Anda di halaman 1dari 1

Tajuk : Kepentingan Menjaga Kebersihan

Yang berusaha Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan
yang dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan
pidato saya yang bertajuk Pentingnya Menjaga Kebersihan.
Hadirin yang dihormati sekalian, Kebersihan bermaksud keadaan yang bersih dari segi badan kerana
badan yang sihat dapat menjamin kesihatan yang sempurna. Selain daripada kesihatan badan, tempat
kediaman juga perlu kita bersihkan kerana ini dapat memberikan ketenangan kepada diri dan anggota
keluarga kita. Sebagai masyarakat yang cintakan negara, kebersihan alam sekitar juga perlu
dititikberatkan. Kita tidak sepatutnya membuang sampah di merata-rata tempat. Tabiat ini bukan sahaja
mengotorkan kawasan sekeliling tetapi juga menggalakkan pembiakan agen pembawa kuman yang
menyebarkan pelbagai penyakit.
Hadirin yang dihormati sekalian, Alam sekitar yang bersih dan berkualiti bukan sahaja merujuk kepada
kawasan sekeliling yang bebas daripada sampah sarap, tetapi juga udara dan air yang bebas daripada
bahan pencemar. Justeru, dalam merancang pembangunan, perkara-perkara yang boleh menjejaskan alam
sekitar hendaklah difikirkan. Jika tidak nescaya keadaan alam sekitar yang akan tercemar. Oleh itu, untuk
memelihara dan menjamin sebuah masyarakat yang harmoni dan bahagia, kita perlu memastikan alam
sekitar tidak dirosakkan akibat pencemaran. Alam sekitar yang bersih dan indah pastinya dapat menarik
minat pelancong. Ini secara tidak langsung dapat menaikkan imej negara di mata dunia.
Hadirin yang dihormati sekalian, Saya akhiri pidato saya ini dengan menekankan bahawa kebersihan
perlu ada pada diri setiap individu. Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab semua. Bak kata pepatah ,
Negara Bersih, Rakyat Sihat Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai