Anda di halaman 1dari 39

INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL

(menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia)

A.

KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Teknologi Elektrik

Program ini menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus (DC & AC) , penyelenggaraan,
pemasangan dan menguji elektrik domestik dan industri, kawalan motor, sengaraan
kejuruteraan, melukis dan mentafsir litar serta memahami akta elektrikal dan peraturan
pemasangan yang ditetapkan.

Teknologi Elektronik

Program ini memberi penekanan kepada mentafsir dan mengenalpasti simbol, komponen dan
lukisan skematik, memahami, menguji dan mengira litar, prinsip kejuruteraan elektronik,
pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio dan video, digital, elektronik kuasa, sistem
kawalan, sistem komunikasi dan industri robotik.

Teknologi Pemesinan Industri

Program ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel pemesinan industri, lukisan
teknikal dan geometri, rekabentuk pembuatan terbantu komputer, mengenalpasti jenis, senarai
alatan dan pengoperasian mesin industri.

Teknologi Kimpalan

Program ini menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras bs/aws, proses dan teknik,
pengkelasan bahan logam, teknik. Tata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba,
lukisan kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal arka logam berperisai. Di
samping itu, murid juga didedahkan dengan automasi komputer.

Teknologi Automotif

Program ini memberi pendedahan asas enjin kenderaan bagi menimbulkan minat murid
supaya bersedia dan berusaha untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat tertinggi dalam
bidang automotif, menjadi modal insan yang berkemahiran dan dapat menyumbang ke arah
pembangunan negara.

Teknologi Penyejukbekuan &

Program ini memberi pendedahan kepada murid mengendali bahan pendingin, memasang

Penyamanan Udara

kipas pengudaraan, memasang unit penyaman udara jenis tingkap dan jenis pisah supaya
dapat melakukan kerja memasang, menservis, mengesan dan membaikpulih kerosakan
mengikut prosedur yang betul seterusnya berupaya mengikuti kemahiran di peringkat yang
lebih tinggi untuk meningkatkan taraf hidup serta menjadi tenaga kerja mahir dalam industri
penyamanan.

Teknologi Pembinaan

Program ini memperkenalkan murid kepada asas pembinaan sesuatu struktur. Murid akan
didedahkan dengan bahan-bahan binaan, cara-cara asas pembinaan, asas lukisan pelan,
keselamatan industri, asas kejuruteraan elektrik dan elektronik, pengurusan industri

Teknologi Pemprosesan Kayu

Program ini memberi pendedahan kepada murid tentang seni pembuatan perabot dan

dan Kemasan

bagaimana membuat finishing agar setiap rekaan kelihatan sesuai digunakan.

Seni Kulinari

Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaan
makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan,
roti, pasteri dan manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan
makanan.

Bakeri dan Pastri

Program ini menawarkan murid berkaitan penghasilan dan penyediaan roti, kek, manisan.
Cokelat, pasteri, pencuci mulut, donut, pau, pizza, membuat dan menghasilkan resepi baru
dan istimewa serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini.

Pelancongan

Program ini menyediakan murid dalam industri pelancongan di mana pendedahan dalam
bidang pengurusan acara, pengoperasian agensi pelancongan, penajaman dan penguasaan
dalam komunikasi bahasa asing serta kemahiran dalam pemasaran dan jualan.

Fesyen dan Membuat Pakaian

Program ini menyediakan murid tentang jenis, klasifikasi dan alatan jahitan serta fabrik dan
tekstil, memberi pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian
dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini.

Kosmetologi

Program ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan rawatan wajah dan anggota badan,
penggayaan rambut, seni make-up, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan,
pengurusan dan pengoperasian salon.

Pengajian Awal Kanak-kanak

Program ini memberi pendedahan murid dalam perkhidmatan penyediaan pusat penjagaan
kanak-kanak dari peringkat bayi sehinggalah peringkat sekolah rendah. Pengurusan
pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan pemakanan keselamatan tempat
tinggal serta pengurusan aset kewangan dan operasi.

Pengurusan Perniagaan

Program ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang pemasaran, perakaunan, operasi,
komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.

Kesetiausahaan Pentadbiran

Program ini menyediakan murid dalam pengurusan dan pentadbiran pejabat, keupayaan
dalam menggunakan aplikasi perisian pejabat bagi menyediakan minit mesyuarat, laporan dan
lain-lain.Penyediaan dokumen penting dalam kerja pentadbiran.

Perbankan

Program ini menyediakan asas perbankan seperti ekonomi, statistik, perakaunan,


perundangan bank, khidmat pelanggan, produk, pemasaran, pemprosesan serta pungutan dan
perolehan pinjaman dan etika dalam perbankan.

Insurans

Program ini menawarkan murid untuk mengenalpasti jenis, prinsip, fungsi, tata cara,
underwriting, proses, perundangan dan pengurusan sistem insurans serta etika dan salah laku
dalam perniagaan insurans.

Pemasaran

Program ini memberi penekanan kepada murid dalam mengenalpasti kaedah, strategi kajian,
promosi dan pengurusan dalam mengetengahkan produk kepada pasaran bagi meningkatkan
hasil jualan syarikat.

Pengurusan Peruncitan

Program ini menawarkan asas dalam penentuan harga, pengurusan stok, penyusunan
barangan bagi tujuan promosi atau kepentingan, khidmat pelanggan serta polisi perniagaan
bagi menggalakkan daya maju dalam bidang peruncitan.

Perakaunan

Program ini menawarkan murid dalam pengurusan kewangan syarikat seperti penyediaan
buku kira-kira, akaun runcitan, untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisa
tentang prestasi syarikat.

Teknologi Sistem Komputer &

Program ini menyediakan murid kepada asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian

Rangkaian

dan konfigurasi sistem komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di samping
pengurusan pentadbiran dan integrasi sistem maklumat.

Multimedia Kreatif (Animasi)

Program ini mendedahkan murid kepada asas penggunaan unsusr media yang pelbagai
dalam menghasilkan sesuatu iklan. Mereka juga akan mempelajari konsep Dual Dimension
(2D), Kesan Khas (FX) dan animasi lain yang berkaitan.

Rekabentuk Grafik Industri

Kursus ini akan mendedahkan murid dengan Desktop Publishing, grafik, pengiklanan,
percetakan, label pembungkusan di mana akhirnya akan dijelmakan dalam media cetak.

Sistem Pengurusan Pangkalan

Program ini menyediakan murid kepada struktur, konfigurasi, penyediaan sistem pengkalan

Data dan Aplikasi Web

data dan mengenalin kegunaan serta hubungkaitnya dengan aplikasi web sebagai perantara
atau User Interface (UI)

Agroindustri Tanaman

Program ini menyediakan murid kepada penyediaan, penanaman dan penjagaan tanaman,
mengawal kerosakan tanaman, penyelenggaraan infrastruktur ladang, jentera dan fertigasi
serta aktiviti lain berkaitan industri tanaman sehingga urusan penuaian hasil dan pemasaran.

Agroindustri Ternakan Ruminan

Program ini mendedahkan murid aspek pengurusan aktiviti ternakan berkaki empat,
merangkumi aspek kesihatan, penyediaan makanan, pembiakandan kebersihan kawasan
ternakan di samping mengekalkan kualiti produk dan hasil pengeluaran ternakan ruminant.
Contoh: lembu, kuda, kambing dan kerbau

Agroindustri Ternakan Poultri

Program ini mendedahkan murid tentang aktiviti ternakan haiwan berkaki dua unggas
(poultry) daripada penyediaan kawasan ternakan, pembersihan, penjagaan kesihatan ternakan
sehingga penuaian hasil dan pemasaran ternakan. Contoh: ayam, itik, angsa, burung.

Mekanisasi Agro

Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan tanaman, ternakan,
pengurusan lading, penyediaan kawasan penanaman, pengurusan operasi logistik,
pembungkusan, pelabelan dan pemasaran hasil.

Herba

Program ini mendedahkan kepada jenis dan klasifikasi herba, penyediaan, teknik dan
penyenggaraan tanaman herba, formulasi dan pengekstrakan serta penyeliaan kawasan herba

Bioteknologi

Program ini member pendedahan kepada teknologi berasaskan biologi bagi peningkatan
kualiti dan daya tahan hasil bagi industri agrikultur. Kerja dan amalan yang bersandarkan
kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi seperti
penggabungan semula Deoxyribonucleic Acid (DNA) atau proses berasasakan pengkulturan
tisu.

Akuakultur

Program ini mengkhususkan murid kepada aktiviti pengurusan ikan air tawar dan ikan hiasan
serta kemahiran pembiakan, menternak dan mengusaha, menyediakan, menyelenggara dan
menuai hasil akuakultur dalam persekitaran terkawal

Hortikultur Hiasan

Dalam Program ini, murid akan didedahkan dengan pengetahuan berkaitan penjagaan dan
penanaman buah, tumbuhan hiasan dan sayuran. Murid juga akan menjaga tumbuhan dan
menjualkannya jika telah sampai waktunya.

Landskap

Murid akan didedahkan dengan kaedah dan teknik penanaman landskap, pemilihan tumbuhan
yang sesuai serta bagaimana menyelenggara tanaman tersebut. Di samping itu, murid akan
mempelajari bagaimana menggunakan peralatan yang sesuai dan bagaimana membuat
lakaran.

Pemprosesan Hasil Pertanian

Murid akan didedahkan bagaimana menguruskan hasil pertanian daripada ternakan, buahan,
sayuran serta bahan keperluan makanan. Di samping itu, murid akan didedahkan dengan
pengurusan sumber manusia.

Florikultur

Program ini mendedahkan pelajar kepada industri florikultur yang merangkumi aspek
pengurusan dan penyediaan tapak semaian, gubahan, perlindungan, penuaian, pengeluaran
dan pemasaran serta aktiviti-aktiviti penjagaan, pembajaan dana kawalan penyakit,
penyelenggaraan bungaan, infrasturuktur dan jentera

B.

INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN SWASTA (ILKS)

Malaysian Aviation Training

Licensed

Aircraft Program ini akan mendedahkan murid dengan penyelenggaraan

Academy (MATA)

Maintenance Technician pesawat.


(Cat A)

Malaysian Institute of

Mereka

akan

mempelajari

bagaimana

menjaga,

mengawal dan menyelenggara dan membaikpulih pesawat

Teknologi Mekatronik

Technology Academy (MITA)

Program ini merupakan bidang yang mempelajari gabungan


mekanikal

dan

elektronik.

Murid

akan

mendalami

proses

rekabentuk, menghasil dan menyelenggara sistem peralatan


automasi, robotik, sistem kawalan dan komunikasi dalam industri.
Teknologi

Pembuatan Program ini mendedahkan murid tentang membina acuan metal

(Perkakasan-Acuan)

mould yang berasaskan besi. Di samping itu, mereka didedahkan


dengan konsep keselamatan dan prosedur bengkel dan lukisan
teknikal serta Computer Aided Drafting (CAD)

Teknologi

Pembuatan Program ini mendedahkan murid tentang membina acuan metal

(Perkakasan-Alat

mould yang berasaskan besi. Di Samping itu, mereka didedahkan

Pemotong)

dengan konsep keselamatan dan prosedur bengkel dan lukisan


teknikal serta Computer Aided Drafting (CAD)

KRU Academy

Teknologi Kesan Khas

Program ini akan mendedahkan murid dengan Visual effect (VFX)

Visual

atau dikenali sebagai Kesan Khas Visual adalah satu proses yang
bervariasi di mana imej dihasilkan atau dimanipulasikan di luar dari
penggambaran filem sebenar. VFX melibatkan integrasi di antara
penggambaran filem sebenar dan penjanaan imej bagi mencipta

sebuah ruang yang kelihatan realistic, merbahaya, mahal di luar


imaginasi atau kelihatan mustahil untuk digambarkan dalam
kamera sebenar.
Kesan visual khas mampu melangkaui imaginasi penonton. Proses
Kesan Khas Visual ini menggunakan Computer Generated
Imagenery (CGI) yang mana kebelakangan ini menjadi satu trend
yang sangat popular dalam pembuatan filem tempatan dan
antarabangsa

Teknologi Animasi 2D

Animasi 2D adalah satu proses paparan berulang sesebuah imej


static bagi menghasilkan ilusi pergerakan, Pembikinan animasi 2D
memerlukan penggunaan kamera serta alatan komputer bagi
memudahkan imej berulang dipaparkan.
Program

ini

memberi

fokus

kepada

individu

yang

ingin

menampilkan, menghasilkan karya inovasi mereka dalam bidang


animasi. Individu tersebut akan dididik dalam bidang artistik animasi
bagi membolehkan mereka bersaing dalam dunia 2D, Dunia
Animasi Digital

Ranaco Marine

Pengajian Nautikal

Program ini adalah untuk membentuk kemahiran dalam bidang


arah pandu kapal. Murid akan didedahkan dengan kemahiran
perkapalan dan pelayaran. Murid turut dilengkapkan dengan sijil
nilai tambah yang mengiktiraf dan melayakkan mereka untuk
bekerja sebagai pegawai di atas kapal tempatan dan antarabangsa.

Teknologi Marin

Program

ini

untuk

membentuk

kemahiran

dalam

bidang

kejuruteraan enjin kapal. Murid didedahkan dengan kemahiran


sebagai seorang jurutera kapal dagang. Murid turut dilengkapkan
dengan sijil nilai tambah yang mengiktiraf dan melayakkan mereka
untuk bekerja sebagai jurutera di atas kapal tempatan dan
antarabangsa

Kejuruteraan Kapal

Program ini untuk membentuk kemahiran dalam bidang pembinaan


dan

penyelenggaraan

kapal.

Murid

akan

dilatih

dalam

merekabentuk kapal dan menyelenggara badan kapal. Murid juda


dilengkapkan dengan sijil nilai tambah yang diiktiraf oleh industri
berkaitan.

Enter Corridor Sdn. Bhd

Teknologi Mekatronik

Program ini akan memberikan pendedahan kepada pelatih

(Robotik)

berkaitan ilmu dan kemahiran di dalam bidang robotik serta sistem


automasi industri.
Program ini menggabungkan kejuruteraan mekanikal, elektrikal,
elektronik, pengaturcaraan komputer (programming) dan sistem
robotik, Lepasan Program mempunyai banyak peluang pekerjaan
apabila tamat pengajian nanti.

PPKS Ilmu Sdn. Bhd

Teknologi Penjanaan

Program ini akan memahirkan pelatih dalam bidang industri

Kuasa Elektrik

elektrikal seperti pemasangan, penyelenggaraan dan baik pulih

sumber dan peralatan elektrikal berkuasa tinggi. Pelatih juga akan


dibekalkan dengan kemahiran tambahan dalam bidang penjanaan
kuasa elektrik khasnya teknologi hidro, kuasa solar dan kuasa
angin bagi membolehkan pelatih menceburi sektor perkerjaan di
loji penjanaan kuasa dalam dan luar negara.

JT Akademi Sdn. Bhd

Subsea Welding

Program ini akan mendedahkan murid kepada teori dan amali

Technology

dalam proses kimpalan seperti Shielded Metal Arc Welding


(SMAW) dan Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), pelatih tetap
akan

diatur

untuk

mempelajari

kemahiran

menyelam

dan

menjalankan tugas kimpalan di bawah air. Pelatih akan mempunyai


pengetahuan tentang fisiologi menyelam, keselamatan menyelam,
persekitaran dalam air, komunikasi dan lain-lain. Secara tidak
langsung, pelatih turut berpeluang menjadi seorang penyelam yang
profesional. Di dalam Program ini, pelatih akan mempelajari
perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan
pengujian, penyeliaan dan sebagainya juga. Pelatih juga akan
dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer.

Oil & Gas Welding

Program ini akan memberi pendedahan terhadap teori dan amali

Technology

dalam proses kimpalan yang melibatkan keluli karbon (carbon

steel),

keluli

tahan

karat

(stainless

steel),

aluminium

dan

sebagainya. Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah


seperti Shielded Metal Arc Wedling (SMAW), Flux Cored Arc
Welding (FCAW) dan sebagainya. Di dalam Program ini, pelatih
akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti,
pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan dan sebagainya. Pelatih
juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer.
Latihan

ini

merangkumi

kemahiran

merancang,

menyelia,

merekabentuk, mengimpal dan membuat kerja-kerja kimpalan bagi


memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.
Program ini akan menjadikan pelatih kimpalan lebih kompetitif
dengan menyerapkan kemahiran menyelia, mengurus serta daya
analisis dan pemikiran kritikal. Jurukimpal yang mahir dan
berkelayakan sangat diperlukan oleh pelbagai industri terutama
industri minyak dan gas.

Septronic Skills Training

Collision Repair

Program ini akan memberi pendedahan kepada pelatih dalam

Centre

Reengineering Technician

membentuk semula badan kenderaan yang telah rosak sama ada


terlibat dalam kemalangan mahupun kerosakan kecil.
Program

ini

dapat

membantu

pelatih

untuk

menambah

pengetahuan dalam bidang pengetuk panel kenderaan dan pada


masa yang sama berkemahiran dalam bidang kimpalan dan
pengurusan.

Golf and Resort Operation Program ini akan memberi pendedahan kepada pelatih untuk
Maintenance Technician

menambah pengetahuan dalam bidang golf dan pada masa yang


sama berkemahiran dalam menyelenggara dan membuka padang
serta

berkemahiran

membaik

pulih

peralatan

jentera

yang

berkaitan. Pelatih juga berpeluang bekerja dalam bidang berkaitan


landskap seperti industri Golf dan Resort.

Auto Prima Technology

Autotronik

Training Sdn. Bhd.

Program ini akan memberi pendedahan kepada pelatih mengenai


Teknologi Automotif yang terkini seiring dengan pembangunan
dunia. Automotif yang dilengkapi dengan Sistem Elektronik
berteraskan Diagnostic

Asia Pasific Flight Training

Aviation (Ground

Program ini akan memberi pendedahan kepada pelatih aktiviti-

(APFT) Maintenance Training

Handling-Ramp Services)

aktiviti yang menyokong keperluan perkhidmatan darat di lapangan

Sdn. Bhd.

terbang untuk mengendalikan penerbangan pesawat.

C.

INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA)

I.

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM)

Teknologi Perkhidmatan Bangunan

Program ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang

& Penyelenggaraan

pembinaan untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional mengikut keperluan


industri pembinaan semasa. Murid-murid didedahkan dengan pemahaman tentang
sistem perkhidmatan dan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan. Murid-murid
juga diberi penekanan terhadap keselamatan dan kesihatan, konsep dan prinsip
teknologi perlaksanaan, penyelenggaraan dan baikpulih, kemahiran amali dalam
sistem perkhidmatan bangunan. Seterusnya mereka akan dilatih menerusi projek
lengkap yang mengaplikasikan teori dan teknik tersebut sehingga boleh membuat
pelan tindakan dan melaksanakan penyelenggaraan dan baikpulih

Teknologi
Komposit

Pemprosesan

Polimer Program ini menawarkan latihan dalam bidang bahan dan teknologi pemprosesan
polimer komposit.
Kurikulum yang digunapakai ini adalah berorientasikan kemahiran dan dijangka
akan menyediakan graduan yang berkebolehan dan profesional yang dapat
menguasai pelbagai aspek teori dan amali khususnya dalam bidang bahan dan
teknologi pemprosesan komposit polimer.
Pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari merangkumi :

Konsep bahan dan komposit polimer,

Teknologi pemprosesan dan pengeluaran,

Teknologi Pemprosesan Plastik

Rekabentuk bahan dan produk,

Rekabentuk dan fabrikasi acuan,

Fabrikasi dan pemasangan,

Penyenggaraan dan baik pulih komponen, dan

Pengujian dan analisa bahan dan produk

Program ini bakal menyediakan graduan pakar yang berketerampilan serta


memahami pelbagai kaedah pemprosesan bahan plastik. Contoh produk yang
dihasilkan melalui teknologi pembuatan & pemprosesan plastik (Injection moulding,
Extrusion, Blow Moulding & Blown Film) adalah :
1. Barangan harian - konsumer (tupperware, penutup botol & sebagainya)
2. Barangan Teknikal/ Kejuruteraan (Automotif) & Binaan (paip & sebagainya)
3. Barangan pembungkusan (Filem plastik, beg plastik & sebagainya)
4. Barangan pembungkusan (Botol plastik & sebagainya)

Peserta akan diajar oleh pengajar yang berpengalaman bermula dari aspek
pengenalan asas bahan plastik sehingga penghasilan produk menggunakan
kaedah pembuatan dan pemprosesan teknologi terkini yang memenuhi piawaian
dan spesifikasi industri.

Teknologi Pemprosesan Seramik

Program ini akan mendedahkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran di


dalam bidang pemprosesan seramik dan pencirian bahan mentah seramik. Bidang
ini menekankan penggunaan Sains Gunaan di dalam mempertingkatkan kebolehan
untuk menganalisi, menilai dan membangunkan produk berasaskan seramik yang
berkualiti. Sehubungan dengan itu, murid didedahkan dengan pelbagai kaedah
pemprosasan seramik seperti "Powder Pressing", "Ceramic Plastic Forming Jiggering, Jolleying, Ram Press, Extrude" dan "Slip Casting - Conventional and
Presure Casting".

II. INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP)


Teknologi Pemesinan CNC

Program ini mendedahkan murid mengendali, menyelenggara dan menggunakan


mesin pengeluaran berteknologi tinggi. Computer Numerical Control (CNC)bagi
menghasikkan produk industri. Murid akan didedahkan dengan ilmu reka bentuk
kejuruteraan, pengendalian dan pengurusan peralatan serta sistem pembuatan
dengan penekanan terhadap proses pemesinan.Melalui proses pemesinan,
kemahiran penggunaan mesin dan peralatan dititikberatkan yang mana ia
merangkumi peralatan mesin CNC termasuklah CNC Milling Center, CNC Turning,
CNC Grinding, CNC Electrical Discharge Machining (EDM) Wire Cut dan CNC
Electrical Discharge Machining (EDM) Die Sinker.
Murid turut diberi latihan kemahiran berkaitan kaedah pengukuran jitu melalui
peralatan CMM serta pengujian klinikal termasuk kesan penggunaan, kekuatan
bahan dan ketahanan reka bentuk produk. Murid juga akan mempelajari subjek
penyeliaan dan pengurusan. Murid juga didedahkan dengan latihan industri.

Teknologi Pembuatan (Perkakasan Program ini akan mendedahkan murid dengan mereka bentuk alat dan acuan
Alat Pemotong)

menggunakan CAD dan mesin CNC untuk membuat alat dan acuan. Murid juga
dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dalam
merekabentuk, membuat acuan pembentuk untuk mengeluarkan produk mengikut
spesifikasi yang dikehendaki. Kurikulum Program ini mengandungi asas-asas dan
pendedahan kepada murid dalam kerja-kerja teknikal dalam pembuatan Acuan
Suntikan Plastik dan Alat Tekan dengan menggunakan perisian komputer.
Murid juga akan mempelajari lukisan kejuruteraan , cetakan biru, rekabentuk acuan
dan pembuat acuan, penyelenggaraan mesin, penggunaan mesin, penggunaan

mesin kisar, mesin larik dan mesin canai jenis konvensional dan CNC, penggunaan
mesin Electrical Discharge Machining (EDM) dan Wire Cut.

Teknologi

Reka

Bentuk

Produk Program ini akan mendedahkan murid dengan mereka bentuk produk industri

Industri

menggunakan Computer Aided Design (CAD) dan Computer Aided Manufacturing


(CAM). Murid akan didedahkan tentang proses penghasilan rekabentuk. Para
murid akan belajar mengenai proses rekabentuk industri yang bermula dengan
penghasilan idea yang diterjemahkan dalam bentuk lakaran bebas samada secara
manual atau digital. Seterusnya, memindahkan lakaran tersebut kepada lukisan
kejuruteraan dengan menggunakan perisian CAD seperti AUTOCAD dan Inventor
serta penggunaan Computer Aided Industrial Design (CAID) seperti Alias.
Lukisan rekabentuk kejuruteraan akan diterjemahkan dalam bentuk 3D dengan
penghasilan model atau prototaip yang mengaplikasikan pelbagai jenis kaedah iaitu
seperti teknik asas pembuatan model menggunakan foam, kayu dan acrylic dan
juga teknik asas pembuatan model menggunakan gentian kaca (fiberglass) dan
dikemaskini dengan teknik semburan angin (Airbrush). Selain itu, model juga dapat
dihasilkan dengan teknik pembuatan deras atau lebih dikenali sebagai Rapid
Prototyping.

Teknologi Instrumen Perindustrian

Dalam program ini, murid akan diajar mengawal dan menganalisa parameter
proses seperti aliran, paras, suhu dan tekanan dengan menggunakan sistem
elektronik, pneumatic dan hidraulik. Murid didedahkan penyelenggaraan sistem
kawalan supaya proses sentiasa stabil

Teknologi Mekatronik

Program ini merupakan bidang yang mempelajari gabungan mekanikal dan


elektronik. Murid akan mendalami proses rekabentuk, menghasil dan
menyelenggara sistem peralatan automasi, robotik, sistem kawalan dan komunikasi
dalam industri.

Teknologi CADD Seni Bina

Dalam Program ini, murid akan diajar merangka lukisan unjuran, keratin, perspektif,
lukisan perincian, geometri dan lukisan kerja dan ukur bangunan. Murid akan
mempelajari cara merekabentuk bangunan, kerja-kerja ukur tanah, penentu baying,
teknik mewarna, lukisan persembahan dan undang-undang pembinaan.

Teknologi Plastik

Program ini akan mendedahkan murid mengenai teori sifat dan ciri-ciri plastic
(polimer). Murid didedahkan cara pengadunan bahan-bahan plastic dan bahan
tambah, asas reka bentuk acuan plastik. Pendedahan terhadap pengendalian
mesin pemprosesan produk plastik seperti proses injection moulding, blow
moulding, extrusion. Blow film, compression moulding dan vacuum forming
Kurikulum dibina untuk melahirkan murid yang berketrampilan serta memahami
pelbagai kaedah pemprosesan bahan plastic. Keutamaan pembelajaran
menekankan kaedah hands on. Murid akan belajar bermula dari aspek pengenalan
asas bahan plastic sehingga penghasilan produk menggunakan kaedah
pembuatan dan pemprosesan teknologi terkini yang memnuhi piawaian dan
spesifikasi industri.

Teknologi Kenderaan Perdagangan Program ini akan mendedahkan murid dalam menservis dan membaik pulih
Berat

kenderaan perdagangan berat seperti trak, bas, lori dan trailer. Antaranya, sistem
brek, enjin, penyaman udara, ekzos, elektrik, gantungan, steering, hidraulik,
pneumatic, penyejukan enjin, bahan api dan kawalan elektronik

Teknologi Perisian (Pengaturcaraan)

Dalam program ini, murid yang menyertai akan mempelajari pengaturcaraan sistem
logik, penterjemahan logik kepada pengkodan, menulis dan menguji pengkodan
program, menjalankan aktiviti rutin keselamatan sistem dan membantu dalam
pengurusan data. Murid akan menyertai latihan ini dalam tempoh 24 bulan. Murid
yang menjalani Program ini, berpeluang menjadi Pembantu Pengaturcara
Komputer dan pekerjaan lain dalam bidang pengaturcaraan computer

Teknologi Komputer Sistem

Program ini menawarkan latihan teori dan amali yang menumpukan pembentukan
pengetahuan serta kemahiran dalam teknologi komputer sistem. Sepanjang
tempoh latihan pelatih akan didedahkan secara teori dan amali kepada
perkembangan teknologi terkini yang merangkumi pembangunan dan rekabentuk
sistem dan rangkaian komputer, penggunaan komputer di dalam operasi
perniagaan, telekomunikasi, pemprosesan imej, pembangunan dan rekabentuk
perisian komputer serta mampu menyelanggara, membaikpulih dan sebagainya

Elektronik Industri

Program ini mendedahkan murid dengan kemahiran menghasilkan lukisan


kejuruteraan dan lukisan elektronik serta menghasilkan litar elektronik. Murid juga
akan menguasai kemahiran mencari kerosakan litar/peralatan dan seterusnya
menjalankan kerja membaikpulih kerosakan supaya litar/peralatan dapat berfungsi
mengikut spesifikasi. Murid akan dilatih mengendali sistem automasi dan
mengendali pengawal mikro yang banyak digunakan di dalam industri

INFO ALIRAN TEKNIKAL - SEKOLAH MENENGAH TEKNIK


(menjurus kepada Sijil Pelajaran Malaysia)
Aliran Teknikal yang di tawarkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik seluruh Malaysia memberi fokus kepada
bidang/pengajian seperti berikut.
Bidang-bidang tersebut adalah :

Pengajian Kejuruteraan Elektrikal Elektronik.

Pengajian Kejuruteraan Awam

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

Perdagangan

Sains Pertanian

Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:


a. Tingkatan 4
b. Tingkatan 5
dan seterusnya dinilai melalui Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

Kemasukan ke Tingkatan 4 berdasarkan PT3 dengan memilih antara 5 bidang yang ditawarkan seperti senarai di atas.

Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Kursus ini adalah pendedahan kepada pelajar kepada asas Kejuruteraan
Elektronik

Elektrik & Elektronik. Konsep-konsep asas yang dipelajari dapat memupuk dan
memperkembangkan minat dan penguasaan prinsip kejuruteraan Elektrik &
Elektronik seperti litar, elektromagnet, pengubal diod, transistor dwikutub,
elektronik conduit, perhubungan, komputer motor dan robotik melalui aktiviti
pembelajaran secara teori, amali dan binaan projek. Ia juga membantu pelajar
untuk memahami komponen-komponen elektrik dan elektronik serta simbolsimbolnya.

Pengajian Kejuruteraan

Kursus ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam

Mekanikal

bidang Kejuruteraan Mekanikal yang merangkumi sumber alam dan tenaga,


penjanaan dan penggunaan haba, daya jentera serta rekabentuk, pengeluaran
dan kegunaan mesin serta alat tangan. Pelajar juga akan didedahkan kepada
pengetahuan seperti metrologi dan mekanik berkaitan dengan momentum dan
geseran, sistem hidraulik, pneumatic dan robotik asas. Kejuruteraan Mekanikal
memberi

tumpuan

kepada

pemahaman

konsep,

prinsip

asas,

teori

kejuruteraan mekanikal serta kemahiran berkaitan

Pengajian Kejuruteraan Awam

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan pengetahuan asas


dalam Kejuruteraan Awam dengan memberi penekanan kepada skop Proses

Pembinaan, Bahan Binaan, Struktur Kejuruteraan Awam, Geoteknik, Ukur


Kejuruteraan, Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu
Lintas, Sumber dan Bekalan Air, Sistem Pembersihan dan Aturcara Kontrak
dan Taksiran. Pelajar juga didedahkan dengan aktiviti pembelajaran secara
teori, kerja amali serta lawatan industri. Ia juga bertujuan untuk membentuk
kesedaran pelajar agar peka terhadap alam sekitar dan menyemai minat dalam
kerja-kerja

penyelidikan,

merekabentuk,

menganalisis

dan

bertindak

berasaskan fakta.

Perdagangan

Kursus ini ditawarkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar berdasarkan


amalan perdagangan dan perniagaan yang merangkumi bidang pengeluaran,
perdagangan,

perniagaan,

bantuan

perniagaan,

pelaburan,

pemilikan

perniagaan, konsumerisme dan etika amalan perniagaan. Pembelajaran


merangkumi pemahaman konsep serta perkembangan maklumat terkini dalam
bidang perdagangan berdasarkan kepada konsep, peraturan, undang-undang
yang diamalkan dalam dunia perniagaan sebenar. Ia akan membantu untuk
membina asas yang kukuh untuk menceburkan diri dalam bidang perdagangan
di aras lebih tinggi. Kursus ini juga memberi peluang untuk pelajar mempelajari
amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan.

Sains Pertanian

Kursus ini adalah satu bidang pengajian saintifik terhadap prinsip dan amalan
dalam penanaman, penternakan, teknologi pertanian dan pengurusan ladang.

Pelajar

didedahkan

kepada

pengetahuan,

kemahiran

dan

kefahaman

mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi tanaman dan ternakan serta


perladangan sebagai suatu perniagaan. Pelajar juga akan mempelajari tentang
pelbagai faktor yang mempengaruhi hasil tumbuhan dan pengeluaran ternakan
serta cara untuk meningkatkan hasil serta mutu pengeluaran. Aspek teknologi
dalam pertanian juga diberi penekanan dalam pembelajaran secara teori, kerja
amali dan kerja kursus.

INFO KURSUS BAGI PROGRAM APPRENTICESHIP atau KEMAHIRAN


(menjurus kepada Sijil Profesional GIATMARA atau Sijil Kemahiran Malaysia)

a)

Program Apprenticeship di KOLEJ VOKASIONAL


Dilaksanakan berasaskan Model Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dikawal selia oleh Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK). Pelajar didedahkan dan diberi latihan dalam tiga (3) komponen utama :

Komponen akademik menggunakan kurikulum Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK)

Komponen latihan asas vokasional pendedahan kerja sebenar dan persediaan awal sebelum ditempatkan
di industri untuk latihan

Komponen praktikal di industri/tempat kerja berdasarkan kompetensi yang diperlukan oleh National
Occupational Skills Standard (NOSS)

Operasi Sistem Komputer

Murid mempelajari tata cara memasang komponen komputer, mendiagnostik


masalah komputer dan membuat penyelenggaraan dan pembaikpulihan
komputer

Perkhidmatan
Komputer

Rangkaian Murid akan diberi pendedahan berkaitan pengetahuan dan kemahiran tentang
asas perkakasan komputer dan kaedah penyelenggaraan dan penjagaan
komputer. Murid turut didedahkan

kemahiran tentang asas dan kaedah

konfigurasi dalam menyediakan sebuah rangkaian computer. Pendedahan

berkaitan

tahap

pengetahuan

tentang

perkembangan

dan

teknologi

perkomputeran dan rangkaian komputer akan diberikan


Kursus ini memberi penekanan kepada latihan teori dan amali dalam

Elektrik

kerjakerja elektrik, menggunakan peralatan ujian dan penyeliaan berkaitan


kerja-kerja elektrik.

