perakaunan Awalan
memperkenalkan prinsip-prinsip asas perakaunan kewangan kepada pelajar semester 1
Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan, Siji Penyimpanan Kira dan Sijil
Pengajian Perniagaan. Di sini pelajar akan belajar cara-cara merekodkan transaksi awal
menggunakan dokumen-dokumen asas sehinggalah membuat akaun penamat seperti
Imbangan Duga, Penyata Untung rugi dan Kunci Kira-Kira. Matlamat pendidikan P1105 ini
adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang
mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan
masalah yang belum pernah mereka temui.

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Pada sesi Julai 2009 terdapat seramai 212 orang pelajar yang mendaftar di Jabatan
Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak dimana jumlah pelajar Diploma Akauntansi ialah
71 orang, Diploma Pengajian Perniagaan 69 orang, Sijil Penyimpanan Kira 32 orang, dan
Sijil Pengajian Perniagaan 40 orang. Pencapaian pelajar dalam P1105 Perakaunan Awalan
pada sesi tersebut ialah 69 orang (A/A-), 58 orang (B+/B/B-), 62 orang(C+/C/C-), 23 orang
116

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

gagal (rujuk lampiran: Jadual 1). Berdasarkan statistik tersebut, pencapaian P1105
Perakaunan Awalan pada sesi Julai 2009 kurang memuaskan dan berbagai andaian
berhubung dengan perkara tersebut diperkatakan. Tinjauan pendapat beberapa orang
pensyarah menyatakan, konsep asas dan sikap pelajar terhadap subjek Prinsip adalah punca
kepada pencapaian yang kurang memuaskan. Pencapaian pelajar dalam Prinsip Akaun
diperingkat SPM dianggap oleh pensyarah sebagai pengukur kepada pencapaian Perakaunan
Awalan di peringkat Politeknik. Mereka menyatakan fenomena ini bukan sahaja berlaku pada
tahun tersebut tetapi juga berlaku tahun sebelumnya. Tinjauan pendapat pelajar secara rawak
pula menyatakan P1105 Perakaunan Awalan adalah susah. Oleh itu, pandangan pensyarah
dan pandangan pelajar telah digunakan oleh penyelidik sebagai asas terhadap kajian ini.
Kajian ini akan cuba untuk mengenalpasti adakah pencapaian P1105 Perakaunan Awalan
mempunyai hubungan dengan beberapa subjek tertentu seperti pencapaian Prinsip Akaun,
Matematik Tambahan, Matematik Moden dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM dan lanjutan
daripada itu juga kajian ini akan cuba mengenalpasti persepsi pelajar terhadap tahap
kesukaran bagi setiap topik dalam subjek P1105 Perakaunan Awalan yang rata-rata
sebahagian besar pelajar menyatakan susah.

3.0 PERSOALAN KAJIAN


Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:
i. Adakah pencapaian Prinsip Akaun di peringkat SPM mempunyai hubungan
dengan pencapaian P1105 Perakaunan Awalan di Politeknik.
ii. Adakah persepsi tahap kesukaran setiap topik dalam P1105 Perakaunan Awalan
itu berbeza berdasarkan pencapaian P1105 Perakaunan Awalan di Politeknik.
iii. Adakah wujud perbezaan pencapaian P1105 Perakaunan Awalan berdasarkan
jenis jurusan dan jantina.
iv. Lanjutan daripada itu juga, adakah persepsi aras kesukaran setiap topik dalam
P1105 Perakaunan Awalan itu berbeza berdasarkan jenis jurusan dan jantina.

4.0 KAJIAN LEPAS


Perakaunan telah hidup ribuan tahun dahulu yang mana sistem perakaunan yang pertama
telah dikesan di Timur Tengah lebih kurang 7,000 tahun dahulu (Wikipedia). Dewasa ini
perakaunan terus mengorak langkah apabila teknologi komputer memainkan peranan penting
dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu perakaunan adalah nadi kepada setiap
organisasi yang mana walaupun ianya bukanlah satu jabatan yang menghasilkan pengeluaran
secara hakiki tetapi adalah penyumbang utama kepada hala tuju sesebuah syarikat adakah ia
mampu untuk terus mengharungi cabaran demi cabaran dalam arus globalisasi. Maka setiap
individu daripada peringkat kanak-kanak hingga dewasa haruslah memperlengkapkan diri
dengan perkembangan perakaunan. Namun begitu masih terdapat berbagai faktor yang telah
dikenalpasti oleh penyelidik-penyelidik terdahulu yang menjadi penentu dan penghalang
terhadap pencapaian P1105 Perakaunan Awalan bagi setiap umur.
Kajian-kajian terdahulu mendapati faktor jantina, pengetahuan asas, sikap, faktor keluarga,
guru, atribut pelajar dan kemudahan prasarana adalah penentu kepada pencapaian Matematik
pelajar (Fennema 1977; Shadbolt 1976; Anneke, Adelene dan Karel 2001). Dalam kajian ini
hanya bebrapa faktor sahaja yang ingin diterokai oleh penyelidik untuk dikenalpasti
117

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan iaitu faktor jantina, jenis jurusan,
pencapaian SPM dan persepsi tahap kesukaran Matematik.
Menurut Pruett (1994) mendapati bahawa jantina mempunyai impak terhadap pencapaian
Matematik iaitu pelajar perempuan memperolehi pencapaian yang lebih rendah berbanding
pelajar lelaki. Amin (1996) mendapati tiada perbezaan antara pencapaian pelajar lelaki dan
perempuan dalam Matematik. Oleh itu faktor jantina adalah tidak konsisten terhadap
pencapaian Matematik.
Azmi (1991) mendapati bahawa pelajar aliran sastera lemah dalam matematik. Dapatan ini
disokong oleh Foo Siet Chooi(1998) yang mendapati bahawa kelemahan pelajar aliran sastera
dalam matematik disebabkan oleh sikap negatif mereka terhadap subjek tersebut dan
menganggap subjek matematik sesuai untuk pelajar aliran sains. Beliau juga mendapati
bahawa kemahiran dan pengetahuan asas juga penting dalam matematik.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini ialah:
i. mengenalpasti hubungan antara pencapaian Prinsip Akaun di peringkat SPM
dengan pencapaian P1105 Perakaunan Awalan di peringkat Politeknik.
ii. mengkaji hubungan pencapaian P1105 Perakaunan Awalan dengan persepsi
pelajar terhadap tahap kesukaran setiap topik dalam P1105 Perakaunan Awalan.
iii. menguji perbezaan jenis jurusan dan jantina dengan tahap pencapaian P1105
Perakaunan Awalan.
iv. mengkaji perbezaan persepsi tahap kesukaran setiap topik dalam P1105
Perakaunan Awalan berdasarkan jenis jurusan dan jantina.

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN


Kepentingan kajian ini ialah:
i. membantu menyediakan maklumat kelayakan minima Prinsip Akaun, Matematik,
Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris yang diperlukan oleh Program di
Jabatan Perdagangan Politeknik;
ii. membantu pihak HEA merangka dasar tahap kesukaran soalan dan penyemakan
kedalaman silibus;
iii. membolehkan pensyarah bersedia dengan keupayaan sedia ada pelajar dalam
pengetahuan Prinsip Akaun;
iv. membantu pensyarah yang terlibat merangka startegi pengajaran yang berkesan;
v. pensyarah lebih memfokuskan terhadap topik-topik yang dianggap sukar oleh
pelajar.

118

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

7.0 METODOLOGI KAJIAN


7.1 Instrumen Kajian
Kajian ini adalah satu kajian deskriptif. Instrumen yang digunakan ialah borang soalselidik.
Borang ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A,B dan C. bahagian A
melibatkan pengumpulan maklumat berhubung dengan faktor demografik dan keputusan
Prinsip Akaun, Matematik Moden, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris di peringkat
SPM dan maklumat pencapaian P1105 Perakaunan Awalan serta tahap kelulusan Bahasa
Inggeris di peringkat SPM.
Bahagian B terdiri dari sepuluh soalan yang berkaitan dengan persepsi tahap kesukaran bagi
setiap topik berkaitan dengan faktor yang menyumbang kepada pencapaian yang baik dan
faktor yang menyebabkan pencapaian yang lemah dalam P1105 Perakaunan Awalan.
Bahagian C terdiri daripada soalan terbuka yang melibatkan pandangan dan cadangan
terhadap kursus P1105 Perakaunan Awalan.

7.2 Persampelan
Pada sesi Julai 2009 terdapat seramai 212 orang pelajar yang mendaftar dimana jumlah
pelajar Diploma Akauntasi ialah 71 orang, Diploma Pengajian Perniagaan 69 orang, Sijil
Penyimpanan Kira 32 orang, Siji Pengajian Perniagaan 40 orang. Cadangan responden ialah
terdiri pelajar dari semester dua setiap program pada semester Januari 2010 yang mana
mereka baru sahaja mengambil kursus P1105 pada semester sebelumnya.

7.3 Analisis Data


Analisis data akan menggunakan SPSS, Anova dan Ujian korelasi. Ujian T dijalankan untuk
menguji perbezaan pencapaian P1105 Perakaunan Awalan dan persepsi tahap kesukaran
topik berdasarkan Jantina. Ujian ANOVA adalah untuk melihat perbezaan persepsi tahap
kesukaran topik dan pencapaian P1105 Perakaunan Awalan berdasarkan jenis jurusan. Bagi
mengukuhkan hubungan pemboleh ubah ini, maka Ujian Korelasi antara pencapaian
Matematik Tambahan, Matematik Moden dan Bahasa Inggeris dan persepsi tahap kesukaran
topik terhadap pencapaian P1105 Perakaunan Awalan dilakukan.

8.0 RUMUSAN
Berdasarkan dapatan daripada keempat-empat objektif di atas rumusan akan dibuat setelah
data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah-kaedah yang disebutkan diatas.
Apa yang menarik untuk dibincangkan ialah adakah benar wujudnya hubungan antara
pencapaian Prinsip Akaun, Matematik Tambahan, Matematik Moden dan Bahasa Inggeris di
peringkat SPM dengan pencapaian P1105 Perakaunan Awalan di peringkat Politeknik?
Sekiranya benar maka sesuatu harus dilakukan demi memastikan kualiti pelajar Politeknik
khususnya Politeknik Kuching Sarawak sentiasa berada pada tahap yang tertinggi dan
mengekalkan Politeknik 5 bintang yang telah kita perolehi baru-baru ini.

119

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

9.0 RUJUKAN
Abdullah bin Othman, Persepsi Pelajar Terhadap Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Pembelajaran Matapelajaran Sains, UUM 2002
Kembek bte Ramlee, Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Matapelajaran Perakaunan
Kewangan di Dalam Tajuk Perkongsian 1Untuk Pelajar Dip;oma Akauntansi
Semester 3 diPoliteknik UngkuOmar, KUITTHO.
Mior Shaharuddin bin Mior Abu Bakar, Hubungan Antara Sikap Terhadap Sains Dan
Pencapaian di Dalam Matapelajaran Sains Di kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan
Empat, UUM 2002
Mohamad Naim Jusoh, Mohd Mahyudin Nordin, Anis Turmidi, Mohd Salleh Ahmad, Kajian
Pencapaian SPM dan Persepsi Aras Kesukaran Topik Terhadap Pencapaian
Matematik QM016 di Kolej Matrikulasi Perlis. 2006
Noor Azulida bte Ahmad. Hubungkait Antara Pendekatan Pembelajaran dan Pencapaian
Matematik Pelajar Tingkatan Empat di Daerah Sik, Kedah Darul Aman. 2003
Silibus P1105 Perakauanan Awalan, Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Yufiza Mohd Yusof, Gaya Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Pelajar
Perakaunan, Kolej Matrikulasi Perak. 2005

120

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

LAMPIRAN: Jadual 1

Gred
A
AB+
B
BC+
C
Gagal
Jumlah

KEPUTUSAN PENILAIAN BAGI KURSUS P1105 - PERAKAUNAN AWALAN


Sesi Januari 2009
DAT
%
DPM
%
SPK
%
SPP
%
11
36.67
2
6.06
1
4.55
0
4
13.33
1
3.03
0
1
3.23
5
16.67
4
12.12
0
2
6.45
5
16.67
4
12.12
4
18.18
1
3.23
4
13.33
7
21.21
6
27.27
6
19.35
0
3
9.09
1
4.55
3
9.68
1
3.33
10
30.30
7
31.82
13
41.94
0
2
6.06
3
13.64
5
16.13
30
100.00
33
100.00
22
100.00
31
100.00

jumlah
14
6
11
14
23
7
31
10
116

Gred
A
AB+
B
BC+
C
Gagal
Jumlah

KEPUTUSAN PENILAIAN BAGI KURSUS P1105 - PERAKAUNAN AWALAN


Sesi Julai 2009
DAT
%
DPM
%
SPK
%
SPP
%
34
47.89
10
14.49
3
9.38
0
8
11.27
11
15.94
3
9.38
0
6
8.45
9
13.04
3
9.38
0
8
11.27
9
13.04
2
6.25
3
7.50
3
4.23
10
14.49
3
9.38
2
5.00
8
11.27
5
7.25
4
12.50
7
17.50
3
4.23
10
14.49
11
34.38
14
35.00
1
1.41
5
7.25
3
9.38
14
35.00
71
100.00
69
100.00
32
100.00
40
100.00

jumlah
47
22
18
22
18
24
38
23
212

121

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

SIKAP PELAJAR POLITEKNIK MUKAH SARAWAK TERHADAP


KURSUS MATEMATIK KEJURUTERAAN 1

Zamry Ahmad Mokhtar


Reminjus Anding
Jabatan Kejuruteraan Awam
Politeknik Mukah Sarawak
A. Azman Arshad
Nur Ashikin Lakman
Jabatan Matematik, Sains & Komputer
Politeknik Mukah Sarawak

ABSTRAK
Kertas ini bertujuan adalah suatu perancangan kajian untuk mengenal pasti sama ada sikap
pelajar dapat memberi kesan kepada pencapaianya terhadap kursus Matematik Kejuruteraan 1
(B1001). Statistik menunjukkan 61 peratus daripada 244 pelajar Politeknik Mukah Sarawak
(PMU) gagal dalam B1001 bagi sesi Januari 2009. Kajian ini hanya difokuskan kepada
pelajar yang mengambil kursus B1001 di PMU. Kajian tertumpu pada tiga buah jabatan iaitu
Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan
Kejuruteraan Elektrik (JKE). Pemilihan ini adalah berdasarkan penawaran kursus adalah
sama untuk ketiga-tiga jabatan. Instrumen kajian yang akan digunakan ialah Modified
Fennema-Sherman Attitude Scale yang mengandungi 47 item. Terdapat empat indikator yang
akan digunakan iaitu mengukur keyakinan diri pelajar terhadap kursus tersebut, kegunaan isi
kandungan sukatan kursus itu sendiri dalam kehidupan mereka, faktor jantina dan pandangan
pelajar terhadap sikap pensyarah. Berdasarkan kepada kajian ini, dapatan yang dijangka ialah
wujud hubungan di antara sikap pelajar dengan pencapaiannya dalam kursus Matematik
Kejuruteraan 1. Ini adalah kerana, sikap yang positif terhadap sesuatu kursus dapat memberi
rangsangan kepada pelajar dalam memperoleh pencapaian akademik pelajar yang baik.

1.0 PENGENALAN
Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi menuntut kita sebagai pelajar untuk
sentiasa berusaha menambah ilmu supaya tidak tercicir dalam arus zamannya. Dengan
bantuan kerajaan, banyak pusat-pusat pendidikan telah dibuka atau dinaiktaraf untuk
kemudahan pembelajaran rakyat di negara ini. Selain itu pihak kerajaan dan swasta juga telah
menyediakan pelbagai jenis bentuk tabung pinjaman kewangan kepada para pelajar yang
ingin melanjutkan pelajaran mereka ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Persoalannya kenapa
perkara sebegini berlaku?. Jawapannya, pihak kerajaan tahu bahawa asas pembentukan
sesebuah institusi, tamadun atau kerajaan adalah berteraskan ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu,
sesebuah kelompok atau masayarat yang dibentuk tak ubah seperti sebuah tin kosong. Tidak
ada nilainya. Jika tampuk pimpinan dipegang oleh masyarakat seperti ini maka kerajaan akan
mudah ditipu, sentiasa bergantung kepada pihak luar. Lama kelamaan negara akan tergadai.
Sehubungan itu, rakyat sebagai modal insan di negara ini perlu sentiasa menguasai ilmu.
Kini, modal insan yang berkualiti adalah kemestian bukan lagi satu kelebihan. Salah satu
122

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

cabang ilmu yang penting ialah matematik. Matematik merupakan mata pelajaran penting
dalam kurikulum di negara kita. Mata pelajaran ini mula diajarkan dari peringkat tadika
hinggalah diperingkat kolej dan universiti.
Kepentingan matematik dapat dilihat kerana kekuatan dan keutuhan sesuatu tamadun atau
teknologi amat bergantung kepada matematik. Ini kerana melalui matematik penguasaan
teknologi akan dapat dicapai kerana matematik dianggap sebagai teras kepada komponen
teknologi. Melihatkan trend terkini dapat dilihat bahawa masyarakat kita kini amat
memandang negatif terhadap corak pendidikan matematik kerana masih ramai yang
beranggapan bahawa pendidikan matematik merupakan suatu cabang yang sukar. Kita tidak
dapat nafikan bahawa untuk mendalami bidang matematik sememangnya memerlukan
kecerdasan pemikiran yang tinggi dengan disertai dengan sikap yang mendalam terhadap
mata pelajaran tersebut. Tetapi kita juga harus mengakui bahawa ia bukanlah suatu beban jika
dipandang dari sudut positif. Untuk membekal modal insan yang berkualiti ke era ekonomi
global yang berpaksikan pengetahuan ia memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang
mantap dari pelbagai sudut dan kerjasama yang erat daripada semua pihak. Justeru itu, kajian
yang akan dilaksanakan ini akan melihat adakah terdapat hubungan di antara sikap pelajar
dengan pencapainya dalam kursus matematik kejuruteraan.

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Pensyarah di Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) sering dipersoalkan kerana
pencapaian pelajar untuk Matematik Kejuruteraan 1 (B1001) didapati merosot. Statistik
menunjukkan 61 peratus daripada 244 pelajar Politeknik Mukah Sarawak (PMU) gagal dalam
B1001 bagi sesi Januari 2009. Kemerosotan ini dikaitkan dengan sikap pelajar yang tidak
minat atau dengan mengatakan matematik itu susah semasa mempelajarinya. Kajian lepas ada
menyatakan sikap pelajar terhadap kursus matematik mempunyai hubungan dengan
pencapaiannya (Fitt, 1957). Kepercayaan, sikap dan kecekapan diri berkait rapat terhadap
kesan pencapaian akademik (Relich & Way, 1994; Philippou, 1998; Thompson, 1992). Sikap
adalah penting kerana ia berhubung dengan pencapaian matematik pelajar (Frazier-Kouassi,
1999). Kita tidak dapat mengelak untuk tidak menggunakan aplikasi matematik. Jika diteliti
dengan baik, hampir kesemua kehidupan harian kita melibatkan proses matematik
sebagaimana pentingnya ia digunakan sebagai syarat kemasukan ke IPT. Oleh yang
demikian, satu kajian perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca kemerosotan pelajar
terhadap kursus Matematik Kejuruteraan 1.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti sikap pelajar terhadap kursus Matematik
Kejuruteraan 1. Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah:
i. Mengenal pasti sikap pelajar terhadap kursus Matematik Kejuruteraan 1.
ii. Mengenal pasti hubungan di antara sikap pelajar dengan pencapaiannya dalam
kursus Matematik Kejuruteraan 1.

123

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

4.0 PERSOALAN KAJIAN


Berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan, soalan kajian adalah seperti berikut:
i. Apakah sikap pelajar terhadap kursus Matematik Kejuruteraan 1.
ii. Adakah terdapat hubungan di antara sikap pelajar dengan pencapaiannya dalam
kursus Matematik Kejuruteraan 1.

5.0 HIPOTESIS
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap pelajar dengan pencapaiannya.

6.0 SKOP KAJIAN


Kajian ini hanya difokuskan kepada pelajar yang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan
1 (B1001) di PMU. Kajian tertumpu pada tiga buah jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam
(JKA), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE).
Pemilihan ini adalah berdasarkan penawaran kursus adalah sama untuk ketiga-tiga jabatan.

7.0 KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan diantara sikap pelajar dengan pencapaianya
dalam kursus Matematik Kejuruteraan 1 di PMU. Kepentingan kajian ini adalah:
i. Untuk mendapat maklumat dan maklum balas yang berguna kepada pihak
pengurusan JMSK terhadap kekurangan dan permasalahan yang dikenal pasti
supaya
kursus
Matematik
Kejuruteraan 1 dapat diperbaiki serta dapat memenuhi objektifnya.
ii. Untuk mendapat maklumat mengenai sikap pelajar terhadap kursus Matematik
Kejuruteraan 1.
iii. Untuk membantu para pensyarah dalam memupuk minat pelajar supaya mereka
menyedari kepentingan kursus Matematik Kejuruteraan 1 ini.
iv. Untuk dijadikan rujukan kepada pengkaji-pengkaji lain yang ingin melakukan
kajian yang berkaitan dengan kajian ini.

8.0 BATASAN KAJIAN


Batasan kajian ini terhad terhadap pelajar yang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 1
di PMU sahaja. Keesahan maklumat adalah bergantung kepada keikhlasan dan kejujuran
responden dalam memberi jawapan di dalam borang soal selidik.

9.0 KAEDAH KAJIAN


Kajian yang akan dijalankan adalah berbentuk tinjauan secara kuantitatif dengan mengambil
sampel sebanyak 148 orang pelajar JKA, JKE dan JKM. Soal selidik yang dibangunkan
124

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

merujuk kepada insrumen Modified Fennema-Sherman Attitude Scale yang telah


diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Analisis data melibatkan analisis diskriptif bagi
mencari tahap yang berkaitan dan analisis inferensi menggunakan korelasi Pearson bagi
melihat hubungan dua pembolehubah berkenaan.
9.1 Instrumentasi
Instrumen kajian yang akan digunakan ialah Modified Fennema-Sherman Attitude Scale yang
mengandungi 47 item. Item-item tersebut berdasarkan lima skala maklum balas dari A hinga
E, iaitu (A) sangat setuju, (C) tidak pasti dan (E) sangat tidak setuju. Terdapat empat
indikator yang digunakan iaitu mengukur keyakinan diri pelajar terhadap kursus tersebut,
kegunaan isi kandungan sukatan kursus itu sendiri dalam kehidupan mereka, faktor jantina
dan pandangan pelajar terhadap sikap pensyarah.
Bagi setiap satu indikator tersebut mengandungi 12 item, kecuali bagi indikator faktor jantina
mengandungi 11 item. Bagi indikator yang mengandungi 12 item, enam daripadanya adalah
item positif dan enam item lagi adalah item negatif. Manakala, bagi indikator faktor jantina,
enam daripadanya adalah item positif dan lima item lagi adalah item negatif.

10.0 JANGKAAN DAPATAN


Berdasarkan kepada kajian ini, dapatan yang dijangka ialah wujud hubungan di antara sikap
pelajar dengan pencapaiannya dalam kursus Matematik Kejuruteraan 1. Ini adalah kerana,
sikap yang positif terhadap sesuatu kursus dapat memberi rangsangan kepada pelajar dalam
memperoleh pencapaian akademik pelajar yang baik.

11.0 KESIMPULAN
Kajian ini akan memberikan kita maklumat mengenai sikap pelajar Politeknik Mukah
Sarawak terhadap kursus Matematik Kejuruteraan 1. Kajian lepas ada menunjukkan konsep
dan kecekapan kendiri, pendekatan pembelajaran, keyakinan diri terhadap matematik serta
sikap terhadap pendidikan matematik telah menunjukkan bahawa pembolehubahpembolehubah tersebut berhubung rapat dengan pencapaian matematik (Wong, 1995; Drew
& Watkins, 1998). Walaubagaimanapun fokus pengkaji adalah mengenai sikap pelajar
terhadap matematik dan pengkaji menjangkakan wujudnya hubungan di antara sikap pelajar
dengan pencapaiannya dalam kursus Matematik Kejuruteraan 1.

12.0 RUJUKAN
Drew, P. Y., & Watkins, D. (1998). Affective variables, learning approaches and academic
achievement: A causal modelling investigation with Hong Kong tertiary students.
British Journal of Educational Psychology, 68, 173-188.
Fitt, A. B. (1990). An experimental study of children s attitude to school in Auckland, New
Zealand. British Journal of Psychology, 57, him 25-30.
Frazier-Koussi, S. (1999). A psychological study of mathematics attitudes and achievement
among female Ivorian students. Working paper 268, Institute for Social Research,
University of Michigan.
125

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Philippou, G. N.(1998). The effects of a preparatory mathematics program in changing


prospective teachers attitudes towards mathematics. Educational Studies in
Mathematics, 35, 189-206.
Relich, J., Way, J., & Martin, A. (1994). Attitudes to teaching mathematics: Further
development of a measurement instrument. Journal of Educational Psychology, 85(1),
41-48.
Thompson, A. G. (1992). Teacherss beliefs and conceptions: A synthesis of the research. In
D. A. Grouws (Ed.), Handbook of research on Mathematics teaching and learning (pp.
127-146). Reston, VA: Macmillan.
Wong, N. Y. (1995). The relationship between Hong Kong students perception of their
mathematics classroom environment and their approaches of learning: A longitudinal
study. Unpublished doctor of philosophy thesis, University of Hong Kong, Hong
Kong.

126

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

PENDEKATAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM


KURSUS TEKNOLOGI BAHAN 1

Mohd Zahri Jaafar


Verawaty Ismail
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Mukah Sarawak

ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan strategi pengajaran dengan
merangsang gaya pembelajaran pelajar dengan menggunakan Model Gaya Minda
Gregorc (1982). Rencaman pelbagai teknik pengajaran berdasarkan gaya
pembelajaran pelajar diaplikasikan dalam proses P&P kursus Teknologi Bahan 1 ke
atas 30 orang pelajar Sijil Kejuruteraan Mekanikal semester akhir. Sikap peserta
terhadap kursus ini dan strategi P&P juga akan dikenalpasti. Kajian ini mendapati
pengajaran yang terlalu menumpukan kepada gaya pembelajaran pelajar tidak
menjanjikan prestasi pelajar yang baik dalam kursus ini. Beberapa faktor yang
mempengaruhi pencapaian pelajar turut dibincangkan secara ringkas.

1.0 PENGENALAN
Keperluan pembelajaran pelajar bukan perkara baru yang dibincangkan dalam dunia
pendidikan. Di Politeknik Mukah Sarawak (PMU) yang sedang rancak beroperasi
sejak memulakan pengambilan pelajar pada Julai 2005, juga tidak terkecuali dengan
menumpukan aspek kecemerlangan akademik pelajar melalui penetapan sasarannya
sebanyak 80% orang pelajar melepasi tahap lulus.
Pada tahun 2008, Jabatan Pengajian Potiteknik dan Kolej Komuniti telah mewajibkan
penilaian akademik pelajar dilaksanakan dengan menuruti pembahagian 50%
penilaian berterusan (kuiz, tutorial, tugasan, amali dan ujian) dan 50% selebihnya
adalah berdasarkan peperiksaan akhir. Secara khusus, melalui perbualan peribadi
kami dengan beberapa pelajar menyatakan perubahan ini mengundang kerisauan
kepada mereka yang sebelum ini menjadikan amalan dengan memberatkan
kebergantungan markah terhadap penilaian berterusan.
Bagi memenuhi matlamat output yang digariskan oleh PMU, pelbagai aspek yang
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar perlu dilihat dengan kanta mata yang
lebih luas. Beberapa kajian menunjukkan pencapaian pelajar dalam akademik tidak
harus disentuh secara unilateral. Secara tradisional, antara perkara yang
mempengaruhi pencapaian pelajar termasuklah motivasi (Ryan, Mims & Koestner,
1983; Makri-Botsari. 1999), sikap terhadap pembelajaran (Daly, Bell & Korinek,
1987), prestasi institusi pengajian, kecerdasan individu (Rindermann & Neubauer,
2001) dan gaya pembelajaran (Kolb, 1984). Dalam menjulang kemahiran vokasional,
ada juga yang mencadangkan agar strategi koperatif, strategi kurikulum, strategi
pengajaran, sokongan pihak pentadbiran, dan
pembangunan profesionalisme
dimantapkan secara menyeluruh (Ramlee Mustapha et al., 2003).
127

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Walaupun pembangunan akademik pelajar perlu dilihat dalam pelbagai sudut, kami
cenderung untuk melihat secara mikro terhadap gaya pembelajaran pelajar. Pelajar
dikatakan mengalami kesulitan untuk belajar jika tidak mengenali gaya pembelajaran
mereka. Walhal menurut Rodolico (2002), sesiapa yang tidak belajar bagaimana ia
belajar adalah mengundang kegagalan. Lantaran itu pelajar perlu tahu bagaimana cara
mereka belajar. Tambahan pula para pelajar tidak mampu menyesuaikan gaya
pembelajarannya dengan gaya pensyarahan pensyarah secara mendadak (Potter &
Maccaro, 2000).

