Anda di halaman 1dari 12

SKOP KERJA

UMUM
1.1

Kontraktor dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang berkaitan


di sekolah semasa membuat kerja-kerja pembekalan, penghantaran,
pemasangan,
pengkonfigurasian,
pengujian,
pentauliahan,
penyelenggaraan dan latihan di sekolah yang terlibat.

1.2

Sebarang kecacatan/kerosakan yang berlaku yang disebabkan oleh


pihak Kontraktor semasa kerja-kerja pembekalan dan pemasangan
dibuat oleh Kontraktor hendaklah dibaikpulih tanpa sebarang kos
tambahan kepada Kerajaan.

1.3

Kontraktor hendaklah menyediakan tenaga kerja yang mempunyai


kemahiran, pengetahuan teknikal dan mengetahui skop kerja yang
perlu dilakukan.

1.4

Setiap peralatan yang dibekalkan hendaklah diselaraskan dengan


perubahan umum teknologi komunikasi dan rangkaian yang
berasaskan Web Based Cloud Technology tanpa sebarang
penambahan kos dan boleh digunakan sepanjang tempoh jaminan
selama tiga (3) tahun.

1.5

Cadangan tersebut mestilah memenuhi lima (5) elemen penting iaitu:

1.6

(a)

Sistem yang ditawarkan mestilah memenuhi segala keperluan


dengan mengambil kira keperluan masa hadapan dan bertahan
lama (system of the future) sekurang-kurangnya teknologi tidak
berubah dalam tempoh lama (tiga (3) tahun);

(b)

Proses Pengajaran dan Pembelajaran lebih baik dari segi


penyampaian pembelajaran kepada murid (better system) dari
sistem sedia ada dan diterima pakai oleh guru/sekolah;

(c)

Sistem mudah untuk diurus, diselenggara dan mudah


dilaksanakan (easy to manage, maintain and implement);

(d)

Tidak membebankan guru untuk mengurus dan menyelenggara


peralatan; dan

(e)

Harga dan kos pelaksanaan bagi cadangan penyelesaian (cost


effective)

Mana-mana skop kerja yang tidak diperincikan hendaklah dirujuk


kepada pendekatan yang dilaksanakan semasa Proof Of Concept
(POC).

1.7

Menukarkan sistem pengoperasian yang rosak (corrupted) di komputer


riba PPSMI kepada sistem pengoperasian berasaskan Linux dengan
pelayar (browser) Chrome jika perkakasan berkenaan masih boleh
berfungsi dengan baik, memenuhi keperluan minimum sistem
pengoperasian dan ketersediaan pemacu peranti (device driver).
Tanggungjawab Kontraktor adalah terhad kepada pembekalan perisian
pelayar Chrome berasaskan OS Linux sahaja di dalam bentuk salinan
cakera padat (CD) atau thumbdrive termasuk salinan garis panduan
pemasangan untuk diedarkan ke sekolah-sekolah yang terbabit. Pihak
kontraktor tidak terbabit dengan pemasangan perisian ini di komputer
riba PPSMI yang terlibat.

SKOP KERJA
2.1

Pembekalan
(a)

Kontraktor hendaklah membekalkan peralatan mengikut kuantiti


dan spesifikasi yang dinyatakan di Kuantiti Bil (Bill of Quantity).

(b)

Semua peralatan yang dibekalkan hendaklah daripada


pengeluaran yang terbaru dan bebas daripada sebarang
kecacatan. Kontraktor hendaklah menggantikan peralatan yang
dibekalkan dengan peralatan yang baru sekiranya didapati
peralatan yang dibekalkan semasa penghantaran tidak
berfungsi dengan baik atau rosak.

(c)

Tempoh pembekalan keseluruhan peralatan adalah selama


seratus lapan puluh (180) hari kalendar bermula dari tarikh
surat setuju terima dikeluarkan. Kontraktor hendaklah
menyediakan jadual pelaksanaan dan senarai pegawai untuk
dihubungi semasa pelaksanaan projek ini.

(d)

Kontraktor hendaklah memastikan pekerja-pekerja Kontraktor


mematuhi etika pakaian dan peraturan-peraturan yang
ditetapkan di premis pengguna. Kad pekerja hendaklah dipakai
dan dipamerkan sepanjang tempoh berada di tapak.

(e)

Kontraktor hendaklah memberikan jadual pembekalan untuk


setiap lokasi kepada Kerajaan dalam tempoh empat belas (14)
hari sebelum pembekalan dibuat supaya premis pengguna
dapat dimaklumkan terlebih dahulu.

(f)

Kontraktor hendaklah menyediakan dan melengkapkan kad


daftar harta modal bagi peralatan yang dibekalkan mengikut
format kewangan Kerajaan KEW-PA2 dan diserahkan kepada
guru ICT di sekolah untuk semakan dan pengesahan. Format ini
akan diberikan oleh pengguna kepada Kontraktor.

(g)

Bagi hal pembekalan yang lewat diserahkan, dipasang, diuji,


ditauliahi (mana-mana yang berkenaan) oleh Kontraktor,
Kerajaan boleh melaksanakan mana-mana satu atau apa-apa
gabungan dua atau lebih tindakan yang berikut:
(i)

Menolak pembekalan itu, menamatkan Perjanjian ini dan


merampas Bon Pelaksanaan; atau

(ii)

Membeli pembekalan yang dikehendaki itu daripada


punca-punca lain dan menolak pembekalan yang dibuat
oleh Kontraktor. Bagi hal yang sedemikian, jika kos
memperolehi pembekalan itu daripada punca-punca lain
melebihi harga dalam Perjanjian ini, Kontraktor
dikehendaki membayar amaun yang lebih itu sebagai
pampasan kepada Kerajaan; atau

(iii)

Setuju menerima pembekalan yang lewat itu dan


mengenakan denda lewat seperti formula atau kaedah
yang berikut:
Denda

2.2

V(T+D) x 5%
T

Nilai pembekalan yang lewat

Tempoh masa pembekalan (dalam hari)

Bilangan hari lewat

Penghantaran
(a)

Waktu dan hari penghantaran hendaklah menepati waktu dan


hari bekerja di negeri/lokasi yang terlibat. Waktu bekerja adalah
bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Hari bekerja
mengikut negeri adalah seperti berikut:
BIL

NEGERI

(i)

Kedah

(ii)

Kelantan

(iii)

Terengganu

(iv)

Perlis

(v)

Pulau Pinang

(vi)

Perak

HARI BEKERJA
Ahad - Khamis
(Kecuali cuti am negeri
atau kebangsaan)

Isnin - Jumaat
(Kecuali cuti am negeri
atau kebangsaan)

2.3

BIL

NEGERI

(vii)

Selangor

(viii)

Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

(ix)

Negeri Sembilan

(x)

Melaka

(xi)

Johor

(xii)

Pahang

(xiii)

Sabah

(xiv)

Sarawak

HARI BEKERJA

(b)

Pihak kontraktor hendaklah memaklumkan kepada pihak


JPN/PPD/sekolah sekurang-kurangnya satu (1) hari sebelum
penghantaran dibuat.

(c)

Lokasi penghantaran adalah mengikut lokasi yang dinyatakan di


dalam Senarai Agihan. Sebarang perubahan lokasi adalah
tertakluk kepada arahan Kerajaan dari semasa ke semasa.

(d)

Kontraktor perlu menyerahkan senarai semak peralatan atau


salinan pesanan Kerajaan kepada pegawai penerima yang
berada di lokasi penghantaran.

(e)

Sijil Akuan Penerimaan hendaklah ditandatangani oleh pegawai


penerima di lokasi penghantaran dan disahkan oleh ketua
jabatan/bahagian/agensi hanya setelah peralatan dipasang, diuji
dan ditauliah.

Pemasangan
(a)

Perkakasan yang dibekalkan hendaklah dipasang dengan


sistem operasi yang ditetapkan. Kontraktor hendaklah
memastikan sistem operasi yang dipasang lengkap dengan
patches terkini.

(b)

Kontraktor
hendaklah
menyediakan
Virtual
Desktop
Infrastructure (VDI) dan memberikan kemudahan kepada
pembekal perisian untuk membuat pemasangan perisianperisian lain yang diperolehi oleh Kerajaan antaranya seperti
perisian-perisian berikut:

(i)

Microsoft Corporation (Office, Project, Visio dan lain-lain


yang berkenaan) atau setara atau lebih tinggi (equivalent
or higher);

(ii)

Adobe System (Photoshop, Illustrator, InDesign,


Dreamweaver dan lain-lain yang berkenaan) atau setara
atau lebih tinggi (equivalent or higher);

(iii)

Autodesk Incorporation (AutoCad, 3D MaxDesign.


CoralDraw dan lain-lain yang berkenaan) atau setara
atau lebih tinggi (equivalent or higher); dan

(iv)

Apa-apa perisian yang diperlukan untuk tujuan


pembelajaran dan pengajaran yang bersesuaian dengan
kurikulum semasa.

Untuk penjelasan, skop pihak kontraktor hanya melibatkan


pemasangan VDI secara one time off tertakluk kepada
ketersediaan dan sumber-sumber yang sediada di dalam
1BestariNet Hosting Cloud.
(c)

Kos bagi pelesenan, pengurusan, penyelenggaraan dan


pengendalian bagi perisian yang tersebut di atas tidak termasuk
dalam skop Kontraktor dan disediakan oleh pihak pembekal
perisian.

(d)

Sebarang perubahan perisian adalah tertakluk kepada


keperluan Kerajaan dari masa ke semasa dan akan
dimaklumkan kepada Kontraktor.
Skop Kontraktor hanya
melibatkan membenarkan akses kepada para pembekal
dan/atau pemasang perisian/aplikasi berkenaan agar mereka
boleh membuat pemasangan di VDI yang disediakan.

(e)

Kontraktor dikehendaki menyediakan Wireless Local Area


Network (WLAN) bagi menghubungkan perkakasan-perkakasan
yang berada di dalam rangkaian setempat. Skop kontraktor
adalah terhad kepada menghubungkan suis rangkaian setempat
sedia ada yang berfungsi kepada peralatan WLAN yang
dibekalkan.

(f)

Kontraktor hendaklah melaksanakan pengkabelan dan


memasang peralatan tambahan seperti router, switch, wireless
AP, network management system atau apa-apa perkakasan lain
yang bersesuaian yang diperlukan bagi memastikan WLAN
berfungsi secara menyeluruh tanpa melibatkan sebarang kos
tambahan kepada Kerajaan. Skop ini adalah terhad kepada
pembekalan Standard Lab Configuration yang merangkumi
seperti berikut :

(i)

41 unit Chromebook

(ii)

1 unit Chrome Cart

(iii)

1 unit content cache appliance

(iv)

1 unit Superzoom

(v)

1 unit Wifi Access Point; dan

(vi)

1 pakej sambungan Internet 4Mbps selama 12 bulan

Skop ini adalah juga terhad kepada menghubungkan suis


rangkaian setempat sedia ada yang berfungsi kepada peralatan
WLAN yang dibekalkan.

2.4

(g)

Setiap perkakasan yang dibekalkan hendaklah boleh


dihubungkan terus kepada internet tanpa had dimana-mana
kawasan sekolah tanpa sebarang penambahan kos tertakluk
kepada penggunaan bersepadu sebagai satu Standard Lab
Configuration.

(h)

Setiap perkakasan yang dibekalkan hendaklah boleh akses


kepada aplikasi atau perisian yang dipasang di cloud atau di
dalam rangkaian setempat tanpa had pada bila-bila masa
tertakluk kepada penggunaan bersepadu sebagai satu
Standard Lab Configuration.

Pengkonfigurasian
(a)

Semua perkakasan dan perisian yang dibekalkan dan dipasang


oleh Kontraktor hendaklah dikonfigurasi supaya boleh
digunakan oleh pengguna tanpa sebarang pembetulan atau
modifikasi.

(b)

Semua perkakasan dan perisian yang dibekalkan oleh


kontraktor hendaklah dikonfigurasi supaya boleh dihubungkan
kepada WLAN dan rangkaian internet.

(c)

WLAN hendaklah dikonfigurasi supaya boleh menghubungkan


semua perkakasan dan perisian yang dibekalkan oleh
Kontraktor yang berada dalam rangkaian setempat.

(d)

Setiap perkakasan yang dibekalkan hendaklah dikonfigurasikan


supaya boleh mendapat akses kepada internet di mana-mana
kawasan di premis sekolah tanpa had tertakluk kepada
penggunaan bersepadu sebagai satu Standard Lab
Configuration.

2.5

2.6

(e)

Setiap perkakasan hendaklah dikonfigurasikan supaya boleh


akses kepada aplikasi pembelajaran maya di mana-mana
kawasan di premis sekolah tanpa had tertakluk kepada
penggunaan bersepadu sebagai satu Standard Lab
Configuration.

(f)

Kontraktor
juga
dikehendaki
mengkonfigurasi
dan
menghubungkan segala perkakasan yang dibekalkan oleh pihak
Kontraktor kepada perkhidmatan cloud computing sepanjang
tempoh jaminan iaitu selama tiga (3) tahun.

(g)

Kontraktor hendaklah memastikan data storan di cloud diurus


dan diselenggara serta disesuaikan dengan 1BestariNet.

(h)

ID pengguna sedia ada hendaklah dikonfigurasi selaras dengan


ID Virtual Learning Environment (VLE) 1BestariNet.

Pengujian Dan Pentauliahan


(a)

Kontraktor dikehendaki melakukan pengujian ke atas semua


perkakasan, perisian serta peralatan yang dipasangkan di
premis pengguna.

(b)

Kontraktor perlu menyediakan senarai semak pengujian dan


diserahkan kepada Kerajaan untuk semakan sebelum pengujian
dibuat. Senarai semak pengujian hendaklah diserahkan kepada
pegawai penyemak di premis pengguna bersama-sama Sijil
Pengujian dan Pentaulihan untuk pengesahan.

(c)

Kontraktor hendaklah menggantikan mana-mana perkakasan,


perisian, sistem aplikasi atau mana-mana kerja pemasangan
yang tidak berfungsi dengan baik atau tidak mengikuti
spesifikasi yang ditetapkan semasa pengujian dibuat.

(d)

Sijil Pengujian dan Pentauliahan hanya akan ditandatangani


oleh guru besar/pengetua/pegawai yang diberi kuasa setelah
perkakasan, perisian, sistem aplikasi serta segala kerja-kerja
pemasangan telah diujilari dan didapati berfungsi dengan
sempurna.

Taklimat Penggunaan, Latihan Dan Pengemaskinian Teknologi


(a)

Kontraktor dikehendaki menyediakan modul latihan, jadual


latihan serta kaedah pelaksanaan latihan dan diserahkan
kepada Kerajaan untuk persetujuan sebelum latihan
dilaksanakan.

(b)

Taklimat penggunaan (dua (2) orang per lokasi) hendaklah


dibuat di premis pengguna merangkumi perkara-perkara berikut:
(i)

Penggunaan peralatan;

(ii)

Penggunaan sistem operasi;

(iii)

Fungsi pentadbir (Administrator) atau guru untuk


mengawal dan memantau penggunaan aplikasi serta
perisian oleh setiap pengguna;

(iv)

Penggunaan aplikasi cloud computing dan rangkaian


setempat; dan

(v)

Cara pengendalian terbaik (best use practice)

Sebagai penjelasan, latihan ini akan dilaksanakan semasa


penghantaran & pentauliahan perkakasan di sekolah dan hanya
akan merangkumi latihan persediaan perkakasan, fungsi-fungsi
& ciri-ciri asas perkakasan termasuk pengecasan dan
penyimpanan peralatan yang dibekalkan serta akses ke
1BestariNet dan Frog VLE.
(c)

Kontraktor dikehendaki menyediakan dokumen latihan kepada


semua peserta secara atas talian (online) dan boleh dicetak
oleh pengguna pada bila-bila masa diperlukan. Sebarang
perubahan kandungan latihan adalah tertakluk kepada
keperluan semasa.