Single Phase Electrical Installation Murid didedahkan mengenai pemasangan elektrik satu fasa yang merangkumi,
Pemasangan Lukisan

and

Maintenance/

dan

Penyelenggaraan

elektrik,

Pendawaian

Domestik

dan

Industri,

Membaikpulih

Elektrik- Kerosakkan, Penyelenggaraan Elektrik, Pengujian Elektrik dan Motor Satu

Fasa 1
Proses SMAW

Fasa.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan member
latihan dalam kemahiran yang melibatkan kerja-kerja mengimpal

Operasi Pembuatan Perabot

Murid diberi pendedahan berkaitan teknologi serta kemahiran praktikal


dalam bidang rekabentuk dan pembuatan perabot serta mempunyai
kebolehan untuk bekerja di dalam pasukan

Pemesinan Industri

Kursus ini memberi pendedahan teori dan amali dalam kemahiran asas dan
pertengahan pemesinan bermula dari pemesinan mesin konvensional seperti
mesin larik, kisar dan canai dan pengaturcaraan pelbagai mesin Computer
Numerical Control (CNC).

Air Condition

Kursus ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam


pengujian dan penyelenggaraan sistem penyaman udara domestik, asas
sistem penyaman udara industri, menganalisa dan merekabentuk susunatur
sistem penyamanan udara.

b)

Program Kemahiran di KOLEJ VOKASIONAL


Program dilaksanakan sepenuh masa selama dua (2) tahun dan murid diberi latihan dalam dua (2) komponen iaitu:

Komponen akademik menggunakan kurikulum Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK)

Komponen vokasional - mengikut National Occupational Skills Standard- NOSS)

Mekanik

Kursus ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam

Penyejukbekuan
Penyamanan Udara

dan pengujian dan penyelenggaraan sistem penyaman udara domestik, asas sistem
penyaman udara industri, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistem
penyamanan udara.

Mekanik
Motor

Kenderaan Murid akan diberi pendedahan untuk penyelenggaraan kenderaan, sistem


karburetor, bahan api diesel, baik pulih enjin, sistem brek dan stering.

c)

PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) di

Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu

(WISDEC), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)


Teknologi Pemprosesan Perabot

Merupakan satu program latihan berstruktur yang menawarkan latihan kemahiran industri dan pengetahuan mengenai
industri berasaskan kayu kepada murid yang berminat untuk membina kerjaya dalam industri berasaskan kayu.
Kaedah latihan menekankan latihan secara hands-on yang mana peserta akan menggunakan kebanyakan masa
untuk menjalani kerja-kerja praktikal. Ia dilengkapi lagi dengan latihan secara formal di dalam kelas.

Setelah menamatkankan program ini, pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari oleh para murid adalah seperti
berikut :

. Proses Persediaan Kompenan Perabot


Proses Kemasiapan
Proses Pemasangan Perabot
Lukisan Terbantu Komputer
Proses Pemeriksaan Kualiti
Pembuatan Perabot (R&D)
. Ukiran Kayu

d)

SIJIL PROFESIONAL GIATMARA (Program Apprenticeship) di GIATMARA


1. Teknologi Kimpalan Dan Fabrikasi Logam
Kursus ini akan memberi pendedahan tentang pelbagai proses kimpalan dengan menggunakan material yang
berbeza. Murid perlu memahami rajah-rajah kimpalan serta menentukan proses dan material yang akan
digunakan. Di samping itu, murid juga akan diminta menghasilkan pelbagai produk fabrikasi di akhir kursus yang
bertujuan untuk mempelbagaikan lagi bakat, kreativiti dan kemahiran masing-masing.
2. Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara
Kursus ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam pengujian dan penyelenggaraan
sistem penyaman udara domestik, asas sistem penyaman udara industri, menganalisa dan merekabentuk
susunatur sistem penyamanan udara. Murid juga akan mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan
penyelenggaraan, pengurusan dalam kerjakerja binaan berkaitan penyamanan udara serta mematuhi dan
mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan
3. Tool And Die Technology (Tahap 1)
Kursus ini memberi pendedahan tentang teknologi pembuatan komponen mesin dan juga acuan. Murid
berpeluang mengendalikan mesin Computer Numerical Control (CNC) dan membuat rekabentuk menggunakan
Computer Aided Design and Machining (CADCAM). Bidang ini menjanjikan peluang kerjaya yang luas kerana
majoriti peralatan dan produk di pasaran dihasilkan menggunakan acuan seperti botol, bekas mengisi makanan,
handphone covers, alat kawalan jauh, suis dan sebagainya. Murid bukan sahaja mahir mengendalikan mesin
malah berkebolehan menghasilkan rekabentuk produk yang ingin dibuat.

4. Teknologi Sistem Komputer

Kursus ini akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam penyelenggaraan, naiktaraf serta
penggunaan aplikasi komputer. Antara modul tambahan yang turut dipelajari ialah berkaitan dengan aplikasi
internet, rekabentuk laman web dan blog..

5. Computer System Network


Kursus ini akan menyediakan murid dengan pengetahuan asas perkakasan dan perisian rangkaian, konsep data
security dalam rangkaian dan pengenalan kepada sistem rangkaian komputer. Antara modul yang akan diberi
penekanan dalam kursus ini ialah modul tentang rangkaian tanpa wayar (wireless), pendawaian rangkaian,
rekabentuk rangkaian ethernet dan senggaraan sistem rangkaian. Murid akan mempunyai kemahiran luas dalam
menyediakan sistem rangkaian yang kompleks yang mengandungi workstation, user, server dan perkakasan
rangkaian. Mereka juga boleh membuat troubleshooting asas untuk menyelesaikan masalah rangkaian.

6. Fashion And Dressmaking


Kursus ini memberi pendedahan berkaitan asas jahitan pakaian. Murid juga didedahkan tentang teknik
mengendali berbagai mesin jahit industri, mereka bentuk fesyen pakaian dan sebagainya.

7. Hiasan Dalaman
Kursus ini bertujuan melatih dan memberi pendedahan kepada murid dalam kemahiran membaik pulih perabot
serta membuat kerja kerja kemasan seperti kerusi makan, sofa dengan menggunakan mesin-mesin yang terkini di

dalam industri pembuatan. Disamping itu juga kursus ini menyediakan modul pembelajaran hiasan dalaman yang
terdiri daripada plaster siling, drywall, wallpaper, dan rekabentuk hiasan langsir, serta kemasan lantai.

8. Seni Sulaman Kreatif


Kursus ini memberi pendedahan berkaitan jahitan yang melibatkan sulaman tangan. Sulaman mesin, sulaman
berkomputer dan reka corak. Murid juga didedahkan tentang teknik mengendali berbagai mesin jahit industri.
Selain itu juga murid akan didedahkan dalam kerja kerja jahitan sulaman tampal.
9. Teknologi Motosikal
Kursus ini memberi pendedahan tentang aspek penjagaan dan pembaikan enjin motosikal, servis sistem brek,
servis tayar dan sebagainya. Di akhir latihan, murid juga berpeluang mencipta custom bike mereka sendiri yang
bertujuan untuk menjana daya imaginasi berkarya dan kreativiti setiap individu.

10. Penyelenggaraan Enjin Marin


Kursus ini memberi pendedahan tentang kaedah penyelenggaraan dan baikpulih enjin marin. Antara modul yang
turut diajar ialah sistem penyejukbekuan dan penyaman udara dalam kapal, sistem pendawaian elektrik bagi
kapal, sistem transmisi, pelinciran, pemanduan dan sebagainya.
11. Teknologi Baikpulih Dan Mengecat Kenderaan
Kursus ini memberi pendedahan tentang kaedah membaikpulih badan kenderaan dengan betul. Murid akan
melakukan amali pada kenderaan sebenar serta dapat melihat hasil kerja yang lebih realistik. Dalam menyediakan
seorang pekerja mahir dalam bidang ini, murid akan dilatih menggunakan pelbagai tools, bahan, material dan

teknik-teknik suai padan cat bagi menghasilkan tona yang menarik. Elemen mengimpal komponen kenderaan
turut diselitkan dalam latihan sebagai kemahiran tambahan.
12. Juruteknik Servis Tayar
Kursus ini adalah salah satu bidang yang semakin mendapat tempat di negara ini. Kandungan kursus lebih fokus
dan tertumpu kepada kemahiran yang diperlukan sebagai juruteknik servis tayar seperti penyelenggaran
kenderaan secara umum, penyelenggaraan roda dan tayar serta pemeriksaan penjajaran roda hadapan dan
belakang.
13. Teknologi Automotif
Kursus ini memberi pendedahan tentang penyelenggaraan dan servis enjin kenderaan. Murid akan didedahkan
dengan sistem petrol dan juga diesel sepanjang tempoh pembelajaran. Antara topik yang akan dipelajari ialah
sistem brek kenderaan, sistem elektrik dan penyaman udara, stereng serta transmisi manual dan automatik.

14. Masakan Dan Pramusaji


Kursus ini akan memberi pendedahan kepada murid untuk mempelajari penyediaan pelbagai jenis masakan
melayu, masakan barat, penyediaan minuman dan snek. Di samping itu, murid turut diberi ilmu tentang amalan
hygiene yang baik (good hygiene practice) dalam bidang pengurusan makanan. Dalam tempoh latihan, murid
bukan sahaja akan dilengkapkan dengan kemahiran memasak malah turut didedahkan dengan kemahiran
memotong bahan masakan, pramusaji dan mempersembahkan plating hidangan. Sebagai seorang bakal tukang
masak mahir, murid perlu tahu untuk merancang menu dan menyediakan hidangan lengkap yang mengandungi
semua nutrien diperlukan oleh tubuh.

15. Confectionery And Bakery


Kursus ini merangkumi pelbagai modul yang komprehensif dalam penyediaan produk pastri dan bakeri. Konsep
latihan secara amali amat dititikberatkan supaya setiap murid mendapat latihan yang intensif dan mahir dalam
menyedia setiap produk yang telah ditetapkan. Antara produk yang akan dipelajari ialah menyediakan pelbagai
jenis doh roti, pastri dan biskut. Mereka akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan tentang kandungan bahan
dan teknik penghasilan sesuatu produk.

16. Senireka Gaya Rambut


Kursus ini akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai rekaan gaya rambut
lelaki dan wanita. Antara modul yang akan dipelajari ialah modul pembersihan rambut, penggayaan rambut
(sanggul, blow curl, menggulung), menggunting rambut (lelaki dan wanita), mengerinting, mewarna dan melurus
rambut. Teknik penjagaan dan rawatan rambut turut ditekankan kepada para murid sebagai kemahiran dan
pengetahuan tambahan.

17. Solekan Dan Terapi Kecantikan


Kursus ini akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam teknik-teknik solekan muka
seperti solekan siang, malam dan solekan pentas. Malahan, sebagai nilai tambah kepada murid, modul berkaitan
rawatan dan penjagaan seluruh tubuh juga turut dimuatkan. Antara modul tersebut ialah rawatan kontur mata dan
wajah, manicure/pedicure serta rawatan tubuh menggunakan mesin.

18. Senireka Gaya Rambut Lelaki


Kursus ini akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai rekaan gaya rambut
lelaki serta penjagaan kecantikan.

19. Senireka Gaya Rambut Dan Solekan


Kursus ini akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai rekaan gaya rambut
lelaki/wanita serta penjagaan kecantikan. Kursus ini merupakan kursus khas yang menggabungkan tatarias
kecantikan serta gaya rambut. Kandungan silibus lebih menjurus kepada syariah compliance.

20. Teknologi Animasi


Kursus ini akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menghasilkan lukisan asas
animasi 2D, ilustrasi vektor, image manipulation, lukisan digital, membuat model animasi 3D, membuat
pergerakan pada objek dan merekacipta skrip, konsep dan papan cerita (storyboard). Di akhir latihan, murid
dikehendaki menghasilkan sebuah filem pendek animasi yang akan menguji keupayaan murid dalam fasa preproduction, production dan post-production.

21. Graphic Design And Advertising


Kursus ini akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam rekabentuk grafik berkomputer.
Rekaan yang akan dipelajari lebih kepada grafik bagi tujuan pengiklanan. Murid bukan sahaja akan mempelajari
teknik rekabentuk grafik vektor dan bitmap tetapi juga pendedahan kepada output rekaan tersebut samada dalam
bentuk poster, banner, bunting dan lain-lain.
22. Teknologi Percetakan
Kursus ini menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran mengendali serta menyelenggara mesin
percetakan. Aspek amali amat dititikberatkan dalam kursus ini kerana murid perlu mahir untuk mengendali mesin
cetak yang berbeza-beza dan dalam masa yang sama dapat menghasilkan kualiti cetakan yang tinggi. Di samping
itu, murid akan diajar cara troubleshooting perkara-perkara asas yang berkaitan dengan kualiti cetakan seperti

dakwat, kertas dan material yang lain. Setiap murid mesti tahu dan cekap dalam mengadun / mencampur warna
dakwat, mengendali mesin pemotong serta menukar tetapan (setting) kualiti cetak mengikut spesifkasi produk
yang dikehendaki oleh pelanggan.

23. Teknologi Fotografi


Kursus ini merangkumi pembelajaran tentang teknik-teknik pengendalian kamera SLR digital, kawalan cahaya dan
penyuntingan imej. Murid juga berpeluang untuk mempelajari teknik fotografi untuk pengiklanan dan juga
kewartawanan. Bidang fotografi menawarkan peluang menjana pendapatan yang tinggi di samping boleh
dilakukan secara sambilan. Bidang ini memerlukan daya imaginasi dan kreativiti dalam penghasilan foto yang
unik, realistik dan mempunyai nilai seni.

24. Desktop Publishing Artist


Kursus ini memberi pendedahan tentang asas rekabentuk grafik berkomputer. Antara perisian yang dipelajari
dalam kursus ini ialah Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Adobe In Design. Antara kemahiran yang akan
dipelajari ialah teknik rekabentuk imej visual, membuat layout, suntingan digital, typesetting dan cetakan akhir.
Skop kursus meliputi kesemua bentuk interpretasi grafik termasuklah rekabentuk 2D dan 3D.

25. Videography And Special Effect


Murid akan diberi pendedahan untuk menghasilkan komposisi rakaman serta menghasilkan analisis projek
penyuntingan visual dan seterusnya penyediaan penyuntingan visual offline. Murid juga akan menghasilkan
rekabentuk audio dan juga gerakan grafik serta menghasilkan kesan khas dan kompositing. Kursus ini memberi
peluang murid menghasilkan penyuntingan visual online untuk projek akhir.

26. Multimedia Design And Production


Murid akan mempelajari kaedah untuk membuat suntingan grafik, audio dan video yang akan dintegrasikan dalam
satu projek khas. Modul rekabentuk laman web serta cara memuatnaik ke internet akan turut didedahkan kepada
para murid. Di akhir latihan, murid dikehendaki menghasilkan projek interaktif yang mempunyai gabungan
pelbagai elemen multimedia di dalamnya.

27. Teknologi Elektronik Audio Visual


Murid akan menguasai kemahiran dalam menghasilkan lukisan elektronik dan seterusnya membina projek
elektronik. Kursus ini juga mendedahkan murid kemahiran membaikpulih sistem hi-fi, memasang sistem audio
kenderaan, membaikpulih sistem TV/LCD. Pengetahuan dan kemahiran memasang kamera litar tertutup (CCTV),
membaikpulih perkakasan elektrik rumah dan membina pengawalan logik boleh atur juga turut diberikan kepada
murid secara praktikal.

28. Elektronik Industri


Kursus ini mendedahkan murid dengan kemahiran menghasilkan lukisan kejuruteraan dan lukisan elektronik serta
menghasilkan litar elektronik. Murid juga akan menguasai kemahiran mencari kerosakan litar/peralatan dan
seterusnya menjalankan kerja membaikpulih kerosakan supaya litar/peralatan dapat berfungsi mengikut
spesifikasi. Murid akan dilatih mengendali sistem automasi dan mengendali pengawal mikro yang banyak
digunakan di dalam industri

29. Mekatronik
Murid akan mempelajari bidang mekanik dan elektronik. Kursus ini juga membolehkan murid mahir dalam
menghasilkan lukisan kejuruteraan, merekabentuk papan litar elektronik serta mengendali sistem kawalan motor

dan elektrik. Murid juga akan menguasai kemahiran mengendali pengawal mikro dan juga mengaplikasi sistem
automasi.

30. Pendawai Elektrik (PW1)


Kursus ini memberi pendedahan tentang kerja-kerja pendawaian elektrik satu fasa . Sepanjang tempoh pengajian,
murid akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan lukisan kejuruteraan, sistem
pepasangan, sistem kawalan dan pengujian.
31. Pendawai Elektrik (PW 2)
Kursus ini memberi pendedahan tentang kerja-kerja pendawaian elektrik satu fasa . Sepanjang tempoh pengajian,
murid akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan lukisan kejuruteraan, sistem
pepasangan, sistem kawalan dan pengujian.

32. Pendawai Elektrik (EIU) -Gred 1


Kursus ini memberi pendedahan tentang kerja-kerja pendawaian elektrik satu fasa . Sepanjang tempoh pengajian,
murid akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan lukisan kejuruteraan, sistem
pepasangan, sistem kawalan dan pengujian. Kursus ini hanya ditawarkan di GIATMARA di negeri Sarawak.

33. Early Childhood Education And Training


Kursus ini memberi pendedahan tentang cara penjagaan dan pendekatan asuhan yang betul untuk kanak-kanak
semasa di pusat jagaan kanak-kanak atau di rumah. Kaedah asuhan yang diterapkan berbeza mengikut kategori
peringkat umur iaitu infant, toddler dan child. Antara modul yang diajar ialah membentuk perkembangan holistik,
pemakanan seimbang, mengurus kesihatan kanak-kanak dan penjagaan kanak-kanak kelainan upaya. Di

samping itu, murid juga akan diterapkan dengan aspek-aspek keselamatan dan hygiene sepanjang tempoh
latihan.

34. Holistic And Wellness Spa


Kursus ini akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan/ pengendalian spa.
Murid akan diajar kaedah-kaedah rawatan yang biasa dilakukan di spa seperti rawatan wajah, rawatan badan,
rawatan menggunakan haba atau air dan rawatan kaki. Biasanya bahan semulajadi lebih sesuai digunakan dalam
rawatan di spa. Di samping itu, murid akan diberi pengetahuan kefungsian setiap bahan tersebut seperti jenisjenis garam, buah-buahan dan bijirin.

35. Industrial Maintenance


Kursus ini memberi pendedahan tentang teknologi binaan bangunan. Murid berpeluang untuk mempelajari secara
teori dan praktikal prinsip asas binaan sesebuah bangunan, sistem saliran dan pendawaian. Di samping itu
mereka turut diajar kemahiraan melepa, bricklaying, pemasangan bumbung, cat dan penjubinan di dinding serta
lantai.
36. Seni Landskap Dan Taman
Kursus ini memberi pendedahan tentang seni olaha n, susunatur dan binaan elemen bagi membentuk landskap.
Murid berpeluang mempelajari landskap yang dibentuk dari elemen semulajadi dan juga landskap buatan manusia
yang biasanya melibatkan kawasan terhad.

37. Building Maintenance


Kursus ini memberi pendedahan tentang teknologi binaan bangunan. Murid berpeluang untuk mempelajari secara
teori dan praktikal prinsip asas binaan sesebuah bangunan, sistem saliran dan pendawaian. Di samping itu
mereka turut diajar kemahiraan melepa, membuat kerja kimpalan, memasang sistem paip bekalan, membuat
pendawaian, membaikpulih sistem dan menyelenggara penyaman udara serta membuat anggaran kos.

38. Teknologi Perabot Dan Rekaan Dalaman


Kursus ini memberi pendedahan tentang teknik dan pertukangan perabot rumah dan pejabat seperti kerusi,
almari, meja makan, meja kerja dan lain-lain. Murid akan diajar cara membaca pelan, membuat rekabentuk pelan
perabot, membuat ukuran serta membuat kemasan. Di akhir pengajian, murid turut didedahkan dengan konsep
asas ukiran kayu.

39. Composite Technology


Kursus ini memberi pendedahan tentang penghasilkan produk-produk berasaskan gentian kaca (fibre glass).
Murid berpeluang mempelajari proses menyediakan acuan hinggalah kemasan produk.

40. Boat Building And Repair


Kursus ini memberi pendedahan tentang pembuatan dan penyelenggaraan bot. Di samping itu, murid akan diajar
juga dengan elemen-elemen berkaitan penggunaan gentian kaca (fibre glass) dalam penghasilan bot.

Anda mungkin juga menyukai