1.1 Fokus Permasalahan


Sebagai pensyarah kursus Teknologi Bahan (J3022) di PMU, kami selalu mengambil
berat soal penerimaan pembelajaran pelajar dalam proses P&P. Akhir-akhir ini
melalui perbualan dengan beberapa pensyarah yang mengajar kursus yang sama di
politeknik masing-masing, difahamkan bahawa kursus ini adalah kursus tolakmenolak dalam kalangan pensyarah. Apabila ditanyakan lebih lanjut, mereka
katakan bahawa pengajaran kursus ini membosankan kerana banyak bersifat teori.
Sedari itu kami mula merasakan bahawa pelajar kami juga sebenarnya menunjukkan
rasa bosan. Keadaan ini menimbulkan pertanyaan adakah gaya pengajaran kami tidak
serasi dengan gaya pembelajaran pelajar?
Ketidakserasian ini berpotensi untuk membuatkan para pelajar berasa bosan, ponteng
kuliah, melemahkan semangat yang berkaitan dengan kursus, kurikulum dan diri
mereka sendiri, dan lebih parah lagi apabila pelajar berhenti dari pengajiannya.
Pensyarah juga berhadapan dengan pemarkahan pelajar yang rendah, kehadiran yang
kurang, kuliah yang suram dan dalam sesetengah kes pensyarah dibenci pelajar
(Felder & Silverman, 1988; Felder & Henriques, 1995). Tambahan pula, kebanyakan
pengajar tidak merancang pengajaran mereka untuk disesuaikan dengan semua gaya
pembelajaran (Stitt-Gohdes et al., 1999), biarpun banyak kajian terhadap gaya telah
menemui bahawa memadankan gaya pengajaran pengajar dengan gaya pembelajaran
pelajar mempengaruhi prestasi di dalam suasana bilik darjah (Miller, 2005; ms.288).
Bagi mencapai keserasian gaya ini, Potter dan Maccaro (2000) mencadangkan adalah
lebih baik jika para pelajar yang mengadaptasikan gaya pembelajaran kepada gaya
pengajaran pensyarah. Dengan cara ini adalah lebih mudah. Begitupun, banyak
cadangan yang dibangkitkan (seperti Miller, 2005; Wintegest at al., 2001; Sizoo at al.,
2005; Kulinna & Cothran, 2003) supaya pensyarah wajar mempelbagaikan gaya
pengajaran mereka supaya dapat memenuhi kehendak pelajar untuk belajar. Pelajar
akan lebih memahami pelajaran apabila mereka melalui proses manipulasi,
pemerhatian, perbincangan, penggunaan deria atau apa-apa aktiviti yang
memaksimumkan penglibatan mereka di dalam proses pembelajaran.

1.2 Objektif Kajian


Berdasarkan pengalaman kami merasakan para pelajar sedang mengalami situasisituasi yang dibincangkan di atas. Justeru timbul persoalan, adakah teknik pengajaran
kami tidak kongruen dengan gaya pembelajaran pelajar? Oleh demikian kajian
tindakan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk melihat kesan strategi pengajaran
terhadap pencapaian pelajar. Di samping itu objektif sekunder kajian ini antara
lainnya adalah:
128

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

i. mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar


ii. mengenalpasti sikap pelajar terhadap pengajaran pensyarah

2.0 GAYA MINDA GREGORC


Model Gaya Minda Gregorc (1982) banyak digunakan dalam kajian-kajian gaya
pembelajaran (Harasym et al., 1995; Thompson et al., 2002; Fuller et al, 2000). Model
ini menyatakan bahawa minda manusia mempunyai dua dimensi yang semula jadi
untuk ia menerima dan menyatakan sesuatu informasi dengan cara yang cekap dan
berkesan. Dua dimensi tersebut adalah kemampuan persepsi dan kemampuan
pengaturan. Kemampuan persepsi adalah cara individu menerima maklumat manakala
kemampuan pengaturan pula adalah berkenaan dengan cara menyusun dan
menggunakan maklumat tersebut. Aliran pemerolehan jenis gaya minda adalah seperti
skematik di dalam Rajah 1.

Pensyarah dan Pelajar

Kemampuan
Persepsi

Concrete

Kemampuan
Pengaturan

Abstract

i.
ii.
iii.
iv.

Sequential

Random

Concrete sequential (CS)


Concrete random (CR)
Abstract sequential (AS)
Abstract random (AR)

Rajah 1: Pembahagian saluran gaya minda [Adaptasi daripada Gregorc (1982)]


Kemampuan persepsi dibahagikan kepada dua saluran iaitu kemampuan konkrit
(concrete) dan kemampuan abstrak (abstract). Kemampuan concrete membolehkan
seseorang mentafsirkan sesuatu maklumat yang diperoleh melalui deria seperti visual
dan audio. Sebaliknya kemampuan abstract membolehkan maklumat ditafsirkan
melalui penaakulan dan melibatkan gerak hati bagi memperkatakan tentang perasaan
dan konsep yang subjektif. Kualiti ini berkehendakkan individu tersebut
menggunakan imaginasi dan biasanya dia berurusan dengan sesuatu yang maya
daripada deria fizikal.
Manakala kemampuan pengaturan dibahagikan kepada berurutan (sequential) dan
rawak (random). Kemampuan sequential membenarkan minda menyusun dan
menyelenggara informasi dalam bentuk linear atau cara satu persatu. Individu ini
menuruti sorotan logik pemikiran dan memerlukan perancangan. Sebaliknya
kemampuan pengaturan random adalah kemampuan menyusun atau menyelenggara
129

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

secara bukan linear atau tiada pengaturan yang khusus. Individu ini mampu
melangkau langkah sesuatu prosedur tetapi masih mampu mencapai perkara yang
dihasratkan.
Daripada saluran-saluran tersebut, Gregorc (1982) menyilangkan dua kontinum
kemampuan minda yang berjulat daripada Concrete kepada Abstract (kemampuan
persepsi) dan daripada sequential kepada random (kemampuan pengaturan). Ini
menjadikan gaya minda dibahagikan kepada empat jenis gaya iaitu: (i) Concrete
sequential (CS); (ii) Concrete random (CR); (iii) Abstract sequential (AS); dan (iv)
Abstract random (AR).
Secara ringkas, individu CS cenderung kepada dunia fizikal dan hands-on yang
berstruktur, tertib dan boleh dijangka (cth: juruteknik), sementara individu AS
menyukai tugas-tugas bersifat pemikiran reflektif dan korelasi yang berkeadaan
intelek dan rasional (cth: ahli akademik). Bagi individu AR, mereka cenderung
kepada tugas-tugas bukan fizikal dan harmoni yang menuntut ekspresi emosi dan
kreativiti (cth: ahli puisi) manakala individu CR lebih berminat kepada tugas-tugas
penyelidikan serta berisiko (cth: ahli seni perfileman) (Gould & Caswell, 2006).
Menurut Gregorc (1982) setiap orang tidak semestinya memiliki gaya minda yang
tunggal. Ada individu yang memiliki lebih daripada satu jenis gaya minda yang
disebut bimodal. Individu sebegini memiliki keutamaan pembelajaran yang pelbagai
di mana ia lebih fleksibel kemampuannya untuk berhubungan dengan pensyarah dan
suasana pembelajaran.
Secara ringkas, individu CS cenderung kepada dunia fizikal dan hands-on yang
berstruktur, tertib dan boleh dijangka (cth: juruteknik), sementara individu AS
menyukai tugas-tugas bersifat pemikiran reflektif dan korelasi yang berkeadaan
intelek dan rasional (cth: ahli akademik). Bagi individu AR, mereka cenderung
kepada tugas-tugas bukan fizikal dan harmoni yang menuntut ekspresi emosi dan
kreativiti (cth: ahli puisi) manakala individu CR lebih berminat kepada tugas-tugas
penyelidikan serta berisiko (cth: ahli seni perfileman) (Gould & Caswell, 2006).
Menurut Gregorc (1982) setiap orang tidak semestinya memiliki gaya minda yang
tunggal. Ada individu yang memiliki lebih daripada satu jenis gaya minda yang
disebut bimodal. Individu sebegini memiliki keutamaan pembelajaran yang pelbagai
di mana ia lebih fleksibel kemampuannya untuk berhubungan dengan pensyarah dan
suasana pembelajaran.

3.0 METODOLOGI
3.1 Peserta Kajian
Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar program Sijil Kejuruteraan Mekanikal semester
empat kursus Teknologi Bahan 1 (J3022) yang kami kendalikan pada sesi Julai 2009.
Seramai 30 orang pelajar bersetuju untuk terlibat dalam kajian ini. Daripada total
peserta, lima orang adalah pelajar mengulang kursus ini.

130

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

3.2 Kaedah Kajian


Kajian tindakan ini dimulakan dengan mengedarkan kertas pra-ujian bagi kursus
J3022 kepada pelajar. Kemudian pelajar akan diajar dengan strategi pengajaran yang
pelbagai menurut gaya pembelajaran pelajar. Topik yang dipilih adalah Kerja-Kerja
Logam dengan objektif agar di akhir pembelajaran pelajar dapat: (i) menjelaskan
maksud proses kerja sejuk dan proses kerja panas; (ii) menyenaraikan jenis-jenis
proses kerja sejuk dan proses kerja panas; dan (iii) menyenaraikan kebaikan dan
keburukan proses kerja sejuk dan proses kerja panas. Sebelum mengakhiri sesi kajian,
pelajar diberi pasca-ujian yang berkaitan dengan topik tersebut. Bentuk soalan tidak
jauh berbeza dengan pra-ujian. Gaya pembelajaran pelajar turut diindentifikasi dengan
menggunakan Gregorc Style Delineator (GSD) (Gregorc, 2004) sementara respon
pelajar terhadap gaya pengajaran pensyarah diperolehi melalui soal selidik pada
penghujung sesi kajian.

3.5 Strategi P&P


Pengajaran dan pembelajaran akan dilakukan selepas pra-ujian. Rencaman teknik
pengajaran menurut Model Gaya Minda Gregorc (1982) digunakan bagi merangsang
pembelajaran pelajar. Terlebih dahulu nota edaran diagihkan, diikuti dengan
pembentangan objektif pembelajaran bagi menarik perhatian pelajar CS. Kemudian
persembahan video proses pembuatan trompet ditayangkan sebelum penerangan
dibuat. Teknik ini menjadi stimulasi kepada pelajar CS dan CR kerana mereka
cenderung kepada pembuktian yang konkrit. Potensi peserta AR dan CR juga
dicungkil dengan set induksi tersebut memandangkan mereka gemar membuat
hipotesis dengan intuisi masing-masing..
Selepas itu persoalan-persoalan seperti Apa yang diperhatikan?, Bagaimana ia
dilakukan?, Mengapa menggunakan teknik demikian?dan Apakah komponen atau
peralatan lain yang mungkin menjalani proses yang sama?. Si AS dijangka akan
menunjukkan kelebihan analitikal ketika itu.
Disamping itu gambarajah skematik yang menerangkan jenis-jenis proses
dibentangkan. Ia akan diselangi dengan perbincangan-perbincangan ringkas dalam
kumpulan kecil pelajar apabila beberapa persoalan dibangkitkan selepas sedikit
penerangan. Kerjasama dalam kumpulan dipercayai boleh menyenangkan pelajar CR
dan AR. Pada pengujung sesi P&P, peserta diminta untuk membuat beberapa
kesimpulan. Keadaan ini membuka ruang kepada peserta AS untuk menunjukkan
kebolehannya memindahkan pengetahuan dan idea.

3.6 Instrumentasi
Pra-ujian dan pasca-ujian dibangunkan dengan memenuhi kehendak objektif-objektif
pembelajaran bagi topik terbabit dengan mengadaptasi beberapa soalan peperiksaan
akhir yang lalu. Ini adalah bertujuan bagi menjamin kesahan soalan-soalan yang akan
diberikan kepada peserta.
Sementara GSD (Gregorc, 2004) digunakan dalam kajian ini untuk mengenal pasti
gaya minda peserta. Kebolehpercayaan GSD telah diuji dengan kaedah konsistensi
dalaman menggunakan alpha Cronbanch dan juga kaedah kestabilan di antara
131

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

pengurusan ujian yang pertama dan kedua melalui membabitkan pekali korelasi bagi
ujian pra-pasca. Gregorc (1982) melaporkan julat Alpha Cronbanch adalah di antara
0.89 dan 0.93 manakala pekali korelasi di antara ujian pertama dan ujian kedua adalah
berjulat antara 0.85 ke 0.88 untuk keempat-empat gaya minda (Thompson et al.,
2002).
Respon pelajar terhadap gaya pengajaran pensyarah turut diambil melalui soalan
terbuka dalam soal-selidik yang akan diedarkan penghujung sesi kajian ini. Soalansoalan yang ditanya adalah seperti: Adakah kamu suka dengan teknik pengajaran
yang dilaksanakan seperti tadi?; Perlukah teknik pengajaran seperti ini dilaksanakan
oleh pensyarah selepas ini?; dan Apa yang kamu boleh terangkan tentang teknik
pengajaran pensyarah tadi?.

