Anda di halaman 1dari 2

Pemahaman Sejarah pula dalam konteks pengajaran dan pembelajaran

bermaksud pemahaman secara kritis dan imaginatif tentang segala aspek


kehidupan manusia masa silam dan kini. Pemahaman ini boleh diperoleh jika
kesemua aspek dikaji dan menganalisis pelbagai faktor serta dilihat secara
keseluruhannya. Pemikiran sejarah pula adalah merupakan satu bentuk proses
kognitif yang dapat membolehkan murid-murid untuk meneroka idea yang
kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. Justeru, murid-murid dapat
memahami secara kritis dan imaginatif tentang segala aspek kehidupan manusia
silam sehingga ke hari ini. Kemahiran pemikiran sejarah adalah lebih spesifik
kepada disiplin ilmu sejarah itu sendiri. Kemahiran ini membolehkan murid-murid
memahami bagaimana sejaraw an merekonstruksi peristiw a lalu dengan
menggunakan sumber yang menjadi bukti untuk menentukan signifikannya
sesuatu tarikh, tokoh, peristiw a, lokasi dan aktiviti manusia masa lalu. Muridmurid diajar memahami ciri-ciri sejarah supaya mereka dapat meningkatkan
pemikiran mereka dengan lebih kritis dan analitis. Kemahiran ini dipupuk dan
diperkembangkan di kalangan murid-murid dengan kemahiran-kemahiran seperti
memahami kronologi,
Pemikiran sejarah merupakan satu bentuk proses kognitif yang dapat membolehkan pelajar
meneroka idea yang kompleks dan abstak melalui bimbingan guru. Pelajar dapat
memahami secara kritis dan imaginative tentang segala aspek kehidupan manusia silam
sehingga ke hari ii. Kemahiran pemikiran sejarah pula adalah lebih spesifik kepada disiplin
ilmu sejarah itu snediri. Kemahiran pemikiran sejarah membolehkan pelajar memahami
bagaimana sejarawan merekonstuksi peristiwa lalu dengan menggunakan sumber yang
menjadi bukti untuk menentukan tarikh, tokoh, peristiwa, lokasi dan aktiviti manusia masa
lalu.

MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR


Kemahiran berfikir

dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran

berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat
evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea
asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang
ada. Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan
mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan
kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam
membantu kita membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran
berfikir dan strategi berfikir.

Anda mungkin juga menyukai