Ucapan Murid - Hari Guru

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN WAKIL MURID SEMPENA HARI GURU 2012

Assalamualaikum w.t.h dan Selamat sejahtera,


Yang Berusaha Puan Pen. Kanan 1 Pn. Azizah bt. Abdul Aziz, Pen. Kanan
HEM Pn. Roslinda bt. Mohd Khalib, Pen. Kanan Kokurikulum Ust.
Norhaisham b. Mat, Pen . Kanan Kelas Khas Pn. Nor Aziah bt Wan Yusuf,
Yang diraikan barisan guru-guru yang kita hormati dan sayangi dan rakanrakan sekalian.
Saya ingin merakamkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana
menjemput saya mewakili murid SK. Sungai Rambai untuk memberikan
sepatah dua kata sempena Hari Guru yang diraikan pada pagi yang mulia
ini.
Bersyukur kepada Tuhan kerana pada tahun yang cemerlang ini, kita
warga SK. Sungai Rambai berpeluang mengadakan sambutan Hari Guru
bersama-sama untuk meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru.
Sebelum meneruskan ucapan saya, dengarkan pantun ini
A-B-C dan alif ba ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Dilatih-tubi sampai dapat
Pantun tersebut menggambarkan kegigihan guru-guru mengajar
kami yang serba kerkurangan di sini tanpa kenal penat dan lelah. Gurulah
yang mengenalkan kami huruf A-Z dan angka 1 hingga 100. Mengajar
kami mengenal suku kata hinggalah dapat membaca dan mengajar kami
operasi-operasi matematik hingga kami dapat mengira.
Tanpa guru-guru mengajar kami, kami mungkin gagal dalam
pelajaran, seterusnya dalam hidup. Kami amat terharu akan jasa dan
pengorbanan guru-guru. Komitmen guru-guru amat tinggi dalam
memastikan kecemerlangan kami hingga sanggup mengorbankan wang

ringgit, masa dan tenaga dengan mengadakan kelas tambahan, kelas


intensif dan pelbagai program untuk membimbing kami.
Selain dalam bidang pelajaran, guru juga berperanan membentuk
peribadi mulia di kalangan kami. Tujuannya hanya satu, iaitu menjadikan
kami cemerlang dalam bidang dan juga cemerlang dalam akhlak kami.
Cuba fikirkan sejenak, adakah selama ini kita berbuat sesuatu untuk
guru-guru kita? Adakah kita sentiasa mendengar nasihat mereka? Oleh itu
saya menyeru kepada rakan sekalian sentiasa menghargai guru dan
mengenang jasa mereka yang ibarat ibu bapa kita di sekolah. Setidaktidaknya jadilah manusia yang berguna kepada bangsa dan negara pada
masa hadapan sebagai tanda penghargaan kita kepada mereka.
Akhir sekali, sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran,
saya berdoa agar SK . Sg Rambai terus cemerlang dan lebih gagah
menghadapi cabaran serta mencapai matlamat menjadi sekolah terbaik
bukan sahaja peringkat daerah, tetapi peringkat negeri.
Semoga dengan keizinan Tuhan, guru-guru kita sentiasa diberkati,
sihat dan sejahtera.
Sebelum saya mengundur diri, ini ada sebuah pantun daripada saya.
Lima enam tujuh lapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!
Sekian. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai