Anda di halaman 1dari 6

Kertas Kerja

Ceramah Ma’al Hijrah


Sekolah Menengah Imtiaz Dungun

Tarikh:
12 Januari 2010

Masa:
9.15 – 10.45 malam

Tempat:
Dewan Terbuka
Sekolah Menengah Imtiaz Dungun

Anjuran:
Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)
MUKADDIMAH

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Hijrah bermaksud perpindahan manakala dalam konteks Islam, Hijrah


bermaksud perpindahan orang Islam Mekah ke Madinah. Ini bertujuan untuk
memperkukuhkan kedudukan Islam bahkan ia merupakan suatu strategi
penyebaran Islam. Semangat Hijrah perlu disuburkan dalam seluruh umat
Islam agar senantiasa menghargai pengorbanan generasi terdahulu dengan
meneruskan perjuangan Rasulullah ini. Dalam konteks pelajar semangat
berhijrah juga perlu untuk berpindah dari yang kurang baik kepada yang
lebih baik. Peristiwa penting ini perlu sentiasa kita ulang supaya kita sama-
sama mendapat manfaatnya, InsyaAllah.

Sehubungan itu, kami pihak Sahsiah Unggul Murid mengemukakan


cadangan untuk mengadakan satu ceramah maal hijrah peringkat sekolah.
Kami berharap pihak Tuan Pengetua SM Imtiaz Dungun akan meluluskan
usaha murni ini, InsyaAllah.

OBJEKTIF

1. Menyuburkan semangat hijrah dalam diri pelajar

2. Melahirkan pelajar yang berpengatahuan luas tentang Islam dan


sebagainya

3. Melahirkan warga Imtiaz yang sentiasa mengenang jasa-jasa Rasulullah,


generasi sebelum ini dan tokoh-tokoh Islam

4. Kea rah merealisasikan impian sekolah dalam melahirkan pelajar ULUL


ALBAB.
MAKLUMAT PROGRAM

TARIKH : 12 Januari 2010

MASA : 9.15– 10.45 MALAM

TEMPAT : Dewan Terbuka, SM Imtiaz


Dungun

SASARAN : Semua pelajar Imtiaz Dungun

ANJURAN : SUMUR

TAJUK : Ceramah

PENCERAMAH : Ustaz Mohd Borhanuddin Zakaria

BAJET

Bil. Perkara Harga Kuamtiti Harga (RM)


seunit
(RM)

1. Air mineral 1.00 2 2.00

2. Cenderahati penceramah 130.00 1 130.00


( wang dan buah-buahan)

Jumlah - - 132.00
PENUTUP

Sirah itu amatlah penting dalam kehidupan seharian sebagai umat


Islam. Ia berperanan dalam mendidik dan mentarbiah serta menjadi contoh
kepada umat Islam bahkan ia memberi iktibar. Peristiwa hijrah dan banyak
lagi peristiwa penting lain sememangnya perlu diketahui kisahnya lebih-
lebih lagi pelajar kita adalah huffazul Quran dan belajar agama.

Lantaran itu, kami memohon dan berharap agar Tuan Pengetua dapat
meluluskan kertas kerja ini, InsyaAllah. Semoga Allah merahmati sekolah
kita.
Waallahu’lam

Disediakkan oleh,

………………………………………..
(AHMAD JIHADUDDIN BIN RIPIN)
Pengarah SUMUR 2010,
SM Imtiaz Dungun.

Disokong oleh,
………………………………
(AHMAD SUKRI BIN OMAR)
Pen. Kanan Hal Ehwal Pelajar,
SM Imtiaz Dungun.

Diluluskan oleh,

……………………………..
(JAAFAR BIN ABDULLAH)
Pengetua,
SM Imtiaz Dungun.

Anda mungkin juga menyukai