Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pengerusi majlis.

Yang
berusaha Puan Hjh Rosmawati binti Din , Penolong Kanan Petang, En Haris bin Harun,
Timbalan Penolong Kanan Petang, Puan Suraya, Kaunselor SMKPBG, rakan-rakan guru,
barisan pengawas sekolah serta anak didik yang dikasihi.
Sebelum saya meneruskan ucapan, saya izinkan kamu duduk dalam keadaan senyap dan
tertib. Baiklah, buat pengetahuan kamu, saya dan Puan Nor Azna ialah guru bertugas pada
minggu lepas. Oleh itu, saya akan membacakan laporan tentang aktiviti-aktiviti yang telah
berlangsung pada minggu lepas. Pada hari Isnin, telah berlangsungnya majlis pelancaran
minggu votek dan majlis pelancaran NILAM yang telah dirasmikan oleh Puan Hajah
Rosmawati binti Din.Pada hari Rabu pula berlangsungnya gimik pelancaran NILAM di
kantin sekolah. Saya berharap selepas ini budaya membaca dapat dipupuk dalam diri
kamu kerana amalan ini merupakan amalan yang sangat mulia.
Selain itu, saya ingin menyentuh beberapa perkara terutamanya disiplin. Kamu tidak
dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat. Kamu hanya dibenarkan berada di
sepanjang kawasan laluan antara kantin dan surau sahaja. Sekiranya berlaku kecurian,
pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas akan menjadi suspek utama.
Kedua, dari segi kehadiran kamu pada waktu perhimpunan. Kamu diwajibkan berkumpul
di dewan pada pukul 12:40 kecuali pada hari Jumaat. Kamu juga tidak dibenarkan
berkeliaran di sekitar kawasan sekolah pada waktu ini. Selepas ini saya tidak mahu lagi
ada kes ponteng perhimpunan seperti yang berlaku sebelum ini.
Seterusnya, dari segi kebersihan kelas. Kebersihan kelas pada minggu lepas agak
memuaskan. Cuma saya ingin nasihatkan kamu supaya sentiasa mengutip sampah yang
ada di dalam kelas dan di dalam longkang. Tolong buang sampah sarap tersebut ke dalam
tong sampah. Jika sampah sarap ini dikutip suasana pembelajaran kamu akan lebih selesa.
Dari segi keceriaan, kelas yang mendapat markah tertinggi pada minggu lepas ialah kelas
1 Bestari. Tahniah diucapkan. Sila berikan tepukan yang gemuruh kepada mereka.
Selanjutnya, sebelum mengakhiri ucapan saya telah menyediakan sebuah video
bertemakan kekeluargaan untuk tatapan kamu semua. Diharapkan kamu mendapat
manfaat daripada video yang akak ditayangkan nanti. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai