Anda di halaman 1dari 37

UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA MAJLIS MALAM JASAMU

DIKENANG
SMK DEMAK BARU.

RIVERSIDE MAJESTIC HOTEL,KUCHING.


2 NOV 2012
MALAM YANG INDAH PENUH CERIA PENGHULU HARI YANG BERBAHAGIA PENUH
BERMAKNA KAMI BAWAKAN KEPADA ANDA MALAM JASAMU DI KENANG
BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID


PENGETUA SMK DEMAK BARU.

YANG BERBAHAGIA ,TETAMU KEHORMAT PN HAJAH JUITA BINTI HAJI SENAWI ,


PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUCHING,JUGA MANTAN PENGETUA SMK DEMAK
BARU. DARI 2003 HINGGA 2009.

YANG BERUSAHA EN RAMBLI HJ HASBI,MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU


DARI 2009 HINGGA JUN 2012.

YANG BERUSAHA PN SABTUYAH ADENAN


PENGETUA SMK BATU LINTANG,
MENJALANKAN TUGAS PENGETUA DI SMK DEMAK BARU TAHUN 2002 HINGGA
2003

YANG DIKASIHI ,PN RAHMI ABDULLAH ,RAKAN YANG DIRAIKAN..


.

YANG DIHORMATI

BARISAN KEPIMPINAN PENOLONG KANAN,

BARISAN KEPIMPINAN PIBG


KETUA-KETUA BIDANG,
RAKAN-RAKAN GURU ,
KAKITANGAN SMK DEMAK BARU.
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YANG DIKASIHI SEKALIAN
BAGI PIHAK JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE
MALAM JASAMU DIKENANG SMK DEMAK BARU 2012 YANG BERTEMAKAN HITAM
PUTIH BERKILAUAN..ALHAMDULILLAH KITA BERTEMU PADA MALAM INI ,MALAM
YANG CUKUP BERMAKNA. KERANA KITA DIPERTEMUKAN KEMBALI DENGAN
MANTAN-MANTAN PENGETUA YANG BANYAK MENABUR JASA DAN BUDI DI SMK
DEMAK BARU .

KUNING EMAS MASAKNYA PADI


MAWAR MERAH DAHANNYA BERDURI
TERIMA KASIH DAUN KELADI
KERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI.

PASTINYA MERIAH MAJLIS MALAM INI


BERSAMA INSAN-INSAN YANG PERNAH MENABUR BUDI
SEMEMANGNYAJASAMU DIKENANG BUDIMU TAK TERBILANG.

BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,

MENANDAH TANGAN TANDA KERENDAHAN


LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN

DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN


AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA DI MALAM YANG PENUH BERMAKNA


INI,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA
YANG AKAN DILAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN

AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ BADRUL HISYAM


BIN MAJID ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

UCAPAN PENGETUA

BUKAN KERIS TANPA ULUNYA


BUKAN MAJLIS KALAU TANPA UCAPANNYA

SEBAGAI PEMBUKA PERSADA UCAPAN.MAJLIS DENGAN HORMATNYA


MEMPERSILAKAN CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,PENGETUA SMK DEMAK BARU
UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH

UCAPAN PUAN RAHMI ABDULLAH


SUDAH BIASA KITA DENGARI
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
NAMUN TAK SAMA GURU YANG INI
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN PUAN RAHMI BINTI ABDULLAH UNTUK


MEMBERIKAN SEPATAH DUA KATA .MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH


KEPADA PUAN RAHMI ABDULLAH ATAS UCAPAN ITU TADI.

BANYAK DURI PERKARA DURI


TIDAK SAMA DURI MENGKUANG
BANYAK BUDI PERKARA BUDI
TIDAK SAMA BUDIMU SEORANG

UCAPAN EN RAMBLI HJ HASBI


MALAM HARI BERLAGU UNGGAS
MEMECAH KESUNYIAN DI DALAM HUTAN
WALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS
BUDIMU TUAN DALAM INGATAN
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN EN
RAMBLI HJ HASBI ,MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU. UNTUK MENYAMPAIKAN
UCAPAN MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN RAMBLI BIN HAJI HASBI ATAS UCAPAN
SEBENTAR TADI.

KAIN SONGKET CANTIK KILAUAN


DITENUN OLEH ORANG KEMAMAN
TAK TERBALAS BUDIMU TUAN
KAMI MERAKAM SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN.

PASTINYA KAMI WARGA SMK DEMAK BARU TIDAK AKAN LUPA DENGAN EN
RAMBLI.BELIAU MENINGGALKAN KITA DENGAN DAYA USAHA MEWUJUDKAN LOGO
BARU SEKOLAH DAN LAGU SEKOLAH YANG CUKUP BERMAKNA.

JAMUAN MAKAN

KEMBANG HARUM SIBUNGA SEROJA


BUAT HIASAN PENYAMBUT TETAMU
TERHIDANG SUDAH JAMUAN DIMEJA
DIPERSILAKAN SEMUA HADIRIN MENJAMU.

UNTUK ITU DIPERSILAKAN HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN UNTUK MENJAMU


SELERA.

PERSEMBAHAN

TERBANG BEBAS SI RAMA-RAMA


TERATAI MEKAR DI TENGAH LEMBAH
JAMUAN MALAM DIIRINGI IRAMA
PERSEMBAHAN NYAYIAN TURUT DIPERSEMBAH.

SAMBIL-SAMBIL KITA MENJAMU SELERA ,KITA AKAN DIHIBURKAN OLEH


PERSEMBAHAN DARI BIDANG MASING-MASING.

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS


DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN DARI RAKAN-RAKAN GURU DAN
STAFF YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM.
DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN DENGAN MENJEMPUT
PERSEMBAHAN PERTAMA UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN.

PERSEMBAHAN KEDUA

SETERUSNYA DIJEMPUT PULA KUMPULAN KEDUA UNTUK MEMBUAT


PERSEMBAHAN.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

ACARA CABUTAN BERTUAH

KITA TERUSKAN MAJLIS PADA MALAM INI DENGAN ACARA YANG


DITUNGGU-TUNGGU ,IAITU ACARA CABUTAN BERTUAH .UNTUK
ITU,DIPERSILAKAN

PERSEMBAHAN KETIGA

SETERUSNYA KITA NIKMATI PULA PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN


KETIGA.MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN .
TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.
PERSEMBAHAN KEEMPAT
KITA SERIKAN LAGI MAJLIS INI DENGAN PERSEMBAHAN KUMPULAN KEEMPAT .
DENGAN SEGA HORMATNYA DIPERSILAKAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.
TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.

*ACARA CABUTAN BERTUAH

PERSEMBAHAN KELIMA
HADIRIN SEKALIAN,

SETERUSNYA KITA DISAJIKAN PULA SATU PERSEMBAHAN DARIPADA


PERSEMBAHAN KELIMA.DENGAN INI MAJLIS MEMPERSILAKAN

DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KELIMA.

PERSEMBAHAN KEENAM

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN


SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT STAF SOKONGAN UNTUK MEMBUAT KUMPULAN
KEENAM.MAJLIS DENGAN INI MEMPERSILAKAN
DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KEENAM.

*CABUTAN BERTUAH

PERSEMBAHAN KETUJUH

PERSEMBAHAN SETERUSNYA IALAH PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN


KETUJUH .DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

ITULAH SEBENTAR TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KETUJUH,.


PERSEMBAHAN KELAPAN

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN KUMPULAN KELAPAN UNTUK MEMBUAT


PERSEMBAHAN

DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KELAPAN.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,MAJLIS SETERUSNYA ADALAH PENYAMPAIAN


CENDERAMATA SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN BUAT INSAN YANG KITA
RAIKAN PADA HARI INI.

SEBELUM ITU ,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA INGIN MENJEMPUT DAN


MEMPERSILAKAN PN MISIA HJ ZAIN UNTUK MENGIRINGI CIKGU HAJAH FATIMAH
,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MAJLIS PENYAMPAIAN TANDA HATI KEPADA
EN RAMBLI HJ HASBI ,MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU,JUGA KEPADA PN
RAHMI ABDULLAH RAKAN GURU YANG BARU MENAMATKAN PERKHIDMATAN
BARU-BARU INI.

BEGITULAH TADI ,UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAMATA KENANG-KENANGAN


KHUSUS UNTUK EN RAMBLI BIN HJ HASBI DAN PN RAHMI ABDULLAH.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH ATAS KESUDIAN


MENYAMPAIKAN HADIAH.
PENUTUP
TIBA WAKTUNYA UNTUK MENYUSUN JEMARI
MEMBUANG SEGALA KERIKIL BERSALUT DIHATI
MAAFKAN KAMI ANDAI ADA SALAH SILAP TANPA DISEDARI
AGAR SAAT PERPISAHAN INI INDAH
BERBUNGA MESRA DALAM JAMBANGAN INGATAN.
PADA MANTAN-MANTAN PENGETUA DAN GURU YANG TELAH PERGI
MENINGGALKAN KAMI DI SMK DEMAK BARU INI..
JELINGLAH KAMI JIKA RINDU MASIH BERTAMU
SAPALAH KAMI ANDAI MESRA AKRAB BERPADU
SELAMAT BERTUGAS DITEMPAT YANG BARU
SELAMAT BERSARA MENJADI GURU
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA TETAMU DAN
HADIRIN YANG SUDI MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS
JASAMU DIKENANG

DARI MANA ASALNYA USAH DIUSUL


MOLEK BUDINYA MENAMBAT HATI
DUA TIGA BICARA SALAH TERSASUL
JANGAN DISIMPAM DI DALAM HATI

UBI MANIS UBI KELADI


KALAU ADA DITAMBAH LAGI
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI
DI 31 DIS MERYUARAT GURU PERTAMA KALI.
SEKIAN SAHAJA ,SALAM HORMAT,
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT
________________________________________________________________________________
Teks Ucapan Pengacara Majlis Persaraan
Hari yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
BismilLahirrahmanirrahim
Assalamu `Alaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.
Yang Berusaha
Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan Yaacob
Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat
Yang Dihormati
Tn. Syed Mohd Gawi bin Syed Agil
Pn. Hjh. Zabidah binti Ibrahim
Ketua-ketua Penolong Setiausaha

Yang Diraikan
Puan Ku Pisah Ku Ahmad
Seterusnya
Tuan-tuan, puan-puan, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke Majlis Persaraan Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Saudara Mas Al Hafiz bin Samsir, Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan. ---Q--Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Saudara Mas AlHafiz bin Samsir atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Wan Yusoff bin
Wan Yaacob, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat.
Dipersilakan. ---Q--Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan
Yaacob, atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Khidmatmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang dicurahkan oleh
Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Kak

Ku sepanjang perkhidmatan beliau di Bahagian Pengurusan Maklumat


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika yang diraikan tidak berbicara
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad. Majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput dan mempersilakan. ---Q--Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad atas ucapan itu tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena
persaraan Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad ---Q--Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena
persaraan Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad. Mudah-mudahan ianya dapat
menggamit kenangan-kenangan manis kita selama berkhidmat bersama-sama
dengan Kak Ku. ---Q--Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan
Puan Ku Pisah Ku Ahmad
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan kepada Tn. Syed Mohd Gawi bin Syed Agil, Timbalan Setiausaha
Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat, untuk mengiringi Tn. Hj. Wan Yusoff
bin Wan Yaacob, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat untuk
menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Diraikan Puan Ku
Pisah Ku Ahmad. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ---Q---

Seterusnya, Majlis dengan rendah hati menjemput Puan Ku Pisah Ku Ahmad


untuk menerima cenderamata yang tidak seberapa tanda penghargaan daripada
seluruh warga BPM. Dipersilakan. ---Q--Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk
Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku
Ahmad atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tn.
Hj. Wan Yusoff bin Wan Yaacob menyampaikan cenderamata sebentar tadi.
Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padi
Penuh kepuk hasil tampian
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, para
hadirin diminta berbaris untuk acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan,
seterusnya menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku
Ahmad mengimbas ibu jarinya di mesin perakam waktu sebagai tanda
berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam perkhidmatan ini.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Ku kerana sudi
untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua
mendoakan agar Kak Ku bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
selepas persaraan.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin
yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Persaraan ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda kelapa bali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum


Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
_____________________________________________________________________________
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR

TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH


Tarikh
Masa
Tempat

PERKARA/
PEMBACA

: 23 April 2014
: 10.30 pagi
: Dewan Seri Setia, SK Kota Setia

BUTIRAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Ketibaan
Tetamu

Dijemput semua tetamu mengambil tempat


kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Hariff
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdul
Karim b. Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah
Rohani bt. Muhali dengan diiringi dif-dif kehormat
masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil
tempat.
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Sanjungan
Budi, Lambaian Kasih sempena persaraan En.
Abdul Karim b. Munok , Guru Besar SK Kota Setia.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu
Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin
diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)
Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Bacaan Doa

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,


salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak

CATATAN

Jue

Aman Jaya dan Salam SK Kota Setia Terus Maju.


Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang
penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad b.
Awang. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Ucapan
Alu-aluan

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad b.
Awang atas bacaan doa itu tadi.

Hariff
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron
Noh Rashid
Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah
Yang Diraikan
En Abdul Karim b. Munok
Guru Besar SK Kota Setia
Yang Berusaha Cik Noorsalmi bt Shaari
Penolong Kanan Pentadbiran SK Kota Setia
Yang Berusaha Pn. Rozita bt Abas
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid
Yang Berusaha En. Kamarulnizam b.
Marzuki
Penolong Kanan Kokurikulum
Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj
Mohd Nor
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru,

SK Kota Setia
Yang Dihormati En.Abdul Razak b.Hj. Adam
YDP Majlis Guru Besar, Daerah Perak Tengah
Yang Dihormati
Barisan Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah
Yang Dihormati
Pegawai-pegawai di JPN dan PPD
Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Barisan guru, ibu bapa, murid-murid, hadirin dan
hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih
sempena persaraan Yang Diraikan En Abdul Karim
b. Munok,Guru Besar SK Kota Setia.
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur
Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama
berhimpun pada pagi ini untuk meraikan En.
Abdul Karim b.Munok dalam Majlis Sanjungan
Budi, Lambaian Kasih

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala
bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang
Diraikan En. Abdul Karim b. Munok sepanjang
perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan
yang berakhir sebagai Guru Besar di SK Kota
Setia
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Ucapan
Ketua Murid
Jue

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang
berbicara
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis menjemput adik Mohd Izudin b. Nor Azman,


Ketua Murid SK Kota Setia bagi mewakili muridmurid untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Ucapan PK1
Hariff

Terima kasih diucapkan kepada adik Mohd Izudin


b. Nor Azman atas ucapan sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang
Berusaha Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran, SK Kota Setia. Dipersilakan

Ucapan
Jue

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha


Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan


Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru,
SK Kota Setia untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
Ucapan YDP
MGB
&
PPD
Hariff

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati


En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterus menjemput dan mempersilakan En.
Abdul Razak b. Hj Adam, YDP MGB Perak Tengah
bagi menyampaikan ucapan, dengan segala
hormat dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Razak
b. Hj. Adam atas ucapan sebentar tadi.
Majlis seterusnya menjemput dan
mempersilakan kepada Yang Dihormati En.
Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid
Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Persembaha
n
Multimedia

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati


En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Para Hadirin yang kami muliakan,


Jue
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan multimedia sempena persaraan
Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok.
Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai En.
Abdul Karim b. Munok dan isteri beliau Pn.
Maimunah Rohani bt. Muhali untuk naik
bersemayam di atas singgahsana. Dipersilakan.
*** Persembahan multimedia
Ucapan
Yang Dirai
GB
Hariff

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan


persembahan multimedia sempena persaraan
Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok . Terima
kasih kepada team unit ict SKKS dan individu
yang menjayakan persebahan tersebut.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber
inspirasi buat kita semua.
Hadirin yang dihormati,
Majlis seterusnya adalah upacara menepung
tawar.
Untuk itu, Majlis menjemput dan mempersilakan
Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh
Rashid, Penolong PPD Perak Tengah dan Yang
Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor,
YDP PIBG dengan diiringi oleh Cik Norsalmi bt.
Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran naik
ke pentas bagi menyempurnakan upacara
tersebut.Dipersilakan.
Terima kasih Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b.
Haron Noh Rashid dan Yang Dihormati En.
Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor yang sudi
menyempurnakan upacara tersebut.
Hadirin yang dimuliakan,
Seperti yang kita sedia maklum bahawa esok
adalah hari ulang tahun kelahiran Tuan Guru
Besar.
Untuk itu, marilah kita sama-sama menyanyikan

lagu selamat hari jadi untuk beliau.


Sebelum itu, terlebih dahulu majlis menjemput
Tuan Guru Besar dengan diringi oleh isteri tampil
ketengah pentas untuk memotong pulut kuning
sebagai simbolik menyambut ulang tahun
kelahiran dan persaraan. Dipersilakan.
Hadirin yang dimuliakan,
Sama-sama kita nyanyikan lagu selamat hari jadi
buat cikgu Karim.
Selamat hari jadi, selamat hari jadi cikgu Karim,
selamat hari jadi
Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Karim
b. Munok yang sudi menyempurnakan majlis.
Terima kasih kepada semua hadirin.
Seterusnya,
Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul
Karim b. Munok dan isteri turun dari singgahsana
mengambil tempat di hadapan dewan.
Dipersilakan.
Hadirin yang dimuliakan,
Persembaha
n
Khas
Gurindam
Jiwa

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nantinantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En.
Abdul Karim b. Munok. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.

Jue

***Ucapan GB

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul
Karim b. Munok atas ucapan itu tadi.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini,
marilah sama-sama kita saksikan persembahan
khas daripada murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang
berjudul Gurindam Jiwa. Dipersilakan.

**** persembahan
Semoga kita terhibur dengan persembahan khas
Gurindam Jiwa yang cukup istimewa sebentar
tadi. Terima kasih diucapkan.Kumpulan ini
dibimbing oleh Pn. Ida Rohayu bt. Hussin.

Penyampaia
n Watikah
Hariff

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah
sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,
Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah
Persaraan yang akan disampaikan oleh Penolong
Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah kepada
En. Abdul Karim b. Munok.
Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati
En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid
Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah
naik ke pentas utama untuk menyempunakan
penyampaian watikah tersebut. Dipersilakan.
Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul
Karim b. Munok untuk menerima watikah
daripada Penolong PPD. Dipersilakan.

Seterusnya Majlis mempersilakan En. Abdul


Karim b. Munok menyampaikan cenderamata
kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b.
Haron Noh Rashid Penolong Pegawai
Pendidikan Daerah Perak Tengah.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh
Rashid dan Yang Dirai En. Abdul Karim b. Munok

Penyampaia
n Hadiah &
cenderamat
a
Jue

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian


hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenangkenangan buat insan yang kita raikan pada hari
ini iaitu En. Abdul Karim b. Munok.
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan Cik Norsalmi bt.
Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK
Kota Setia mengiringi Yang Diraikan En. Abdul

Karim b. Munok untuk menerima cenderamata


kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian
cenderamata daripada wakil-wakil kelas.
Rujuk senarai hadiah

Penutup

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata


kenang kenangan khusus untuk Yang Diraikan En.
Abdul Karim b. Munok

Hariff
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas
kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis
turut merakamkan ribuan terima kasih di atas
kesudian Yang Berusaha Cik Norsalmi bt. Shaari
mengiringi Yang Diraikan En. Abdul Karim b.
Munok sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih
kepada semua penyampai cenderamata sebentar
tadi.
Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima
Kita telah pun berada di hujung acara.
Untuk cikgu Karim.
Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasa dikenang
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada
hari ini.

Penutup
Jue

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok kerana
sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh
bermakna ini dan kami semua mendoakan agar
Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih
kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan
Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon
ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Majlis menjemput Yang Diraikan En. Abdul Karim
b. Munok dan isteri serta semua tetamu, hadirin
dan hadirat untuk menjamu selera di khemah
utama bersebelahan dengan kantin sekolah.
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq
walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa
Rahmatullahi Wa Barakatuh

_________________________________________________________________________________

MAJLIS PERSARAAN

Bismillah. Alham dulilliah.....


1. Yang berusaha Tn Pengetua SMT DSMZ, Pn Hjh Semah Bt Mohd Noh
2. Yang diraikan En Ismail B Mohamad dan Pn Hamidah Bt Mohammad
3. Yang dihormati Pn Hjh Patimah Bt Hj Othman Guru Penolong Kanan
Pentadbiran Sekolah
4. En Abd Aziz B Abu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
5. Pn Halimah Bt Hj Ahmad, Guru Penolong Kanan Ko kurikulum
6. Guru-guru Kanan Bidang,
7. Guru-guru cemerlang

8. Barisan guru mithali smt dsmz,


9. Dan para pelajar yang dikasihi lagi dirahmati sekelian
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Bershukur kita ke hadrat Illahi, dengan izin serta limpah kurnianya dapat kita
bersama-sama berhimpun pada pagi ini bagi meraikan MAJLIS PERSARAAN En
Ismail B Mohamad DAN MAJLIS PERPIndahan Pn Hamidah Bt Mohammad.
Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
Duduk bersama satu tujuan
Indah majlis gilang gemilang
Mohon doa kupohon tuhan
Semoga Majlis peroleh keberkat
Untuk itu, Majlis pada pagi ini dimulakan dengan bacaan doa. Jesteru, majlis
mempersilakan Uz. Jaini Bin Saiman untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.
Bacaan Doa
Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.
**********************************************************************************
***************************
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustadz
Jaini Bin Saiman di atas pimpimpinan bacaan doa itu tadi.
Yang berusaha tuan pengetua dan hadirin sekelian
Buat pengetahuan hadirin semua, Jika kita soroti perjalanan en ismail b
mohamad di perkampungan teknik datuk seri mohd zin ini, beliau merupakan
seorang staf sokongan sekolah yang telah berkhidmat di sini bermula pada tahun
nov 1978. Bapa kepada 3 orang anak hasil perkongsian hidup bersama
permaisuri hati tercinta Pn Ani Bt mat jan ini sangat penyayang dan gigih
berusaha. Banyak suka duka yang telah dilaluinya selama 31 tahun sewaktu
menabur keringat di bumi teknik khususnya dalam pembangunan sekolah.
Segala jasa dan pengorbanan tuan hanya tuhan sahaja yang dapat
membalasnya. Kini sudah sampailah detik waktunya beliau bersara dari sektor
perkhidmatan awam.
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.
Hadirin yang di hormati sekelian,
Warga teknik md zin juga bakal kehilangan seorang lagi staf sekolah berikutan
perpindahannya di atas kenaikkan pangkat. Pn hamidah mohd telah pun

berhijrah di SMK Durian Tunggal. Majlis dengan sukacitanya merakamkan


sekalung tahniah di atas penghijrahan puan. Ibu kepada 8 orang anak ini
merupakan insan yang sentiasa di senangi oleh warga teknik berikutan sifatnya
yang penyayang dan bertanggungjawab tinggi terhadap tugas. Hasil sokongan
padu suami tercinta en saat b bakar, menjadikan pn hamidah menyahut cabaran
untuk menjawat tugas lain yang lebih mencabar. Warga teknik dengan
sukacitanya mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa bakti yang dicurahkan
selama hampir 20 di perkampungan teknik md zin ini.
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi puan kami tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Oleh itu diharapkan sentuhan majlis pada hari ini dapat di jadikan tanda kenangkenangan di dalam lipatan sejarah kalian berdua.

Warga dewan yang di rahmati sekelian,


Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn Pengetua
SMTDSMZ, tuan Hj Mohd Shaari Bin Hussain , untuk menyampaikan ucapan alualuan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************************************ucapan Tn
pengetua*************************************
Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua
SMTDSMZ Tn Hj Mohd Shaari Bin Hussain. Majlis merakamkan jutaan terima
kasih.
Yang berusaha dan hadirin sekelian
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang di rai en ismail b
mohamad untuk memberikan ucapan, dipersilakan
**********************************************************************************
***************************
Terima kasih di atas ucapan en ismail sebentar tadi...

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Inderagiri pasirnya lumat,
Kerang berjemur dengan lokan;
Bagaimana nabi kasihkan umat,
Begitulah kami kasihkan tuan.

Hadirin-hadirat yang dikasihi,


Majlis dengan penuh hormatnya menjemput Pn Hamidah bt mohd untuk
memberikan ucapan.
Majlis mempersilakan....
**********************************************************************************
***************************
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Pn hamidah
memberikan ucapan

Dewa sakti melayang ke Daik


Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa
Tanjung Katong airnya biru,
Tempat mandi si dara jelita;
Sama sekampung lagikan rindu,
Inikan lagi jauh dimata
Hadirin warga dewan yang dimuliakan,
Warga dewan yang dikasihi,
Sebagai tanda sanjungan budi untaian kasih dari warga SMTDSMZ , Pihak majlis
sukacita dan berbesar hati untuk memberikan cenderamata untuk yang dirai.
Jesteru, majlis mempersilakan dihormati Yang berusaha Tuan pengetua, Tuan Hj.
Mohd. Shaari bin Hussein untuk menjemput dan mengiringi en ismail b mohamad
untuk menerima hadiah dan cenderamata.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan...
**********************************************************************************
***************************
Terima kasih diucapkan kepada en ismail b mohamad
Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Hamidah bt mohd
untuk menerima tanda kasih dari kami warga teknik datuk seri mohd zin,
dipersilakan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha tuan pengetua dan pn
hamidah atas penyempunaan pemberian hadiah sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan,
Ada
Ada
Ada
Ada
Ada
Ada

pasang ada surutnya


pangkal ada hujungnya
hulu ada hilirnya
pertemuan ada perpisahannya
hilang ada gantinya
awal ada akhirnya

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata tadi...majlis bakal melabuhkan

tirainya
Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Yg berusaha Tn Pengetua dan Semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus
dari mula hingga ke akhirnya. Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih
kepada semua warga teknik datuk seri mohd zin yang telah memberikan
sumbangan masa dan tenaga secara langsung atau tidak langsung sewaktu
menjayakan majlis ini. Apa yang kurang, maaf jua dipinta.

Harum baunya Si bunga cengkih


Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.
BINTANG BARAT TERBITAN PETANG,
BINTANG T IMUR TERBITAN PAGI,
JIKATIDAK MELARAT PANJANG,
ADA UMUR KETEMU LAGI

Seterusnya majlis mempersilakan Tuan Pengetua dan tetamu kehormat untuk


mengiringi yang dirai En ismail dan pn hamidah ke bangunan bulat bagi
menyempurnakan perarakan beramai-ramai menaiki Jeep Khas ke pintu hadapan
pagar sekolah untuk lambaian terakhir, majlis dipersilakan.
Para Pelajar di minta berdiri
__________________________________________________________________________________
SKRIP PERSARAAN PENGETUA SMKHK :2011
SKRIP PENGACARA
MAJLIS MAJLIS PERSARAAN PENGETUA
PN RIHAN MOHD SALLEH

PADA : 30 SEPT 2011


HARI: JUMAAT
TEMPAT : DEWAN SERI BUDIMAN
SMK HULU KELANG

DISEDIAKAN OLEH:
PN NORAZA AZIT @ AZIZ

PENGUMUMAN (noraza)
Majlis mengalu-alukan ketibaan YANG BERBAHAGIA .
Wakil Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
1. KAMARUDIN MAKMOR TERUS MASUK DAN MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU
KHAS BUAT PENGETUA

Seiring madah pantun bersambut,


Disulam senyum pengubat jemu;
Mesra berdakap kasih berpaut,
Yang Berbahagia puan kini bertamu.
ALU-ALUAN
Awal bismillah pembuka bicara,
Ucapan alu-aluan pemula acara;
Selamat datang kata disua,
Persaraan Pengetua majlis bernama.
SAPAAN / SALUTASI
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
YANG BERBAHAGIA Puan Rozita binti ., wakil Jabatan
Pelajaran Negeri Selangor,
Yang dihormati pn Rihan bt Mohd Salleh , Pengetua SMK Hulu Kelang,
Yang Berusaha ., Yang Dipertua
Persatuan Ibu bapa dan Guru, SMK Hulu Kelang,
(Yang Berusaha Puan Rihan Bt Mohd Salleh, Pengetua SMK Hulu Kelang,)
(Yang Berusaha .., mantan Yang Dipertua PIBG, SMK Hulu
Kelang,)
Ahli-ahli jawatankuasa PIBG, barisan pentadbir SMKHK, guru-guru dan pelajarpelajar sekalian.
Dahan kayu makin mereput,
Dahan tak muat di dalam pedati;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
(hanani)
Bersyukur kita ke hadrat llahi kerana dengan kurnia-Nya dapat kita berkumpul di
Dewan Seri Budiman pada pagi penuh ceria untuk menjayakan Majlis Persaraan
Pengetua SMK Hulu Kelang , Pn Rihan bt Mohd Salleh.
Sekali lagi,
Dengan Bismillah lafaz dimula,
Dengan bismillah restu dipinta;,
Semoga majlis mendapat hidayah-Nya
Semoga kronologi acara beroleh berkat-Nya.
BACAAN DOA

Majlis dengan ini mempersilakan saudara Muhammad Aiman bin .


untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan saudara.
Ulasan: Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
Dalam majlis ini kami bermadah,
Mengucap puji alhamdullilah;
Doa tadi pembuka wadah,
Semoga majlis beroleh limpah.

2. UCAPAN KETUA PENGAWAS SMK HULU KELANG: RAZAK AJIB (noraza)


Berangkat kadam kepak nan indah,
Tertanggam penuh emas suasa;
Salam pembuka tirai dihulur sudah,
Persada ucapan akan bermula.
Pembuka tirai persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
saudara Razak bin Ajib selaku Ketua Pengawas SMK Hulu Kelang untuk
menyampaikan ucapan - untaian kata, kalungan wacana. Dipersilakan saudara.
Ulasan : Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara Razak bin Ajib.
Ssemoga semangat sebagai pelajar contoh dapat dipamirkan sebagai teladan
kepada rakan pelajar di SMK Hulu
Kelang.
3. UCAPAN PENTADBIR EN. ZULBAHREN B AHMAD PK (HANANI)
Khabar sudah bendang ke langit
Khabar sudah rebak ke bumi
Yang jauh kami jemput dengan destar
Yang dekat kami jemput dengan tepak
Berhimpun mesra harmoni kita di sini.

Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan Yang Berusaha Encik Zulbahren bin
Ahmad selaku Penolong Kanan Pentadbiran bagi menyempurnakan persada
ucapan. Dipersilakan tuan.
Ulasan: majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tersebut.

UCAPAN PENGETUA
Ulasan Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Pengetua. Semoga
hasrat murni Puan dan seluruh warga sekolah dapat
direalisasikan

.
4. PERSEMBAHAN MULTIMEDIA: NORAZA
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Tidak lengkap rasanya majlis, tanpa
mengenal empunya diri insan yang diraikan pada pagi yang indah ini. Maka
persembahan multimedia pada pagi ini akan mempersembahkan rentetan
perjalanan hidup Puan Rihan Mohd Salleh.
Jasamu dikenang,
Budimu tak terbilang,
Semangatm dijulang,
Kepimpinanmu gemilang.
Di bawah seliaan dan penyediaan oleh cik Norbaizura bt Harun, kami
mempersembahkan kepada anda tayangan multimedia tentang biografi dan
memori perjalanan insan yang sedang kita raikan ini yang bertajuk JASAMU
DIKENANG. Marilah bersama-sama kita menghayati persembahan tersebut.
Ulasan: majlils merakamkan jutaan terima kasih kepda guru-guru yang terlibat
dalam menjayakan persembahan tersebut.

5. PERSEMBAHAN KHAS UNTUK PENGETUA(HANANI)


1. KOIR TINGKATAN 6
2. KAK AFIDAH

3. PELAJAR TINGKATAN 1 BAWAH PIMPINAN CIK AZIANI


4. PERSEMBAHAN TARIAN BULUH OLEH ELLIS JUSFINA DAN KUMPULAN

5. SISIPAN UCAPAN BUAT PENGETUA MELALUI MULTIMEDIA


6. PERSEMBAHAN BERDUET PUAN AFIDAH DENGAN ABANG DIN

7. PERSEMBAHAN DIKIR BARAT DARIPADA BARISAN PENDIDIK SMK HULU KELANG


(NORAZA)
Hadirin sekalian,
Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah kami meratap pilu
Majlis diteruskan dengan mempersilakan kumpulan dikir barat guru-suru SMK
Hulu Kelang, bawah pimpinan Umi Salhih untuk mendendangkan alunan suara
mereka DENGAN TAJUK .
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
ULASAN: begitulah lontaran suara daripada barisan pendidik SMK Hulu Kelang
yang ternyata berbakat luar biasa.

..
6. UCAPAN PERPISAHAN DARIPADA PENGETUA(NORAZA)
Secarik budi memberI,
sekalung terima kasih kami sertai
Sejambak tulusmu menghulur,
segugus penghargaan terpahat di hati,
Budi, komitmen tulus ikhlas, bernilai bak segunung intan, setara bak cindai
bertelekan, seindah tiara delima, sewangi kasturi di gapura sgurga.
SMKHK dengan penuh bangga mempersilakan Pn Rihan bt Mohd Salleh
meneruskan tirai persada ucapan, menyampaikan amanat , untaian kata
kalungan wacana, salam perpisahan buat kenang-kenangan insan yang bakal
ditinggalkan
Ulasan: Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian puan pengetua
menyampaikan ucapan buat kenang-kenangan.

7. UPACARA MENYARUNGKAN JUBAH DAN MEMOTONG PULUT KUNING OLEH


PENOLONG KANAN DAN GURU-GURU KANAN KEPADA PENGETUA

Sebagai tanda kenang-kenangan yang abadi, tanda kasih tidak bertepi buatmu
puan, majlis dengan ini mempersilakan Penolong Kanan Pentadbiran diiringi
guru-guru kanan tampil ke pentas untuk menyarungkan jubah kepada puan
pengetua. Majlis juga mempersilakan puan pengetua duduk di atas singgahsana
bagi upacara tersebut.
8. PERSEMBAHAN GURINDAM DARIPADA PK 1 DAN GKMP

9. PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PENGETUA . SILA RUJUK


LAMPIRAN(HANANI)

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

10. PENUTUP.
SESI PENGGAMBARAN( NORAZA)
Umpama memanjatkan dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima
Dalam pada itu, patut pula kami sampaikan.
Manusia mengandung salah
Mangandung cacat dan cela
Kalau kami tersalah cakap
Kalau kami patut tak dipatutkan
Kami mohon ampun
Kami susun jari nan sepuluh

Hadirin sekalian, (hanani)


Kalau ada sumur di ladang,
Elok rasanya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Dapat kita berjumpa lagi.
Majlis Anugerah persaraan Puan Rihan bt Mohd Salleh tamat di sini. Terima kasih
daun keladi. Terima kasih menjunjung budi. Saya sudahi dengan wabillahitaufik
walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hibawarakatuh.
__________________________________________________________________________

Contoh Teks Pengacaraan Majlis Persaraan.


TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI DAN PERSARAAN.

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi melayu turun temurun,
Pantun d tutur pembuka bicara.

Mengumumkan dan Mempersilakan yg di raikan Pn Norhamizan bt


Omardin,bersama-sama suami En Mohd Nordin b. Hj Harun, diiringi yg berusaha
Tn guru besar, sk seri setia Pn Fauziah bt Hussin untuk naik dan duduk d
singgahsana yg telah d khaskan d atas pentas ini. Dlpersilakan.

Sebgai tanda cinta akan Negara, majlis di mulakan dengan nyanyian lagu
negaraku.Para hadirin diminta berdiri tegak.

SELEPAS LAGU NEGARAKU


Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

BISMILLAHIRRAHMNIRRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SALAM 1 MALAYSIA.

Majlis terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada yang di raikan Pn


Norhamizan Bt Omardin serta suami, En Mohd Nordin b Hj Harun, di atas
kesudian menghadirkan diri ke majlis yg tak sepertinya ini merangkap majlis
jamuan aidilfitri dan persaraan. Majlis tidak lupa juga turut mengucapkan ribuan
terimakasih kepada wakil ahli jawatan kuasa PIBG..
Kerana sudi memeriahkan majlis ini .Untuk itu terimalah serangkap pantun
pantun dari saya,

Buah selasih di dalam puan,


Di bawa gadis ke tengah laman,
Takkan hilang jasamu tuan,
Menjadi ingatan sepanjg zaman.

Yang di raikan, Pn Norhamizan atau lebih mesra saya panggil Kak Mizan,
Dengarkan pantun dari saya

Cantik bergemerlapan batu permata, bertambah cantik di pakai orang,


Sudah bersua bertentang mata, apa khabar puan sekarang?

Hilang delima di seberang takir,Di ganti degan batu permata,


Pabila di tanya senyum terukir,Nampak berseri di pandang mata.

BACAAN DOA
Seterusnya untuk memberkati lagi majlis ini, marilah kita bersama-sama
mengaminkan doa yg akan di bacakan oleh ustaz Salman b Zahadi. Dengan
segala hormatnya di persilakan.

Aminn ya rabbal alaminn..


Bunga mawar cantik tersemat,
dipetik gadis ditepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Semuga majlis sentiasa diberkati.

SELEPAS DOA

TERIMA KASIH KEPADA UST SALMAN D ATAS BACAAN DOA ITU Tadi.

Sebagaimana yang tertulis pada latar belakang pentas ini,kita sedia maklum
bahawa majlis ini merupakan majlis sempena persaraan Pn Norhamizan bt Hj
Omardin, Yang mana hari ini merupakan hari terakhir beliau berada di sekolah
ini. Mulai minggu hadapan dan seterusnya, kita semua akan merindui kelibat
guru ini yang sinonim di kalangan rakan-rakan dengan gelaran Ratu Beg. Ini
menunjukkan betapa komitmen pn norhamizan terhadap tugasnya amat
terserlah dengan memastikan semua butir-butir berkaitan tugasnya akan
sentiasa di bawa setiap hari sehingga memerlukan 3 atau 4 beg untuk
membawanya.Nampaknya selepas ini mugkin terdapat calon lain yang
menunggu untuk mengambil alih gelaran ratu beg ini.

Baiklah untuk meneruskan majlis, di persilakan adik Khairul Falah b.


Shamsulbahrin tampil ke pentas untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili
semua pelajar di sekolah ini. Di persilakan.

Selepas ucapan wakil pelajar.

TERIMAKASIH d ATAS UCAPAN wakil pelajar itu tadi.

Seterusnya, Degan besar hati majlis menjemput yang Berusaha Tn guru besar
Sek Keb Seri Setia pn Fauziah bt Hussin tampil ke pentas untuk menyampaikan
ucapannya. Di persilakan.

SELEPAS UCAPAN GB
TERIMAKASIH YG Berusaha tn GURU Besar d ATAS UCAPAN ITU TADI.

Yang diraikan, pn norhamian,

Jasamu d kenang, budimu tak terbilang,


Semangatmu d julang, kepimpinanmu gemilang.

Begitulah yg boleh kita perkatakan atas segala bakti dan jasa yg dilakukan oleh
pn norhamizann sepanjang perkhidmatan beliau sebagai guru.Walaupun jika

diukur masa, kehadiran pn norhamizan di sekolah ini sekadar beberapa ketika


Cuma, namun janganlah kita lihat dan jadikan semata-mata itu sebagai
ukurannya, namun, bukalah mata dan sedarlah bahawa kehadiran guru ini dalam
bidang pendidikan sudah menjangkau 36 tahun lebih yang jika di banding
sebagai hayat manusia, ianya boleh merupakan seorang insan yg sudah dewasa
dan matang. Begitulah tersiratnya jasa dan bakti guru ini di hakikat
sebenarnya .Beliau telah melalui semua fasa dalam perkhidmatannya samada
fasa kegembiraan, kesedihan, kebuntuan, kejayaan , kegagalan dan sebaginya.

Hadirin sekalian,seterusnya adalah acara bacaan dan penyerahan watikah


persaraan yg akan disampaikan oleh Yang Berusaha Tn Guru Besar Sk Seri Setia
kepada Pn Norhamizan yg akan mendengar seterusnya menerima watikah
tersebut, Di persilakan.

SELEPAS PENYAMPAIAN WATIKAH.


Terima kasih Tn guru besar dan Pn Norhamizan .

Hadirin sekalian, bakti dan jasa pn norhamizan, terbukti sudah, kehadirannya


merupakan sebutir permata yg menyinari dunia pendidikan. kata nasihat tidak
pernah putus dari mulut beliau,bersama -sama dengan khidmat beliau yg tak
pernah kenal erti lelah,Hari ini kita bertuah kerana berpeluang untuk mendengar
ucapan dan kata-kata nasihat dari beliau. Marilah bersama-sama hayati barisan
ucapan terakhir beliau di sekolah ini pada hari ini dan ketika ini. Majlis dengan
syahdunya mempersilakan.

SELEPAS UCAPAN YanG Di RAIKAN

Malam hari berlagu unggas,


Memecah kesunyian di dalam hutan,
Walaupun terpisah tempat dan tugas,
Budimu tuan dalam ingatan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih d atas ucapan beliau itu tadi.

Seterusnya sebagai tanda ingatan dan kenangan dari kami, kita teruskan majlis
dengan penyampaian cenderamata. Untuk itu d jemput yg berusaha tn guru
besar diiringi oleh Pen kanan pentadbiran, Pn mardiah Mokhtar untuk
menyampaikan cenderamata kepada pn Norhamizan. Di persilakan.

Cenderamata yg pertama ini adalah cenderamata daripada pihak


pentadbirant.kasih kpd gb dn pk kerana sudi
menyampaikan hadiah.

Di persilakan pula YDP diiringi oleh Pk hem untuk menyerahkan cenderamata


kengan drp pibg sekolah kpd pn nprhamizan, d persilakan.T.kasih ydp dn pk hem
d atas pemberian hadiah itu td.

Seterusnya di sampaikan pula cenderamata daripada pengawas sekolah. Untuk


itu d persilakan wakil pengawas sek utk meyampaikan cenderama tersebut. d
persilakan.

Tidak lupa juga wakil dari pengawas pusat sumber yg turut ingin menyampaikan
cenderamata kenangan kpd pn norhamizan, utk itu wakil pengawas pss d
persilakan.

.
Diikuti pula cenderamata wakil pelajar tahap1 .

Dan akhir sekali tahap 2


.

Selepas penyampaian hadiah.

Majlis merakamkan terimakasih kepada Pn Norhamizan d atas kesudian beliau


menerima cenderamata itu tadi.Majlis juga turut mengucapkan terima kasih
kepada semua penyampai2 cenderamata itu tadi.

Tanam lengguna tumbuh kelapa, terbit bunga pucuk mati,


Budi puan kami tak lupa,
Sudah terpaku d dalam hati.

Hadirin sekalian, tiap pertemuan ada perpisahan, itu adat lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan, walau sukar untuk di telan,tapi kaki tetap
mengorak jalan, selagi khidmat diperlukan.

Dengan itu marilah kita saksikan sedikit biografi dan paparan skrin mengenai
yang di raikan Pn Norhamizan. Kita saksikan bersama-sama.

--------------------baca biografi -------------

Nyanyian dan persembahan murid

Seteusnya, Sebagai tanda penghargaan dari murid2 sk seri setia, kita


perdengarkan dan saksikan persembahan lagu-lagu daripada mereka khas
disampaikan untuk pn Norhamizan.dengan itu majlis mempersilakaan, pasukan
koir terdiri dari murid thn 6 untuk memperdengarkan lagu dari mereka. Dengan
berakhirnya lagu tadi,kini kita telahpun berada d penghujung acara.

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Diri kami ini dilupa jangan.

Hari ini bertanam jagung,


Hari esok bertanam serai,
Hari ini kita berkampong,
Hari esok kita bercerai,

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan,
Intailah saya antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan,

Majlis dengan ini mendoakan pn Norhamizan akan sentiasa sihat sejahtera dan
gembira bersama keluarga tercinta. Jika ada kelapangan hubungilah kami d sini
selalu. Kami mohon ribuan kemaafan d atas segala kekurangan dan kesilapan
jikamana kami terlanjur bicara, terlanjur terkata,

Andai ada jarum yg patah, jgn d simpan d dlm peti.


Andai ada silap dn salah jgn d simpan d dalam hati .

selamat hari raya dan Maaf zahir batin daripada saya. Sekian yg baik itu drp
Allah dan yg kurang itu drp diri sendiri. wassalamualaikum dan salam 1 malaysia.

Pergerakan murid membentuk barisan ke pintu luar.

Minta guru2 bersalaman dulu sblm sent off oleh murid.


______________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai