Anda di halaman 1dari 3

Ujian Iodin untuk karbohidrat

Tajuk : menentukan kehadiran kaji dalam makanan


Radas dan bahan : piring petri, larutan iodin dan tepung ubi kayu
Prosedur

1. Sespatula tepung ubi kayu dimasukkan dalam sebuah piring petri


2. Beberapa titik larutan iodin dititiskan ke dalamnya.
3. Sebarang perubahan dicatatkan.

Pemerhatian:
Di akhir eksperimen, warna biru tua terbentuk pada teping ubi kayu
perbincangan :
1. Ujian iodin juga boleh dilakukan ke atas ubi kentang dan sekeping roti,
hanya titiskan larutan iodin ke atas sampel makanan. Pembentukan warna
biru tua mengesahkan kehadiran kanji
2. Apabila ujian iodine dijalankan ke atas sampel makanan yang tidak
mengandungi kanji, warna kuning iodin tidak akan berubah.
Kesimpulan :
Tepung ubi kayu mengandungi kanji

Ujian Millon untuk protein

Tajuk : Menentukan kehadiran protein dalam makanan


Radas dan bahan :
Pemegang tabung uji, kukus air, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, bahan uji
Millon dan larutan albumen

Bahan uji
Millon

Larutan
albumen
yang
dipanaskan

Prosedur :
1.
2.
3.
4.

Kira-kira 5 ml larutan albumen dimasukkan ke dalam tabung uji


Beberapa titisan bahan uji Millon ditambahkan ke dalam tabung uji
Campuran tersebut dipanaskan dalam rendaman air.
Sebarang pemerhatian diperhatikan dan pemerhatian dicatatkan

Pemerhatian :

Di akhir eksperimen, mendakan merah bata terbentuk pada larutan albumen.

Perbincangan :
1. Dalam ujian Millon , sebarang perubahan mendakan merah, sama ada
merah bata atau merah muda diterima sebagai keputusan positif.
2. Mendakan terhasil kerana protein dinyahaslikan oleh suhu tinggi dan
menjadi tidak terlarut.
Kesimpulan :
Larutan albumen mengandungi protein.
Ujian tompok gris untuk lipid

Tajuk : menentukan kehadiran lipid dalam sampel makanan.


Radas dan bahan : kertas turas, penitis dan minyak masak
Prosedur :
1. Setitik minyak masak dititiskan ke atas kertas turas. Setitik air pula
dititiskan ke atas ketas turas yang lain.
2. Kedua-dua helai kertas turas dibiarkan kering di bawah kipas selama kirakira 30 minit.
3. Kertas turas dipegang menentang cahaya. Sebarang perbezaan pada
kedua-dua helai kertas turas diperhatikan.
4. Pemerhatian dicatatkan

Pemerhatian :
Tompok lutsinar dapat diperhatikan pada kertas turas yang telah dititiskan
dengan minyak masak.
Kesimpulan :
Minyak masak mengandungi lipid

Anda mungkin juga menyukai