Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM MENGGAPAI BINTANG

PENDAHULUAN

Program MENGGAPAI BINTANG merupakan program khas untuk kelas atau murid yang tidak
mempamerkan kesedaran diri ke arah mencapai kejayaan dalam peperiksaan, tidak mempunyai
matlamat, atau hala tuju selepas SPM, mudah terpengaruh dengan rakan sebaya ke arah tingkah laku
negatif yang menyebabkan mereka tidak bermotivasi datang ke sekolah dan mengikuti aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

RASIONAL

Sekolah berusaha membantu murid memberi kesedaran diri dari sudut hala tuju atau matlamat
selepas SPM, menyedarkan murid supaya jangan mudah terpengaruh dengan perlakuan negatif rakan-
rakan sebaya , sekali gus membantu meningkatkan motivasi diri murid untuk mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

MATLAMAT

Membolehkan murid sekurang-kurangnya lulus dalam peperiksaan dan seterusnya


meningkatkan peratusan kelulusan dan GPS sekolah.

OBJEKTIF

1. Memberi kesedaran kepada murid bagaimana menetapkan matlamat.

2. Memberi kesedaran kepada murid bahawa matlamat sebagai seorang murid seharusnya ada di
dalam diri masing-masing.

3. Memberi kesedaran kepada murid bagaimana mereka dipengaruhi oleh rakan sebaya ke arah
perlakuan negatif yang membawa kepada merosotnya motivasi belajar dan tidak sedar akan
kepentingan kejayaan di dalam peperiksaan.

4. Membantu meningkatkan motivasi diri murid untuk membawa mereka memperolehi kejayaan
dalam peperiksaan.

SASARAN

Kelas 5SS4 dan 5SS5

AHLI JAWATAN KUASA INDUK PROGRAM

PENASIHAT : AJMAL HAJI JUMAH


(PENGETUA)
PENGERUSI : MOHD ISKANDARZULKERNAIN MOHD YAHYA
(PK HEM)

SETIAUSAHA : DUSI GUNTING


(GBKSM)

SETIAUSAHA : KU ZAINUDDIN KU MAHASAN


(GBKSM)

BENDAHARI : RAMINAH

AJK

1. Guru Kelas

2 Guru Disiplin

3 Guru di bawah Unit B & K

AHLI JAWATAN KUASA PENGELOLA PROGRAM

PENYELARAS PROGRAM : DUSI GUNTING

TIM. PENYELARAS :KU ZAINUDDIN KU MAHASAN

FASILITATOR : PRS / GURU UNIT B & K

TEMPOH PELAKSANAAN

3 hari

1 hari 3 / 4 modul LDK

TARIKH CADANGAN

Belum ditetapkan

ANGGARAN KOS

1. Bahan-bahan keperluan setiap modul .


PENUTUP

Setiap murid mempunyai potensi diri. Memandangkan ada kalanya murid tidak menyedari
potensi diri disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya, tidak tahu menetapkan matlamat, tidak ada
motivasi dalam diri maka murid tidak dapat menyerlahkan potensi diri mereka. Melalui program ini
sekolah berusaha membanytu murid menyerlahkan potensi diri mereka dengan pelbagi LDK yang
difikirkan sesuai untuk membantu murid tersebut.

Disediakan oleh

DUSI GUNTING
GBKSM

Disemak oleh

AJMAL HAJI JUMAH


Pengetua
SMK Arshad Kota Belud

Anda mungkin juga menyukai