4.0 DAPATAN
4.1 Taburan Gaya Minda
Gaya minda peserta dilihat bervariasi dengan kebanyakan mereka memiliki gaya
minda
bimodal
(n = 28, 60.0%). Pemilikan gaya minda CS-AS-AR mencatatkan frekuensi yang
tertinggi (n = 8, 26.7%). Tiga gaya minda dominan yang paling rendah menunjukkan
frekuensi seramai seorang (3.3%) dengan masing-masing gaya minda jenis AS, CSCR dan AS-AR. Majoriti peserta (96.7%) memiliki lebih daripada satu jenis gaya
minda. Ini seharusnya menjadi satu kelebihan dalam menyerap pelbagai teknik
pengajaran di dalam bilik kuliah. Jadual 1 memperincikan gaya minda peserta.
Jadual 1: Frekuensi taburan gaya minda pelajar
Gaya Minda
Gender
Total
Dominan
Lelaki
Perempuan
AS
0.0
1.0
1.0
(0.0%)
(9.1%)
(3.3%)
CS-AS
3.0
1.0
4.0
(15.8%)
(9.1%)
(13.3%)
CS-AR
4.0
3.0
7.0
(21.1%)
(27.3%)
(23.3%)
CS-CR
1.0
0.0
1.0
(5.3%)
(0.0%)
(3.3%)
AS-AR
1.0
0.0
1.0
(5.3%)
(0.0%)
(3.3%)
AS-CR
2.0
0.0
2.0
(10.5%)
(0.0%)
(6.7%)
AR-CR
1.0
2.0
3.0
(5.3%)
(18.2%)
(10.0%)
CS-AS-AR
6.0
2.0
8.0
(31.6%)
(18.2%)
(26.7%)
AS-AR-CR
1.0
2.0
3.0
(5.3%)
(18.2%)
(10.0%)
19.0
11.0
30.0
Total
(100.0%)
(100.0%)
(100.0%)

132

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

4.2 Prestasi P&P


Prestasi peserta dinilai menurut peningkatan peratusan pencapaian ujian dengan
membezakan skor antara pra-ujian dan pasca-ujian. Analisis menunjukkan min
peningkatan skor adalah M = 46.1, SD = 15.2. Separuh daipada peserta (n=15)
mencatatkan peningkatan kurang daripada 50%. Ini disebabkan oleh 14 orang peserta
(46.7%) gagal melepasi keputusan 50% dalam pasca-ujian. Dapatan juga
menunjukkan seramai lima peserta (16.7%) mengalami peningkatan skor paling
banyak iaitu sebanyak 23.1. Prestasi minimum dan maksimum adalah masing-masing
19.3 dan 69.2. Daripada Rajah 2, graf dilihat cenderung kepada bentuk pencong
negatif. Ini membuktikan prestasi adalah lemah.

6
5

Frekuensi

4
3
2
1

19
.3
23
.
34 1
.6
36
.6
38
.5
44
.2
46
.2
48
.0
48
.1
51
.9
52
.0
53
.8
57
.7
59
.6
59
.7
61
.5
61
.6
63
.5
65
.4
69
.2

Peningkatan Skor

Rajah 2: Prestasi pelajar (perbezaan pasca-ujian dan pra-ujian)

4.3 Sikap Terhadap Strategi Pengajaran


Semua peserta memberi respon yang positif dengan persoalan Adakah kamu suka
dengan teknik pengajaran yang dilaksanakan sebentar tadi?. Rata-rata mengatakan
bahawa teknik pengajaran yang digunakan adalah mudah difahami. Sebahagian
daripada mereka turut bersetuju teknik tersebut membuatkan mereka mudah
mengingati pengajaran. Tiada perbezaan ketara respon di antara pelajar yang pernah
mengulang kursus ini dan pelajar kali pertama.
Tayangan video mengenai kerja-kerja logam dilihat sebagai kekuatan dalam P&P.
Seorang peserta yang mengulang kursus ini menyatakan:
R1 : ...senang masuk otak dan terus ingat kerana belajar dan
terus uji apa yang telah dibelajar sebentar tadi.

133

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Seperti yang dijangkakan, pelajar apabila dirangsang dengan kaedah yang sesuai
berpotensi menarik minat mereka dengan menyediakan ruang pembentukan pola
pemikiran ke atas topik yang dibincangkan:
R2 : Saya suka sebab ada slide gambar dan contoh bahan kerja
yang ditunjukkan [pada] setiap [sub-] topik. .Ini
menyebabkan saya berfikir panjang terhadap apa yang
diajarkan.
R3 : ..saya suka kerana ia diberikan gambaran awal dan
pengajaran melibatkan video dan contoh [adalah] mengikut
kegunaan harian.
R4 : ...proses pembelajaran tadi memerlukan pelajar untuk
berfikir.
Perbincangan ringkas dalam kumpulan dan cungkilan persoalan-persoalan kepada
peserta nyata mampu menyediakan stimulasi bagi peserta yang memiliki gaya minda
AS. Ekspresi peserta tersebut boleh dilihat melalui pernyataan berikut:
R5 : ..teknik pengajaran [ini] adalah seronok kerana berada
dalam kumpulan...
R6 : ...mudah faham dan senang untuk bertanya jika tidak
faham.

R7 : ..dapat memberikan maklumat serta membolehkan kami


bertukar-tukar pendapat...kami dapat bekerjasama dalam
kumpulan.
Teras strategi P&P yang telah dilakukan adalah dengan mempelbagaikan teknik
pengajaran. Ia adalah bermotifkan stimulasi kecenderungan pelajar dalam P&P
dengan memanipulasi gaya minda mereka bertujuan untuk menarik minat pelajar.
Secara kolektif dapatan sikap peserta menggambarkan mereka bersetuju dengan
teknik pengajaran yang digunakan.

5.0 PERBINCANGAN, IMPLIKASI & KESIMPULAN


Kajian ini menunjukkan lebih daripada separuh pelajar memiliki gaya minda trimodal.
Seharusnya mereka mempunyai penerimaan yang lebih meluas terhadap pengajaran.
Secara keseluruhan, hal ini dibuktikan dengan peningkatan skor di antara pra-ujian
dan pasca-ujian oleh semua peserta. Walaubagaimanapun peningkatan ini dilihat
sebagai lemah. Ketika sikap peserta menunjukkan positif apabila aktiviti P&P
dipelbagaikan menurut kecenderungan gaya pembelajaran mereka, pencapaian peserta
masih lagi tidak memberangsangkan. Ini disokong oleh Rinaldi dan Gurung (2006)
yang telah mendapati aktiviti yang berbeza dan memfokus kepada gaya pembelajaran
yang berbeza tidak menunjukkan kesan ke atas keberkesanan dalam pembelajaran.

134

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Disebalik dapatan kajian ini kami pasti terdapat faktor lain yang mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam kursus ini. Kemungkinan wujud kesan daripada tahap
pendidikan dan motivasi pelajar seperti yang dicadangkan oleh Brown (2003).
Apabila ini berlaku, kesepadan gaya pembelajaran antara pelajar dan pensyarah tidak
lagi menjamin pencapaian yang besar. Demikian juga dengan sikap pelajar terhadap
teknik pengajaran pensyarah. Sikap yang positif tidak boleh dijadikan sebagai
indikator yang mutlak untuk meramal pencapaian pelajar. Oleh itu keperluan untuk
memahami motivasi dalam pembelajaran dan kesinambungan proses memahami
pelajar adalah menjadi suatu kepentingan dalam kursus Teknologi Bahan 1 selepas
ini.
Di suatu aspek, kami agak setuju dengan keluhan pelajar yang menyatakan kursus
teori adalah susah! Dalam kursus ini beberapa maklumat perlu disimpan dalam
memori. Keupayaan memori dilihat kritikal dalam kursus ini. Sebelum pasca-ujian
dilaksanakan, peserta diminta untuk membuat semakan ke atas nota dalam jangka
masa yang amat terhad (10 minit). Berkemungkinan masa mengingat atau menghafal
maklumat adalah tidak mencukupi. Kemampuan kecerdikan juga penting dalam
menduduki kursus ini. Mereka perlu bijak untuk mengaitkan sesuatu teori kepada
teori yang lain atau dengan pengalaman sendiri.
Berdasarkan kajian ini, kami mencadangkan bahawa pelajar memerlukan suasana
pembelajaran seperti ini secara berterusan. Adalah tidak mencukupi bagi pelajar untuk
menikmati persekitaran pembelajaran seumpama ini bagi sesuatu topik.
Eksploitasi gaya pembelajaran pelajar mungkin dipandang tradisional sifatnya.
Namun kami melihat ia berpotensi untuk dimanfaatkan dalam aktiviti P&P
berdasarkan ciri-ciri lazim individu. Walaupun faktor kepelbagaian tidak terhad
kepada gaya pembelajaran semata-mata, kajian ini telah menyediakan bukti secara
emperikal mengenai pengaruh gaya pembelajaran dan kehadiran beberapa aspek
dalam meramal prestasi P&P seperti yang dibincangkan.

6.0 BATASAN KAJIAN


Disebabkan kami cuba melihat kesan kepelbagaian aktiviti pengajaran terhadap
pencapaian pelajar melalui saluran gaya pembelajaran, kajian ini tidak mengukur
keberkesanan sesuatu aktiviti seperti paparan video, aktiviti perbincangan dan soaljawab dalam proses P&P ke atas pelajar. Kami berpendapat bahawa kehadiran
persoalan-persoalan keberkesanan aktiviti tersebut secara berasingan hanya akan
menimbulkan komplikasi untuk menganilisa respon peserta terhadap aktiviti yang
mereka cederung. Tambahan pula kajian ini tidak dapat untuk digeneralisasikan
kepada semua pelajar yang mengambil kursus ini.

7.0 RUJUKAN
Brown, B. L. (2003). Teaching style vs. learning style. Myths and realities, (Dokumen
ERIC No. ED 482329), 26, 2-4.

135

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Daly, J., A., Bell, R., A., & Korinek, J. (1987). Interrelationship among attitudes
towards academic subject. Contemporary educational psychology, 12, 147155.
Felder, R. M., & Henriques, E. R. (1995). Learning and teaching styles in foreign and
second language education. Foreign Language Annals, 28(1), 2131.
Felder, R. M., & Silverman, L. K.(1988). Learning and teaching styles in engineering
education. Engineering Education, 78(7), 674681.
Fuller, D., Norby, R. F., Pearce, K., & Strand, S. (2000). Internet Teaching By Style:
Profiling the on-line professor. Educational Technology & Society, 3(2), 7185.
Gould, T. E., & Caswell, S. V.(2006). Stylistic learning difference between
undergraduate athletic training students and educators: Gregorc mind style.
Journal of Athletic Training, 41(1), 109-116.
Gregorc, A. F. (1982). An adult's guide to style. Columbia, CT: Gregorc Associates.
Gregorc, A. F. (2004). Gregorc style delineator: A self-assessment instrument for
adults. Columbia, CT: Gregorc Associates.
Harasym, P. H., Leong, E. J., Lucier, G. E., & Lorscheider, F. L. (1995). Gregorc
learning style and achievement in anatomy and psychology. Advance in
Psychology Education, 13(1), 56-60.
Kolb, D. A., (1984). Experiential learning: Experience as the source of learning and
development. New Jersey: Prentice-Hall.
Kulinna, P. H., & Cothran, D. J. (2003). Physical education teachers self-reported use
and perceptions of various teaching styles. Learning and instruction,13(6),
597-609.
Makri-Botsari, E. (1999). Academic Intrinsic Motivation: Developmental Differences
and Relations to Perceived Scholastic Competence, Locus of Control and
Achievement. Evaluation and research in education, 13(3), 157-171.
Miller, L. M. (2005). Using learning styles to evaluate computer-based instruction.
Computer in Human Behavior, 21, 287-306.
Potter, M., & Maccaro, K. (2000). The business of teaching business. Journal of
business
education,
1.
Dicapai
pada
Ogos
2006
dari
http://abe.villanova.edu/proc2000/n034.pdf.
Ramlee Mustapha, Ruhizan Mohd Yasin, Hamdan Mohd Ali (2003). Integrasi
Akademik dan Vokasional: Rasional dan Cabaran. Jurnal pendidikan, 28, 7790.
Rinaldi, C., & Gurung, R.(2006). Should teaching and learning styles match? A
Journal of the the Scholarship of Teaching and Learning. Dicapai pada
September
2006
dari
http://www.uwosh.edu/programs/teachingforum/public_html/?module=display
story&story_id=648&format=html
Rindermann, H., & Neubauer, A., C. (2001). The influence of personality on three
aspects of cognitive performance: processing speed, intelligence and school
performance. Personality and individual differences, 30, 829-842.
Rodolico, J. T. (2002). Teaching cognitive learning strategies and vocabulary testing.
Hwa Kang Journal of TEFL, 8, 1-20. Dicapai pada Disember 2005 dari
http://www.hkjtefl.org/2002-Rodolico-Teaching.html
Rohaila Yusof, Norasimah Othman & Faridah Karim (2005). Strategi pembelajaran
pengalaman berasaskan model Kolb dalam pendidikan perakaunan. Jurnal
pendidikan, 31, 113-128.

136

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Ryan, R., M., Mims, V., & Koestner, R. (1983). Relation of reward contingency
interpersonal context to intrinsic motivation: A review and test using cognitive
evaluation theory. Journal of personality and social psychology, 45(4), 736750.
Sizoo, S. L., Agrusa, J. F., & Iskat, W. (2005). Measuring and developing the learning
strategies of adult career and vocational education students. Education, 125(4),
527-538.
Stitt-Gohdes, W. L. (2001). Business education students perferred learning styles.
Journal of Career and Technical Education, 18(1), 32-45.
Thompson, D., Orr, B., Thompson, C., & Park, O., (2002). Preferred learning style of
postsecondary technical institute instructors. Journal of Industrial Teacher
Education,
39(4).
Dicapai
pada
Mac
2006
dari
http://scholar.lib.vt.edu/ejournals/JITE/v39n4/thompson.html.
Thompson, D., Orr, B., Thompson, C., & Park, O., (2002). Preferred learning style of
postsecondary technical institute instructors. Journal of Industrial Teacher
Education,
39(4).
Dicapai
pada
Mac
2006
dari
http://scholar.lib.vt.edu/ejournals/JITE/v39n4/thompson.html.
Wintergerst, A. C., DeCapua, A., & Itzen, R. (2001). The construct validity of one
learning styles instrument. System, 29, 385-403.

137

Anda mungkin juga menyukai