(d)

Kontraktor juga dikehendaki melaksanakan pengemaskinian


teknologi (Technology Update) kepada Bahagian / Jabatan /
Agensi yang terlibat merangkumi perkara-perkara berikut:
(i)

Pengenalan kepada produk;

(ii)

Maklumat-maklumat
semasa ke semasa;

(iii)

Program kesedaran (Awareness Program) kepada pihak


pengurusan KPM;

(iv)

Technology Route Map oleh Google Inc. bagi tempoh tiga


(3) tahun; dan

(v)

Technology Update kepada pihak Kerajaan hendaklah


dibuat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun di dalam
negara dan dua (2) kali setahun di luar negara dengan
jumlah enam (6) orang bagi setiap sesi.

terkini

berkenaan

produk

dari

Skop ini tertakluk kepada peruntukan yang selaras dengan


Jadual Harga yang ditetapkan di Lampiran A.

2.7

(e)

Kontraktor dikehendaki menyerahkan cadangan pelan


pemindahan teknologi kepada Kerajaan untuk persetujuan
selewat-lewatnya dalam tempoh masa empat belas (14) hari
sebelum bengkel tersebut dilaksanakan.

(f)

Segala kos yang terlibat bagi pemindahan teknologi termasuk


jurulatih, tempat latihan, nota, penginapan, makan-minum dan
lain-lain hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Kontraktor,
selaras dengan peruntukan di dalam Jadual Harga yang
ditetapkan di Lampiran A.

Penyelenggaraan Dalam Tempoh Jaminan


(a)

Waktu dan hari meja bantuan (helpdesk) hendaklah boleh


dihubungi mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam (Isnin
hingga Jumaat)

(b)

Kontraktor
dikehendaki
memberikan
penyelenggaraan
pembaikan yang merangkumi penghantaran penggantian
peranti/peralatan yang terlibat tertakluk kepada Standard
Manufacturer Warranty secara percuma bagi segala peralatan
yang rosak sepanjang tempoh jaminan (warranty). Jaminan
adalah termasuk kos alat ganti, peralatan, pengangkutan dan
tenaga kerja.

(c)

Tempoh jaminan bagi peralatan yang dibekalkan adalah selama


tiga (3) tahun daripada tarikh Sijil Pengujian Dan Pentauliahan
(SPP) ditandatangani. Jika berlaku kerosakan semasa dalam
tempoh jaminan, Kontraktor dikehendaki memperbaiki peralatan
tersebut tanpa sebarang kos tambahan kepada Kerajaan.

(d)

Kontraktor hendaklah memastikan segala aplikasi dan perisian


yang di bekalkan dan di pasang di cloud atau rangkaian
setempat diselenggara dengan baik supaya aplikasi dan
perisian tersebut boleh digunakan sepanjang masa.

(e)

Kontraktor dikehendaki menyediakan meja bantuan secara


online dan talian telefon yang boleh dihubungi oleh pengguna
untuk membuat aduan kerosakan sepanjang tempoh jaminan
selama tiga (3) tahun. Meja bantuan ini perlulah diintegrasikan
dengan meja bantuan (helpdesk) 1Bestarinet.

(f)

Kontraktor hendaklah menyediakan online supporting portal


yang boleh diakses oleh Kerajaan pada bila-bila masa untuk
tujuan aduan dan pemantauan sepanjang tempoh jaminan
selama tiga (3) tahun. Portal tersebut hendaklah mempunyai
keupayaan untuk mencetak rekod.

(g)

Jika kerosakan tidak dibaiki dalam tempoh masa empat belas


(14) hari (Turnaround Time), maka Kontraktor hendaklah
menggantikan Peralatan yang rosak tersebut dengan peralatan
baru yang sama atau lebih spesifikasi, keupayaan dan
kegunaan.

(h)

Sekiranya Kontraktor gagal mengganti / membaiki peralatan


berkenaan dengan memuaskan maka Kerajaan boleh sama
ada:
(i)

Mendapatkan mana-mana orang berkelayakan bagi


mengganti / membaiki alat-alat itu di mana semua kos
yang kena bayar bagi tujuan tersebut hendaklah
ditanggung oleh Kontraktor; dan/atau

(ii)

Memulangkan alat berkenaan dan Kontraktor hendaklah


membayar denda, pampasan dan kos-kos yang terlibat
dengan pemulangan itu; dan/atau

(iii)

Sekiranya kelambatan penggantian / pembaikan manamana alat yang tidak mengikut spesifikasi dengan
memuaskan maka Kerajaan boleh mengenakan denda
terhadap Kontraktor seperti jadual berikut:Bil

Perkara

Denda

1.

Lewat 1 7 Hari

5 % daripada harga peralatan

2.

Lewat 8 14 Hari

10 % daripada harga peralatan

3.

Lewat > 14 Hari

Peralatan perlu diganti baru.


Jika tidak, Kontraktor akan
didenda bersamaan dengan
nilai peralatan tersebut.

*Kelewatan dikira bermula dari tarikh tamat tempoh


turnaround time.
(i)

Laporan-laporan mengenai kerosakan berserta kerja-kerja


pembaikan dan penggantian hendaklah dikemukakan kepada
Kerajaan setiap bulan.

(j)

Kontraktor hendaklah mendapatkan jaminan daripada pihak


principal bagi setiap peralatan yang dibekalkan.

2.8

Pemantauan dan Dokumentasi


(a)

Mesyuarat pemantauan akan diadakan pada setiap minggu


untuk tiga bulan pertama.

(b)

Pihak kontraktor hendaklah menyediakan satu pasukan khas


sepanjang tempoh kontrak ini selama tiga (3) tahun.

(c)

Kontraktor hendaklah memastikan bahawa segala rekod


berkenaan pembekalan ini diselenggara dengan baik dan
diserahkan kepada Kerajaan. Dokumen-dokumen tersebut
adalah seperti berikut:
(i)

Project Charter diserahkan semasa mesyuarat kick-off


iaitu selepas empat belas (14) hari dari tarikh surat setuju
terima;

(ii)

Manual pengguna bagi setiap peralatan yang dibekalkan


diserahkan semasa taklimat penggunaan;

(iii)

Dokumentasi teknikal bagi membolehkan kerajaan


menguruskan peralatan-peralatan yang dibekalkan oleh
Kontraktor antaranya konfigurasi IP, aplikasi, ID
pengguna (user ID), kata laluan (password) dan lain-lain
yang berkenaan selepas kerja-kerja pemasangan,
pengujian dan pentauliahan selesai bersama-sama Sijil
Akuan Penerimaan dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan;

(iv)

Rekabentuk dan diagram rangkaian setempat serta


sambungan internet di setiap premis pengguna selepas
kerja-kerja pemasangan, pengujian dan pentauliahan
selesai dikemukakan bersama-sama Sijil Akuan
Penerimaan dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan;

(v)

Senarai peralatan yang dibekalkan diserahkan selepas


kerja-kerja pemasangan, pengujian dan pentaulihan
selesai bersama-sama Sijil Akuan Penerimaan dan Sijil
Pengujian dan Pentauliahan;

(vi)

Laporan Kemajuan Projek dikemukakan setiap bulan


kepada pihak Kementerian; dan

(vii)

Laporan-laporan kerosakan dan pembaikan diserahkan


pada setiap bulan.

Pembayaran
3.1

3.2

Pembayaran bagi setiap pembekalan yang telah disempurnakan akan


dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh invois dan
semua dokumen sokongan lengkap diterima. Tuntutan kontraktor
hendaklah disokong oleh dokumen-dokumen berikut:(a)

Sijil Akuan Penerimaan (SAP) sebagai pengesahan bahawa


peralatan telah diterima berada dalam keadaan baik dan
memenuhi spesifikasi yang ditetapkan; dan

(b)

Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) sebagai pengesahan


bahawa kerja-kerja pemasangan, pengkonfigurasian, pengujian
dan pentauliahan telah dibuat dan peralatan tersebut boleh
berfungsi dengan sempurna serta memenuhi spesifikasi yang
ditetapkan.

Pembayaran kepada Kontraktor tidak boleh dianggap sebagai


perakuan bahawa pembekalan yang telah dibuat adalah mengikut
kualiti yang dikehendaki dan tidak melepaskan Kontraktor daripada
tanggungjawab yang berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai