Anda di halaman 1dari 2

(b) PROSES SISTEM AGIHAN AIR

Sistem

agihan air yang baik amat penting untuk memastikan

pengguna mendapat kualiti air yang bersih, kuantiti air yang mecukupi, dan
kos yang berpatutan serta mudah untuk diselenggara. Sistem agihan air
diagihkan mengikut prosedur yang telah ditetapkan untuk pengguna
mendapat bekalan air yang baik dan mencukupi. Proses pengagihan air
dilakukan apabila air dari loji yang telah dirawat dan dibersihkan dihantar
atau dialirkan ke dalam tangki simpanan utama.

Tangki simpanan air utama berfungsi untuk menyimpan air yang telah
dirawat dan air yang telah dibersihkan daripada bakteria bagi tujuan apabila
berlaku sebarang kecemasan iaitu berlaku gangguan bekalan air pada bilabila masa. Tangki simpanan dapat menyamakan kadar alir air, menyamakan
kadar pengepaman harian air, dan mengagihkan atau menyamakan tekanan
akibat turun naik permintaan air. Tangki simpanan ini juga sebagai tangki
pemecah tekanan kerana aliran air dari loji masuk ke dalam tangki simpanan
mempunyai tekanan yang tinggi dan berlaku pemecah tekanan ketika air
tenang yang memenuhi ruang tangki tersebut. Dan akan berlaku tekanan
semula apabila kandungan air di dalam tangki simpanan dialirkan ke tangki
pengimbang dengan menggunakan komponen saliran paip hantaran.

Setelah air dari tangki penyimpan diagihkan ke tangki pengimbang,


tangki pengimbang tersebut akan menjalankan proses pengepaman air ke
tangki perkhidmatan. Tangki pengimbang bertujuan untuk mengimbangkan
air ke tangki perkhidmatan. Mengimbangkan air ke tangki perkhidmatan
bermaksud membahagikan atau megagihkan air ke mana-mana tangki
perkhidmatan melalui kompenan saliran paip agihan. Seterusnya diagihkan

atau dialirkan melalui paip retikulasi yang terdapat pada setiap kwasan yang
memerlukan perkhidmatan air tersebut. Sekiranya berlaku pengurangan
isipadu pada mana-mana tangki perkhidmatan, air akan mengalir masuk dari
tangki pengimbang. Dengan adanya tangki ini, kadar alir ke tangki
perkhidmatan dapat dikekalkan turusnya di antara dua tangki. Tangki
perkhidmatan terdapat di kilang-kilang, sekolah, pusat beli belah, masjid,
balai polis, dan balai bomba.

Setelah proses-proses pengagihan air dari loji rawatan air ke tangki


penyimpanan seterusnya ke tangki pengimbang dan dipamkan air ke tangki
perkhimatan serta kepada pengguna. Dengan adanya sistem agihan air,
pengguna dapat menikmati bekalan air dengan kualiti bekalan air yang baik
dan kuantiti yang mencukupi.

Anda mungkin juga menyukai