Anda di halaman 1dari 10

CARA PENANAMAN GETAH

Selepas menyediakan lubang tanaman dan dibiarkan selama lebih kurang dua
atau tiga minggu, barulah aktiviti menanam anak getah boleh dilakukan.
Teknologi terkini mengutamakan kepada penggunaan benih polibeg sama ada
daripada tunggul cantuman berpolibeg, cantuman muda berpolibeg atau tunggul
teras yang lebih tua daripada tapak semaian sebagai bahan tanaman.
Kaedah Penanaman
Satu bahan tanaman cantuman berpolibeg biasanya ditanam sehingga bekas
cantumannya terbenam. Ianya boleh ditanam lebih dalam sehingga sedalam
satu pusaran daun, yang mana bagi benih biasa dianggarkan sehingga 15 sm
ukuran batang yang dicantum. Kaedah ini dikenali sebagai penanaman dalam.
Apabila polibeg ditempatkan menegak dalam lubang tanaman untuk menentukan
dalamnya yang sebenar. Sekiranyanya tidak cukup dalam, lubangnya perlu
dikorek lagi dan sekiranya ia terlalu dalam, lubangnya boleh dinaikkan dengan
mengisi tanah ke paras yang dikehendaki. Bahagian bawah polibeg dipotong
untuk mendedahkan tanahnya. Polibeg didirikan di tengah-tengah lubang. Satu
potongan menegak dibuat di sisi polibeg dan lubangnya dikambus separuh
dengan tanah lapisan atas. Polibeg yang dipotong dicabut dengan cermat dan
lubangnya dikambus sepenuhnya dengan tanah yang telah dicampur dengan
113 g baja debu fosfat. Untuk menjaga akarnya supaya tidak rosak hanya tanah
di sekeliling lubang dipadatkan. Ini diikuti dengan meletakkan sungkupan di
keliling pangkal pokok (Gambarajah 5.1).

(a) Lukisan menunjukkan kedalaman penanaman biasa (kiri) dan dalam (kanan)

(b) Memotong bahagian bawah polibeg


dan sedikit di sisinya

(c) Meletakkan polibeg dalam lubang


tanaman

(d) Lubang tanaman diisi semula dengan


tanah dan tarik keluar polibeg

(e) Lubang dikambus penuh dengan


tanah yang dicampur dengan debu fosfat

(f) Padatkan tanah yang telah diisi

(g) Penanaman selesai

Gambarajah 5.1 Kaedah penanaman dalam

TANAMAN CAMPURAN
Di Malaysia, tanaman-tanaman campuran telah diamalkan sejak tahun 1942-1945
ketika kerajaan Jepun memerintah Malaya. Peladang-peladang dan pekebun kecil
dipaksa menebang getah dan menggantikannya dengan tanaman-tanaman yang boleh
dimakan kerana terdapat kekurangan makanan ketika itu. Peladang getah yang tidak
mematuhi perintah tersebut, memilih untuk menanam pokok-pokok yang boleh dimakan
di antara barisan pokok getah (Gambarajah 5.3). Walau bagaimanapun usaha
menanam campuran dihentikan apabila harga getah terus melonjak tinggi. Tanaman
campuran dipercayai akan kembali penting ketika harga getah menurun. Hasil tanaman
campuran boleh menambah pendapatan terutamanya ketika peringkat pokok muda.

(a) Getah + tebu + betik

(b) Getah + jagung

(c) Getah + pastur + kambing

Gambarajah 5.3 Berbagai jenis tanaman campuran

Kaedah Tanaman Campuran


Dalam urusan tanaman campuran, getah adalah tanaman utama dengan kepadatan sebanyak
400 pokok sehektar. Untuk membolehkan tanaman-tanaman lain hidup, rekabentuk penanaman
mestilah dari sistem tanaman pepagar, pepagar berkembar atau pepagar tiga baris. Dalam
rekabentuk tersebut, jarak antara barisan getah adalah amat luas sementara jarak antara pokok
adalah cukup rapat. Dalam rekabentuk pepagar berkembar dan pepagar tiga barisan, jarak
antara pokok bukan sahaja rapat tetapi pokok-pokoknya diatur dalam bentuk tiga segi bagi yang
berkembar dan tiga barisan. Dalam ruang antara barisan yang luas, tanaman saka lain ditanam.
Oleh kerana pokok getah ditanam amat rapat dalam barisan, pembangunan jemala yang tidak
serata boleh menyebabkan ianya jadi berat sebelah ketika pokok membesar. Untuk
mengelakkan perkara ini dari berlaku, hanya klon-klon yang sesuai disyorkan untuk ditanam
rapat (kurang daripada tiga meter) seperti RRIM 728, RRIM 729, RRIM 805, RRIM 901, RRIM
905, RRIM 936, RRIM 937, RRIM 938, PB 217,PB 260, PB254, PB 255, BPM 24 dan Nab 17.
Pokok-pokok saka yang disyorkan adalah seperti durian, cempedak, mangga, rambutan, duku
dan koko. Tanaman jangka pendek dan pastura boleh juga dimasukkan. Walau bagaimanapun,
kesesuaian persekitaran untuk tanaman yang dipilih perlu ditentukan terlebih dahulu. Agenagen pengembangan pertanian tempatan pasti boleh membantu dalam hal ini. Gambarajah 5.4
menunjukkan cadangan-cadangan rekabentuk tanaman dari berbagai jenis tanaman campuran
yang boleh dibangunkan dengan pokok getah.

Gambarajah 5.4 Berbagai rekabentuk menanam tanaman campuran

(a) Sebaris pokok getah dengan pokok buah-buahan di atas teres

(b) Dua baris pokok getah dengan pokok buah-buahan di


tanah beralun

(c) Tiga baris pokok getah ditanam dengan pokok buah-buahan


dalam kawasan kontan pada jarak 25 m

Gambarajah 5.5 Berbagai jenis tanaman pepagar

Anda mungkin juga menyukai