Anda di halaman 1dari 9

KEMAHIRAN ASAS

KAUNSELING:
KEMAHIRAN MEMBUAT
INTERPRETASI
Disediakan Oleh:
Nurfarihin Mohd Kholid
Azizul Hakim Muda
Unit:
PISMP BM 2

DEFINISI
Salah satu cara untuk kaunselor membuat
maklumbalas atau feedback kepada
klien mereka.
Kaunselor akan menjelaskan makna dan
maksud tersirat dalam mesej klien dari
perspektif yang baru yakni dari perspektif
kaunselor.

DEFINISI
Menjelaskan kenyataan yang dibuat oleh
klien selepas dapat memahami maksud
atau perasaan yang tersembunyi di mana
klien sendiri mungkin tidak menyedarinya
baik secara sengaja atau pun tidak
sengaja.
Celik akal klien akan muncul apabila
kaunselor memberi tafsirannya kepada
klien

TUJUAN
Untuk membantu klien mentafsir
peristiwa yang pernah berlaku kepada
mereka.
Klien pula akan dapat melihat perkara
yang tidak dapat dilihatnya dengan
mudah, tersorok atau tidak disedarinya.

MEMBUAT
INTERPRETASI

Kaunselor menawarkan satu bentuk


ruang rujukan (perspektif) yang baru.
Masalah adalah sama, yang diubah
adalah persepsi iaitu dengan memberi
alternatif atau wawasan kepada perkara
yang diperkatakan.
Mengenalpasti perhubunganperhubungan antara mesej-mesej dan
tingkahlaku klien yang berterus-terang
dan yang berbentuk kiasan.

MEMBUAT
INTERPRETASI

Membantu klien untuk lebih memahami


perkara-perkara yang tidak dapat dilihat
(tersirat) dengan mudah.
Menokok tambah pemahaman diri klien
atau memberi wawasan (celik akal)
supaya klien dapat mencapai perubahan
yang diingini

CONTOH

Jadi, saya simpulkan bahawa perbuatan


awak itu bertujuan untuk membalas
dendam. Mungkin awak tidak menyedari
yang perbuatan awak itu akan
merosakkan hubungan dengan keluarga
awak. Dan sekarang pula awak cuba
pula untuk meraih simpati mereka
akibat perbuatan yang dilakukan oleh
awak itu.

KELEMAHAN

Kaunselor cenderung untuk membuat


tafsiran yang salah jika tidak begitu
mahir dan seterusnya akan
mengakibatkan matlamat asal sesi
kaunseling itu tidak dapat dicapai.

RUMUSAN
Seorang kaunselor yang bijak dan baik
sepatutnya menguasai kesemua kemahiran
yang ada untuk membantu klien.
Namun demikian, jika kemahiran ini tidak
dikuasai sepenuhnya ia akan mendatangkan
kesan kepada sesi kaunseling dan seterusnya
matlamat asal yang ditetapkan pada permulaan
sesi tidak akan dapat dicapai.
Kegagalan untuk membantu klien akan
menyebabkan keadaan klien bertambah sukar.

Anda mungkin juga menyukai