Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN SURAT TIDAK RASMI

Surat Kiriman Tidak Rasmi


Andaikan bahawa rakan kamu memenangi tempat pertama dalam
pertandingan mengarang cerita kanak-kanak di peringkat kebangsaan
sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu itu untuk menyampaikan ucapan
tahniah kepadanya.
ISI-ISI KARANGAN
Format Surat Kiriman Tidak Rasmi alamat lengkap pengirim, tarikh, dan
tandatangan
pembuka kata, kata alu-aluan mendoakan kesejahteraan kawan, cerita diri
sendiri
kejayaan, ucapan tahniah johan peraduan mengarang terbaca dalam surat
khabar
menjangka kemenangan membaca esei, majalah Kuntum unsur humor,
saspens
kagum dengan hasil penulisan cerita bergenang air mata, watak sedih,
menyayat hati
mendoakan kejayaan terus bergiat dalam penulisan penutup surat, berkirim
salam
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang
sewajarnya.

MENULIS SURAT, MENYAMPAIKAN UCAPAN TAHNIAH KEPADA SAHABAT

No. 5,
Jalan Budi 1,
25/21A,
Taman Sri Muda,
46000
Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
18 Mei
2010.

Menemui sahabatku Alia Farhana yang diingati selalu, semoga saudari


berada
dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat wal afiat.
Saudari,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang
saudari memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita
kanakkanak
peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Saya
mengetahui berita ini melalui akhbar Berita Harian.
Sebenarnya, kemenangan saudari sudah saya jangkakan. Saya sudah
membaca
esei saudari dalam majalah Kuntum. Esei itu sungguh menarik dan jalan ceritanya
juga
ada diselitkan babak humor dan saspens.
Sesungguhnya, saya kagum akan hasil penulisan saudari yang bertajuk Tekal
Menempuh Hidup. Bergenang air mata saya tatkala melalui babak-babak yang
sedih
dan menyayat hati.
Saya senantiasa mendoakan agar saudari terus bergiat dalam bidang

penulisan
ini. Saya berazam untuk mencontohi kejayaan saudari suatu hari nanti.

Sekian sahaja buat kali ini. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudari.

Yang ikhlas,
Nurliyana Husna

Anda mungkin juga menyukai