Jurnal-Kajian-Tindakan HOKI PDF

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 7

PENGGUNAAN MODEL TGfU BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMUKUL DALAM

PERMAINAN HOKI

Oleh:
25
26
Nor Sahidah Binti Mohamad Ali & Mek Yam Binti Yusof
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan Model TGfU bagi meningkatkan kemahiran memukul
dalam permainan hoki. Subjek terdiri daripada 20 orang murid tahun 4 SK Padang Hiliran Kuala
Terengganu. Data diperoleh secara kuatitatif dan kualitatif melalui instrumen Ujian Pukulan Leret 12
Meter menerusi Ujian Pra dan Pasca dan pemerhatian berstruktur. Data dianalisis menggunakan
program berbantukan komputeruntuk mendapatkan min, sisihan piawai, peratusan dan Ujian-T. Hasil
analisis data mendapati peningkatan skor min sebanyak 3.10 0.79 bagi Ujian Pukulan Leret 12 meter.
Ujian-T Sampel Berpasangan digunakan bagi menilai perbezaan data Ujian Pra dan Pasca dengan aras
signifikan p < 0.05. Hasilnya, nilai p = 0.00 kurang daripada aras yang ditetapkan jelas memperlihatkan
perbezaan prestasi bagi kedua-dua ujian. Nilai skor min yang lebih tinggi setelah menggunakan Model
TGfU membuktikan Model TGfU dapat meningkatkan prestasi murid bagi kemahiran memukul dalam
permainan hoki. Dapatan kajian melalui pemerhatian berstruktur membuktikan peningkatan tahap
keseronokan berdasarkan perubahan tingkah laku responden yang berjaya mencapai kesemua aspek
pemerhatian keseronokan diakhir sesi rawatan. Melihat kepada keberkesanaan Model TGfU ini, guru
boleh mengaplikasikan model pengajaran ini dalam pengajaran bagi sukan dan permainan yang lain.
(Kata kunci: Model TGfU, meningkatkan, kemahiran memukul, permainan hoki)

25
26

Pelajar PISMP Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah


Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani

Muka Surat

Di Malaysia permainan menjadi tunjang utama dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan (2006). Guru pendidikan jasmani di Malaysia boleh berperanan sebagai jurulatih
sebagai salah satu cara peningkatan mutu sukan negara.Justeru, jurulatih harus menghayati falsafah
kejurulatihan dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta berusaha meningkatkan prestasi
sukan dan permainan murid-murid (Kindlon & Thompson, 2000). Guru yang bertindak sebagai jurulatih
boleh menyulami waktu pendidikan jasmani dengan memperkenalkan program latihan permainan untuk
meningkatkan prestasi permainan. serta kecergasan murid-murid dapat ditingkatkan sepanjang hayat
(Holt et al., 2002). Terdapat kajian di Barat mendapati kemerosotan minat dan penyertaan dalam aktiviti
permainan pada masa pendidikan jasmani di sekolah, di luar waktu sekolah dan selepas murid
menamatkan alam persekolahan (Condon & Collier, 2002). Kemerosotan mutu sukan Malaysia
terutamanya dalam bidang permainan telah mendapat perhatian kerajaan. Kemerosotan ini cuba diatasi
melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menggunakan beberapa strategi latihan dan
pengajaran bagi meningkatkan kualiti kurikulum pendidikan jasmani. Menurut Disney dan Adlan (2003),
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat dijadikan asas untuk menyelesaikan masalah
kemerosotan mutu sukan dan permainan negara, menggalakkan murid menyertai aktiviti permainan
melalui program latihan seterusnya meningkatkan prestasi permainan, tahap kesihatan dan kecergasan
mereka.
Globalisasi yang wujud dalam bidang pendidikan negara menjadi pencetus inisiatif kepada
pengkaji untuk merangka program bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan kajian. Perubahan perlu
dilakukan seiring dengan perkembangan pendidikan secara global bagi menghasilkan kualiti pendidikan
yang bermutu. Bermula dari situ, satu perancangan tentang perubahan dalam arus pendidikan
direncanakan. Model TGfU merupakan satu kaedahpengajaran yang masih baru dalam arena pendidikan
negara. Namun begitu, model pengajaran ini sudah lama dipraktikkan di negara-negara maju dalam

223

PENGENALAN

dunia pendidikan seperti Australia, New Zealand, Canada, England dan sebagainya.Perkembangan
peningkatan dan kelemahan prestasi sukan mempunyai hubungkait dengan program latihan dan
pengajaran kurikulum pendidikan jasmani. Prinsip-prinsip latihan menekan bahawa program latihan perlu
dijalankan secara beransur maju seiring dengan perkembangan psikomotor, kognitif, afektif serta sosial
(Bompa, 2009). Sehubungan itu, program latihan permainan ini dilatih dan diuji menggunakan komponen
permainan seperti taktikal, kemahiran serta membuat keputusan (menggunakan pengetahuan deklaratif
dan prosedural) secara beransur maju melalui permainan mini. Program latihan permainan yang
berkesan dan diminati oleh murid boleh memberi kesan positif untuk meningkatkan prestasi dan
penglibatan diri dalam permainan sepanjang hayat bagi menjaga tahap kecergasan dan kesihatan iaitu
selari dengan Play Theory (Siedentop, 2002).
Sebagai mencontohi yang terbaik untuk diberikan kepada anak bangsa, warga pendidik perlu
sedar betapa dunia pendidikan di Malaysia ini perlu kepada perubahan. Perubahan yang dimaksudkan
ialah kepada pendidik mahupun jurulatih supaya bertukar stail pengajaran. Stail pengajaran berbentuk
tradisional yang sudah sebati pada diri guruguru ini haruslah diubah dengan mengaplikasikan stail
pengajaran yang baru seperti Model TGfU. Ini akan memberikan kesan jangka panjang kepada murid
murid dalam mempelajari subjek Pendidikan Jasmani dengan lebih berkesan. Seterusnya pengalaman di
peringkat awal muridmurid ini pasti lebih menyeronokkan bagi mereka yang mempelajarinya.
METODOLOGI
Kumpulan Sasaran
Kajian yang dijalankan ini melibatkan 20 orang murid iaitu 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid
perempuan Tahun 4 Karisma, Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu
Darul Iman. Kesemua mereka berusia 10 tahun, berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Pelaksanaan Kajian

TINDAKAN SPESIFIK
Kenalpastitindakanpenyeles
aian

MENILAI
Mengkajidenganmenilaikajia
ntindakan yang sesuai

DIAGNOSIS
KenalpastiMasalah

PERANCANGAN TINDAKAN
Pencarianpenyelesaianalternatifb
agimenyelesaikanmasalah

MENGAMBIL TINDAKAN
Memilihtindakan yang sesuai

Model Kajian Tindakan Susman (1983)

1.

Persoalan Kajian1: Adakah pengajaran menggunakan Model TGfU dapat membantu


meningkatkan kemahiran memukul hoki murid?

Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama, pengkaji telah menggunakan instrument ujian pukulan
leret 12 meter bagi menunjukkan peningkatan kemahiran yang telah berlaku keatas responden sebelum
dan selepas menjalani rawatan menggunakan Model TGfU.

Muka Surat

DAPATAN KAJIAN

224

Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan Ujian Pra dan Pasca sebagai alat untuk mencapai objektif kajian. Ujian Pra dan
Pasca ini merujuk kepada Ujian Pukulan Lurus 12 meter yang yang dikendalikan oleh pengkaji bagi
menilai tahap kemahiran memukul responden. Ujian ini merujuk kepada Manual TID Spesifik Hoki (Unit
Mengenalpasti Bakat ISN,2007) yang mengambil kira umur kronologi responden di mana ujian ini sesuai
untuk dijalankan ke atas kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Pemerhatian berstruktur berdasarkan 5 aspek
keseronokan iaitu murid nampak gembira semasa beraktiviti, aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang
dijalankan, murid rajin bertanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, murid bekerjasama semasa
aktiviti dijalankan dan murid menunjukkan minat dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan.

Jadual1 :KeputusanUjianPradanUjianPasca
SKOR
1
2
3
4
5
JUMLAH

UJIAN PUKULAN LERET 12 METER


UJIAN PRA
%
UJIAN PASCA
%
13
65%
0
0%
5
25%
0
0%
2
10%
0
0%
0
0%
9
45%
0
0%
11
55%
20
100%
20
100%

Jadual 1 menunjukkan keputusan terkumpul bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12
Meter. Berdasarkan jadual tersebut, peratusan Ujian Pra bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter menunjukkan
peratus tertinggi berada pada skor rendah iaitu 65% untuk skor 1 dan 25% untuk skor 2. Ini jelas
menunjukkan tahap kemahiran memukul murid dalam permainan hoki berada di tahap yang sangat
lemah. Hanya dua orang murid sahaja yang didapati berada di tahap sederhana pada Ujian Pra.
Berbanding dengan peratusan Ujian Pasca yang mempunyai peratusan tertinggi pada skor 4 dan skor 5.
Dapatan ini menjadikan peratusan bagi skor yang rendah iaitu skor 1 dan 2 berada pada nilai sifar.
Peningkatan skor bagi Ujian Pasca menunjukkan peningkatan tahap kemahiran memukul dalam
permainan hoki responden berbanding sebelum menerima rawatan pengajaran menggunakan Model
TGfU.

Rajah 1 :Carta Pai Peratus Ujian Pradan Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter.
Rajah 1 menunjukkan cartapai peratus keputusan Ujian Pradan Ujian Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12
Meter murid Tahun Empat (4) Karisma berdasarkan kekerapan skor yang diperolehi dalam Jadual1.
AnalisisDeskriptifUjianPradanUjianPasca

Muka Surat

Jadual 2 di atas menunjukkan perbandingan skor min Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Ujian Pukulan
Leret 12 Meter. Catatan menerusi jadual di atas mendapati skor minimum dan maksimum bagi Ujian Pra,
Ujian Pukulan Leret 12 Meter ialah 1 dan 3. Manakala skor minimum dan maksimum bagi Ujian Pasca,
Ujian Pukulan Leret 12 Meter ialah 4 dan 5. Daripada rajah, mendapati jumlah skor terkumpul untuk Ujian
Pra bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter ialah 29 dan skor terkumpul bagi Ujian Pasca sebanyak 9. Dari
statistik tersebut, terdapat peningkatan yang ketara selepas Ujian Pasca dijalankan terhadap
responden.Jadual tersebut juga menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi Ujian Pra, Ujian Pukulan

225

Jadual 2 : Analisis Statistik Deskriptif Ujian Pra dan Ujian Pasca


Mata TertinggibagiUjianPra
Mata TertinggibagiUjianPasca
(PukulanLeret 12 Meter)
(PukulanLeret 12 Meter)
Min
1.45
4.55
SisihanPiawai
0.69
0.51
Minimum
1
4
Maksimum
3
5
SkorTerkumpul
29
91
N
20
20

Leret 12 Meter iaitu 1.46 0.69 dan Ujian Pasca ialah 4.55 0.51. Untuk Ujian Pasca yang dijalankan ini
berlaku peningkatan min sebanyak 3.09 dan sisihan piawainya semakin mengecil sebanyak 0.18. Ini jelas
menunjukkan berlakunya peningkatan terhadap kemahiran memukul dalam permainan hoki subjek.
Berlakunya peningkatan tahap prestasi daripada Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah latihan yang
dilakukan memberi kesan dalam tempoh ujian.

MIN

4.55
5
4
3
2
1

1.45

Ujian
Pasca
Ujian Pra

Ujian Pukulan
Leret 12 Meter
Ujian Pukulan Leret 12 Meter
Rajah 2 : Graf Perbandingan Skor Min Ujian Pra dan Ujian Pasca
Rajah 2 menunjukkan skor min antara Ujian Pukulan Leret 12 Meter bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Skor min Ujian Pra untuk Ujian Pukulan Leret 12 Meter ialah 1.45 dan Ujian Pasca ialah 4.55. Rajah 2 di
atas menunjukkan terdapat peningkatan pada Ujian Pra dan Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter.
Analisis Inferensi Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Ujian-T untuk pengukuran berulangan dilakukan bagi penganalisisan inferensi pada nilai tahap signifikan
p < 0.05 dalam Standart Critical Value T-Test. Ini digunakan bagi mengukur sampel dua kali dan keduadua data pengukuran digunakan untuk di buat perbandingan. Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Ujian
Pukulan Leret 12 Meter di analisis dan dibuat perbandingan.
Jadual 3 : Perbandingan keputusan Ujian- T untuk Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Ujian Pukulan Leret
12 Meter
UjianSampelBerpasangan

Mata TertinggiBagiUjianPasca
(PukulanLeret 12 Meter) - Mata
TertinggiBagiUjianPra
(PukulanLeret 12 Meter)
P = 0.000, signifikanpadaaras 0.05

SisihanPi
awai
t

df

3.10

.79

19

.000

17.592

Jadual 3 menunjukkan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter.
Keputusan kajian adalah signifikan (t = 17.592, df = 19, p < .05). Ini menunjukkan terdapat perbezaan
signifikan bagi Ujian Pasca iaitu min 4.55 0.51 dengan Ujian Pra iaitu min 1.45 0.69. Nilai min untuk
Ujian Pasca meningkat sebanyak 3.10 0.79. Bagi nilai t = 17.592, p = 0.000 adalah lebih kecil daripada
aras signifikan yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Dari keputusan Ujian-T yang dijalankan adalah signifikan
dengan terdapatnya perubahan prestasi kemahiran memukul murid sebelum dan selepas pengajaran
menggunakan Model TGfU.

Muka Surat

Pasangan 1

Min

226

PerbezaanPasangan

2.

Persoalan kajian 2 : Adakah murid seronok menjalani proses pembelajaran hoki?

KEKERAPAN

Bagi menjawab persoalan kedua kajian, pengkaji telah menjalankan kaedah pengumpulan data secara
pemerhatian berstruktur sebagai bukti dan pengukuran terhadap keseronokan responden semasa
menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan Model TGfU. Pemerhatian yang dijalankan
keatas 10 orang sampel yang diambil secara rawak daripada sampel kajian 20 orang. Pemerhatian ini
berdasarkan lima aspek pemboleh ubah iaitu aspek pertama yang dilihat ialah murid nampak gembira
semasa beraktiviti. Aspek kedua ialah aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Seterusnya
aspek ketiga ialah murid rajin bertanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Aspek keempat pula
murid bekerjasama semasa aktiviti dijalankan dan aspek terakhir ialah murid menunjukkan minat dalam
melaksanakan aktiviti yang dijalankan.

10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0
ASPE
K1

ASPE
K2

ASPE
K3

ASPE
K4

ASPE
K5

Pemerhatian tanpa
Menggunakan Model TGfU

Pemerhatian 1
Menggunakan Model TGfU

10

10

Pemerhatian 2
Menggunakan Model TGfU

10

10

Pemerhatian 3
Menggunakan Model TGfU

10

10

10

10

10

Rajah 3 :Jadual kekerapan bagi aspek pemerhatian berstruktur elemen keseronokan


Rajah 3 menunjukkan kekerapan bagi lima aspek pemerhatian berstruktur untuk elemen keseronokan.
Berdasarkan dapatan keseluruhan pemerhatian yang dijalankan didapati terdapat perubahan tingkah laku
responden sebelum rawatan menggunakan Model TGfU dan selepas tiga minggu rawatan menggunakan
Model TGfU. Dapatan ini dibuktikan dengan peningkatan kekerapan sebanyak 9 orang bagi aspek 1 iaitu
murid nampak gembira semasa beraktiviti, 6 orang bagi aspek 2 aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang
dijalankan, 6 orang bagi aspek 3 iaitu murid rajin bertanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, 8
orang bagi aspek 4 di mana murid bekerjasama semasa aktiviti dijalankan dan peningkatan 5 orang bagi
aspek terakhir iaitu murid menunjukkan minat dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan. Perubahan
tingkah laku yang positif ini terbukti jelas menjawab persoalan kajian bahawa murid seronok menjalani
pembelajaran hoki menggunakan Model TGfU.
PERBINCANGAN

Muka Surat

Berdasarkan keputusan analisis ujian yang dilakukan, dapat dirumus bahawa kemahiran memukul bagi
permainan hoki murid telah dapat dipertingkatkan dengan penggunaan Model TGfU dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kemahiran memukul hoki. Ini dibuktikan dengan perbezaan skor min dan
sisihan piawai menggunakan Ujian-T bagi kedua-dua ujian yang ditadbirkan iaitu Ujian Pra dan Ujian
Pasca. Hasil analisis data ujian, perbezaan skor min dan sisihan piawai Ujian Pasca dan Ujian Pra
sebanyak 3.10 0.79 bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter. Peratusan peningkatan skor min bagi Ujian
Pukulan Leret 12 Meter adalah sebanyak 62%.
Keadaan ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan, iaitu TGfU dapat meningkatkan aktiviti
fizikal, tahap pemikiran, penglibatan, motivasi dan kenikmatan dalam mempelajari subjek Pendidikan
Jasmani (Webb et al., 2007). Perbezaan skor tertinggi bagi kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pasca jelas

227

1. Persoalan 1 : Adakah pengajaran menggunakan Model TGfU dapat membantu


meningkatkan kemahiran memukul hoki murid?

menunjukkan peningkatan pemahaman daripada semua aspek permainan di samping meningkatkan


tahap aktiviti fizikal murid bertepatan dengan dakwaan di dalam kajian terkini Forrest et. AL (2006).
Berdasarkan keputusan ujian ini, dapat dibuktikan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran
menggunakan Model TGfU membuahkan hasil seperti yang dikehendaki di dalam objektif kajian
seterusnya mencapai objektif kajian ini.
Selain itu, penggunaan Model TGfU ini membolehkan murid untuk melihat hubungan di antara
latihan kemahiran memukul yang dijalankan dengan pengaplikasian kemahiran memukul di dalam situasi
permainan yang sebenar dan kenyataan ini di sokong oleh Mitchell et al. (2003). Ini kerana Model TGfU
mengetengahkan komponen pengetahuan kognitif dan membuat keputusan di dalam model supaya
murid memperoleh kefahaman yang lebih baik terhadap sesuatu kemahiran. Kajian awal oleh French dan
Thomas (1987) menunjukkan komponen pengetahuan kognitif dan membuat keputusan adalah penentu
penting prestasi permainan yang berkesan kepada pemain bola keranjang berusia 8 hingga 12 tahun.
Kajian berikutnya telah menyokong kepentingan faktor-faktor kognitif dalam menyumbang kepada
prestasi permainan kanak-kanak di sekolah rendah.
Kajian Ishee (2004), menunjukkan murid akan menggemari program latihan dalam Pendidikan
Jasmani apabila mereka berjaya melakukan aktiviti. Pengajaran menggunakan Model TGfU juga
membuktikan pendekatan latihan taktikal adalah lebih menyeluruh bagi mewujudkan permainan yang
berkesan dan sesuai untuk murid dalam pelbagai kumpulan kemahiran serta dapat menggalakkan murid
berfikir secara kreatif, bijak membuat keputusan tentang pemilihan taktik, bekerjasama sesama pemain
dan dapat menguasai kemahiran sukan (Light & Fawns, 2003).

Muka Surat

Persoalan kajian kedua yang perlu dijawab melalui kajian ini ialah, adakah murid seronok menjalani
proses pembelajaran hoki. Bagi menjawab persoalan kajian ini, satu pemerhatian berstruktur telah
dijalankan. Berdasarkan analisis pemerhatian berstruktur bagi elemen keseronokanterdapat peningkatan
dari segi pencapaian keseronokan dan minat murid di mana 10 orang responden yang dipilih secara
rawak dapat menepati kriteria lima pemboleh ubah yang ditetapkan bagi dianalisis semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran kemahiran memukul hoki menggunakan Model TGfU.
Pemerhatian awal menunjukkan kesemua 10 responden yang terpilih tidak dapat memenuhi
kesemua aspek pemerhatian yang dinilai terutamanya bagi aspek pertama iaitu murid nampak gembira
semasa beraktiviti di mana hanya seorang sahaja responden yang mampu memenuhi aspek pertama ini.
Menurut Shaharudin (2001), keseronokan bersifat intrinsik kerana tiada ganjaran yang boleh diberikan
kerana keseronokan melakukan sesuatu boleh dinilai berdasarkan rasa puas dan kegembiraan yang
terbayang semasa melakukan sesuatu aktiviti. Berdasarkan kenyataan ini jelas menunjukkan responden
tidak gembira semasa beraktiviti. Seterusnya, kerjasama dari kanak-kanak perlu dimenangi dan
keseronokan dan minat adalah faktor-faktor yang kuat dalam memujuk kanak-kanak untuk bekerjasama
(Boucher, 2011). Di dalam pemerhatian awal jelas menunjukkan kurangnya kerjasama di antara muridmurid semasa aktiviti dijalankan di mana aspek 4 hanya mampu dipenuhi oleh dua orang responden
sahaja di sebabkan kurang keseronokan semasa beraktiviti. Perbezaan perubahan tingkah laku
responden jelas dilihat berdasarkan analisis pemerhatian terakhir yang mendapati kesemua 10 orang
responden yang terpilih dapat menunjukkan mereka gembira semasa beraktiviti, aktif melibatkan diri
dalam aktiviti yang dijalankan, murid rajin bertanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, murid
bekerjasama semasa aktiviti dijalankan dan murid menunjukkan minat dalam melaksanakan aktiviti yang
dijalankan. Ini membuktikan Model TGfU mampu meningkatkan tahap keseronokan murid semasa
beraktiviti. Keputusan pemerhatian ini juga disokong oleh Kajian dari McKeen, Webb dan Pearson
(2005), di mana kajian mereka menyokong peningkatkan keseronokan murid yang didedahkan dengan
kaedah Model TGfU berbanding kaedah pengajaran tradisional. Dapatan ini jelas membuktikan Model
TGfU dapat meningkatkan keseronokan murid semasa proses pembelajaran hoki seterusnya mencapai
objektif kajian ini dengan dapatan yang diperolehi.
Secara keseluruhan kajian yang dijalankan, didapati bahawa kedua-dua persoalan kajian yang
diketengahkan di awal kajian telah dapat dirungkai satu persatu berdasarkan dapatan kajian yang
dilakukan. Masalah tahap kemahiran dan keseronokan murid yang terlalu rendah serta skor ujian yang
tidak memuaskan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang pertama telah berjaya diselesaikan
dengan penggunaan Model TGfU. Ternyata Model TGfU telah dapat meningkatkan kemahiran memukul
dalam permainan hoki dan keseronokan murid dan secara tidak langsung telah meningkatkan skor ujian

228

2. Persoalan 2 : Adakah murid seronok menjalani proses pembelajaran hoki?

murid bagi kemahiran memukul permainan hoki. Kenyataan ini telah disokong dengan keputusan
daripada instrumen-instrumen kajian yang dilaksanakan yang juga dikukuhkan dengan pendapatpendapat daripada tinjauan literatur.
CADANGAN
Bagi kajian yang seterusnya, saya akan cuba menjalankan kajian mengenai pembentukan motivasi
intrinsik murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani melalui Model TGfU yang dijalankan. Ini
kerana saya dapati murid sangat tertarik dengan penerapan Model TGfU dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kajian akan datang ini lebih memfokuskan bagaimana pembentukan motivasi intrinsik
murid terhadap sesuatu mata pelajaran dapat meningkatkan tahap kemahiran murid yang mana kajian
seperti ini akan dapat melihat penerimaan murid terhadap pembelajaran menggunakan Model
TGfU.Dengan melakukan kajian mengenai motivasi intrinsik ini juga, seseorang pengkaji akan dapat
membuktikan lagi keberkesanan Model TGfU ini dalam pembelajaran murid. Ini kerana kajian akan
memfokus kepada tingkah laku murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
Model TGfU. Ini bersesuaian dengan pendapat beberapa tokoh yang menyatakan Model TGfU akan
dapat memberikan pelbagai manfaat kepada murid dan guru secara tidak langsung. Selain itu, guru
Pendidikan Jasmani juga boleh mengaplikasikan Model TGfU ini dalam pengajaran kemahiran-kemahiran
lain di dalam sukan dan permainan.
SENARAI RUJUKAN
Bompa, T. O. (2009). Periodization Theory and methodology of training. Champaign, IL, Human Kinetics.
Boucher, A. and Wiseman, E. (2011).Movement Discovery: Physical Education for Children. London, UK:
Jones & Bartlett Publisher.
Condon, R., & Collier, C. (2002). Student choice makes a difference in physical education. The Journal of
Teaching in Physical Education, 73, 26-31.
Disney, M. & Adlan. N. (2003). What exactly are my options? Education Quarterly 13, November/
December, p. 6.
Forrest, G., Webb, P., and Pearson, P., (2006). Teaching games for understanding: a model for pre
service teachers. Paper presented at ICHPERSD International Conference for Health, Physical
Education, Recreation, Sport and Dance, 1st Oceanic Congress Wellington, New Zealand, 2006 (14
October), Available from <http:www.penz.org.nz> [20 April 2011].
French, K., & Thomas, J.R. (1989). Relation of knowledge and performance in boys tennis : Age and
expertise. Journal of Experimental Child Psychology, 48, 190-211.
Holt, N.L., Strean, W.B., & Bengoechea, E.G. (2002). Expanding the teaching games for understanding
model: New avenues for future research and practice. Journal of Teaching Physical Education, 21,
162-176.

Kindlon, D., & Thompson, M. (2000). Raising Cain: Protecting the emotional life of boys. New York:
Ballantine.

229

Light, R. & Fawns, R. (2003). Knowing the game: Integrating speech and action in games teaching
through TGFU. QUEST. National Association for Kinesiology and Physical Education in Higher
Education, 55, 161-176.

Muka Surat

Ishee, J. H. (2004). Are physical education classes encouraging students to be physically active.Journal
of Physical Education, Recreation & Dance, 75(2), 1-2.

Anda mungkin juga menyukai